Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Friday, 12 July 2013

PRK Kuala Besut Lafaz Baiah Tidak Mampu Atasi Kecurigaan Calon PAS

PRK Kuala Besut pada kali ini telah membawa satu fenomena baru buat PAS. Ini Kerana calon yang diumumkan iaitu Azlan @ Endut Yusoh atau lebih dikenali sebagai Che Long telah mencipta kemelut persepsi buruk yang menyebabkan kemuraman jentera PAS untuk berkempen.

Situasi ini dipengeruhi oleh sejarah silam Azlan yang merupakan seorang kontraktor kelas A dan bekas ketua Pemuda UMNO peringkat cawangan dan telah meninggalkan UMNO secara senyap menyertai PAS secara senyap, hanya dengan alasan kekecewaan yang bersifat peribadi.

Selama menjadi bendahari PAS, Azlan adalah individu yang banyak menyumbang sumber kewangan, dan mungkin ini sebagai kaedah melobi dan akhirnya untuk kali ini menjadi rezeki sebagai calon. Walaupun khabarnya punyai kelulusan sekadar SPM?

Namun bergitu, kemurahan hatinya selama ini belum cukup menyakinkan jentera seluruh kawasan Kuala Besut yang Azlan mempunyai kesetiaan yang utuh dan berperinsip dalam menggalas tanggungjawap jika PAS menang nanti. Apatah situasi sekarang kedudukan kerusi DUN adalah 16 sama bagi BN dengan PR. Menyebabkan timbul pelbagai persepsi yang bakal berlaku melibatkan tahap kesetiaan calon. Faktor dirinya ssebagai kontraktor juga antara isu menjadi bualan persepsi masyarakat.

Oleh itu satu pendekatan digunakan oleh Haji Hadi dengan mendesak Azlan melakukan Baiah dihadapannya. Hakikatnya tiada masalah Azlan berbaiah di hadapan hadirin yang merupakan makhluk Allah juga. Tetapi ia dikhuatiri mengundang pelbagai persepsi kerana dalam baiah, perkara yang paling utama ialah di antara orang bersumpah dengan Allah sementara makhluk lain sekadar saksi.

Isu ini menjadi hangat dibicarakan dikalangan bakal pengundi di Kuala Besut dan walaupun Azlan sudah berbaiah tetapi tetap juga tidak mampu menghapuskan persepsi dikalangan jentera PAS tempatan untuk bersama-samanya. 

Berbanding dengan calon Barisan Nasional,  Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman yang mempunyai tahap integriti yang berbeza. Beliau merupakan calon muda 37 tahun, yang memiliki latar belakang memenuhi kehendak masyarakat setempat disamping mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Awam dari Universiti Sains Malaysia (USM). Yang paling penting cara Beliau naik kerana sumbangan beliau sebelum menjadi calon adalah kuat penampilan dari segi sumbangan membantu BN mendekati rakyat bagi menyelesai pelbagai isu tempatan.

Malah pencalonannya bukan diambil kira dari segi berapa banyak sumbangan kewangan kepada parti tetapi sejauh mana dirinya mendekati rakyat dan sejauh mana dirinya dihati rakyat. Ini adalah dua faktor bertentangan diantara dua calon yang bertanding.

Cuma sekarang hanya takdir yang menentukan siapa punyai rezeki di Kuala Besut.

Thursday, 11 July 2013

Kecoh 30 Penyamun Memasuki PRK Kuala Besut

Menjelang ramadhan dunia Cytro Barisan Nasional mula menjadi kecoh bila khabarnya PRK Besut didatangi 30 penyamun. Wah mau tidak panas bila isu ini digamatkan lagi dengan penyamun mee segera mahu memanaskan PRK Kuala Besut.

Antara bunyi-bunyi yang kedengaran Tapi apa pun, 30 blogger Tok Mat inilah yang akan memenangkan BN di Kuala Besut. Percayalah! Merekalah yang akan menjadi penerangan maklumat serta pendinding BN di alam siber dari serangan cybertroopers PR. Sudah seminggu berlalu sejak kumpulan ini berkampung di Terengganu tetapi dunia siber lesu seolah-olah tiada pun pilihanraya kecil berlaku di Kuala Besut. Nak tahu klik pautan ini

PPM tidak sabar hendak melibat team media ini boleh gegar PRK Kuala Besut, iayalah PPM percaya Ahmad Maslan adalah yang paling terbaik pernah dilantik untuk merekrud team blogger di PRK Besut sebab itu mana-mana Blogger UMB Otai nasib luuu lah kena singkirkan. Kerana mungkin lepas PRU13 lu orang punya tarikh luput sudah sampai maaa.

Terbaik Ahmad Maslan tetapi AWAS LU KALAU PRK KUALA BESUT KALAH!!!!! alamat masak laa luuu. Sebab sesekali buat-buat tunjuk pandai tanpa meneliti benar-benar, selalunya boleh makan diri dan masa itu siaplah lumat-lumat dia orang kerjakan.

Apa-apapun kami dari kalangan Blogger tak bernama ni sedang menonton tayangan drama PMO yang terbaru dalam episod "Blogger Otai UMB Sudah  Luput Tarikh Berkhidmat Dengan UMNO" adakah berjaya atau terbabas. Situasi alama maya srkarang ada yang bersorak dan ada yang simpati. Sebab dekat dunia Cytro BN banyak Kem sebab itu macam-macam cerita. Bila -bila berborak dengan team media semenanjung ada yang sebut "Sekurang-kurang pakat-pakat terkena seorang sedikitkan" Itulah team media BN sendirikan ada puak-puaknya dan nasib badanlah kalau kena jual. "Opss... PPM pun terkena jugak semasa pasca PRU13!!! iyalah nasib badan laaa katakan."

Kepada kawan-kawan yang tidak terpilih tu jangan berkecil hati di bulan mulia ini. Selamat beramal insya allah kalau diizinkan rezeki itu akan datang...

Video Parlimen Gamat Angkara Anwar Jenis Tidak Boleh Dikutuk

Inilah akibat Anwar Ibrahim jenis terlampau yakin dengan apa dicita-citakan. Hinggakan terlupa terlanjur bersumpah sanggup menjadi profesor, kononnya dengan cara ini dapat dirinya pengaruhkan rakyat memberi undi untuk Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Ke 7. Akibatnya inilah jadi bahan kutukan yang benar-benar panas hati sampai takbterkata apa-apa dan sebaliknya ahli Pakatan lain yang panas gamat. Saksikan pautan video ini


Tetapi apapun Anwar patut bersyukur kerana sekurang-kurangya dia boleh berbangga sebagai Mantan Calon Perdana Menteri Ke 7. Sekurang-kurangnya ada jugalah perkataan MANTAN buat diceritakan buat anak-anak Nurul Izzah nanti. Datuk aku Mantan Calon Perdana Menteri Ke 7.

Wednesday, 10 July 2013

Video Perang Parlimen Gobind Bela Penyihir Penculik Anak Cucu Zahid Hamidi

Bertapa terdesaknya Gobind Singh Deo sanggup menangguk air keruh dengan menjadi PEGUAMBELA lelaki yang menyaman Zahid Hamidi. Yang dahsyatnya lelaki tersebut digambarkan Zahid sebagai penculik anak dan cucunya dengan ilmu sihir. Ikuti pauntan video dan kronologi cerita sebenar.

Syed Hussein Al Atas dalam tulisannya mendakwa, anak perempuan Zahid tiba-tiba hilang dari rumah selama tiga bulan dengan cucunya dilarikan oleh orang yang menuduh dan membuat lapuran polis konon dia dibelasah oleh Zahid dan menuntut ganti rugi akibat kecederaan. Walaupun dia tak lagi berkerja, bukan bererti dia tak boleh lagi berkerja. Dulu kerja apa menanggung dua anak dan menaiki motor besar?

Puas YB Raden Zahid mencari dan bermacam ikhtiar yang telah dia lakukan namun anak perempuannya dan cucunya itu tidak juga kembali ke pangkuan keluarga. Tentu sekali sebagai ibu bapa semakin resah dan cemas.

Sebagai seorang yang percaya dengan kekuasaan Allah swt, Raden Zahid, mengambil keputusan untuk ke Mekah menunaikan umrah sambil bermohon kepada Allah agar anak perempuannya itu kembali ke pangkuan keluarga. Zahid juga tak tahan hati melihat isterinya, Hamidah setiap hari berada dalam kesedihan.

Maha suci Allah Pemilik Kerajaan Langit dan Bumi, maka sekembalinya YB Zahid, dari Mekah dia menemui kembali anak perempuannya dan cucunya.

Betapa gembiranya hati seorang bapa bila anak kesayangan telah ditemui.Setelah menemui anaknya itu barulah dia mengetahui kenapa tiba-tiba sahaja anak perempuannya itu menghilangkan diri.

Rupa-rupanya ada manusia yang sanggup menggunakan ilmu hitam, ubat guna-guna untuk menculik anak perempuannya. Mengikut cerita Zahid lagi dalam kereta anak perempuannya itu, dia menemui bermacam-macam tangkal atau apa saja yang boleh dikaitkan dengan ilmu hitam termasuk dibadan anak perempuannya.

Setelah diberitahu alangkah terkejutnya Zahid, bila mengetahui lelaki terbabit adalah salah seorang yang terlibat bersama-samanya menyertai ekspidisi motosikal besar yang dianjurkan oleh beliau.

Cuba anda berada di tempat Dato Zahid? Apa perasaan anda bila mengetahui orang yang dipercayai sanggup buat begitu? Sanggup memalukan Zahid sekeluarga?

Apakah anda akan hanya duduk berdiam diri atau akan singgahkan sebiji penumbuk di muka orang itu?

Biasalah kalau jantan itu kena belasah, lepas kena belasah dia minta maaf.Orang bersalah. Kenapa ketika itu tidak buat lapuran polis?

Kerana orang sudah menghulurkan tangan memohon maaf, Zahid pun memaafkan lelaki tersebut dan minta dia berjanji perkara itu habis disitu saja.

Mereka bersetuju untuk menganggap kes ini sudah selesai tanpa ada sebarang dendam di hati. Dengan bersangka baik, Zahid tidaklah berdendam terhadap lelaki itu selepas dia memohon maaf.

Yang peliknya bila tiba hari bahagia anak perempuan Zahid mahu kahwin tiba-tiba sahaja lelaki tersebut mengambil tindakan undang-undang terhadap Zahid.

Perkara ini telah dibawa ke Parlimen tapi Zahid tidak didakwa kerana dia didapati tidak bersalah. Apakah mungkin ada pihak yang mahu merosakkan namanya? Ini semua ada agenda politik. Rujuk Sumber ini


Tuesday, 9 July 2013

Clare Rewcastle Perjuang Alam Sekitar Bercita-cita Hapuskan Akta Hasutan

Semakin jauh pula sasaran Pemilik Sarawak Report dan Radio Free Sarawak, Clare Rewcastle Brown setelah bengang kerana gagal bertemu Baru Bian. Dari mendabik dada mengaku perjuang alam sekitar, kini sudah mula mengcongak kewajaran menghapuskan akta hasutan.

Memang semakin dapat diduga kehendak dan cita-cita mereka, dengan bekerjasama dengan Pakatan Rakyat akhirnya misi disatukan. Semuanya berpunca kerana PRU13 mereka teruk kegagalan sama sekali, untuk mengubah kerajaan Malaysia.

Pada 2010 dapat dilihat bertapa gairahnya Radio Free Sarawak bertungkus lumus untuk menghasut warga rumah panjang, memberi undi kepada Pakatan Rakyat. Berapa banyak modal beli radio untuk didermakan dirumah panjang seluruh Sarawak. Itu belum kira kopi dan beras dijadikan habuan memujuk mengambil hati kononnya prihatin laa sangat.

Tetapi usaha selama 3 tahun itu gagal dengan teruk sekali, apabila Barisan Nasional Sarawak menang dengan bergaya. Sekaligus mencerminkan Sabah dan Sarawak kekal sebagai diposit tetap BN.

Pelbagai kaedah telah digunakan oleh Clare Rewcastle, termasuk cuba menjatuhkan Sime Darby sebagai kuasa minyak masak dunia, yang juga mengembang sayap di Sarawak. Mungkin Clare Rewcastle tidak sedar yang kuasa minyak masak ini banyak memberi ruang dan peluang untuk Malaysia membangun disampin rakyat Malaysia terus menerus meningkat pelbagai kemudahan dan subsidi. 

Bergitu juga industri berat yang masuk ke Sarawak, bergitu juga sumber petroleum, bergitu juga perancangan dan perangkaan jangka panjang kerajaan untuk memenuhi kelengkapan infrastruktur agar Sarawak membangun. Semuanya cuba dimenipulasikan oleh Clare Rewcastle sebagai rasuah dan kroni.

Erti katakan sebenar kerajaan Sarawak jangan buat apa-apapun supaya tidak wujud cerita-cerita bergini. Itulah yang diharap sangat oleh puak-puak ini.

Tetapi manusia seperti Clare Rewcastle kononnya nampak soal alam sekitar tetapi entah macammana boleh melalut bercerita mengalah wartawan politik. Itu tidak pelik pada Pakatan kerana mendekati politik sama dengan mempertahankan haiwan liar yang dikatakan hampir pupus. Tetapi haiwan yang mana sebenarnya? Mungkin inilah niat Clare Rewcastle.

Semakin pelik apabila Clare Rewcastle mula menyuarakan "Terutama sekali kesalahan hasutan, suatu kesalahan yang setahu saya Perdana Menteri membayangkan kepada Perdana Menteri Britan, untuk dihapus. Sedangkan, ia tetap satu daripada banyak halangan ke arah demokrasi dan kebebasan bersuara di Malaysia,"

Kebebasan bersuara yang bagaimana sebenarnya mereka idam-idamkan selama ini? Kalau bukan kerana kebebasan bersuaralah, rasanya jejak sahaja Clare Rewcastle di Lapangan Terbang Sarawak. Bukan dihalang masuk tetapi kerajaan Sarawak tangkap bawa masuk lokap untuk diambil tindakan. Itu baru dinamakan menghalang kebebasan bersuara. Walhal semua orang tahu yang puak-puak ini bukan terhalang bersuara tetapi terlampau dan melampau-lampau bila bersuara.

Kalaulah terhapusnya akta ini, mungkin selepas ini bolehlah Clare Rewcastle lebih jauh lagi menulis sehingga melalut melangkaui hingga empat perkara utama yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan seperti kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi, kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan hak keistimewaan orang Melayu.

Inilah bahagian terakhir yang dinanti-nantikan kebanyakan penentang kerajaan sah di Malaysia. Setelah permansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hingga mengakibatkan banyak kes berhubung keselamatan tidak dapat diambil tindakan berikutan ketiadaan ISA.


Kerana tiada ISA lah menyebabkan Clare Rewcastke berani jejak di lapangan terbang Sarawak tetapi dihalang masuk. Nasib cuma dihalang tetapi kalau ISA masih ada agak-agak bagaimana rupanya nanti walaupun  adik ipar bekas Perdana Menteri Britian, Gordon Brown 


Hakikatnya

Monday, 8 July 2013

Siapa Biayai Sarawak Report Dan Radio Free Sarawak Musnahkan Perpaduan Rakyat

Penulis Sarawak Report Clare Rewcastle Brown bergitu marah bila ditahan di lapangan terbang Sarawak. Menyebabkan pertemuannya dengan Baru Bian tergendala akibat dihalang oleh imigresen Sarawak. Samada dia boleh masuk atau tidak pelbagai pihak cuba berbuat andaian masing-masing tetapi  ada berberapa persoalan yang sengaja dilupakan?

Clare Rewcastle Brown adalah individu yang bertangungjawap terhadap kewujudan Sarawak Report dan Radio Free Sarawak. Tetapi dia bukanlah warga negara Malaysia walaupun dia dilahirkan di Sarawak sebelum perbentukan Malaysia, seorang warga Britain yang berkahwin dengan  Andrew Brown dan siapa suaminya ada klik di pautan.

Persoalannya kenapa manusia ini bergitu prihatin terhadap masalah Sarawak hingga ingin menjadi hero yang menumpaskan Phen Sri Taib Mahmud. Bukan setakat itu sahaja musuh utamanya juga Najib Razak. Apakah matlamat utamanya dan adakah ada dendam yang tersirat?

Jika kita bandingkan Wikileaks tiada beza cuma isu dimainkan Wikileaks adalah lebih menyeluruh, setiap pelusuk negara yang wujud didunia ini asalkan ada nilai untuk popular. Berbeza dengan Sarawak Report matlamatnya adalah khusus untuk menjatuh Phen Sri Taib Mahmud. Pada pandangan puak Pakatan Rakyat dia ini adalah aktivis penulis bebas, betulkah?

Penulis bebas tidak berbayar ke? Tetapi cuba kita fikirkan berapa kos tambang kapal terbang dibiayainya untuk turun ke Sarawak, semata-mata untuk bertemu Baru Bian? Untuk apa sebenarnya? Malah kemampuannya untuk mendapatkan info di Sarawak sungguh luar biasa tetapi siapakah yang menyalurnya?

Antara agenda yang sering dimainkan Clare Rewcastle Brown ialah cuba mengutuk penanaman sawit di Sarawak, hasil petroleum, projek hidroelektrik Sarawak, apa jua industri berat yang ingin dibena di Sarawak malah apa jualah yang bersangkutan pembangunan di Sarawak semuanya salah dimatanya mengalahkan rakyat Sarawak sendiri. Adakah dia lakukan atas prinsip aktivis atau mendapat upah dari pihak tertentu? atau ada habuan bakal menanti jika dia berjaya membuat petukaran kerajaan.

Yang paling menarik kerana hubungannya dengan ramai dari kalangan Pakatan Rakyat, cukup memberi kelebihan buat Clare Rewcastle Brown untuk mempertikaikan apa jua undang-undang yang termaktub di Negara ini. Warga Britain lebih arif dengan undang-undang Malaysia yang hidup dengan budaya pelbagai kaum?

Lebih menarik kewujudan Radio Free Sarawak khas untuk menyebarkan dakyah kotor kepada rumah-rumah panjang telah ditubuhnya pada 2010 dan berpusat di London. Bergitulah tahap bersungguh-sungguhnya mereka berjuang di Sarawak. Kalaulah kita lihat mana-mana blogger tempatan kita faham kecenderungan mereka boleh dikaitkan dengan agama, bangsa, negara mahupun ada yang  perjuangkan demi parti atau individu. Tetapi buat warga asing seperti Clare Rewcastle Brown dia berjuang untuk apa hingga ketara peranannya.

Dengan alasan  kononnya mereka ini perjuang alam sekitar seperti BMF (Bruno Manser Fund) kenapa perjuangan mereka hanya terhad di Sarawak kenapa tidak ceritakan pembalakan yang melampau-lampau di Kelantan dan Kedah. Kenapa pula seorang mengaku aktivis alam sekitar boleh cenderung kepada isu politik secara melampau hingga boleh membuat liputan kehadiran Najib ke Britain?

Sarawak Report juga cenderung menghasut rakyat Malaysia, yang kononnya PRU13 berlaku dengan adengan rasuah yang kritikal. Itulah gaya penulis pejuang Alam Sekitar? Jika kita renungi cara penulisan  Sarawak Report lebih kepada politik untuk menjatuhkan kerajaan yang sah. 

Jangan kita sebagai rakyat Malaysia lupa bagaimana negara-negara islam lain jatuh hingga berlaku peperangan saudara. Semuanya bermula dengan kaedah yang sama dengan peranan Sarawak Report di Sarawak, iaitu dimulai dengan menghasut, menghasut dan menjadi dalang dalam aktiviti menentang kerajaan. Contohnya pada 2009 Sarawak Report terlibat secara langsung dengan aktiviti bloked melibat kaum pribumi Sarawak untuk menentang kerajaan. Sebab itu mereka memainkan peranan memecahkan perpaduan pribumi dan bumiputera Sarawak.

Sebab tanpa perpecahan rakyat Malaysia terutama bumiputera, bermakna usaha mereka gagal. Sebab itu tahap mainan rasis perkauman juga terselit samada secara langsung atau tidak dalam penulisan dari aktivis Alam Sekitar, pelik bukan?

Sarawak Report boleh berbohong mengatakan kakitangan Sarawak Report dari golongan sukarelawaan  yang ikhlas tanpa mempunyai peralatan dan bantuan guaman.

Mungkin mereka ini jenis tak makan dan ada tangungan untuk ditangung sebab itu buat kerja kosonh. Malah siapa pula yang membiayai kelengkapan mengujudkan Radio Free Sarawak berpengkalan di London? Dan bagaimana pula ada golongan yang sanggup membekal radio yang boleh mendapat siaran Radio Free Sarawak di rumah panjang seluruh Sarawak? Siapa yang membiayai perjalanan ke Sarawak? Adakah semua ini datang dengan percuma?

Dari tahun 2010 hingga sekarang sudah 3 tahun buat kerja tanpa sokongan keewangan. Perhhh duit jatuh dari langit mungkin? Dan kalaulah duit korek dari tabung tak akanlah tak berharap imbal balas yang menakjubkan?


Sunday, 7 July 2013

Video Dosa Mursi Hingga Memungkinkan Dihukuman Bunuh

Situasi di Mesir semakin meruncing, dikhuatiri merebak ke tahap Perang Saudara. Pelbagai spekulasi dibangkitkan demi menghalalkan pengulingan Mursi, dan ini antara pautan video menggambarkan Mursi ditaktor dan wajip ditumbangkan.

Mursi digambarkan sebagai menghasutan keganasan, perang saudara, gagal menangani masalah ekonomi dan gagal tunaikan janji pilihan raya serta pilih kasih hingga melantik ahli Ikhwanul Muslimin menduduki jawatan kanan. Spekulasi biasa digunakan dimana-mana negara islam lain, nampak berjaya menghalalkan penggulingan Mursi tetapi adakah cukup mendapat restu rakyat Mesir? Lihat video ini yang menunjukan saat-saat getir Mursi ditahan tentera Mesir

Sehingga kini, dimana Muhammed Mursi dipenjarakan amat dirahsiakan malah apa nasib isteri dan anaknya juga tidak diketahui. Tetapi berdasar sejarah mesir, adakah Mursi bakal menerima nasib sama seperti bekas pengasas pemimpin Ikhwanul Muslimin, Sheikh Hassan al Banna iaitu dibunuh atau dibicarakan untuk mendapat keadilan seperti Hosni Mubarak.

Persoalan ini semakin menghantui penyokong kuat Mursi yang sehingga sekarang belum ada tanda-tanda untuk bersurai dari demostrasi melawan tentera di jalan raya. Malah kedengaran kumpulan bersenjata Ansar al-Shariah di Mesir hari ini menyifatkan tindakan tentera yang menggulingkan Mursi sebagai satu pengisytiharan perang dan mengancam menggunakan keganasan untuk melaksanakan undang-undang Islam. Malah mereka sedang memberi  latihan kepada kumpulan mereka, untuk mempertahankan Mursi. Jika laporan internet ini benar, boleh memungkinkan perang saudara berlaku di Mesir.

Siapakah dalang kejatuhan Mursi boleh dilihat bilamana Presiden sementara membuat keputusan melantik barisan Kabinet yang mempunyai hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) dan Israel, iaitu dibarisi Panglima Tetera, Jeneral Abdel Fattah al-Sisi hingga Penasihat Keselamatan Negara, Mohamed Raafat Shehata dan Menteri Risikan Ahmed Farid dan selepas ini apa nasib Mesir?

Inilah akibat pergolakan dari individu sengaja membenarkan campurtangan kuasa asing. Kuasa asing cukup lama panas hati, apatah sikap Mursi bergitu tegas terhadap pembebasan Palestin.

Inilah nasib sebuah negara islam jika terdapat dalang yang tidak mampu terima hakikat Qada dan Qadar bila dikalahkan dalam Pilihanraya dan sanggup mencari bantuan kuasa asing demi membolehkan dirinya sebagai seorang berkuasa.

Pengkhianat sebergini terdapat diserata negara islam di dunia... Awas kita perlu  ambil ikhtibar dengan apa yang berlaku di Mesir demi mempertahankan kedaulatan negara kita.



OPS Datuk Rohani Kena Serang Blogger Barisan Nasional Semenanjung

Ops isu yang semakin panas di semananjung. Datuk Hajah Rohani kena serang blogger BN Semenanjung. Bunyinya cukup mencemarkan integriti  Datuk Rohani sebagai Menteri Penuh, Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat. Apakah sebenarnya yang tersirat disebalik kisah dibongkar oleh Sangkakalajari9 di bawah ini.
Sangkakala dapat tahu bahawa Datuk Rohani, Ahli Parlimen Batang Lupar membawa jentera mengundi beliau ke Kuala Lumpur bermula pada 1 hinggalah ke 6 haribulan Jun nanti. 
Bagus apa yang dilakukan oleh Menteri Pembangunan Wanita ini kerana menghargai jentera jentera pilihanraya beliau.
Sangkakala dengar sampai 3 bas tu daripada Sarawak dan sudah pastilah mereka yang dibawa ke Kuala Lumpur itu berasa amat gembira. 
Tapi apa yang Sangkakala dengar lagi, ada kelainan pulak dalam trip rombongan kali ini, Datuk Rohani bukan membawa mereka melancong, tapi membawa mereka ke rumah tumpangan orang orang tua dan anak akan yatim. 
Kalau nak melawat setakat tempat tempat macam tu, tak payah lah bawa sampai ke Kuala Lumpur Datuk, di Sarawak pun banyak, silap silap boleh buat acara gotong royong lagi. 
Apa yang Sangkakala dengar lagi mereka ini ditempatkan di hotel bajet sekitar kawasan masjid India di ibu kota, dan Datuk Rohani sendiri menginap di hotel Legend. 
Bukanlah Sangkakala marah, tapi Sangkakala cuma menegur, kalau nak bawa rombongan jentera biarlah ikhlas, walaupun dekat tapi berbaloi dengan usaha mereka bagi memenangkan Datuk di kawasan.
Apa yang lebih mengecewakan lagi, Sangkakala dapat tahu juga bahawa makan para peserta rombongan hanya diberi pada waktu siang, dan waktu malam, mereka makan sendiri. 
Kesian le pada mereka tu Datuk, tak banyak mana pun kalau Datuk tanggung semua tu. 
Nak tau mana Sangkakala dapat cerita, pakcik Sangkakala pun ada sama dalam rombongan tersebut, dan beberapa malam lepas, Sangkakala telah berjumpa dengan beliau, dan oleh kerana kesian, Sangkakala belikan pula makanan untuk seorang lagi saudara Sangkakala yang turut sama dalam rombongan tersebut.
Macam Sangkakala katakan tadi, kalau tak mampu, bawa mereka ke kawasan berdekatan, tapi biarlah berbaloi, jangan bawa jauh jauh, tapi menyukarkan mereka.
PPM kenal dan pernah berberapa kali mengikuti Datuk Hajah semasa kempen PRU13. Dan PPM amat terasa perbezaan sifat Datuk Rohani dari segi peribadinya berbanding dengan apa digambarkan oleh Sangkakala. Setahu PPM  Datuk Rohani amat prihatin orangnya tetapi PPM tidaklah dapat menafikan apa yang digambarkan Sangkakala kerana PPM pun tidak tahu apa kisah sebenarnya. Cuma PPM ingin ambil kesempatan buat Datuk memyelidik dan bersihkan nama jika dirinya rasa ada keperluan.

Jika ini benar-benar berlaku, mungkin disebabkan oleh faktor diluar pemikiran kita yang boleh dikaitkan dari pelbagai sudut. Tetapi ini sesuatu yang patut Datuk Rohani selidik apakah ini benar berlaku dan apa jua tindakan Datuk Rohani adalah menyentuh kepentingan dan kebaikan namanya sendiri.

Nasib Ustaz Don Terperangkap Saman Dengan Fitnah TV3

Inilah dunia Facebook yang boleh mengheret sesiapa sahaja tanpa sebab ke makamah terutama kepada mereka yang punyai nama dan populariti. Buat atau tidak itu berlakang cerita. Tetapi kesempatan ini dipergunakan demi kepentingan politik dan agenda menghancurkan perpeduan antara sesama islam. Sebab itu ada pihak sanggup berbuat apa sahaja kerana nafsu hingga nama Ustaz Don dipergunakan demi tujuan politik untuk mengetahui bagaimana nasib Ustaz Don sila rujuk pautan yang terperinci di sini


Isu Terkini

get this widget here