Johor merupakan kubu kuat UMNO yang mana pada 2008 50 DUN dari 56 adalah dimiliki Barisan Nasional. Selebihnya dimiliki oleh 4 DAP dan 2 PAS.
Dalam permainan Politik Pakatan Rakyat macam biasa penuh dengan agenda perang spikologi kotor yang digerakan melalui arahan jeneral kepada solsadunya. Permainan digambarkan dengan episod kononnya Johor telah pasti ditawan dengan jayanya. Wahal PKR tiada tempat dihati warga Johor.
Sebab itulah pentingnya buat PKR meletak orang lama MCA iaitu bekas Naib Presiden Chua Jui Meng sebagai strategi utama bagi membolehkan Johor ditawan.
Dalam kegairahan mengatur strategi berlaku pertelingkahan antara PKR vs DAP. DAP menyelar tindakan PKR yang menggerakan gerakan sulit untuk merampas kerusi yang DAP merasakan itu hak mereka.
Isu ini dibongkar oleh Dr Boo Cheng Hau iaitu Pengerusi DAP Negeri. Perbalahan antara dua pihak berlaku apabila timbul rasa tidak puas hati Boo terhadap Chua yangmengumumkan dirinya bertanding di Gelang Patah. Yang mana PKR telah kalah pada 2004 dan 2008 walaupun itu merupakan tempat strategik yang yakini boleh dimenangi Pakatan Rakyat. Alasan ini menyebabkan DAP berasa lebih berhak demi memperkukuhkan misi Nasional menawan Putrajaya.
Masalahnya dimana kekuatan PKR di Johor? Sebab itu Wan Azizah berkeras hati mempertahankan Chua walaupun Anwar didesak DAP campur tangan.
Keadaan bertambah rumit apabila Karpal menyelar Chua sebagai seorang yang tidak boleh dipercayai kerana meninggal Parti Induknya iaitu MCA. Yang peleknya kenyataan Karpal boleh menggambarkan ramai dikalangan PKR berstatus yang sama.
Akhirnya sengketa ini telah membuktikan Pakatan Rakyat belum ada tapak pemulihan yang boleh memberi harapan untuk PR tawan sepenuhnya Negeri Johor. Malah kehadiran Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub yang bertanding di negeri kelahiran sendiripun belum cukup untuk memberi harapan yang selesa didengar.
Semuanya kerana kredibiliti Najib Razak lebih kukuh dan praktik dimata warga Johor melalui Tranformasi Kerajaan yang lebih menyentuh rasa keyakinan rakyat Johor.
Persoalan yang menghantui Pakatan Rakyat bagaimana mereka hendak memujuk rakyat yang pekat rasa cinta pada UMNO BN beralih arah kepada Pakatan Rakyat jika sengketa berebut kerusi di dalam Pakatan semakin merebak diserata Pelusuk Negara?
Pakatan tak pernah adakan perjanjian hitam putih tanda sefahaman antara mereka hinggakan polisi dan dasar Pakatan bercanggah berdasarkan agenda yang amat berbeza dan bertentangan antara PAS PKR dan DAP.
Ingat Johor bukanlah Kelantan, Kedah mahupun Pulau Pinang kerana budaya dan rasa cinta mereka terhadap UMNO BN adalah berbeza!
Published with Blogger-droid v2.0.10