Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Saturday, 25 May 2013

Bersediakah Anda Barisan Nasional Sebuah Parti Tunggal

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Barisan Nasional (BN) perlu mewujudkan makmal bagi mengkaji cadangan untuk menjadikan gabungan parti tersebut sebagai parti tunggal dalam usaha memastikan kelestarian BN pada masa hadapan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, cadangan berkenaan ada rasionalnya dan selepas penubuhan makmal tersebut mungkin boleh dibuat konvensyen untuk membolehkan pemimpin BN duduk bersama membincangkan hala tuju serta kelangsungan parti.

Jelasnya, perkara itu perlu perlu difikirkan segera oleh setiap parti komponen dan dijawab dalam tempoh terdekat berikutan keputusan pilihan raya umum lalu yang menyaksikan perubahan pola pengundian demi memastikan BN terus kekal relevan.

“Ada yang berpendapat mungkinkah sudah sampai masa bahawa penggabungan itu dapat dibentuk dalam satu situasi yang lebih mantap iaitu BN sebagai sebuah parti politik, bukan lagi gabungan pelbagai parti politik iaitu 13 parti komponen.

“Ini perlu difikirkan untuk tempoh beberapa bulan dan setahun ke hadapan, kalau boleh selepas makmal mungkin dibuat satu konvensyen maka pemimpin BN boleh duduk bersama membincangkan hala tuju dan kelangsungan parti di masa depan," katanya sempena lawatan kerja ke Phuket hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan Pemangku Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn yang mahu BN bersifat sebagai satu parti, kelmarin.

Ditanya apakah beliau akan membawa cadangan penubuhan makmal itu ke peringkat lebih tinggi, Muhyiddin berkata, pandangan tersebut sudah disuarakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas keputusan pilihan raya umum lalu diperoleh.

“Mungkin satu daripada perkara yang kita akan teliti ialah struktur BN itu sendiri, bukan lagi sekadar kosmetik tetapi secara serius bagaimana ia harus berubah daripada yang lama kepada struktur baharu yang lebih ke hadapan," jelasnya.

Ini kerana jelas Muhyiddin, beliau melihat cadangan itu mempunyai asas tetapi menuntut setiap parti melakukan kajian mendalam dengan mendapatkan maklum balas serta pandangan anggota parti kerana ia melibatkan soal organisasi dan struktur penubuhannya.

Menurutnya lagi, walaupun cadangan itu mungkin berdepan tentangan tetapi yang penting setiap anggota parti perlu melihat ke hadapan dan jika merasakan ia wajar, satu mekanisme pelaksanaan yang boleh diterima oleh semua anggota perlu dikemukakan segera.

“Ini soal muhasabah, kita kena lihat struktur BN yang sedia ada, apakah sudah sampai ketikanya sebuah parti yang dinamakan BN dibentuk, bukan lagi dalam bentuk gabungan parti-parti komponen BN tetapi BN sebagai sebuah parti politik," terangnya lagi.

Dalam perkembangan berasingan, beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya BN berkata, bedah siasat berhubungan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu ketika ini sedang dilakukan oleh sebuah badan yang dilantik khas dan dijangka diketahui selewat-lewatnya Julai ini.

Katanya, bagi memastikan analisa yang tepat serta telus pasukan khas tersebut dibentuk dari kalangan mereka yang tiada kaitan dengan parti bagi memberi kebebasan sepenuhnya untuk mengemukakan kelemahan-kelemahan tertentu serta cadangan membina.

“Kita tidak mahu berselindung, kita hendak tahu apakah sebab BN menang atau kalah, apa faktor yang menyebabkan kemenangan dan kekalahan dan lebih lanjut adalah perakuan-perakuan yang kita akan buat untuk menentukan supaya BN terus relevan," katanya. - UTUSAN

Friday, 24 May 2013

VIDEO AWAS AMARAN ZAHID HAMIDI BUKAN MAIN-MAIN


Satu perubahan drastik bila Zahid Hamidi menerajui KDN. Awas kedatangan beliau bukan satu singgah tetapi dengan satu tekad memperkasakan semula fungsi KDN. Tiada pengecualian tiada pilih kasih anda hendak cuba boleh tanggung sendiri.

Sejak kehadiran beliau ramai juga yang keras kepala sudah sembunyi diberlakang kain sendiri dan kita tunggu dan lihat, semoga semuanya berjalan dengan lancar demi keamanan negara ini.

Menarik Rintihan Era Kejatuhan PAS -Harakah Kedah

Berlalunya PRU13 telah meninggalkan pelbagai warna-warni, dunia politik tanahair. Segala harapan serta cita2 mereka utk PRU13 lalu…telah terukir sudah. Para penganalisa, pemerhati dan pemimpin2 politik, masing2 berhak membuat tafsiran terhadap ‘seni abstrak’ karya pemilih2 berdaftar dlm daftar SPR.

Tulisan ini sebenarnya, sprti tulisan org lain juga.. cuba melihat dari sudut yg penulis berkesempatan bersama serta menilainya. Dlm tulisan ini Pas akan cuba dijadikan bahan analisa, terutamanya dlm skop pencapaiannya sebagai sebuah parti gabungan bersama PR.

Sejarah pencapaian Pas yg panjang sejak zaman penubuhannya melalui beberapa era kepimpinan parti bermula dari Tuan Hj Ahmad Puad, Prof Zulkifli, Dr Burhanuddin, Dato’ Asri…sampailah skrg ini, iaitu Hj Hadi Awang… tidak dpt diukur dgn jelas jika pencapaian politik semasa mereka dlm PRU tidak disertakan penunjuk aras.

Berikut adalah senarai Ketua2 Pembangkang sejak tahun 1959:•

1959-1964: Burhanuddin Mohd Noor (PAS) (pemangku sementara)•
1971-1973: Mohamed Asri Muda (PAS)•
1973-1975: Lim Kit Siang (DAP),James Wong, & Edmund Langgu Saga (SNAP)•
1975-1999: Lim Kit Siang (DAP) (kali ke-2)•
 1999-2002: Fadzil Noor (PAS)•
 2002-2004: Abdul Hadi Awang (PAS)•
2004-2008: Lim Kit Siang (DAP) (kali ke-3)•
2008: Wan Azizah Wan Ismail (PKR)•
2008-2013: Anwar Ibrahim (PKR)

Bagi memudahkan fokus kali ini, saya bahagikan pencapaian Pas dlm 2 era..
1) Era Dato’ Mohd Asri dan
2) Era Dato’ Fadzil Nor.

Era Dato’ Mohd Asri mewakili dari zaman penubuhan Pas sampailah ke kemuncak pencapaian di era tersebut semasa kepimpinan beliau, Dato’ Mohd Asri.. dimana Pas berada dikemuncaknya ketika itu dlm pencapaian politik sepanjang penglibatan dgn PRU. Apa yg menarik utk dikaji lebih lanjut ialah isu perpaduan ummat Melayu/Islam telah byk mempengaruhi serta mewarnai politik semasa sehingga terjalinnya kerjasama yg baik antara Pas dan Perikatan/BN.

Selepas era Dato’ Mohd Asri… Pas mulai lemah dan menurun pencapaian politiknya. Walaupun Pas tetap wujud dan mengalami beberapa perubahan2 dalaman dari sudut penampilan serta ‘pengisian’ perjuangannya. Namun penunjuk aras membuktikan bahawa, semua perubahan2 tersebut beransur2 mengambil ruangnya dan sampailah kembali kpd satu titik kemuncaknya yg baru iaitu dlm era Dato’ Fadzil Mohd Nor.

Satu lagi yg menarik bagi saya ialah isu yg hampir sama iaitu ‘Perpaduan Ummah’ telah merintis jln permuafakatan Pas bersama dgn Semangat 46 dgn gagasan APU dan membuahkan hasilnya dgn Pas berjaya menawan kembali Kelantan pada 1990. Momentum tersebut telah berjaya ditokok tambah lagi dgn kebijaksanaan kepimpinan Dato’ Fadzil Nor sebagai tokoh ulama’ ummah yg dpt menyatukan front ummat Islam serta pembangkang apabila terwujudnya GERAK dan BA.

 Natijahnya, sekali lagi kepimpinan Pas melalui Dato’ Fadzil Mohd Nor dpt menerajui pembangkang di parlimen. Namun al-Marhum lebih dikasihi oleh Allah SWT dari semua yg mengasihi beliau... pada 23hb Jun 2002 beliau dijemput oleh Pencipta sewaktu al-Marhum sebagai pemimpin Pas berada di kemuncak pencapaiannya bersama2 Pas.

Selepas ketiadaan beliau, bagi saya berdasarkan penunjuk aras politik yg sama, maka bermulalah era menurun dan lemahnya kepimpinan Pas. Walaupun pencapaian pembangkang lain Dap/Pkr mengalami kenaikkan serta penguasaan dlm parlimen, tetapi mereka tidak melambangkan perjuangan ummat Islam. Imej atau nilai kepimpinan Pas yg kononnya mewarnai/mewakili kepimpinan ummat Islam ternyata lemah atau cuma mampu berada dipinggiran shj bersama pencapaian PR.

Maaf! Jika saya berpandangan bahawa sebelum PRU13, Pas samada kepimpinan serta ahli2nya.. termasuk juga penyokong2, tidak dpt menerima teguran atau pun tulisan2 berbentuk sebegini. Ketika itu suasana 'mabuk' slogan "Ini kalilah, Putrajaya!" telah berleluasa di segenap pelusok kampung2. Mereka cukup 'yakin' dgn kemampuan Anwar Ibrahim membawa lampu Aladin.

Semoga..insyaAllah skrglah, masa yg sesuai.. ummat Islam khususnya yg berada dlm Pas utk berfikir secara normal, membuka minda pemikiran.

1) Adakah kerana era mutakhir Pas yg begitu dingin dgn Perpaduan Ummah sebagai bala dari Allah?

2) Perlukah Pas menunggu 20 tahun lagi utk dpt bersama kembali pada landasan perjuangannya?

3) Mampukah pemimpin2 muda dlm Pas menjadi pelopor perubahan2 dalaman sprti mana era permulaan Ustaz Fadzil?

##**PPM amat bersetuju dengan analisa ini yang mempunyainsudut pandangan tersendiri. Tetapi kejayaan umat islam di negara ini bukan terletak kepada jumlah yang ramai tetapi keeratan dan perpaduan antara kita. Sebab itu dari pihak kami seting anjurkannperpaduan dan permuafakatan bersama.


VIDEO JIWA ADAM ADLI GOYAH TERTEKAN


Akhirnya Adam Adli tergugat pendirian setelah dibebas dengan ikat jamin polis. Walaupun diluar menunjuk ramai yang sokongnya tetapi tidak cukup menyakinkan mereka benar-benar seberaninya. Malah terlampau ramai dari majlis tertinggi Pakatan Rakyat tidak mahu sehaluan dengan cara Adam.
Setelah keluar Adam betul-betul menunjukan dirinya kecewa dan celaru dengan perjalanan yang lampau. Saksikan sendiri keyakinan Adam yang luntur
Watch "25 Mei ini terpulang pada rakyat, saya rehat dulu - Adam Adli" on YouTube

Thursday, 23 May 2013

Video Tian Chua Mengeletar Bila Ditangkap

Ambik kau baru kau tahu langit tinggi ke rendah anda saksikan sendiri bertapa menggeletar dan penakutnya Tian Chua bila ditangkap. Alahai ini je rupanya Tian Chua dalam video ini. Padan muka

AMBIGA ADAKAH NEGARA WAJAR MENGHALALKAN APA SAHAJA HASUTAN RUSUHAN



Ambiga adalah LAWYARRRRR yang terlalu hebat untuk dilawan dan dibawa berdebat dalam apa jua isu. Buktinya Ambiga terhebat ketika dipersoal tentang CEC DAP sehingga dia berjaya menjadi seorang LAWYAAARRR paling petah bertutur sehingga sepatah perkataanpun tidak terkeluar kerana DAP adalah sekutu sepapat terapat. Itulah intergriti Ambiga bersuara bila terasa ada kepentingan dalam pertimbangannya.

Bergitu juga soal Adam Adli tiba-tuba setelah sekian lama berdiam angkara diserang isu CEC, sekarang bangkit dengan hajat terbaru. Mengeluarkan hujah Akta Hasutan terhadap Adam Adli dilihat sebagai pendakwaan terpilih, semata-mata mahu menghukum pihak tertentu sahaja.

"Undang-undang itu tidak relevan digunakan oleh sesiapa dan tidak boleh mengenakan dakwaan kepada sesiapa pun. ADAKAH BERMAKNA NEGARA KITA SEPATUTNYA MEMBIARKAN SESIAPA SAHAJA BERKELAKUAN SEPERTI ADAM ADLI

"Jangan gunakan sistem keadilan jenayah dan undang-undang ini dengan cara menghukum satu atau dua orang saja. kata Ambiga. Jika kita tidak boleh guna kepada Adam Adli bermakna kepada siapa sahaja terutama kepada ahli Pakatan Rakyat yang menjadi kepentingan untuk PR tidak boleh digunakan sama sekali. Malah kalau untuk pakai buat Anwar lagilah tidak dapat bukan. Bukan setakat itu, jika dipakai kepada orang bukan ahli PR tetapi bila PR nampak kesempatan raih keuntungan politik, pun tidak boleh pakai.

Jadi jawapan yang tepat hapuskan sahaja supaya sesiapa sahaja boleh buat sesuka hati hingga hancur negara ini. Walhal Karpal juga ingin contohi undang-undang Singapura untuk diterapkan dalam undang-undang negara kita tetapi adakah mereka sengaja butakan yang ISA masih releven di Singapura dan percayakah anda jika Adam Adli raky

Khalid Ismath Janjikan Syurga

Selamat Datang Ke Pakatan Rakyat kerana dengan menyertai PR anda akan masuk syurga? Wah bagus tu... Yang paling hebat menyertai kempen membela Adam Adli boleh masuk syurga? Perhhh mudahnya...

Itulah gambaran yang suka sangat dicanangkan puak-puak Pakatan tanpa memikirkan impak akidah mereka. Dan adakah anda fikirkan akidah anda semurah itu dengan hanya taksud seruan Khalid Ismad yang pastinya mempeunyai kepentingan politik. Malah perlu juga dilihat Adam Adli di tangkap kerana cuba menghasut rakyat merusuh dijalan raya dan swkarang dalam proses menghadapi penbicaraan makamah.

Jangan letakkan diri anda murah dan mudah diperdagangkan.


Empangan Baram Pakatan Sudah Mula Jalan Strategi Tawan PRN Sarawak

Semalam satu demostrasi yang disertai 300 orang untuk protes pembinaan Empangan Baram. Rata-rata dari mereka dihasuti dengan kisah Empangan Bakun. Kononnya kerajaan mengabaikan kebajikan rakyat di pindahkan kerana projek Empangan Bakun mengayakan kroni semata-mata. Isu ini sengaja dipergunakan untuk menyemarakan kemarahan penduduk di sekitar kawasan projek Empangan Baram.

Isu ini sepatutnya meledak semasa PRU13 dan mampu memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat pada PRU13 jika 20'000 penduduk sekitar Baram meliputi Long Laput, Sungai Dua, Sri Kenawan, Uma Bawang, Long Miri, Long Pilah, Long Kesseh, Long Na'ah, Long Liam, Long San, Long Selatong, Long Apu, Long Julan Asal, Long Julan Pelutan, Long Anap, Long Palai, Long Je'eh, Long Moh, Long Sela'an, Long Semiyang, Long Beku, Ba'Abang, Long Tap dan Long Tebangan benar-benar menolak projek ini. 

Tetapi itu tidak berlaku kerana kawasan tersebut. Calon BN Parlimen Baram Anyi Ngau menang dengan 9,182 undi mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Roland Engan (8,968 undi) sementara Patrick Sibat iaitu calon Bebas hanya mendapat sebanyak 363 undi. Ini menunjukan masih separuh bersetuju dengan projek tersebut. Namun bergitu BN tetap tidak boleh pandang ringan dengan situasi ini, kerana Pakatan sedar mereka hampir berjaya memperngaruhi penduduk Baram dan semalam demostrasi menentang projek Baram adalah satu permulaan menuju PRN di Sarawak yang akan berlaku diantara 2 tahun ini.

Pada pendapat PPM, isu ini samada dimanipulasi atau tidak, kerjasama oleh semua pihak oleh BN adalah wajar turun padang dari sekarang untuk menyelesaikan kemelut ini sebelum menjadi barah PRN Sarawak nanti.

Mengikut perancangan di Sarawak, kerajaan bercadang untuk membina 13 empangan meliputi di Bakun, Ulu Air, Metjawah, Belaga, Baleh, Belepeh, Lawas, Tutoh, Limbang, Baram, Murum dan Linau termasuk pembesaran Empangan Batang Air. Semua ini untuk membolehkan Sarawak menghasilkan kapasiti tenaga 7,000MW pada 2020, iaitu peningkatan tujuh kali ganda daripada keperluan tenaga sebanyak 933MW yang digunakan oleh penduduk Sarawak pada masa kini.

Walaupun menampakan lebih kuasa dari keperluan, rakyat Sarawak harus sedar perancangan Perdana Menteri melantik menteri dalam kabinet baru dengan 7 orang dari Sarawak, menunjukan kerajaan pusat sedang memberi tumpuan penuh dalam pembangunan pelbagai sektor, meliputi ekonomi dengan lebih banyak menjana industri baru, infrastruktur dan pembangunan penempatan dan bandar baru. Semua ini tidak akan berlaku jika kerajaan negeri tidak mempunyai tenaga yang cukup. Malah lebih tenaga dari jumlah 7,000 MW membolehkan kerajaan negeri menjana hasil pendapatan dengan menjual tenaga di negara jiran atau semenanjung. Dan hasil penjualan dapat diguna pakai untuk menjana pembangunan Sarawak. Akhir nikmat kemajuan dinikmati oleh rakyat Sarawak sendiri.

Rakyat Sarawak juga yang merungut ingin peluang pekerjaan di Sarawak dipertingkatkan tetapi bagaimana? Sekarang ini Sarawak dalam proses tranformasi menjadikan Sarawak negeri maju dan untuk itu sumber seperti tenaga dan infrastruktur seperti Pan Borneo Highway diperlukan.

Rata-rata yang merungut dari kalangan pendemo Projek Baram adalah meliputi soal pampasan dengan ambil contoh kononnya mangsa projek Bakun tidak dibayar pampasan. Siapa memainkan isu ini kalau bukan hasutan dari Pakatan Rakyat? 

Untuk rekod, seramai 50% telah terima pampasan tanah kecuali ada yang masih belum puas hati dan membawa kes ini ke Makamah. Semua rakyat berhak menentukan kadarnya sendiri mengikut cara mereka menafsirkan nilai yang sepatut menjadi hak mereka. Oleh itu untuk mereka fail tuntutan di Makamah itu hak mereka. Tetapi yang berpuas hati telahpun menerima pampasan mengikut keluasan tanah mereka. Itu kenyataan yang harus kita faham, bagaimana kerajaan hendak bayar pampasan jika masih ada pemilik yang mahu membawa kes ke Makamah? Kerajaan telah bayar 22.7juta nilai pampasan setakat bulan 9,2012 (itu sahaja info yang ada pada PPM)

Walaupun jua alasan dimainkan Pakatan tetapi kerajaan tetap komited untuk bertangungjawap menyampaikan bayaran yang menjadikan hak mereka. Cuma sekarang ini bukan dengan cara demostrasi penyelesaian mutlak, dengan menggunakan pelbagai alasan melibat faktor alam sekitar dan sebagainya. Jangan rakyat Sarawak buat tidak nampak yang semua projek ini mendapat pengitirafan dari pelbagai ajensi alam sekitar. Dan jangan rakyat lupa ada kuasa asing tidak suka Malaysia membangun.

Hakikatnya semua rakyat Sarawak harus faham kita inginkan kemajuan tetapi kita tidak bersedia untuk terima pembangunan dan bagaimana kita hendak buat. Rasanya Pakatan Rakyat sendiri kabur akan apa perancangan mereka membangunkan Sarawak jika semua perancangan Kerajaan mereka tentang. 

Kalau bercakap soal generasi kita, generasi yang bagaimana anda mahu? Adakah jenis terpaksa mengangur di bumi sendiri? Iyalah bila ada perangan pembangunan dirangka kita yang mula-mula menghalang. Fikirkan... PecahPalakMikir.






Wednesday, 22 May 2013

Sadis Bayi Mati Baldi

Kuantan – Hanya kira-kira dua minit meninggalkan anak untuk menelefon suami, seorang wanita sesal seumur hidup apabila anak bongsunya berusia 14 bulan maut akibat lemas dalam baldi di rumahnya di Taman Putra Putri, Permatang Badak, di sini, petang kelmarin.Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, Mohamad Bilal Mohd Zawawi ditemui ibunya, Surianti Zahari, 34, dalam keadaan tertonggeng dengan kepalanya berada dalam baldi berisi air manakala kakinya ke atas dalam bilik air di bilik tidur utama.Sebelum itu, Surianti meninggalkan Mohamad Bilal bersama seorang lagi anaknya, Nur Arina Damia dan anak saudaranya dikenali sebagai Shira, masing-masing berusia lima tahun manakala anak sulung pasangan itu, Mohamad Eusoff, 8, mengikuti Kelas Asas Fardu Ain (KAFA) di Jaya Gading.Suami wanita itu, Mohd Zawawi Husain, 34, berkata, isterinya yang juga guru sebelum itu baru pulang dari sekolah dan masuk ke bilik tidur rumah sewa mereka bersama tiga kanak-kanak terbabit.Mohd Zawawi yang juga pegawai bank di Kemaman, Terengganu, berkata, Surianti kemudian menghubunginya untuk berbincang mengenai hasrat mereka membeli rumah.

APA PERBEZAAN ANTARA ADAM ADLI DENGAN KAMBING HITAM?


Sekali fikir soal Adam Adli terasa simpati,
Dua kali fikir terasa Adam Adli sudah jadi kambing hitam.
Tetapi jika kita fikirkan buat kali ketiga, ini soal keamanan negara ini soal hala tuju negara. Sudah tentu tidak ada kompromi bagi seorang individu yang terlebih melatah.

Orang sudah kata kerana mulut badan binasa, dan inilah Adam Adli. Mar kita lihat siapa di dalam Pakatan berani bersuara dalam soal bergini?

Karpal Singh tidak bersetuju kaedah ini. Nik Abduh tidak mahu gopoh sampai terjejas keamanan negara.

Rafizi sudah tarik handbreak tidak bersetuju kaedah ini. Kecuali Wan Azizah cuba ambil kesempatan menghadiri Himpunan Setia Kawan. Apa hendak dihairankan jika keluarga Wan Azizah cuba mengejar Putrajaya dengan bermain isu seakan ini.

Cuma kali ini Adam Adli telah terkebih berucap kerana durinya diperngaruhi Anwar Ibrahim sebagai idola yang lantang bercakap. Tetapi Anwar masih mengjaga kata-kata dari terjerat seperti Adam. Cuma Adam terlampau gairah terlampau tabsud sehingga hilang kematangan untuk berfikir apa akibat jika seruan merampas kuasa berakhir dengan pertumpahan darah?

Ohhh inilah harapan Malaysia Spring dengan mempergunakan Adam Adli sebagai kambing hitam, sebagai bunga Malaysian Spring?

Gunakan kematangan untuk berfikir jika ada pihak yang cuba dan sedang membela Adam, bukankah bermakna mereka bersetuju dengan seruan Adam Adli yang sudah bosan menunggu 2018 untuk PRU14 tetapi pada tahun ini juga mahu dirampas kuasa secara turun ke jalan raya.

Adakah turun jalan raya berpiket boleh jatuh kuasa kerajaan, Jika gagal adakah berlaku letupan sana sini seperti kebiasaan rampasan kuasa di negara lain? Jika sudah berlaku letupan, pergaduhan dan merebak dari satu ke satu negeri akhirnya apa akan jadi? Adakah kita yakin Anwar dapat naik tahta dengan mudah atau Anwar boleh naik tahta setelah ramai yang mungkin hilang nyawa? Semua ini tidak mustahil berlaku dan sekali berlaku diluar jangkauan kita bermakna 1000


Tuesday, 21 May 2013

Video Ketika Pakatan Berhajat Tangkap Tun Dr Mahathir Ikhwanul Muslimin Membela

Kepimpinan dan pemikiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kini ditagih oleh pergerakan Islam terbesar di dunia Ikhwanul Muslimin untuk membantu menstabilkan Mesir, negara yang dikuasai oleh kumpulan tersebut.

Dr Mahathir diminta berucap dalam satu persidangan yang menghimpunkan berbagai golongan pembuat dasar di Mesir dan mendapat liputan luar biasa media dari seluruh negara Arab.

Ikhwanul Muslimin merupakan pergerakan Islam yang menjadi tenaga utama menumbangkan rejim Hosni Mubarak dan memenangi pilihanraya umum Mesir selepas itu.

Mereka menubuhkan satu parti politik yang dinamakan Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) yang diketuai oleh Presiden Mesir kini Mohamed Mosri.

Namun selepas dua tahun menerajui Mesir, keadaan di negeri yang mempunyai 80 juta penduduk itu masih belum stabil samada dari segi ekonomi dan politik.

Berikutan itu, Ikhwanul Muslimin menjemput tokoh-tokoh Islam utama dunia memberikan pandangan mereka, apa lagi nak buat supaya Mesir stabil dan maju.

Pada Ahad, Dr Mahathir yang cukup dikenali di dunia Islam sebagai peneraju pembangunan negara Islam yang sederhana dan maju selepas 22 tahun mentadbir Malaysia dijemput berucap dalam satu majlis yang dihadiri oleh rata-ratanya pembuat dasar, ahli perniagaan dan politik Mesir.

Persidangan tersebut mendapat liputan luar biasa oleh media bukan sahaja dari Mesir bahkan dari seluruh dunia Arab.

Dalam ucapannya Dr Mahathir mengajak kerajaan baharu Mesir mencontohi pengalaman Malaysia sebagai model dalam memacu kemajuan ekonomi di negara ini.

Objektif permulaan adalah untuk menjana kekayaan, katanya dalam persidangan bertajuk Kebangkitan di Seluruh Dunia: Malaysia sebagai Model.

‘‘Saya percaya rakyat Mesir menyedari kesukaran yang sedang mereka hadapi dan tidak malu untuk belajar daripada pengalaman negara lain yang telah berjaya,’’ katanya, sambil menambah kata, rakyat Mesir boleh menjadikan Malaysia sebagai model untuk memulakan usaha bagi memacu kemajuan ekonomi di negara mereka.

Sambil menceritakan pengalamannya mentadbir Malaysia, Dr. Mahathir berkata, kepelbagaian agama dan etnik di Malaysia tidak menjadi halangan untuk mengejar kemajuan, sebaliknya semua pihak mengetepikan perbezaaan ideologi untuk mengambil bahagian dalam proses evolusi negara.

Mahathir turut mencadangkan agar kerajaan baharu Mesir memberi tumpuan kepada membangunkan keadilan sosial dan infrastruktur di bawah fasa pasca revolusi.

“Oleh itu, kerajaan Mesir perlu memberi tumpuan kepada usaha menarik pelaburan dan melaksanakan dasar ekonomi yang boleh membuka peluang pekerjaan baharu,” katanya.

Beliau turut menarik perhatian pihak pembangkang di Mesir dengan berkata bahawa mereka perlu mengambil bahagian dalam pilihan raya akan datang di negara ini dengan mendekati rakyat.

Ketika bercakap pada sidang akhbar bersama Timbalan Penasihat Tertinggi Pergerakan Ikhwan Muslimin, Khairat El-Shater, selepas itu, Dr. Mahathir berkata rakyat Mesir perlu sedar tentang garisan yang terlalu nipis antara kebebasan dan huru-hara, kerana situasi huru-hara di dalam negara boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi dan mencetuskan halangan baharu untuk mencapai kemajuan.

Sementara itu, Khairat memuji pencapaian Malaysia di bawah era Dr. Mahathir.

Katanya, Malaysia merupakan negara Islam pertama berjaya muncul sebagai negara maju dengan menggunakan pendekatan moden tanpa mengubah kebudayaan penduduknya.

“Malaysia merupakan negara Islam pertama berjaya muncul menjadi sebuah negara maju daripada sebuah negara yang mundur.

“Kami (rakyat Mesir) boleh mencontohi beberapa aspek yang diguna pakai oleh Malaysia untuk mencapai tahap tersebut,” jelasnya.-Agendadily

BILA SINDROM BLACKOUT JANGKIT AHLI PAKATAN RAKYAT


Kau orang perasan tak apa sedang berlaku dalam Pakatan Rakyat terutama Anwar dan PKR. Dari satu sudut Anwar terlampau terdesak malah sesuai dikatakan gelojoh seperti mana kata-kata Nik Abduh "GELOJOH"

Mari kita fikir sekejap, Anwar beria-ia  berkempen sana-sini dengan ceramah BLACKOUT 505 untuk apa? Adakah sekadar melepas geram? Bukankah tindakan ini boleh mencetuskan rusuhan jalan raya malah boleh menyebabkan pergaduhan berdarah berlaku antara kedua belah pihak, jika situasi tidak terkawal lagi.

Tindakan Anwar telah membangkitkan kegairahan Adam Adli yang terdiri dari kelompok MAHASEWEL. Terus naik sewel mengajak rakyat turun ke jalan raya rampas kuasa, kerana tidak sabar dan tidak tahan akan kekakalahan PRU13. Adam kata dia tidak sanggup tunggu 2018.

Kemudian kebanyakan dari PAS tidak mahu terlibat dengan kaedah rampasan kuasa melalui menjatuhkan kerajaan di jalan raya. Malah Rafizi sekarang dah tarik handbreak tidak setuju kaedah mahasewel. Kononnya Rafizi tidak mahu turut sewel!!

KALAU KAU ORANG TIDAK MAHU GUNA KAEDAH MAHA SEWEL, ABIS YANG MENGGALAK BERKEMPEN BERHIMPUN SERATA NEGERI DALAM HIMPUNAN BLACKOUT, APAHAL?

Adakah mereka tidak terduga yang budak sewel sampai ketahap itu, atau ini semua mainan semata-mata. KALAU TIDAK TERDUGA TERNYATA OTAK PAKATAN TAHAP BUDAK TAK MATANG.

Lagi tidak faham bila PAS tidak setuju kaedah rampas kuasa dijalan raya dan dalam masa yang sama tidak setuju Adam Sewel yang menghasut rakyat jatuhkan kerajaan di jalan raya ditangkap. ITU MENGHASUT DAN KALAU BENAR-BENAR BERJAYA BERMAKNA KITA BERPERANG NAMANYA. Tapi PAS kata zalim tangkap orang menghasut. Haii bukankah Pakatan Rakyat terkena sindrom BLACKOUT? betul tak.

Betul agaknya ada ramalan terdahulu sebelum PRU13. SESUNGGUHNYA ADA DIKALANGAN PAKATAN RAKYAT MASUK TANJUNG RAMBUTAN KERANA KECEWA. Agak-agak berlaku ketidak sebab Anwar sekarang sudah celaru mengira nombor.. ada perasan tak.

Kenapa Air Asia, Penumpang MAS Terkena Jangkitan Campak?

100 Penumpang MAS terkena jangkitan demam campak kerana sikap baik hati MAS sudi membawa seorang ibu dengan anaknya yang bekas mengidap demam campak. Inilah impak apabila baik hati sangat tolong orang.

Itulah harapan Air Asia yang ramalan sehingga meninggalkan ibu bersama-sama anaknya di Vetnam terkapai-kapai tanpa ada prihatin oleh Air Aisa. Tetapi apabila penumpang tersebut dibawa pulang oleh MAS pada hari yang sama jam 7 tidak pula berjangkit dengan demam campak anaknya.

Kononnya keputusan ini diambil atas nasihat seorang doktor tetapi lihat apa kenyataan dari saksi di tempat kejadian.

1. Saya berada di lokasi, lapangan terbang di Ho Chi Minh, Vietnam pada waktu kejadian. Hanya wanita berpakaian seperti jururawat mengambil suhu badan Maryam Sofea Mohd Reza berhampiran pintu 18.

TIADA individu warga Vietnam memperkenalkan diri sebagai doktor LAPANGAN TERBANG, berada di lokasi sewaktu insiden berlaku.

2. Menurut adik Izan, Saiful Mohd Ali, wakil syarikat Air Asia menawarkan 4 tiket percuma pada jam 8.41 malam, 19 Mei lalu, BUKAN sewaktu Maryam dinafikan hak menaiki pesawat pada 18 Mei.

FAKTA menarik ...

Izan, Maryam dan dua saudara lelaki mereka selamat tiba di KLIA, diterbangkan dari Ho Chi Minh, Vietnam, menggunakan pesawat MAS, kira-kira 1 jam sebelum itu, 7.45 malam, hari sama.

Barangkali Air Asia tidak langsung mengetahui perancangan 4 penumpang terbabit diterbangkan oleh MAS ke Malaysia.

3. Tan Sri Tony Fernandes dan Aireen Omar, please check the accuracy of the information stated.

Jadi bagaimana kenyataan Air Asia menyebut ada doktor memberi nasihat? Sepatutnya Air Asia kena beralah dan memohon maaf kepada keluarga tersebut dan kepada semua rakyat Malaysia yang semakin terkilan dengan sikap Air Asia semakin melampau-lampau tanpa batas.

Monday, 20 May 2013

KARPAL SINGH TERPERANGKAP BONGKAR SKANDAL DAP


Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh memberi amaran kepadanya untuk berhenti dedahkan 'rahsia' parti membuktikan pendedahannya sebelum ini adalah benar.

"Apa maksud rahsia dalaman parti oleh Karpal? Adakah dengan ini, beliau mengaku semua pendedahan saya sebenarnya benar dan tidak seharusnya diceritakan kepada masyarakat umum? Mereka cuba 'menghancurkan' keamanan negara ini dan saya harus menutup mulut?

"Siapa Karpal untuk mengarahkan saya 'tunduk' kepada kemahuan beliau? Saya tidak sekali pun gerun dengan amaran ini, saman saya dengan segera pada bila-bila masa, saya tidak takut dengan ugutan kebudak-budakan seperti ini," katanya kepada akhbar Utusan Malaysia.

Tunku Aziz yang juga bekas Naib Pengerusi DAP itu menegaskan, beliau tetap akan terus membuat pendedahan berkaitan parti itu dan bersedia disaman pada bila-bila masa.

Tunku Aziz berkata demikian mengulas amaran Karpal kepadanya agar menghentikan segala cerita yang menjadi 'rahsia' dalam parti itu kepada umum.

Karpal yang juga anggota Parlimen Bukit Gelugor berkata, beliau juga akan mengemukakan saman di mahkamah sekiranya Tunku Aziz tidak menghentikan perbuatan memburukkan DAP.

Tunku Aziz turut mengingatkan Karpal bahawa beliau tidak pernah menjual 'maruah dan suara hatinya' sehingga terpaksa tunduk kepada golongan hipokrit serta pentingkan diri dalam parti tersebut.

"Saya sertai DAP kerana terpedaya dengan retorik parti itu, dan kerana tidak tahan 'diperhambakan' serta diperbodohkan oleh orang-orang ini, saya telah keluar. Adakah Karpal, Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang ingat saya boleh dibeli dan diugut seperti ini?

"Apakah maksud Karpal dengan menuduh saya mendedahkan rahsia parti? Andai rahsia itu membawa musibah kepada negara dan rakyat di negara ini, saya akan teruskan perjuangan saya. Saman saya beratus kali sekalipun, saya sedia hadapinya," ujarnya.

Tambah Tunku Aziz, beliau akan membuat lebih banyak pendedahan dari semasa ke semasa selepas ini tanpa menghiraukan amaran Karpal.

Dalam pada itu, beliau turut membidas sikap 'talam dua muka' Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang mengkritik MCA kerana membenarkan wakilnya menjawat dalam Exco Kerajaan Negeri Johor.

"Saya hendak tanya kepada Koo Ham, mengapa beliau menerima darjah kebesaran yang dikurniakan raja-raja Melayu yang membawa gelaran Datuk kepadanya sedangkan DAP 'melarang' ahlinya daripada menerima gelaran seumpama itu?

"Kamu boleh berbuat apa sahaja sesuka hati kamu walaupun melanggar peraturan parti tetapi sekiranya orang lain berbuat demikian, pemimpin dalam parti itu akan melompat-lompat cuba mendapatkan pembelaan, DAP sebenarnya penuh dengan pemimpin hipokrit dan tidak tahu malu," tegasnya.

Koo Ham dalam laman twitternya pada 15 Mei lepas mendakwa MCA tidak berpendirian kerana sebelum ini tunduk kepada UMNO dan kini kepada Sultan Johor khususnya melibatkan soal penerimaan jawatan Exco Kerajaan Negeri Johor oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Pulai Sebatang, Datuk Tee Siew Kiong.
Sumber dan cerita lanjut rujuk sini

AIR ASIA BUAT TAIK TAPI MAS YANG DATANG SELAMATKAN



Seorang ibu, Izan Suhaila Mohd. Ali, 36, bernasib baik selepas kesukaran yang dihadapinya di lapangan terbang Ho Chi Minh, Vietnam mendapat pembelaan syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) dan Tourism Malaysia.

Segala-galanya bermula selepas ibu malang itu tidak dibenarkan menaiki pesawat tambang murah AirAsia, AK 1455 untuk pulang ke negara ini pukul 9 malam semalam dengan alasan anaknya, Maryam Sofea Mohd. Reza, 14 bulan, menghidap demam campak.

Paling memilukan, kakitangan syarikat penerbangan itu tidak menghiraukan penjelasan Izan Suhaila anaknya sudah pulih daripada demam campak dan kesan tompokan hitam yang kelihatan merupakan parut akibat penyakit tersebut.

Mengulas kejadian itu, kakak Izan Suhaila, Norhamiza berkata, walaupun sudah dirujuk kepada jururawat warga tempatan dan disahkan seorang penumpang Malaysia yang merupakan doktor, namun kakitangan AirAsia tetap bertegas penyakit Maryam Sofea yang merupakan kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) membahayakan penumpang lain.

Sambil meluahkan rasa kecewanya, Norhamiza mempersoal kewajaran AirAsia memaksa adiknya tinggal selama lima hari di negara itu sedangkan mereka langsung tidak memantau tahap kesihatan Maryam Sofea apatah lagi membawa anak saudaranya ke hospital tempatan untuk rawatan lanjut.

"Kami membayar tiket menaiki pesawat AirAsia. Apalah salahnya kakitangan mereka di Vietnam menghantar adik saya dan anaknya ke hospital malam itu. Sekurang-kurangnya kami tahu keadaan Izan Suhaila selamat.

"Bayangkan bagaimana perasaan 10 ahli keluarga kami termasuk ibu selepas terpaksa pulang ke Malaysia tanpa Izan Suhaila? Paling menyedihkan, kakitangan AirAsia langsung tidak membantu Izan Suhaila dan hanya menghantar adik saya ke terminal teksi," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kisah malang kedua-dua beranak itu menjadi tumpuan ramai sejurus selepas artikel berkenaannya disiarkan wartawan TV3, Mazidul Akmal Sidek di blognya http://www.mazidulakmal.com hari ini.

Mazidul Akmal yang kebetulan berada di tempat kejadian serta menyaksikan insiden itu berkongsi secara terperinci apa yang berlaku dan dengan sinis mempertikai sikap lepas tangan syarikat penerbangan tersebut.

Menerusi blognya, Mazidul Akmal menulis: "Adakah kejadian berlaku, bukti nyata nasib penumpang sah pesawat AirAsia boleh diperkotak-katikkan sesuka hati? Jika wanita di dalam gambar di atas tidak terbabit dengan syarikat penerbangan tambang murah itu, mengapakah mereka bertugas di pintu 18 terpampang logo AirAsia? Maaf, kerana saya amat jarang menaiki pesawat AirAsia, justeru memerlukan sedikit pencerahan."

Dalam pada itu, Norhamiza meluahkan rasa syukurnya kerana kepayahan Izan Suhaila mendapat pembelaan MAS dan Tourism Malaysia yang menghulurkan bantuan walaupun pada hakikatnya inisiatif tersebut patut diambil AirAsia.

"Periksa secara teliti terlebih dahulu sebelum membuat keputusan. Jika Maryam Sofea membawa penyakit sudah pasti kami antara individu paling awal dijangkiti kerana kami bersama-samanya. Saya sendiri tidur sebilik dengan Maryam Sofea.

"Saya kesal dengan sikap AirAsia atas apa yang terjadi terhadap ahli keluarga saya. Tidak mustahil perkara yang sama boleh berlaku kepada orang lain pula," katanya.


Pakatan Rakyat Gelabah Dengan Kehadiran Mukhriz Sebagai MB Kedah.


Pakatan menyelar Menteri Besar Datuk Muhkriz Mahathir dengan isyarat pertanda kemunculan pentadbiran "mini Mahathirfiraun" di negeri Kedah.

Wakil Rakyat Alor Setar daripada PKR Gooi Hsiao Leung berkata, Kedah menuju hari hitam dan kemerosotan kebebasan demokratik. Semua angkara kegagalan mereka mendapat stadium untuk berhimpun demi Blackout 505. Kononnya kerajaan terdahulu membenarkan apa sahaja aktiviti kerajaan. Tetapi itu alasan mereka, cuba tanya balik kalaulah BN zaman MB Kedah dari PAS. Mohon stadium untuk kempen hasut rakyat jatuhkan kerajaan Kedah masa itu. Benarkah ianya dibenarkan?

Semua itu gimik Pakatan semata-mata. Hakikatnya kehadiran Mukhriz membawa satu damensi baru buat Kedah. Kedah bakal bongkar segala najis yang ditinggalkan Pakatan setelah kalah PRU13. Tetapi dalam masa yang sama Mukhriz bertindak merapatkan semula hubungan sesama islam tanpa memperdulikan parti apa. Ini adalah kaedah yang amat menakutkan Pakatan. Jika Mukhriz mahu menyatukan rakyat Kedah perkukah dua membenarkan gejala menghasut berluasa di Kedah?


Wajarkah Kita Boikot Air Asia Kerana 2 Isu Ini

Cerita pilu yang membabit seorang ibu dengan anak sindrom down ditinggalkan oleh Air Asia di Vetnam hanya dengan alasan anaknya masih punyai parut demam campak. Air Asia sememangnya perkhidmatan tambang murah tetapi wajarkah perkhidmatan penermangan ini mempunyai kualiti perkhidmatan Murahan!

Kenapa bergitu kejam PPM keluar kenyataan ke tahap ini. lihat kenyataan Mazidul dilokasi kejadian "I understand the situation, law is a law but don't forget, these are human beings not dogs or cats. If she were going to stay here for another five days, she and the baby need cloth to wear. Please refer this matter to your superior again before making further decision," hendak tahu cerita lanjut disini amat memedihkan hati kita sebagai manusia prihatin

Situasi kedua memperlihat CEO AirAsia X Azran Osman, menghina Perkasa dan Utusan Malaysia RASIS. Mungkin dia amat beranggapan Harakah dan Malaysiakini lebih berwibawa atau aktivis yang menyokong gerakan DAP dan menghalalkan huru-hara seperti BERSIH dan LYNAS lebih bertemadun dari bangsanya sendiri melayu islam. Inilah anak melayu yang lupa asal usul setelah menjadi CEO Air Asia dan sekarang menghina perjuangan bangsa sendiri tanpa memikirkan kejayaan hidupnya tidak mungkin wujud jika dia sekarang berbangsa atau warga negara Negeria atau mana-mana negara miskin lain.

Atau kenapa dia tidak berani pertikaikan kewajaran Sekolah Kebangsaan Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC), Dewan Perhimpunan Cina, Dewan Perniagaan Cina, Pasar Cina, Pekan Cina, akhbar Cina dan banyak lagi yang ada perkataan “Cina” pada namanya. Bukankah itu juga boleh dikatakan RASIS jika kita mahu merujuk kamus. PERSOALANYA PERNAHKAH KAMI BANGSA MELAYU MEMPERTIKAIKAN APA JUA RASIS YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "CINA"?

KALAU AWAK SUDAH BERJAYA JANGAN TUNJUK TAHAP BANGSAT DAN BIADAP KEPADA BANGSA SENDIRI.

Bukan setakat itu sahaja. Air Asia juga punyai pelbagai aduan lain yang kebanyakan kita sedar akan mutu sebenar perkhidmatannya berbanding dengan pelbagai keistimewaan yang di sediakan kerajaan hanya untuk kemajuan Air Asia berkembang. Tetapi peluang ini dipergunakan dengan pelbagai seperti diatas kepada rakyat Malaysia? 

Wajarkah rakyat Malaysia berdiam diri atau wajarkah kita boikot sahaja? Kerana setakat ini, Air Asia sengaja diamkan kerana apa?


Sunday, 19 May 2013

Video Adam Mahasewel Hasut Rakyat #MalaysiaSprint

Anda dengar betul-betul seruan Adam Mahasewel dalam video ini!! Kenapa Pakatan Rakyat bergitu terdesak untuk menggugat keamanan negara ini.

Adakah anda mahu menjadi sebahagian dari pencetus rusuhan yang boleh menumpah darah antara sesama kita? Fikir sebelum bertindak jangan sampai yang dikejar tidak dapat akhir merempat di negara sendiri.


Agenda Sebalik Karpal Mahu Mansuhkan Dewan Negara


PPM tidak faham kenapa DAP yang gagal menyelesaikan kemelut CEC DAP bergitu layak untuk bercakap soal memansuhkan Dewan Negara.

Karpal Singh hari ini berkata Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda bagi memansuhkan Dewan Negara.

"Tiada perlu Dewan Negara. Ia adalah perbelanjaan yang tidak perlu untuk ditanggung rakyat. Tidak ada gunanya.

"Ia hanya menggalakkan orang yang telah ditolak oleh rakyat atau orang lain untuk dibawa ke Parlimen dari pintu belakang melalui Dewan Negara memandangkan dalam undang-undang Parlimen juga termasuk Dewan Negara," katanya kepada pemberita.

Kenapa Karpal Singh berhajat sangat untuk menyamakan sistem pentabiran negara mengikut Singapura. Satu idea dari DAP berhajat untuk mengikut corak PAP pertahankan kuasa di Singapura dengan formula pentabiran acuan mereka. 

Adakah agenda DAP terpandang satu sudut yang kuat untuk membolehkan DAP lebih mudah tawan Putrajaya? Tentu sukar untuk kita tafsirkan apa agenda DAP kali ini tetapi satu persoalan mudah untuk menjawap apa agenda mereka adalah DAP adalah serpihan PAP setelah Singapura keluar dari Malaysia dan PRU13 lalu PAP banyak membantu DAP dari pelbagai bantuan untuk membolehkan DAP menang besar di PRU13.

Tidak cukup ini membangkitkan kerisauan anda?

Video Malaysian Spring Mencetuskan Pegelutan Berdarah

Malaysia Spring bakal mencetuskan pegelutan berdarah dan itulah digambar Engku Aziz dan polis menjelaskan kerajaan bersedia hadapi apa jua cubaan menggugat ketenteraman negara. lihatLihat video ini



Bekas naib pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mendakwa pakatan pembangkang ada niat jelas mahu mewujudkan kekacauan dalam negara untuk menggulingkan kerajaan.

Katanya, terdapat konspirasi dalaman bagi memulakan taktik demonstrasi jalanan ala "Malaysian Spring".

Beliau turut mendedahkan emel tokoh DAP, Dr Chen Man Hin kepada pimpinan tertinggi parti itu April tahun lalu yang menyebut secara jelas Bersih 3 mungkin menjadi permulaan kepada "Malaysian Spring". lihat video ini

Isu Terkini

get this widget here