Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Friday 24 May 2013

Menarik Rintihan Era Kejatuhan PAS -Harakah Kedah

Berlalunya PRU13 telah meninggalkan pelbagai warna-warni, dunia politik tanahair. Segala harapan serta cita2 mereka utk PRU13 lalu…telah terukir sudah. Para penganalisa, pemerhati dan pemimpin2 politik, masing2 berhak membuat tafsiran terhadap ‘seni abstrak’ karya pemilih2 berdaftar dlm daftar SPR.

Tulisan ini sebenarnya, sprti tulisan org lain juga.. cuba melihat dari sudut yg penulis berkesempatan bersama serta menilainya. Dlm tulisan ini Pas akan cuba dijadikan bahan analisa, terutamanya dlm skop pencapaiannya sebagai sebuah parti gabungan bersama PR.

Sejarah pencapaian Pas yg panjang sejak zaman penubuhannya melalui beberapa era kepimpinan parti bermula dari Tuan Hj Ahmad Puad, Prof Zulkifli, Dr Burhanuddin, Dato’ Asri…sampailah skrg ini, iaitu Hj Hadi Awang… tidak dpt diukur dgn jelas jika pencapaian politik semasa mereka dlm PRU tidak disertakan penunjuk aras.

Berikut adalah senarai Ketua2 Pembangkang sejak tahun 1959:•

1959-1964: Burhanuddin Mohd Noor (PAS) (pemangku sementara)•
1971-1973: Mohamed Asri Muda (PAS)•
1973-1975: Lim Kit Siang (DAP),James Wong, & Edmund Langgu Saga (SNAP)•
1975-1999: Lim Kit Siang (DAP) (kali ke-2)•
 1999-2002: Fadzil Noor (PAS)•
 2002-2004: Abdul Hadi Awang (PAS)•
2004-2008: Lim Kit Siang (DAP) (kali ke-3)•
2008: Wan Azizah Wan Ismail (PKR)•
2008-2013: Anwar Ibrahim (PKR)

Bagi memudahkan fokus kali ini, saya bahagikan pencapaian Pas dlm 2 era..
1) Era Dato’ Mohd Asri dan
2) Era Dato’ Fadzil Nor.

Era Dato’ Mohd Asri mewakili dari zaman penubuhan Pas sampailah ke kemuncak pencapaian di era tersebut semasa kepimpinan beliau, Dato’ Mohd Asri.. dimana Pas berada dikemuncaknya ketika itu dlm pencapaian politik sepanjang penglibatan dgn PRU. Apa yg menarik utk dikaji lebih lanjut ialah isu perpaduan ummat Melayu/Islam telah byk mempengaruhi serta mewarnai politik semasa sehingga terjalinnya kerjasama yg baik antara Pas dan Perikatan/BN.

Selepas era Dato’ Mohd Asri… Pas mulai lemah dan menurun pencapaian politiknya. Walaupun Pas tetap wujud dan mengalami beberapa perubahan2 dalaman dari sudut penampilan serta ‘pengisian’ perjuangannya. Namun penunjuk aras membuktikan bahawa, semua perubahan2 tersebut beransur2 mengambil ruangnya dan sampailah kembali kpd satu titik kemuncaknya yg baru iaitu dlm era Dato’ Fadzil Mohd Nor.

Satu lagi yg menarik bagi saya ialah isu yg hampir sama iaitu ‘Perpaduan Ummah’ telah merintis jln permuafakatan Pas bersama dgn Semangat 46 dgn gagasan APU dan membuahkan hasilnya dgn Pas berjaya menawan kembali Kelantan pada 1990. Momentum tersebut telah berjaya ditokok tambah lagi dgn kebijaksanaan kepimpinan Dato’ Fadzil Nor sebagai tokoh ulama’ ummah yg dpt menyatukan front ummat Islam serta pembangkang apabila terwujudnya GERAK dan BA.

 Natijahnya, sekali lagi kepimpinan Pas melalui Dato’ Fadzil Mohd Nor dpt menerajui pembangkang di parlimen. Namun al-Marhum lebih dikasihi oleh Allah SWT dari semua yg mengasihi beliau... pada 23hb Jun 2002 beliau dijemput oleh Pencipta sewaktu al-Marhum sebagai pemimpin Pas berada di kemuncak pencapaiannya bersama2 Pas.

Selepas ketiadaan beliau, bagi saya berdasarkan penunjuk aras politik yg sama, maka bermulalah era menurun dan lemahnya kepimpinan Pas. Walaupun pencapaian pembangkang lain Dap/Pkr mengalami kenaikkan serta penguasaan dlm parlimen, tetapi mereka tidak melambangkan perjuangan ummat Islam. Imej atau nilai kepimpinan Pas yg kononnya mewarnai/mewakili kepimpinan ummat Islam ternyata lemah atau cuma mampu berada dipinggiran shj bersama pencapaian PR.

Maaf! Jika saya berpandangan bahawa sebelum PRU13, Pas samada kepimpinan serta ahli2nya.. termasuk juga penyokong2, tidak dpt menerima teguran atau pun tulisan2 berbentuk sebegini. Ketika itu suasana 'mabuk' slogan "Ini kalilah, Putrajaya!" telah berleluasa di segenap pelusok kampung2. Mereka cukup 'yakin' dgn kemampuan Anwar Ibrahim membawa lampu Aladin.

Semoga..insyaAllah skrglah, masa yg sesuai.. ummat Islam khususnya yg berada dlm Pas utk berfikir secara normal, membuka minda pemikiran.

1) Adakah kerana era mutakhir Pas yg begitu dingin dgn Perpaduan Ummah sebagai bala dari Allah?

2) Perlukah Pas menunggu 20 tahun lagi utk dpt bersama kembali pada landasan perjuangannya?

3) Mampukah pemimpin2 muda dlm Pas menjadi pelopor perubahan2 dalaman sprti mana era permulaan Ustaz Fadzil?

##**PPM amat bersetuju dengan analisa ini yang mempunyainsudut pandangan tersendiri. Tetapi kejayaan umat islam di negara ini bukan terletak kepada jumlah yang ramai tetapi keeratan dan perpaduan antara kita. Sebab itu dari pihak kami seting anjurkannperpaduan dan permuafakatan bersama.


No comments:

Isu Terkini

get this widget here