Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Friday, 24 October 2014

Gempar Dahlia Isteri Punca Upload Gambar Intim Sumainya Zairil Ketika Mabuk Bersama Dyana Sofea

Ketika ibu Dyana Sofea buat kenyataan media Yammy Samat membuat pencerahan menafikan hubungan cinta Dyana bersama Zairil tiba-tiba melutup punca yang upload gambar tersebut adalah isteri Zairil sendiri. Hingga Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang menjadi kalang-kelibut menyerbu berjumpa Dahlia untuk mengawal keadaan. Baca sumber ini

Tetapi apa yang PPM hendak utarakan disini mampukah Yammy Samat menjawap kesemua isu di bawah ini:

Semakin ibu Dyana menegak benang basah semakin banyak yang terdedah malah keengganan Zairil membuat report polis terhadap siapa yang upload gambar di acc FB nya sendiri lebih membesar pekong berbau.

Kenapa kerana kalau dibuat siapa yang kena dan apa nasib DAP dengan modu operandi menarik melayu masuk DAP.

Tujuan DAP untuk mengjadi parti tunggak tanpa perlu bergantung dengan PKR dan PAS lagi dan tercapailah cita-cita Ultra Kiasu menguasai negara ini.

Yang peliknya ramai pula ibu-bapa melayu suka sangat anak menjadi ikon DAP kerana ingin cepat popular dan mengejar kemewahan habuan DAP.

Walhal jika bersama DAP alamat terhakislah segala sifat melayu islam kerana tahap sosial warga DAP tiada batas tiada yang hendak melarang.


Inikah gaya hidup yang kita mahu untuk anak-anak anda? 

@AnwarIbrahim Dedah Ustaz PR Minum Arak Lebih Teruk Dari Sentuh Anjing @N_Izzah

Maha dahsyat Anwar Ibrahim bila terdesak dengan situasi anaknya menjadi terperangkap ketika menyokong program I Want To Touch A Dog, sampai tahap ustaz PR jadi kambing hitam untuk Anwar spin isu ini.


Lihat sini " Betul ke ada ustaz yang minum arak seperti yang didakwa oleh Ketua Umum Pakatan didalam ceramahnya semalam? Anwar kata, rakyat Malaysia tak patut kecoh sangat bila ada yang anjurkan program sentuh anjing.. Anwar cakap.., perkara tu bukan isu besar untuk dikecohkan..

Menurut Anwar, selain dari ramai org melayu yang minum arak serta anak Menteri yang buat projek berkaitan dengan arak.., ustaz pun ada yang minum juga..

Rasanya Anwar tak akan berbohong pasal ni.. Takkan lah Anwar saja nak fitnah Ustaz kot.. Dan mesti Anwar ada bukti-bukti kukuh untuk menguatkan dakwaan beliau bahawa ada Ustaz yang minum arak tu kann.." Sambung baca sini


Tetapi kenapa sampai macam tu sekali? Inilah bapa Liberalisme yang mahu mengubah masyarakat islam menyimpang dari sunah Fardu Ain dan Figh. Walhal hari ini pada hari jumaat seluruh masjid di negara membaca khutubah jumaat dengan isu haram menyentuh anjing tanpa ada sebab darurat yang dibenarkan.

Mungkin Anwar mahu menyesat dan mudah meusnahkan yang sesat dibawah cengkaman nafsunya?
Tetapi dengar-dengar rceramah Anwar tentang isu ini hanya di hadapan hampir 600 orang penyokong berbanding 10,000 orang jangkaan awal. Namun bergitu yang jelas Anwar betul-betul terdesak memerlukan sokongan orang-orang PAS.

Berbalik isu anjing Nik Aziz berkata Kempen sentuh anjing kerja orang tiada otak tapi tak tahulah kalau-kalau orang PAS sanggup menjadi bodoh sokong Anwar dan Nurul Izzah?


Anak Didik @AzminAli Adalah Hukum Karma Kesilapan Lampau @AnwarIbrahim

Memang benar ungkapan Tuhan balas CASH. Anda dah nampak! Anda boleh lihat dengan mata sendiri bagaimana Anwar Naik dan bagaimana ANWAR JATUH!!! INILAH HUKUM KARMA

Anwar boleh naik dengan cepat dalam UMNO!! dengan pijak tendang orang!! Sekarang dalam Pakatan malah dalam PKR cuba pijak Anwar untuk naik!!

Anwar boleh naik dengan cepat dengan menyamar menjadi anak didik setia Tun Dr Mahathir sekarang Azmin boleh naik dengan cepat dengan menyamar anak didik setia Anwar Ibrahim.

Anwar tikam belakang Tun Dr Mahathir tetapi gagal menjawat jawatan Perdana Menteri walaupun hampir-hampir sangat, tetapi Azmin Ali hampir pasti menjatuhkan Anwar diambang muka pintu Sungai Buluh.

Anwar menghasut rakyat bermusuhan dengan Tun Dr Mahathir dan Dato Sri Najib Razak. Bergitu juga dengan Azmin Ali bertindak dalam diam-diam.

Anwar sedaya upaya memalukan TDM dan DS Najib, berbalas Azmin memalukan Dr Wan Azizah potong dekat selekoh tajam merampas Jawatan MB Selangor. Sekarang menuju arah merampas jawatan Presiden PKR malah sudah tentu jawatan Ketua Pembangkang, yang boleh memungkinkan dia bertanding jawatan Perdana Menteri PRU14.

Hukum Karma berdasarkan mulia di balas syurga dosa kan sengsara dan Anwar terkena dengan sumpahan Hukum Karma. Anwar semakin goyah semakin terdesak dan terpaksalah hidup naik dari hasat dengki menikam memfitnah orang dan akhirnya dia terus menerus bergitu sehingga akhir hayat. Hari demi hari menambah dosa besar.

Akibatnya Wan Azizah terbukti kaki fitnah dididik suami hingga kalah saman 200 juta memfitnah Felda. Malah anak kandungnya Nurul Izzah terpaksa melutut merayu menangis kepada Raja Nong Chik memaafkan dari disaman kerana memfitnah sehingga menang kerusi MP Lembah Pantai PRU13.

Ini semua bahana Hukum Karma ciptaan Anwar dan Anwar semakin terdesak kalah dalam Liwat 2. Malah Kajang Move idea anak didik Rafizi Ramli benar menjadi racun tuba membunuh kedudukan Anwar. 

PAS dulunya mengagung-agungkan Anwar, sudah berubah semakin muak dan cuak malah cukup serik dengan perangai Anwar.

Tetapi Anwar amat-amat berharap mereka ahli PAS setia menjadi hamba jalanan kerana hendak harapkan DAP berapa kerat kaum cina sanggup memperbodoh diri untuk Anwar. Mereka hanya mahu makan tumpang dengan agenda Ultra Kiasu mereka sendiri. Kalau tak masakan DAP hendak ada ahli melayu sendiri.

Entah tiba-tiba muncul video manja Ustaz Azhat Idrus, siapa punya angkara ini? Yang pasti Anwar boleh meraih untung hasil orang PAS dan atas pagar yang sayangkan UIA menyebabkan mereka lebih marah kepada UMNO. Benarkah Anwar berjaya. Tinggal berberapa hari lagi hendak tahu.

Tetapi kita boleh lihat Hukum Karma buat Anwar masih berjalan memusnahkan dirinya. Gila Harta Gila Kuasa dalam hukum karma bakal memusnahkan diri sendiri. 

Pemutup kata kita dah nampak dah lihat adakah kita tidak terasa memperbodohkan diri mengikut menjadi hamba suruhan nafsu Anwar

Thursday, 23 October 2014

@CmLimGuanEng Dapat pelbagai Anugerah Tumpang Glamer Setelah Tindas Melayu Pulau Pinang

Tahniah Lim Guan Eng kerana mengutamakan terowong bawah laut dari mengutamakan keperluan perumahan rakyat terutama memenuhi keperluan rakyat melayu bumiputera Pulau Pinang. Yang kelakarnya  Mendapat anugerah setelah menumpang glamer dari usaha kerajaan pusat.

KUALA LUMPUR 23 Okt – Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang 1 Datuk Seri Mohd Fairus Khairuddin percaya kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng tidak akan berani untuk memberikan pilihan kepada rakyat sama ada untuk memilih perumahan mampu milik atau projek pembinaan terowong dasar laut.

Ini kerana kata beliau rakyat sudah pasti dan sudah tentu akan memilih perumahan mampu milik daripada projek mega tersebut kerana rata-rata penduduk di negeri tersebut lebih memerlukan rumah untuk didiami.

“Malah jika ditanya kepada saya pun, saya konsisten dalam hal dan perkara ini bahawa yang perlu diutamakan adalah projek rumah mampu milik. Apa perlunya pembinaan projek terowong tersebut sedangkan jambatan kedua telah pun siap dan boleh dilalui.

Anugerah tumpang kerjayaan dari
usaha gigih Kerajaan Pusat

“Inilah masalahnya apabila kerajaan negeri tidak bijak menggunakan ‘priority’ kewangan untuk manfaat rakyat. Ini juga sekaligus menunjukkan kerajaan negeri yang selama ini melaung-laungkan kepentingan rakyat hanyalah sekadar laungan semata-mata. Tidak bijak membuat pilihan yang sebaik mungkin,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Projek pembinaan terowong dasar laut terus menerus menjadi tumpuan umum di Pulau Pinang apabila pembinaannya bakal menyaksikan kemusnahan alam sekitar yang besar di negeri ini terutama kerosakan kawasan pantai.

Kebimbangan itu sering kali dibangkitkan banyak pihak sebelum ini termasuk Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), sekaligus mendesak kerajaan negeri memba­talkan projek berkenaan, malah Presidennya, S.M. Mohamed Idris turut menyifatkan projek terowong dasar laut itu hanya mendatangkan kerugian dalam jangka masa panjang, selain risiko terhadap keselamatan pengguna.

Sambil melahirkan melahirkan rasa kesal dan kecewa dengan perkembangan yang berlaku di negeri tersebut, Fairus seterusnya berharap kerajaan negeri membuka mata dan telinga untuk mendengar pandangan pelbagai pihak.

“Apa pun saya yakin kerajaan negeri tidak berani untuk membuka ruang kepada rakyat menyatakan pendapat mereka dalam soal sedemikian kerana saya penuh percaya perumahan mampu milik akan menjadi pilihan,”ujarnya. -MediaUMNO

Panas Video Manja Ustaz Azhar Idrus


Tiba-tiba bangun pagi dah meletup video kisah bilik tidur Azhar Idrus. Perhh panaz-panaz. Lebih panas lagi orang yang ditonjolkan itu seoalah-olah adalah Azhar Idrus.

Cara Adengan diambil menggambarkan seolah-olah ini rakaman peribadi... Siapa punya kerja ini?

Tetapi permasalahan ini kenapa gambar dan video tiba-tiba muncul?

Jika sekadar gambar banyak keraguan boleh timbul antaranya:

1- Video ini dalam situasi seorang juru kemera dan dua org pelakon. PPM tak berminat hendak linkkan minta maaf..
2- Ada yang mahu sabotaj.
3- Ada yang ambil kesempatan keatas populariti Azhar Idrus untuk agenda lain.

Yang pasti ini bukan sekadar koleksi peribadi tetapi ada pengarah yang mengarah sehingga kamera bergerak ke depan ke belakang. Ini membuktikan ada juru kamera yang bekerja.

Video berdurasi 0.53 minit. Tak akan lah UIA nak jadi pelakon porno pulak. Mengahairankan. Mustahil UIA hendak bunuh diri dgn video camni wallahualam.

Tetapi kalau kita imbas kembali sejarah PRK dimana RBA menyebarkan gambar Dyana Sofea separuh bogel. Adakah ini tidak mustahil kerja orang yang sama. Sebabnya motifnya adalah melaga-lagakan islam supaya terus menerus berpecah.

Dalam situasi ini jelaslah sangatlah UMNO bakal dipersalahkan. Walhal ada kami kesah dengan Azhar Idrus malah setakat ini belum mampu menggugat kedudukan UMNO BN sepenuhnya. Kenapa hendak cari pasal dengan Azhar Idrus pulak?

Tetapi modus operandi menyebarkan gambar ini jelas untuk memecahkan perpaduan islam kerana sejak akhir-akhir ini memang PAS ukup panas hati dengan PKR dan DAP.

Apatah 28 haribulan ini tenaga ahli PAS amat diperlukan untuk memenuhi jalan raya bagi membela kerakusan nafsu Anwar meliwat Saiful Bahari.

Oleh itu ini adalah langkah bijak untuk menaikan kemarahan orang-orang PAS terhadap UMNO kerana dengan cara itu Anwar yang dpat untung. Apatah pada tarikh yang sama PAS ada menganjur Solidariti 4 Presiden Haji Hadi.



Hanya kemarahan ahli PAS sahaja yang mampu memalukan Haji Hadi..

Subjek Azhar Idrus adalah idola kebanyakan orang PAS dan atas pagar. Secara tidak langsung UMNO di jadikan kambing hitam untuk memulihkan sokongan Anwar. Siapa yang paling terdesak sekarang?

Oleh itu adakah masyarakat islam akan menjadi seperti biasa menyalah sesama sendiri walaupun dalangnya bangsa biaDAP. Selain dari itu belum cukupkah kita lihat acara sentuh anjing, pesta arak, khalimah Allah, pesta bogel pesta LGBT sudah cukup memberi kesan besar perpecahan islam.

Ingat musuh islam tidak akan berdiam diri selagi kita belum menjadi hamba mereka sepenuhnya.

Ketegasan Ketua Menteri Sarawak Berani Memerangi Pembalakan Haram Mengalahkan Kelantan

Sekalaung tahniah buat KM Sarawak kerana berani menghalang kaum keluarganya terlibat dalam tender balak Sarawak malah merani menyekat semua tender balak demi membasmi pembalakan haram. Berbanding dengan Kelantan yang mana dulunya pernah meletup isu balak menjadi sumber hubungan politik sesama pakatan.

Dari perbezaan ini memaparkan perbezaan jelas bagaimana Ketua Menteri Srawak mengutamakan kepentingan Sarawak berbanding pembangkang habuan dahulu yang lain berlakang cerita.

Peme­gang lesen balak di negeri ini diingatkan tidak menyalahgunakan lesen mereka untuk melakukan aktiviti pembalakan di luar kawasan ditetapkan.

Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem berkata, pemegang lesen perlu patuh dengan hanya me­lakukan pembalakan di kawasan mengikut perjanjian dalam lesen bukannya sesuka hati menceroboh kawasan lain. 
“Sejak saya menjadi Ketua Menteri Mac lalu, saya membekukan pemberian lesen pembalakan. 
“Pembekuan ini akan terus dilaksanakan sehingga masalah pembalakan haram berjaya ditangani,” katanya. 
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Integriti Anggota Penguat Kuasa Perkhidmatan Awam Negeri Siri 3 yang dihadiri kira-kira 554 pegawai penguat kuasa di sini semalam. 
Yang turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Gani; Menteri Muda Perhubungan, Datuk Lee Khim Shin dan Residen Miri, Antonio Kahti Galis. 
Adenan yang juga Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar berkata, pembalakan haram itu didapati berlaku di Taman Negara Meludam di Sebuyau dan Bukit Tiban di Bintulu serta di beberapa kawasan taman negara di sini. 
Dalam pada itu, beliau membe­ritahu, kerajaan merancang mewartakan lebih banyak kawasan taman negara bagi mencapai sasaran satu juta hektar kawasan hutan di­lindungi.
“Kita yakin untuk menjadikan sebanyak 10 peratus daripada hutan di Sarawak di bawah taman negara dan kawasan perlindungan,” jelasnya SUMBER

Wednesday, 22 October 2014

Siapakah Wanita Ini Dalam I Want To Touch a Dog

Ini isu yang semakin meletup di Facebook.

Sebelum ini gambar dia telah tersebar dengan meluas di Facebook dimana terdapat aktiviti mendidik kanak membelai anjing.

Malangnya yang membelai itu kanak-kanak dipercayai beragama islam.

Ada banyak persoalan yang timbul. Adakah ini mendapat kelulusan ibu bapa kanak-kanak tersebut?

Apa motif sebenar pendidikan sebergini?

Kemudiannya wanita ini telah dibawa Selangor dalam program I Want To Touch a Dog.

Timbul pula persoalan adakah mereka ini mempunyai kesatuan yang mendidik melayu islam dengan menjadi najis sebagai halal untuk dibelai dan diperlihara.

Najis tetap Najis tetapi tindakan halus mereka boleh merosakan pekembangan syiar islam di negara ini.

Apatah bila ramai orang islam berani membela membelai malah menjadikan anjing teman hidup serumah alamat makin ramailah rumah-rumah orang islam tidak di datangi Malaikat.

Malah kebersihan untuk beribadat semakin tercemar dengan budaya mensucikan najis kepada bersih.

Adakah wanita ini harus dibiar dan dilepaskan bergitu sahaja?

Agenda Terbaru @N_Izzah Menukar Najis Menjadi Halal

NAJIS TETAP NAJIS adalah ayat paling tepat dalam bab kesusian diri. kalau anda seoarang beragama islam akan memahami kenapa kita perlu peka soal najis sebelum kita mengerjakan tangungjawap beribadat!! Ini kupasan yang menarik untuk dikongsi dari penulisan Datuk Idris Buang

ISU MENYENTUH ANJING- Saya terjaga dari tidur sebentar tadi....terbawa-bawa isu ini hingga mimpi menyentuh seekor anjing yang sangat kiyut..hehe.  
Walaubagaimanapun saya perlu juga beri pandangan peribadi saya.Bagi saya apa dia najis ..ia tetap najis.Ia tidak boleh di ubah menjadi benda halal biasa....dan perlu kita hadapinya dengan cara dan tertib yang telah di firman dan di sunnahkan keatas kita samada wajib atau sunnah dalam ilmu fardhu Ain dan juga Fiqh.  
Kita tak boleh buat bid'ah atau inovasi dengan membelakangi hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh syara'...dan sebaliknya buat sesuka hati mengikut hawa nafsu atau ajaran yang salah. Itu hanya buat dosa. Secantik mana pun anjing itu,se-cute mana pun, ia tetap haram dipegang begitu saja..dan najis serta bulunya tetap najis bila TERsentuh... 
Kita perlu sama' untuk mensucikan diri . Ini bukan bermakna kita membenci haiwan begelar anjing.Kita masih boleh menyayanginya tanpa memegangnya .Kita masih boleh membelanya JIKA KEADAANNYA HARUS. Ada cara-cara dan tertibnya.... 
kalau tidak kita akan menghadapi masaalah kesucian pada dii kita samada dari segi fizikal ataupun spiritual atau kedua-duanya sekali,HARUSLAH kita berpandu kepada ajaran dari mereka yang lebih arif dan janganlah sama sekali membelakangi Fatwa yang telah ditetapkan Kita harus bijak dan sedar akan hukum-hakam yang berkenaan bagi terus berada dijalan yang selamat dan betul.Hukum hakam yang ada dalam fardhu Ain dan juga Fiqh ini menjurus kepada membentuk kesucian diri secara keseluruhannya kerana mengabadikan diri kepada Allah dan Islam itu sendiri adalah SUCI.  
Kita harus berada didalam keadaan yang suci bila hendak solat dan sebagainya.Mana mungkin kita suci bila kita bergelimpangan dengan najis,walaupun sedikit? Fikir-fikirlah buat keselamatan diri sendiri agar suci menjadi Ahlul Jannah,nanti..in Sya Allah , dan bukan yang sebaliknya bernajis dengan dosa.NaudzubillahiMinzaliqq.Wallahualam. Untuk orang Islam..DOGS ARE, FOR YOUR EYES ONLY..haha . Wslm.

Bila kita imbas kembali kenapa Nurul Izzah beria-ia menyokong program sebergini? Ianya tidak ubah seperti cubaan Nurul Izzah mahu menunjukan kuasanya dapat mengubah Melayu Islam menjadi lebih lebral dan sanggup menurut apa sahaja kehendak DAP. Malah jika kita imbas Anwar cukup rapat dengan sekutu Yahudi Israel yang mana pernah mendapat pelbagai bantuan.

Dari sudut lain kalau Islam terlalu bergulumang dengan najis berat alamat lebih senang disesatkan..
Kita nampak isu pegang anjing ini ringan tetapi hakikatnya ia amat berat kerana memisahkan kebersihan kita untuk beribadat mengdekati Allah. Fikir-fikirkan......

Kronologi 40 Tahun @AnwarIbrahim Putar Belit Dari UM Sehingga Keluar Masuk Penjara

Sudah genap 40 tahun sudah Anwar menjadi jaguh putar belit di Malaysia!

Berapa ramai yang sedar?

40 tahun Anwar Menjaja soal keadilan tetapi yang kita nampak inlah topeng menyelamtakan nafsunya.

Yang terbaru Anwar menafikan yang dirinya keluar mencari pertolongan kuasa-kuasa luar untuk menyelamatkan dirinya dari di penjara.

Pelik Anwar mendewa-dewakan diri yang kononya
“Kalau ikut undang-undang saya tak masuk (penjara). Kalau saya takut undang-undang saya tak baliklah (ke Malaysia)".

Tetapi kenapa perlu keluar mencari kuasa luar untuk selamatkan  hobinya yang memakan diri?


Malah Anwar masih sempat memutar belit yang usahanya tiada beza dengan usaha D.S Najib mendapat pertolongan Presiden Amerika untuk selamatkan isu keselamatan Palestin dan Myanmar.

Sekali baca macam bijak tetapi bila diamati sebodoh-bodoh putar belit macam nipun Anwar mampu memukau pecacainya.

Bergitu juga bila kita mempersoalkan tentang keadilan dirinya merupakan keadilan rakyat Malaysia. Persoalannya semasa kepala bawahnya membuak-buak dahagakan lubang berlakang kenapa rakyat hendak tangung akibat melempiaskan nafsunya.

Lebih pelik kenapa perlu kita percaya Anwar seorang yang adil sedangkan di menendang Khalid Ibrahim dengan harapan Wan Azizah menjadi MB selangor secara zalim. Kenapa hak keadilan hanya milik Anwar bukan orang lain?

Termasuklah kronologi di bawah ini:


Semua menjadi bahan putar alam untuk nafsu Anwar. Sekarang sudah 40 tahun Anwar menipu dan memperdayakan rakyat. Adakah belum cukup kita kenali perosak ini?

Bukti Video Sentuh Anjing Ustaz Iqbal Bersubahat Atau Diperdaya


Dua tiga hari ini kecoh dengan Program sentuh anjing hingga ramai yang menyalahkan tindakkan Ustaz Iqbal malah tak kurang juga yang menyokong jadi untuk memberi oencerahan sila lihat video ini dan anda boleh rujuk penulisan PPM lepas untuk lebih lanjut di sini

PPM percaya walaupun Ustaz ini diperdaya dia masih mempergunakan keadaan untuk memberi peringatan kepada peserta islam untuk jangan sentuh anjing secara suka-suka kerana dilarang dalam islam cumanya siapa yang engkar dan sengaja menyentuh sebenarnya.


Tuesday, 21 October 2014

Sentuh Anjing Ustaz Iqbal Mangsa Penipuan Syed Azmi Dengan Akuan Palsu MAIS

Dalam kekalutan umat islam mengecam tindakan Syed Azmi yang menyebarkan program “I Want To Touch a Dog” dengan keratan kelulusan MAIS di twitter telah jelas terbukti ada unsur penipuan rujuk sini dan tindakan ini bukan sahaja berjaya menipu peserta malah seorang ustaz yang tampil dengan pengakuan di bawah.

Assalamualaikum,
Alhamdulillah dan segala syukur untuk Allah SWT.
Cuaca sosial media pada ketika ini agak panas berhubung program “I Want To Touch a Dog”, yang saya terlibat secara langsung di dalamnya untuk memberi perkongsian ilmu, setelah mendapat tahu program ini telah mendapat izin dari pihak MAIS.

Pada awalnya, penganjur program, Syed Azmi,menjemput saya untuk mengisi slot ilmu. Saya merasakan ini adalah peluang yang baik untuk menyampaikan mesej Islam kepada Muslim dan non-Muslim, dan alhamdulillah sehingga kini mereka masih menghubungi saya untuk bertanyakan perihal Islam dengan lebih lanjut.

Saya difahamkan bahawa tempat perkongsian ilmu diasingkan dari tempat anjing-anjing berkumpul.

Gambar Program Sentuh Anjing
Saya akui yang saya terlepas pandang bahawa program ini disalah tafsir malah diambil kesempatan oleh setengah pihak untuk menggalakkan masyarakat Melayu awam bermesra-mesra dengan anjing tanpa sebab. Saya tidak pernah terfikir perkara ini boleh berlaku seolah-olah saya yang menggalakkannya.

Saya memenuhi jemputan ini, dan menjelaskan kepada yang hadir mengenai hukum – hakam yang jelas menurut mazhab Syafi’e, seperti yang terdapat dalam fatwa JAKIM.
Dibawah ini saya sertakan lampiran yang difotokopi sebanyak 500 helai dan diedarkan kepada mereka yang hadir.

Saya ingin JELASKAN disini bahawa saya TIDAK BERSETUJU dengan aksi peluk,cium anjing yang dilakukan pada hari tersebut oleh peserta-peserta program.
Saya juga jelas menerangkan,tidak dibenarkan menyentuh anjing tanpa sebab yang perlu.
Saya terkilan kerana pihak media hanya menyebarkan sebahagian ucapan saya yang seolah-olah saya menyokong perbuatan tersebut, manakala bahagian hukum hakam tidak disebutkan oleh pihak media .

Saya memohon maaf secara terbuka di atas segala kecelaruan dan kepincangan yang berlaku. Iktibar dan pelajaran yang berharga saya perolehi dari apa yang telah berlaku. Saya mengharapkan program ini pada masa hadapan dapat dilakukan dalam suasana yang lebih menghormati sensitiviti masyarakat setempat.

Terima kasih di atas segala kritikan dan teguran yang membina.Saya yakin segalanya ada hikmah dari Allah. Semoga dengan pengalaman ini mematangkan lagi diri saya dalam liku-liku perjuangan dakwah


Berkenaan kelulusan lihat kenyataan bawah ini



MUFTI SELANGOR SANGKAL KONONNYA MAIS LULUS PROGRAM "I WANT TO TOUCH A DOG" DI BANDAR UTAMA

Acara 'I Want to Touch a Dog' diadakan semalam di Central Park, Bandar Utama, dihadiri orang Islam yang ingin mengatasi ketakutan mereka kepada anjing bersama-sama. Mufti Selangor Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid menafikan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) meluluskan penganjuran "I Want To Touch A Dog" di Central Park, Bandar Utama di Petaling Jaya, semalam.


Tamyes berkata pihaknya dimaklumkan Mais tidak pernah mengeluarkan sebarang surat kebenaran kepada penganjur dan mengatakan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang mempunyai bidang kuasa memberi kebenaran menggunakan padang awam.

"Tidak ada satu kebenaran untuk mengadakan program sentuh anjing," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

"Itu hanya dibuat individu tertentu atas inisiatif sendiri."

Katanya, MBPJ perlu memberi penjelasan membenarkan penganjuran tersebut yang dipersoalkan matlamatnya.

"Perlu ditanya apa justifikasi kerana pihak berkuasa tempatan yang berhak luluskan atau halang, bukan di bawah jabatan agama atau majlis agama," katanya.

Ditanya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang mahu menyiasat program itu, beliau mengalu-alukannya.

"Saya ucapkan tahniah kepada Jakim kerana campur tangan. Sekurang-kurangnya orang ramai sedar perkara ini (sentuh anjing) tidak digalakkan," katanya.

Dalam satu wawancara bersama The Malaysian Insider sebelum ini, penganjur, Syed Azmi Alhabshi mengatakan beliau mendapat kelulusan daripada Mais dan polis untuk menganjurkan program tersebut.

Mohd Tamyes berkata Islam membenarkan penganutnya memelihara anjing untuk tiga tujuan; sebagai haiwan buruan, binatang terlatih untuk menjaga haiwan ternakan, dan sebagai pengawal keselamatan termasuk membanteras jenayah dadah dan narkotik.

"Tapi program kalau semata-mata berjinak dengan anjing sama seperti pelihara kucing; dipeluk, dicium, saya percaya itu bukan matlamat pelihara anjing dalam Islam," katanya.

Menurut mufti Selangor itu, matlamat penganjur juga dipersoalkan apabila anjing yang dibawa ke program itu kebanyakannya terdiri daripada baka jinak, dan bukannya yang garang untuk tiga tujuan berkenaan.

Katanya, walaupun penganjur menunjukkan cara membersihkan diri (samak) daripada terjilat anjing, tetapi penganut Islam juga perlu memahami najis "mughallazah" bukan semata-mata melalui sentuhan.

"Kalau matlamat mengatakan hendak orang ramai pelihara anjing di rumah dan dijadikan teman sekamar, itu bukan tujuannya.

"Malah mana-mana orang yang memelihara anjing maka malaikat rahmat tidak akan masuk ke rumah," katanya.

Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapa dilaporkan berkata pihaknya akan menjalankan siasatan terperinci berhubung anjuran tersebut yang dianggapnya tidak sepatutnya berlaku.

Beliau yang kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab pihak penganjur yang tidak prihatin dengan sensitiviti umat Islam di negara ini mengatakan Islam di Malaysia yang berpegang teguh kepada mazhab Syafie sudah jelas memperincikan bahawa anjing dan babi itu tergolong dalam najis berat.

"Acara itu tidak pernah dianjurkan sebelum ini dan ia merupakan kali pertama didedahkan kepada masyarakat, kita orang Islam dan agama sudah menetapkan dengan jelas hukum berkaitan anjing.

"Jakim akan segera menyiasat perkara ini dan sebarang tindakan akan dirujuk pada peruntukan yang ada," katanya dipetik laporan Bernama.

Namun, gambar yang diperoleh The Malaysian Insider, dipercayai surat sokongan rasmi kepada penganjur program itu menunjukkan Mais memberi 'lampu hijau' pada surat yang bertarikh 9 Oktober 2014.

Menggunakan cop dan tandatangan Pengerusi Mais, Datuk Mohammad Adzib Mohd Isa, majlis agama itu dalam responnya bertulis "Penganjur 'IWTTAD' untuk makluman selamat maju jaya." – 20 Oktober, 2014





@N_Izzah I Want To Touch A Dog Terlalu Banyak Helah Penipuan "Wajib Taubat" Mufti Kelantan


Ramai yang mungkin tidak perasan kenapa hanya keratan surat kelulusan Mais di siarkan di Twitter Nurul Izzah?

Jika diperhatikan ada cubaan mengelirukan surat akuan MAIS sebab yang Nurul Izzah siarkan di twitnya hanya 1/4 keratan surat yang sukar untuk dinilaikan samada di luluskan atau sebaliknya.

Dah sudah tak pasal-pasal si lembut yang mengajur dan anak Anwar yang menyokong sangat telah menyebabkan akidah orang lain yang tersasar.



"Penganjur acara sentuh anjing dan umat Islam yang sentuh haiwan itu perlu bertaubat kerana secara jelas persendakan hukum Allah SWT "

Begitulah kenyataan Datuk Muhammad Shukri Mohamad Mufti Kelantan apabila diminta mengulas mengenai acara "Saya Hendak Sentuh Anjing atau I wanna touch A Dog".  

Jelasnya dengan nada sedih,
"Sengaja menyentuh anjing adalah haram kerana ia najis berat (mughalazoh) dan bertentangan dengan mazhab Syafie"

Jadi ternyatalah ada pihak tertentu mahu kita bertelagah hingga merebak menyeranng kaum cina. Ini cubaan terbaik setelah kegagalan memperondak peranda rakyat dari pesta LGBT, Bogel, sex, arak malah menyeleweng Khalimah Allah. Mereka ini tidak akan berdiam selagi B.A.B.I masih menghasut rakyat ke jalan raya.



KakWan Panik @AnwarIbrahim Terlentang Setelah membaca surat panas @N_Izzah menambah bahana

Masa makin suntuk, makin suntuk Anwar makin gabra semua semakin tidak menjadi. Rakyat makin benci makin muak Izzah pula pandai menambah-nambah sehingga di hanjingkan rakyat. Kalau dipusing-pusing auta Izzah belum tentu Anwar selamat. Kat Wan pula lagi terdesak masa nak cari RM 2juta beb. Sekarang yang benar-benar sudah muak...

LENSA ANAK MUDA MALAYSIA (LENSA)
KENYATAAN MEDIA: 17 OKTOBER 2014

SURAT UNTUK ANWAR IBRAHIM

“BERSARALAH ANWAR IBRAHIM, RAKYAT NAMPAKNYA SUDAH LETIH”

28 dan 29 Oktober ini merupakan tarikh yang amat penting untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim. Iaitu tarikh perbicaraan dan keputusan rayuan Kes Liwat II di Mahkamah Persekutuan Putrajaya. Hanya ada dua kemungkinan untuk Datuk Seri. Samada Datuk Seri dibebaskan sama seperti 901, atau didapati bersalah dan dihumban sekali lagi ke dalam penjara yang boleh mencecah 20 tahun. 

Angkatan Muda Keadilan (AMK) di bawah pimpinan YB Nik Nazmi pada 14 Oktober lalu telah melancarkan kempen Rakyat Hakim Negara dengan tujuan ingin memobilisasi rakyat untuk bersolidariti di Mahkamah pada 28 dan 29 Oktober ini. Jelas sekali modus operandinya sama dan berulang seperti tahun tahun terdahulu. Setiap kali Datuk Seri akan disumbat ke dalam Penjara, maka setiap kali itulah rakyat akan diheret ke jalan raya. 

Datuk Seri, sampai bila rakyat akan terus terheret dalam semua ini?. Berhimpun, berkumpul, bersorak melaung-laungkan nama Datuk Seri. Sampai bila Datuk Seri ingin melihat rakyat berpanas, berkeringat di bawah panas matahari, hanya kerana bersolidariti bersama Datuk Seri.

Kerana Datuk Seri masih di sini, musuh-musuh Datuk Seri terus merancang strategi untuk menghambat Datuk Seri. Kerana Datuk Seri masih di sini, segala kekuatan rejim diperalatkan untuk membunuh perjuangan politik Datuk Seri. Andai kata Liwat II ini berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Datuk Seri, maka mungkin akan hadir pula Liwat III, LIwat IV, Liwat V yang akhirnya akan menyebabkan rakyat menjadi mangsa, terus terheret dalam kancah politik kotor. 

Kenapa Datuk Seri tidak terima sahaja pelawaan pihak dari ‘sebelah sana’ yang menawarkan Datuk Seri jawatan Timbalan Perdana Menteri di bawah nama Konsensus Nasional?. Kenapa Datuk Seri menolak pelawaan tersebut? Sedangkan jika Datuk Seri menerima idea itu, sudah pasti segalanya akan berakhir, dan Datuk Seri tidak perlu lagi mengheret rakyat dalam isu ini.

Kenapa Datuk Seri tidak menerima sahaja pelawaan dari Turki, yang menawarkan posisi tertentu untuk Datuk Seri menetap di sana? Bukankah lebih baik Datuk Seri berhijrah ke Turki daripada terus berhadapan dengan kerakusan rejim yang tidak akan berpuas hati sehinggalah Datuk Seri tunduk pada mereka.

Andai kata Datuk Seri dipenjara lagi, apakah Datuk Seri mengjangkakan kami akan bersolidariti di hadapan penjara? Apakah Datuk Seri menjangkakan kami akan memenuhi jalanraya dengan laungan reformasi? Apakah Datuk Seri menjangkakan kami akan bangkit merempuh rejim? 

Tidak Datuk Seri. Ini bukan lagi tahun 1998 atau 1999. Kami memiliki jalan perjuangan tersendiri. Datuk Seri pada era 60an memilih untuk memimpin Gerakan Mahasiswa sehingga disumbat ke dalam ISA. Datuk Seri pada 1998 memilih untuk bertembung dengan Mahathir Muhammad sehingga sekali ditangkap bawah ISA dan terhumban ke penjara. Hari ini, Datuk Seri pada usia 60an sekali lagi memilih untuk ke penjara. Kami anggap itu pilihan Datuk Seri yang sengaja memilih jalan sengsara sedangkan ada jalan-jalan lain yang lebih mudah untuk Datuk Seri. 

Apa yang amat kami harapkan ialah, demi rakyat, Datuk Seri bersaralah, berhijrahlah. Nyata semakin ramai yang tidak menggemari Datuk Seri. Bahkan dalam lingkungan rakan sendiri pun semakin ramai yang percaya pada istilah ‘Semua Salah Anwar’ sehingga ada yang tidak mahu lagi bersolidariti bersama Datuk Seri di Mahkamah pada 28 dan 29 Oktober ini. Seolah-olah mereka tidak lagi peduli pada kezaliman rejim yang ditimpakan ke atas Datuk Seri. 

Maka apa lagi yang ingin Datuk Seri harapkan. Reformasi 98/99 tidak mungkin berulang. Mungkin sudah tiba masanya, Datuk Seri ambil masa untuk kehidupan peribadi Datuk Seri, setelah dari muda sehingga tua, Datuk Seri sia-siakan dengan perjuangan yang akhirnya membawa Datuk Seri ke penjara. 

Sekian.

EKHSAN BUKHAREE 
Kordinator Pusat
Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA)



@N_Izzah TIPS MENGURANGKAN GEJALA GEDIK ANAK PEREMPUAN @dyanasmd



GEDIK adalah istilah terkini yang merujuk kepada aksi anak gadis yang menunjukkan gelagat yang agak 'menggatal' pada bahasa pasarnya. Ia menggambarkan naluri keinginan seorang anak gadis yang agak berlebih-lebihan untuk menarik perhatian lelaki.


Ekoran dari paparan isu tentang gejala zina atau seks bebas dan buang bayi kelmarin, maka ramai ibubapa yang tampil merujuk, khususnya tentang kebimbangan ibubapa terhadap anak gadis mereka yang kelihatan gedik.

Sebenarnya ramai juga sebelum ini kalangan ibubapa yang meminta kami kongsikan beberapa tips untuk mencegah atau mematikan budaya ini di kalangan anak gadis mereka. Kini kami rasa sudah sampai masanya untuk kami kongsikan. Namun kami tidak mengharapkan perkongsian ini boleh diterima bulat-bulat oleh kebanyakan ibubapa kerana ada yang melibatkan konflik dengan minat dan nafsu ibubapa itu sendiri.

PERANAN BAPA

Untuk mengelakkan kerakusan naluri seorang gadis terhadap lelaki, ia memerlukan satu konsep 'imuniti' dari lelaki juga. Peranan ini harus dimainkan oleh bapa kandungnya sendiri sejak anak itu kecil lagi. Antaranya ialah dengan membanyakkan 'body contact' seperti dakapan dan kucupan bapa terhadap anak itu sejak kecil.

Bau hormon lelaki yang bersifat melindungi dari dakapan dan ciuman kasih seorang bapa yang diamalkan sejak kecil itu boleh mematikan atau 'mendidik nafsu' anak terhadap lelaki. Ia mampu memberikan satu pendidikan kepada anak gadis untuk membezakan tahap keikhlasan dan kekejaman seorang lelaki.

Pada masa yang sama amalan yang diamalkan sejak kecil ini juga berkesan untuk mengelakkan fenomena haruan makan anak. Sang bapa juga akan semakin kasih dan bersikap melindungi anak gadisnya apabila ia diamalkan sejak kecil secara istiqomah. Ibarat manusia yang memelihara haiwan kesayangan yang boleh dimakan seperti arnab, kuda, ayam, burung dan sebagainya. Biasanya kita tidak akan lalu memakan daging haiwan kesayangan itu apabila disembelih dan dimasak.

Anak gadis yang sudah rapat dengan bapa juga akan lebih matang dan bijak menilai kualiti seorang lelaki dan tidak jadi rakus untuk menerima sebarang lelaki sewenang-wenangnya. Si bapa pula akan jadi pakar rujuk untuk membantu anak gadisnya menilai lelaki yang baik untuknya. InsyaAllah anak ini akan terlindung melalui bantuan furqon dan perlindungan dari ayahnya atau melalui suami yang baik yang berjaya di pilihnya.

LATIH ANAK GADIS DENGAN SIFAT MALU SEJAK KECIL

Salah satu daripada usaha ke arah ini ialah dengan mengenakan pakaian yang sopan termasuk bertudung mengikut kehendak Allah sejak mereka kecil lagi. Amalan ini akan menjadikan anak kita mengamalkan sesuatu yang betul sejak kecil. Oleh itu jika kita tidak pasti bilakah saat nafsu anak kita terhadap lelaki akan terbit, maka mulakan sahaja sejak kecil.

Masalah besar yang menyukarkan anak gadis kita untuk mengubah penampilan dengan bertudung dan berpakaian yang syariah compliance hari ini ialah kerana mereka tidak dibiasakan sejak kecil. Mereka akan merasa teragak-agak dan keberatan untuk mengubah penampilan baru mengikut kehendak Allah kerana sudah terbiasa dengan amalan mendedahkan aurat dan gedik.

Seterusnya didik anak gadis kita agar tidak terlalu bebas bercampur dengan lelaki sejak kecil lagi, iaitu di peringkat pra-sekolah lagi. Bukan tidak boleh bercampur langsung, tetapi ajar mereka adab sopan sejak kecil agar mereka tahu membataskan diri mereka mana yang wajar dan sebaliknya. Jangan izinkan anak kita duduk terkangkang, terlompat-lompat, ketawa mengilai-ngilai, terjerit-jerit, dan lain-lain aksi kasar di hadapan bukan muhrim mereka.

Hari ini ibubapa tidak langsung memerhatikan semua perkara kecil sebegini. Malah ramai ibubapa yang dengan bangga membelikan pakaian yang ketat atau singkat untuk anak mereka. Maaf cakap kadangkala sengaja diajar anak gadis mereka menyanyi dan menari dengan lenggok yang sangat mengiurkan.

Kajian kami menunjukkan kita tidak perlu membiarkan anak kita dilihat beraksi begitu di depan lelaki buaya di luar sana. Cukup dengan bapa tiri, abang kandung, sepupu, bapa saudara, rakan sebaya yang berada di kejiranan yang biasa juga boleh terangsang untuk terbit keinginan memperkosa mereka. Jika anak gadis kita boleh dibiarkan berpakaian dan beraksi begitu, itu tanda kita dan anak kita berada pada tahap jahil. Pastinya golongan lelaki yang melihat mereka juga sejahil itu kerana kita berada pada zaman yang sama.

KESIMPULAN

Banyak sekali kes perkosaan di usia muda. Sedihnya ramai ibu bapa yang tidak tahu kerana ia tidak banyak tandanya. Anak itu tidak hamil kerana belum sempurna fungsi peranakannya tetapi sudah di barai sejak kecil.

Sebahagian dari musibah ini disebabkan kegilaan lelaki syaitan bertopengkan manusia dan tiada kaitan langsung dengan kehendak anak itu. Tetapi tidak salah jika kita mengambil langkah berjaga-jaga, mengikut petunjuk dan kehendak Allah sejak mula. Jangan sampai terjadi anak gadis kita di perkosa depan belakang, lalu dibunuh dengan kejam selepas ‘kerja’ syaitan ini selesai sepertimana yang dilapurkan berlaku di media.

Gejala gedik ini bermula terbitnya sejak kecil lagi dalam diri anak gadis kita. Oleh itu pencegahannya juga harus bermula sejak kecil, sejak mereka mula boleh bercakap dan faham apa yang kita katakan. Jangan pandang remeh dengan mengatakan anak itu belum ada nafsu kerana yang kita takuti ialah lelaki buaya yang memandang mereka itu sangat bernafsu sekali.

Jangan lupa fenomena haruan makan anak. Sekalipun anda adalah ayah kandung anak gadis anda, anda harus mulakan amalan ini (jika mahu mencuba) sejak kecil agar anda benar-benar menjadi 'tidak ada selera' untuk merosak anak sendiri. Bagi ayah tiri kami tidak melarang namun ia harus dimulakan lebih awal lagi, bukan ketika anda dapat anak tiri yang sudah remaja lalu anda peluk ciumnya.

Pendidikan itu wajib bagi setiap individu, dari buaian sampai ke liang lahad. Jadi biar siapapun kita, biar berapa umur kita, berapa tinggi pangkat kita, berapa banyak sijil kita, janganlah berhenti belajar dan menimba ilmu. Dan kami di RPWP juga masih belajar dan akan terus belajar.

Jadikan apa yang kami kongsikan ini satu tips, bukan satu ketetapan. Jika anda ada teknik yang lebih baik dan rasional, sila kongsikan di ruang komen. Lebih baik jika melalui inbox agar tidak menimbulkan fitnah. Semuga bermanfaat

Program Nafsu Pluralis dan Liberalis dalam I Want To Touch A Dog

PEGANG ANJING, HUKUMNYA JELAS. TETAPI DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN YANG SALAH

Isu pegang anjing yang heboh sehari dua ini bukan sekadar dibincangkan dari sudut hukum atau dari sudut fiqh, tetapi lebih dari itu ia perlu dibincangkan dari sudut pemikiran moden yang berkembang dalam kalangan generasi baru. Dari sudut fiqh, ada mazhab yang ketat dalam isu pegang anjing dan pula mazhab yang memberikan ruang dan kelonggaran seperti mazhab Hanafi. 

Ia sepatutnya tidak menjadi masalah yang besar kerana wujud kelonggaran dari sudut agama. Masalahnya ialah ia bercanggah dengan adat dan tradisi orang Melayu di negara ini yang berasa canggung dengan anjing. Ia dikukuhkan dengan mazhab fiqh orang Melayu yang berasaskan kepada mazhab kurang mesra dengan anjing. Kalau pegangpun, hanya perlu basuh sahaja bukanlah haram.

Dari sudut pemikiran, mengetengahkan isu pegang anjing merupakan suatu jenis pemikiran yang dinamakan sebagai post modernism iaitu pemikiran yang sentiasa mengkritik apa yang telah mapan atau yang sudah biasa diamalkan dalam masyarakat atau melakukan sesuatu menyanggah kebiasaan masyarakat. Ia menjadi trend semasa kepada generasi masa kini yang dipercayai atas alasan itu adalah hak mereka. Banyak aktiviti kehidupan generasi masa kini yang cuba menyalahi amalan kebiasaan pada masa lalu yang dianggap sebagai inovasi. Malah, menyanggahi amalan kebiasaan dalam sesetengah keadaan sangat digalakkan atas nama inovasi. Memang tidak semua sanggahan terhadap tradisi itu haram melainkan sekiranya menyanggah perkara yang diwajibkan di dalam agama.

Sikap suka menyanggahi amalan tradisi termasuk agama adalah sifat utama kepada liberalisme dan pluralisme yang cuba membebaskan diri dari sebarang ikatan autoriti. Sifat agama yang mengikat tidak membenarkan penganutnya membebaskan diri dan melakukan amalan ikut hawa nafsu. Namun, bagi seorang pluralis dan liberalis, tradisi dan agama telah mengongkong kehidupan mereka. Maka, menyanggahi tradisi termasuk agama adalah suatu keperluan. Mereka mengkritik biarpun perkara yang sudah tetap di dalam agama. Fenomena inilah yang disebut sebagai post modernism.

Isu pegang anjing merupakan suatu usaha yang halus yang boleh dikaitkan dengan usaha untuk meruntuhkan pegangan umat Islam terhadap tradisi, termasuklah agama. Setakat ini, pegang anjing bukanlah suatu isu penting yang perlu diangkat sebagai bahan perbincangan oleh umat Islam. Banyak lagi isu yang perlu diberikan perhatian oleh orang Islam seperti isu akidah, isu arak dan sebagainya. Tetapi ia diangkat sebagai isu yang penting dipercayai mempunyai agenda yang tertentu dan sebahagian dari kempen besar contestation dalam “politik baru” yang ingin dibawa masuk ke dalam negara ini. Kali ini mungkin pegang anjing, mungkin akan datang lain pula isunya.

Saidina Ali berkata: kata-kata yang betul, tetapi digunakan untuk tujuan yang salah.

Nota - Post modern adalah asas kepada Islam liberal dan post Islamism. Mereka suka mengkritik walaupun perkara yang tetap di dalam Islam




Post by Pecah Palak Mikir.


Sunday, 19 October 2014

@MpKotaBelud Serang @GooiHsiaoLeung si penyokong pengaruh asing serang #AktaHasutan

Latheefa Koya memang jenis manusia pantang kalau rakyat Malaysia serang mana-mana pemimpin PR yang menyokong pengaruh Asing. Memang tepat pada masa buat Rahman Dahlan membidas hanya puak-puak Pakatan Haram yang suka kuasa asing campur tangan prihal Malaysia.

Memang tidak silap malah tepat sekali. Ini bukan perkara baru malah semenjak zaman masih ada mendiang Karpal lagi budaya ini menjadi perkara wajib PR untuk menawan Malaysia. Sekarang sekali lagi apabila kedutaan US menyelar rakyat Malaysia pertahankan Akta Hasutan walhal mereka dengan akta Patriot lebih dahsyat dengan diskriminasi terhadap orang muslim US.

Apatah ini negara Islam yang paling lantang maka lagi-lagi galaklah mereka menghentam. Jika anda terikut dengan permainan jahat PR ini menyebabkan kita bakal menumpang di negara sendiri. Percayalah..



Isu Terkini

get this widget here