Dari perbezaan ini memaparkan perbezaan jelas bagaimana Ketua Menteri Srawak mengutamakan kepentingan Sarawak berbanding pembangkang habuan dahulu yang lain berlakang cerita.
Pemegang lesen balak di negeri ini diingatkan tidak menyalahgunakan lesen mereka untuk melakukan aktiviti pembalakan di luar kawasan ditetapkan.
Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem berkata, pemegang lesen perlu patuh dengan hanya melakukan pembalakan di kawasan mengikut perjanjian dalam lesen bukannya sesuka hati menceroboh kawasan lain.
“Sejak saya menjadi Ketua Menteri Mac lalu, saya membekukan pemberian lesen pembalakan.
“Pembekuan ini akan terus dilaksanakan sehingga masalah pembalakan haram berjaya ditangani,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Integriti Anggota Penguat Kuasa Perkhidmatan Awam Negeri Siri 3 yang dihadiri kira-kira 554 pegawai penguat kuasa di sini semalam.
Yang turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Gani; Menteri Muda Perhubungan, Datuk Lee Khim Shin dan Residen Miri, Antonio Kahti Galis.
Adenan yang juga Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar berkata, pembalakan haram itu didapati berlaku di Taman Negara Meludam di Sebuyau dan Bukit Tiban di Bintulu serta di beberapa kawasan taman negara di sini.
Dalam pada itu, beliau memberitahu, kerajaan merancang mewartakan lebih banyak kawasan taman negara bagi mencapai sasaran satu juta hektar kawasan hutan dilindungi.“Kita yakin untuk menjadikan sebanyak 10 peratus daripada hutan di Sarawak di bawah taman negara dan kawasan perlindungan,” jelasnya SUMBER
No comments:
Post a Comment