Portal The Sydney Morning Herald dari Australia telah mendedahkan satu perkara yang kontra dengan laporan portal pro-pembangkang SorosKini MalaysiaKini dan kepimpinan Pembangkang.
Tajuk artikel itu ialah Australian Immigration Department denies it has approved a Sirul tel-all interview on murder. Anda baca :
The Department of Immigration has said that it has not approved any tell-all televison interviews with a police commando sentenced to hang in Kuala Lumpur who is currently held at Sydney's Villawood detention centre.
"Generally, the department does not facilitate interviews within detention facilities for operational reasons," said a spokeswoman for Immigration minister, Peter Dutton.
Rupa-rupanya, jabatan imigresen Australia tidak meluluskan sebarang temuramah televisyen dengan Sirul Azhar, pembunuh Al-Tantunya. Kenyataan ini menafikan kenyataan SorosKini MalaysiaKini sebelum ini mendakwa bahawa 'dalam perbualan telefon dengan Malaysiakini baru-baru ini, Sirul mendedahkan bahawa beberapa media Australia telah pun memohon sesi wawancara “terus terang” dengannya'.
MStar pula melaporkan :
The Age memetik jurucakap Jabatan Imigresen, Peter Dutton sebagai berkata bahawa jabatan itu tidak memberi kelulusan dengan mudah terhadap proses untuk menemubual tahanannya.
Beliau menambah bahawa Sirul memerlukan kelulusan peringkat tertinggi untuk merakam wawancara bersama media dengan kawalan keselamatan yang ketat.
Bagaimanapun menurut laporan itu, Dutton tidak menolak kemungkinan satu temu bual boleh diadakan pada masa akan datang jika proses permohonan yang sepatutnya dipenuhi. seterusnya
Jika 'Sirul memerlukan kelulusan peringkat tertinggi untuk merakam wawancara', ianya sudah pasti melibatkan agensi kerajaan Australia dan kita yakin bahawa kerajaan Australia tidak akan masuk campur dalam kes ini.
Malah, tindakan kepimpinan Anwarinas dalam PAS dan PKR yang beria-ia mahu menggunakan kes Sirul Azhar ini juga akan menyebabkan rakyat berasa mual kerana ianya bermotifkan politik sahaja.
Lebih-lebih lagi apabila rakyat sudah meluat dengan wayang kulit di antara PAS dan DAP yang bertikam lidah tetapi membohongi rakyat apabila mereka masih tidur sekali.
Tetapi dalam masa yang sama, portal Australia itu juga telah berbohong apabila mendakwa Al-Tantuya sebagai 'penterjemah',
….who had been a translator in a $US2 billion deal for Malaysia to buy two French and Spanish-built submarines that is the subject of a corruption investigation by French magistrates.
Realitinya, arkitek urus janji kapal selam Scorpene, Jasbir Singh Chahl telah menjelaskan jika Altantuya bertindak sebagai penterjemah menjadi orang tengah dalam urus janji itu, dia sepatutnya hadir pada semua mesyuarat dari tahun 2000.
Sebaliknya, dalam satu dokumen rasmi Perancis juga menjelaskan bahawa polis Perancis menyebut dengan tegas iaitu Altantuya tidak pernah memasuki Perancis dari 1999 hingga 2006, tahun di mana dia meninggal dunia.
Ia juga menyebut bahawa semua mesyuarat berlangsung di Perancis dengan sebahagiannya di Malaysia dan semuanya dalam Bahasa Inggeris. Jika ianya dalam bahasa Inggeris, maka apa perlunya 'penterjemah' seperti yang dibohongi oleh Pakatan Pembangkang. BACA SINI
Sungguh memalukan apabila media Australia juga cuba berbohong di dalam laporan mereka.
Malah sebelum ini, sudah ada pihak yang telah mendedahkan propaganda Anwar dan Pakatan pembangkang yang memfitnah Najib Razak : BACA SINI
Begitu juga dengan pembohongan jijik lagi kotor Pembangkang yang memfitnah Najib Razak dengan foto-foto fitnah di bawah :
Maka, 'pendedahan' yang Sirul Azhar mahu lakukan atau diskripkan untuk beliau itu tidak lagi laku dan hanya sekadar mahu memburuk-burukkan kerajaan BN, sistem kehakiman dan negara Malaysia.
Tambahan pula, Sirul Azhar telah diberi peluang seluasnya untuk mempertahan diri dan mendedahkan segalanya di dalam mahkamah.
Dan skrip ini telah didedahkan sebelum ini ArtikelKreditDrMim