Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Saturday, 7 July 2012

Anwar Ibrahim Terpaksa Membalas Budi DAP

Sudah semakin jelas dipertontonkan watak Anwar Ibrahim terpaksa membalas budi DAP setelah bergitu bersungguh-sungguh Karpal membantu membebaskan Anwar Ibrahim dari segala tuduhan skandal moralnya. Kini tiba masanya buat Anwar Ibrahim membalas segala jasa baik DAP dengan merelakan apa sahaja tuntutan dan perancangan DAP.

Mengenang DAP berpeluang bertanding di 90 kerusi berbanding PKR 66 kerusi dan selebihnya PAS. Apa yang hendak dirisaukan lagi. DAP bakal menjadi terhebat jika Pakatan Rakyat menawan Putrajaya. Dari sini rakyat boleh menilai adakah Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim? Adakah DAP bergitu bodoh merelakan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri? Siapa yang lebih bijak sekarang. Patutlah Singapura beria-ia memberi nafas semangat buat Pakatan Rakyat terutama DAP.

Dari sini juga rakyat boleh menilaikan dimana janji-janji PAS bakal melaksanakan Hudud? Apa lagi puak-puak PAS hendak gembar-gemburkan perjuangan perlaksanaan hudud? Semuanya sudah jelas sebagai pembohongan yang maha besar dan terhebat. Meraka telah peralatkan agama demi keinginan merasa bagaimana jika berkuasa di Putrajaya. Yang paling pelik PAS terpaksa menurut apa sahaja dengan membiarkan DAP lebih berkuasa berbanding PKR dan PAS. adakah ini berbaloi?

Adakah Anwar Ibrahim tidak mampu berfikir soal kedudukan kerusi? Atau Anwar Ibrahim tahu tetapi terpaksa berpura-pura seperti biasa kerana sememangnya Anwar Ibrahim telah lama menjadi boneka hidup?  Kalau salah kenapa kerusi yang PKR bertanding pada 2008 adalah 97 bertukar menjadi 66 kerusi? Adakah Anwar Ibrahim lupa inggatan atau hilang akal? atau sememangnya Anwar Ibrahim Terpaksa Membalas Budi DAP 

Kalau mengikut ramalan DAP bakal memenangi 50 lebih kerusi dan kedudukan kerusi melayu berpecah belah, juga boleh memberi satu gambaran yang tidak mungkin diduga antara pengundi Melayu. Satu situasi penyatuan kaum Cina dan India mengatasi peraduan melayu semakin parah berpecah-belah. Siapapun tidak mahu berfikir persoalan sebergini kerana sebok memaki sesama sendiri.

Ramai melayu mengharap Anwar Ibrahim tetapi mungkin mereka lupa pepatah harap pagar pagar makan padi! Sebab itulah DAP dan PAS sentiasa menggambarkan yang Anwar Ibrahim bakal Perdana Menteri supaya tiada antara orang melayu menduga sesuatu yang lecik sedang bergerak secara halus. Kerana denga meletak Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri boleh mengawal keadaan menjadikan melayu terus bercakaran dan bertelagah sesama sendiri.

Mungkin kerana ini jugalah Pakatan Rakyat tidak berani mendedahkan kabinet bayangan? Sampai bila orang-orang melayu terus ditipu dan dikencing hidup-hidup. Sampai bila kita harus bersengketa sesama sendiri kerana Anwar Ibrahim Terpaksa Membalas Budi DAP 

BUAT TAK TAHU BADRUL AMIN MAKI DR.ASRI

PAS semakin hebat berbeza dulu dan sekarang, dulu mengata sekarang mengamal. Pas sekarang lebih rela menyanjung artis dari ulama memberi ceramah. Parok!!!! Pelakon dan penyanyi ganti Ulama. Biasalah kalau hendak diungkit prihal artis yang semakin dibela-bela PAS sudah tentu akan menjadi kesalahan tetepi kalau PAS mahu mengungkit hal prihal orang yang mereka tidak suka, bukan menjadi kesalahan di dalam. Kalau boleh biar direka cipta cerita sehingga rebah kesemuanya. 

Asalkan memberi peluang kemenangan buat PAS walaupun itu sesuatu yang bertentangan dalam islam. Jadi hanya PAS yang layak memaki siapa sahaja tetapi jangan sekali-kali ada pihak memaki PAS itu haram. Iyalah orang-orang ada hak untuk memberi kaunseling kepada bini orang jam 3 pagi dalam bilik hotel sebab niatnya bagus. Itulah kelebihan orang-orang PAS yang menyebabkan ramai artis teruja hendak masuk kot!!!

Sunday, 1 July 2012

Kerana Cari Duit PAS Lelong Nik Aziz RM1000

Kerana Cari Duit PAS Lelong Nik Aziz RM1000 alahai murah benar juga nilai Nik Aziz, Anwar Ibrahim dan Haji Hadi, mentang-mentang PRU13 sudah dekat semua hendak dilelong. Macam-macam kaedah dihalalkan.

Yang menariknya kalau akar kelubi PAS menderma dijanjikan dapat 7 bilion wang untuk rakyat Kelantan dan PTPTN akan dilangsaikan. Macam selalu-selalu dengar bunyi manis tetapi penahkah PAS menunaikan apa janji yang mereka taburkan sebelum ini. Biasalah ayat hendak memujuk memang manis tetapi bila hendak menunai pakat-pakat lari buat pekak telinga.

Janji-janji lama entah kemana-mana tetapi kalau jenis muka tidak malu tidak segan-segan hendak tabur janji-janji baru. Tetapi kalau difikirkan Kerana Cari Duit PAS Lelong Nik Aziz RM1000 sedih jugakan kerana semakin tidak laku rupanya.

Emm bukan boleh kutuk lebih-lebih nanti ramai tukang maki datang. Suka hatilah almaklumlah kalau soal Nik Aziz haram disentuh atau ditugur tetapi kalau bab Najib Razak mereka jadi tukang nasi tambah lagi. Biasalah kalau nama PAS yang haram jadi halal untuk meraka tetapi UMNO semua benda serba tidak kena, sampai BR1M mereka sebat sambil kata haram dimakan. Haram tidak haram sapu juga 

Masih terfikir Kerana Kerana Cari Duit PAS Lelong Nik Aziz RM1000 alahai makin murah jadinya....

Wan Azizah Takut Menjawap Soalan

Kalau sudah salah mana hendak jawap, kalau tidak mahu menjawap jangan kalih cerita. Kalau pandai mengata orang kenapa tidak menjawap persoalan diri sendiri. Kalau dikatakan semuanya dusta kenapa tidak hujahkanya. Inilah sifat pembohongan yang masih ada dalam diri mereka.

Isu Terkini

get this widget here