Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Tuesday, 27 November 2012

8 Perkara Pembohongan Puak-puak Anti Lynas Green Walk


FAKTA LYNAS
Dr. Che Rusli, Ahli Parlimen PAS Hulu Langat yang mana merupakan pakar radioaktif juga mengatakan bahawa projek ini tidak berbahaya dan mengikut piawaian antarabangsa. Berlangsungnya satu sessi penerangan mengenai isu Lynas bersama bloggers dan pengamal media online yang diadakan di tingkat 11 MITI yang turut dihadiri AELB dan DOE pada Julai 2011.


Industri Rare Earth pada dahulunya didominasi oleh Amerika yang mana berakhir pada tahun 1980-an yang mana selepas itu penghasilan Rare Earth dikuasai oleh China. China yang mempunyai 48% rizab Rare Earth dilihat bakal menjadi kuasa teknologi moden menjelang 2015 berbanding Amerika yang mempunyai rizab Rare Earth sebanyak 13%. Manakala Australia, Kanada dan Russia difahamkan mempunyai rizab tersendiri.
Rang Persetujuan Perlesenan Lynas adalah dari Agensi Pusat di bawah MOSTI dan Perkhidmatan Industri dan Tenaga Atom Licensing Board (AELB) dan dipantau penuh oleh Agensi Tenaga Atom Sedunia (IAEA).

Panel bebas daripada (IAEA) turut dilantik oleh kerajaan pusat berikutan timbul kebimbangan terhadap aspek keselamatan projek berkenaan. Seramai 10 orang pakar yang diakui arif dalam ilmu masing-masing dilantik menanggotai panel berkenaan yang dipimpin oleh Dr. Tero Varjoranta dari Finland di mana beliau merupakan Pengarah Bahagian Bahan Bakar Nuklear dan Teknologi Limbah IAEA. Pakar-pakar lain iaitu Jan Van Der (Belanda), Dr. Leo M. Lowe (Kanada), Prof. Dr. Balagopala Pillai (India), Dr. Dennis Wymer (Inggeris), Scawela Ulric Hanna Kajander (Findland), Dr. Horts Monken Fernandes (Brazil) dan Hiroko Raticliffe yang bertindak sebagai pembantu pentadbiran.

Misi pasukan ini adalah untuk mengkaji semula tahap pematuhan terhadap Piawaian Keselamatan Antrabangsa. Terutama berkaitan dengan tahap keselamatan radiasi.
Berikut diringkaskan 8 fakta asas penting yang perlu kita ketahui tentang Lynas:

Perkara 1

Kilang Lynas bukan kilang nuklear. Ia hanya kilang kimia biasa- Mengikut Undang-undang Pengangkutan Antarabangsa, bahan mentah Lynas adalah bukan bahan radioaktif kerana kandungan radioaktifnya rendah.
Dedahan Radiasi kepada orang awam adalah teramat rendah.
Pelepasan air dan udara dari kilang Lynas tidak ada bahan radioaktif.
Kilang Lynas berteknologi tinggi dan mematuhi undang-undang antarabangsa dan Malaysia.
Perkara 2

Dedahan radiasi kepada paru-paru bila merokok sekotak sehari selama setahun (150mSv).
Dedahan radiasi kepada krew penerbangan selama setahun (9mSv).
Dedahan radiasi setiap kali membuat x-ray dan pegigian (0.1 – 0.39mSv)- Dedahan radiasi tinggal dalam rumah baru selama setahun (0.07mSv).
Dedahan radiasi tidur sebelahan seseorang 8jam sehari selama setahun (0.02mSv).
Dedahan radiasi menonton tv 4jam sehari selama setahun (0.02mSv).
Dedahan radiasi oleh kilang Lynas pada orang awam selama setahun (0.002mSv).
Perkara 3
Undang-undang Malaysia dan Antarabangsa berhubung had dedahan radiasi kepada manusia:

Orang Awam (tidak melebihi 1.0mSv/setahun).
Pekerja Sinaran (tidak melebihi 20mSv/setahun.
Perkara 4
Lynas tidak sama dengan Asian Rare Earth(ARE), Bukit Merah.

Bahan mentah Kilang ARE di Bkt Merah adalah bahan buangan industri bijih timah, iaitu tahi bijih.
Bahan mentah Lynas adalah tanah dari lombong dan bukan bahan buangan- Kandungan radioaktif bahan mentah Lynas adalah jauh lebih rendah dari bahan mentah dan sisa ARE di Bkt Merah.
Kandungan radioaktif dalam bahan mentah ARE Bkt Merah adalah 37 kali lebih tinggi dari Lynas.
Kandungan radioaktif dalam sisa ARE Bkt Merah adalah 60 kali lebih tinggi dari Lynas.Perkara 5

Kenapa Tidak Australia?
Lynas telah mendapat kelulusan bina kilang di Australia.
Cadangan pembinaan kilang di Australia Barat didapati tidak komersial kerana kos yang tinggi dan kekurangan kemudahan asas seperti air, gas asli dan bahan kimia.

Kenapa Tidak China?
Lynas telah mendapat kelulusan bina kilang di China.
China telah mengenakan had eksport yang ketat dan rendah ke atas produk ‘logam nadir’.

Kenapa Tidak Kemaman?
Lynas telah mendapat kelulusan bina kilang di Kemaman- Sementara menunggu tanah dari Kerajaan Negeri Terengganu, MIDA telah mencadangkan Lynas bertukar ke Kaw Perindustrian Gebeng, Kuantan.

Kenapa Gebeng?

Lynas telah mendapat kelulusan bina kilang di Gebeng- Kemudahan pelabuhan yang berdekatan.
Bekalan gas asli yang sedia ada- Bekalan bahan kimia yang sedia ada.
Bekalan air yang mencukupi.
Wujud tenaga kerja mahir.
Kos operasi yang kompetitif secara global.
Perkara 6
Pengurusan Bahan Sisa.

Bahan sisa Lynas mengandungi kadar radioaktif yang sangat rendah dan tidak bahaya pada orang awam, alam sekitar dan pekerja- Dedahan sinaran dari bahan sisa ke atas orang awam adalah teramat rendah.
Walaupun bahan sisa ini tidak berbahaya, pihak berkuasa mewajibkan ia disimpan di tempat khas sama seperti industri-industri kimia yang lain.
Lynas melalui makmal antarabangsa telah berjaya menurunkan lagi kadar radioaktif di dalam sisa.
Negara seperti Amerika Syarikat telah menggunakan kaedah ini untuk pembuatan jalan.
Perkara 7

Selain China, Kilang-kilang seperti Lynas yang sedang beroperasi di Negara Maju seperti Amerika Syarikat dan lain-lain.
Prosesan Sepenuh (Molycorp di California, Indian Rare Earths di India dan Solikampsk di Rusia dan Silmet di Estonia di Eropah).
Prosesan Separa (Rhodia di Perancis, Shin Etsu di Jepun dan Nippon Yttrium di Jepun).
Kilang-kilang dalam perancangan ( Avalon Rare Metals dan Great Western Minerals di Kanada).
Perkara 8
Faedah:

KewanganPelaburan Langsung Asing (FDI) dengan modal RM2 billionKos operasi adalah RM350 juta setahun (Servis Luar dan Tenaga Kerja).
Tenaga Kerja Lynas mengambil 350 pekerja pakar dan separa pakar dan 100 pekerja kontrak. Hanya 4 orang pekerja asing iaitu pakar dalam pemprosesan nadir bumi dari ChinaLynas mendapat sokongan teknikal dari Rhodia, Perancis yang telah mengendalikan loji nadir bumi semenjak tahun 60anIndustri sokongan akan menjana 200 peluang pekerjaan tambahan.
Fasa Pembinaan Lebih 2000 orang diambil bekerja pada kemuncak fasa pembinaanMenyediakan peluang pekerjaan perniagaan untuk kontraktor dan pembekal tempatan.
Aktiviti Perintis Besar kemungkinan, syarikat-syarikat yang menggunakan produk Lynas akan mendirikan kilang di Malaysia.
Sumber:
Tuan Hj Arazmi Juhari
(Pengurus Kanan Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran)
Puan Mimi Afzan Afza
(Pengurus Kanan Sumber Manusia dan Komuniti)

Baca lanjut dari Sumber  Cucu Tok Selampit

Monday, 26 November 2012

DR Asri Doa Kehancuran Boleh Jika Dizalimi Dan Beradab

KOTA BHARU - Umat Islam boleh memohon doa kehancuran jika merasa diri mereka ditindas dan juga dizalimi.

Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, secara umumnya sesiapa sahaja boleh memohon doa kehancuran sekiranya merasakan diri dizalimi.“Kita ada beberapa perkara yang perlu dipisahkan, isu politik dan fakta, jangan kerana kerana kita berpolitik, kita menafikan fakta.

"Pertama, persoalannya, adakah boleh kita mendoakan orang yang menzalimi kita agar ALLAH SWT mengambil tindakan kepadanya, itu persoalan yang biasa, jangan letak pada Pas atau Umno.

“Misal kata ada orang menganiaya atau menzalimi kita, boleh ke kita berdoa kepada mereka?

"Jawapannya boleh, tidak timbul isu tidak boleh mendoakan kehancuran sesama Islam,” katanya kepada Sinar Harian pada Program Kembara Ilmu Bersama Dr Maza di kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu doa kehancuran yang dibacakan adik Mursyidul Am Pas, Nik Razi Nik Mat semasa mengimamkan solat hajat sempena muktamar tahunan parti itu minggu lalu.Asri berkata, doa memohon kehancuran ini bukan suatu yang baru, malah wujud sejak zaman Rasulullah lagi apabila terjadi kepada para sahabat, tetapi dilakukan secara berkias (berlapik).

Bagaimanapun mengakui kurang bersetuju dengan pendekatan doa tersebut yang dilihat keluar dari kesantunan, Asri berkata, ia sepatutnya mengikut adab- adab berdoa dan mengetepikan rasa amarah.

“Kadang-kadang tak nampak macam doa, dari segi adab-adab yang lain seperti terlalu menjerit, nampak macam terkeluar dari kesantunannya, kita boleh berdoa kepada orang yang menzalimi, bukan doa kerana marah perbezaan parti, tetapi doa kerana kezaliman,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai ulama Umno, Asri berkata, parti itu memerlukan suatu panduan untuk memandu pergerakan dan perjuangannya, dan satu majlis yang terdiri daripada golongan ulama perlu diwujudkan.

“Pas sebenarnya antara benda yang meletakkan kepercayaan orang ramai terhadapnya adalah Majlis Syura Ulama yang memandunya dalam banyak perkara,” katanya.“Ulama tidak semestinya menjadi pemimpin atau presiden, jadi ahli dewan yang memandu, itu perlu diambil kira supaya Umno juga ada pemandu dari satu majlis yang bukan untuk mempolitikkan agama tetapi membimbingnya supaya semua parti dikawal oleh elemen agama,” katanya. Sumber Sinar Harian.
Published with Blogger-droid v2.0.9

Video Bongkar Pakatan Rakyat Serik Pamerkan Manifesto Tetapi Edarkan Risalah Kelirukan Rakyat

Apa sudah jadi dengan Pakatan Rakyat yang sebelum ini amat berbangga sangat dengan manifesto di Selangor! Dulunya bukan main menjaja sana-sini kehebatan Manifesto mereka tetapi bila sahaja saat-saat hampir PRU13. Rupa-rupanya berlambak berbakul janji-janji manifesto mereka gagal ditunaikan.

Hinggakan ada dikalangan ibu tunggal seramai 2020 orang tampil menyaman Kerajaan Selangor dengan jumlah melebihi 10 juta. Itupun setelah Khalib Ibrahim mengatakan "Manifesto bukan janji yang perlu ditunaikan" dah kena serang dengan ibu tunggal yang mengharap elaun RM100, janji manifesto lalu.

Gamaknya selepas serik dengan apa yang berlaku di Selangor, menyebabkan Pakatan Rakyat menukar strategi yang hanya menyebarkan isalah tampa boleh membuktikan risalah yang sah dikeluarkan Pakatan Rakyat. Memang sengaja cari publisiti tampa mahu bertangungjawap!

Video Pakatan Rakyat Sebotaj BR1M

Sudah tak ada kerja lain ke puak-puak ini, yang tidak habis-habis membuat onar untuk menggagalkan apa sahaja Trnaformasi kerajaan. Sudahlah janji-janji Pakatan Rakyat gagal ditunaikankan, sekarang hendak sabotaj pula keikhlasan kerajaan dengan janji-janjinya.

Ini namanya perosak bukannya calon yang boleh diharap mentabir negara. 

Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) Dato' Sohaimi Shahadan mendedahkan wujud tindakan sabotaj dan tidak bertanggungjawab oleh pembangkang khususnya PKR di Selayang apabila didapati mengedarkan boring BR1M 2.0 yang dilampirkan bersama flyers PKR yang bertujuan untuk mengaburi mata rakyat serta mempunyai agenda lain.

Jentera Khas Pakatan Rakyat Untuk Menggagalkan Tranfomasi Kerajaan

Apalagi yang Pakatan Rakyat tahu buat selain merosak dan mensabotaj apa sahaja usaha Tranfomasi kerajaan. Kerana selagi Kerajaan UMNO BN berjaya, bermakna menjadi barah yang menakutkan Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat amat takut kerajaan berjaya merialisasikan Tranfomasinya dengan berkesan. Tiada pilihan untuk jenis parti yang hanya tahu bermain kotor demi matalamat peribadi. 

Sebab itulah apa sahaja usaha kerajaan dijadikan isu untuk berdemo, menghasut rakyat berkumpul dan adakala berlaku adengan kegaganasan Inikat dinamakan Pakatan Untuk Rakayat atau Pakatan Khianati Rakyat!

Sunday, 25 November 2012

Video Perkasa Lancar Tabung Bantu Utusan Lawan Nurul Izzah

Perkasa telah mengumumkan untuk melancarkan tabung kutipan derma, Sebagai tanda sokongan kepada Utusan Malaysia bagi melawan dengan Nurul Izzah di Makamah.

Ini juga berikutan Zulkifli Nordin juga bersedai untuk menjadi peguam yang membela Utusan Malaysia tampa mengenakan apa-apa caj bayaran khidmatnya,

Persoalannya adakah kita bersedia membantu Utusan Malaysia yang berani berjuang mempertahankan Agama Bangsa Negara. Adakah kita berdiam diri sahaja?

Ayuh kita sama-sama membantu menentang manusia yang tidak memikirkan apa akibatnya Jika kenyataan Hak Murtad Murtad Melayu DiBenarkan

Wajip Tonton SEMBANG POLITIK - NURUL IZZAH PERLUAS PINTU MURTAD


Wajip Tonton Satu pembentangan yang menarik bagi memahami disebalik ucapan Nurul Izzah hingga mendapat tepulan gemuruh dikalangan bukan islam. Persoalan dan hujah yang dilampirkan bakal memberi penjelasan kenapa kita harus mengambil berat isu sebergini.


Disini juga disentuh bagaimana Nurul Izzah ttiadak layak untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian. Hakikatnya permahaman Nurul Izzah untuk berdalih dan mengekal tindakannya betul, juga dihujahkan disini dan cukup untuk memberi kita gambaran sebenar berkenaan isu ini.

Juga amat menghairankan kenapa mereka di dalam video ini tidak disaman tetapi bergitu beria-ia untuk menyaman Utusan Malaysia. Sedangkan Malaysiakini yang palaing pertama mengeluarkan kenyataan yang sama tidak diambil sebarang tindakan oleh Nurul Izzah.

Gerakan Anti Lynas Berkumpul Untuk Sabotaj Ekonomi Negara


Inilah cara Pakatan Rakyat untuk mengcari apa sahaja helah untuk mengalih perhatian rakyat dari menghayati penyampaian kerajaan dalam usaha memertabatkan ekonomi negara dengan sumber yang jelas. Pakatan Rakyat amat takut jika kerajaan berjaya menambah pendapatan negara.

Setiap apa yang dibuat oleh UMNO BN, mulalah Pakatan Rakyat rasa gementar dan takut menerima kenyataan barisan UMNO BN lebih mampu menyampai sesuatu yang amat diharapkan rakyat.

KUALA LUMPUR, 25 Nov - Hampir 1,000 orang dari kumpulan Anti Lynas telah mula berkumpul di Monorel Titiwangsa bagi meneruskan desakan dan bantahan agar operasi kilang Lynas tidak diteruskan oleh kerajaan. 
Kumpulan berkenaan yang terdiri dari majoriti hampir 95 peratus masyarakat Cina telah mula berkumpul sejak dari jam 1.30 petang tadi dan diberitakan sedang menunggu kumpulan perarakan hampir 2,000 orang daripada kawasan bekas ibu pejabat PAS di Gombak untuk bergabung. 
Sebelum itu, perarakan awal hampir 2,000 orang dengan mengibarkan bendera Himpunan Hijau dan melaungkan slogan "Hentikan Lynas" berlangsung di sepanjang perjalanan melalui Lebuhraya DUKE, Kampung Railway dan Sentul Pasar. 
Menurut sumber, difahamkan kumpulan ini akan bergabung sebelum menuju ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), tempat dimana akan berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO ke 66 pada 27 November ini. KLpos

Apa lagi yang mereka marah sangat dengan Lynas sedangkan semua sudah jelas terbukti tidak sedikitpun berbahaya! Ini sebenarnya kerana Pakatan Rakyat sudah tidak mempunyai apa-apa matalamat selain untuk sabotaj ekonomi negara. 

Reject Individuals Out To Destroy Malaysia Socio-Political System - Chandra Muzaffar


KUALA LUMPUR, Nov 24 - Malaysians need to reject certain individuals out to destroy the principles of the socio-political system practiced in this country, to ensure its future, urged International Movement of a Just World (Just) president, Dr Chandra Muzaffar, today.

"If we don't reject these individuals, who don't understand these principles, it will be very dangerous for our future generations. Therefore, we must maintain this system through the 13th General Election so that the country's safe for all time," he said.

He was delivering a talk titled "The Country's Socio-Politic Future" during the 1Malaysia gathering at the Putra World Trade Centre, here today.

Dr Chandra, who is also professor of Global Studies at Universiti Sains Malaysia, said Malaysia was much better compared to other countries which practiced such a system because to date it has managed to maintain democracy where the citizens determined their own future.

"Our foreign policies have also managed to defend Malaysia's independence and peace and prevent it from being any party's puppet. And transfer of power also occurs peacefully and methodically," he said.

He added however, that Malaysia faced challenges such as corruption, self-interest politics and racial politics, which could jeopardise the nation.

"Political discussions during public debates have also deteriorated in terms of civility. Rude and uncivilised language is frequently used and this goes against our values and the principles of 'Rukun Negara', he emphasised.

Therefore, political awareness must be raised in order to overcome this problem and leaders must also be healthy role models for the people.

Saturday, 24 November 2012

Wakil Bebas Sepakat Berjuang Menangkan UMNO BN


Jangkaan Barisan Nasional (BN) boleh memperoleh minimum 120 kerusi jika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) diadakan sekarang, sebagaimana dinyatakan oleh Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin, tidak akan memberi keselesaan kepada perikatan itu, kata Perkasa hari ini.


Bagaimanapun menurut Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, beliau yakin BN akan menang dan wakil rakyat Bebas akan memberi sokongan kepada perikatan itu.

Sehubungan itu kata beliau, era kononnya BN sudah berakhir telah lama berlalu dan dengan adanya penyokong tegar parti itu yang akan terus mengundinya, BN diyakini akan terus mempertahankan kuasa.

"Ya, memang 120 kerusi itu tidak memberi keselesaan kepada BN, tapi kalau ikutkan Bebas, BN telah menang penuh.

"Lagipun BN hanya memerlukan lapan lagi kerusi untuk menang dalam pilihan raya ini, pembangkang sekarang ada 83 kerusi tambah tiga kerusi, belum tentu mereka menang.

"Saya yakin, penyokong BN sebelum ini akan terus bersama mereka," katanya kepada Sinar Harian Online selepas selesainya Himpunan Barisan 1 Malaysia di sini, hari ini.

Shamsul yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara berkata, BN yang kehilangan majoriti dua pertiga empat tahun lalu dijangka memperoleh dalam lingkungan 120 kerusi jika PRU13 diadakan hari ini, manakala 24 kerusi masih dalam keadaan "kelabu".

Beliau juga mengakui bahawa walaupun keputusan kali ini akan memperlihatkan majoriti mengecil tetapi kemenangan masih akan memihak kepada BN.

“... mereka akan dapat minimum 120 kerusi. Sekarang 140 kerusi, 24 kerusi kelabu, baki 70 kerusi Pakatan Rakyat... (pada keseluruhan) majoriti tipis,” katanya dalam satu temu bual menjelang Perhimpunan Agung Umno 2012, di pejabatnya di Bandar Baru Bangi.

Mengulas lanjut, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, kajian dibuat Shamsul juga belum pasti mempunyai kebenaran sambil menegaskan, BN akan tetap "menang penuh" tetapi dengan syarat.

Katanya, syarat yang perlu ada oleh BN ialah kekuatan, kekemasan dan kelancaran jentera parti dalam menghadapi PRU selain mempunyai calon yang berkelayakan.

"Penyelidikan yang dibuat itu... belum pasti kebenarannya, saya yakin BN akan menang.

"Namun syaratnya jentera BN kuat, ada kelancaran dan kekemasan selain soal calon," katanya. Sumber Sinar Harian

Khalib Ibrahim - Bukti Video CCTV Jumpa Pengundi Hantu


Fuhh seram betul mendengar cerita Khalib Ibrahim yang dia dapat mengesan banyak hantu-hantu sedang berkeliaran di sekitar Selangor. Hairan betul dia kenapa setelah 4 tahun dia jadi Menteri Besar tiba-tiba jumlah hantu makin bertambah untuk mengundi!

Katanya
Kerajaan Negeri mendakwa mengesan seramai 134,675 orang bersamaan dengan 28 peratus pemilih daftar pengundi yang tidak dapat dikenal pasti melalui Projek Pendemokrasian Negeri Selangor.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kajian tersebut mendapati seramai 497,084 pemilih baru pada suku keempat tahun lalu berdaftar dalam Daftar Pemilih Induk.

Yalah aku pun heran apahal pengundi bertambah yeee! Apatah selepas Australia buat hal dengan Anwar Ibrahim lagi-lagila aku tak faham! Apasal banyak sangat hantu-hantu berkeliaran

Cuma bezanya Pakatan banyak bongkar kisah hantu tapi tidak penah tangkap barang sekor pun, itu lagi aku hairan! Kalau mengaku ada dapat tangkap! Tarik bawa keluar! Sejak bila pula Pakatan takut hantu haaa. Tapi ini bukti cctv hantu cuba tengok!

Ada Pakatan Sabotaj Anwar Ibrahim Perdana Menteri Ke-7

Adus apalah kau orang tidak faham ke! Anwar Ibrahim tengak duduk pulun umumkan diri sebagai Perdana Menteri ke-7 ada juga hendak bantah dan lantik Haji Hadi! Kau orang tidak adakah perasaan kesian bagaimana Anwar Ibrahim bersusah payah pertahankan segala isu moral yang sampai sekarang masih dipersoalkan rakyat.

Tolonglah Haji Hadi berilah Anwar jadi Perdana Menteri kerana sememangnya Ada Pakatan Sabotaj Anwar Ibrahim Perdana Menteri Ke-7 

Bukankah dulu semasa mula-mula tubuh PKR semua bersetuju Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri, kenapa sekarang hendak halang pula!

Lagipun Anwar Ibrahim sudah lama sangat berangan hendak jadi PM semenjak dalam penjara lagi. Malah Wan Azizah rela lepaskan Pematang Pauh demi memberi ruang Anwar Ibrahim. 

Malah Nurul Izzah rela memberi harapan kepada bukan Islam dengan meresiko akidah sendiri melalui Hak Murtad Melayu. Itu semua bukannya murah untuk dilakukan! Besar pengorbanannya. Walaupun kadang-kadang terfikir bagaimanakah jika anak-anak generasi Anwar Ibrahim mengambil keputusan untuk memilih agama sendiri? Adakah Anwar mersetuinya.

Yang penting ini telah memberi perluang Pakatan Rakyat berpeluang meraih undi bukan islam terutama di Sabah dan Sarawak. PAS tidak bersyukur ke? itukan peluang untuk ke Putrajaya. Tidak kisahlah nasib Agama Bangsa Negara menjadi cagaran kerana selama inipun PAS tidak penah kisah bukan! Jadi Jangan Pecah Palak Mikir ok ikut sahaja...

Kalau setakat Nik Aziz hujah mempelekehkan islam jatuh murtad yang cuba dikaitkan kepada UMNO, 

mahupun menghalalkan Khalimah Allah dipergunakan secara triniti atau apa sahaja dalam gambar dibawah ini! Itu belum cukup layak mengangkat diri sebagai Perdana Menteri Malaysia sebab Anwar Ibrahim lagi banyak berkorban iaitu mengujudkan semua cerita dalam gambar ini.

Walaupun Doa KO UMNO BN yang diluluskan Haji Hadi dan Nik Aziz juga belum cukup kuat melayakkan mereka menjawat jawatan Perdana Menteri.


Lagipun Nik Aziz mahupun Haji Hadi dan semua warga PAS kena faham, status mereka setakat kaldai yang dijanji dengan harapan ke Putrajaya. Jadi bersyukurlah setakat dapat masuk Putrajaya! Jangan lebih-lebih pula! 

Cukuplah sekadar destinasi anak beranak dalam Pakatan Rakyat diberi perluang untuk berkuasa di Putrajaya. Taka akanlah itupun sudah tidak boleh bersyukur kot!

Lagipun PAS juga kena fikir DAP juga ada hak untuk menuntut habuan yang serupa tetapi Anwar Ibrahim juga tengah bingung sebenarnya! Adakah DAP diam-diam berisi bom! Almaklumlah bertapa banyaknya Anwar terhutang budi dengan DAP yang mula-mula mengatakan Anwar kaki liwat dan akhir sanggup memperjuangkan Anwar di Makamah. Setakat Mat Sabu wakil PAS yang mula-mula mengelar Al Juburi kepada Anwar, berubah menyokong Anwar! Masih tidak cukup berbanding DAP sanggup buat apa sahaja asalkan dapat ambil kesempatan daripada Anwar Ibrahim.

Lagipun Video Serupa China Doll khabarnya ada tersimpan dalam tangan sedara DAP iaitu PAP. Betul ke! kalau ada kenapa sampai sekarang di simpan. Kalau Anwar masih memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri alamat awal lagi UMNO jatuh angkara Anwar.

Ingatlah semua perjuangan Matalamat Menghalalkan cara ini adalah dipantau oleh Pakatan Rakyat dan sejak lahir PKR lagi! PAS sudah setuju Anwar Ibrahim Perdana Menteri ke 7 jadi jangan mungkiri janji walaupun warga PAS semakin sedar Anwar Ibrahim tidak layak kerana isu moral sahaja alahai tidak terkira hebatnya!

Walaupun apa jua kaitan isu Anwar, bukankah PAS sudah sedia maklum inilah corak perjuangan Islam PAS setalah mengatakan negara islam tiada dalam Al'Quran. Jadi apa lagi yang tidak puas hati?

Oleh itu fahamilah wahai warga PAS janganlah memberi tekanan kepada Anwar Ibrahim lagi! kesian dekat Anwar Ibrahim kalau gagal mendapat jawatan Perdana Menteri. bukan apa takut kekalahaan nanti menyebabkan Anwar mengalamai terkanan jiwa! Tidak meriahlah politik Malaysia tampa Anwar Ibrahim. Betul Tak memang Pecah Palak Mikir melayan Pakatan ni kan!


Muhyiddin Yassin Luahkan Perhimpunan Agung UMNO Yang Terakhir Buat UMNO

Sejauh manakah ahli-ahli UMNO memahami kepentingan perhimpunan agung kali ini?

MUHYIDDIN: Perhimpunan yang kita akan adakan pada minggu depan ini, saya anggap mungkin yang terakhir sebelum kita menghadapi pilihan raya. Jadi fokus utama tentu bagaimana perwakilan membahaskan perkara-perkara yang tentunya ada hubung kait tentang pilihan raya. Tentunya ia untuk meningkatkan tumpuan dan perhatian setiap peringkat ahli terhadap pentingnya pilihan raya yang kita hadapi.

Di samping itu, kita juga mahu mengambil kesempatan untuk condition pemikiran pemimpin parti di semua peringkat tentang cabaran besar yang kita akan hadapi dalam pilihan raya ini. Kini umum sudah menyedari senario suasana politik, keadaan yang kita hadapi, cabaran-cabaran yang kita hadapi, perlakuan pihak pembangkang dan isu-isu yang berbangkit sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sejak Pilihan Raya Umum 2008.

Kesemuanya memerlukan kita bukan setakat memahami, tetapi dalam beberapa peringkat menanganinya supaya hasil outcome daripada perhimpunan agung inilah, semangat yang lebih tinggi untuk terus berjuang bagi mempertahankan kedudukan parti sebagai kuasa dalam kerajaan.

Kalau boleh kita perkukuhkan kedudukan kita selepas pilihan raya. Pastinya penting untuk kita mencapai kemenangan yang lebih cemerlang. Meraih sokongan yang lebih besar dari segi pengundi popular dan di samping itu, negeri-negeri dulu yang kita kalah dalam pilihan raya 2008, kemungkinan dapat kita tebus kembali kekalahan itu. Bermakna perhimpunan agung ini mempunyai signifikan yang agak besar sekali.

Kita berharap walaupun kita tahu dalam UMNO pun ada isu-isu tertentu, tetapi fokus paling utama - bagaimana kita hendak siapsiagakan setiap ahli UMN0 termasuklah di peringkat akar umbi yang bertanggungjawab untuk meraih sokongan setiap pengundi itu benar-benar mememahami tugas dan tanggungjawabnya.

Apakah harapan Tan Sri agar semangat ahli-ahli UMNO tidak berakhir di PWTC sahaja selepas selesai perhimpunan?

Itulah sebabnya mungkin tempoh pilihan raya yang mendatang ini tidak lama lagi. Saya kurang pasti bila, tetapi pastinya tidak akan lebih panjang daripada apa yang dijangka kali ini kerana tempoh kita memegang kuasa dalam kerajaan akan berakhir. Kalau tidak silap saya pada Mac atau April tahun depan.

Jadi sebab itu yang penting bila mereka meninggalkan Dewan Merdeka, akan tertanam dalam jiwa kesedaran tentang cabaran besar, amanah yang harus mereka pikul untuk menentukan mandat atau amanat Presiden itu dapat dilaksanakan dan yang juga penting menekankan aspek perpaduan dalaman parti yang perlu kita perkukuhkan.

Pernah pun saya sebut kepada mereka di setiap peringkat, di mana saya melawat di setiap negeri berjumpa dengan pemimpin di setiap peringkat parti, baik UMNO atau parti komponen Barisan Nasional (BN). Yang pertamanya, saya sebutkan soal kita hendak mengelakkan masalah dan isu dalaman. Kita sedar di sesetengah tempat masalah itu ada.

Saya sudah mengingatkan mereka supaya mencari jalan untuk selesaikan masalah itu. Dan kita tidak mahu ini menjadi satu halangan atau kekangan yang boleh menyebabkan kita gagal atau pun kita tidak dapat meraih sokongan besar kerana antara ahli-ahli itu masih mempunyai masalah sesama mereka.

Saya lihat di peringkat mutakhir ini, kesedarannya sudah ada. Di pertemuan yang saya adakan dengan beberapa bahagian terpilih yang saya kenal pasti memerlukan tumpuan lebih, nampaknya mereka berjanji - kali ini mereka akan menumpukan kepada soal kemenangan parti. Kalaupun ada perbezaan sesama sendiri, itu agak biasa, tapi jangan satu benteng yang menghalang daripada kita mencapai matlamat dalam pilihan raya.

Tan Sri menyebut mengenai meraih sokongan, apa pula pendekatan yang perlu dilakukan ahli di peringkat akar umbi untuk mendekati pengundi bagi meraih sokongan supaya BN mencapai kemenangan besar?

Ini kita telah mulakan, bukan baru dan hampir dua tahun dari tarikh (pilihan raya lalu). Ramai pihak telah berbincang pasal persiapan pilihan raya. Semua peringkat sudah kita sebutkan - penting kepada mereka untuk mendekati pengundi. Saya sebutkan pengundi adalah raja dan mereka yang menentukan nasib kita sama ada terus kekal sebagai sebuah kerajaan atau sebaliknya.

Perlu kita ketengahkan beberapa isu berkaitan persepsi yang ada dalam benak atau pemikiran pengundi tentang apakah BN dan UMNO adalah benar-benar parti yang berjuang membela nasib mereka.

Kerana tempoh yang mutakhir, dengan sebab-sebab perbuatan pihak pembangkang, mereka mahu spin perkara-perkara yang kita buat dengan fitnah dan tohmahan mereka.

Maka perkara baik seolah-olah dilihat tidak baik. Inisiatif kita untuk menyelesaikan masalah rakyat dilihat sebagai tidak memberi keuntungan kepada orang Melayu sebagai contoh atau orang Cina sebagai contoh. Jadi hal-hal sebegini perlu kita lihat dengan lebih teliti. Jadi yang penting adalah supaya mereka tahu siapa pengundi itu. Ini seolah-olah dalam satu peperangan. Dalam peperangan, kita mesti tahu musuh kita. Kita tidak boleh berperang dalam gelap, tembak tidak tentu hala, peluru habis tetapi tidak menang dalam perjuangan.

Jadi dia mesti tahu ke mana dia harus tuju. Jadi sebab itu di peringkat ini, kita suruh mereka kenal pasti apakah masalah yang dihadapi di peringkat kawasan mereka dan jelaskan dasar kepimpinan kita.

Perdana Menteri memberi pelbagai bentuk bantuan dan sokongan seperti mana yang terkandung dalam belanjawan negara. Sejak tahun ini dan akan datang, dalam Bantuan Rakyat 1Malaysia, kesemuanya ada politikal impak dan ia harus diterjemahkan dalam bentuk yang boleh memberi keuntungan kepada kita.

Tapi kalau kita tidak terlibat bersama, kita hanya serah kepada satu pihak melibatkan pegawai sahaja, dan ahli-ahli parti memandang dari tepi sahaja, seolah-olah mereka tidak terlibat sama. Mereka tidak dapat apa-apa faedah.

Apa lagi dalam bantuan-bantuan yang parti sendiri berikan.

Perlu sampaikan isu-isu kebajikan, isu-isu bantuan dan pertolongan yang diperlukan malahan kerja-kerja mudah ziarah orang sakit untuk bertanya khabar supaya kita dilihat mesra rakyat dan kita dilihat memang kita prihatin. UMNO prihatin, BN prihatin.

Saya lihat dalam tempoh setahun dua lepas, langkah-langkah sebegini telah kita laksanakan secara agak meluas.

Pergerakan Wanita UMNO bergerak begitu, Pemuda bergerak begitu, komponen parti yang agak lambat sedikit pun tetapi sekarang mereka telah bergerak semula agak lebih daripada masa-masa lalu.

Atas dasar itu saya yakin kita boleh dapat sokongan yang agak lebih baik.

Imej UMNO semakin positif bukan sahaja dalam kalangan orang Melayu tetapi juga orang bukan Melayu? Apa komen Tan Sri.

Ya, saya kira begitu kerana walaupun kita menghadapi masalah persepsi pada awal-awal selepas pilihan raya 2008, seolah-olah UMNO dilihat tidak lagi berjuang untuk membela nasib orang Melayu, UMNO mengabaikan tanggungjawab, UMNO tidak prihatin, wakil-wakil rakyat UMNO leka. Kita sedar dan kita sudah buat post mortem dan analisis. Sebab itu, hal ini kita sudah sebutkan kepada pemimpin UMNO, inilah persepsi rakyat, mereka jangan abaikan, kamu tunjukkan bahawa UMNO hari ini sudah berubah.

UMNO tidak seperti dahulu. BN pun lebih walaupun namanya BN, sama sahaja tapi dalam minda pemimpin BN, dalam tindakan pemimpin BN dan pemimpin UMNO, kita sudah faham dan tahu, dan kita harus melaksanakan perkara-perkara yang dikehendaki dan mahu dilihat oleh rakyat sesuatu yang agak berkesan.

Ini saya fikir sudah berlaku. Walaupun dikatakan belum menyeluruh tetapi jauh berbeza kalau dibandingkan dengan sebelum ini. Pasal kita biasa bangkitkan soal sebegitu, saya beritahu jangan ambil mudah.

Hal sebegini tidak seperti dulu, harapan pengundi dan ahli-ahli kita tidak seperti zaman-zaman lalu. Mereka lebih tahu hak mereka, mereka lebih berpengetahuan, terutama pengundi-pengundi muda mereka terdidik, mereka savvy dengan sosial media. Hal-hal sebegini kita harus kita ambil kira. Jadi, profil pemilih itu kita perlu kenal pasti supaya apa yang kita lakukan memenuhi kehendak dan tujuan sebenar.

Jadi, akhirnya ia dapat meningkatkan imej parti kita. Saya fikir sekarang ini, ramai orang Melayu sudah sedar walaupun sesetengah negeri yang kita kalah dahulu mengatakan kita ada sedikit kelemahan tetapi kita sudah cuba perbaiki.

Jadi sudah ada keyakinan baru yang UMNO sebuah parti yang lebih berupaya berbanding dengan Pas, PKR, dan kalau mereka lihat apa yang parti pembangkang ini buat di negeri mereka kuasai tidaklah sehebat manapun. Mungkin gendangnya agak lebih kuat, tetapi isinya tidak ada.

Mereka janji macam-macam tapi sebenarnya mereka tidak lakukan dan laksanakan. Mereka lebih berpolitik daripada bekerja.

Mereka tidak dapat selesaikan masalah seperti di Selangor, di Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang. Semua negeri menghadapi masalah. Yang mana ia membuka minda dan pemikiran orang Melayu dan bukan Melayu bahawa walaupun UMNO dan BN ada kelemahan tetapi kita pengalaman. Kita bersedia membuat perubahan dan kita turun ke bawah secara literal, menghadapi rakyat setiap masa, setiap hari ini.

Yang ini saya fikir sudah membawa keyakinan baru terhadap UMNO, lebih-lebih lagi di bawah pimpinan Perdana Menteri sendiri.

Pembangkang khususnya Pas, mereka terus melakukan serangan ke atas UMNO. Tidakkah Tan Sri melihat ini boleh menjatuhkan sokongan kepada UMNO?

Tidak. Mengapa mereka menyerang UMNO? Ini sudah tentu kerana mereka merasakan sokongan orang Melayu terhadap mereka sudah merosot. Lebih-lebih lagi orang Melayu (Islam) menilai tentang apakah politik Pas sebenarnya, politik opportunis, guna Islam untuk tujuan politik, menghebah konon mempunyai ideologi dan pendirian yang selama ini berjuang atas landasan Islam, negara Islam dan sebagainya.

Mereka sudah mengkompromi hal sebegini sebab mereka terpaksa bersekongkol dengan DAP. Terang-terangan DAP menyerang banyak perkara-perkara yang hendak diusulkan dan dilaksanakan Pas. Contoh, bagaimana Hassan Ali bercerita, mereka tidak bersetuju pelaksanaan undang-undang Islam.

Mereka melihat secara serong. Ini menyebabkan mungkin Pas terlalu ghairah untuk mendapat sokongan politik. Pas lupa bahawa orang Melayu pun tahu. Jadi akhirnya Pas rasa sokongan itu sudah mula beralih. Saya yakin dalam kalangan ahli Pas sendiri, mereka rasa kecewa juga dengan perbuatan pemimpin-pemimpin mereka.

Kita membaca pendapat yang dikeluarkan ramai tokoh mereka. Tidak semua selari dengan Mursyidul Am (Nik Abdul Aziz Nik Mat) dan tidak semua selari dengan Abdul Hadi Awang dan ramai juga yang membuat kritikan tentang apa yang dilakukan oleh pucuk pimpinan. Ramai juga tidak bersetuju dengan Mursyidul Am punya kenyataan.

Tapi Nik Aziz ini macam dah begitu keadaannya, dia tidak boleh buat apa-apa. Jadi peranan media dalam soal ini dapat menjelaskan lagi. Mereka terus menyerang kita tetapi kita tidak duduk diam pada serangan itu.

Kita juga jelaskan kepada orang Melayu bahawa perjuangan UMNO adalah perjuangan Islam yang sebenarnya. Apa yang UMNO lakukan untuk membangunkan negara tidak bercanggah dengan Islam. Apa yang diperjuangkan oleh UMNO dari segi menegakkan syiar Islam sudah berhasil. Kejayaan kita dalam membangunkan umat Islam dalam semua bidang, sesuatu yang tidak boleh dinafikan.

Jadi, ini kita perlu teruskan, kita tidak harus defensif tentang apa yang dibuat oleh Pas walaupun mereka akan menghujani kita (UMNO) dengan pelbagai tohmahan, macam yang berlaku dalam muktamar Pas yang terakhir sampai mendoakan untuk menjahanamkan kita orang Islam dalam UMNO dan sebagainya. Memang sesuatu amalan yang bercanggah dengan ajaran Islam.

Nampak benar, dia (Pas) sudah nampak lebih ekstrem. Dulu pun mereka ekstrem tetapi hari ini lebih ekstrem lagi kerana mereka rasa tergugat, mereka rasa tercabar. Jadi mereka bertindak desperado daripada biasa. Orang Melayu melihat Pas lebih ekstrem sekarang. Pasal dia terpaksa berkompromi perjuangan mereka dengan parti-parti dalam pakatan pembangkang.

Hakikatnya parti pembangkang sebenarnya tidak kuat tetapi masalah dalaman UMNO sendiri yang memungkinkan mereka berjaya dalam PRU-13 nanti. Apa pandangan Tan Sri?

Yang itu juga kita menganalisis selepas Pilihan Raya Umum 2008, apakah sebab kita kalah di negeri-negeri seperti Kedah, Selangor atau tempat-tempat lain. Antara faktornya adalah kerana masalah dalaman. Ada sabotaj, tidak bersedia bekerja bersungguh-sungguh, tidak bersetuju dengan calon, atau pun tidak dilantik menjadi calon.

Ini puak-puak yang tidak mendapat habuan sebegitu mengambil langkah-langkah yang membawa kesan buruk kepada parti. Itu kita sedari, sebab itu di peringkat akhir ini kita sebut balik. Jangan sabotaj parti. Pasal pihak pembangkang memang tidak kuat, serupa sahaja, dulu sekarang sama, malahan agak lebih teruk.

Tetapi, jika masalah dalaman kita dapat atasi atau kurangkan, maka peluang kita lebih cerah lagi. Macam di Kedah bagaimana saya lihat kerusi Dewan Undangan Negeri, tiga kerusi kita menang, satu kawasan yang sama (Parlimen) kita kalah. Maknanya pengundi yang mengundi di peringkat DUN tidak mengundi UMNO di peringkat Parlimen atau sebaliknya. Jadi kita analisis balik, mengapa ada ahli-ahli UMNO yang tidak keluar mengundi pada hari itu.

Kita kalah dengan 300 undi. Yang tidak keluar mengundi 1,000 orang contoh. Apa sebab mereka duduk di rumah kerana tidak mahu memberi undi kepada calon UMNO dan BN tertentu. Jadi ini kita sudah kaji. Bila saya jumpa mereka, saya jelaskan kepada mereka dan mereka mengakui. Jadi jangan buat lagi.

Jika mereka buat lagi, bukan kerana soal Pas di Kedah itu kuat. Sampai hari ini juga Pas tunggang-langgang di Kedah. Tapi pasal UMNO berbalah. Jadi mereka kata sudah sedar. Maka saya hendak lihatlah dalam pilihan raya, betul-betul kesedaran itu ada, kita dapat tebus balik Kedah sebagai contoh.

Apakah perubahan yang dilakukan UMNO dan BN sudah cukup bagi menebus semula kekecewaan pada pilihan raya 2008?

Saya fikir sudah ada. Mungkin bagi sesetengah pihak yang sinikal kata sama saja. Tapi ialah UMNO sama saja, muka sama tapi tindakan yang mereka ambil, kerja keras yang mereka sudah buat. Saya lihat dalam sejarah saya dalam politik, memang setiap kali ada pilihan raya, jentera UMNO sudah bekerja tapi kali ini mereka sudah bekerja lebih awal. Sudah bersiap sedia lebih awal.

Pasal tempoh masa yang dijadualkan pilihan raya itu belum sampai, jadi macam persiapan yang lebih rapi berbanding dahulu dibuat, dan dari segi minda juga mereka sudah bersedia, dari segi jentera juga mereka sudah bersedia.

Jadi bila sebut adakah ada perubahan, perubahan itu dilihat dalam bentuk macam gerak kerja, turun sampai di peringkat akar umbi, berjumpa dengan pengundi.

Bantuan-bantuan yang kita sampaikan. Sebab itu bukan sahaja pengundi Melayu tapi pengundi Cina dan India sudah melihat kembali dan mereka nampaknya bersedia untuk memberi sokongan dalam pilihan raya akan datang.

Akhir sekali apa mesej Tan Sri kepada perwakilan UMNO kali ini?

Mesejnya ialah kita mesti bersedia lebih daripada biasa dari segi minda, tenaga. Kita kena faham bahawa pilihan raya ini bukan sahaja penting tetapi lebih penting kerana puak di sana itu orang kata kemaruk kuasa. Dah sampai terdesak, sebab itu dipanggil kumpulan-kumpulan desperado.

Dan sudah terbayang dah kerusi Perdana Menteri itu. Sebab itu di luar sana mereka berbicara siapa yang lebih layak. Bagi saya tidak guna nak komen sebab saya yakin BN akan balik semula dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan kekal. Insya-Allah. Jadi mereka sudah kemaruk. Kemaruk gila kuasa sebab itu dia menghalalkan banyak benda yang haram, menghalalkan cara-caranya.

Dan saya tahu mereka akan gunakan pelbagai taktik, cara sumpah-seranah dan tohmahan. Pasal itu mereka mempertikaikan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya), bangkitkan isu senarai pengundi yang tidak betul, macam-macam lagilah. Ini kononnya untuk condition minda rakyat bahawa kalau BN menang, menangnya BN itu kerana penipuan.

Saya jangkakan begitu, tapi bila dia menang, dia kata tidak tipu. Maknanya, apa yang kita hadapi adalah suatu pertembungan yang agak hebat. Jadi, kita menghadapi pilihan raya bukan seperti biasa, baik minda, baik tenaga, baik gerak kerja. Agresifnya mereka, maka kita harus lebih agresif daripada mereka. Jika mereka tunjuk berani, kita mesti lebih berani daripada mereka. Pasal ini sebagai satu peperangan dari segi strategi dan berbagai-bagai lagi.

Saya fikir begitu, jadi jika ini dapat difahamkan oleh ahli-ahli UMNO, bila kita hadapi pilihan raya bukan seperti biasa, maka dia harus bersedia dari sekarang (condition demand). Kerana kalau kita dah bekerja dah berjaya, saya percaya pihak pembangkang akan mencabar. Semua keputusan pilihan raya dibuat penipuan dan sebagainya. Sebab itu, mereka main psikologi untuk menakutkan (pengundi).

Dia nak psiko pemikiran rakyat, (dengan dakwaan) mereka sudah bersedia hendak ambil alih dan menumbangkan kerajaan. Sebagai pemimpin UMNO, tak akan kita hendak dengar dan diam saja. Kita tahu Anwar Ibrahim sudah kempen. Dia naik kapal terbang, DAP pergi dengan bas, pergi satu pelosok ke satu pelosok, satu pelosok. Dia dah buat dan sudah atur strategi, kita tahu.

Yang penting, apa yang kita harus buat bagi menghadapi tentangan hebat dalam pilihan raya ini. Saya harap mesej ini akan sampai kepada ahli-ahli UMNO dan bila pulang nanti jangan rileks. Tiada masa untuk istirehat, kita harus bangkit sepanjang masa, sampai masa tugas kita selesai selepas pilihan raya.


Nota: Inilah Perhimpunan Agung UMNO Yang Terakhir Buat UMNO sebelum menuju PRU 13 dan pergunakanlah demi memperkukuhkan di setiap sudut menuju medan perang demi mempertahankan Agama Bangsa Negara Pecah Palak Mikir

Bertapa Gementar Pakatan Rakyat Hingga Hendak Saman Vendor Penjual Utusan Malaysia


Inikah bahasa dari kumpulan amat tertekan menghadapi keberanian Utusan Malaysia mendedahkan kenyataan Nurul Izzah berkaitan Hak Murtad Orang Melayu. Hinggakan kedengaran "bahasa Saman terhadap Utusan Malaysia harus juga dikenakan kepada agen-agen atau vendor yang mengedar akhbar dan menjual akhbar berkenaan"

Walaupun Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini telah memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap akhbar Utusan Malaysia ekoran penyiaran berita berunsur fitnah terhadapnya berhubung pandangan ahli parlimen Lembah Pantai itu mengenai kebebasan beragama di bawah tajuk "Melayu bebas pilih agama: Rakyat tidak harus dipaksa amal ajaran tertentu - Nurul Izzah"

Walaupun Utusan disaman tidak bermakna rakyat tidak faham apa yang digambarkan Nurul Izzah dengan nada bahasa yang dilontarkan termasuk mendapat tepukan gemuruh dikalangan bukan islam! Cukup memedihkan perasaan masyarakat islam kecuali kepada mereka yang lebih terpengaruh kepada Pakatan Rakyat.
Yang paling menghairankan kenapa Malaysiakini yang paling awal menyiarkan isu tersebut tidak diambil apa-apa tindakan?

Tetapi bila mendengar Utusan Malaysia amat sakit dan ketakutan buat mereka hingga ada dikalangan mereka menyiarkan di blog untuk menyaman secara menyeluruh meliputi Vendor dan kedai-kedai besar tidak akan berani lagi untuk menjual akhbar berkenaan kerana tidak mahu mengambil risiko. Dengan cara itu saja Utusan akan lingkup dengan cepatnya apabila vendor dan kedai-kedai enggan menjualnya kerana takut berdepan dengan risiko. Itulah azam bagi orang semakin terdesak.

Bila mereka dan akhbar Pakatan Rakyat kena tindakan apa jawapan mereka? Tiada kebebasan bersuara dan sekarang jika kenyataan Izzah dihujahkan dengan apa yang dilafazkan dikatakan fitnah! Rasanya Izaah kena ambil perhatian kepada Zulkifli Nordin juga keran tidak ahbis-habis menghujahkan yang sama seperti utusan siapa ada video lagi! tetapi kenapa tidak ada sesiapa dikalangan Pakatan Rakyat berani ambil tindakan?

Hakikatnya rakyat harus berbanga dengan Utusan Malaysia yang sanggup menghadapi apa jua cabaran demi menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat. Biarlah orang hendak saman atau orang hendak boikot hingga menjajaskan penjualan. Utusan Malaysia tidak juga berhenti berjuang walaupun menghadapi tekanan yang amat kuat. 

Atuh bangkit kita pertahankan Utusan Malaysia yang 1000 kali baik dari Malaysiakini, Suara Keadilan mahupun Harakahdaily. Lebih baik dari portal yang mendapat hasil upah dana kuasa luar yang berminat dengan pertukaran regim di negara ini.



Friday, 23 November 2012

Pembongkaran Skandal " Regime Change "

Ahli Parlimen Wangsa Maju (Bebas) Wee Choo Keong menyifatkan mereka yang menerima dana asing sebagai penderhaka dan pengkhianat Negara. Menurutnya, mereka sedang berusaha untuk menghuru-harakan keamanan yang dinikmati rakyat negara ini untuk menumbangkan sebuah kerajaan yang dianggap rejim. 

Beliau juga menegaskan bahawa kemasukan dana asing yang tidak diisytiharkan dan tidak dikesan oleh pihak berkuasa berjumlah jutaan ringgit disalurkan kepada syarikat Suara Inisiatif Sdn Bhd yang kemudian mengagihkan secara rahsia kepada SUARAM sebuah badan yang tidak berdaftar dan juga Malaysiakini sebuah portal berita yang mencanang-canangkan bahawa ianya bebas. 

Dengan rasa penuh insaf, Wee berkata, "saya tidak mahu menyaksikan dana asing digunakan untuk sesuatu aktiviti atau kempen untuk mencapai agenda-agenda bagi mewujudkan ketidakstabilan negaraku dengan matlamat "REGIME CHANGE" melalui "racial tension"., dengan izin." Berikut adalah ucapan penuh Yang Berhormat Wee Choo Keong semasa sesi perbahasan peringkat jawatankuasa Bajet 2013 bagi Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat. Menurut maklumat yang diberikan, jumlahnya ialah 12,631 pada tahun 2010 dan 11,832 tahun lepas. 

Dermawan-dermawan asing termasuk En George Soros atas nama "Open Society Foundations" dan/atau sesiapa yang berfikiran sama kepada mana-mana pertubuhan dalam negaraku ini selagi ia adalah sebagai usaha-usaha membantu pembinaan negara (nation building) secara teratur, berpandukan undang-undang dan prihatin terhadap kemakmuran rakyat dan kestabilan pentadbiran negaraku.

Tuan Pengerus/ Rakyat Malaysia yang setia dan cintakan keamanan harus menentang sebarang penyaluran dana asing kepada mana-mana pertubuhan sama ada berdaftar atau tidak, dimaktubkan atau tidak atau mana-mana parti politik berdaftar kecuali sumbangan dana asing itu diisytiharkan oleh penderma dan penerima yang juga menyatakan kepada umum tujuan bantuan atau sumbangan.
I
berkait dengan politik dan pentadbiran negaraku.

Fakta yang ada setakat ini mengambarkan bahawa dana asing agak besar jumlahnya ini seperti diseludup masuk ke dalam Negara. Malaysia menjadi alat kepada taikun atau kuasa asing dan juga tidak mahu lihat negaraku ini mengalami nasib yang sama seperti Negara-negara "Arab Spring" yang hari ini didukung oleh beberapa kuasa asing sebagai telah bergerak maju berapa tapak walaupun sebenarnya sarat dengan masalah. 

Dari fenomena "Arab Spring" terdapat contoh seperti Mesir, Tunisia, Libya dan Syria dimana dana dari "National Endowment for Democracy" terlibat. Semuanya bermula dengan kempen yang kononya untuk "Demokrasi, Kebebasan, Pertanggungjawaban dan Ketelusan". Adakah Malaysia perlukan pengalaman ala "Arab Spring" untuk berubah dan lebih terbuka? Jawapannya "TIDAK" kerana negaraku ini perlukan ialah perubahan tertib dan berevolusi.

Hujah Terbaik Fathul Bari Kenapa Hujah Nurul Izzah Patut Ditentang

Inilah hujah terbaik untuk menjawap kenapa kenyataan Nurul Izzah ditentang!

Adakah Nurul Izzah tidak berbangga generasinya terus menerus mewarisi agama islam dan memperjuangan keutuhan islam di Malaysia?

Adakah Nurul Izzah tidak kisah yang anak-anaknya berhaak menentukan apa sahaja agama yang patut mereka anuti?

Hayati hujah Fathul Bari ini... Terbaik!

Sumber abuaqif

Gempar Pakatan Rakyat Dimalaikati PAS

Selepas Doa Dan Tuduhan Murtad, Kini Akhbar Milik Pas Dakwa Umno Dan BN Syaitan



 Tak sangka, sudah 50 tahun Malaysia “DISYAITANI” UMNO-BN dan sepanjang 50 tahun itu jugalah Tuhan merahmati tanahair Malaysia walaupun “DISYAITANI” UMNO-BN.

Mungkin juga Tuhan murka terhadap Malaysia yang “DISYAITANI” UMNO-BN justeru itu diturunkan segala bentuk kemakmuran dan perpaduan, rezeki yang melimpah ruah, kemajuan dan kebijaksanaan serta lain-lain nikmat selama tempoh 50 tahun itu.

Manakala Kelantan yang “DIMALAIKATI” PAS dirahmati-Nya bila sepanjang tempoh 20 tahun negeri itu diperintah, ia dikurniakan kemunduran dan kemiskinan, punca rezeki yang tersekat-sekat hingga rakyatnya dengan sukarela dan senang hati meninggalkan negeri tersebut, kemarau dan banjir yang berulang kerana pemimpinnya yang amat prihatin dan bengap terhadap pembangunan negeri serta lain-lain.Manakala Kedah, Pulau Pinang dan Selangor turut kini menuai hasil terbaiknya apabila mula

“DIMALAIKATI” PAKATAN DAP-PKR-PAS hingga kebajikan rakyatnya terbela dengan rampasan tanah dan menghalau kaum Melayu-Islam  pulau mutiara, memajak-gadai mahupun menjual aset-aset berkepentingan tinggi seperti PKNS dan Yayasan Selangor, memulihara alam sekitar seperti penebangan hutan simpan dan kayu balak, melimpah-ruahkan rakyat dengan janji-janji seperi rumah kos murah yang tak wujud, serta pilihan tempat tinggal yang mahal dan sukar dibeli, pendidikan percuma seperti di UNISEL, KUIS, KUIN serta bermacam-macam lagi.

Itulah bezanya antara “SYAITANI” UMNO-BN dengan “MALAIKATI” PAKATAN DAP-PKR-PAS.Mungkin PAS dan Harakah Maha Mengetahui apabila mampu “MENYAITANI” mahupun “MEMALAIKATI” lebih dari Tuhan itu sendiri seperti mana mereka menjatuhkan hukum DOSA dan PAHALA serta MENGKAFIRKAN orang lain lebih dari Tuhan itu sendiri menjatuhkan hukuman-Nya.Sesungguhnya, Melayu-Islam itu mampu memilih agamanya sendiri seperti syiar Nurul Izzah manakala setiap agama itu adalah sama rata di bawah dakwah Anwar Ibrahim.Dan golongan “MALAIKATI” inilah yang wajib dipercayai kerana ia sebahagian daripada iman PAKATAN DAP-PKR-PAS. Media selangor

sumber klxpress.com.my
Published with Blogger-droid v2.0.9

Dr Asri Bandingkan PAS Cepat Melatah Tidak Bertempat Berbanding UMNO

Saya amat tertarik pada pandangan Dr Asri yang saya rasa wajar samada UMNO mahupun PAS bersama-sama menilai pendekatan yang cuba disampaikan Dr Asri.

Relevankan Pas dalam realiti baru?

Oleh: Dr Mohd Asri Zainul Abidin Tarikh: November 23, 2012

SAYA pernah mengkritik Umno dalam tulisan saya sempena Perhimpunan Agung Umno yang lepas dan sebelum. Ketika itu saya tetamu parti tersebut di perhimpunan mereka. Orang Umno tidak menzahirkan kemarahan atas kritikan itu.

Perasaan mereka, saya tidak tahu.Muktamar Pas baru sahaja berlalu. Kali ini saya ingin sedikit melontarkan persoalan untuk berkongsi dengan Pas. Maaf, bagi saya Pas merupakan parti politik yang agar sukar menerima teguran. Sekalipun tidak dinafikan ada juga pimpinan Pas yang bersikap terbuka.Pemuda Pas merupakan sayap yang sepatutnya menggambarkan 'open-mindedness', tapi menzahirkan reaksi yang agak keras setiap kali menerima kritikan.

Pembaca boleh membaca reaksi timbalan ketuanya dalam memberi pandangan balas terhadap saya ketika saya melontar pandangan agar jangan tiru pendekatan Taliban dan jangan wujudkan negara mullah.

Dalam wacana di Sinar baru-baru ini mengenai ulama dan pemerintah, banyak kritikan saya tertumpu kepada Umno, tetapi pihak Pemuda Pas yang begitu melenting hanya kerana pandangan sepintas lalu agar Pas jangan nanti membentuk negara mullah.

Umno tidak sangat melantah. Saya mula risau tentang masa depan hak bersuara rakyat terhadap kerajaan jika Pas direzekikan ALLAH menguasai Putrajaya. Apakah pendekatan Umno sebelum PRU-12 akan dihidupkan semula? Atau lebih parah, atas nama Tuhan rakyat dilarang berbicara? Harapnya tidak begitu.

Berubah Gerakan Islam di seluruh dunia terpaksa akur bahawa mereka perlu berubah jika ingin memastikan mereka terus relevan.  Bukan sahaja gerakan Islam, bahkan apa sahaja gerakan dalam dunia ini terpaksa akur bahawa cuaca baru yang sedang dihayati oleh umat manusia memerlukan satu kerangka baru dalam pemikiran dan perlaksanaan.

Politik adalah satu bidang yang membabitkan persoalan menguruskan manusia. Manusia itu terdedah kepada pengaruh tempat dan masa. Budaya dan cara berubah disebabkan persekitaran yang berbeza. Sudah tentu, iklim politik pada zaman Nabi s.a.w dan al-Khulafa al-Rasyidin tidak sama dengan zaman selepasnya.

Sudah pasti budaya dan cara politik pada zaman Umawiyyah dan ‘Abbasiyyah tidak sama dengan yang selepas itu. Demikian politik dalam era ‘nation states’ tidak sama dengan era empayar sebelum itu.Globalisasi dan era ledakan maklumat telah mencetuskan pelbagai fenomena baru dalam kehidupan manusia.

Sesiapa yang cuba melaksanakan secara literal ataupun mengadaptasikan sepenuhnya teks politik zaman lampau ke zaman kini, maka dia seorang yang naïf dan dangkal dalam memahami tabiat politik (naturalness of politics) , sekaligus rasional dan tabiat Islam (naturalness of Islam) itu sendiri.   

Retorik Semasa awal kebangkitan Islam, gerakan Islam khususnya yang banyak bercakap tentang politik banyak melaungkan slogan-slogan yang belum diuji keberkesanannya.

Sebahagian slogan itu didokong oleh sebahagian mereka dengan penuh 'dogmatic' dan 'rhetoric'.Padahal, sebahagian besarnya hanyalah ijtihad ataupun tafsiran yang dibuat dengan pengaruh tertentu. Sedangkan Islam lebih luas dan terbuka dibandingkan dogma dan retorik tersebut.

Kesempitan beberapa pegangan mereka khususnya apa yang dikaitkan dengan teori ‘daulah Islamiyyah’ ataupun ‘Islamic State’ telah menghalang mereka maju ke hadapan. Slogan mereka menakutkan sebahagian rakyat. Islam yang menjadi agama rahmat, diungkap dan dilaungkan secara yang menggusarkan.

Fokus terhadap menghukum rakyat dengan ‘hukuman syariah’ lebih banyak dari bicara tentang memberikan 'service' dan hak-hak rakyat yang dibela oleh syariah.Pendekatan sebahagian slogan Islam itu seakan ingin menjadikan rakyat ‘robot patuh shariah’ bukan sebagai manusia merdeka yang taat kepada Tuhan dengan penuh pilihan.

Nilai SemulaSetelah melalui beberapa pengalaman, akhirnya banyak gerakan Islam mula menilai semula. Dalam kalangan mereka mula memperkatakan tentang ijtihad-ijtihad baru mengenai politik. Mereka juga mula membahaskan betapa perlunya memahami teks dalam kerangka konteks.

Mula sedar betapa politik terdedah kepada perubahan. Islam hanya menetapkan dasar-dasar umum. Derita Dunia Muslim bukan kerana soal tiada hudud ataupun pemimpin tidak berserban, tetapi derita Dunia Muslim disebabkan 'bad governance', rasuah, salah guna kuasa, pecah amanah dan lain-lain penyakit yang men’jahanam’kan negara.

Memalukan Dunia Muslim dibandingkan Barat yang sering mereka kutuk. Jika dilihat di sudut Islam agama yang mempentingkan kebersihan dan peraturan pun, malang sekali negara-negara umat Islam kebanyakan kotor, pengurusan yang buruk dan segala kemunduran hidup.

Sedangkan Barat yang meninggalkan agama itu jauh lebih bersih, kemas pengurusan mereka dan maju. Islam tidak salah, tetapi umatnya bersalah kerana meninggalkan ajaran Islam dalam hal-hal berkenaan.

Datang gerakan Islam pulak memberikan fokus yang tidak menggambarkan sifat Islam yang memberikan 'service' kepada kemaslahatan manusia. Maka, perubahan ataupun tajdid dalam gerakan Islam itu amat diperlukan.Rakyat muslim mula muak dengan pemerintah-pemerintah mereka yang ada. Rasuah, salah guna kuasa,  memerah harta negara dan kezaliman menghiasi politik Dunia Muslim. Rakyat membenci pemerintah mereka sekian lama.

Era teknologi telah membuka peluang besar untuk kebangkitan yang lebih berkesan. Kombinasi antara teknologi dan hasrat perubahan politik menampakkan hasilnya. ‘Arab Spring’ menjadi bukti bahawa era baru mampu melakar politik gaya baru.

Siapakah yang akan menjadi harapan rakyat?Gerakan Islam yang terlibat dengan politik cuba tampil ke hadapan sebagai satu alternatif baru. Persoalannya, apakah yang rakyat mahukan? Apakah mereka mahu keluar dari cengkaman golongan 'secularist' kepada cengkaman golongan mullah (clerics)?

Apakah mereka mahu kerakusan kuasa atas nama dunia ditukar kerakusan kuasa atas nama Tuhan dan agama? Sudah tentu tidak! Mereka mahukan hak, keadilan dan kenikmatan hidup sebagai insan yang bermaruah dan merdeka. Mereka sudah rimas dengan cengkaman penguasa. Islam yang rahmat diharapkan dapat menawarkan khidmat yang mereka idamkan. Mereka ingin melihat orang yang miskin dan melarat diberikan makan.

Bandar yang kotor menjadi bersih. Pengurusan yang buruk menjadi terurus. Rakyat diberikan ilmu dan pendidikan. Harta negara dibahagi secara adil dan kerajaan diurus dengan penuh amanah.

Mereka bukan bermimpi untuk melihat tangan rakyat dipotong, ataupun wanita direjam dengan batu, ataupun wanita dipukul kerana tidak bertudung dan seterusnya. Itu bukan mimpi mereka. Itu juga bukan mimpi Islam yang penuh rahmat ini. Mereka mengharapkan gerakan Islam menghilangkan sengsara mereka, bukan sekadar untuk menghukum mereka.

Mendapat Tempat Atas kesedaran tentang hakikat politik Islami dan memahami tabiat baru dunia kini, banyak gerakan Islam mula membuat pendekatan baru. Slogan-slogan yang menakutkan telah cuba ditinggalkan.

Pendekatan ‘haram’, haram, haram mula ditukarkan dengan mencari dan memberi alternative halal yang lebih baik kepada rakyat.

Slogan-slogan Islam yang lebih memberikan harapan mula dilaungkan. Mereka mula memberikan khidmat kepada rakyat. Menambat hati mereka dengan janji yang selaras dengan cita dan cinta rakyat. Al-Ikhwan al-Muslimin juga mencari pendekatan baru di Mesir.Demikian al-Nahdah di Tunisia. Turki dilihat mengepalai hal ini. Walaupun kerajaan Turki berasaskan secularism, tapi tokoh-tokoh Islam Turki tidak menjerit perlembagaan kufur atau ingin menghapuskan perlembagaan, sebaliknya bekerja dalam kerangka yang ada.

Ini sama dengan apa yang dibuat oleh Ashamah, Najashi di Habshah yang mengepalai negaranya yang Kristian. Dia menganut Islam secara senyap dan berhubungan dengan Nabi s.a.w melalui utusan dan surat menyurat. Nabi s.a.w tidak pernah menyuruhnya meletakkan jawatan, sebaliknya dia bekerja dalam kerangka yang ada dan termampu.Maka, pemikiran tajdid dalam memahami realiti baru amat diperlukan oleh Pas.

Usahanya itu adalah bagi membolehkan Pas terus relevan dan mencapai maqasid politik yang dikehendaki oleh syarak. Usaha seperti ini amatlah penting, walaupun biasanya ia akan dikritik oleh penganut dogma lama. Pas itu sendiri hari ini hakikatnya telah cuba berubah dalam menangani persekitaran yang ada. Apakah Pas akan berjaya menawar khidmat islami yang relevan dengan kemanusiaan hari ini?* Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, pensyarah USM dan bekas Mufti Perlis

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, 22 November 2012

Tuan Ibrahim Ejen Batu Api Laga Masyarakat Islam Pulakah?


Cara penghujah Tuan Ibrahim kali ini amat berbahasa dan boleh menjadi contoh sebagai melayu yang menanguk di air keroh dengan melaga-lagakan persaudaraan sesama islam. Ini bukanlah tuduhan liar tetapi bacalah apa yang diperkatakan Tuan Ibrahim.
“Namun oleh kerana Umno semakin rapuh, menyebabkan doa pun ditakuti. Sepatutnya kalau Umno rasa tak betul (doa itu), mereka doalah pula (yang lain). Semua kita faham doa tersebut bukanlah untuk menghancur atau melaknat manusia. Doa kepada sabuah parti yang menjadi lawan bagi PAS,” kata Tuan Ibrahim. 
Isu doa yang dibaca oleh oleh Ustaz Nik Razi Nik Mat dalam Munajat Perdana anjuran PAS Jumaat lalu, kata Tuan Ibrahim, tidak perlu dipertikai oleh mana-mana pihak, kerana doa untuk parti lawan kalah dan dimusnahkan adalah perkara normal dalam mana-mana perlawanan. 
Bahkan, katanya tiada pihak boleh menyekat seseorang untuk berdoa demikian. 
“Apa yang penting, kalau Umno rasa tertekan dengan doa demikian, Umno boleh berdoa agar parti lawannya musnah atau kalah. Kita yakin Umno juga melakukan demikian. Adakah sesuatu yang pelik untuk berdoa agar parti lawan musnah dan hancur? Adalah aneh untuk menyatakan ianya salah atau bercanggah dengan Islam,” tegas beliau. sumber Harakahdaily

Kami tidak kisah kalau Tuan Ibrahim hendak melebel atau menuduh yang kami ini sebagaimana rupa dan biarlah Allah tentukan apa jua kehendaknya. Tetapi kenyataan Tuan Ibrahim yang berbau hasutan adalah amat tidak sesuai untuk seseorang yang dikatakan arif tentang islam. 

Walau bagaimanapun rakayat harus nilaikan sendiri adakah manusia seperti ini layak diangkat sebagai pemimpin?

Nik Aziz Kena Serang Sampai Ke Muka Pintu


Ada sesuatu yang menggambarkan akan kelemahan Nik Aziz! Yang mana dia akan gugup dan gementar menghadapi situasi yang diciptakan oleh dirinya sendiri! Senang cakap sendiri cari bala tetapi lagi awal cabut lari! Yang tinggal anak-ana buah berhempas pulas terpaksa pertahankan dalam ketepaksaan.

Berginilah kisahnya apabila Minda Pondok berani cabar berdebat! membuatkan tekanan yang boleh dibarat Nik Aziz Kena Serang Sampai Ke Muka Pintu hatinya tetapi adakah hatinya akan dibuka untuk buktikan apa yang dilakukannya tidak bercangah dengan Islam?

Yang pasti tunggu jelah adalah lepas ini datang cai-cai tak henti berani mati pertahan Nik Aziz kerana bagi mereka! Mereka lebih islam dan apa yang dilakukannya tidak penah bercanggah dan kalau ada mengcabar debat macam ini! Jangan harap tidak akan berlakunya sebabnya tanya Nik Aziz sendiri, dan bersabarlah sikit hari lagi keluarlah spin terbarunya. 


KOTA BAHARU - Minda Pondok, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), hari ini mencabar Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk berdebat secara umum bagi memperjelaskan tindakan Pas membaca doa untuk menghancurkan Umno dan Barisan Nasional (BN) serta tuduhan bahawa Umno sebuah parti murtad.

Minda Pondok adalah NGO yang menggabungkan beberapa buah sekolah pondok di Kelantan.

Anggota Jawatankuasa (AJK) Minda Pondok, Mohammad Zainal Abidin Awang berkata debat itu perlu diadakan bagi memberi penerangan kepada masyarakat berhubung tindakan Pas tersebut yang dilihat tidak selari dengan ajaran Islam.

"Pas terlalu banyak keluarkan fatwa... kami dari Minda Pondok berasa bertanggungjawab untuk memberi penerangan supaya rakyat tak keliru dan supaya ajaran songsang (yang Pas bawa) dapat disucikan dengan izin Allah SWT.

"Kami mencabar Nik Aziz untuk berdebat dengan Minda Pondok pada bila-bila masa supaya dapat menghurai serta memberi penjelasan kepada seluruh penduduk Malaysia agar mereka tidak terkeliru," katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Kubang Kerian, di sini, hari ini.

Kira-kira 30 anggota Minda Pondok termasuk penduduk sekitar Demit dan Pasir Tumboh turut hadir sebagai menyokong laporan polis yang dibuat NGO tersebut. 

Mohammad Zainal Abidin yang juga Pengasas Pondok Pulau Ular, Pengkalan Kubor, Tumpat berkata Minda Pondok berasa dukacita terhadap tuduhan Umno murtad dan bacaan doa tersebut, sekali gus menyelar tindakan Pas kerana tidak membahaskan kenyataan kontroversi Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-58 di sini, baru-baru ini.

Mengulas isu doa itu Mohamad Zainal Abidin berkata Pas seharusnya mengambil kesempatan tersebut bagi mendoakan kehancuran Israel kerana membunuh umat Islam di Palestin, selain turut ditujukan kepada pimpinan tertinggi DAP untuk menganut agama Islam.

"Apakah Pas tidak boleh berdoa untuk pemimpin-pemimpin pembangkang yang banyak melakukan skandal-skandal seks, liwat dan berbagai-bagai lagi supaya mereka ini kembali kepada Allah SWT?" tanya beliau.

Anggota Minda Pondok, Mohd Syamsul Mohd Yusoff al-Hafiz pula berkata doa yang dibaca oleh adik Nik Abdul Aziz, Nik Razi Nik Mat adalah bercanggah dengan sunah yang diajarkan Nabi Muhammad SAW iaitu mendoakan keburukan ke atas sesama Islam.

"Kita sepatutnya mendoakan keselamatan, keampunan ke atas sesama Islam. Kami di Minda Pondok berasa ini satu perbuatan yang mengaibkan dan memalukan kerana bercanggah dengan sunah Rasulullah SAW.

"Kami dahulu bersama dengan Pas, tetapi telah keluar daripada parti itu kerana lihat ia sudah tersasar jauh, tergelincir daripada matlamat perjuangan untuk menubuhkan negara Islam dan sanggup mengikut telunjuk DAP yang tidak beragama Islam," katanya.

Di KUALA TERENGGANU, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata sebagai sebuah parti berteraskan Islam, Pas sepatutnya berdoa untuk selamatkan rakyat Palestin dan bukan untuk kehancuran Umno dan BN.

"Doa untuk kebaikan, bukan kehancuran. Pernahkah Nabi Muhammad SAW berdoa agar orang yang menentangnya menerima pembalasan daripada Allah? Sebaliknya dia berdoa agar mereka ini insaf," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco negeri di Wisma Darul Iman di sini. - Bernama

Langgan Melalui Email

Lagi Post Pecah Palak Mikir