Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Tuesday, 20 October 2015

Tol Lembah Klang Naik Azmin Untung Besar

Dalam diam-diam 12 Tol naik di Lembah Klang siapa yang paling untung kalau buakan MB Selangor selaku pemegang saham syer konsesi lebuh raya?

Yang paling sadis Azmin Ali boleh mencongak berapa keuntungan tahun ini apabila harga tol sebelum ini hanya sekitar RM1 hingga RM2 telah dinaikan mencecah RM3.50.

Kebiasaan dalam amalan konsesi lebuhraya menaikan sekitar RM.20 pada setiap kalai kenaikan kadar tol. Tetapi kali ini berbeza sekali boleh menjangkau RM3.50.

Bayangkan pada setiap syer saham kerajaan Selangor di bawah Azmin boleh mengaut untung besar untuk tahun ini. Dan sudah pastilah rakyat yang sensara menanggung semua ini.

Azmin bijak untuk mengelak keuntungan baru ini dikurangkan, Azmin dan segala mak bapak kuncunya menyerang parlimen mendedak Datuk Sri' Najib membiayai kenaikan ini dengan membayar pampasan kepada setiap konsesi lebuhraya di Lembah Klang.



Lim Lip Eng Bersuhabat Selamatkan Konsesi Tol Tamak Di Lembah KelangHairan bin Ajaib dengan Lim Lip Eng sekor ni.....
Posted by Pecah Palak Mikir on Sunday, October 18, 2015

Ini bermakna Azmin boleh makan secara serampang dua mata iaitu mengaut untung dri kenaikan tol dan mendabit dada kononnya mereka telah menyelamatkan rakyat dari memmbayar tol yang tinggi.

Kenapa Azmin memerlukan keuntungan yang banyak sehingga enggan membelanjakan walaupun sedikit untuntuk menangung kos kenaikan tol? Mungkin lagi banyak wang Selangaor ada lagi panjanglah master plan nya. Sebagai contoh dimana hilangnya RM7.65 bilion semasa Azmin ambil alih kerusi MB Selangor dari Kahlid Ibrahim. Yang sehingga sekarang menjadi misteri. Untuk apa semua tu adakah untuk rakyat?

Azmin memang licik menanguk di air keruh ketika rakyat tertekan terpaksa membayar kos tol mencecah RM3.50 semata-mata untuk keluar mencari rezeki. Bergitu hebat sekali Azmin sanggup pentingkan keuntungan daripada memikirkan perit rakyat Selangor. Walaupun kerana rakyat Azmin boleh berpeluang rampas kuasa tanpa PKR jatuh tetapi dalam masa yang sama rakyat yang tangung beban untuk Azmin terus mara dengan modal perjalanan yang besar.

Sunday, 18 October 2015

Lim Lip Eng Bersuhabat Selamatkan Konsesi Tol Tamak Di Lembah Kelang

Hairan bin Ajaib dengan Lim Lip Eng sekor ni.. Yang Sedang kenyang rakus makan untung peras kesusahan rakyat melalui tol Lembah Kelang.

Umum terutama rakyat Selangor amat kenal dan faham bagaimana kerajaan selangor mempunyai syer dalam konsesi highway ini:

1 ) Kajang – KL (Grand Saga) – Kerajaan Pusat mengurangkan 50% drpd toll…terpulang kpd Pemegang Saham (Taliworks i.e KDEB/KPS/MB Slgr Inc ) utama utk menghapuskan terus.

2 ) KESAS Highway – PKNS (PR) adalah diantara Pemegang Saham…belum ada2 ura nak kurangkan atau hapuskan toll.

3 ) SPRINT Highway – KPS (PR) adalah diantara Pemegang Saham…sama spt KESAS belum ada2 ura nak kurangkan atau hapuskan toll.

Kenapa Lim Lip Eng atau mana-mana penyangak DAP tidak terjah DUN Selangor dahulu? Sepatutnya Azmin selaku MB Selangor berani korbankan keuntungan kerajaan negeri melalui Tol dengan membayar pampasan ke atas konsesi tol supaya tidak naik dan bukannya sudah kaut untung sekarang hendak peras kerajaan pusat pulak untuk bayar pampasan konsesi.

Kenapa kerajaan perlu bayar pampasan untuk elak kenaikan tol sedangkan itu syarikat hak milik kerajaan negeri. Ada duit 7.65 bilion terlesap masuk semasa Azmin menjawat MB Selangor. Dah kaya raya mengapa mengemis pula.

Terselahlah si Lim Lip Eng hanya pandai berdrama hendak tunding salah kerajaan sedangkan kelakuannya lebih kepada bersubahat menyelamatkan konsesi tol suapaya boleh tamak peras rakyat bayarkan tol dengan harga melambung.

Keris Borneo Oh Keris Borneo Jangan Melalak

Kebelakangan ini muncul satu nama blog dan fb baru iaitu Keris Borneo cuba menggamatkan politik Sarawak.

Siapa KB itulah persoalan dibangkitkan dari kalangan facebookers dan cybertrooper BN Sarawak. Yang paling jelas gaya bahasa penulisan KB mahir dengan lorat Sarawak dan bahasa Malaysia.

Melihat cara modus operandi KB lebih menjatuhkan ramai individu tertentu dalam BN Sarawak antaranya Yb Abdullah Saidol, Dato Idris Buang dan menteri-menteri di Sarawak. Tetapi dalam masa yang sama dia juga menyelitkan berberapa yb BN untuk diangkat dipuji sebagai penyeimbang indentitinya.

KB mungkin cuba menonjolkan sebagai seorang atas pagar yang masih pro BN tetapi dalam masa yang sama cuba menjadi kritis, seolah-olah mahu perbetulkan BN Sarawak. Siapa KB untuk menjadi sedemikian.

Apabila PPM meneliti bagaimana LB menyenaraikan nama-nama blogger dan facebookers sebagai perlengkap cerita menjatuhkan YB Abdullah Saidol. Terang sangatlah dia dari kalangan rakan mangsa yang diserangnya. Cuma dia masih bersembunyi sebagai kawan baik dan menyerang sebagai KB.

Tetapi tidak ramai yang pakai domain woardpress.com malah kurang popular bagi blogger muka baru. Ini membuat PPM tertanya-tanya adakah KB mempunyai jalinan dengan kumpulan tertentu di Sarawak dalam mencaturkan pentas politik Sarawak.

Apatah sebelum ini ada kumpulan yang menyamar sebagai kawan baik BN tetapi diberlakangnya merencanakan pelbagai agenda melaga-laga kenamaan tertentu untuk memastikan survival kumpulan mereka. Di Sarawak tidak terkecuali ada kumpulan yang kerja mencari makan dalam cyberworld melalui pentas politik maya.

KB sekali lagi dilihat cuba menghidupkan isu UMNO masuk Sarawak. Kenapa dia berbuat sedemikian sekiranya dia proBN. Adakah KB mendapat arahan mainkan isu ini? Cuma caranya belum sampai menamakan siapa individu yang mahu membawa masuk UMNO.

Setakat ini penulisan KB hanya berkisar sekadar provokasi pribadi individu diangkat sebagai masalah utama Sarawak. Nampak sangat KB hanya pandai bermain isu mencerca mencai menghina individu sahaja. Jelas tahapnya masih level berjinak-jinak menulis tetapi kalau berjinak-jinak menulis kenapa menulis dengan cara memfitnah kehidupan orang bukan membangkitkan masalah rakyat. Itupun jika KB menganggap dirinya blogger kritis?

Satu lagi amat jelas sangat KB asalnya seorang Facebooker provokasi sahaja yang cuba mengangkat diri sebagai blogger. Mungkin KB perlu banyak membaca blog lain untuk cari topik penulisan dari menulis ala keanak-anakan macam ini.

Persoalannya kenapa KB marah sangat dengan orang PBB adakah KB kecewa tidak dilayan sesuatu atau KB mendapat bantuan sara hidup dari sesuatu sumber.

Andaikatalah KB seorang fisabilillah kenapa mesti hadap habuan yang memecahbelahkan perpaduan bangsa sendiri di Sarawak.

Andaikatalah KB adalah muka baru, siapakah mentornya dan sudah pasti mentornya adalah tiang pagar yang gemar makan padi....

Peasanan terakhir buat KB jangan guna tag "Pendedahan Segala Kebenaran" kerana anda lebih kepada "Kepakaran Mencipta Aib Orang". Sepatutnya untuk tag sekarang anda kena peka masalah rakyat bukan peka bagaimana hendak menjatuhkan orang tidak bertempat.

Isu Terkini

get this widget here