Cukup menyerlah penampilan DAP dewasa ini. Semuanya adalah hasil kesabaran PAS mengdidik DAP mengdekati dan memahami konsep islam.
Inilah yang cuba digambarkan Haji Hadi yang amat berbangga bekerjasama dengan DAP berbanding UMNO dan Barisan Nasional. Alasannya mudah sesangat diberi oleh Haji Hadi yang kononnya DAP lebih baik berbanding MCA dan MIC.
Semuanya terbukti dengan apa yang boleh membanggakan Haji Hadi, bilamana DAP sentiasa mengamalkan diskriminasi terhadap pemecatan 90% pekerja melayu dalam salah satu jabatan kerajaan Pulau Pinang. Apa jawapam Haji Hadi? Mudah sahaja semua angkara UMNO?
Semua hal di pandang mudah oleh Haji Hadi demi dapat terus berpura-pura dalam persoalan siapa sebenar DAP?
Inilah dikatakan DAP yang memahami konsep islam oleh PAS atau sebenarnya PAS yang terpaksa memahami apa kehendak sebenar DAP?
Untuk mengcapai tujuan itu, Haji Hadi mahu Nik Aziz bersedia untuk menggugurkan mana-mana tentera mereka yang mula menyedari kepincangan prinsip sejak menjadi tungangan DAP. Hasan Ali telah lama dipinggirkan dan sejarang Haji Hadi dengan berpura-pura terpaksa berkata yang Umno kehilangan tokoh agama dan terpaksa mengambil pemimpin agama dari parti Pas untuk "tumpang semangkuk" kerana mereka tidak ada kewibawaan yang cukup dalam menjawab isu agama.
Itu apa yang disuarakan Haji Hadi, hakikatnya sekali sejarah di dalam PAS membuktikan suara yang betul-betul ikhlas memperjuangkan islam mengamalkan sikap menentukan siapa dan siapa musuh di dalam kelompok umat islam di Malaysia. Suara-suara sebergini adalah tidak ujud sama sekali. Kerana PAS telah berdalih dan berdrama soal prinsipnya malah rela mengjadikan diri hamba tunggangan DAP. Kenapa PAS harus berubah takala PAS seolah-olah betul-betul yakin dengan ramalan menawan Putrajaya.
Dari itu PAS terus bersikap tidak kisah jika hilang tentera kuat mereka. Seolah-olah semua akar umbi PAS bersedia untuk itu! Seolah-olah PAS yakin Qada dan Qadar telah tercatat memihak kepada mereka.
PAS sudah jauh terlupa dengan tari mereka menyabung digelangang. Bisa racun ditaji sendiri, jika tersalah tari, tercucuk meracun badan sendiri. Kerana persoalannya sekarang samada DAP mendalami tatacara Islam atau PAS mendagangi diri sebagai kadam? PecahPalakMikir