Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Saturday, 25 August 2012

Berapa Kali Karpal Gertak Tun Dr Mahathir

Watch "20120825 Tun Dr M sedia berdepan Karpal dalam mahkamah" on YouTube
Cuba kita fikir semula! Sudah berapa kali puak-puak Pakatan Rakyat duduk sebar sana-sini, yang konon hendak heret Tun Dr Mahathir ke makamah? Malah sudah berapa kali Tun Dr Mahathir kata bersedia bila-bila masa, bawalah kalau hendak bawa!

Tun sudah acap melaung kesediannya tetapi puak-puak ini tidak juga dapat mengheretnya, kenapa? Adakah puak-puak ini sememangnya tidak mempunyai alasan atau bukti dengan hanya setakat gertak sahaja.

Inilah penyakit dalam Pakatan Rakyat yang sehingga sekarang kecut perut dengan kemampuan dan kegemilangan Tun Dr Mahathir. Bukan di arena pentas politik Malaysia malah antara yang terbaik di dunia. Setakat Anwar Ibrahim taraf tapak kaki Tun belum ada.

Iyalah selagi Tun tidak dapat dijatuhkan selagi itulah sakit mereka bukan main kepalang. Apa daya mereka sudah mati kutu bagaimana untuk menjerat Tun Dr Mahathir.

No comments:

Isu Terkini

get this widget here