Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Saturday, 29 November 2014

Keangkuhan @CmLimGuanEng Melayan tertamu berbincang dengannya.


Biar gambar membicarakan bertapa angkuhnya Lim Guan Eng melaya tertamu yang datang berbincang dengannya. Itu baru menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang belum lagi jadi TPM atau PM.

Malah umum terutama rakyat Pulau Pinang yang terdiri bangsa melayu dan india amat sedia maklum bagaimana kehidupan mereka sering ditindas dengan pelbagai undang-undang yang digunakan secara berat sebelah.


Sebagai contoh kalau kedai haram dimiliki orang melayu sering diambil tindakan merobohnya tetapi bagaimana dengan kilang-kilang haram.


Bergitu jugalah dengan masalah perumahan mampu milik diwar-warkan berpuluh ribu di bina tetapi sebijipun belum pernah terbina. Kenapa ini semua berlaku?

Kerana sifat Lim Guan Eng seperti gambar tidak pernah menghormati orang lain walaupun berstatus Menteri penuh apatah kalau menteri berbangsa melayu.

Bangsatnya Hishamuddin Rais @IshamRais beribu kali siar fitnah Najib tetapi sekali disiar gambarnya dicop penghasut

Inilah kalau dinamakan BANGSAT dalam Pakatan Rakyat mereka boleh buat apa sahaja untuk memfitnah DS Najib Razak tidak perlu bukti tidak perlu dibawa ke Mahkamah. Asalakan mereka fikir boleh jatuhkan DS Najib dan isterinya Datin Rosmah Mansur mereka buat sahaja.

Semuanya bukan bermaksud hasutan?

Aktivis politik, Hishamuddin Rais mengemukakan surat tuntutan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menghentikan tayangan video menunjukkan imej beliau semasa perhimpunan agung Umno. 
Hishamuddin melalui surat guamannya menyebut, tayangan video berkenaan merupakan tindakan sub judice dan menghina mahkamah kerana kes melibatkan dirinya mengikut Akta Hasutan masih lagi berlarutan di mahkamah.


Dia menuduh Najib menyiarkan videonya adalah fitnah dan menghasut kerana kes masih di Mahkamah. Tetapi bagaimana dengan dia pulak melakukan pelbagai aktiviti dari menyiarkan penulisan dalam blognya TukarTiup, berucap menghasut rakyat dalam perhimpunan Bersih dan pelbagai himpunan ceramah?

Sehingga melebelkan Najib sebagai pembunuh tanpa ada bukti-bukti yang sahih untuk di dakwa di Mahkamah. Itu apa pula? Kenapa mereka boleh siarkan gambar Najib beribu kali tidak jadi masalah sedangkan Najib baru sekali tersiar gambarnya sudah jadi penghasut?

Inilah rialiti wajah bangsat Hishammuddin?

#Pau2014 Bahasan Nur Farhana Menglengkapkan Faktor Blogger BN Manusia Terhina dan Tak Layak

Terima Kasih Nur Farhana Mohd Anuar kerana pembahasan anda cukup membuktikan blogger Pro UMNO Pro BN dicukup lengkapkan sebagai manusia yang tak layak dihargai.

Pada Nur Farhana Mohd Anuar blogger BN gagal secara total membantu BN. Dan apabila dicampu dengan layanan blogger BN yang tidak di iktiraf dan di beri tempat untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2014 itu cukup melengkapkan apa status blogger UMNO dimata Akar Umbi UMNO.

PPM sedar Nur Farhana Mohd Anuar berucap setelah mengambil kira 90% para blogger UMNO bangkit berjuang dengan sukarela atau fisabilillah.

PPM pasti Nur Farhana Mohd Anuar  berucap dengan kesedaran para blogger UMNO berjuang dalam kedaifan walaupun ada handphone harga RM350 pun masih mampu menulis blog.

PPM percaya Nur Farhana Mohd Anuar berucap setelah beliau sedar yang para Blogger UMNO juga manusia yang perlu mencari sumber saraan anak bini walaupun separuh dari harinya perlu dipernuhi untuk menyelidik dan mendalam setiap isu sebelum berjuang membantu BN.

PPM Yakin Nur Farhana Mohd Anuar amat faham yang 90% blogger BN tidak pernah disalurkan maklumat hingga terpaksa mengorbankan masa sendiri untuk menyelidik dan mencari isu menyerang dan mempertahankan UMNO BN.

PPM amat yakin yang Nur Farhana Mohd Anuar sedar akan blogger BN terpaksa hadapi sendirian jika mereka disaman kerana terlapau berani meyerang BN.

Oleh itu apa yang diucapkan Nur Farhana Mohd Anuar adalah tepat yang blogger UMNO BN tidak boleh dihargai, sebab itulah dalam PAU tiada seorangpun tampil menghargai orang seperti kami. Malah kehadiran kami ke PAU tidak dialu-alukan.

Cuma soalan kepada Nur Farhana Mohd Anuar andai anda menulis blog berapa orangkah yang yakin akan membaca setiap penulisan anda. Adakah sejuta orang setiap isu?

Andainya Nur Farhana Mohd Anuar menulis bagaimana startegi yang boleh membuktikan setiap hujah anda akan di terima oleh masyarakat di luar.

Bagimana modus operandi Nur Farhana Mohd Anuar mengalahkan setiap blogger PR tanpa mendapat sebarang bantuan, berdikari mencari penyelesaian dan fisabilillah?

Kalau Nur Farhana Mohd Anuar mampu buat semua itu bersendirian tanpa sebarang bantuan adalah layak semua blogger pro BN bersaralah kerana sudah tidak layak lagi membantu BN. 

Pada PPM Nur Farhana Mohd Anuar hanya bercakap mengikut emosi seolah-olah dia boleh buat lebih baik dari yang ada tanpa memikir dan mendalami apa sebenarnya dilema blogger BN yang sebenar.

Apa-apapun PPM sedar dan berbangga kepada semua blogger UMNO proBN kerana walaupun mereka dihina dicaci tetapi mereka masih mahu berdiri sebagai manusia terus setia memperjuangkan apa yang mereka yakin. Walaupun anak bini mereka berteraburan, mereka tetap tidak berputus asa ke atas perjuangannya.

Nur Farhana anda layak mengkritik dan PPM percaya ramai blogger proBN boleh terima tetapi tolong jangan jadi ini hanya pemanas gelangan PAU tanpa sebarang tindakan selepas PAU memperkasakan kedudukan blogger pro BN. Kalau anda boleh buat PPM amat kagum tetapi kalau selepas ini senyap sahaja PPM anggap sebagai omong pemanas badan PAU.

Thursday, 27 November 2014

Mahfuz Mengamuk Saraan Ahli Parlimen Kecil Sehingga Diusir Dewan

Ahli Parlimen PAS Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menerima padah diusir dan diarah keluar Dewan Rakyat pada sesi petang Khamis sewaktu perbahasan Rang Undang-undang Malaysian Airline System Berhad.

Beliau yang bersikap tidak serius sewaktu Speakar Tan Sri Pandikar Amin Mulia menegur sikap Ahli Parlimen PAS Sepang, Hanipa Maidin yang mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar memasukkan satu klausa ke dalam rang undang-undang berkenaan.

Speaker itu menegur supaya ahli-ahli parlimen yang jadi peguam jangan menjadikan Dewan Rakyat seperti mahkamah mempertahankan hujah masing-masing.Sebelum itu, Pandikar Amin berulang kali menegur beberapa ahli parlimen terutama Sepang kerana mahu berhujah walaupun tidak dibenarkan mencelah oleh Abdul Wahid.

“Sepang, ini masalah Yang Berhormat kepada peguam-peguam. Ini Dewan Rakyat bukan mahkamah. Saya bertolak ansur, tolong Yang Berhormat bertolak ansur dengan saya. Itu jawapan sama ada bersetuju atau tidak, itu jawapan menteri, kalau tidak setuju nanti saya panggil mengundi,” katanya.

Beliau kemudian meminta ahli-ahli Yang Berhormat mematuhi peraturan Dewan dan jangan main-main ketika perbahasan.

Pandikar juga mahu hanya yang dipanggil berhujah, bangun berhujah bukan mencelah tanpa kebenaran.

Beliau kemudian menegur dan memberi amaran kepada Mahfuz kerana membuat bising menegur cara perbahasan ketika itu.

“Make my day” kata Pandikar Amin yang menyifatkan Mahfuz main-main ketika orang lain berbahas .

“Saya tak main-main Tan Sri, saya kasihan dengan Tan Sri kerana Akta Saraan ahli parlimen terlalu kecil.. Kenaikan Yang Di Pertua terlalu kecil dengan tugas yang terlalu besar,” kata Mahfuz.Bagaimanapun, ahli parlimen Pokok Sena bangun dan cuba menyindir Speaker.

Pandikar Amin lantas mengarahkan Mahfuz keluar dari dewan sambil menyifatkan ahli parlimen itu tidak serius dan bermain-main.

Kemudian terdengar Mahfuz menjawab ” Saya memang mahu balik”.

Sebelum itu pun, Pandikar Amin hari ini telah beberapa kali menegur anggota-anggota Parlimen yang bertanyakan soalan membabitkan dasar dan soalan tidak bermatlamat jelas.

Pandikar Amin yang jelas cuba mengawal ruang waktu perbahasan lantaran mahu menamatkan sesi mengikut jadual nyata kecewa dengan sikap ahli-ahli parlimen membazirkan waktu.

“Saya serius, saya akan pinda peraturan mesyuarat di mana anggota Parlimen tidak boleh bertanya soalan melibatkan dasar.

“Jadi ayuh sama-sama disiplinkan diri, kalau bertanya jangan sembarangan tanya, fikir dulu kerana ada masa 14 hari, soalan itu apa matlamat sebenarnya. Selepas itu menteri jawab kepada perkara yang dibangkitkan sahaja,” tegasnya.

@AzminAli #AktaHasutan Mampu Hilangkan Kekebalan Ahli Sidang Parlimen DUN

Kempen kempen memperkasakan Akta Hasutan dilakukan setelah mengambil kira senario politik yang keterlaluan pada hari ini apabila suara-suara aktivis politikus yang mirip dan obses dengan liberalisme.

Suara-suara mereka inilah menyebabkan kerajaan mengumumkan hasrat berkemungkinan memansuhkan Akta Hasutan 1948 dan menggantikannya dengan Akta Keharmonian Nasional.

Tetapi setelah desakan pelbagai pihak seperti NGO, blogger dan orang ramai, kerajaan sudah mendengar suara rakyat yang sebenar. 

Apatah kebanyakan yang mendesak ini adalah dari golongan yang ada agenda yang sangat bahaya. 

Sedarkah kita apa yang sedang berlaku dalam parlimen. Tindak-tanduk ahli parlimen adalah sukar untuk dikawal walaupun ada Akta Hasutan dan bagaimana jika sudah tiada lagi Akta Hasutan



Kita kena sedar, menurut Perkara 63(4) Perlembagaan Persekutuan, Ahli- ahli Parlimen adalah kebal dari sebarang pendakwaan mahkamah jika mereka mengucapkan atau mengundi sesuatu di dalam perbahasan majlis Parlimen KECUALI HAL-HAL YANG MERUPAKAN SATU KESALAHAN DI BAWAH AKTA HASUTAN 1948.



Lihat bagaimana hebat dan pentingnya Akta Hasutan ini berbanding dengan akta-akta yang lain. Ahli Parlimen sendiri boleh kehilaangan Kekebalan dari pendakwaan DI BAWAH AKTA HASUTAN. 


Sedar tak kita selama ini ada usaha-usaha untuk menghapuskan kedudukan Raja-raja melayu! Bayangkanlah apa akan terjadi jika tiada lagi Akta Hasutan.

Malah bergitu juga dengan kedudukan agama, hak sabah sarawak. Bayangkan siapa yang sedang menghasut memerdekakan borneo masih terlepas dari akta hasutan. Bayangkang soal hak pelbagai kaum dan sentiviti-sentiviti yang cuba digugatkan dengan pelbagai kaedah hasutan terutama di alam maya.

Setelah usaha pelbagai pihak tahniah buat semua dan tahniah buat Datuk Sri Najib kerana mahu memperkasakan Akta Hasutan. Alhamdulillah.


Video Panas Pakatan Rakyat Melompat Serang Dr Mashitah

Apabila Dr Mashitah dengan lantang bangkit memperjatuhkan gerakan yang menyamar disebalik perkataan Islam betul-betul membuatkan pelbagai pihak terutama Pakatan Rakyat melompat dengan pelbagai bentuk serangan.

Yang paling banyak dalam bentuk serangan peribadi yang direka-cipta untuk memfitnah Dr Mashitah.

Ini jelas membuktikan melayu kita libih suka mengubah diri ke liberal dan meninggalkan jati diri melayu itu sendiri. 

Apa salahnya Dr Mashitah dengan pembahasan di bawah.

Jadi kenapa Melayu kita jadi marah sangat hingga begegar di alam maya menyerang Dr Mashitah. Adakah apa yang diperucapankan Dr Mashitah adalah salah? Sepatutnya Melayu harus sedar kenapa kita disesatkan dengan amalan libral. Apa motif mereka apa tujuan mereka. Semuanya bertujuan menjatuhkan kerajaan Malaysia agar mudah dijajah dan islam itu sendiri hilang dari status negara kita.


Tuesday, 25 November 2014

Dato Jahara Bongkar Yang Tidak Kena RM76.3j Enggan Dikutip @CmLimGuanEng

Kerajaan Negeri Pulau Pinang "flip-flop" Dalam Kenaikan Cukai Taksiran oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai

1. Kerajaan Pulau Pinang telah mengumumkan kenaikan kadar cukai taksiran oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai berkuatkuasa mulai 1 Januari 2015. Kenaikan ini dikatakan akan memberi hasil tambahan sebanyak RM 40 juta kepada kedua-dua PBT. Alasan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri, antaranya adalah kerana peningkatan kos mengurus sisa pepejal oleh kedua-dua PBT.

2. Ini bercanggahan dengan laporan Buletin Mutiara pada 9 Januari 2014, yang melaporkan Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai berkata kerajaan negeri Pulau Pinang akan mengabaikan syor kerajaan Pusat untuk menaikkan kadar cukai taksiran di Pulau Pinang dengan alasan tidak mahu membebankan rakyat negeri ini.

3. Saya berpandangan kenaikan kadar cukai taksiran yang diumumkan oleh kerajaan negeri semalam adalah kerana ketidakcekapan pengurusan sumber oleh kerajaan negeri. Kedua-dua PBT merekodkan jumlah tunggakan cukai taksiran yang besar. Mengikut Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan MPSP dan MPPP bagi tahun 2013, jumlah tunggakan cukai pintu yang tidak dikutip oleh MPSP berjumlah RM 21.8 juta manakala bagi MPPP adalah sebanyak RM54.5 juta.

4. Langkah yang sewajarnya diambil oleh kerajaan negeri ialah mencari jalan untuk meningkat kecekapan kedua-dua PBT yang gagal mengutip tunggakan cukai taksiran yang berjumlah RM 76.3 juta. Keputusan menaikkan cukai taksiran bagaikan memaksa pembayar cukai menampung tunggakan besar untuk mereka yang tidak membayar. Adakah ini layanan yang adil terhadap rakyat Pulau Pinang yang membayar cukai taksiran?

5. Kenaikan cukai taksiran bukan sahaja tidak dapat menyelesaikan masalah tunggakan, malah masalah tersebut dijangka menjadi lebih teruk lagi ekoran tidak ternampak sebarang usaha yang gigih untuk menangani punca masalah tunggakan iaitu ketidakcekapan kedua-dua PBT. Rakyat Pulau Pinang berhak mengetahui kenapa tunggakan sejumlah RM 76.3 juta tersebut tidak dapat dikutip. Adakah kedua-dua PBT takut untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang enggan membayar cukai taksiran?

6. Saya juga ingin menyarankan supaya Kerajaan Negeri lebih serius dalam menangani kewujudan ribuan kilang-kilang haram di kawasan Pulau dan Seberang Perai. Kerajaan negeri perlu melaksanakan langkah-langkah pemutihan untuk melesenkan kilang-kilang tersebut bagi tujuan menjana hasil tambahan kepada MPSP dan MPPP tanpa perlu  membebankan rakyat dengan kenaikan cukai.

7. Kerajaan negeri melalui PBT juga telah menaikkan kadar sewaan gerai Medan Selera dan juga tapak niaga pasar awam sebanyak 100 peratus atas alasan tidak cukup kewangan untuk menyelenggara dan mengubahsuai premis -premis berkenaan. Pada  masa yang sama kedua-dua PBT mengumpul jumlah wang yang besar melalui denda dan saman parkir.

Terima kasih.

Kenyataan Media
YB Dato'Jahara Hamid
Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang
25 November 2014


Perhatikan Gerakan Penyokong DAP sedang Membangkitkan Perasaan Benci Antara Kaum

Rupa-rupa gerakan DAP sedang membakar api perkauman, menghasut rakyat saling benci malah keberanian barua DAP ini sanggup mempersoalkan kedudukan kaum dalam PDRM.

Rujuk Facebook ini

Bolehkah perbuatan ini di terima dengan tingkah lagu gerakan DAP yang semakin melampau membangkitkan perasaan kebencian.

Apa yang sedang berlaku sekarang. Siapakah yang memberi arahan kepada Prince Kumaran?

Sejauh mana pembanbitan DAP dalam isu ini?

Apa-apapun tindakan si barua DAP ini tidaklah boleh di diamkan bergitu sahaja.




@HusamMusa Membela DAP Sayang Melayu Melebihi Melayu Sayangkan Melayu

Itu dia punyalah lawak Hujah dari pakar ekonomi Kelantan. Husam Musa

Sebelum kita sambung lebih jauh mari kita lihat biodata kejayaan Husam Musa:
1: Lebuh Raya Percuma (Status GAGAL) Duit derma Lebuhraya hilang kemana
2: Projek Kereta Api Laju (Status GAGAL)
3: Ladang Kambing Kambiri (Status GAGAL)
4: Projek Stadium Tok Guru (Siap tapi setakat batu asas jer!!)
5: Projek Telaga Minyak (Telaga Minyak ghaib)
6: Dan projek itu ini entah berapa banyak lagi...

Inilah kelayakan Husam Musa untuk memberi hujah yang melayu tidak ditindas DAP di Pulau Pinang. Alasan yang paling haru biru di beri Husam kenapa melayu mundur:

"Sebagai contoh, katanya, apabila kerajaan persekutuan tidak membayar RM800 juta setahun royalti kepada kerajaan negeri Kelantan walaupun kebanyakan penduduknya adalah orang Melayu, dasar bumiputra telah bertukar kepada kronisme."

Itulah kepandaian Husam hanya pandai mencari alasan untuk perjatuhkan orang lain. Tetapi bagaimana dengan kes Ladang Rakyat Kelantan. Siapa yang mendapat mamfaat selain tokey-tokey cina dan pekerja pendatang asing. Itu kita hendak lebel sebagai apa?

Bagaimana hasil balak di Kelantan siapa yang untung? Berapa juta hasilnya? Adakah hasil tersebut membantu membasmi kemunduran rakyat Kelantan? Langsung tidak berubah bukan.

Yang Husam Musa pun satu dalam kerakusan DAP memperjatuhkan Haji Hadi dia tampil membela gerakan DAP menarik melayu masuk DAP dengan hujah-hujah dangkal di atas. Apa ini masa Husam untuk pusing cari peluang dengan bantuan DAP seperti sama keuntungan Maat Sabu bersama DAP?

Politik ahli-ahli PAS bakal bertuankan DAP dah tak lama lagi dah!! Sebab itulah Husam Musa Membela DAP Sayang Melayu seolah-olah Melebihi Melayu Sayangkan Melayu



Modus Operandi SCAM ALERT: PANGGILAN ‘TEBUS ANAK’ Di Balai Polis

Anda pastinya akan terkejut sekiranya menerima panggilan telefon dari seseorang yang mendakwa sebagai pegawai pihak berkuasa dan meminta anda untuk membayar sejumlah wang bagi melepaskan seorang ahli keluarga anda yang ditahan di atas sesuatu kesalahan jenayah.

Pihak polis telah mengesan Modus Operandi yang digunakan oleh sindiket untuk memperdayakan mangsa sepertimana berikut:-

1. Suspek adalah rakyat tempatan yang akan menyamar sebagai pihak berkuasa dan untuk meminta wang untuk tujuan membebaskan anak mangsa yang ditahan atas kesalahan jenayah. 

2. Suspek menggunakan Voice Over Internet Protocol (VoIP) yang menyalin / klon nombor telefon milik anak mangsa yang diperolehi dan menghubungi ahli keluarga selain turut mengetahui latar belakang ahli keluarga mangsa.

3. Suspek akan mensasarkan mangsa yang rata-ratanya berusia 50an dan ke atas.

4. Lebih meyakinkan apabila mangsa juga dibenarkan bercakap dengan ahli keluarga yang ditahan yang dipercayai dilakonkan suspek dalam tempoh singkat.

5. Mangsa diarahkan untuk meletakkan wang di lokasi yang ditetapkan seperti di bawah kerusi stesen bas, pondok telefon, tokong atau tong sampah.

Nasihat Polis:
1. Jangan muda percaya dengan panggilan telefon oleh mana-mana individu yang mendakwa diri sebagai pegawai kerajaan, penguatkuasa atau jabatan kerajaan mahupun swasta yang memaklumkan ahli keluarga telah ditahan.

2. Hubungi agensi atau pihak berkuasa terbabit terlebih dahulu bagi mendapatkan kesahihan maklumat yang diberikan atau identiti pegawai yang telah menghubungi anda. 

3. Sekiranya menghadapi situasi tersebut, sentiasa bertenang dan cuba sedaya upaya untuk mengenalpasti lokasi sebenar anak anda.

4. Minta bantuan atau hubungi rakan atau orang yang terdekat dengan anak anda.

Monday, 24 November 2014

Video Pendek Akal @AnwarIbrahim @NikAziz Haji Hadi Bertuankan DAP

Pernahkah anda terfikir dalam situasi Pakatan Rakyat sekarang siapa paling berkuasa?
PKR Kah?
PAS Kah?
Atau DAP?

Rata-rata akan kata Anwar paling hebat! Tetapi dimana kehebatan Anwar kalau tidak dengan melutut bantuan DAP?

Anwar adalah yang paling terdesak dengan pelbagai masalah! dan jangan kita lupa DAP lah punca rahsia Anwar terbongkar! 

Siapa yang mula-mula dedahkan Anwar kaki liwat kalau bukan Karpal Singh. Kemudianya Karpal Singh hingga akhir hayatnya membantu Anwar.

Siapa yang menjatuhkan Anwar dari UMNO kalau bukan DAP! Tetapi DAP jugalah yang
menaikan Anwar!! Sekarang Anwar jatuh lagi kerana kederat Anwar sudah tidak diperlukan lagi.

Adakah ini secara kebetulan atau inilah cara DAP mencari peluang untuk naik. Tidak lama lagi baik PKR mahupun DAP tidak memerlukan bantuan mereka lagi kerana DAP sudah mampu menjadi parti pelbagai kaum yang diterajui oleh kerabat Lim Guan Eng.

Apa yang DAP perlukan semua kaum tunduk kepada arahan mereka. Dan bergitu juga PAS kita lihat bagaimana Mat Sabu sanggup melutut dan Haji Hadi boleh didesak dan diasak untuk disingkirkan dari PAS. ( Baca disini) Lagipun jangan kita lupa Nik Aziz pernah kata "Kita Usahkan DAP kalau Syaitan Hendak Bantu Kita Terima"



Inilah tahap pendek akal yang memusnahkan PKR dan PAS. Akhir siapa yang menjadi raja dalam Pakatan Rakyat dan kenapa Pakatan Rakyat tidak di daftarkan. Baca di sini mungkin anda dapat jawapannya 

Semua ini sudah terancang dengan blueprint A, B, C, dan lain-lain bergantung kepada hasil setiap operasi. 

Hakikat disini DAP bukan sahaja sedang peralatkan melayu bawahan malah mereka juga menekankan setiap tokoh pembangkang melayu di dalam cengkaman mereka.

Tidak lama lagi semua itu tidak perlu lagi sebab DAP mampu bertanding di semua kawasan melayu dan hasil kekayaan DAP serta bantuan kuasa asing kepada DAP tiada yang mustahil untuk menawan hati melayu.

Sifat orang melayu kita mudah senang dibeli untuk mengkhianati bangsa sendiri anda boleh baca pendedahan yang dahsyat oleh melayu DAP di sini





@CMLimGuanEng Rayuan Dewan Ulama Selamatkan Haji Hadi Tidak Akan Dilayan

Aduhai apa punya malang nasib Haji Hadi. Dah masuk ketahap Dewan Ulama PAS tampil merayu dengan bahasa selunak-lunak bahasa tetapi Lim Guan Eng tetap tak endahkan.

Apa lagi selepas ini perlu melututkah!! Sekarang ini biarlah apa jua PAS hantar untuk selamat Haji Hadi akan menyebabkan DAP semakin bongkak kerana PAS dulu bolehlah dibawah kuasa Dewan Syura atau Murshidul Am PAS.

Sekarang tidak lagi!! Sekarang tuan yang paling berkuasa dalam PAS adalah DAP. Sebab itu seteruk mana Timbalan Presiden PAS dimata orang PAS dia tetap akan jadi Timbalan Presiden PAS mungkin tak lama lagi Presiden PAS.

Ini zaman siapa yang paling kaya dan dia paling berkuasa. PAS parti apa kalau ada pakar buat projekpun setakat siap batu asas sahaja kalau tidak percaya tanyalah Husam Musa. 

Kalau pakar cari duitpun setakat sedia tabung derma sahaja. Itupun belum tentu hasilnya semua dinikmati parti PAS. Kalau tidak percaya imbas-imbaslah kes tabung Memalipun lesap!!

Inilah tahap kedudukan PAS yang tidak ubah macam parti minta sedekah. Adakah ini fitnah tanyalah sendiri bagaimana PAS buat duit untuk selamatkan parti. Itupun ada juga yang dah dedah kes tanah itu ini. Kes balak Nik Azizi sendiri pernah dedahkan.

Nampaknya semua itu menjadi faktor penyebab kenapa DAP paling berkuasa terhadap PAS. DAP ada kemampuan untuk buat apa sahaja untuk menentu hala tuju PAS. Lagipun orang PAS memang sayang sangat DAP malah mereka percaya tanpa DAP PAS tidak akan berjaya.

Ops salah tanpa Pakatan Rakyat. Tetapi tanyalah dalam Pakatan Rakyat siapa paling berkuasa kalau bukan DAP. Harapkan Anwar!! Anwar lagi merayu-rayu minta tolong DAP selamatkan dari kes liwat!! Sebab itulah dalam PKR langsung tidak berminat hendak selamatkan Haji Hadi sebab merekapun bertuankan DAP.

Tidak percaya!! tengoklah Azmin Ali dia sanggup ketepikan soal kepentingan Agamanya semata-mata hendak ambil nama dengan DAP dalam kes penyerahan Bible baru-baru ini.

Jadi sekarang PAS hendak merayu-rayu DAP selamatkan Haji Hadi. Minta maaflah kecuali kalau Haji Hadi sanggup menjadi sebebal Mat Sabu itu gerenti dapat DAP bantu.

@ZahidHamidi Bongkar Krisis Jawatan UMNO Hak Keturunan

"Apa Kau Orang Fikir Semua Jawatan UMNO Hak Keturunan bapak Kau Orang Ka? Ada kes bergegar kerusi meja!!!"

Inilah ayat-yat yang panas bila situasi generasi X Y cuba dinafikan menjadi ahli UMNO. Ini telah menjadi budaya yang berkarat dalam UMNO. Sebab itu PPM bersetuju dengan pendedahan Zahid Hamidi di Utusan Malaysia.

Era pemimpin lama menyekat peluang generasi muda mendapat tempat di dalam parti sebenarnya telah lama berlalu dalam UMNO.

Naib Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pemimpin parti perlu sedar bahawa jawatan yang dipegang itu bukanlah milik keturunan mereka untuk selamanya. 
“Selain itu, kita bukan ketua perang yang menganggap jawatan dalam parti menjadi kepunyaan kita dan harus dimiliki oleh keturunan kita atau dipegang oleh kita. 
“Saya fikir bila tiba masanya, kalau sudah mendapat tanda bahawa kita tidak lagi dikehendaki, maka cara terbaik ialah mengundurkan diri sebelum kita diundurkan,” katanya. 
Beliau mengulas gesaan Pre­siden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak agar golongan muda diberikan ruang di dalam parti dalam sidang akhbar selepas merasmikan Karnival 60 Tahun Lembaga Penapis Filem (LPF), di sini hari ini.
Najib berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Konvensyen UMNO Wilayah Persekutuan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara pagi ini.
Dalam ada itu, Ahmad Zahid berkata, mesej yang disampaikan oleh Presiden parti itu jelas menunjukkan bahawa ruang terbuka luas untuk generasi X dan Y menyertai UMNO. 
Beliau berkata, keterbukaan itu termasuklah dengan mengubah peruntukan kemasukan ahli baharu ke dalam parti.
“Antaranya, ahli boleh menyertai UMNO tanpa perlu melalui cawa­ngan sebagai mana cara biasa tetapi boleh dilakukan melalui ibu pejabat.
“Tujuannya adalah supaya dipermudahkan kemasukan golo­ngan profesional dan anak muda yang dulu kononnya disekat oleh ketua cawangan dan bahagian tertentu untuk menyertai UMNO,” katanya.

@NajibRazak sudah masuk Fasa 'hyperconnected' Tetapi akar umbi dekat mana?

CARA parti-parti politik dunia mengendalikan penguasaan politik mereka sudah berbeza, seiring dengan perkembang­an semasa. Suatu ketika Barack Obama memiliki pasukan kempen digitalnya yang cekap dan berkesan sehingga membawa kemenangan besar dalam pilihan raya Presiden. Semua anggota kempen digitalnya bukan orang politik tetapi saintis. Ada antaranya saintis Matematik, statistik dan termodinamik.

Baru-baru ini, musuh parti Obama, Republikan berjaya menewaskan Demokrat dalam pilihan raya setelah mendatangkan team kempen digitalnya dari Lembah Silikon. Hal ini dibangkitkan Pengerusi Kelab UMNO Luar Negara, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dalam pertemuan beliau dengan penulis di bilik Menteri Komunikasi dan Multimedia itu di Parlimen Rabu lalu. Terdahulu dalam dewan, Ahmad Shabery baru sahaja ‘memba­suh’ beberapa wakil pembangkang dalam isu membabitkan kementeriannya sambung baca disini

Sekarang Datuk Sri Najib juga menekankan tiga kunci perubahan yang perlu dihadapi dalam dunia 'hyperconnected'.

1. Manusia/rakyat semakin bebas berkongsi idea hingga ke peringkat global mengenai sesuatu pentadbiran. Diperkasakan dengan revolusi maklumat dan mempunyai ekses terhadap Internet mereka mampu memberi cabaran kepada sesebuah kerajaan. 

Rakyat boleh akses kepada statistik, petunjuk dan perbandingan antarabangsa. Akses ini boleh dianggap sebagai satu bentuk keistimewaan oleh golongan muda.

2. Cabaran pembinaan negara bangsa yang memerlukan penglibatan rakyat. Cabaran ini memerlukan rakyat merasakan mereka dihargai oleh komuniti.

3. Cabaran ketiga berkaitan diplomatik. Sesebuah negara yang berjaya tidak berlaku secara tiba-tiba. Sebaliknya ia dilaksanakan melalui hubungan dengan negara jiran, sekutu dan pesaing.

Persoalannya sejauh mana akar-umbi UMNO bersedia untuk ke fasa seterusya? Tak akanlah kita main masuk sahaja tanpa memahami bagaimana hendak hadapi 'hyperconnected' tanpa menjadi faktor meruntuhkan parti?

Sunday, 23 November 2014

@RafiziRamli Kantoi Penipuan Harga Subsidi #ron95 Kerajaan #RakyatHakimNegara

Apabila kerajaan menggunakan Automatic Pricing Mechanisme (APM) terhadap harga RON95 & diesel menjelang 1 Disember 2014 nanti, secara tidak langsung harga RON 95 pada ketika ini RM 2.30 akan mengikut pasaran harga dunia pada ketika itu.

Dalam keadaan harga minyak (RON 95) konsisen mengalami penurunan (sejak beberapa bulan) sehingga RM 2.27 (sekarang), maka beberapa andaian boleh dibuat:-

(i) Harga (RON95) KEKAL RM 2.27 dan rakyat tidak perlu membayar RM2.30/Liter. Kerajaan BIJAK rakyat UNTUNG RM0.03/liter kan?

(ii) Harga (RON95) MENURUN sehingga RM 2.20 dan rakyat tak perlu membayar RM2.30. Kerajaan bijak rakyat UNTUNG RM0.10/Liter kan?

(iii) Harga (RON95) MENAIK sehingga RM 2.35 sen tetapi kerajaan tidak menaikkan sehingga RM2.35 sen melainkan menyerap kenaikan harga tersebut dalam bentuk subsidi kepada rakyat atau pemberian-pemberian insentif lain seperti rebat dan sebagainya. Kerajaan BIJAK rakyat UNTUNGkan? 

Saya harap ia suatu contoh yang mudah.

Berbanding dengan cadangan YB Rafizi Ramli yang sebelumnya mahu supaya harga minyak mengikut pasaran dunia, maka tindakan kerajaan ini sebenarnya telah berbulan-bulan dikaji dan diharapkan memenuhi keperluan rakyat Malaysia dan pakatan haram.

Malangnya, tindakan yang bijak ini disanggah dengan mahukan harga syiling pula? Inilah suatu prinsip politik yang senantiasa berubah apabila sesuatu tindakan kerajaan memihak kepada rakyat yang ada pada pakatan haram.

Penetapan harga minyak pada kadar harga syiling sebenarnya tidak melindungi kepentingan syarikat petroleum nasional Petronas kerana ia akan bersaing dengan gergasi-gergasi kapitalis minyak dunia yang didokong oleh kerajaan-kerajaan kapitalis zionis.

Bayangkan hanya seorang George Soros mampu meranapkan ekonomi Asia Timur pada Jul97/98, inikan pula jika wujudkan serangan besar-besaran syarikat-syarikat petroleum dokongan negara-negara kapitalis zionia dan sekutu negara-negara Arab mereka? 

Penetapan harga syiing untuk barangan kawalan dan keperluan asas yang lain tentu tak sama dengan penetapan harga syiling petroleum dan bahan bakar dunia.

Dimaklumkan bahawa Kerajaan melalui Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini telah memutuskan bermula dari 1 Disember 2014, penetapan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel adalah mengikut kaedah pengapungan terkawal (managed float). Kaedah ini adalah sebagaimana pelaksanaan penetapan harga runcit RON97 sedia ada sejak Julai 2010.Rujuk apa fakta dibawah:







Harga runcit produk petroleum di Malaysia ditentukan melalui kaedah Automatic Price Mechanism (APM) sejak tahun 1983. Melalui APM, Kerajaan akan menetapkan harga runcit pada satu paras tertentu dimana perubahan kos produk tidak akan mengubah harga runcit. Walau bagaimanapun, melalui pengapungan terkawal (managed float) ini, purata perubahan kos produk akan menentukan penetapan harga bagi bulan berikutnya. Ini bermakna jika harga pasaran minyak mentah dunia meningkat, harga runcit RON95 dan diesel juga akan meningkat. Begitu juga sebaliknya.



Sebagai contoh daripada 1 hingga 19 November 2014, purata harga RON95 di bawah APM menurun kepada RM2.27 seliter yang mana lebih rendah daripada harga runcit RM2.30 seliter. Dalam hal ini, Kerajaan akan memantau harga pasaran pada 20 hingga 30 November 2014 dan jumlah sebenar akan menentukan purata harga runcit pada bulan Disember. Jika trend ini berlarutan, adalah dijangkakan harga runcit RON95 bagi bulan Disember akan dikurangkan sewajarnya berdasarkan formula APM.



Pada masa ini harga runcit RON95 di stesen minyak adalah pada harga RM2.30 seliter dan diesel pada harga RM2.20 seliter. Mulai pada 1 Disember 2014, penetapan harga di stesen minyak akan bergantung kepada kaedah yang disebut di atas. Kerajaan akan mengikuti perkembangan pasaran harga produk kos setiap masa dan kadar pertukaran matawang untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel.



Keputusan pengapungan terkawal harga petrol RON95 dan diesel dibuat berikutan kejayaan pelaksanaan pengapungan terkawal harga petrol RON97. Langkah ini membuktikan hasrat Kerajaan untuk memastikan rakyat menikmati manfaat sepenuhnya berikutan penurunan harga minyak mentah dunia.

Kajian bagi pelaksanaan pengapungan terkawal harga petrol RON95 dan diesel ini telah dilaksanakan oleh Kerajaan sebelum memutuskan pelaksanaan kaedah ini.

@AzwanBro Melayu Pertahankan Hak Termaktub Dalam Perlembagaan Disifatkan Haluan Kanan #PAU2014

Apabila Azwan Bro dengan beraninya mendesak UMNO untuk tidak memberi lebih perhatian terhadap mana-mana kumpulan politik berhaluan kanan yang mendakwa memperjuangkan lebih kepada kepentingan kaum Melayu. 

  1. Ini bermaksud kita perlu sisihkan sebagaian melayu yang menyokong UMNO, 
  2. Sebagian besar dari atas pagar. 
  3. Dan sebahagian lagi kalangan pembangkang.


Katanya Azwan lagi "Keikhlasan UMNO perlu diterjemah dengan pendekatan lebih sederhana dan tidak berlebih-lebihan kepada mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berhaluan kanan" 

Adakah permahaman kesederhana Azwan Bro bermaksud melayu harus bersiap-sedia untuk korbankan sesuatu hak yang termaktub demi mencapai matlamat kesederhanaan?

Tentulah amat mengejutkan apabila Azwan Bro mewakili Pemuda UMNO Malaysia yang terletak di bawah parti UMNO dan umum mengetahui kewujudan utama UMNO adalah parti Melayu. 

Bermaksud adalah wajib parti ini memperjuangkan dan mempertahankan hak-hak orang Melayu. Malah ini tidak boleh dianggap sebagai rasis. Kerana ini adalah parti satu-satunya yang bertanggungjawap mengjaga survival Melayu.

Mungkin tujuan sasaran Azwan Bro adalah untuk meminggirkan melayu yang terlampau pro melayu seperti PERKASA demi membawa melayu baru yang boleh mengjaga hati Barisan Nasional.

Persoalan disini adakah menjadi kesalahan buat PERKASA yang mahu mempertahankan hak-hak termaktub sehingga perlu dipinggirkan?

Mungkin Azwan Bro berpedapat ini adalah cara mudah UMNO menerajui kepercayaan Barisan Nasional yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama. Tetapi persoalanya lagi: 
  • Adakah UMNO parti yang paling lemah dalam Barisan Nasional hingga kalah teruk di PRU13? Sehingga perlu korbankan apa sahaja!!
  • Adakah berbaloi dalam usaha memikat kepercayaan Barisan Nasional kita perlu meminggirkan sebahagian besar melayu yang menyokong UMNO?
Apakah tidak cukup dengan situasi Melayu berpecah: 
  • Satu golongan merasa terlampau islam sehingga yang lain di kafirkan 
  • Satu lagi mahu menyerap kehidupan yang lebih liberal.
  • Sekarang kita hendak tambah lagi 2 pepercahan yang bersetuju dengan Azwan Bro 
  • Dan satu lagi perlu disisihkan kerana terlampau mempertahankan hak-hak termaktub dalam perlembagaan.
Apa hasilnya nanti! Adakah berbaloi menipiskan lagi sokongan melayu semata untuk memikat Barisan Nasional?

Kalau ini cara Azwan Bro mahu nampak sangat PUM sedang memilih jalan mudah untuk memikat Barisan Nasional, tetapi apa guna majoriti melayu semakin sempit walaupun berjaya menyatukan Barisan Nasional.

Akhirnya nanti dimana letaknya kekuatan melayu di dalam Barisan Nasional? Adakah terjamin melayu akan terus menerus menjadi tongak dalam BN? 

Apa yang kita nampak ramai Pemuda dalam UMNO. Suka beraksi sebagai pahlawan melayu seperti Hang Tuah yang menghunus keris dengan penuh kegahannya!!
Merekalah pahlawan warisan bangsa tetapi sekarang sayang gahnya hanya pada aksi menghunus keris tetapi tidak berani memikul tanggungjawap memikul amanah agama bangsa dan negara dan negera. 
Itukah saki baki Pemuda UMNO yang kita masih ada sekarang?
Bukankah sepatutnya Pemuda sanggup memikul cabaran menyatukan segenap lapisan melayu tanpa mengorbankan hak-haknya yang termaktub. sambil tampil  menyeimbangan dengan kepelbagaian kehendak kaum dalam Barisan Nasional. 

Bunyinya memang sukar bukan!!

Ini adalah satu cabaran! Bukan satu pilihan untuk diabaikan diantara salah satunya yang dianggap membebankan untuk dilaksanakan. Kalau tidak bukankah nanti boleh menyebabkan menang sorak kampung tergadai?

Ini satu amanah dan jika tidak mampu menyahut cabaran untuk dipikul adalah bagus berikan kepada orang lain yang mampu memikulnya. 

Maaf apa yang PPM cakap ini kasar tetapi ini soal survival melayu tiada kompromi kerana apa yang kita cakap soal yang termaktub dalam perlembagaan sahaja. salahkah? dan rasiskah? kita berani mempertahankannya?

Adakah sudah tiba masa untuk Melayu liberalkan semua hak-hak termaktub dalam perlembagaan? Adakah perkataan Melayu itu sendiri kita sudah cuak mendengarnya?
Kalau itulah caranya kenapa kita perlu menyimpan parti UMNO!!

Bagus kita bubarkan sahaja!!
Supaya kita hanya pergunakan Barisan Nasional sebagai perjuangan yang lebih memudahkan dan menyenangkan.
Kerana UMNO sekarang menjadi parti menyusahkan!! UMNO terpaksa mengjaga hak-hak melayu yang termaktub dalam perlembagaan, sehingga menggusarkan kawan-kawan dalam Barisan Nasional.

Fikir-fikirkan sejenak. Ini amanah!! Ini Amanah dan Ini amanah yang wajib kita mewarisi kepada generasi ke generasi yang mendatang!!

Sahutlah cabaran dengan bersemeja bersama melayu kita dan satukan mereka dan cuba cari titik yang boleh menyimbangkan dengan kehendak pelbagai kaum dalam Barisan Nasional. Bunyinya sukar tetapi bukan sebelum anda dilantik! Azwan Bro sudah bersumpah setia mahu memikul amanah agama bangsa dan negara? Kalau tidak salahlah Azwan Bro dipilih dan kalau betul tunaikanlah tanggungjawap anda.

PPM telintas kata-kata Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Ismail Sabri mengharapkan agar perbahasan kali ini akan dibahaskan dengan penuh terbuka, berani dan dapat membawa harapan serta suara akar umbi orang Melayu di negara ini. Oleh itu PPM harap ada pewakilan berani bangkit memperbetulkan demi Agama Bangsa dan Negara.

Isu Terkini

get this widget here