PPM sedar Nur Farhana Mohd Anuar berucap setelah mengambil kira 90% para blogger UMNO bangkit berjuang dengan sukarela atau fisabilillah.
PPM pasti Nur Farhana Mohd Anuar berucap dengan kesedaran para blogger UMNO berjuang dalam kedaifan walaupun ada handphone harga RM350 pun masih mampu menulis blog.
PPM percaya Nur Farhana Mohd Anuar berucap setelah beliau sedar yang para Blogger UMNO juga manusia yang perlu mencari sumber saraan anak bini walaupun separuh dari harinya perlu dipernuhi untuk menyelidik dan mendalam setiap isu sebelum berjuang membantu BN.
PPM Yakin Nur Farhana Mohd Anuar amat faham yang 90% blogger BN tidak pernah disalurkan maklumat hingga terpaksa mengorbankan masa sendiri untuk menyelidik dan mencari isu menyerang dan mempertahankan UMNO BN.
PPM amat yakin yang Nur Farhana Mohd Anuar sedar akan blogger BN terpaksa hadapi sendirian jika mereka disaman kerana terlapau berani meyerang BN.
Oleh itu apa yang diucapkan Nur Farhana Mohd Anuar adalah tepat yang blogger UMNO BN tidak boleh dihargai, sebab itulah dalam PAU tiada seorangpun tampil menghargai orang seperti kami. Malah kehadiran kami ke PAU tidak dialu-alukan.
Cuma soalan kepada Nur Farhana Mohd Anuar andai anda menulis blog berapa orangkah yang yakin akan membaca setiap penulisan anda. Adakah sejuta orang setiap isu?
Andainya Nur Farhana Mohd Anuar menulis bagaimana startegi yang boleh membuktikan setiap hujah anda akan di terima oleh masyarakat di luar.
Bagimana modus operandi Nur Farhana Mohd Anuar mengalahkan setiap blogger PR tanpa mendapat sebarang bantuan, berdikari mencari penyelesaian dan fisabilillah?
Kalau Nur Farhana Mohd Anuar mampu buat semua itu bersendirian tanpa sebarang bantuan adalah layak semua blogger pro BN bersaralah kerana sudah tidak layak lagi membantu BN.
Pada PPM Nur Farhana Mohd Anuar hanya bercakap mengikut emosi seolah-olah dia boleh buat lebih baik dari yang ada tanpa memikir dan mendalami apa sebenarnya dilema blogger BN yang sebenar.
Apa-apapun PPM sedar dan berbangga kepada semua blogger UMNO proBN kerana walaupun mereka dihina dicaci tetapi mereka masih mahu berdiri sebagai manusia terus setia memperjuangkan apa yang mereka yakin. Walaupun anak bini mereka berteraburan, mereka tetap tidak berputus asa ke atas perjuangannya.
Nur Farhana anda layak mengkritik dan PPM percaya ramai blogger proBN boleh terima tetapi tolong jangan jadi ini hanya pemanas gelangan PAU tanpa sebarang tindakan selepas PAU memperkasakan kedudukan blogger pro BN. Kalau anda boleh buat PPM amat kagum tetapi kalau selepas ini senyap sahaja PPM anggap sebagai omong pemanas badan PAU.
No comments:
Post a Comment