Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Thursday 27 November 2014

Mahfuz Mengamuk Saraan Ahli Parlimen Kecil Sehingga Diusir Dewan

Ahli Parlimen PAS Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menerima padah diusir dan diarah keluar Dewan Rakyat pada sesi petang Khamis sewaktu perbahasan Rang Undang-undang Malaysian Airline System Berhad.

Beliau yang bersikap tidak serius sewaktu Speakar Tan Sri Pandikar Amin Mulia menegur sikap Ahli Parlimen PAS Sepang, Hanipa Maidin yang mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar memasukkan satu klausa ke dalam rang undang-undang berkenaan.

Speaker itu menegur supaya ahli-ahli parlimen yang jadi peguam jangan menjadikan Dewan Rakyat seperti mahkamah mempertahankan hujah masing-masing.Sebelum itu, Pandikar Amin berulang kali menegur beberapa ahli parlimen terutama Sepang kerana mahu berhujah walaupun tidak dibenarkan mencelah oleh Abdul Wahid.

“Sepang, ini masalah Yang Berhormat kepada peguam-peguam. Ini Dewan Rakyat bukan mahkamah. Saya bertolak ansur, tolong Yang Berhormat bertolak ansur dengan saya. Itu jawapan sama ada bersetuju atau tidak, itu jawapan menteri, kalau tidak setuju nanti saya panggil mengundi,” katanya.

Beliau kemudian meminta ahli-ahli Yang Berhormat mematuhi peraturan Dewan dan jangan main-main ketika perbahasan.

Pandikar juga mahu hanya yang dipanggil berhujah, bangun berhujah bukan mencelah tanpa kebenaran.

Beliau kemudian menegur dan memberi amaran kepada Mahfuz kerana membuat bising menegur cara perbahasan ketika itu.

“Make my day” kata Pandikar Amin yang menyifatkan Mahfuz main-main ketika orang lain berbahas .

“Saya tak main-main Tan Sri, saya kasihan dengan Tan Sri kerana Akta Saraan ahli parlimen terlalu kecil.. Kenaikan Yang Di Pertua terlalu kecil dengan tugas yang terlalu besar,” kata Mahfuz.Bagaimanapun, ahli parlimen Pokok Sena bangun dan cuba menyindir Speaker.

Pandikar Amin lantas mengarahkan Mahfuz keluar dari dewan sambil menyifatkan ahli parlimen itu tidak serius dan bermain-main.

Kemudian terdengar Mahfuz menjawab ” Saya memang mahu balik”.

Sebelum itu pun, Pandikar Amin hari ini telah beberapa kali menegur anggota-anggota Parlimen yang bertanyakan soalan membabitkan dasar dan soalan tidak bermatlamat jelas.

Pandikar Amin yang jelas cuba mengawal ruang waktu perbahasan lantaran mahu menamatkan sesi mengikut jadual nyata kecewa dengan sikap ahli-ahli parlimen membazirkan waktu.

“Saya serius, saya akan pinda peraturan mesyuarat di mana anggota Parlimen tidak boleh bertanya soalan melibatkan dasar.

“Jadi ayuh sama-sama disiplinkan diri, kalau bertanya jangan sembarangan tanya, fikir dulu kerana ada masa 14 hari, soalan itu apa matlamat sebenarnya. Selepas itu menteri jawab kepada perkara yang dibangkitkan sahaja,” tegasnya.

1 comment:

Anonymous said...

Perangai orang tak lulus sekolah dlm parlimen, macam tu lah. Orang lain yang berkelulusan tinggi tu mesti rasa senang hati school dropout tu meninggalkan dewan.

Isu Terkini

get this widget here