Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Saturday 17 November 2012

Puak PAS berdoa solat hajat khusus Kuburkan UMNO BN

Alhamdulillah PAS telah sembahyang hajat untuk kuburkan UMNO BN demi selamatkan perjuangan menyelamatkan Ketuanan DAP dan Ariwanas. Insyallah Allah akan tunjukan akan kebenaran dan kita kena redha dengan apa jua ketentuannya. Kerana hanya Allah yang maha mengetahui siapa yang benar atau siapa yang salah. Sekurang-kurang kita telah menyerah kepada Allah untuk menentukan melalui ketentuannya.

Nik Aziz Ampunkan Dosa Nurul Izzah

Alhamdulillah syukur kepada Allah. Terampun juga dosa-dosa Nurul Izzah ooopss! Minta maaf silap!

Nik Aziz kata Nurul Izzah tak ada buat salah apa-apapun! Jadi kita semua selama ini membuat fitnah laa yaa! 

Nampaknya kalau berdasar kata-kata Haji Hadi kena bertaubat kerana kita tidak mengikut perjuangan islam! cuba amati betul-batul ini perjuangan memartabatkan islam sebenar. PPM tak tipu! Ini perjuangan Nurul Izzah memartabatkan syiar islam! Kalau tidak percaya amati betul-betul-

Jika anda bertanya kepada saya, tidak ada paksaan dalam agama, bagaimana kamu boleh minta maaf, (kebebasan beragama) ini hanya terpakai kepada bukan Melayu, ia perlu terpakai secara sama rata.

Kau orang bacalah sendiri kat poster. Jadi adalah lebih baik juga Nasharudin Mat Isa kena bertaubat juga sebab diapun minta Nurul Izzah bertaubat! Tidak boleh tu dah kira buat fitnah.

Senang cerita marilah kita pakat-pakat menjadi seperti PAS dengan menghambakan diri bagaikan seekor kaldai. Kaldai yang taat kepada ketuanan DAP.

Apalah kisah tergadai islam mahupun terbukanya pintu Islam Agama Persekutuan. Untuk membolehkan dan memudahkan mana-mana mubalig menjalan rancangan halus menghasut generasi islam yang lemah, terjatuh dalam arena murtad.

Bukankah Nurul Izzah dah cakap Dia berlajar di tempat yang ada salib besar tidak juga terjebak. Jadi mungkin Pluralisme tidak dikira dari sebahagian yang terjebak dalam arena meresikokan akidah!

Agaknya memperjuangkan kesamaan agama bukanlah masalah besar disisi islam! Seperti mana Nurul Izzah mempertahankan Hak Kebebasan Melayu Murtad! yang dikatakan PAS hanya remeh temeh didalam Mutamar PAS. Malah Nik Aziz tidak salahpun!

Jadi anda dah bersedia untuk turut serta bersama Nik Aziz walaupun anda sendiri berasa seram sejuk? Pecah Palak Mikir bila PAS mempolitikan Islam.
Published with Blogger-droid v2.0.9

Helah Haji Hadi Nampak Manusia Mengsyaitani Negara

Masih ingatkah kita bagaimana PAS mengelar UMNO kafir kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC. Tetapi kaedah tersebut menggagalkan PAS untuk menghampiri Putrajaya.

Kemudian PAS sedar tampa sokongan DAP dan PKR adalah mustahil untuk PAS mencapai cita-cita tersebut. Kemudian untuk menutup keceluparan yang lalu, sekali lagi PAS meralatkan hujah Islam demi menggambarkan kononnya PAS sentiasa dilandas islam!

Maka terkeluarlah hujah Muktamar PAS Ke-58 di sini semalam, disogok dengan konsep tahaluf siyasi, untuk menghalalkan undi PKR dan DAP.

Dalam masa yang sama PAS cuba mengalih perhatian rakyat dari menyentuh isu Hak Murtad Melayu yang dibawa Nurul Izzah.

Rakyat kena faham Nurul Izzah dan PKR bertangungjawap mencari undi dan pengaruh di kalangan bukan islam terutama dari kawasan Sabah dan Sarawak yang merupakan simpanan tetap bagi kekuatan Barisan Nasional.

Jadi adalah tentu tidak berbaloi untuk PAS masuk campur isu ini. Kerana ini satu perluang keemasan buat Pakatan memecah undi BN.

Jadi fungsi PAS hanyalah menenangkan masyarakat islam supaya bertenang dan bersedia menerima konsep Malaysia baru yang lebih bebas.

Bebas dalam erti kata Hak Murtad bukan keutamaan perjuangan. Jadi jika sifat Pluralisme Anwar sebagai Perdana Menteri. Boleh membuka pintu kekebalan Islam Agama persekutuan. Dimana jika sekarang agama lain tidak boleh berdakwah memujuk islam mengjadi murtad, dan jika pintu kekebalan itu terbuka? Bagaimana nasib anak-anak generasi baru kita.

PAS juga memahami bebas dalam erti kata hak mempunyai hak yang sama rata. Adakah PAS boleh menjamin Hak-hak istimewa Melayu terpelihara sebagaimana termaktud dalam perjanjian sebelum merdeka.

Itu antara dua perkara dari banyak sebab-sebab lain. Selain itu ada juga Haji Hadi menyentuh soal

Merujuk kepada pentadbiran Umno-BN, Abdul Hadi berkata, di bawah kepimpinan parti itu, penyelewengan semakin merebak, maksiat, bahkan jenayah besar dan kecil dibiarkan tanpa undang-undang yang mendidik rakyat.

Cuba kita kaitkan kembala dua perkara Pecah Palak Mikir timbulkan? Syaitan dekat mana Haji Hadi nampak? Syaitan yang berdampin disebelahnya, beranikah ditegur mahupun membasmikannya?

Haji Hadi hebat hendak membasmi wajah mengsyaitani negara dengan niat mengambuskan semua permasalahan yang timbul dalam Pakatan Rakyat terutama agenda merongkah benteng Islam Agama Persekutuan!

Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday 16 November 2012

Keberanian Tun Dr Mahathir Pertaruhkan Nyawa Tun Dr Siti Hasmah Demi Menyelamat Berjuta Nyawa


Tun Dr.Mahathir Mohamad pernah menghantar isterinya , Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali ke Iraq ketika perang teluk 1990-1991. TDS.Hasmah yakin dengan perjuangan suaminya yang tercinta dan redha dengan apa jua bakal ketentuan Allah, lalu bersetuju untuk menghantar bantuan makanan ke Iraq yang sedang mengalami sekatan bantuan dari negara luar oleh Amerika. Pada masa itu Amerika tidak membenarkan mana-mana pesawat mendarat di lapangan terbang Iraq. 

Ketika pesawat yang dinaiki TDS.Hasmah tiba di udara Iraq, memang benar-benar tidak diberi keizinan mendarat oleh Amerika. Ketika itu dengan kebijaksanaan TD Mahathir terus menalifon President Amerika George Bush, mengatakan isterinya berada di dalam pesawat tersebut, dan masih berlegaran di ruang udara Iraq tampa kebenaran mendarat. Jika keadaan ini terus dibiar berlanjutan, pesawat tersebut bakal kehabisan minyak dan terhempas.


Memandangkan pengaruh TD.Mahathir terhadap negara-negara islam serata dunia, George Bush akan berfikir panjang untuk mengambil resiko hingga menyebabkan pesawat itu terhempas. Kerana dengan pengaruh TD Mahathir masa itu sesuatu resiko luar jangkaan mungkin akan ditangung oleh Amerika. Akhirnya George Bush tidak berani mengambil resiko dan membenarkan pesawat itu mendarat. TDS Hasmah selamat tiba di lapangan terbang Iraq dan berjaya menyampaikan bantuan makanan kepada rakyat Iraq.

Tiada lapuran media untuk ini kerana Tun buat semata-mata perjuangan mengukuhkan Islam di dunia. Keikhlasan tampa diketahui rakyat, membuktikan Tun seorang perjuang islam tulen, bukan macam Anwar bukan macam Nik Aziz yang nak berjuang semua mesti dinyatakan walaupun kebanyakan setakat bunyi je lebih tapi apapun tak ada. 

Biarlah orang menghina mencaci Tun Dr Mahathir sebagaimana rupapun, Tun sampai sekarang masih memperjuangkan nasib umat islam tampa sempadan dan waktu. Tun tak perlu penghormatan tapi dialah lagenda yang masih kuat bekerja di tanah air tercinta ini. 

Tun juga memahami wujudnya pembangkang dalam sistem pentabiran negara, tapi biasalah pembangkang negara ini sekadar macam majalah gosip artis, cakap melambung-lambung tapi penahnya tertunaipun. 

BOLEH KE ANWAR MAHUPUN NIK AZIZ ATAU MANA-MANA PEMIMPIN DI NEGARA INI, SEBERANI TUN. Sesiapapun sama ada memuji atau mencaci Tun, mereka tetap harus berterima kasih kepada Tun yang telah banyak merubah langskap kemajuan negara ini tampa meminggirkan kepentingan semua kaum dan agama. Kerana apa yang kita nikmati selama ini adalah sebagian dari Tun yang meneruskan legasi pentabiran kegemilangan UMNO BN.


pst-- SEBAB ITU PAKATAN HARAM CUBA MEMADAM KEGEMILAGAN LEGASI UMNO-BN


Read more: 

Sejarah Harun Taib Buktikan Tan Sri Harussani Sesat Perlu Bertaubat


Tertarik tentang  Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Harun Taib membuat teguran terbuka dalam Mutamar PAS, menuntut Nurul Izzah bertaubat dan dalam masa yang sama cuba mengalih isu menyalahkan orang lain.

"Bertaubat kalau dia (Nurul Izzah) buat salah besar... Tan Sri Harussani harus bertaubat juga kerana tidak menyokong perjuangan Islam. Dia juga harus bertaubat,"

Tetapi buat Nurul Izzah diletaknya perkataan "kalau" untuk menggambarkan samada Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Harun Taib pasti atau tidak! Yang kenyataan Nurul Izzah adakah sesat atau perlu bertaubat.

Berbeza pula dengan cara Harun Taib menuntut Tan Sri Harussani harus bertaubat juga kerana tidak menyokong perjuangan Islam.

Dia juga harus bertaubat. Tetapi kali ini tiada perkataan "kalau" lagi yang jelas Harun yakin menggambarkan Tan Sri Harussani benar-benar sesat dan harus bertaubat. Semata-mata tidak bersetuju banyak perkara dalam perjuangan PAS.

Hakikatnya soal menyelamat Nurul Izzah dengan menyerang Tan Sri Harussani.  Bermatalamat PAS ke Putrajaya melebihi bertegas dengan dasar islam yang diwar-warkan!

Tentu pelik! bagaimana yang dikatakan PAS cukup islam dan harus bertaubat jika tidak menyertainya? Sedangkan PAS menetapkan kenyataan Izzah membuka pintu keselamatan Hak Melayu boleh murtad atas dasar kebebasan agama. Dinotahkan PAS sebagai isu remeh-temeh.

Jika kita imbas kembali ketika Ambiga mengeluar kenyataan yang sama dengan Nurul Izzah, semasa Pemuda PAS bangkit istiharkan jihat berani mati menentang Ambiga. menyebabkan Ambiga terpaksa membatalkan majlis pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pada 21 Ogos 2001. Majlis Peguam telah menerima memorandum untuk menuntut pelaksanaan 14 tuntutan IFC yang jelas sekali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan 

Kenapa dengan Nurul Izzah pula Harun anggap 'kalau' Nurul Izzah buat kesalahan besar. Sedangkan dalam Youtube terang-terang dan amat mudah difahami oleh semua masyarakat islam yang Nurul Izzah politikan akidah untuk raih undi. Hingga mendapat tepukan gemuruh dari bukan islam.

Jadi dimana sesatnya jika tidak mengikuti PAS? Lihat apa yang dijawap oleh Tan Sri Dr Harussani SHAH ALAM -  "Saya sentiasa bertaubat selepas menunaikan solat, sebanyak 10 kali atas apa jua kesilapan yang dilakukan saya." Demikian menurut Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria menjawab kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Harun Taib semalam, yang turut meminta beliau bertaubat.

Menurutnya, setiap manusia sentiasa melakukan kesalahan dan dengan bertaubat, umat Islam tidak akan terus berada dalam dosa di atas kesilapan yang dilakukan.

Harussani, antara pemimpin agama yang mendapat perhatian dana arena politik tempatan khususnya berkaitan idea kerjasama politik Pas-Umno menambah, "jadi, saya hanya meminta (Naib Presiden PKR) Nurul Izzah bertaubat apabila melakukan kesalahan."Katanya, orang Islam pasa masa kini hanya berjuang atas kepentingan politik dan saling menabur fitnah sehingga mewujudkan perpecahan dikalangan umat Islam.

"Perjuangan orang Islam terutamanya pemimpin sekarang lebih kepada kepentingan politik sendiri."Mereka jauh terpesong, mereka tidak mengikut ajaran Islam dan tidak mengikut sunnah Rasulullah," kata beliau kepada Sinar Harian Online.Pagi semalam,

Harun meminta Harussani turut bertaubat kerana didakwa  tidak menyokong perjuangan Islam.Kenyataan Harun itu dibuat ketika mengulas komen Harussani yang meminta Nurul Izzah bertaubat kerana mengeluarkan kenyataan tidak selari mengenai kebebasan agama."Bertaubat kalau dia (Nurul Izzah) buat salah besar... Tan Sri Harussani harus bertaubat juga kerana tidak menyokong perjuangan Islam.

Dia juga harus bertaubat," katanya selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama Pas Pusat di Kota Bharu semalam.Harussani juga berkata, semua parti politik yang menggunakan Islam tidak akan disokongnya kerana perjuangan mereka tidak sejajar dengan konsep Islam.Harussani menambah, teguran sering dibuat kepada semua orang Islam sejak beliau menjadi kadi lagi untuk mengembalikan mereka ke jalan yang benar.

"Dulu apabila saya menjadi kadi, saya sering menegur orang Islam yang melakukan kesilapan dan kembali ke jalan yang benar."Sejak lebih kurang 50 tahun lebih negara merdeka, setiap parti yang dikatakan membawakan ajaran Islam hanya tahu berkempen untuk parti.

"Melalui kempen mereka sering membuat fitnah, memaki hamun dan di rumah ibadat juga telah wujud perpecahan, adakah dengan cara ini kita nak tonjolkan Islam kepada masyarakat?" katanya. Sumber Sinar Harian *Nota- PecahPalakMikir layan orang mabuk kuasa!
Published with Blogger-droid v2.0.9

Ceramah UMNO Terbaru Terbaik Terhebat


Inilah Ceramah UMNO Terbaru Terbaik Terhebat mengkisahkan bagaimana kerakusan PAS dengan wang, imbuhan, kuasa dan harta sehingga sanggup membelakangi agama demi memenuhi nafsu mereka! Ustaz Kamal Saidin memang terkenal dengan celoteh dan bahasa jenakanya. Yang pasti tidak kering gusi!

Thursday 15 November 2012

Biarlah Sultan Bertitah Apa Guna Kalau Hati Sudah Keras


Biarlah sesiapapun yang keluar pendapat, Nasi sudah jadi bubur. Biarlah Sultan Bertitah Apa Guna Kalau Hati Sudah Keras  Yang ada hanyalah UMNO dan Barisan Nasional yang paling boleh diharapkan.

KUANTAN - Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah meluahkan rasa kecewa dan dukacitanya terhadap kenyataan seorang pemimpin pembangkang mengenai isu kebebasan beragama rakyat termasuk orang Melayu baru-baru ini.

Menyifatkan kenyataan itu sebagai mengarut dan tidak masuk akal, baginda juga kesal dengan pihak terbabit yang terlalu lantang bercakap mengenai agama tanpa memperhalusi kesannya kepada masyarakat terutama umat Islam.

"Sebagai ketua agama Islam dan pemerintah negeri Pahang saya berasa sedih, dukacita (dengan kenyataan itu). Kita tidak boleh terlampau lantang sangat sebut pasal agama ini.

"Saya nasihatkan agar rakyat tidak mendengar cakap-cakap sebegitu dan perlu memikirkan perkara itu dengan sehalus-halusnya," titah baginda kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Maal Hijrah peringkat negeri, di sini hari ini.

Baginda bertitah sebagai seorang Islam, kenyataan berkaitan agama Islam tidak boleh dibuat sesuka hati tanpa merujuk kepada pihak yang lebih arif.

"Tidak semestinya orang yang mahir tentang Islam boleh bercakap mengenai Islam, saya juga mahir dan boleh juga bercakap mengenai Islam tapi kita ada majlis agama Islam, ulama kita semua bijak bistari, sebab itu saya tak berani bercakap," titah baginda.

"Saya sayang agama saya. Kita kena sanjung agama kita setinggi-tingginya dan jaga dengan sepenuh hati. Dalam Perlembagaan turut menyebut bahawa agama Islam adalah agama rasmi negara ini," titahnya.

Pada 3 Nov lepas, portal berita Malaysiakini melaporkan Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar sebagai berkata rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu.

"Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata," kata Nurul Izzah yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat.

Beliau berkata demikian pada forum bertajuk 'Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?', di Subang Jaya pada 3 Nov.

Dalam pada itu Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman menasihatkan umat Islam agar berhati-hati dengan pihak dan kenyataan sedemikian yang boleh membawa kepada penyelewengan dan merosakkkan akidah umat Islam.

"Jangan ikut kehendak pemikiran yang boleh merosakkan akidah...ini salah satu usaha yang dilakukan oleh musuh Islam yang suka hendak menyeleweng akidah umat Islam dengan cara meragukan orang Islam dengan pemikiran yang menyimpang (dari ajaran Islam sebenar)," katanya.

Sementara itu di KUALA LUMPUR, Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata kenyataan Nurul Izzah merupakan titik hitam dalam sejarah negara kerana boleh mencetuskan kecelaruan dan memesongkan akidah umat Islam.

Beliau berkata kenyataan tersebut turut menjerat Pas sebagai rakan sekutu pakatan pembangkang yang terpaksa bersetuju dengan kenyataan Naib Presiden PKR itu meskipun sedar hujahnya terpesong daripada ajaran Islam.

"Saya percaya bahawa secara peribadi ramai pemimpin dan ahli Pas memang tidak bersetuju dengan pandangan Nurul Izzah. Tetapi mereka terjerat, oleh kerana politik mereka sanggup menggadaikan pendapat sebenar yang sepatutnya disuarakan dan mereka tidak ada keberanian untuk suarakan pendapat sendiri," katanya kepada pemberita selepas melawat kelahiran bayi Maal Hijrah, di sini hari ini.

Beliau berkata Wanita Umno juga mendesak pasangan pemimpin parti PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail agar menyatakan pendirian berhubung kenyataan anak sulung mereka itu.

Selain itu, Wanita Umno juga menyokong penuh titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris agar agama Islam tidak boleh dicapur aduk dengan politik kerana boleh mengeliru dan memecah belah masyarakat Melayu.- Bernama

Ambiga Layak Sebagai Srikandi Negara Kerana Agenda Bersih Berjaya


Terus-terang memang hebat Ambiga Sreenevasan diangkat dimatabatkan sebagai Srikandi Negara kerana dia betul-betul hebat menggerakkan agenda Bersih 1 2 3. Walaupun Agenda Bersih bertujuan menuntut pilihanaya yang bersih, tetapi simboliknya Bersih lebih bersifat membersih minda masyarakat islam di dalam PAS dan PKR untuk tunduk dan turut apa saja arahan mereka.

Siapa Ambiga Sreenevasan 
Seorang Anti Islam dan Penyokong Murtad adalah mengjadi antara agendanya.
1. Menjadi peguam bela kes Lina Joy seorang wanita islam yg murtad
2. Menganjurkan forum pertikaikan kuasa mahkamah syariah melibatkan kemasukan orang bukan Islam masuk Islam.
3. Pendokong dan Penggerak IFC (Inter Faith Comission/Suruhanjaya Antara agama) yang pernah mengatakan bahawa perceraian dlm islam adalah zalim dan juga menyokong pluralisme agama.
4. Menawarkan khidmat guaman percuma kpd umat Islam yang nak murtad sekiranya dibawa ke mahkamah persekutuan.
5. Penyokong kuat kpd seorang wanita India yg nak mohon jadi peguam syarie dan nasib baik permohonan ditolak.

Sewaktu kejadian ini kelihatan ramai Pemuda PAS bangkit istiharkan jihat berani mati menentang Ambiga. menyebabkan Ambiga terpaksa membatalkan majlis pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pada 21 Ogos 2001. Majlis Peguam telah menerima memorandum untuk menuntut pelaksanaan 14 tuntutan IFC yang jelas sekali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan 

Tidak menjadi masalah kepada Amiga untuk membatalnya, Kemudian dia bangkit lancarkan Bersih dan kemudian lancarkan Seksualiti Merdeka. Masyarakat Islam PAS dan PKR semakin layu menurut satu persatu dalam permainan catur Ambiga.

Sekarang Nurul Izzah telanh mengulangkan kembali hal yang sama dilakukan Bekas Presiden Majlis Peguam  cuma bezanya Nurul Izzah baru menegaskan Hak Melayu Murtad. Akhirnya warga PAS dan PKR bersdia memahami sedikit demi sedikit sebagai penerimaan perjuangan mereka! Sebab itu mereka tidak kisah lagi apapun hendak dilakukan Anwar Anak Beranak.

Itulah sebab Ambiga sememangnya layak dimatabatkan sebagai Srikandi Negara kerana dia telah berjaya membersih minda warga PAS dan PKR untuk turut sahaja, anguk-anguk sampai mabuk dengan janji ke Putrajaya.


.

Bila ANAK gagal dapat sokongan dimaki Warga Felda Macam Lembu


Inilah perangai Pakatan Rakyat yg tidak puas hati dengan kejayaan Datuk Sri Najib memenuhi segala janji kepada warga Felda. Baca pemulisan ini!
Penulis sangka ramai di kalangan generasi baru Felda ini sudah maju, malah ada yang dilaporkan memegang jawatan tinggi dalam syarikat-syarikat Felda sendiri, tapi sekarang apa sudah jadi? Wang tidak seberapa itu (RM 5,000) disambut, diarak macam orang tak pernah tengok duit. 
Malah, Mazlan Aliman dalam laporan baru-baru ini menyebut, sebahagian besar dikalangan generasi kedua Felda ini yang sanggup bergaduh dan bermasam muka sesama adik beradik kerana berebutkan RM 5,000 ini!!! 
Bodoh macam lembu, duit tak berapa nak banyak pun, boleh bawak bergaduh adik beradik.

Iyalah orang macam mereka memanglah kecil dengan RM5000! Gaji dia orang berapa kalau hendak dibandingkan dengan rakyat yang siang malam membanting tulang!

Mutamar PAS Pedulikan Soal Akidah Yang Penting Putrajaya

Terbaik apabila keputusan Mutamar PAS Mutamar PAS Pedulikan Soal Akidah Yang Penting Putrajaya dan ianya seperti yang diramalkan, Mutamar PAS dipengaruhi keputusan Pakatan Rakyat.

Jadi apalah yang hendak dihairankan dan eloklah semua masyarakat islam sepakat meninggalkan Pakatan Rakyat kerana kita sudah tiada pilihan lagi melainkan Barisan Nasional sahaja yang terbaik mengatasi Pakatan Rakyat.

Jangan fikir jentera Barisan Nasional akan beri laluan macam tu je... Kita lihat je nanti.

Wednesday 14 November 2012

Tribute Teater Tun Siti Hasmah

Terbaik yang sememangnya dinanti-nantikan. kalau dijadikan filem kan best!

Mutamar PAS Atau Mutamar Pakatan Rakyat




Apa yang kita boleh harap dengan Mutamar PAS kali 57 ? Adakah inilah satu tempat yang mana akar umbi PAS mengasak tunjang pentabiran PAS, mengasak Nurul Izzah menarik balik kenyataannya Hak Membolehkan Melayu Murtad.

Atau hanya tempat sekadar akar umbi berdentam dentum bertegang leher tetapi tungak kepimpinan buat pekak kerana sudah ada arahan dan keputusan ditetapkan oleh Pakatan Rakyat?

Benda belum berlaku dan kita tidak tahu kemana arahnya?

Tetapi berdasar Mutamar yang sebelum dan sebelumnya. Terang-terang Mutamar PAS tidak penah ada kredibilti untuk mempertahan dasarnya walaupun dkhianati dan dipijak-pijak Pakatan Rakyat.

Jadi adakah ini akan berubah? Wahal kita semua tahu! Masyarakat islam semua tahu yang Nik Aziz sentiasa mempertahankan Anwar Anak Beranak dalam apa carapun demi cita-citanya ke Putrajaya.

Termasuk isu terbaru Nurul Izzah yang mempertahankan Hak Membolehkan Melayu Murtad. Nik Aziz masih berdalih-dalih dari menegur Izzah walaupun, ada suara dari Nasharudin Mat Isa, Harun Din dan anaknya sendiri Nik Abduh yang bercangah dan mendesak Izzah Tarik kenyataannya. Itu belum termasuk suara akar umbi melenting. Malah Pages Pemuda PAS semakin teruk diasak pengunjung yang mempertikaikan Nurul Izzah.

Bukan setakat itu. Sehingga sekarang belum ada sebarang demostrasi dari Pemuda PAS untuk mendesak Nurul Izzah. Kerana Pemuda PAS paling penakut dengan Anwar mahu Karpal. Tapi kalau Chua Soi Lek, laju tampa disuruh. Itu orang kafir tetapi yang Nurul Izzah orang melayu siap bertudung sepanjang masa bagaimana pula Pemuda PAS boleh diam membisu.

Itu gambaran PAS sekarang penakut dengan menegak kebenaran termasuk Nik Aziz. Sebabnya semua tidak akan jadi bergini selagi Nik Aziz tidak Keras Kepala.

Jadi apa yang boleh diharapkan dengan Mutamar PAS yang ke 57 ?

Mutamar PAS Ke 57! Mampukah Mutamar ini membawa suara akar umbi PAS yg sedang panas membara dengan kenyataan Nurul Izzah mempertahankan Hak Melayu Untuk Murtad?

Atau Mutamar ini sekali lagi mengjadi medan bertekak mulut tampa sebarang keputusan yang menguntungkan masyarakat islam di Malaysia.

Yang pasti pengaruh ketuanan DAP dan Ariwanas tetap mengjadi saka yg mengawal seberang keputusan tidak melawan kehendak Pakatan Rakyat. Tentulah ini menyedihkan jika mutamar ini dikaitkan dgn syiar islam. Sedih yang amat sangat!
Published with Blogger-droid v2.0.9

Dendam 39 Tahun Nik Aziz Masih Belum Pudar Dari Mindanya

Sampai bila agaknya dendam ini akan surut! Nik Aziz antara individu yang bekerja keras untuk memisahkan pakatan UMNO PAS.




Persoalannya sampai bilakah Nik Aziz rela sekutunya mempolitik akidah dan melampaui batas islam?

Berbaloikah mengejar cita-cita ke Putrajaya dengan bersekutukan kumpulan yang memperalatkan Islam untuk agenda sulit mereka?

Wahal Nik Aziz boleh merasa Putrajaya jika mengikut nasihat akar umbi untuk satukan UMNO PAS.

Tetapi kerana dendam apakah yang menghalang Nik Aziz! sedangkan pintu telah dibuka untuk bersatu.

Kalaulah Nik Aziz berangapan dengan UMNO, PAS tiada suara di dalam Barisan Nasional! Adakah dengan 66 Kerusi diperuntukan Pakatan untuk PAS tandingkan. Mampu memberi PAS mengawal suara Pakatan ketika di Putrajaya? Malah untuk PAS memenangi semua kerusipun belum tentu! Jadi untuk apa lagi berkeras kepala membawa dendam silam!

Mampukah Nik Aziz bawa suara rakyat dan masyarakat islam bersama Pakatan. Sedangkan Nik Aziz tahu bagaimana DAP melayani melayu islam. Malah Nik Aziz tahu bagaimana Anwar peralatkan melayu islam demi kawan-kawannya dari dunia kuasa luar, yang sedang berhempas pulas mengikat Anwar dan menanti dipintu kuasa politik Malaysia.

Jangan sampai menang tetapi terbakar rentung Agama Bangsa dan Negara tampa dapat diselamatkan.

Sebenarnya seperti kami melayu islam, memang nampak bodoh merayu semua masyarakat islam bersatu! Tetapi itu kami telan walaupun dihina dicaci sebagainya!

Kami lakukan kerana tanggungjawap yang dituntut islam. Tetapi tidak bermakna kami beralah dari mempertahan Agama Bangsa dan Negara. Biarlah apa dugaan dan ujian. Itulah jihad fisabilillah kami
Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday 13 November 2012

Unit Amal PAS sudah Rekrut Budak Sekolah Untuk Persiapan Demostrasi Liar mana pulak?

Masihkah anda ingat fungsi Unit Amal PAS semasa Bersih 3.0 ?

Ketika itu Unit Amal PAS berfungsi sebagai skuad mengcari peluang pencetus rusuhan! Tetapi logo Unit Amal tertulis Beramal Kerana Allah tetapi tidak tahulah mengjaga konsert yang melalaikan boleh dikatakan kerana Beramal Kerana Allah. 

Tidak tahula pulak merusuh kerajaan islam sah dianggap beramal kerana Allah!

Bila terlintas dengan apa yang dilakukan Unit Amal pada Bersih 3.0 terang-terang membuktikan tiada gunanya ujud unit macam ini. Dan sekarang Unit Amal PAS sudah Rekrut Budak Sekolah Untuk Persiapan Demostrasi Liar mana pulak?

Abdul Latiff yang juga Adun Mengkebang berkata, Unit Amal mengembangkan pasukan berpakaian seragam itu ke beberapa sekolah agama di bawah Yik, di mana mendapat sambutan menggalakkan daripada pelajar. Harakah

Adakah Majlis Amal akan memberi didikan dengan mengdoktrinkan minda kanak-kanak, kononnya kerajaan zalim, kafir atau sebagainya seperti mana yang sedang berlaku diceramah-ceramah PAS sekarang?

Awasilah anak-anak kita jangan dilatih demi dipergunakan oleh kaki politik perosak negara! Awas dengan keujudan Unit Amal PAS sudah Rekrut Budak Sekolah Untuk Persiapan Demostrasi Liar mana pulak? Dan jangan biarkan anak-anak kita terlibat!


Video Penceramah PAS kena balun kaw-kaw dengan ahli PAS Yan

Terduduk terdiam penceramah PAS kena balun dengan seribu sebab yang membuat mereka tidak mampu mengjawap! Yang paling menarik segala kepincangan PAS Kedah! habis  dirungkai satu persatu hingga menyirap darah penceramah PAS. Hah sekali Penceramah PAS kena balun kaw-kaw dengan ahli PAS Yan baru mereka tahu langit tinggi atau rendah! Itulah suka sangat jaja fitnah sana-sini sampai kepincangan parti sendiripun tidak penah dipandang.

Satu saja sebab kenapa Penceramah PAS kena balun kaw-kaw dengan ahli PAS Yan ! sebab mereka ini terlupa yang rakyat semakin bijak, dulu bolehlah rakyat tidak tahu bagaimana cara PAS memerintah ini hendak dijajakan lagi dengan kekuatan 66 kerusi yang diperuntukan Pakatan untuk PAS.

Memang hamPAS dan patutlah dan memang patutpun rakyat bangkit dan jadikan seperti Video Penceramah PAS kena balun kaw-kaw dengan ahli PAS Yan

Politik Semakin Ganas Semenjak Era Siapa?

Semenjak era siapakah? Bermulanya perubahan persekitaran politik Malaysia dicampur aduk dengan adengan keganasan.

Apa yang PPM inggat semenjak Anwar dipecat bermula pelbagai peristiwa himpunan membawa adengan keganasan. Hari demi hari semakin merebak menjadi lebih kritikal. Ikuti paparan dibawah.....


Sama ada marah, benci atau meluat. Itu antara jawapan yang masih menjadi persoalan mengapa ada sesetengah pihak sanggup mensabotaj wajah pemimpin atau logo parti politik yang terpampang di kain rentang-kain rentang yang digantung.

Sejak Pilihan Raya Umum ke 12 (PRU12), insiden seperti itu dilihat semakin menjadi-jadi namun yang masih belum dapat dirungkaikan sama ada yang melakukan perbuatan itu adalah pihak itu sendiri untuk mencari publisiti murahan seperti didakwa atau sebaliknya.

Di kawasan Subang Jaya, Puchong dan Seri Kembangan pemimpin daripada parti politik Pakatan Rakyat (PR) sering menjadi mangsa vandalisme apabila wajah mereka di kain rentang atau poster dikoyakkan sewenangnya.

Pada sambutan Aidilfitri tahun 2008 , wajah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kinrara, Teresa Kok Suh Sim dan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo antara yang menjadi mangsa di kain rentang.Wajah kedua-duanya yang dipaparkan dalam kain rentang ucapan perayaan itu digunting pihak yang seolah-olah tidak suka melihat wajah mereka.

Setahun selepas itu, Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh Tseow Suan pula menjadi mangsa apabila gambar wajahnya di kain rentang untuk pemberitahuan majlis perjumpaan bersama penduduk  dikoyakkan.

Ketika memberi maklum balas mengenai insiden itu sebelum ini Hannah berkata, beliau tidak mengetahui motif pihak yang melakukannya dan menolak perbuatan itu ada kaitan dengan mana-mana isu panas di kawasan pentadbirannya.

Menurutnya, tindakan seperti itu memang tidak wajar kerana  negara ini mempunyai sistem demokrasi yang memberi peluang sesiapapun memberi ceramah atau menganjurkan program.

Sementara itu, tidak terkecuali pemimpin dari parti komponen Barisan Nasional (BN) yang turut menjadi mangsa, namun jenis sabotaj yang dilakukan kepada mereka bersifat lebih ‘keras’.

Ketua Wanita MCA Selangor, Senator Chew Lee Giok mendakwa pernah dua kali berdepan insiden hitam digertak beberapa penyokong parti politik ketika menyampaikan ucapan pada majlis sambutan Tahun Baru Cina tahun lalu.

 Tidak cukup dengan itu katanya, plat logam yang dipamer di kenderaan miliknya juga dibengkokkan ketika menghadiri sambutan perayaan di Pusat Rekreasi Batu 11, Balakong.Dalam kejadian pertama, beliau mendakwa beberapa penyokong parti politik berlawanan membuat bising, menjerit-jerit dan menyuruh beliau turun dari pentas ketika sedang memberikan ucapan.

Tindakan ini memang tidak betul, saya sendiri berasa bimbang ketika hendak hadir memberi ucapan politik di sesuatu tempat selepas dua kejadian yang berlaku kepada diri saya. 

“Masalahnya bila berlaku kejadian seperti itu bukti tiada menyebabkan polis gagal mencari si pelakunya,” katanya kepada Sinar Harian. http://www.sinarharian.com.my/mobile/politik/politik-sabotaj-antara-marah-benci-dan-meluat-1.103528
Published with Blogger-droid v2.0.9

Sejarah Keterujaan PAS Terhadap Kehebatan Era Anwar Ibrahim

Penah anda terlintas akan kehebatan Anwar Ibrahim mengjadi jentolak berkuasa diesel, bergerak pantas menyelesaikan segala kebingungan PAS selama 20 tahun. Inilah Sejarah Keterujaan PAS Terhadap Kehebatan Era Anwar Ibrahim yang amat berjasa sekali dan kini mengjadi satu pegangan yang kuat didalam PAS.

Sejarah kebingungan PAS bermula pada tahun 1990 dimana PAS terlebih yakin dengan kemampuan mengdraf undang-undang hudud untuk dilaksanakan di mahkamah syariah di negeri jajahan masing-masing.Ketika itu, PAS Kelantan telah membuat dua set draf hudud di mana yang pertamanya telah ditolak oleh Kerajaan Pusat (BN) kerana setelah dikaji, ia didapati tidak adil. 

Dari segi niat pada masa itu memanglah nampak terlampau bersemangat untuk melaksanakan hukum Hudud. Kemudiannya perjalan hudud terus meniti sejarahnya sendiri yang dilakarkan oleh PAS. Mari kita ikuti siri PAS mengadakan sidang rundingan untuk melaksanakan Hudud.

5 April 1993 - Mesyuarat Lajnah Politik dan Pilihanraya PAS Kelantan telah memutuskan bahawa Hukum Hudud tidak akan diwartakan.

25 November 1993 - Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan Hukum Hudud namun masih belum diwartakan.

9 Oktober 1994 - Lajnah Undang-undang dan Guaman PAS Pusat telah memutuskan Hukum Hudud adakah satu undang-undang yang sah dan boleh dikuatkuasakan dan tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

3 Oktober 1996 - Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Wan Abdul Mutalib Embong pertikai mengapa kerajaan Kelantan tidak bersungguh-sunguh mahu melaksanakan khususnya dalam bidang perundangan.

3 Oktober 1996 - Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Wan Abdul Mutalib Embong pertikai mengapa kerajaan Kelantan tidak pernah membuat permintaan kepada PAS Pusat untuk mendapatkan pandangan dalam Hukum Hudud.

3 Oktober 1996 - Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Wan Abdul Mutalib Embong pertikai mengapa kerajaan Kelantan tidak pernah mengemukakan rangka atau 'blue print' ke arah perlaksanaan syariat.

18 April 1998 - Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Wan Abdul Mutalib Embong persoal mengapa kerajaan Kelantan belum melaksanakan Hukum Hudud sedangkan mampu dan berkuasa melaksanakannya.

20 November 1998. Kenyataan NIk Aziz di Harakah “PM ugut jika laksana hudud” “Pemerintah yang tidak melaksanakan hukum tersebut selepas diberikan kuasa adalah berat dosanya yakni kedua selepas kafir”.

Dalam kes hudud kononnya PAS sudah selesai tugasnya tetapi Perdana Menterilah yang berdosa berat kerana menahan perlaksanaannya. Mengapakah YAB. Datuk Nik Ab. Aziz tidak membaca salinan surat Perdana Menteri yang dihantarkan kepadanya untuk ditafsirkan bersama oleh anggota dewan ?

Kita patah balik kepada Harakah 15 Jun 1998 yang mana Surat Tun Dr Mahathir kepada Nik Aziz ada disarkan sepenuhnya di dalam Harakah.

“Kerajaan Malaysia yang sentiasa mempertahankan ajaran-ajaran Islam tidak membenarkan kerajaan PAS menjalankan sesuatu yang bercanggah dengan prinsip keadilan yang ditentukan oleh Islam. Jika PAS cuba untuk menguatkuasakan undang-undang ini yang jelas sudah bercanggah dengan prinsip prinsip keadilan dalam Islam, maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap Kerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam”. Selepas Ustaz Nashrudddin membaca surat tersebut, ia segera disambut dengan laungan takbir berkali-kali.

Pendekatan Tun Dr mahathir berdasarkan kebercanggahan EKJS(II) 1993 itu. Pertama fasal 56 “Hanya terpakai ke atas umat Islam sahaja”; sedangkan hudud Allah tidak mengira bangsa dan agama semuanya kena belaka terutama dalam kes-kes mencuri, merompak dan menderhaka. Manakala fasal 68 pula mengenai “Syarat perlantikan hakim langsung tidak diperuntukkan seperti kehendak hudud Allah iaitu ada 15 syarat”. Syarat mesti Islam dan mesti lelaki pun tidak diambilnya. anda rujuk sini untuk isi surat penuh.

Perbandingan kebercanggahan itu boleh dirujuk kepada hudud yang PAS siarkan dalam Harakah 10 April 1992 hingga 01 Mei 1992 (Tujuh siri) sempena pilihanraya kecil DUN Bukit Payung, Marang, Terengganu (Penamaan calion 11.04.1992). Setetah diteliti hudud siaran Harakah itu rupanya dicedok terus daripada sebuah buku ‘Undang-undang Islam, Jenayah dan Hudud” keluaran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan yang disemak oleh Sahibus Samahah muftinya Datuk Haji Hasbullah bin Mohd. Hassan bertarikh 01 Oktober 1991.

Rupa-rupa semuanya idea copy and paste tampa kebenaran dari penulis Tuan Guru Haji Mohd. Noor Ab Majid, Selising, Pasir Puteh, Kelantan. 

Persoalannya kalau PAS yakin Hudud PAS tidak bercanggah kenapa tidak dibentangkan di Parlimen, sedangkan PAS penah siarkan di Harakah pada 28 Februari 1997 “Hudud akan dibawa ke parlimen ?”. Tetapi sampai sekarang tidak penah dibawa.

Itu berlaku sebelum era peranan Anwar Ibrahim sebagai ketua Pembangkang Imbas kembali dalam tahun 1999, Anwar telah dijatuhi hukuman penjara selama enam tahun kerana didapati bersalah di atas kesalahan penyalahgunaan kuasa. Pada tahun 2000, iaitu selama sembilan tahun kerana didakwa melakukan kesalahan di luar tabii. Walau bagaimanapun, pada tahun 2004 Anwar dibebaskan. Anwar terpaksa berputih mata berpuasa dari bertanding dalam Pilihanraya selama 4 tahun. Tetapi peranan Anwar cuba menjalinkan kekuatan dari perkongsian tiga parti mewakili PKR, DAP dan PAS.

Kemudian diikuti Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 merupakan pilihan raya umum yang ke-12 diadakan di Malaysia pada hari Sabtu,8 Mac 2008. Gabungan tidak formal PKR-PAS-DAP yang membentuk Barisan Rakyat berjaya memenangi 82 daripada 222 kerusi dalam Parlimen, dan berjaya menafikan majoriti dua per tiga kerusi yang dipegang Barisan Nasional sejak kemerdekaan. Pakatan ini juga berjaya membentuk kerajaan negeri di Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Perak (sehingga Januari 2009) dan Selangor. Wan Azizah juga memenangi Pematang Pauh dan memegang jawatan Ketua Pembangkang.

Pada 26 Ogos 2008, Anwar telah berjaya memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh atas kerelaan Wan Azizah meletak jawatan demi memberi ruang Anwar bertanding. Dari sinilah bermulanya Sejarah Keterujaan PAS Terhadap Kehebatan Era Anwar Ibrahim. Perlu diinggat juga Pembentukan Pakatan Rakyat diumumkan pada 1 April 2008 berikutan mesyuarat antara pihak ketiga-tiga parti di Petaling Jaya tetapi tiada sebarang perjanjian hitam putih mengikat di antara PAS, PKR dan DAP

Kehadiran Anwar Ibrahim telah membawanya sekali pluralisme, Anwar bawa masuk Kemerdekaan Seksuliti, Anwar berbicara tentang hak LGBT, dan yang paling merujakan PAS Anwar menyelesaikan segala permasalahan Hudud PAS selama 20 tahun dengan buang kesemuanya kedalam tong sampah. Senang cerita lepas itu pakat-pakat kalih cerita salahkan UMNO ulang balik surat Tun Dr Mahathir kepada Nik Aziz. Bukan apa PAS takut juga akar umbinya mengamuk...

Semua ini dilakukan Anwar bagi menggembirakan DAP dan terang-terang PAS kaldainya. Jadi PAS tidak perlu bingung lagi cuma gugurkan sahaja Konsep Negara Islam kerana PAS telah mendapat kajian terbaru bahasanya Negara Islam tiada dalam Al'Quran dan digantikan dengan Negara berkebajikan. Kemudian Haji Hadi tampil dengan Hudud bukan agenda utama sebagai menyokong usul Anwar Ibrahim yang mengatakan tiada tempat untuk Hudud dalam polisi Pakatan Rakyat.
“kita menghormati hak (Pas) untuk menyuarakan dan mengambil inisiatif (melaksanakan hudud) tetap pendirian kami adalah jelas, tanpa ragu ragu, sekarang (hudud) bukan merupakan dasar Pakatan Rakyat (Pakatan Pembangkang) dan Penentangan DAP boleh dihormati dan diambik kira,” Anwar Ibrahim.
Ini semua kena buat bagi mengjaga kesucian ketuanan DAP. PAS akur tetapi terpaksa juga mengjadi talam dua muka dengan mengatakan kepada Akar Umbi PAS dan masyarakat Islam yang kononnya PAS akan melaksanakan Hudud. Sebab itulah siri perperangan antara Karpal Singh berlajutan berkali-kali angkara terlepas cakap pemimpin PAS. Contohnya Nasrudin Tantawi yang berbohong dalam pendepatan dengan Fathul Bari mengatakan Karpal Singh telah terima Hudud. Jadilah peperangan mulut sekejap.

Inilah sebab PAS terpaksa mengjadi sebelah muka talam lagi! Iaitu dalam Pakatan rakyat Hudud bukan agenda. itulah siri talam dua muka yang berlanjutan sementara menunggu kehadiran PRU13.

Bukan setakat itu PAS bermain talam, PAS juga terpaksa akur dengan kenyataan Nurul Izzah mempertahankan Hak Melayu Murtad. Usaha Izzah benar-benar mendapat tepukan gemuruh digereja dan yang menggembirakan boleh mendapat undi bukan islam di Sabah dan Sarawak, yang kedua-dua negeri ini mampu memberi perluang cerah menduduki Putrajaya. 

PAS dengan gula-gula nikmat Putrajaya PAS seronok sesangat dan terlupa sudah cerita hendak melaksanakan hudud yang segala kajiannya dicedok dari sebuah buku ‘Undang-undang Islam, Jenayah dan Hudud” tampa kebenaran pengarangnya.


Kesimpulannya Sejarah Keterujaan PAS Terhadap Kehebatan Era Anwar Ibrahim benar-benar menggembirakan PAS kerana masalah mereka selama 20 tahun untuk membuktikan kemampuan melaksana Hudud. 

Dapat diselesaikan sekelip mata dengan kehadiran Anwar Ibrahim iaitu buang dalam tong sampah dan duduk diam-diam! Sentiasa anguk-anguk apa sahaja yang Anwar Anak beranak buat dan tunggu kot-kot dapat merasa nikmat Putrajaya. Tamat...

Note.. Sampai kematilah puak-puak melayu taksud PAS, kena kelentong hidup-hidup selama 23 tahun dengan putar belit PAS. Takpa Nik Aziz sukakan. Pecah Palak Mikir 

Sunday 11 November 2012

Jangan Nurul Izzah Terkejut Rakyat Bangkit Pertahankan Utusan Malaysia

Bukan setakat peguam-peguam akan bergabung untuk mempertahankan Utusan Malaysia. malah masyarakat islam juga akan bangkit! harus bangkit mempertahankan Utusan Malaysia dari di saman mahupun dihina dari Anwar anak beranak dan pengikut membabi-buta melulu ikut tampa sedar yang mereka sedang mempolitikan akidah diri sendiri!

Biar mereka terkejut dan Jangan Nurul Izzah Terkejut Rakyat Bangkit Pertahankan Utusan Malaysia gelombang ini bakal merebak dengan cepat doseluruh negara!


KUALA LUMPUR 9 Nov. - "Saya hendak beritahu kepada Nurul Izzah dan bapanya, Anwar Ibrahim, mereka akan terkejut bila mereka melihat siapa peguam-peguam kanan yang akan mewakili Utusan Malaysia."

Kenyataan tersebut diberikan Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Zulkifli Noordin sebagai respons terhadap tindakan Nurul Izzah yang merupakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu menyaman Utusan Malaysia.

Semalam, Nurul Izzah, menerusi notis yang dikeluarkan peguam bela dan peguam cara Mohamed Hanipa & Associates, menuntut Utusan Malaysia memohon maaf dalam masa 48 jam berhubung penyiaran artikel berkenaan isu kebebasan beragama dalam kalangan orang Melayu yang disifatkan beliau sebagai fitnah.

Menurut Zulkifli yang juga Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, akhbar Utusan Malaysia hanya menyiarkan semula artikel laporan portal propembangkang Malaysiakini dan jawapan yang diberikan Nurul Izzah itu bermaksud mewajarkan orang Melayu diberi hak kebebasan beragama.

"Hadirin semua faham maksud jawapan itu dan diberikan tepukan gemuruh kepada Nurul Izzah, kenyataan itu tidak boleh disangkal lagi, sepatutnya Nurul Izzah memohon maaf di atas kenyataannya tetapi dia memilih untuk melawan khususnya Utusan Malaysia.

"Saya sudah berbincang dengan beberapa peguam-peguam kanan dan mereka bersedia membela Utusan Malaysia dalam isu ini bagi membela agama dan akidah Islam Melayu," katanya yang akan turut mewakili Utusan Malaysia dalam kes itu tanpa mengambil bayaran sesen pun.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Forum Kebebasan Bertukar Agama dari Sudut Islam dan Perlembagaan Persekutuan di Dewan Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru malam tadi.

Nurul Izzah dalam kenyataannya seperti dipetik dari portal berita itu berkata: "Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama.. mengapa sesetengah pihak berasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata,".

Beliau mengeluarkan kenyataan itu ketika menjadi salah seorang ahli panel Forum Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab bagi menjawab pertanyaan peserta iaitu sama ada orang Melayu perlu diberikan kebebasan beragama seperti bukan Melayu anjuran Gereja Full Gospel Tabernacle di Subang Jaya, dekat sini Sabtu lalu.

Sementara itu, ketika berucap sebagai menjadi ahli forum berkenaan, Zulkifli mendedahkan bahawa beberapa pihak termasuk Nurul Izzah sedang mengumpulkan dana dan barisan peguam untuk meranapkan Utusan Malaysia kerana akhbar tersebut merupakan satu-satunya suara media yang mempertahankan agama Islam dan orang Melayu.

"Saya ucapkan tahniah kepada Utusan, satu media yang berani mendedahkan isu ini, sumbangan Utusan ini bukan melariskan jualan suratkhabar, dia kena maki hamun, dia kena caci tetapi Utusan tetap berdiri mempertahankan agama Islam dan bangsa.

"Saya hendak beritahu Nurul Izzah dan kumpulannya, bila kamu berperang dengan Utusan, kamu akan berperang dengan kami," katanya sambil disambut tepukan gemuruh daripada para hadirin.

Artikel Penuh: 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Video Penuh : 'Kebebasan Bertukar Agama' Dari Sudut Islam Dan Perlembaga...

Demi Agama Bangsa Dan Negara mari kita hayati Youtube ini!

Video Penuh : Forum Yang Bertajuk 'Kebebasan Bertukar Agama' Dari Sudut Islam Dan Perlembagaan Persekutuan.Forum yang Dipengerusikan oleh Pensyarah kanan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM),Dr Ridhuan Tee Abdullah membariskan ahli panel Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat),Ustaz Ismail Mina,Presiden ISIS,Dr Yusri Mohamad,Presiden Jalur Tiga (Jati),Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dan Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Yang Juga Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu,Datuk Zulkifli Nordin.Forum Ini Diadakan Di Kelab Sultan Sulaiman,Kampung Baru,Kuala Lumpur

Pakatan Harapan Exco Gaji Mengcecah RM 80k Sebulan


Rupa-rupanya Pakatan Untuk Rakyat hanyalah sebagai kain yang merentang melindungi Pakatan Untuk Exco Gaji Mengcecah RM 80k Sebulan itu belum termasuk elaun-elaun yang lain lagi tu. belum bercampur hasil kiri dan kanan lagi tu!

Fuhh Patutlah setia amat sangat ye!!


Pendapatan bulanan exco negeri Selangor merupakan diantara pendapatan yang termahal di Malaysia selain mendapat pelbagai keistimewaan sampingan yang diberi oleh anak syarikat untuk exco negeri Selangor.Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor,

Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali berkata buat masa kini gaji exco negeri Selangor merupakan gaji yang paling tertinggi di Malaysia bahkan mendapat keistimewaan lain daripada pelbagai sudut.Justeru itu, beliau menegaskan perjuangannya yang ditanam semenjak beliau masuk kedalam PAS adalah lebih baik daripada wang ringgit dan keistimewaan sampingan yang diberikan untuk exco negeri Selangor itu.

Beliau Berkata Demikian Di Majlis wacana 'Mengembalikan PAS ke Landasan Asal'.Wacana Ini Adalah Insiatif individu ahli PAS yang mahu suara rungutan mereka diberikan perhatian.


Dalang Disebalik Suara Nik Aziz



Dunia masyarakat islam di negara ini semakin hari semakin dihujani dengan hujah-hujah mengelirukan masyarakat! semua kerana Matalamat yang menghalalkan cara!

Keinginan membuak-buak untuk mengejar cita-cita ke Putrajaya telah menyebabkan Nik Aziz sengaja mengetepikan kepentingan masyarakat islam di Malaysia. 


Kebangkitan Nasharudin Mat Isa yang menggesa Nurul Izzah menarik balik kenyataan tersebut. Kerana ini satu usaha yang amat mengelirukan masyarakat islam!

Langsung tidak memberi kesan kepada Nik Aziz untuk mengubah pandangannya! Siapakah Dalang Disebalik Suara Nik Aziz ?

Berbalik kepada kenyataan Nurul Izzah Anwar berhubung hak kebebasan beragama di negara ini seolah-olah menggambarkan wujud ‘pakatan besar’ mengikis akidah umat Islam melalui strategi terancang. 

Sepatutnya semua pihak perlu bangkit mempertahankan kesucian Islam di samping mendesak Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bertanggungjawab tanpa cuba mengalih pandangan umum.

Tertapi ini tidak berlaku dan bergitu juga Nik Aziz yang lebih rela menyembunyikan semua pandangan pihak lain termasuk anaknya Nik Abduh yang juga terang-terang mempertikaikan kenyataan nurul izzah. Siapakah Dalang Disebalik Suara Nik Aziz ?

Pada situasi sebenarnya siapakah yang kuat  memperngaruhi  segala keputusan Nik Aziz? 

Situasi dari kenyataan Nurul Izzah sudah tentu memberi kelebihan kepada usaha memancing undi di Sarawak dan Sabah. Sudah tentunya ini amat menggembirakan DAP.

Berpunca dari inikah yang Nik Aziz berasa amat selesa mememdam semua cerita kerana terbayang faedah kenyataan Izzah mampu meraih lebih ramai pengundi dari Sarawak? 

Nik Aziz semakin merelakan diri menghalalkan pemasalahan kekeliruan masyarakat islam, yang mengjadi lebih kronik kerana agama dipergunakan sebagai satu alat untuk mendapatkan sokongan, kuasa politik dan seumpamanya. WAJARKAH KITA BERGINI, sepatutnya kepentingan agama perlu didahulukan melebihi kepentingan politik. Siapakah Dalang Disebalik Suara Nik Aziz sehingga menyebabkan mata Nik Aziz terpejam rapat memperjuangkan kebenaran?


Ada Sarang Ular Sebalik Bendera PAS


Apa sudah jadi dengan PAS apabila akar umbi PAS semakin insaf dengan muhasabah diri mengatakan terlapau banyak kepenincangan di dalam PAS. Kini Akar Umbi PAS Insaf Dan Berani Serang Perosak PAS

Pas bukan sebuah parti yang bermasalah dari segi dasar tubuhnya, sebaliknya pengemudi dalam parti itu sendiri yang menyebabkan ia berada dalam konflik sebagiaman disaksikan sekarang.

Bekas Setiausaha Perhubungan Pas Selangor, Norman Toha berkata, terdapat pemimpin-pemimpin yang sudah lama dalam parti itu yang tidak bercakap seperti dahulu dan memperlihatkan perubahan sikap.

"Pemimpin-pemimpin ini sudah tidak boleh ditegur, mementingkan kuasa dan sudah mengetepikan agama demi survival politik sendiri.

"Malah, apa yang berlaku sekarang, pemimpin baru yang ada dalam Pas juga tidak faham matlamat penubuhan Pas sebagai Harakahtul Islamiah dan hanya memandang Pas sebagai sebuah parti politik semata-mata," kata beliau yang bertindak sebagai ahli panel Wacana Mengembalikan Pas ke Landasan Asal di sini, hari ini.

Beliau turut mendakwa kebanyakan pemimpin ini hanya ingin merebut kuasa semata-mata.

Sehubungan itu beliau mengingatkan pemimpin-pemimpin Pas agar kembali kepada landasan Harakahtul Islamiah.

"Perjuangan Harakahtul Islamiah bukan hanya wadah perjuangan untuk ahli Pas semata-mata, malahan juga untuk mereka yang perjuangkan Islam.

"Kalaupun ada agenda politik mestilah tertakluk kepada Islam. Politik tidak boleh atasi agama Islam tetapi perlu ikut agenda dakwah dan Harakahtul Islamiah," jelas beliau lagi.

Sehubungan itu, beliau menyarankan kepimpinan Pas perlu menyaring pemimpin-pemimpin baru Pas supaya mempunyai standard sebelum diambil menjadi pemimpin.

Katanya, calon-calon pemimpin perlu mempunyai ilmu, tarbiah, komitmen yang tidak berbelah bahagi dan perlu taksub pada Islam serta Rasul; bukannya taksub pada manusia. Sumber

Isu Terkini

get this widget here