Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Tuesday 13 November 2012

Sejarah Keterujaan PAS Terhadap Kehebatan Era Anwar Ibrahim

Penah anda terlintas akan kehebatan Anwar Ibrahim mengjadi jentolak berkuasa diesel, bergerak pantas menyelesaikan segala kebingungan PAS selama 20 tahun. Inilah Sejarah Keterujaan PAS Terhadap Kehebatan Era Anwar Ibrahim yang amat berjasa sekali dan kini mengjadi satu pegangan yang kuat didalam PAS.

Sejarah kebingungan PAS bermula pada tahun 1990 dimana PAS terlebih yakin dengan kemampuan mengdraf undang-undang hudud untuk dilaksanakan di mahkamah syariah di negeri jajahan masing-masing.Ketika itu, PAS Kelantan telah membuat dua set draf hudud di mana yang pertamanya telah ditolak oleh Kerajaan Pusat (BN) kerana setelah dikaji, ia didapati tidak adil. 

Dari segi niat pada masa itu memanglah nampak terlampau bersemangat untuk melaksanakan hukum Hudud. Kemudiannya perjalan hudud terus meniti sejarahnya sendiri yang dilakarkan oleh PAS. Mari kita ikuti siri PAS mengadakan sidang rundingan untuk melaksanakan Hudud.

5 April 1993 - Mesyuarat Lajnah Politik dan Pilihanraya PAS Kelantan telah memutuskan bahawa Hukum Hudud tidak akan diwartakan.

25 November 1993 - Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan Hukum Hudud namun masih belum diwartakan.

9 Oktober 1994 - Lajnah Undang-undang dan Guaman PAS Pusat telah memutuskan Hukum Hudud adakah satu undang-undang yang sah dan boleh dikuatkuasakan dan tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

3 Oktober 1996 - Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Wan Abdul Mutalib Embong pertikai mengapa kerajaan Kelantan tidak bersungguh-sunguh mahu melaksanakan khususnya dalam bidang perundangan.

3 Oktober 1996 - Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Wan Abdul Mutalib Embong pertikai mengapa kerajaan Kelantan tidak pernah membuat permintaan kepada PAS Pusat untuk mendapatkan pandangan dalam Hukum Hudud.

3 Oktober 1996 - Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Wan Abdul Mutalib Embong pertikai mengapa kerajaan Kelantan tidak pernah mengemukakan rangka atau 'blue print' ke arah perlaksanaan syariat.

18 April 1998 - Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Wan Abdul Mutalib Embong persoal mengapa kerajaan Kelantan belum melaksanakan Hukum Hudud sedangkan mampu dan berkuasa melaksanakannya.

20 November 1998. Kenyataan NIk Aziz di Harakah “PM ugut jika laksana hudud” “Pemerintah yang tidak melaksanakan hukum tersebut selepas diberikan kuasa adalah berat dosanya yakni kedua selepas kafir”.

Dalam kes hudud kononnya PAS sudah selesai tugasnya tetapi Perdana Menterilah yang berdosa berat kerana menahan perlaksanaannya. Mengapakah YAB. Datuk Nik Ab. Aziz tidak membaca salinan surat Perdana Menteri yang dihantarkan kepadanya untuk ditafsirkan bersama oleh anggota dewan ?

Kita patah balik kepada Harakah 15 Jun 1998 yang mana Surat Tun Dr Mahathir kepada Nik Aziz ada disarkan sepenuhnya di dalam Harakah.

“Kerajaan Malaysia yang sentiasa mempertahankan ajaran-ajaran Islam tidak membenarkan kerajaan PAS menjalankan sesuatu yang bercanggah dengan prinsip keadilan yang ditentukan oleh Islam. Jika PAS cuba untuk menguatkuasakan undang-undang ini yang jelas sudah bercanggah dengan prinsip prinsip keadilan dalam Islam, maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap Kerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam”. Selepas Ustaz Nashrudddin membaca surat tersebut, ia segera disambut dengan laungan takbir berkali-kali.

Pendekatan Tun Dr mahathir berdasarkan kebercanggahan EKJS(II) 1993 itu. Pertama fasal 56 “Hanya terpakai ke atas umat Islam sahaja”; sedangkan hudud Allah tidak mengira bangsa dan agama semuanya kena belaka terutama dalam kes-kes mencuri, merompak dan menderhaka. Manakala fasal 68 pula mengenai “Syarat perlantikan hakim langsung tidak diperuntukkan seperti kehendak hudud Allah iaitu ada 15 syarat”. Syarat mesti Islam dan mesti lelaki pun tidak diambilnya. anda rujuk sini untuk isi surat penuh.

Perbandingan kebercanggahan itu boleh dirujuk kepada hudud yang PAS siarkan dalam Harakah 10 April 1992 hingga 01 Mei 1992 (Tujuh siri) sempena pilihanraya kecil DUN Bukit Payung, Marang, Terengganu (Penamaan calion 11.04.1992). Setetah diteliti hudud siaran Harakah itu rupanya dicedok terus daripada sebuah buku ‘Undang-undang Islam, Jenayah dan Hudud” keluaran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan yang disemak oleh Sahibus Samahah muftinya Datuk Haji Hasbullah bin Mohd. Hassan bertarikh 01 Oktober 1991.

Rupa-rupa semuanya idea copy and paste tampa kebenaran dari penulis Tuan Guru Haji Mohd. Noor Ab Majid, Selising, Pasir Puteh, Kelantan. 

Persoalannya kalau PAS yakin Hudud PAS tidak bercanggah kenapa tidak dibentangkan di Parlimen, sedangkan PAS penah siarkan di Harakah pada 28 Februari 1997 “Hudud akan dibawa ke parlimen ?”. Tetapi sampai sekarang tidak penah dibawa.

Itu berlaku sebelum era peranan Anwar Ibrahim sebagai ketua Pembangkang Imbas kembali dalam tahun 1999, Anwar telah dijatuhi hukuman penjara selama enam tahun kerana didapati bersalah di atas kesalahan penyalahgunaan kuasa. Pada tahun 2000, iaitu selama sembilan tahun kerana didakwa melakukan kesalahan di luar tabii. Walau bagaimanapun, pada tahun 2004 Anwar dibebaskan. Anwar terpaksa berputih mata berpuasa dari bertanding dalam Pilihanraya selama 4 tahun. Tetapi peranan Anwar cuba menjalinkan kekuatan dari perkongsian tiga parti mewakili PKR, DAP dan PAS.

Kemudian diikuti Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 merupakan pilihan raya umum yang ke-12 diadakan di Malaysia pada hari Sabtu,8 Mac 2008. Gabungan tidak formal PKR-PAS-DAP yang membentuk Barisan Rakyat berjaya memenangi 82 daripada 222 kerusi dalam Parlimen, dan berjaya menafikan majoriti dua per tiga kerusi yang dipegang Barisan Nasional sejak kemerdekaan. Pakatan ini juga berjaya membentuk kerajaan negeri di Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Perak (sehingga Januari 2009) dan Selangor. Wan Azizah juga memenangi Pematang Pauh dan memegang jawatan Ketua Pembangkang.

Pada 26 Ogos 2008, Anwar telah berjaya memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh atas kerelaan Wan Azizah meletak jawatan demi memberi ruang Anwar bertanding. Dari sinilah bermulanya Sejarah Keterujaan PAS Terhadap Kehebatan Era Anwar Ibrahim. Perlu diinggat juga Pembentukan Pakatan Rakyat diumumkan pada 1 April 2008 berikutan mesyuarat antara pihak ketiga-tiga parti di Petaling Jaya tetapi tiada sebarang perjanjian hitam putih mengikat di antara PAS, PKR dan DAP

Kehadiran Anwar Ibrahim telah membawanya sekali pluralisme, Anwar bawa masuk Kemerdekaan Seksuliti, Anwar berbicara tentang hak LGBT, dan yang paling merujakan PAS Anwar menyelesaikan segala permasalahan Hudud PAS selama 20 tahun dengan buang kesemuanya kedalam tong sampah. Senang cerita lepas itu pakat-pakat kalih cerita salahkan UMNO ulang balik surat Tun Dr Mahathir kepada Nik Aziz. Bukan apa PAS takut juga akar umbinya mengamuk...

Semua ini dilakukan Anwar bagi menggembirakan DAP dan terang-terang PAS kaldainya. Jadi PAS tidak perlu bingung lagi cuma gugurkan sahaja Konsep Negara Islam kerana PAS telah mendapat kajian terbaru bahasanya Negara Islam tiada dalam Al'Quran dan digantikan dengan Negara berkebajikan. Kemudian Haji Hadi tampil dengan Hudud bukan agenda utama sebagai menyokong usul Anwar Ibrahim yang mengatakan tiada tempat untuk Hudud dalam polisi Pakatan Rakyat.
“kita menghormati hak (Pas) untuk menyuarakan dan mengambil inisiatif (melaksanakan hudud) tetap pendirian kami adalah jelas, tanpa ragu ragu, sekarang (hudud) bukan merupakan dasar Pakatan Rakyat (Pakatan Pembangkang) dan Penentangan DAP boleh dihormati dan diambik kira,” Anwar Ibrahim.
Ini semua kena buat bagi mengjaga kesucian ketuanan DAP. PAS akur tetapi terpaksa juga mengjadi talam dua muka dengan mengatakan kepada Akar Umbi PAS dan masyarakat Islam yang kononnya PAS akan melaksanakan Hudud. Sebab itulah siri perperangan antara Karpal Singh berlajutan berkali-kali angkara terlepas cakap pemimpin PAS. Contohnya Nasrudin Tantawi yang berbohong dalam pendepatan dengan Fathul Bari mengatakan Karpal Singh telah terima Hudud. Jadilah peperangan mulut sekejap.

Inilah sebab PAS terpaksa mengjadi sebelah muka talam lagi! Iaitu dalam Pakatan rakyat Hudud bukan agenda. itulah siri talam dua muka yang berlanjutan sementara menunggu kehadiran PRU13.

Bukan setakat itu PAS bermain talam, PAS juga terpaksa akur dengan kenyataan Nurul Izzah mempertahankan Hak Melayu Murtad. Usaha Izzah benar-benar mendapat tepukan gemuruh digereja dan yang menggembirakan boleh mendapat undi bukan islam di Sabah dan Sarawak, yang kedua-dua negeri ini mampu memberi perluang cerah menduduki Putrajaya. 

PAS dengan gula-gula nikmat Putrajaya PAS seronok sesangat dan terlupa sudah cerita hendak melaksanakan hudud yang segala kajiannya dicedok dari sebuah buku ‘Undang-undang Islam, Jenayah dan Hudud” tampa kebenaran pengarangnya.


Kesimpulannya Sejarah Keterujaan PAS Terhadap Kehebatan Era Anwar Ibrahim benar-benar menggembirakan PAS kerana masalah mereka selama 20 tahun untuk membuktikan kemampuan melaksana Hudud. 

Dapat diselesaikan sekelip mata dengan kehadiran Anwar Ibrahim iaitu buang dalam tong sampah dan duduk diam-diam! Sentiasa anguk-anguk apa sahaja yang Anwar Anak beranak buat dan tunggu kot-kot dapat merasa nikmat Putrajaya. Tamat...

Note.. Sampai kematilah puak-puak melayu taksud PAS, kena kelentong hidup-hidup selama 23 tahun dengan putar belit PAS. Takpa Nik Aziz sukakan. Pecah Palak Mikir 

No comments:

Isu Terkini

get this widget here