Ramai yang masih belum tahu kisah sebenar disebalik Hudud Kelantan yang sering dipolitikkan oleh puak-puak Pakatan Rakyat terutama PAS. Adalah baiknya kita imbas kembali sejarahnya untuk menilai apa yang sedang dipolitikkan oleh PAS.
Selesai tiga tahun mengambil alih pemerintahan Kelantan iaitu pada tahun 1993, Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu kepada rakyat bahawa kerajaannya akan menunaikan janji manifestonya iaitu melaksanakan hukum hudud di Kelantan.
Selesai tiga tahun mengambil alih pemerintahan Kelantan iaitu pada tahun 1993, Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu kepada rakyat bahawa kerajaannya akan menunaikan janji manifestonya iaitu melaksanakan hukum hudud di Kelantan.
Rang Undang-Undang Jenayah Syariah II Kelantan itu kemudian dibahaskan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri selama beberapa hari dan mendapat persetujuan lebih 1/3 ahli dewan.
Rang undang-undang itu kemudian dibawa mengadap Sultan Kelantan untuk diperkenan dan ditandatangani. Dengan sedikit penerangan dan ceramah mengenai hukum hakam Islam iaitu hudud terkandung sebanyak 0.001 peratus dari keseluruhan syariah, lalu bersetujulah baginda Sultan Ismail Petra dan terus menurunkan tanda tangan.
Selama setahun hudud Pas diluluskan, iaitu dari tahun 1993 sehingga akhir tahun 1994, Nik Aziz Nik Mat dan wakil-wakil rakyat Pas Kelantan membuat ceramah ke seluruh negeri untuk menyatakan bahawa hukum hudud Pas perlu dilaksanakan.
Bagaimanapun, katanya Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad tidak bersetuju dan dengan itu keluarlah fatwa Nik Aziz menuduh orang Umno kafir kerana menolak ?hukum Allah?.

?Dia nak buat hudud, buatlah di Kelantan. Kenapa perlu laksanakan sehingga ke negeri lain. Saya sendiri nak tengok bagaimana Nik Aziz potong tangan pencuri, sebat penzina dan merejam perogol,? kata Dr Mahathir pada tahun 1994.

Selepas berbincang sesama mereka, Nik Aziz mengeluarkan kenyataan, Kelantan akan tetap melaksanakan hudud kerana sudah mendapat perkenan Sultan Kelantan selaku ketua agama di Kelantan.
Dr Mahathir kata, okey... teruskan. Kita nak tengok...
Kemudian pada 31 Januari 1995, berlakulah persitiwa mengemparkan di Kelantan iaitu Ahli Parlimen Nilam Puri (sekarang Parlimen Peringat) Mohamad Sabu di tangkap berkhalwat dengan seorang suri rumah yang juga isteri kawan baiknya di bilik 121, Hotel Perdana, Kota Bharu.

Kedua-duanya sedang berada di atas katil. Mohamad Sabu menyandar dikepala katil, manakala Norma di kaki katil. Ditangan Norma ada sebotol kecil ubat seperti makjun. Bagaimanapun, Norma kata ubat itu ubat buasir.
Mengikut hudud Pas Kelantan, jika ditangkap kerana melakukan khalwat, pasangan itu boleh disebat sebanyak 80 kali sebatan. Ia sudah termaktub dan tiada maaf bagi mu.

Selepas empat tahun berlalu, beranggapan bahawa rakyat sudah lupa dengan kes khalwat Mohamad Sabu, maka Pas membangkitkan semula hukum hudud untuk memancing undi kerana tidak lama lagi ada pilihan raya (November 1999).
Rupa-rupanya, Umno dan rakyat Kelantan tidak pernah lupa walaupun empat tahun berlaku. Sebaik saja Pas menyebut perkataan hudud, maka rakyat bertanyakan Nik Aziz kenapa hudud tidak dilaksanakan ketika Mohamad Sabu ditangkap khalwat.
Maknanya, Nik Aziz telah mempermainkan agama Islam. Apabila penjenayah adalah di kalangan pemimpin Pas, Nik Aziz tidak mahu melaksanakan hududnya.
1 comment:
ALLAH nak tunjuk kepada kita semua tentang KEBENARAN dan PEMBOHONGAN.hanya ALLAH saja yang mengetahui akan segalanya.ALLAH HURABBI.
Post a Comment