Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Monday 1 August 2016

#SCS14 #PadanMuka Azmin PKR balas Dendam keangkuhan @CmLimGuanEng #Lim2GoneEnd

Selama ini keangkuhan @CmLimGuanEng cukup tinggi hingga tidak mempedulikan Lawan, Kawan, pengundi mahupun sesiapa sahaja kerana dia cukup angkuh sering menindas dan memperdayakan orang lain demi kepentingannya.

Tetapi manusia yang sombong macam Lim Guan Eng tidak pernah terfikir yang roda itu berpusing, berputar. Ada masa dia di atas dan ada masa dia di bawah.

Ini Yang berlaku kepada Lim Guan Eng sering membangunkan kekuatan DAP melalui memperalatkan PAS dan bila sudah tidak berguna dia menendang keluar PAS dan digantikan dengan PAN.

Bergitu juga dengan PKR, berbaik dengan PKR bukan kerana simpati kepada Anwar atau demi rakyat. Kita telah dipertontonkan bagaimana DAP menindas PKR di PRN Sarawak, kita juga melihat bagaimana Anwar disisihkan bila Tun Dr Mahathir muncul dalam deklarasi Rakyat.

Tidak mustahil situsi TDM juga sama dipergunakan oleh DAP seperti mana PAS dan PKR termasuk PAN yang sekarang sedang kenyang kerana sekali sokong sekali masyuk.

Sekarang situasi berbeza Lim Guan Eng di muka Pintu Penjara. Semua dalam Pakatan Harapan sedar Lim Guan Eng tidak mampu diselamatkan lagi walaupun mereka mereka menafikan yang Lim Guan Eng bersalah.

Hakikatnya dalam hati mereka percaya raasuah itu berlaku kerana 
1- Ada bukti imbal balas Banglo murah, 
2- Ada bukti tanah Taman Manggis Tergadai 
3- Ada bukti status tanah ditukar dengan menyalah gunakan kuasa CM
4- Ada bukti krono tersebut untung atas angin RM59 juta
5- Ada banyak dokumen sahih dari sumber sah yang berkaitan isu ini

Ini menyebabkan Lim Guan Eng didakwa atas 2 pertuduhan rasuah. Sekarang PKR sedar dan masa untuk PKR membalas dendam.

Reputasi Lim Guan Eng sekarang sudah hancur, sudah tiba masanya Legasi LIM disingkirkan kerana ramai lagi mahu kaya dalam DAP.

PKR sekarang mengenakan syarat beri 2 kerusi DAP di Penang baru bincang. Lim Guan Eng telah diasak antara menurut kehendak PKR atau dipersalahkan kerana memperdagangkan DAP demi kepentingan peribadi sampai sanggup menggadaikan kerusi DAP.

Sekarang Lim Guan Eng nampak kebongkakannya telah dibalas satu persatu menuju #Lim2GoneEnd





No comments:

Isu Terkini

get this widget here