Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Saturday 24 August 2013

MUSLIHAT HAK SAMA RATA DAP YANG SEBENAR

Hah DAP memang bijak-bijak dan berani. Tetapi dalam sekuat-kuat DAP punya keras kepala masih juga terpaksa tunduk dengan ROS. Tetapi isu yang lapuk dan DAP tidak terang-terang menjadi parti penuh dengan helah dalam survival kroni ligasi mengatasi dasar yang tulus.


Sebab itulah mereka boleh berjanji hak yang sama rata kepada semua pihak tertapi hakikatnya hak mereka akan melebihi dari orang kain kerana DAP atau orang cina palibg tinggi menguasai ekonomi dan sekarang mereka berhajat menguasai politik pula.


SHAH ALAM: Anak bekas Naib Pengerusi DAP, Allahyarham Ahmad Nor - Amran, kecewa dengan keputusan parti itu yang tidak membenarkan calon baru bertanding dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada 29 September ini.

Beliau yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan itu sebelum ini berkata, kekecewaannya bukan sekadar untuk diri sendiri tetapi lebih kepada kemampuan DAP untuk menarik sokongan rakyat berbangsa Melayu dalam mendepani suasana politik negara.

"Agak malang apabila DAP tidak mengambil peluang kali ini untuk menambah anggota CEC berbangsa Melayu dengan tidak mahu mengenengahkan calon Melayu yang baru setelah ahli-ahlinya menolak calon-calon Melayu yang bertanding dalam konvensyen terdahulu.

"Saya berpendapat DAP kian berada dalam kedudukan goyah jika secara berterusan bergantung kepada undi masyarakat Cina sahaja kerana desas-desus makin kuat mengenai kedudukan komponen parti dalam Pakatan Rakyat kian tergugat," katanya ketika dihubungi Antarapos di sini.

Menurut Amran, walaupun memahami keputusan DAP untuk mengadakan pemilihan semula itu dalam keadaan 'keterpaksaan', DAP sepatutnya mengambil peluang untuk mengukuhkan kedudukan parti dengan mencalonkan lebih ramai ahli-ahli Melayu ke CEC berbanding lapan orang sebelum ini.

Justeru, katanya, berdasarkan rend keputusan sebelum ini yang menyaksikan semua lapan pemimpin DAP Melayu tersingkir mengikut pengiraan undi pada 16 Disember 2012 sebelum berlakunya pengiraan semula, pihaknya menjangkakan ahli-ahli DAP akan memberikan keputusan yang 'serupa' pada 29 September akan datang.

Semalam, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengumumkan senarai nama calon dan delegasi bagi pemilihan semula itu mengikut senarai yang sama digunakan pada Kongres Nasional 2012 yang lalu.

Malah, katanya, 17 delegasi yang telah digugurkan parti selepas Kongres Nasional 2012 juga disahkan boleh mengikuti pemilihan semula itu, jika mereka mahu berbuat demikian.

"Calon-calon bagi CEC yang baru ini akan menggunapakai senarai nama yang sama sepertimana yang kita tetapkan pada 2012 yang lalu.

"Ini berikutan tidak timbul sebarang kontroversi atau masalah berhubung senarai calon-calon berkenaan, sebab ROS hanya arahkan kita lakukan pemilihan CEC yang baru," jelas Lim.

DAP pada 14 Ogos lalu terpaksa akur dengan keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk mengadakan pemilihan semula CEC setelah mendapat tekanan dari pelbagai pihak, termasuk ahli akar umbi dan pemimpin parti itu.

Menurut pengerusinya, Karpal Singh, keputusan itu diambil sebagai cara akhir menyelamatkan parti itu dari dibatalkan pendaftaran.

Terdahulu, ROS pada 30 Julai lalu telah mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula CEC selepas mereka tidak berpuas hati dengan penjelasan DAP, selain desakan dari ahli-ahlinya yang mendakwa wujud penyelewengan dan manipulasi ketika proses pengundian.

Lebih 700 ahli dipinggirkan daripada pemilihan yang berlangsung pada Disember lalu sekali gus melanggar peraturan parti. sumber

Friday 23 August 2013

Bantahan Konsert Metallica V's Himpunan Selamatkan Khalimah Allah



Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam mengecam PAS kerana tidak bersama mereka dalam isu kalimah Allah, walaupun mahkamah hari ini memutuskan kemenangan kerajaan dalam kes rayuan kalimah "Allah".

Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan Gereja Katolik untuk mengenepikan rayuan Putrajaya bagi mengubah keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan akhbar mingguan Herald menggunakan perkataan Arab “Allah” sebagai terjemahan bahasa Melayu kepada “God”.

"Kita tidak mahulah pihak yang kononnya memperjuangkan Islam sibuk berdemonstrasi di konsert Metallica tetapi tidak pula menyatakan sokongan kepada isu kalimah Allah ini.

"Malah ada juga yang mengatakan isu kalimah Allah ini tidak sebesar isu di Mesir, bagi Perkasa kenyataan tersebut adalah tidak bertanggungjawab," bidas Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali tentang langkah Dewan Pemuda PAS yang berkumpul di konsert Metallica semalam bagi menyatakan bantahan mereka.

Dalam pada itu, Syed Hassan menyatakan rasa syukurnya atas kemenangan hari ini serta berharap kemenangan sama dapat diperoleh dalam perbicaraan sebenar pada 10 September ini.

"Perkasa bersyukur dengan keputusan yan diumumkan hari ini dan kita harapkan kemenangan ini akan juga dicapai dalam sebutan kes rayuan pada 10 September ini.

"Selain itu, Perkasa juga menggesa semua umat Islam tanpa kira fahaman politik untuk bersatu dalam isu kalimah Allah ini," kata yang ditemui di Mahkamah Rayuan hari ini.

Syed Hassan bagaimanapun membidas pihak gereja yang mengheret kemelut isu kalimah Allah ke mahkamah, serta menyatakan pendirian kalimah Allah hanya ekslusif untuk penganut Muslim.

"Bagi Perkasa, isu ini tidak sepatutnya dibawa ke mahkamah kerana kita mengiktiraf kalimah Allah adalah ekslusif untuk umat Islam.

"Namun, atas dasar demokrasi kita perlu berhadapan dengannya juga," tegas Syed Hassan.

Dalam pada itu, Syed Hassan membidas PAS kerana bersikap tidak mengendahkan tentang isu kalimah Allah tetapi lebih mementingkan isu yang tidak mempunyai kaitan dengan Malaysia.

Bagaimanapun, Presiden Jati Datuk Dr Hasan Ali berkata umat Islam tidak boleh terlalu bergembira dengan kemenangan yang diperoleh hari ini kerana perbicaraan pada 10 September adalah lebih penting.

"Kita menerima keputusan yang diumumkan hari ini tetapi pada masa sama tidak boleh terlalu gembira kerana keputusan penuh adalah pada 10 September nanti.

"10 September adalah penentu dan saya berharap semua pihak dapat bersatu dalam isu kalimah Allah ini," kata Hasan.

Selain itu, Pengerusi Gabungan NGO Persatuan Pembela Muslim (Pembela) Dr Yusri Mohamad juga berharap kemenangan pada kes sebenar akan memihak kepada umat Islam seperti hari ini.

"Saya harap semasa kes sebenar kita akan memperoleh kemenangan," katanya lagi.

Terdahulu, kumpulan NGO tersebut telah berkumpul seawal 8 pagi bagi menyatakan sokongan kepada peguam yang hadir mewakili kerajaan dalam kes rayuan hari ini.

Kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi bertarikh 31 Disember 2009, yang membenarkan semakan kehakiman Gereja Katolik berkenaan bagi menarik balik larangan KDN berhubung penggunaan kalimah Allah dalam Herald untuk merujuk kepada Tuhan Kristian. - 22 Ogos, 2013.

Thursday 22 August 2013

Budaya Gobi 04 Bukan Suatu Yang Baru

Polis menjanjikan tindakan tegas terhadap ahli-ahli kumpulan, ekoran kejadian dinding di ibu pejabat polis di sini yang dirosakkan dengan grafiti simbol Geng 04.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk A.Thaiveegan berkata polis tidak akan takut dengan tindakan itu, yang dilabelkan sebagai "kurang ajar".

"Saya tidak fikir (grafitti) itu bertujuan mengancam. Ia hanya dilakukan oleh 'sampah masyarakat' yang tidak menghormati undang-undang. 

"Jika itu adalah satu cabaran, itu bukan cara untuk melakukannya.

"Datang bertemu dengan Ketua Polis Daerah, dan kata 'Saya dari (kumpulan) 04. Jika mereka berani, marilah," kata Thaiveegan dalam sidang akhbar, Rabu.

Itulah mereka bergitu berani malah semakin menjadi satu budaya di negara ini untuk bersikap sedemikian. Sejak bila yeee budaya ini? Jika kita renungi perangai macam ini kerap dari gejala siri Bersih ye tak... Ish Ish baguslah kepada sesiapa yang kerap mendidik rakyat jadi macamni.

Ekonomi Selangor Penang Yang Paling Cemerlang Gemilang Terbilang

Selangor negeri yang paling terkaya semenjak zaman pemerintahan BN. Kini Khalib Ibrahim boleh berbangga dengan sekembang-kembang lubang hidung dan sudah pasti boleh berkongsi dengan Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang.

Sebenarnya Selangor mahupun Pulang Pinang amat berjaya sama sekali dengan usaha titik peluh punaisihat Anwar Ibrahim. Kemasukan pelabur amat memberangsangkan hilang sehingga tahap paling kritikal tapi ada siapa kisah? Yang penting bahana rakyat yang tanggung dan Ketua Menteri mahupun Menteti Besar boleh terus goyang kaki sambil memikirkan bagaimana UNTUK PERTAHAN KUASA YANG ADA DENGAN MENGEKALKAN ATAU MENAMBAH KOS MISI MENAWAN MALAYSIA.

Oleh itu rakyat terutama yang menyokong Pakatan Rakyat harus bersabar, biar perit asal mereka bergaya!!!


Wednesday 21 August 2013

Video Gerakan Sulit Hapuskan Kuasa Sultan Pada 2030

Satu gerakan sulit yang terdiri dari golongan orang Melayu sendiri sedang berusaha keras menjalankan perancangan sulit untuk menghapuskan kuasa-kuasa sultan menjelang 2030. Gerakan ini telah memaparkan rakaman di Youtube dan bertindak melampaui batas.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah tampil membuat laporan polis berhubung sebuah video di laman sosial Youtube yang ingin menghapuskan kuasa Raja-Raja Melayu menjelang tahun 2030. Kenapa orang kita sendiri bergitu terdesak hingga tahap bergini?

DAP Sedia Memerintah Dengan Saksama


DAP tidak akan sesekali meminggirkan mana-mana kaum di negara ini walaupun terdapat pihak tertentu mendakwa parti itu mengamalkan sentimen perkauman yang menebal dengan hanya membela kaum Cina.

Memang sedap mendengar ucapan manis DAP cuma dalam pemilihan CEC tidak pulalah dipraktikan amalan ini. Jika datang musim mengundi mulalah kaedah membodek orang melayu supaya setia memilih orang DAP. 

DAP jenis cepat melenting bila ada sikap sesetengah ahli parti politik yang melabel parti itu sebagai anti Islam Kononnya itu adalah satu bentuk tuduhan melampau kerana hanya mengundang rasa marah rakyat terhadap DAP yang selama ini juga membela nasib semua kaum. Tetapi hakikatnya DAP sememangnya bergitu sering berpura-pura sementara belum beroleh kuasa. 

Kita boleh lihat bagaimana DAP membeza-bezakan warga cina dan melayu di Pulau Pinang. Almaklumlah orang melayu hanya peratus kecil mendiami Pulau Pinang. Namun bergitu antara melayu belum sedar bergaduh sesama sendiri dan memberi ruang dan perluang buat DAP.

Syiah Jelajahi Dunia

Mari kita perhalusi sejauh mana dikatakan rancangan jahat Syiah bergerak di serata dunia dan apa akibatnya?

Iran - BERJAYA
Iraq - BERJAYA
Azerbaijan - BERJAYA

Bahrain - GAGAL
Turki - GAGAL

Yaman - Dalam proses
Syria - Dalam proses
Mesir - Dalam proses

Malaysia - Akan datang
Indonesia - Akan datang
Singapura - Akan datang

# so kita kena berjaga - jaga. Sebab syiah tu binatang bertopengkan manusia petikan dari sumber

APA KOMEN ANDA DALAM SOAL INI?



Tuesday 20 August 2013

DSN TERLUPA 100 HARI KERAJAAN BARISAN NASIONAL

Ketap... Ketup.. tap. tap. tup.. dah genap 100 hari rupanya dari pasca PRU13. Tetapi kenapa suasana kali hambar, tidak sama dengan 100 hari pasca 2008? Baik Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat tidak lagi berlumba-lumba untuk membuktikan apa hasil selepas 100 hari memangku kerajaan samada negeri mahupun pusat.

Persoalannya untuk apa kita berlumba-lumba memilih kerajaan kalau situasi masih berterusan dengan suasana perebutan kuasa?


Monday 19 August 2013

MAT SABU SEMAKIN MERACAU DENGAN ARAHAN SIAPA

Mat Sabu adalah nama yang tidak releven lagi di mata warga Kedah khususnya rakyat Pendang. Sebab itu dirinya gagal petahankan kerusi Pendang. Dulunya bukan main berkata:

1.Pegangan saya selaras dengan pegangan Khomeini LaknatuLLAH, 

2. Saya mengajak kita meneladani Khomeini LaknatuLLAH dan meletakkan namanya sebelah nama Nabi Yusuf as, 

3. Saya mengajak kita semua mencontohi Khomeini LaknatuLLAH, 

4. Saya kagum dengan Khomeini LaknatuLLAH, 

5. Saya meneruskan pencarian pemikiran politik saya dengan membaca hasil-hasil tulisan Khomeini laknatuLLAH, 

6. Saya memuji Khomeini LaknatuLLAH yang memberi orang Kristian di Iran hadiah pada hari Krismas sehingga mereka terharu,

Sekarang bila diajukan soalan adakah awak syiah, enggan pula menjawapnya. Bergitu juga bila Mat Sabu di tolak pada pasca PRU13.
 

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu tewas pada calon BN itu yang memperoleh 32,165 undi dan menang dengan majoriti 2,638 undi

Mat Sabu sebelum ini kalah dalam dua PRU bagi kerusi Parlimen Kuala Kedah pada 2004 dan Parlimen Kuala Terengganu pada 2008.

Beliau turut meluahkan rasa kecewa kerana gagal mempertahan kerusi Parlimen Pendang yang disandang Datuk Dr Mohd Hayati Othman walaupun kawasan itu telah dikenali ramai sebagai kubu kuat Pas di Kedah.

“Saya kecewa kerana gagal pertahankan Parlimen Pendang namun saya tidak terima kekalahan ini lagi kerana saya akan buat kajian dan semak semula peratus undi Siam.

“Masyarakat Siam yang keluar mengundi di Sungai Tiang adalah luar biasa manakala di Tokai tidak mengalami masalah.

“Kemungkinan ada unsur-unsur penipuan di kawasan itu,” katanya, tetapi pernah manusia ini berlajar tentang penerimaan qada dan qadar. 

Mat Sabu hakikatnya tidak boleh meneruskan perjalanan politiknya jika tanpa sokongan kuat dari pengaruh DAP dan adakah segala tindak tanduk Mat Sabu berkait dengan pengaruh DAP?

Sunday 18 August 2013

Helah Ngeh Koo Ham Selamatkan Legasi

Ngeh Koo Ham memang tengah sebok cari pasal yang berbaur hasutan mengenai petisyen pilihan raya yang ditolak Mahkamah Pilihan Raya. Semua ini atas satu sebab untuk menyelamat legasi dalam DAP dari dipertikaikan. Jika diukur CEC DAP tahun lepas jelas terbukti berlaku penyelewengan dalam pemilihan hingga memaksa DAP terpaksa akur mengadakan pemilihan semula CEC DAP dari dikenakan tindakan terhadap parti DAP oleh ROS.

Dari itu mulalah pelbagai helah ahli DAP cuba alih perhayian rakyat dengan mengecam kerajaan dengan apa jua cara yang boleh. Sekurang-kurangnya kalau berlaku himpunan rakyat sekali lagi, alamat selamatlah legasi DAP dalam majlis tertinggi DAP, juga melibat keturunan Ngeh Koo Ham yang juga mendapat tempat selesa.


Isu Terkini

get this widget here