Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Join us

Tuesday, 6 November 2012

Hujah Murtad Bukan Hak Asasi


Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. 

Perkara 11 Perlembagaan pula memperuntukan “Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya dan tertakluk kepada fasal (4) mengembangkan ugamanya”. Daripada peruntukan ini jelas orang Islam berhak menganuti dan mengamalkan agamanya, iaitu Islam sebagai cara hidup mereka. 

Fasal (4) menyebut undang-undang boleh dibuat untuk  mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa i’tiqad atau kepercayaan agama lain terhadap umat Islam.  Ini bermakna Islam di Malaysia bukan seperti Pancasila di Indonesia. Menurut prinsip Pancasila tiada satu agama pun berhak memonopoli kehidupan rakyat. 

Ia berbeza dengan Islam di Malaysia yang telah diberikan hak dan kedudukan istimewa oleh perlembagaan. Dalam pada itu Islam tidak pula menyekat hak kebebasan mengamalkan agama bagi penganut lain. Bagaimanapun itu tidak bermakna kebebasan tersebut adalah mutlak kerana ia masih tertakluk kepada Perkara 11 (4) iaitu supaya tidak menyebarkannya di kalangan umat Islam. 

Dalam bab lain, kebebasan hak asasi manusia juga dijamin oleh Perlembagaan di bawah Bahagian Dua. Namun ia tertakluk pula kepada syarat-syarat tertentu seperti ketenteraman awam, kesihatan awam dan moral yang merupakan hak ramai. Di peringkat antarabangsa, perjuangan menuntut hak asasi menjadi suatu agenda suci. 

Malah sudah menjadi lebih suci daripada kesucian agama anutan pendokongnya sendiri. Hak asasi manusia mulai mendapat tempat rasmi di arena antarabangsa melalui Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 (PHAMS 1948). 

Perisytiharan tersebut dipelopori oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang keahliannya terdiri daripada kebanyakan negara-negara merdeka di dunia. Antara komuniti dunia terkuat yang mendokong perjuangan hak asasi ialah masyarakat Eropah sehingga mereka telah memaktubkan Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi dan Kebebasan Asasi 1950 yang mempunyai kuasa mengikat dari segi undang-undang terhadap negara anggota Komuniti Eropah.  

Keghairahan dunia Barat dalam memperjuangkan hak asasi menyebabkan mereka lupa bahawa di sana ada hak yang dicabuli. Umat Islam adalah antaranya. Beberapa perkara di dalam PHAMS 1948 ditolak oleh umat Islam kerana hak asasi mereka untuk mengamalkan agama digugat. Antaranya Perkara 16 (1) yang berbunyi, “Men and women of full age, without any limitation due to race, nationality or religion, have the right to marry and to found a family. They are entitled to equal rights as to marriage, during marriage and at its dissolution”. 

Bagi penganut Islam perkara ini sudah tentu bertentangan dengan syariat Islam yang telah menentukan hukumhakam berkaitan perkahwinan. Begitu juga Perkara 18 berbunyi, “Everyone has the right to freedom of thought, conscience and religion; this right includes freedom to change his religion or belief, and freedom, either alone or in community with others and in public or private, to manifest his religion or belief in teaching, practice, worship and observance”


Bagi Islam, Perkara 18 tidak boleh diterima kerana telah mencabuli hak asasi umat Islam dalam beragama. Islam menetapkan tujuan (maqsad) syariah yang pertama ,,iaitu memelihara agama. Sekiranya umat Islam dibenarkan keluar dan masuk agama sesuka hati, ini bermakna hak umat Islam untuk memelihara  agamanya telah dicabuli. 

Hukum Islam juga menetapkan bahawa keluar agama atau murtad merupakan suatu jenayah berat yang perlu diadili dan dihukum. Ini kerana,perbuatan keluar agama melibatkan kepentingan umum iaitu maruah  agama dan umat Islam sendiri. 

Ia bukan sekadar hak individu. Jangan pula ada pihak yang mendakwa Islam telah menyanggah hak kebebasan individu untuk memilih agama. Bukankah PHAMS 1948 itu juga diasaskan atas dasar menjaga kepentingan umum melebihi hak individu? 

Jika hak individu dibiarkan bermaharajalela, apa gunanya lagi kerajaan-kerajaan di dunia menggubal undangundang. Bukankah undang-undang itu dibentuk untuk menyekat kebebasan individu yang ditafsirkan oleh undang-undang sebagai salah? 

Malah terdapat satu klausa khas di dalam PHAMS 1948 iaitu Perkara 29  yang menyebut bahawa, “setiap orang tertakluk hanya kepada batasan seperti yang ditentukan oleh undang-undang semata-mata bagi tujuan menjamin pengiktirafan dan penghormatan yang sepatutnya terhadap hak-hak dan kebebasan orang lain dan untuk mendekati keperluan-keperluan sepatutnya bagi akhlak, ketenteraman awam dan kebajikan 
umum dalam suatu masyarakat yang demokratik”. 

Begitu juga Islam. Perundangan Islam telah menetapkan  bahawa murtad adalah suatu kesalahan dan ia tidak boleh disenaraikan di bawah hak asasi individu! Ia adalah soal doktrin agama yang suci. Tidakkah penganut agama lain juga akan tersinggung apabila terdapat di kalangan mereka yang  melanggar kepercayaan agama sendiri?


Fenomena ini tidak sukar sekiranya semua pihak sama ada umat Islam atau bukan Islam saling memahami antara satu sama lain. Jika tidak, mereka akan saling menyalahkan agama lain atas dasar melanggar prinsip hak asasi manusia. 

Dalam konteks Malaysia, Seksyen 4(4), Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 
1999 (Akta 597), memperuntukkan bahawa rujukan harus dibuat kepada PHAMS 1948  setakat yang tidak berlawanan dengan Perlembagaan Persekutuan. 

Oleh itu, Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang menentukan bahawa Islam ialah agama bagi persekutuan, disokong pula dengan Perkara 121(1A) yang menyebut, “Mahkamah-mahkamah yang disebutkan dalam Fasal (1) –mahkamah Sivil- tidaklah boleh mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang kuasa mahkamah Syariah”, haruslah dihormati dan difahami oleh semua pihak.  

Justeru itu amat menghairankan apabila masih kelihatan individu atau pertubuhan yang mendesak supaya diberi kebebasan untuk keluar daripada Islam kononnya ia diberi kebebasan oleh Perlembagaan Negara. Sedangkan mereka telah memahami bahawa ‘murtad’ adalah satu kesalahan jenayah menurut  syariat Islam. 
Sememangnya menurut 

Perkara 18, PHAMS 1948  menetapkan bahawa manusia bebas memilih dan menukar agamanya pada bila-bila masa. Bagaimanapun ini bercanggah dengan syariat Islam yang telah diberi kedudukan istimewa oleh perlembagaan. Bagi Islam soal pemeliharaan agama amat penting bagi menjamin keharmonian negara dan masyarakat. Orang yang meninggalkan Islam dianggap meruntuhkan negara dan masyarakat Islam secara kolektif.


Seperkara lagi yang perlu difahami, tidak timbul isu pelanggaran hak asasi sekiranya hukuman Islam dikenakan terhadap orang Islam yang murtad. Ini kerana perilaku murtad yang dikenakan hukuman hanyalah murtad yang diisytiharkan dan diketahui oleh khalayak. 

Menurut al-Buti andaikata kemurtadannya didiamkan atau tidak didedahkan kepada orang lain, maka hukuman di dunia  tidak boleh dikenakan kerana kaedah umum yang diamalkan oleh pemerintah Islam ialah bertindak berdasarkan pandangan zahir, manakala urusan batin diserahkan kepada Allah SWT yang akan membalasnya di akhirat kelak. (al-Buti, Sa`id Ramadhan, Dr. (2004), Hurriyah al-Insan fi Zill `Ubudiyyah Li-Allah. Damsyik: Dar al-Fikr, hal. 85)  

Hal seperti ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana fenomena fenomena murtad boleh berlaku bukan sahaja dalam bentuk lazim difahami orang seperti seseorang menganggap Islam yang dianutinya sudah tidak diyakininya lagi. 

Malah ia juga berlaku dalam pelbagai bentuk lain seperti yang disebut oleh pemikirpemikir Islam. Antaranya muslim yang memberikan hak penentuan hukum (alhakimiyyah) dan perundangan kepada selain Allah. Membenci sesuatu sistem yang ada dalam Islam. Melihat hukum-hukum ciptaan manusia sebagai yang terbaik dan hukum-hukum syariat sebagai ketinggalan zaman. 

Melebihkan sistem yang lain keatasnya atau menyamakannya. Mempersendakan sesuatu yang datang daripada alQur‘an dan al-Sunnah, atau syiar Islam. Mencela keperibadian Rasulullah SAW. Menghalalkan apa yang diharamkan Allah SWT atau sebaliknya dan lain-lain lagi (`Ulwan, `Abdullah Nasih, Dr.(1988), Hurriyah al-I`tiqad fi al-Syari`ah al-Islamiyyah. Kaherah: Dar al-Salam, hal. 78-95; Ahmad Rasyad, Dr. (1998), Hurriyah al-`Aqidah fi al-Syari`ah al-Islamiyyah. Kaherah: Itrak li al-Nasyr al-Tawzi`, hal. 334-339) 


Bila mana kemurtadannya diwar-warkan kepada orang ramai dan diiklankan kepercayaan barunya kepada khalayak, ia sekaligus telah mengisytiharkan serangan berbentuk pemikiran (al-harb al-fikriyyah) ke atas Islam dan aqidahnya. Tindakan tersebut boleh menimbulkan atau menanam bibit keraguan dalam hati orang ramai yang masih menganut Islam. 

Ketika ini, tindakan murtad perlu dilihat bukan dari segi hak peribadinya untuk menukar agama, tetapi dari aspek  adanya unsur “hirabah’’, iaitu serangan terhadap dasar-dasar agama yang menjadi tonggak utama kerajaan Islam. Lantaran itu, langkah-langkah perlu diambil bermula dari proses memberi penjelasan bagi merungkai keraguannya, meminta supaya  bertaubat dan berakhir dengan pelaksanaan hukuman bunuh atas dasar “hirabah’’ (al-qatlu hirabatan) sekiranya ia tetap berdegil mempertahankan pendiriannya untuk murtad. Ertinya murtad dibunuh bukan atas kekufuranya, tetapi atas dasar hirabah.  (al-Buti, 2004: 85-87).  

Ini jelas berdasarkan ayat 33 surah al-Ma‘idah bermaksud:  “Sesungguhnya balasan bagi orang yang memerangi Allah dan Rasul-Nya dan  melakukan fasad (kerosakan) di muka bumi ialah sama ada dibunuh atau disalib atau dipotong tangan dan kakinya secara bersilang atau dibuang negeri...”. Walaupun ayat ini difahami oleh kebanyakan ulama sebagai ayat untuk menghukum penjenayah rompak dan samun, tetapi tidak dinafikan bahawa perbuatan murtad secara terang-terangan adalah salah satu daripada perbuatan memerangi Allah dan Rasul-Nya. 

Maka terdapat ulama Salaf  yang berpendapat hukum bunuh si murtad  itu juga diambil daripada ayat ini, 
selain hadith-hadith sahih lain yang bertindak sebagai penghurai. Antara yang berkata demikian ialah Abu Qilabah dan lain-lain. (Lihat Ibn Rajab al-Hanbali, Jamial-`Ulum wa al-Hikam, hal. 32; juga Dr. Yusuf al-Qaradawi (1993),  Malamih alMujtama` al-Muslim Allazi Nansyuduhu, Kaherah: Maktabah Wahbah, hal. 41) 


Bagaimanapun, mutakhir ini terdapat pula kes-kes murtad yang berpunca daripada perceraian, kejahilan dan lain-lain yang dikatakan bersifat peribadi. Antara yang menggemparkan negara iaitu apa yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang pada 8 Mei 2008 yang membenarkan seorang mualaf iaitu Siti Fatimah Tan Abdullah keluar daripada Islam. 

Siti Fatimah mendakwa dia memeluk Islam hanya untuk berkahwin dengan seorang rakyat Iran bernama Ferdoun Ashanian. Namun dia tidak pernah sekali-kali mengamalkan ajaran Islam malah masih mengekalkan amalan agama asalnya, Buddha. Peguam bela Siti Fatimah, Ustaz Ahmad Jailani menyifatkan permohonan yang dibuat oleh Siti Fatimah itu, bukan permohonan keluar Islam, tetapi permohonan dalam menentukan status agamanya, adakah Islam atau tidak. 

Walau apapun hujah yang diputuskan oleh mahkamah, kita tetap menghormati keputusan tersebut atas dasar menjunjung prinsip keadilan. Namun persoalan tetap timbul di kalangan bukan Islam, adakah Islam pada hari ini telah mengiktiraf murtad sebagai satu kebebasan hak asasi manusia? 

Dalam hal ini, ada baiknya kita merujukkan kes ini, dengan apa yang berlaku di Mesir baru-baru ini. Senarionya tidak jauh berbeza. Ia berlaku apabila badan kehakiman Mesir telah meminta fatwa daripada Universiti al-Azhar berkenaan permohonan bekas penganut Kristian Koptik yang masuk Islam hanya untuk kepentingan peribadi, seperti ingin berkahwin buat kali kedua atau menceraikan isteri (yang mana ditegah menurut agama mereka), dan setelah tujuannya tercapai ia murtad dan kembali ke agama asal. 


Justeru itu, Universiti al-Azhar melalui Ketua Lajnah Fatwa al-Azhar, Syeikh Abdul Hamid al-Athrash telahmengeluarkan fatwa rasmi bahawa orang bukan Islam yang memeluk Islam untuk kepentingan peribadi, lalu ia murtad setelah kepentingannya tercapai, telah melakukan suatu jenayah besar, yang tidak boleh dibiarkan. Sesiapa yang murtad, maka wajib baginya menerima  hukuman syar’i, sesuai dengan batasbatas yang ditetapkan jumhur ulama, setelah yang berkenaan diminta bertaubat. 

Jika ada yang mengatakan bahawa hal ini bertentangan dengan ‘prinsip kebebasan beragama’, maka pandangan itu tertolak, kerana Islam tidak memaksa sesiapa jua untuk memeluk agama ini.  Syeikh al-Athrash juga memperingatkan bagi sesiapa yang  berkeinginan untuk memeluk Islam, dia perlu mempelajari Islam dengan baik  dan memiliki tekad yang kuat, kerana setelah menjadi muslim, dia tidak lagi dibenarkan murtad. 

Fatwa ini juga secara tidak langsung menunjukkan Syeikh al-Azhar telah menarik kembali kenyataannya yang mengatakan tiada hukuman bagi bukan Islam yang masuk Islam lalu murtad kembali. Fatwa Syeikh al-Azhar itu dikaitkan dengan tekanan-tekanan yang diterima beliau ekoran desakan daripada pertubuhan-pertubuhan sivil serta para aktivis hak asasi manusia. 

Ini sekaligus menunjukkan bahawa al-Azhar tidak pernah sekali-kali mengorbankan hukum syarak atas apa jua alasan yang diberikan. http://www.alarabiya.net/articles/2008/01/19/44427.html 

Fatwa al-Azhar ini jelas menunjukkan bahawa para ulama Islam sentiasa konsisten mengatakan bahawa murtad adalah satu jenayah dan si murtad wajib dihukum. Walaupun fatwa tersebut tidak menyebut bentuk hukumannya, apa yang pasti hukuman perlu dikenakan ke atas orang murtad yang memeluk Islam dengan rela hati tanpa sebarang paksaan. Tidak timbul soal mencabuli kebebasan beragama kerana Islam tidak pernah memaksa seseorang memeluk agama  ini. Oleh itu, kes yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang tidak boleh dijadikan asas kononnya Islam membenarkan murtad. Atau Islam telah  mengiktiraf murtad sebagai hak asasi bagi penganutnya.

Ini sebagaimana yang didakwa oleh beberapa pemimpin politik bukan Islam di negara ini sejurus keputusan dibuat oleh mahkamah. Sedangkan alasan mahkamah membenarkan pemohon keluar Islam ialah kerana pemohon didapati tidak pernah mengamalkan ajaran Islam sejak memeluknya pada tahun 1999. Bermakna, bukan atas alasan hak asasi pemohon. 


Kesimpulannya, Islam ialah suatu agama yang amat realistik. Islam mengiktiraf kebebasan hak asasi manusia tetapi Islam melihatnya dalam ruang lingkup manusia sebagai hamba kepada Yang Maha Pencipta, Allah SWT. Islam mengenali apakah batas-batas kemanusiaan itu. Apa jua yang menepati sifat-sifat kemanusiaan, Islam tidak pernah menafikannya bahkan diperintahkan oleh Islam walaupun tidak diperundangkan sebagai hak asasi. 

Manakala apa jua yang diluar batas-batas kemanusiaan maka ianya ditegah bahkan diharamkan oleh Islam walaupun pejuang hak asasi mendakwa ia suatu pencabulan terhadap kebebasan manusia. Sebaliknya perjuangan hak asasi rekaan Barat merupakan sesuatu yang relatif. Malah ia hanya menjadi kuda tunggangan golongan sekular dan liberalisme agama di sana.  

Oleh kerana itu, Islam tidak sekali-kali dapat menerima kefahaman hak asasi berasaskan  world-view Barat. Sesungguhnya hak asasi tidak pernah suci, tetapi manusia yang mendakwa ianya suci. Adapun agama, ia adalah wahyu yang diturunkan oleh Yang Maha Berkuasa bagi membimbing hidup manusia. Hampir kesemua agama mengakui hakikat itu. 

Walaupun agama tidak  diagung dan disucikan oleh manusia, agama tetap suci pada esensinya sendiri. Lantaran itu, menjadi hak buat umat Islam untuk mempertahankan kesucian agamanya. Kesucian Islam bakal tercemar dengan perbuatan jenayah penganutnya. Murtad adalah antara jenayah terbesar menurut Islam. Dengan itu murtad bukan hak asasi, ia diharamkan oleh Islam malah si murtad yang tidak bertaubat tetap wajib dihukum.

MURTAD BUKAN HAK ASASI 
Mohd Aizam Mas’od 
Caw. Aqidah 
Bah. Penyelidikan JAKIM 
Malaysia adalah sebuah Negara Islam. 








Rasakan Bagaimana Nik Aziz Termalu Besar Dengan Fathul Bari


Rasakan Bagaimana Nik Aziz Termalu Besar Dengan Fathul Bari

Apa yang Fathul Bari lakukan lebih hebat, lebih ikhlas dan lebih berkesan berbanding kepura-puraan Nik Aziz mahupun Haji Hadi, dan mahupun akar umbi termasuk para pecacai copy paste PAS.

Usaha Fathul Bari terang-terang telah berjaya menarik MCA menghampiri Hudud dan rasakan Nik Aziz termalu besar dengan Fathul Bari

KENYATAAN RASMI PRESIDEN MCA MENGENAI ISU HUDUD VERSI PAS1.

Saya ingin merujuk kepada fitnah permainan politik Pakatan Rakyat berhubung dengan isu pendirian MCA berkaitan dengan perjuangan Enakmen Hudud PAS bahawa kononnya MCA menghina Islam dengan menyebarkan ideologi Islamofobia.

2. Saya telah berbincang dengan Ustaz Fathul Bari dari Pertubuhan Ilmuan Malaysia dan tidak ada masalah bagi MCA untuk menerima penerangan dari beliau tentang hukum hudud berdasarkan sumber-sumber Islam yang sebenar.

3. Ingin saya tegaskan di sini bahawa, ketika MCA bangkit untuk menentang perjuangan Enakmen Hudud versi PAS, MCA sebenarnya tidak menghina agama Islam kerana tindakan MCA mempertikaikan perjuangan sesebuah parti politk ( PAS ) adalah berbeza dengan penentangan MCA terhadap sesuatu agama ( Islam ).

Isu ini sebenarnya telah dipolitikkan dan diputar oleh pemimpin Pakatan Rakyat apabila mereka menganggap sesebuah parti politik ( PAS ) itu adalah agama Islam.

4. Saya seringkali menyatakan bahawa pendirian politik Pakatan Rakyat selalunya konsisten untuk tidak konsisten.

Dahulu Pengerusi DAP iaitu Karpal Singh sendiri bangkit mempersoalkan Sultan Perak,Sultan Azlan Shah mengenai campur tangan istana dalam isu pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) dan Istana seharusnya bebas daripada sebarang penglibatan politik.

Namun begitu , dalam isu pertikaian MCA terhadap Hudud versi PAS pula Pakatan RAKYAT hendak melibatkan Yang di Pertuan Agong demi memenuhi hawa nafsu dan kepentingan politik mereka sendiri.

5. Sekirannya Pakatan Rakyat benar–benar konsisten untuk memperjuangkan keadilan demi agama dan umat Islam, maka mengapa mereka hanya berdiam diri apabila pemimpin DAP iaitu Ngeh Koo Ham dalam tweetnya yang jelas menunjukkan beliau menghina dan memperlekehkan Islam apabila beliau menyatakan protest umat Islam terhadap Sam Bacile adalah satu perkara yang terlalu membazir masa dan tenaga. Peliknya juga dalam isu penghinaan Islam oleh pemimpin DAP ini mendapat ramai pemimpin PAS yang keluar menyokong dan mempertahankan beliau.

6. Selain itu, kami telah bersama menuntut kemerdekaan negara dan membangunkan negara hingga ke tahap ini. Tidak pernah sekalipun MCA melakukan sesuatu tindakan yang mengecam Agama Islam dan pengamalannya di Malaysia.

7. Sepertimana MCA menghormati agama-agama lain seperti Buddha, Kristian dan Hindu, MCA juga peka dan menghormati sensitiviti umat Islam negara ini, apatah lagi, Islam adalah agama rasmi persekutuan.

8. Hal ini terbukti dengan sokongan dan penerimaan MCA terhadap perlaksanaan Rukun-rukun Islam di negara ini seperti pembinaan masjid-masjid, institusi Tabung Haji yang memudahkan umat Islam menunaikan haji, penubuhan dan implementasi pusat zakat dan kutipannya, pembinaan sekolah-sekolah Agama, perbankan Islam, penerapan dasar-dasar Islam dalam kerajaan dan yang paling utama,

MCA tidak pernah menentang malah menyokong dan mendokong bahawa Islam adalah Agama Persekutuan dengan agama-agama lain bebas diamalkan dengan aman dan damai seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia sejak Merdeka.

9. Rakyat perlu tahu pada Pilihan Raya Umum 1986, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang ketika itu Pesuruhjaya Pas Kelantan telah mengeluarkan manifesto antara lain pelaksanaan undang-undang Islam turut berkuat kuasa ke atas orang bukan Islam.

Manifesto PAS 1986 dalam muka surat lima menguatkuasakan undang-undang Islam di seluruh negeri dengan tidak meletakkan perbezaan atas sebab-sebab berlainan keturunan, bangsa, agama dan pangkat kecuali perkara berhubung dengan ibadat dan undang-undang kekeluargaan.

“Dalam muka surat 24 pula dinyatakan bahawa hak-hak orang bukan Islam sama sahaja di sisi undang-undang jenayah dan sivil dengan orang-orang Islam dan ini adalah hudud sebenar berlandaskan Islam. 

Oleh itu, dalam sesebuah Negara yang demokratik maka MCA hendak menyeru Pakatan Rakyat supaya meletak kembali Hudud sebagai salah satu manifesto mereka dalam pilihan raya akan datang ( PR 13 ) sepertimana PAS meletak manifesto Hudud terhadap bukan Islam pada pilihan raya 1986 demi menghormati dan menjunjung prinsip demokrasi.

10. MCA juga ingin mencabar pendirian PAS dan PKR dalam isu berkaitan tentang kenyataan Karpal Singh supaya melangkah mayat beliau dahulu sekirannya Negara Islam hendak ditubuhkan di Negara kita dan sama ada kenyataan tersebut merupakan kenyataan yang berbaur menghina Islam atau tidak.

Keduanya , mereka juga perlu menyatakan pendirian mereka terhadap Tweeter Ngeh Koo Ham sama ada tweetnya yang mengatakan Are Muslim Wasting Too Much Time and Energy On This ( Protest Sam Bacile )?

11. MCA sekali lagi hendak mencabar pendirian DAP sama ada mereka bersama – sama MCA menentang pelaksanaan Hudud Versi PAS atau tidak ?

Sekirannya mereka menyatakan mereka tidak berkongsi pendirian yang sama dengan MCA dalam isu Hudud versi PAS maka mereka perlu tampil memberitahu rakyat bahawa mereka menyokong pelaksanaan Hudud Versi PAS di negara kita.

Diharapkan DAP tidak lari dan sembunyi daripada cabaran pendirian mereka dalam isu ini. Mereka hanya perlu menyatakan pendirian sokong atau tidak.

12. Justeru itu, saya sebagai Presiden MCA ingin menegaskan bahawa MCA adalah sebuah parti yang mendokong prinsip demokrasi.

Oleh itu, demi menghormati dan menjunjung prinsip demokrasi maka Pakatan Rakyat perlu meletak Hudud versi PAS dalam manifesto mereka dalam Pilihan raya yang akan datang (PRU 13).

 Seandainya ia diterima dan disokong oleh majoriti rakyat Malaysia maka MCA akan menghormati kehendak rakyat Malaysia.

DATUK SERI DR CHUA SOI LEKPRESIDEN MCA

Rasakan Bagaimana Nik Aziz Termalu Besar Dengan Fathul Bari
Published with Blogger-droid v2.0.9

Agenda Sebenar Antara MCA dengan DAP

Pada PPM kehadiran MCA telah lama terbukti dalam sepakatan bersama Barisan Nasional mengikut perlembagaan sedia ada berbanding DAP yang lama terbukti antara penyebab hilangnya Singapura dan api yang menyebabkan berlakunya 13 Mei.



Anda dapat fahami apa dimaksudkan PPM melaului gambar yang disertakan dan akan tetapi PPM suka untuk lampirkan kenyataan Hasan Ali yang seimbang mewakili MCA vs DAP

Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Hasan Ali mengesyaki terdapat semacam wujudnya persefahaman di antara MCA dan DAP, khususnya untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Hasan mendakwa, MCA sebuah parti yang didokong masyarakat Cina dikatakan hanya mampu meraih undi nominal di kalangan masyarakat tersebut dan mungkin merasakan lebih logikal untuk membawa keseluruhan sokongan masyarakat Cina kepada DAP.

Beliau mengesyaki ianya dilakukan bagi menentukan DAP menjadi wakil mutlak masyarakat Cina dalam memperjuangkan tuntutan-tuntutan yang sekian lama dibuat oleh masyarakat Cina

"Hati kecil saya juga membisikkan bahawa masyarakat Cina seolah-olah mempunyai satu “grand design” merentasi fahaman dan aliran politik."Fahaman dan aliran politik yang kelihatan berbeza dan bertentangan secara luaran tidak lebih daripada wayang lakonan sahaja," kata Hasan yang juga presiden NGO Jalur Tiga (JATI) dalam satu kenyataan malam ini.

"Mereka mempunyai agenda besar. Sebahagian daripada agenda besar DAP sekali lagi ditimbulkan baru-baru ini. Inti agenda besar DAP itu bukan merupakan satu rahsia lagi," katanya yang juga bekas pesuruhjaya PAS Selangor.

Dalam dua tiga hari ini, tegas Hasan, timbul semula isu Negara Islam dan pelaksanaan hudud.

Isu ini, tambah Hasan, seperti biasa menyemarakkan semula suasana politik bertepatan dengan bertambah hampirnya PRU13.Dalam episod terbaru ini, Hasan mendakwa, Presiden MCA Dr Chua Soi Lek dengan secara tiba-tiba menjadi orang pertama yang menekan butang jentera menentang pelaksanaan Negara Islam dan hudud di negara ini.

Menurutnya, penentangannya terhadap Negara Islam dan hudud menerima tindakbalas yang sengit daripada pimpinan Pakatan Rakyat, DAP, PKR dan PAS."Secara jujurnya saya tidak melihat ada perkara yang baru dari segi hujah-hujah yang dikemukakan sama ada dari pihak MCA, DAP dan juga dua lagi parti komponen Pakatan Rakyat itu.

"Hanya hati kecil saya sahaja tampil membisikkan bahawa terdapat beberapa andaian yang boleh digunakan untuk mengatakan bahawa buat sekian kalinya MCA dan DAP membuat pementasan lakonan politik," katanya sambil menambah bahawa isu yang selama ini dimainkan oleh MCA dan DAP menimbulkan kemarahan masyarakat Melayu-Islam.

"Isu ini juga menarik sokongan masyarakat Cina kepada MCA dan DAP disebabkan apa yang dilontarkan selari dengan kehendak, kemahuan dan tuntutan masyarakat keturunan Cina," tegasnya.

Sehubungan itu, Hasan bertanya, kalau masyarakat keturunan Cina mempunyai agenda besar, maka bagaimana pula masyarakat Melayu-Islam yang menjadi warga peribumi negara ini.

"Setakat yang saya ketahui serta pengalaman berada di barisan tertinggi pimpinan parti PAS khasnya, hubungan di antara parti-parti politik Melayu Islam hampir berada di tahap berkerat rotan berpatah arang," katanya.

Hasan mendakwa, kenyataan yang selama ini keluar dari mulut pimpinan PAS dan PKR, terutamanya yang menyentuh persoalan penyatuan masyarakat Melayu Islam, menceritakan segala-galanya.

"Saya ingin membawa bisikan hati kecil saya ini kepada pengetahuan barisan pimpinan masyarakat Melayu-Islam.

Wajarkah kita terus berpolitik dengan politik berdendam kesumat?

"Wajarkah kita terus berpolitik dengan politik berkerat rotan berpatah arang?

Wajarkah kita terus berpolitik dengan politik yang didorong oleh sifat sombong, angkuh dan bongkak?

"Akhirnya, wajarkah kita terus berpolitik dengan politik yang menggerhanakan nasib umat dan generasi pengganti yang akan datang?" tambahnya.
Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, 5 November 2012

Hadi Restukan Melayu Sertai DAP

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan rasa hairan dengan kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menggalakkan dan merestui orang Melayu menyertai DAP.   

Beliau berkata hubungan politik antara PAS dan DAP merupakan hubungan yang aneh dan pelik kerana ideologi kedua-dua parti pembangkang itu bertentangan antara satu sama lain.   

“Oleh itu, adalah agak aneh untuk Abdul Hadi membuat kenyataan itu kerana kita semua tahu bahawa hubungan DAP-PAS bermasalah dan tidak kukuh,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Forum Inovasi Dunia Kuala Lumpur 2012 (WIF-KL2012) di sini hari ini.     

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Abdul Hadi yang merestui orang Melayu menyertai DAP memandangkan sebelum ini Pengerusi DAP Karpal Singh menyatakan tentangannya terhadap pelaksanaan hukum Hudud dan negara Islam yang diperjuangkan PAS.   

Muhyiddin juga berkata: "Kalau semua orang masuk DAP, PAS tidak ada orang. Itu membingungkan saya kalau betul kenyataan dari Presiden PAS itu. Semua orang tahu khususnya orang Melayu bahawa DAP tidak pernah menjadi parti yang berjuang untuk semua kaum,” katanya.

Beliau berkata DAP merupakan parti yang mementingkan satu kaum sahaja dan tidak demokratik.   

Malah DAP tidak pernah bertanding di kawasan Melayu dan hanya memilih kawasan bukan Melayu, terutama kawasan-kawasan bandar, katanya.   Menyentuh tindakan DAP menghalang akhbar Utusan Malaysia daripada membuat liputan semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, beliau berkata bahawa parti itu "memang cakap tak serupa bikin."  

 "Kita mendengar tentang prinsip perjuangan, menjunjung ketelusan dan sebagainya yang dijadikan asas perjuangan parti itu, tetapi dari segi amalan sebenar, ia tidak begitu," katanya.    

Ditanya pandangan timbalan perdana menteri mengenai bekas presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA)    Datuk Zaid Ibrahim yang ingin bertanding di Pekan, beliau berkata:   “Itu saya tidak tahu. Kita tengok betul atau tidak," katanya. - Bernama
Published with Blogger-droid v2.0.9

Ngeri Pengzina Melekat Hingga Nafas Akhir

Memang real beb.. Kalau korang tengok gambar diatas, ada dua mayat manusia yang sedang berpelukan didalam satu beg mayat..Menurut maklumat yang gua baca di sebuah portal Indonesia.., mayat dua manusia tu melekat ketika sedang asyik berzina di satu kawasan perkuburan.. cerita lanjut maha menarik klik sumber ini http://mediapermatangpauh.blogspot.com/2012/11/18sxg-gambar-penzina-melekat-hingga-mati.html?m=1

Published with Blogger-droid v2.0.9

NIK AZIZ KAKU TERGAMAM ANGKARA NURUL IZZAH

Apakah pendirian Pas? Kalau dah bertanding hanya 60 kerusi, agak-agak kerajaan apakah yang akan dibentuk jika PR berjaya menjadi kerajaan. Kerajaan sosialis? Pluralis? Sekularis? Sedangkan PAS telah sepakat dengan Pakatan Rakyat untuk menggugurkan Hudud dalam manifesto.

Bila Nurul Izzah berani menyeru hak murtad melayu dibenarkan. Dimana suara-suara PAS Yang lantang sebelum ini menyerang Soi Lek yang hanya anti Hudud versi PAS. Itu orang kafir! Bagaimana dengan Nurul Izzah orang islam bertudung cuba pertahankan Hak Orang Melayu Untuk Murtad.

Apa hal Nik Aziz Kaku Tergamam Angkara Nurul Izzah ?

Apa hal Nik Aziz Kaku Tergamam Angkara Nurul Izzah ?

Apa hal Nik Aziz Kaku Tergamam Angkara Nurul Izzah ?

Adakah Nik Aziz Masih utamakan Matalamat ke Putrajaya lagi melebihi pertahankan keselamatan akidah umat islam di Malaysia?

Adakah zaman Nik Aziz duduk di Putrajaya menyebabkan dirinya tidak kisah kalau-kalau anak cucunya ingin murtad. Bergitu juga Nurul Izzah tidak kisahkah? Dan bagaimana dengan nasib anak-anak anda nanti.
Published with Blogger-droid v2.0.9

Sunday, 4 November 2012

Nurul Izzah Pertaruhkan Akidah Demi Undi Kristian

Memang tindakan yang terdesak apabila wanita bergelar Srikandi PKR rela mempertaruhkan akidahnya demi kemelut mengcari undi PKR. Bukanlah suatu yang mengejutkan kerana kemana tujunya kuah kalau bukan ke nasi!

cuba kita nilaikan semula apa yang diperkatakan Nurul Izzah 
Rakyat Tidak Harus Dipaksa Menganut Satu Agama Dan Ini Juga Terpakai Kepada Orang Melayu - Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah.
Jika anda bertanya kepada saya, tidak ada paksaan dalam agama, bagaimana kamu boleh minta maaf, (kebebasan beragama) ini hanya terpakai kepada bukan Melayu, ia perlu terpakai secara sama rata.

Sebenarnya Nurul Izzah amat berharap mana-mana pro kerajaan mengutuk ucapan sebergini! Kerana PKR berharap semua ini cepat tersebar kepada penganut Kristian dan memberi isyarat kepada mereka yang kesediaan PKR dan Nurul Izzah Pertaruhkan Akidah Demi Undi Kristian

Bukan setakat itu ini juga memberi isyarat kepada pelabur-pelabur dana asing yang Nurul Izzah Pertaruhkan Akidah Demi Undi Kristian adalah sebagai bukti mereka bergiyu terbuka untuk membentuk negara terbaru yng bukan Islam.

Nurul Izzah mngkin dapat mengambil keuntungan dari penyebaran Pro Kerajaan tetapi Nurul Izzah terlupa berapa ramai orang islam Malaysia beristifar panjang dan berdoa menghalang usahanya. Insyallah Allah akan melindungi negara ini dari sifat keterlaluan Kabinet Anak-Beranak Anwar Ibrahim.


Wajah Sebenar Pakatan Rakyat Terselindung Disebalik Gula-gulanya


Memang seronok mendengar segala taburan janji Anwar Ibrahim di dalam kempen merampas tahta Perdana Menteri Malaysia. Anwar sekarang semakin nekad semakin bersungguh untuk mengejar cita-citanya. Tapi tahukah kita hal Wajah Sebenar Pakatan Rakyat Terselindung Disebalik Gula-gulanya

Jikalah Anwar mengejar cita-cita dengan keikhlasan sudah tentu, semasa zaman Tun Dr Mahathir dia telah mengcapai cita-cita tersebut. Tetapi sayang Anwar terlampau kejarkan sesuatu yang terdesak kerana sifat peribadinya yang sering terjebak dengan kelakuan  menyimpang dari moral yang normal.

Kerana ini Anwar telah terikat dengan jerat yang dicipta dirinya sendiri! Umum mengetahui yang Anwar Ibrahim gagal melepas diri dari skandal liwat, video China Doll, bersama Shansidar dan banyak lagi isu moral.

Ini mengjadi satu perangkap buat Anwar apatah Singapura juga dikabarkan menyimpan bukti-bukti menggambarkan Anwar yang rosak aklak. jika ini benar bermakna Anwar bakal mengjadi Perdana Menteri Boneka yang pertama di Malaysia.

Seperkara lagi Anwar Ibrahim memang mempunyai kaitan rapat dengan SUARAM. Kerana SUARAM adalah menjadi NGO yang tidak berdaftar telah bergerak aktif dalam kempen mengjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri. 

Ini satu bukti terkuat Wajah Sebenar Pakatan Terselindung Disebalik Gula-gulanya iaitu untuk menyembunyikan peranan SUARAM sebagai ejen membantu Anwar Ibrahim.

SUARAM telah mengakui mendapat dana dari Soros dan menggunakan modal yang ada untuk operasi mengcari jalan mengjatuhkan kreditbiliti Najib Razak, dengan mengcipta skandal Scorpene malah mengaitkan pembunuhan Antaltuya didalangi Najib Razak. Wahal isu ini gagal dan anda dapat rujuk disini.untuk mengetahui lebih detail

Setelah pelbagai serangan persepsi menemui kegagalan! Anwar sedar untuk menyaingi kekuatan Najib Razak bukannya satu misi mudah. 

Anwar bertindak menggunakan gula-gula baru sebagai janji mengeliurkan rakyat, wahal janji-janji PRU12 gagal samasekali diunaikan oleh Anwar Ibrahim. 

Anwar tidak berminat untuk membuka kembali apa janji yang gagal ditunaikan pada PRU12 tetapi cuba menyembunyikan masalah itu dengan janji-janji terbaru. Malah lebih mengejutkan Khalib Ibrahim cuba mengawal keadaan dengan mengatakan "Manisfesto bukan janji yang perlu ditunaikan".

Jadi apa makna kempen Manifesto terbaru Anwar Ibrahim sekarang kalau dia bukannya janji-janji yang perlu ditunaikan? Rujuk disini bagaimana mereka terjermahkan Manifesto

Awas Anwar semakin giat menyampaikan ceramah-ceramah terbaru untuk memikat rakyat dengan gula-gulanya terbaru penuh mengeliurkan sebagai umpan perangkap mendapat undi rakyat. Persoalannya jika Anwar mengjadi Perdana Menteri adakah sumbangan dana Soros tidak menuntut apa-apa hak keatas susah-payahnya menyalurkan dana kepada kempen Anwar sebagai Perdana Menteri.

Jadi beringat sebelum mengadi mangsa yang menggadaikan negara. PecahPalakMikir Wajah Sebenar Pakatan Rakyat Terselindung Disebalik Gula-gulanya


Prinsip CAT LGE Menafikan Usaha Parti Gerakan Mengdapat Tanah Taman Manggis


Sungguh sedap ayat-ayat ucapan Lim Guan Eng. Wahal Prinsip CAT LGE Menafikan Usaha Parti Gerakan Mengdapat Tanah Taman Manggis. Cuba kita renungkan ucapan Lim Guan Eng ini
Kita amat bersyukur kerana rancangan, projek dan program Kerajaan Negeri yang dilaksanakan telah berjalan lancar dan dimanfaatkan oleh rakyat Negeri Pulau Pinang walaupun pelbagai rintangan, cabaran dan sekatan perlu diharungi. Kejayaan ini berkat sokongan padu yang diberi oleh rakyat kepada Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat sejak mula mentadbir, yang menjadi sumber kekuatan kepada Kerajaan Negeri untuk melipat gandakan lagi usaha dalam meneruskan pembelaan bagi menjamin kesejahteraan rakyat.
Kemudian ditambah lagi kononnya
Prinsip asas Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) yang menjadi pegangan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat adalah menjadi penyumbang kepada kejayaan yang dikecapi oleh Pulau Pinang hari ini.
Tetapi sejauh mana fungsi benar-benar membantu rakyat Pulau Pinang jika kita mengikut kenyataan ini.  
GEORGETOWN: Kerajaan negeri DAP menuntut bayaran penuh RM22.4 juta daripada Pemuda Barisan Nasional (BN) untuk pembelian tanah seluas 0.44 hektar bersebelahan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Manggis, di sini.
Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Ng Wei Aik berkata, kerajaan negeri bersedia untuk memberi milik tanah seluas 49,794 kaki persegi itu kepada BN dengan harga RM450 sekaki untuk pembinaan rumah PPR mengikut kaedah-kaedah yang ditetapkan oleh kerajaan.
Menurutnya, walaupun BN telah memberikan wang pendahuluan berjumlah RM22,183 kelmarin namun mereka perlu menjelaskan bayaran keseluruhan untuk urusan pemberimilikan tanah.
"Selagi BN tidak membuat bayaran penuh maka urusan pemberimilikan tanah tidak dapat dijalankan.
"Kerajaan negeri memberikan tempoh 30 hari kepada BN untuk menjelaskan bayaran penuh itu,"katanya pada sidang media.

Itu kisah sebelum 30 hari ketika Parti gerakan membayar pendahaluan untuk membolehkan Pembankang Pulau Pinang Merialisasikan keperluan rakyat kurang berkemampuan mendapat rumah mampu milik di Pulau Pinang. Ini pertama kali dalam sejarah Pembangkang keluarkan dana membantu rakyat mendapatkan rumah setelah terpaksa membayar pampasan kepada Kerajaan Negeri

Kita fikirkan soal ini akan selesai tetapi lain pula jadinya. Kerana terang-terang Prinsip CAT LGE Menafikan Usaha Parti Gerakan Mengdapat Tanah Taman Manggis
GEORGE TOWN, 3 Nov (Bernama) -- Biro Undang-undang dan Hak Asasi Manusia parti Gerakan negeri mendesak Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengemukakan terma dansyarat jual beli tanah Taman Manggis bagi membolehkan urusan pembayaran danpembangunan di kawasan itu dapat dilaksanakan segera.
Ketuanya, Baljit Singh berkata pihaknya mahu perjanjian yang jelas dibuat antara kedua belah pihak mengikut undang-undang pemilikan tanah supaya tiada masalah berbangkit di kemudian hari.
"Itu operasi yang standard jika tidak urusan jual beli tidak boleh diproses dan sehingga kini status tanah itu masih tidak diketahui," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Tanah di Taman Manggis sepatutnya dicadangkan untuk Projek Perumahan Rakyat (PPR) fasa kedua. Bagaimanapun kerajaan negeri menjualnya kepada pemaju untuk membina 19 tingkat hotel, enam tingkat hospital dan lima tingkat tempat letak kereta.
Baljit berkata ini bermakna kerajaan negeri telah menjual tanah itu dua kali dan pihaknya ingin tahu sama ada perjanjian jual beli tanah dengan pembeli pertama telah dibatalkan atau tidak.

Persoalannya permainan apa lagi yang Lim Guan Eng sedang rangkakan sedangkan ini untuk membantu rakyat. dan jika kita renungan ucapan awal tadi terang-terang amat bercanggah dengan mulut yang lefaz dan realiti sebenar pengtabiran Lim Guan Eng sebagai Menteri Besar Pulau Pinang. 

Apa yang kita nampak Prinsip CAT LGE Menafikan Usaha Parti Gerakan Mengdapat Tanah Taman Manggis

Saturday, 3 November 2012

Perbezaan Soal Hudud DAP dan MCA pada kaca mata PAS


Di bawah adalah kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek yang disiarkan oleh akhbar the Star semalam. Bloggers dan cybertroopers PR, terutamanya dari Pas sedang sibuk memanipulasi berita ini dari segi dengan menyatakan bahawa Chua menghina hudud. Silalah teliti kenyataan di bawah untuk memahaminya. 

Kesimpulan saya, blogger dan cybertrooper menipu kerana tidak ada kenyataan menghina hudud, melainkan menyatakan perasaan tidak yakin dan ketakutan kepada hudud Pas

Dalam kenyataan Chua, dia menolak Pas sebagai Islam. Pas hanya parti politik. 

Jika ada perkara yang tidak tepat dalam kenyataan ini adalah, Chua menyebut dan menerima Islam sebagai agama rasmi negara ini sedangkan di dalam Perlembagaan, Islam disebut sebagai agama Persekutuan. Kedua, adalah lebih manis dan sesuai jika Chua melakukannya dengan lebih berhemah, sama ada menyatakan pandangannya melalui saluran BN atau tanpa perlu sama sekali menyentuh Datuk Seri Jamil Khir.

Ekspresi Chua adalah tentang ketakutan dan ketidak yakinan bukan Islam bahawa Pas boleh melaksanakan hudud dengan adil tanpa menjejaskan mereka. 

Spin pemimpin dan cybertrooper PR pula menunjukkan bahawa mereka cuba menidakkan ketakutan mereka terhadap Karpal dan DAP yang terang-terang menolak hudud dan PKR yang secara `malu-malu' menolak hudud. 

PR cuba menafikan pembongkaran bahawa DAP adalah anti-Islam yang dibuat oleh beberapa orang bekas pemimpin DAP dan PKR. Pas pula cuba menafikan hakikat bahawa PR sebenarnya menolak hudud melalui kenyataan bahawa hudud bukan agenda PR. Hakikatnya - jelas bahawa Pas bersubahat menolak hudud apabila PR menolaknya untuk dijadikan sebagai agenda. Sumber

Kenapa Dr Mashitah Menafikan ketokohan Tok Guru Nik Aziz


Dr Mashitah sedang menilai ketokohan seorang Ulama dan Tok Guru agama diseluruh Malaysia. tetapi sepatut Nik Aziz patut dicalonkan dulu. Kenapa Dr Mashitah Menafikan ketokohan Tok Guru Nik Aziz

Malah siapa yang paling layak untuk diktirafkan sebagai ketokohan Ulama dan Tok Guru yang wajar di contohi masyarakat. Ikuti dibawah siapa yee hingga Kenapa Dr Mashitah Menafikan ketokohan Tok Guru Nik Aziz !!

Antara signifikan pemilihan Masjid Taman Bukit Indah, Ampang sebagai lokasi perasmian Yayasan Pembangunan Pondok 1Malaysia (YPP1M) Khamis depan, ialah untuk menghargai jasa dan peranan ulama dan tok guru pondok di Selangor.

Kebanyakan mereka berasal dari Tanah Jawa, berhijrah ke Selangor untuk membangunkan institusi pondok atas kesedaran mendidik masyarakat tanpa meminta bantuan mana-mana pihak. Dari hutan belantara yang tiada kemudahan dan peralatan, mereka bertungkus-lumus bina pondok dan mengajar ilmu agama kepada penduduk, malah mampu memacu anak-anak bangsa ke menara gading.

Pengasas awal pengajian pondok di Selangor ialah Kiyai Haji Muhammad Ali Qaribun (lahir 1833), berasal dari Mataram, Jogjakarta. Beliau disarankan bapanya, Qaribun bin Suriyan al-Mentarami, seorang pengiring sultan di Istana Keraton, untuk ke Tanah Melayu bersama dua beradiknya, Kiyai Hj Abbas dam Kiyai Shafie, untuk menyebarkan dakwah. Mengikut catatan sejarah, mereka tiba di Selangor melalui Johor sekitar 1917.

Kiyai Haji Muhammad Ali Qaribun pada mulanya mengajar di masjid, tapi apabila muridnya mencecah ratusan orang, beliau dirikan pondok secara gotong-royong di atas tanah 0.4 hektar di sebelah masjid. Pondok beliau lebih dikenali ramai sebagai Pondok Sijangkang.

Antara 1920 dan 1950, beberapa pondok lagi dibuka di Selangor: Pondok Kiyai Muhammad Hairawi di Kg Kanchong Tengah, Banting (1925), Pondok Masyudi dan Pondok Kiyai Darda’ di Sg Pinang (1937), Pondok Kiyai Hj Muhammad Khalil al-Jawi (1940), Pondok Ribat al-Fuad, Kelang (1940an) dan Pondok Kiyai Hussain atau nama penuhnya Pondok Ma’ahad Al-Talabah Al-Abbassiyah (1950).

Di pondoknya, beliau mengajar pelbagai kitab, antaranya Safinatun Naja, Fathul Mubin Sayah Arba’in karangan Ahmad Ibnu Hajar, Matan al-Jurumiyyah karangan Abdullah Ahmad al-Faqih, Mukhtasar Jiddan karangan Sheikh Zaini Dahlan, Ihya ‘Ulumuddin karangan Imam al-Ghazali dan Khazinah al-Asrar. Murid-murid lama dan berpengalaman dibenarkan belajar Tafsir al-Munir karangan Imam Nawawi al-Bantani, dan Tafsir Jalalain atau Al-Futuhat al-Ilahiyah bi Tawdhih Tafsir oleh Imam Al-Jalalain. Selain itu, Ilmu Hikmah seperti Mujarobat dan Tafsir Yassin juga diajar.

Walaupun berusia hampir satu abad, beliau terus melaksanakan tanggungjawab sebagai mudir. Setiap waktu subuh, beliau akan memukul tin-tin kecil mengelilingi pondok untuk mengejutkan murid-muridnya dan menunggu mereka di pintu masuk. Yang lewat mengerjakan solat subuh akan didenda. Begitu juga sesiapa yang masuk tandas tidak tutup kepala atau memakai songkok didenda 20 sen untuk membayar keperluan dapur dan upah tukang masak.

Beliau juga mengamalkan suluk, seperti seorang lagi tokoh pondok terkenal, Tok Selehor, di Kelantan. Kiyai Haji Muhammad Ali Qaribun meninggal dunia pada tahun 1955 namun legasi dan semangatnya hidup hingga ke hari ini. Antara pondok yang masih aktif di Selangor ialah Pondok Bustanul Arifin di Banting, Madrasah Raudhatul Ulum atau Darul Atiq di Batang Kali, Madrasah Diniah Ahmadiah di Kajang, Madrasah Tahfiz Al Quran Lil Banin di Dengkil dan yang terbesar, Madrasah Islamiah Jenderam Hilir, yang mempunyai kira-kira 5,000 pelajar.

Ketokohan dan sumbangan para ulama, tok guru dan mudir pondok seperti yang saya kisahkan di atas akan diberi pengiktirafan pada majlis pelancaran YPP1M pada 8 November depan. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyampaikan anugerah selain beramah mesra dengan ribuan warga pondok yang dijangka hadir pada majlis itu.

Warga pondok yang dijemput dari seluruh pelusuk negara, beserta pelajar-pelajar sekolah tahfiz daerah Ampang, akan diraikan dengan pelbagai acara termasuk karnival pameran ilmu dan forum bertajuk “Pondok Jer...” yang akan menampilkan Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Nooh Gadot, pendakwah terkenal Ustaz Badli Shah Alauddin dan Prof Madya Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah. Forum ini akan berlangsung pada jam 2.30 petang.

Penduduk setempat dijemput hadir ke majlis ini. Istimewanya, semua dijemput bersolat Asar berjemaah dengan Perdana Menteri. Jangan lepas peluang untuk melawat puluhan gerai pameran dan jualan di pekarangan masjid. Singgah juga di gerai YPP1M untuk mendapatkan senaskhah Direktori Pondok-Pondok di Malaysia, yang julung kali diterbitkan di negara kita. Sumber

Ohh baru faham kenapa Kenapa Dr Mashitah Menafikan ketokohan Tok Guru Nik Aziz kerana kita perlukan Tok Guru yang... anda bijak anda fikirkan sendiri!

Kisah Pakatan Rakyat Duri Dalam Daging Anwar

Nampaknya kisah Pakatan Rakyat duri dalam daging Anwar memang mengjadi barah menunggu masa penamatnya. Itulah yang sedang berlaku dan diceritakan oleh Tun Dr Mahathir. KHARTOUM, Sudan - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kerjasama pakatan pembangkang bersifat sementara dan sekadar mahu memenangi pilihan raya umum.

Tidak seperti Barisan Nasional (BN) yang mempunyai kerjasama rapat selama 55 tahun dan persefahaman, beliau berkata, dalam pakatan pembangkang itu sendiri sebenarnya tiada persetujuan dan tiada perancangan masa depan.“Kita harus ingat pakatan bukan gabungan.

Pakatan adalah perjanjian secara tidak bertulis yang mahu bekerjasama melawan BN, itu sahaja,” katanya mengingatkan sesetengah pihak yang dilaporkan berhasrat memberi peluang kepada pembangkang pada pilihan raya umum akan datang kerana menganggap mereka seperti “BN”.

Bercakap kepada wartawan Malaysia selepas menyampaikan syarahan umum kepada 1,000 tetamu yang terdiri daripada penuntut universiti, ahli akademik dan ahli korporat serata Sudan pada Khamis, Dr Mahathir berkata, pembangkang tidak mempunyai agenda pembangunan negara, jauh sekali mahu menjaga kepentingan rakyat.

“Yang dijanji nak naik 20 peratus royalti kepada Kerajaan Negeri. Jadi, negeri lain yang tiada minyak akan kerugian dan ini bermakna negeri yang ada minyak sahaja boleh dibangunkan.“Sekarang ini pun, dengan lima peratus (royalti) yang kita (kerajaan) bayar, mereka begitu kaya sekali, jauh lebih kaya daripada negeri lain,” katanya.

Mengulas mengenai “Kabinet bayangan” pakatan pembangkang yang dikatakan masih kabur, Perdana Menteri Malaysia keempat itu berkata, ia perkara biasa.

“Mereka mempunyai cita-cita untuk memerintah Malaysia. Justeru itu, mereka perlu bentuk apa yang dipanggil sebagai Kabinet bayangan tapi dia bayang sahajalah.

“Mereka sukar untuk memilih pemimpin kerana masing-masing hendak jadi pemimpin. (Ketua Pembangkang Datuk Seri) Anwar Ibrahim ingat dia akan menjadi Perdana Menteri, tetapi orang lain pun ada cita-cita besar juga,” katanya.

Beliau berkata, dengan menjanjikan untuk mengadakan 10 hingga 15 jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam Kabinet bayangan hanyalah sekadar umpan bagi parti pembangkang untuk bekerjasama.

Sebuah akhbar asing baru-baru ini melaporkan kepentingan Anwar dalam Kabinet bayangan masih kabur, di sebalik telah beberapa kali menyatakan hasratnya itu sejak pilihan raya umum 2008.

Menurut laporan itu, model Kabinet bayangan, yang biasanya terdapat di Britain dan Australia, membariskan menteri Kabinet masing-masing dan memainkan peranan untuk mengkritik kerajaan sedia ada dan dasar-dasarnya, dan pada masa yang sama menawarkan cadangan penyelesaian . - Bernama
Published with Blogger-droid v2.0.9

Badrul Amin Shopping baju Anak-anak Bukan Ikut Al-Arqam


Minta maaf laa kerana salah sangka dekat Badrul amin, Rupa-rupanya Badrul Amin Shopping baju Anak-anak Laa Bukan Ikut Al-Arqam itulah kalau orang membeli belah dekat kedai dan bukannya dekat khemat yang sedang berlangsung acara yang dikaitkan dengan menyambut ulang tahun kelahiran Al-Shaari yang mengasa Al-Arqam. 

Itu belum ikut kisah kononnya ada bunyi ghaib lagi tu! tengok ni!

KUALA LUMPUR, 2 Nov - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) percaya konsert khas 'Abuya Terus Memimpin Walaupun Ghaib' bertujuan menghidupkan kembali ajaran sesat tersebut di Bandar Country Home, Rawang, semalam. 
Dalam serbuan JAIS, beberapa individu turut ditahan termasuk Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron dalam sebuah konsert yang dihadiri hampir 3,500 orang. 
Menurut JAIS, serbuan dilakukan kerana melanggar arahan mufti dibawah Seksyen 12C Enakmen Jenayah Syariah Selangor dan turut merampas kain rentang dengan perkataan didakwa sebagai cubaan menghidupkan ajaran Al-Arqam. 
Sebelum itu, pengikut tegar pernah mengadakan konsert yang sama empat hari selepas pengasas Ashaari Muhammad meninggal dunia pada 2010 yang didakwa cuma ghaib dan akan kembali memimpin dalam masa terdekat. Al-Arqam diharamkan di negara ini pada 1994. sumber KLpos
Inilah yang buat musykil apahal yang  Badrul Amin Shopping baju Anak-anak di dalam khemah majlis Al-Arqam 

Ada apa-apa agenda tersembunyi atau adakah Badrul Amin menjadi utusan merisik?

Friday, 2 November 2012

Kabinet PR Berjanji Dibibir Bermusuh Dalam Selimut

Inilah kisah yang sukar untuk dinafikan jika Karbinet PR Berjanji Dibibir Bermusuh Dalam Selimut sebab semuanya berjanji sekadar dimulut dan hanya menanti masa untuk bertelagah jika sedikit api dicucuh.

Dalam Pakatan Rakyat terang-terang berlumba-lumba untuk meningkatkan kerusinya demi memanopoli suara kabinet. tetapi dalam situasi sekarang! memperlihatkan DAP paling banyak kuasa dalam perngagihan jumlah kerusi.

Semuanya pakat-pakat bermain bersendiwara dan apatah lagi fantasi Kabinet PR Berjanji Dibibir Bermusuh Dalam Selimut ini bakal berubah dan bakal memusnahkan negara ini. Kerana agak tidak logik sama sekali DAP akan bersetuju dengan senarai karbinet ini. Malah tidak mustahil DAP ada plan sampingan yang menanti masanya untuk diterjahkan.

Yang paling menarik PKR telah menyimpan suara Ariwanas di dalam PAS manakala DAP cuba menyerap calon Melayu untuk kerusinya bagi memancing pengundi Melayu dan berperluang meletak Menteri Besar DAP di berberapa negeri tertentu.

Inilah situasi yang amat menyeramkan apatah selama ini Pakatan Rakyat hanya ujud dibibir dikalangan mereka sahaja tampa mementerai sebarang perjanjian. Adakah ini dapat diguna pakai dalam zaman penuh tipu helah ini. Ada dapat terima Kabinet PR Berjanji Dibibir Bermusuh Dalam Selimut ?

Pratonton Badrul Amin Ditangkap Bersama Kumpulan Al Arqam


Siapa kah wajah itu, bukankah itu seperti Badrul Amin. Lihatlah dan tontonlah sendiri senarai video Pratonton Badrul Amin Ditangkap Bersama Kumpulan Al Arqam dan anda pastikan sendiri benarkah ini wajahnya? 

Masih kita ingat siapa badrol amin ? Kalau tidak salahlah inilah wajah yang buat kaunseling jam 3 pagi bersama bini orang dan dianggap sebagai khidmat terbaik di dalam PAS dan sekarang ada lagi wajah dalam Pratonton Badrul Amin Ditangkap Bersama Kumpulan Al Arqam

Malah wajah ini jugalah yang istiharkan Anwar Ibrahim sebagai Imam Mahadi dengan kelayakan yang entah darimana kelayakan yang boleh diiktirafkan PAS

Lebih hebat lagi Al Arqam pula gelarkan abuya sebagai pemimpin akhir zaman lebih kurang dalam kategori Imam Mahadi la jugakkan.

Persoalannya apa agenda Pakatan Rakyat mendekati golongan yang menyokong Al Arqam. Adakah ini kerana terdesak yang amat sangat kerita saat-saat akhir menuju PRU13 ? Lihat sini untuk video!!! Pratonton Badrul Amin Ditangkap Bersama Kumpulan Al Arqam

Perbezaan UMNO Dan PAS Siapa Yang Dominan


Umno dominan mempertahankan fundalmental islam melayu raja-raja berdasarkan perlembagaan persekutuan yang dipersetujui, Tampa terikut-ikut pengaruh luar UMNO tidak penah mengorbankan perjuangan tersebut. Malah UMNO lebih dominan kerana punyai 81 kerusi melebihi gabungan kuasa gabungan Pakatan Rakyat. Kuasai karbinet.

PAS Dominan hanya dalam cakap-cakap dikalangan mereka. Tidak kepada rialiti pengjelmaan Parti. Malah banyak sangat kerja cedok sana-sini. PAS bertanding 66 kerusi yang amat mustahil dimenangi kesemuanya. Jadi dimana membuktikan PAS mampu mengjadga Islam di Malaysia? Ikuti seterusnya di bawah ini!

Thursday, 1 November 2012

Pratonton Nik Aziz Terbabas Mengjawap Misteri Lembah Sireh


Aduhai terbabas juga akhirnya Nik Aziz untuk mengjawap isu Misteri Lembah Sirih. Entah kemana hala tujunya langsung tidak berani menghurai apa yang sebenarnya sedang berlaku. Bagaimana jika seorang Menteri besar gagal mengjelaskan masalah Misteri Lembah Sirih.

Untuk yang belum penah baca isu lalu sila rujuk sini, dan berikut adalah pendedahan Perkasa soal Misteri Lembah Sireh. Perkasa cadang Suruhanjaya Diraja siasat projek Lembah Sireh 
PASIR MAS 29 Okt. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mencadangkan Suruhanjaya Diraja dibentuk bagi menyiasat projek pembangunan di Lembah Sireh yang dilaksanakan secara usahasama oleh kerajaan Pas Kelantan dengan syarikat Liziz Standaco Sdn. Bhd.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, penubuhan suruhanjaya tersebut perlu bagi menyiasat sama ada keputusan yang dibuat oleh kerajaan negeri untuk memajukan kawasan tersebut dibuat secara telus tanpa sebarang penyelewengan atau sebaliknya.

Beliau berkata, pihaknya memandang serius perkara tersebut selepas projek pembangunan tersebut mendapat teguran serius daripada pihak Jabatan Audit Negara dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 baru-baru ini.

"Kita hendak tahu sama ada pihak pemaju akan melunaskan janji-janjinya iaitu pembinaan jambatan berharga RM150 juta begitu juga dengan yang lain kerana tanah di kawasan tersebut telah digunakan.

"Pemaju sudahpun menjual rumah kedai dan bangunan yang dibuat, adakah kerajaan negeri sudah mendapat faedah hasil pemberian kawasan berkenaan kepada syarikat tersebut.

"Selain itu, saya difahamkan ada beberapa ekar tanah telah dicagarkan kepada pihak bank oleh pemaju. Sekarang ini bagaimana kepentingan kerajaan negeri dan rakyat dan perkara ini cukup serius," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis perkahwinan seorang Orang Kelainan Upaya (OKU), Siti Habsiah Mohammad, 26, dan pasangannya Bakri Setapa, 32, di Kampung Pangkal Kala, Bunut Susu dekat sini hari ini. - Sumber 

Pratonton Kenapa Tony Phua Anti Sangat Jutawan Melayu


Punya Berlambak China Jadi Jutawan Kenapa Tony Phua Anti Syed Mokhtar apa yang menggangu Ibrahim. Semuanya angkara dengki jika ada jutawan bernama Syed Mokhtar tapi ke berapa selepas jutawan-jutawan kaumnya.

Apa masalahnya Punya Berlambak China Jadi Jutawan Kenapa Tony Phua Anti Syed Mokhtar Selangor. Siapa yang membeli lori sampah dapat percuma BAS. Itu apa maknanya? Adakah sekarang mereka PKR sedang berusaha keras memastikan tiada orang Melayu mengjadi Jutawan?

Sepertimana yang kita tahu yang Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary merupakan bumiputera yang paling kaya dalam Malaysia. Dengan banyak kepentingan dalam pelbagai bidang perniagaan termasuk pengangkutan dan logistik, perladangan, pembangunan hartanah, pertahanan dan gudang senjata serta generasi kejuruteraan dan kuasa menjadikan beliau masyur di pelosok rata-rata dunia di luar dan di dalam negara.

Salahkah Syed Mokthar mengjadi antara jutawan di Malaysia dan kenapa Tony Phua tidak berani menyentuh golongan Jutawan berbangsa Cina di Malaysia. Adilkah kalau kita hanya antikan orang melayu sahaja dan biarkan semua kekayaan di Malaysia dibolot oleh kaum cina sahaja.

Memang laknat betul Tony Phua sebab Punya Berlambak China Jadi Jutawan Kenapa Tony Phua Anti Syed Mokhtar kerana meeka takut sangatkah orang melayu naik.

Wednesday, 31 October 2012

Tahniah MB Khalib Walaupun Rakyat Dalam Tanda Tanya!


Tahniah diucapkan kepada MB kita kerana berjaya mendapat anugerah MB terbaik. Cuma rakyat ada sikit Pecah Palak Memikir bagaimana boleh jadi sampai ketahap ini? Adakah samada juri jenis buta-tuli atau makan bersuap! 

KUALA LUMPUR, 30 Okt-- Sebarang penjualan aset milik anak syarikat kerajaan negeri Selangor seperti PKNS hendaklah dibuat secara telus. Pihak pentadbir kerajaan negeri khususnya Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim harus memberikan penjelasan kepada rakyat, apa keperluan penjualan aset-aset tersebut, apa untungnya rakyat di atas penjualan tersebut?


Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip berkata, beliau percaya lebih banyak aset kerajaan negeri Selangor akan dijual pada masa depan.

"Kalau selama ini pihak pembangkang selalu melaung-laungkan ketelusan, kita juga menuntut ketelusan kerajaan negeri pakatan Selangor supaya penjualan ini dibuat secara tender terbuka. Tapi sebelum tender terbuka dibuat, penjelasan kepada rakyat perlu dibuat.

"Apa perlunya aset ini dijual, apa untung rakyat bila aset ini dijual? Kalau setakat jadi Menteri Besar hanya nak jual aset negeri, jual aset kerajaan, saya fikir ini bukan Menteri Besar yang cekap, sebab itu saya yakin penjualan ini sedikit sebanyak berkait rapat dengan mood pilihan raya umum yang makin dekat," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pendedahan Timbalan Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar baru-baru ini berhubung dakwaan PKNS meluluskan penjualan lima aset milik mereka yang difahamkan proses penjualannya berada di peringkat akhir meskipun belum dimuktamadkan.

Tambahnya, beliau yakin hasil penjualan aset-aset ini akan wujud komisen kepada Pakatan Rakyat untuk digunakan bagi menghadapi pilihanraya yang akan datang.

Tidak mustahil usaha terdesak ini dilihat akan menyaksikan lebih banyak aset digadai bagi mendapatkan dana yang berkemungkinan besar bertujuan membiayai pilihan raya umum akan datang.

"Bukan hanya aset PKNS, malah harta kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor lain juga tidak mustahil akan dijual. Agenda pembangunan rakyat tidak dipandang berat dan sebab itu Abdul Khalid dengan mudah menyatakan manifesto yang dibuat pada pilihan raya lalu bukannya janji.



"Bak kata pepatah orang-orang tua, kalau tidak ada apa-apa, masakan tempua bersarang rendah," tambahnya lagi. -MediaUMNO

Tuesday, 30 October 2012

Apa dah jadi Karpal Singh Seteru Agenda Anwar Ibrahim



Hah Apa dah jadi Karpal Singh Seteru Agenda Anwar Ibrahim  ketika Anwar Ibrahim tengak dalam kesebokan berceramah disana sini untuk mempertahankan projek kondo mewah di kawasan Batu Cave. Tiba-tiba Karpal Singh tampil menjadi seteru yang menentang kempen Anwar.



Ketika Pakatan Rakyat dan BN saling menuding jari dalam projek pembinaan kondominium di Batu Caves, Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh menggesa kerajaan Selangor memansuhkan cadangan itu segera.

Katanya, tindakan itu akan menamatkan pertelingkahan, sekali gus meredakan kebimbangan penganut Hindu dan mengelak ancaman kerosakan terhadap kuil yang menjadi tarikan pelancong di situ.
"Kerajaan negeri tidak boleh mengetepikan manifestasi bantahan terhadap projek itu," katanya.
Karpal juga menawarkan perkhidmatan undang-undang secara pro bono kepada jawatankuasa kuil jika memerlukan bantuan. Malaysiakini.
Sudah Karpal tawarkan khidmat guaman lagi, Jadi benarlah yang Anwar sekarang sedang berbohong dan ada agenda tersembunyi untuk mengjayakan projek Kondo Mewah di Batu Cave. Apa dah jadi Karpal Singh Seteru Agenda Anwar Ibrahim  

Yang paling hairan kenapalah anwar beria-ia sangat hendak teruskan projek ini? Walaupun Anwar bertanya Jika kita batalkan dan kena saman, siapa akan bayar? tetapi siapa yang memandai-mandai luluskan projek ini. Projek yang luluskan semasa PKR memegang Selangor jadi pandai buat, pandai-pandai tangunglah kenapa hendak salahkan UMNO BN pula.

Langgan Melalui Email

Lagi Post Pecah Palak Mikir