Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Saturday, 13 October 2012

Haji Hadi Buktikan Ketuanan DAP Hanyalah Ke Putrajaya


Betul Haji Hadi hanya pandai fikir keuntungan sendiri sahaja Yang lain-lain ada dia perduli dan itulah yang digambarkan Haji Hadi sendiri menegaskan parti itu memperoleh pelbagai keuntungan hasil kerjasama dengan DAP dalam pakatan pembangkang. Haji Hadi Buktikan Ketuanan DAP Hanyalah Ke Putrajaya melalui kenyataan di bawah.
Beliau berkata, kerjasama dengan DAP memudahkan Pas menarik sokongan masyarakat bukan Melayu di negara ini seterusnya membolehkan parti itu kini mentadbir dua negeri di Malaysia. Sinar Harian
Haji Hadi Buktikan Ketuanan DAP Hanyalah Ke Putrajaya. Itulah bentuk keuntungan PAS sambil merugikan umat Islam di Malaysia. Bab merugikan umat islam Haji Hadi sembunyikan pula.

Haji Hadi menafikan suara akar umbi terutama ahli semumur hidup Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad yang berpendapat perjuangan politik Pas tidak lagi menepati kehendak Islam apabila bekerjasama dengan DAP. Rujuk Video sini

Oleh kerana mengharapkan keuntungan memenangi dua negeri dalam PRU12 boleh digandakan kepada menawan Putrajaya dalam PRU13. Haji Hadi menghalalkan PAS menurut apa sahaja kehendak DAP? 

Itukah yang digambarkan menguntungkan? Kalaulah PAS mempu merayakan kejayaan bersama DAP dan PKR keatas menawan Putrajaya. Tidak juga memberikan apa-apa keuntungan kerana PAS yang hanya menang pada nama tampa suara.

Apa gunanya kalau Baru Bian sebagai Menteri Besar Sarawak? Apa guna jika kuasa kerusi majoriti menjadi hak milik DAP? 

Agak-agaknya apakah portfolio yang akan diberikan kepada Pas? Sebab dekat Selangor PAS hanya layak menjadi Menteri Belia Dan Sukan? 

Agak-agak adakah PAS boleh mendapat portfolio Keewangan, Pertahanan atau Perdagangan. Harap kabinet bayangan yang digambarkan Anwar memang menarik bunyinya tetapi bukannya PKR yang mempunyai kuasa majoriti untuk menjaminkan Anwar sebagai Perdana Menteri. Apatah ada usaha menjadikan Perdana Menteri dikalangan kristian sebagaimana dibongkarkan oleh Zulkifli Nordin rujuk sini. Rujuk sini dan yang ini juga

Bagaimana PAS mampu mengterjemahkan kejayaan menawan Putrajaya memberi keuntungan jika hanya mampu melihat kemusnahan penjajahan baru?

Kenyataan Haji Hadi mahupun Nik Aziz bahawa Pas akan terus bekerjasama dengan DAP walaupun mendapat tentangan ahli akar umbi membuktikan mereka sanggup mengetepikan agama demi kepentingan politik. 

Mereka sanggup berbuat demikian hanya untuk meraih undi orang Cina dan India. Malah kesanggupan mereka melangkaui bersekongkol dengan sekutu Yahudi demi untuk kuasa.

Dulunya mereka juga yang menyebutkan sebutkan Politik Suku Agama Suku dan sekarang inilah yang mereka sedang lakukan.

Yang pasti akar umbi sekarang tidak mempunyai apa-apa lagi suara yang melayakkan mereka suarakan pandangan membina. Kerana keputusan haji Hadi mahupun Nik Aziz telah sepakat menjadikan PAS untuk terus bekerjasama dengan DAP untuk mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 walaupun mendapat tentangan daripada ahli akar umbi.

Sekarang Haji Hadi Buktikan Ketuanan DAP Hanyalah Ke Putrajaya dan wajarlah rakyat fikir-fikirkan apa musibah bakal melanda jika ini menjadi kenyataan.

1 comment:

Sahabat Gunung said...

Assalammualaikum...

Mantap blog Tuan.... Saya dah linkkan ke blog saya tak seberapa tu...

Salam perjuangan dari Sahabat-Gunung

Isu Terkini

get this widget here