Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Tuesday, 28 October 2014

Video Panas Dari #JusticeForSaiful Vs #Keadilan Buat @AnwarIbrahim @SaifulBukhari #Liwat2 #RakyatHakimNegara



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Esok, kes saya akan mula didengar dan dibicarakan di Mahkamah Persekutuan. Saya harap pihak perayu(DS Anwar Ibrahim) tidak mencari alasan untuk "tunda" lagi.

Cukuplah kes ini berlanjutan selama 6 tahun 2 bulan, yang mana sudah mencecah 100 penangguhan dan permohonan dibuat.

Kebenaran ini penting dan amat bermakna buat saya dan seluruh keluarga saya kerana ia melibatkan maruah dan masa depan.

Sebagai pengadu dan rakyat kecil, saya berkeyakinan penuh bahawa Mahkamah Persekutuan akan mendengar, lalu memutuskan kes ini dengan seadil-adilnya mengikut undang-undang, bukti-bukti dan semua keterangan sepanjang perbicaraan.

Saya berdoa agar segala pengaruh mahupun tekanan dari pihak tertuduh, pihak luar, juga anasir politik yang cuba mempengaruhi (ura2 ada 'deal', harap tidak benar) agar beliau dibebaskan adalah suatu yang mustahil dilakukan.

Sudah menjadi kebiasaan bagi diri saya dalam menghadapi sesuatu perkara, untuk siapkan diri berhadapan dengan 'worst case scenario'.

Yang pasti, jika ditakdirkan keputusan nanti tidak berpihak kepada saya, saya akan tetap Istiqamah dengan kebenaran ini walau betapa perit sekalipun untuk ditanggung, kerana saya yakin bahawa Allah SWT tidak akan menzalimi hambaNya yang tegakkan kebenaran.

Jika tidak didunia, di Masyar pasti…

Di kesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada bapa, isteri tersayang, seluruh ahli keluarga saya yang selama ini berdiri teguh, berdoa, berkorban dan bersama saya, juga kepada semua pihak yang secara langsung dan tidak langsung bersama saya selama 6 tahun ini. Allah SWT sahaja dapat membalas budi dan jasa kalian.

Disaat ini, hanya Allah SWT sahaja tempat saya mohon pertolongan, berserah dan mengadu. Sama-sama kita tunggu keputusan Mahkamah nanti.


"Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar." (At-Taubah 9:129)

Monday, 27 October 2014

Video @AnwarIbrahim bawa tentera upahan rempuh pintu pagar UM

Memang jenis berhati Iblis yang mahu mencipta undang-undangnya sendiri. UM bukan hak milik pribadi Anwar boleh suka-suka masuk menghasut kerana dia takut hendak masuk penjara. Tetapi jenis manusia macam Anwar 70 kali tangguh kes atas desakannyapun belum cukup adil baginya.

Jelsa sangat dia bersalah dalam kes liwat apatah peguamnya sendiri berkata atas suka sama suka dalam satu sesi mempertahankan nafsunya di mahkamah

Sekarang semakin jelas Anwar ketakutan walaupun dia cakap tidak takut masuk penjara. dasar Iblis.



Penyokong Anwar Ibrahim Rempuh Pintu Pagar Universiti Malaya | Sekumpulan mahasiswa dan orang ramai yang terdiri daripada penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak merempuh pintu utama Universiti Malaya (UM) untuk menghadiri program pidato Ketua Pembangkang itu pada Isnin malam.

Dalam kejadian pada pukul 9.20 malam itu, kumpulan tersebut berjaya merempuh masuk pintu arah Bangsar selepas ia dikunci bagi tujuan keselamatan manakala pintu lain dibuka dengan kawalan. Ketika rempuhan berlaku, pemimpin politik seperti Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam turut berada di barisan depan kumpulan berkenaan. Antara yang kelihatan hadir di pintu masuk utama UM itu ialah Presiden PMUM, Fahmi Zainol. -Sumber


Helah Terbaru @AnwarIbrahim Terdesak Menyerang Universiti Malaya

Hari semakin suntuk, pintu Sungai Buluh telah jelas terpampang di minda Anwar!! Tiba-tiba Canselor  Sultan Nazrin Shah bertitah menghalang Pidato Anwar di UM. Bukan setakat itu UM akan menuduh sesiapa yang terbabit malam ini sebagai penceroboh.

Maka terkeluarlah berita palsu mengatakan UM di tutup dan Anwar dengan lantang mengeluarkan kenyataan di Facebook dengan hasutan lawan. Sebenarnya Anwar hendak Lawan UM atau lawan titah Sultan?

Anwar semakin terdesak tetapi kelakarnya ini ke cara orang bercakap tidak takut masuk penjara sedangkan dia sedang meroyan ketakutan? Anwar semakin hari sudah tidak dapat bendung kecelaruan hidup malah semakin terdesak lebih teruk pada kali pertamanya masuk penjara.

Mungkin Anwar bertambah takut kerana hukuman kali ini mungkin 20 tahun bukannya 5 tahun kerana ini merupakan keselahan kali kedua... Selamat beristirehat Anwar..

Apa yang pasti ini adalah helah terbaru Anwar untuk menguji sama ada dia masih mempunyai kekuatan menghasut rakyat untuk bangkit menentang kerajaan.

Dan tindakan mencabar UM adalah tindakan yang amat memalukan kerana sebenarnya Anwar langsung tidak mempunyai hak dan kaitan dengan UM.

Tindakan Anwar sebenarnya mudah difaham untuk  manipulate mahasiswa untuk bersama-sama terjebak dalam jenayah. Memang patutpun Canselor  Sultan Nazrin Shah bertitah menghalang Pidato Anwar di UM.

Sekaligus menggambarkan tahap ketedesakan Anwar telah mencapai tahap orang gila.

Kalau anda berfikiran waras anda akan nampak bagaimana Anwar semakin hilang akal akibat dari kerakusan nafsu sendiri.

Memang Gila @AnwarIbrahim Pembedahan Plastik Di Korea @DrWanAzizah

Saya biasanya akan cuba untuk menjadi sangat tidak sensitif apabila di datangi dengan perkara-perkara bercanggah dengan budaya dan bangsa Korea , Itu antara luahan individu yang sanggup memberlanjakan wang yang besar demi mendapat wajah baru.

Tetapi perubahan ketara ini memerlukan mereka menukar ID baru jika dibanding dengan wajah lama mereka, amat jauh berbeza sekali. Tetapi itu tidak pelik kerana dunia Korea hampir sama dengan dunia Amerika.

Cuma agak kelakar bila ada juga mamat kat Malaysia teringin membuat suntikan botox sebelum ke Sungai Buluh. Macam disengat lebah dan memandangkan dikutuk rakyat kaw-kaw menyebabkan dia tak mahu meneruskan lagi pesiapan muka sebelum bercuti di Sungai Buluh. 

Semoga Anwar dapat berehat dengan tenang di Sungai Buluh. Nasib baik dia tak buat pembedahan muka di Korea, kalau tak mesti nak berubah macam Maha Gandhi, kerana dia ni perasan sangat dapat jadi macam Maha Gandhi walaupun Maha Gandhi langsung tak pernah terbabit dengan kes liwat mahu china doll..

Datuk @JaharaHamid buka pekung @CmLimGuanEng Menipu Perumahan Prima

Lim Guan Eng dalam artikal Roketkini telah menyelar kononnya dia di Fitnah menyentuh isu Perumahan Prima. Lim Guan Eng cuba menegak benang basah kononnya dia telah merancang untuk membina rumah mampu milik.

Tetapi berdasar pendedahan  Datuk Jahara Hamid telah membuka pekung penipuan yang melampau Lim Guan Eng:

Kerajaan Pulau Pinang tidak harus menyalahkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) atas kegagalan dasar perumahan kerajaan negeri pimpinan DAP itu dalam menyediakan rumah mampu milik.

Ketua Pembangkang Dun Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid berkata, MPPP tidak seharusnya dikatakan cuai dalam melaksanakan dasar harga rumah mampu milik jika kerajaan negeri sendiri gagal menyatakan dengan jelas keluasan unit rumah bagi setiap kategori harga yang mereka tetapkan.

"Kerajaan negeri perlu lebih tegas dalam melaksanakan program perumahan mampu milik di Pulau Pinang dan menyediakan garis panduan lengkap untuk dilaksanakan pihak berkuasa tempatan dalam meluluskan permohonan Pelan Kebenaran Merancang oleh pemaju," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Akhbar berbahasa Cina hari ini melaporkan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perancangan Bandar dan Desa Pulau Pinang, Jagdeep Singh Deo menerima aduan daripada dua pembeli rumah mendakwa mereka perlu membayar RM200,000 bagi unit rumah berkeluasan 42.82 meter persegi (461 kaki persegi).

Jagdeep yang menjawab aduan itu dipetik sebagai berkata MPPP telah cuai dalam melaksanakan dasar harga rumah mampu milik kerajaan negeri dan beliau juga mengakui tiada garis panduan keluasan unit rumah mampu milik dimasukkan dalam dasar perumahan kerajaan negeri.

Jahara berkata, mengikut dasar perumahan yang diumum kerajaan negeri, jika kepadatan unit rumah ditingkatkan sehingga 87 unit bagi 0.4 hektar (seekar), pemaju perlu membina 30 peratus unit rumah kos rendah pada harga jualan RN42,000 seunit dan kos sederhana rendah pada harga RM72,500 seunit.

Katanya, pemaju juga dikehendaki membina 25 peratus rumah dalam kategori rumah mampu milik, iaitu lima peratus pada harga RM200,000; 15 peratus rumah berharga RM300,000 dan lima peratus rumah berharga RM400,000.

"Adalah amat mengecewakan kerana tiada garis panduan mengenai keluasan unit rumah untuk kategori mampu milik. Pemaju mengambil kesempatan untuk menawarkan rumah bersaiz lebih kecil daripada rumah kos rendah dan sederhana rendah pada harga jualan yang sangat tinggi," katanya. - Bernama

Isu Terkini

get this widget here