Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Saturday 15 September 2012

Isu Retorik Yang Paling Meroyankan Pecacai

Memang tidak syak lagi! Puak-puak penyokong tegar Pakatan Rakyat lebih suka angan-angan melangit! Semua benda Auta yang Anwar dan Rafizi karang dipercaya bula-bulat. Yang paling "Best" yang muka-muka yang kerap kena kencing tu jugalah, masih tidak serik-serik menawar diri jadi mangsa.

Apalah daya kalau hidup mereka suka sangat dengar drama seloka Anwar Ibrahim, apa nak boleh di buat lagi. Tetapi yang pasti!! Pakatan Rakyat bakal tinggal sejarah kaki kencing terhebat di Malaysia. Sebab janji bagi tanah datang bulldozer dan kalau tak pun tanah dirampas, janji hendak sedia kawasan mencari rezeki dihalau untuk kemudahan Ultra kiasu dan bermacam-macam hal mereka menyusahkan rakyat.

Cuma satu je permintaan kalau dah kalah janganlah buat onar laa pulak kat negara ni yeee!! Sedarlah diri sebab Pakatan Rakyat langsung tidak layak mengtabir negara ini. Sebab sekali dah kelentong, lama-lama orang naik jerak!

Kita tengok apa lagi janji dan retorik Pakatan Rakyat setelah kerap sangat jadi kaki kencing! Yang bau hamisnya macam 4 tahun tidak basuh! Adus kena pulak Khalib kata Manifesto bukannya janji! Jadi tidak ditunaikan pun tidak apa! Adus macamni ke pecacai boleh percaya sangat! Memang PecahPalakMikir puak-puak nih!!

 
CHERAS, 3 Ogos -- Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata, rakyat perlu berhati-hati dan jangan terpedaya dengan tipu muslihat pembangkang kerana pembangkang kini dilihat semakin ghairah memanipulasi minda rakyat semata-mata untuk mengelirukan rakyat. Katanya, pembangkang memang bijak dalam mengelirukan rakyat. "Baru-baru ini Rafizi kena tahan sebab Bafia. Itu bukan salah UMNO dan Barisan Nasional (BN). Perkara ini ada undang-undang dan akta. Ini bukan masalah Najib (Perdana Menteri) takut kepada Rafizi atau sebagainya. Kita dah perintah negara ni lama, dah 66 tahun... Apa kita nak takut. Kerajaan BN telah melaksanakan yang terbaik malah Perdana Menteri dan Timbalannya turun ke bawah untuk bantu rakyat. "Kalau kita tengok parti pembangkang bukan nak bantu rakyat, mereka menyusahkan rakyat. Buat rakyat pening. Akhirnya yang akan rugi rakyat. Jadi saya minta rakyat berfikir. Pembangkang tak buat apa. Mereka tidak mendekati rakyat dan tidak menyalur sumbangan kepada rakyat. Mereka hanya retorik. "Mereka cakap nak turunkan harga kereta. Saya nak bagitau, kalau boleh dah lama dah BN buat, tak payah tunggu pembangkang cakap. Mereka tak perintah negara. Jadi mereka boleh berjanji apa sahaja kepada rakyat. Tetapi kalau ditakdirkan mereka menang, percaya dan yakinlah mereka tidak akan buat apa yang mereka katakan. Mereka akan buat berbagai alasan, kerana mereka tak mampu," ujarnya. Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis penyampaian sumbangan bantuan Hari Raya Aidilfitri 2012 Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) di Pusat Rekreasi Cheras, di sini hari ini. Oleh yang demikian, Syed Ali meminta agar rakyat berfikir apa yang telah kerajaan BN lakukan selama ini untuk membela nasib rakyat daripada pembangkang yang hanya pandai pusing cerita untuk kelirukan rakyat. "Saya harap sangatlah rakyat untuk melihat dan berfikir sendiri sebelum buat keputusan. Jangan sampai nasi jadi bubur. Kita menangis air mata darahpun benda dah terlepas. Sebab itulah rakyat kena berhati-hati menilai apa yang telah kerajaan hari ini lakukan demi mereka," tambahnya lagi. -- MediaUMNO 

Khalib Bocorkan Janji Turun Harga Kereta Hanyalah Manifesto Sahaja

Ahhh Sudah spin tidak habis-habis puak-puak PKR nih!! Bocor Rahsia!! Keluar pulak Janji Turun Harga Kereta Bukan Satu Janji tetapi hanyalah Manifesto PRU 13. Jadi maksud Khalib manifesto PRU13 tak perlu ditunai sekadar untuk penyedap mulut jelah. Adus makin ramai kena kencing nihhh!!

Alamat ramai lagi kena kecing hidup-hidup selepas ini! Kalau nak tahu lagi! Rujuk sampai habis dibawah ini...

Pengumuman kerajaan PKR Selangor untuk tidak menyertai pilihan raya umum mengukuhkan dakwaan bahawa pembangkang berhasrat menggunakan wang rakyat Selangor dalam usaha mempertahankan kedudukan politik di negeri itu.

Menurut Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan, mengambil contoh keputusan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang bersedia membiayai kos guaman Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berhubung kes Pusat Fidlot Nasional (NFC), dana rakyat Selangor sekali lagi akan menjadi mangsa.

"Itu memang hakikatnya dan mereka sudah pun melakukan perkara seperti itu, contohnya dalam kes Rafizi. Mereka menggunakan dana kerajaan negeri untuk membela dia, sedangkan apa yang dilakukan itu memang menyalahi undang-undang." katanya kepada Antarapos.

Justeru, Kamalanathan membidas sikap tidak bertanggungjawab Khalid terhadap kuasa dan amanah yang diberikan rakyat.

"Itukah kuasa yang beri rakyat kepada kerajaan negeri supaya kes-kes untuk menjaga kebajikan ahli-ahli parti dengan menggunakan dana kerajaan negeri. Tidak perlu pilihan raya, kita sudah nampak kerajaan menggunakan dana sumber kerajaan negeri untuk membela seorang yang telah melanggari undang-undang," tambah beliau.

Perkara tersebut dibangkitkan oleh Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak, semalam.

Menurutnya, "jika Selangor memilih untuk mengadakan pilihan raya serentak maka sumber negeri tidak boleh digunakan kerana selepas sahaja Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan maka kerajaan negeri berfungsi sebagai kerajaan sementara".

"Di sini kita boleh lihat PR menggunakan pendekatan serampang dua mata, mereka boleh fokus kepada Parlimen dengan menggunakan sumber negeri.

"Bagi pilihan raya negeri Selangor, jentera pilihan raya PR seluruh negara akan berkumpul di Selangor. Kita akan menyaksikan pertembungan besar besaran antara PR dan BN di negeri ini," memetik laporan Sinar Harian.

Kamalanathan kemudian menyatakan rasa khuatir dengan sikap tidak bertanggungjawab pakatan pembangkang jika terus menggunakan dana rakyat bagi kepentingan politik semata-mata.

Katanya, ini kerana ia akan meninggalkan kesan buruk kepada kerajaan BN kelak sekiranya berjaya menawan kembali Selangor.

"Saya juga khuatir kalau inilah perangai mereka (Pakatan Rakyat), saya khuatir kalau BN (Barisan Nasional) ambil alih Selangor pada pilihan raya nanti mereka akan memberi pelbagai masalah kepada kerajaan BN."

Tegasnya lagi, beliau percaya rakyat negeri itu sudah mula sedar dan kini telah membuka mata seluas-luasnya terhadap salah laku pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor tentang niat murni serta janji manis yang ditaburkan pembangkang hanyalah retorik semata-mata.

Malah, beliau turut menempelak Menteri Besar Selangor merujuk kepada manifesto yang ditawarkan sedangkan hakikatnya kerajaan pembangkang gagal memenuhi janji setelah empat tahun mentadbir negeri itu.

"Tan Sri Khalid kata semua menifesto-menifesto PR itu bukannya janji. Contoh bila PR janji nak turunkan haraga kereta itu bukan janji...menifesto sahaja, jadi sekiranya dia menang sekalipun tiada apa...Kita tahu 'track rekod' mereka, mereka tidak akan lakukan.

"Kerana menurut Menteri Besar semua menifesto atau janji-janji tidak perlu ditunaikan," kata beliau.

Sumber rujukkan

Rakyat Semakin Berani Menentang Anwar Bapak Malapetaka

Kenapa Anwar hendak terkejut dan melatah dengan kebangkitan rakyat! Bukankah ini budaya didikan Anwar Ibrahim! Jika hendak dibandingkan kebangkitan Anwar sebelum dan selepas keluar penjara!. Anwar telah mempergunakan rakyat dengan hasutan membenci kerajaan an membuat pelbagai aktiviti ganas.

Semasa itu Anwar Ibrahim telah mendapat sambutan dan sokongan dari rakyat dalam sekelip mata sahaja! Tetapi keadaan sekarang amat berbeza apabila situasi sebaliknya telah berlaku. Sebelum ini kebanyakan golongan anti Anwar Ibrahim sekadar bersikap bersabar sahaja dengan tindak tanduk Anwar Ibrahim. 

Memandang sikap Anwar Ibrahim semakin melampau malah terdapat banyak bukti-bukti jelas Anwar semakin galak membuka pintu untuk memasukan pengaruh kuasa asing dalam urusan negara, telah menyebabkan semakin ramai rakyat hilang sabar.

Sekarang rakyat semakin berani mempersoalkan tindak tanduk Anwar Ibrahim secara berdepan sehingga ada kes Anwar lari tinggal pentas ceramah. Malah rakyat semakin bosan dengan sikap Anwar Ibrahim yang sering memperlagakan rakyat dengan fitnah yang dikarangnya. 

PKR, PAS dan DAP tidak dapat hidup jika mereka tidak sepakat membawa isu rasuah, isu salah guna kuasa dan keganasan polis. Sebab itu apabila mereka mengadakan sebarang program ceramah akan dimasukan elemen ini sebagai kaedah menanam rasa benci kepada rakyat. Tidak perlu bukti dan tidak perlu fakta yang penting semua sepakat membawa cerita yang sama dan itu Pakatan Rakyat. Tampa rasa benci rakyat kepada kerajaan Pakatan Rakyat akan gagal.

Dalam kegairahan mereka membawa elemen sebergini, sebenarnya Pakatan Rakyat juga tidak lari dari masalah salah guna kuasa dan rasuah. Tetapi setiap isu membabit dari kelompok mereka akan dipendamkan dengan mengalihkan kesalahan kepada UMNO. Malah Pakatan Rakyat akan sentiasa mencari isu yang boleh mempopularkan mereka, walaupun sebelum ini janji 2008 sampai sekarang belum dapat ditunaikan kerana mereka tiada kemampuan dan kemahiran berbanding memecah belah rakyat  Malaysia.

Inikah pertanda semakin ramai rakyat meluah rasa bosan kepadaq Anwar Ibrahim yang juga terkenal sebagai raja kencing! Kita tunggu dan lihat. Yang pasti bagaimana Anwar Ibrahim sampai sekarang gagal menaikkan popularitinya melalui hasil kerja dan menunai janji yang telah lafazkan. Sampai bila kita hendak mendakap biawak hidup!

14 Minit Muhammad Movie Trailer

Filem Innocence of Muslims telah hina Islam dan Nabi Muhammad. Video trailer berdurasi 14 minit itu telah mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia. Filem ini telah diarahkan Sam Bacile yang berbangsa Yahudi. Wall Street Journal melaporkan Bacile turut menerima bantuan dana berjumlah AS$5 juta (RM15 juta) daripada kira-kira 100 bangsa Yahudi untuk membuat filem yang sengaja memburuk-burukkan sifat Nabi Muhammad SAW.

Friday 14 September 2012

Bukti Terlunjuk Soros Diakui Suaram

Nampaknya cerita mengenai dana Suaram disalurkan oleh Soros bukan lagi satu persepsi! Sebaliknya adalah kebenaran yang diakui oleh orang kuat Suaram sendiri Pengarah Kua Kia Soong. Menurutnya 
Berkenaan Soros, Kua berkata jutawan itu mempunyai hak untuk menyalurkan wang kepada sesiapa yang difikirkannya sesuai.
'Soros menggunakan wang sendiri'

"Apa yang tidak kena dengan George Soros? Apa sahaja Soros buat bukan urusan kami. "Dia tidak menggunakan wang rakyat AS atau Hungary. Dia menggunakan cara tersendiri ... "Tambah Kua . sumber Suara Sarawak
Adakah rakyat Malaysia telah lupa siapakah George Soros. Seorang spekulasi mata wang yang berjaya menjatuhkan banyak negara Asia semasa krisis matawang1997 kecuali Malaysia. Dan kenapa rakyat Malaysia tidak boleh mempertikaikan  kepentingan George Soros sehingga sanggup menyalurkan dana besar kedalam tabung Suaram.  

Berdasarkan dokumen-dokumen bertarikh 17 Oktober 2007, 18 Disember 2008 dan 12 Februari 2010, dana berjumlah keseluruhan RM558,000 telah diterima SUARAM daripada OSI di New York di mana Soros ialah pengasas dan pengerusi NGO terbabit.

Dimana pula letaknya salah guna kuasa kerajaan dalam menyiasat hal ini seperti yang cuba diputar-belitkan oleh Kua Kia Soong. Sedangkan mereka mendapatkan bantuan asing untuk tujuan mengkucar-kacirkan keamanan negara ini.

Perlu difikirkan oleh rakyat Malaysia, adakah kita wajar mempercayai bulat-bulat cerita-cerita karangan yang di bawa Suaram untuk menjatuhkan Perdana Menteri? 

Adakah kita menilai setiap cerita yang dibawa Suaram terutama kes Scorpene, harus dipercayai sambil menidakkan siapa penyumbang diberlakangnya seperti George Soros? Wajar kita ketepikan soal itu tampa ada sebarang perasangka terhadap helah menjatuhkan negara ini?

Malaysia pada rakyat mungkin adalah biasa, Tetapi tidakkah rakyat Malaysia mahu berfikir bertapa hebatnya negara ini dari pelbagai sektor pesat mebangun. Malah menjadi idola dan  panduan buat negara-negara lain terutama dari golongan negara ketiga dan islam.

Merujuk kepada kes Scorpene! Satu persoalan! kenapa sepina kepada Najib Razak yang kononnya telah dikeluarkan Mahkamah Perancis sudah melebihi 4 bulan tampa sebarang tindakan. Adakah semua ini hanyalah satu karangan cerita yang terbantut! Sedangkan kalau ini benar berlaku, Masakan Anwar Ibrahim membuang masa kerana ini cara mudah dan boleh menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional dari pelbagai cara tampa perlu memasuki medan PRU13.

Juga menjadi persoalan! mustahil ke tidak yang George Soros juga mempunyai kemampuan untuk mendapat pengaruh dalam Perancis. Iaitu urusan mencari Sepina mengenakan Najib Razak?

Manakala! jika benarlah Spina itu ujud! bukankah George Soros juga mampu memperolehi kuasa tekanan dari badan-badan dunia yang besar dari pelbagai badan, untuk tampil mendesak kedudukan Najib Razak. Tetapi ini tidak berlaku.

Jadi dimana letaknya penilaian rakyat Malaysia terhadap karangan dalam kempen menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Adakah kita langsung tidak mahu berfikir  atas kemungkinan apakah, penyebab minatnya George Soros  untuk menyumbangkan dana yang besar buat Suaram. 

Kalau kempen Anwar Ibrahim sebagai PM berjaya. Tak akanlah George Soros sekadar hanya tolong kawan! Tidak adakah habuan sebagai imbal balas dari jasa-jasa George Soros. Andailah ada hidangan tak akanlah George Soros makan ikan bilis

Yang kita tahu, fungsi Suaram bukanlah sekadar isu Scorpene! juga terbabit di dalam siri Bersih hingga berlaku pelbagai aktiviti keganasan semasa demotrasi bersiri Bersih dan himpunan hijau menentang Lynas. Semuanya asalkan polis tersalah ambil tindakan dan kalau boleh berlaku banyak keganasan polis terhadap orang awam. supaya lebih banyak dan mudah kuasa asing masuk campur. Alhamdulillah negara kita tidak terlajak sehingga peperangan saudara seperti dunia luar.

Adakah ini juga belum cukup untuk ditafsir dan dikaitkan dalam penilaian mata hati rakyat Malaysia! untuk mencari jawapan apa tujuan sebenarnya Suaram dan kenapa George Soros bergitu berminat untuk menyumbang dana kepada Suaram

Adakah kerana Anwar Ibrahim pandai berpidato sambil mencaci mana-mana individu sesuka hati tampa perlu sebarang bukti, di atas pentas ceramah serata Malaysia. Ini yang membuat rakyat kebutaan dan mempercayai bulat-bulat ayat usaha dan janji mulut Anwar Ibrahim. Kalau bergitulah tidak hairanlah amalan Suaram dikaburkan Anwar Ibrahim.

Sebenarnya Suaram bertindak menjatuhkan pengaruh Najib Razak yang sedang kerja kuat untuk merialisasikan Janji Ditepati dan Tranformasi Kerajaan. Puncanya Anwar tidak akan mungkin mampu menyaingi kemampuan bekerja seperti Najib Razak.

Oleh itu, jika Suaram berjaya menjatuhkan kredibiliti Najib Razak sudah tentulah dengan mudah akan menaikan imej Anwar Ibrahim sebagai pergantinya. Mungkin ini faktor bertambah minatlah George Soros! Apatah dia juga sedar Anwar Ibrahim adalah manusia yang mudah diperalat pada masa depan.

Apatah juga tahap kredibiliti Anwar Ibrahim sebenar cukup teruk, tampa sokongan PAS, DAP, Suaram termasuk banyak lagi NGO haram dan sokongan dana bangsa asing termasuk Soros. Tentu mustahil memulihkan imej Anwar dengan secepat mungkin.

Bagaimana dengan rakyat dari aliran PAS yang terlampau taksub kepada ketua-ketua mereka. Adakah mereka menganggap kehadiran Anwar hanyalah sebagai laluan mudah. Walaupun hampir separuh dari mereka kuat menyimpan rasa syak kepada Anwar Ibrahim.  Tetapi atas dasar membolehkan PAS mencapai cita-citanya dan yakin PAS akan dapat membendung dari gejala buruk setelah sampai ke Putrajaya. Maka ramai pakat-pakat pejam mata walaupun sakit tidak terkata.

Adakah bergitu mudah kita menolak resiko api dibawa Suaram! Atas hanya kerana taksudkan  Parti? Adakah ini cara rakyat Malaysia meletakan rasa sayang dan tangungjawap memelihara tanah air, cukup sekadar berharap kepada orang-orang yang hanya pandai membawa cerita berdebu daripada menilai tahap ketokohan pemimpin yang sentiasa bekerja demi merialisasikan janji dan tanggungjawap, sambil berpegang teguh kepada amanah agama bangsa dan negara.

Kalau difikirkan semulapun Anwar Ibrahim bukanlah orang yang penah tunaikan janji malah terang-terang kencing berdiri kepada rakyat pun ada. Kalau tidak percaya carilah Youtube Kampung Buah Pala dan adakah itu juga kita perlu ketepikan termasuk janji-janji PRU12 di Selangor, semata-mata percaya buah cerita wayang Anwar Ibrahim.

Bagi golongan Ultra Kiasu termasuk Kua Kia Soong tentulah ini bukan ancaman kerana mereka dari golongan yang memanopoli segala kekayaan Malaysia melebihi kaum melayu, india dan lain-lain kaum. Malah mereka juga mempunyai kapasiti modal yang besar. 

Jika penaklukan kuasa asing berlaku, bukannya merugikan apa-apapun buat mereka malah  tidak mustahil akan berkali-ganda lagi menguntungkan mereka, Ia bakal berlaku apabila hak-hak islam, melayu dan bumiputra tergugat dari kemasukan kuasa asing. Jangan bermegah fikirkan sangat! yang kita masih ada Institusi Raja yang boleh mengawal keadaan. kerana kalau sudah terjatuh kepada pengaruh kuasa asing tiada apa yang mustahil untuk berubah. 

Kalau tidak cukup percaya saksikanlah kejatuhan negara islam yang lain. Semuanya berpunca dari kemasukan pengaruh kuasa asing! hingga sekarang sudah banyak diantaranya menjadi boneka kuasa asing. Rakyat merempat manakala kekayaan disalur keluar oleh kuasa asing. Emm!! adakah ini gambaran menarik buat bangsa asing menanam modal dalam agenda petukaran rejim di negara ini.

Sayangnya semuanya ini dipandang rendah oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Kerana kebanyakan rakyat terutama dari golongan Pakatan Rakyat berfikir dengan meletak parti sebagai pemacu akal. 

Kalau inilah yang berterusan berlaku! benarlah langkah moyang kita mengcipta lagu Anak Kecil Main Api sebagai amaran kepada generasi kita yang hanya kenal kemerdekaan dari kaca tv sahaja. 

Biarlah kita PecahPalakMikir demi mengjaga kepentingan dan warisan kepada anak genarasi kita! Tetapi bukan sebagai perosak, pengkhianat permutus amanat warisan moyang yang bermandi darah memerdekaan penghidupan kita sekarang.

Anak kecil main api 
Terbakar hatinya yang sepi 
Air mata darah bercampur keringat 
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya 
Tergadai seluruh harta benda 
Akibat sengketa di antara kita 
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita 
Warisan berkurun lamanya 
[ Anak Kecil Main Api lyrics found on http://lyrics.my
Hasil mengalir ke tangan yang lain 
Kita kan merintih sendiri

Jangan buang waktu lagi 
Majulah raih sebuah mimpi 
Hapuskan sengketa 
Teruskan usaha 
Kita kan gagah di nusantara

Kita kan gagah di nusantara 
Kita kan gagah di nusantara 
Kita kan gagah di pentas dunia

Kenapa Nik Aziz Lari Dari Berdebat Dengan Hamba Allah Ini?

Adus bukankah Nik Aziz seorang yang amat hebat dengan pengetahuan Agamanya? tetapi kenapa lari...

Bukankah Nik Aziz juga mampu berhujah dengan lantang dalam apa jua ilmu dunia dan kadang-kadang melebihi ilmu Tun Dr Mahathir (Kalau tidak masakan semua kerja Tun Dr Mahathir buat dipertikaikan). Hairan kali ini terkelu!

Bukankah Nik Aziz juga amat hebat memberi ceramah sana-sini kepada berpuluh ribu pengikutnya tampa jemu! Kenapa kali ini terhenti!

Bukahkah nama Nik Aziz antara digembar-gemburkan oleh puak-puak sebagai ulamak paling berpengaruh! Kenapa kali tiada bukti tahap ketinggian pengaruh itu!

Bukankah juga Nik Aziz amat terkenal serata dunia kerana kehebatan ilmunya seperti mana di gembar-gembur pengikutnya di alam maya. Tetapi kenapa tahap terkenalnya kita tidak boleh memberanikan diri!

Sungguh hairan! Entah mengapa dengan hanya hamba Allah seorang ini telah mencabar Nik Aziz berdebat! Bukannya Nik Aziz patut menyahut tetapi melarikan diri tampa suara! tampa desakan pengikutnya! malah tidak ada seorangpun pengikutnya berani mendesak atau mencadangkan Nik Aziz terus berani diri, turun padang berdebat ilmu dengan hamba Allah.

Kalau hendak diikutkan hamba Allah ini bukanlah segah nama Nik Aziz ataupun sehebat Nik Aziz. Tetapi yang menghairankan kenapa yang seorang inilah Nik Aziz cukup takut!

Sedangkan selama ini dalam PAS mahupun Pakatan Rakyat sedang kecoh dengan mencabar kesana-kemari sehingga menjadi satu trend dalam mengjelang PRU13. Apahal pula yang boleh menghalang Nik Aziz turut serta ambil bahagian, demi membuktikan yang selama ini dia bercakap benar? 

Adakah Nik Aziz ketakutan dari pecahnya tembelang yang tidak diketahui umum atau Nik Aziz takut ilmunya tidak mampu menandingi ilmu hamba Allah ini. Hai tak patut pulak bukan! sebab Nik Aziz kan seorang ulama yang tersohor di serata dunia. Jadi adalah wajar Nik Aziz buktikan dia mampu berhujah dengan apa yang dirasa benar dari duduk bercakap sendirian didepan juru kamera sambil mempertikaikan orang lain. sekali-sekala tampil beri paku buah keras kepada hamba Allah ini.

Rasanya sudah tiba masa untuk Nik Aziz buktikan dan itupun kalau masih ada keberanian untuk tidak menjatuhkan air muka orang-orang PAS. Apa macam jangan PecahPalakMikir layan je debat dengan hamba Allah ini. Buktikan siapa Nik Aziz........ Ada berani!!

Dibawah ini menceritakan bagaimana mengundi DAP itu berdosa.

Pratonton Aduhai Ustazah Abby Udah Menggatai Kena Bodoh Lagi - UIA


Itudia bertauliah juga Ustazah Abby sampai lebih hebat berbanding-banding ustaz diberlakangnya. Siap mengatai mengumpan orang-orang UMNO perhhh!!

Kelakuan Abby dibayar berlakon di dalam watak khas sebagai Ustazah yang tauliah dari university PAS. Kehebatan dan kemampuan Ustazah Abby melampaui pengetahuan yang ada pada dirinya sehingga dia mampu mencabar sesiapa sahaja untuk berdebat termasuk Ustaz Fathul Bahri dan Dr Asri.

Tapikan Abby ini setakat papar kat Youtube dengan sengaja mencari-cari pasal dengan orang-orang UMNO. Kalau dia betul-betul berani datang ke majlis orang-orang UMNO haaa pada masa itu cabarlah samada hendak tanya soalan ke atau berdebatkan ke cubalah! Kalau beranikan atau sekadar dengan puak-puak PAS je kot,,,


Tidak cukup dengan itu kena sound bodoh lagi (tonton Youtube di bawah). Kalaupun hendak cakap pasal aurat cuba perhatikan tudung Ustazah Jadian PAS ni!! Tersembul Cuping telinga! Mana perginya anak tudung??? Tetapi sempat juga mengedik bukan heheeh!!

Itulah kalau dah bodoh bagus kau duduk diam dari perbodohkan diri. Memangpun PAS nak ambil yang glamer jenis bodoh-bodoh jadi pakat-pakat tangung bodoh seorang sedikit. ye nak,,, PecahPalakMikir bila PAS kemaruk kejar Putrajaya.

Bukti Bahayanya Apabila Ultra Kiasu Berkuasa

Rakyat Malaysia telah acap kali dipertontonkan drama yang paling sedih dan kejam dari adengan Ultra Kiasu bagaikan raksasa Oing! Oing! kelaparan sedang rakus menjamah hak-hak dan kehendak rakyat lain!

Adakah kaum Melayu dan India bersedia untuk terus menerus dipermainkan dengan putar belit kejahatan Pakatan Rakyat? Rakyat Malaysia sebenarnya dipertontonkan dengan drama yang cukup bahaya jika diabaikan! dimana DAP di Pulau Pinang dengan bergitu lahap meratah dan mendera kaum melayu dan juga termasuk india.

Dalam drama ini juga membabitkan watak-watak PAS dan PKR yang menjadi kaldai suruhan untuk membolehkan DAP mendapatkan santapan mewah disebalik segala perluang yang ada dimuka bumi Pulau Pinang. Buat sesiapa yang mahu mengetahui! Anda boleh lihat bagaimana DAP dengan rakusnya merampas tanah orang melayu dan india dengan pampasan ciput demi membolehkan segala rumah yang mewah-mewah yang amat sedikit jumlahnya orang melayu dan india yang layak membeli.

Tidak cukup dengan itu! segala jenis peluang peniagaan lebih diutamakan kepada kaum DAP berbanding melayu dan india yang sering ada sahaja yang tidak kena!

Kerana Kaum Cina Mejoritinya Penang  Melayu Dan India Mangsanya inilah realiti yang sedang berlaku di Pulau Pinang. Bagaimana agaknya jika DAP berjaya memperdaya PAS dan PKR sehingga berjaya memegang kerusi tertinggi.

Rujuk artikal dari beratus contoh yang nyata mengambarkan bertapa rakusnya dan zalimnya DAP!!

ISU penghijrahan orang Melayu Pulau Pinang kerana tidak mampu menampung kos sara hidup menimbulkan pelbagai reaksi. Pakar ekonomi, Prof Dr Barjoyai Bardai menjangka lebih 80 peratus keluarga berpendapatan kurang RM3,000 sebulan di negeri itu terpaksa berhijrah menjelang 2020. Prof Ahmad Atory Hussain pula berkata keengganan kerajaan DAP meneruskan dasar subsidi Kerajaan Pusat, menyebabkan ramai orang Melayu terpaksa berpindah. Apa reaksi kerajaan Pulau Pinang?

18,000 pindah bukti DAP laksana dasar pinggirkan Melayu
GEORGETOWN: UMNO Pulau Pinang menyifatkan pendedahan bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Dr Mohammad Fairus Khairuddin, mengenai lebih 18,000 orang Melayu negeri ini berhijrah sebagai bukti baru DAP memang berniat mengabaikan golongan itu. 


Apabila harga rumah mahal, mereka terpaksa menggunakan kira-kira dua pertiga daripada pendapatan bulanan untuk membayar ansuran rumah, menyebabkan kos hidup meningkat. Itu pun kalau gaji mereka RM5,000 ke atas. "Bagaimana pula dengan mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah? Melayu daripada kelompok ini tiada pilihan dan terpaksa berpindah ke negeri berhampiran?" - Datuk Musa Sheikh Fadzir, Timbalan Pengerusi UMNO negeri,Timbalan Pengerusi UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir, berkata beliau tidak terkejut dengan pendedahan berkenaan kerana dasar pembangunan kerajaan negeri sejak empat tahun lalu jelas meminggirkan orang Melayu.

Katanya, sejak empat tahun lalu, harga rumah di Pulau Pinang naik melambung sehingga ada yang berharga antara RM500,000 sehingga jutaan ringgit, sekali gus tidak mampu dibeli oleh orang Melayu.

"Apabila harga rumah mahal, mereka terpaksa menggunakan kira-kira dua pertiga daripada pendapatan bulanan untuk membayar ansuran rumah, menyebabkan kos hidup meningkat. Itu pun kalau gaji mereka RM5,000 ke atas.

"Bagaimana pula dengan mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah? Melayu daripada kelompok ini tiada pilihan dan terpaksa berpindah ke negeri berhampiran," katanya. 
Semalam, akhbar ini melaporkan lebih 18,000 orang Melayu Pulau Pinang berhijrah ke negeri lain di antara 2009 hingga 2010 kerana tidak mampu menampung kos sara hidup yang terlalu tinggi di negeri kelahiran mereka. 

Sementara itu, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow, turut mengakui tiada projek perumahan kos rendah dilaksanakan sepanjang empat tahun pemerintahan kerajaan DAP Pulau Pinang.

Katanya, kerajaan pakatan pembangkang yang tidak mempunyai dasar perumahan untuk menampung golongan berpendapatan rendah menyebabkan golongan itu tidak mampu menampung kos hidup yang tinggi di bahagian pulau dan Seberang Prai.

“Kerajaan BN dulu menetapkan dasar pemaju perlu membina rumah kos sederhana berharga antara RM45,000 hingga RM72,000 mengikut zon ditetapkan,” katanya. sumber 

Berhati-hatilah kita dengan mainan DAP sebelum kita PecahPalakMikir hilang segalanya dan apa nasib anak generasi melayu dan india di Pulau Pinang?

Thursday 13 September 2012

Baru Bian Sabotaj Angkatan Tentera Kerana Takut Hilang Populariti

Apa yang kita tahu, rakyat biasanya mengharapkan dari pemimpin samada dari Kerajaan atau Pembankang adalah menyediakan pembangunan yang memenuhi kehendak masyarakat setempat. Tetapi apa yang berlaku di Malaysia kelihatan Pakatan Rakyat tidak sudah-sudah cuba mensabotaj apa sahaja usaha kerajaan dalam Program Tranformasi (ETP)

Bergitu juga dengan situasi di Ba'kelalan apabila Baru Bian kecut perut dengan usaha kemasyarakatan dilakukan oleh Angkatan Tentera Malaysia untuk membina jalan raya bagi memudah perhubungan kawasan pendalaman dari Ba'kelalan ke Bario.

Pada November 2011, Perdana Menteri Najib Razak telah diberi penghormatan terbesar oleh 30 ketua kaum yang sanggup keluar dari kawasan pendalaman yang amat jauh hingga makan 2 hari perjalan. Ini semua dilakukan kerana berasa amat terharu keatas tahap prihatin Perdana Menteri untuk merialisaikan perhubungan darat yang sebelum ini masyarakat setempat terpaksa menggunakan pengangkutan udara.

Sebenarnya projek ini telah berjalan sejak Kerja-Kerja penambahbaikan yang baru selesai itu, termasuk membina jalan masuk ke beberapa kampung serta sepuluh jambatan baru, dilaksanakan Rejimen Askar Jurutera Diraja Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui teknologi penstabilan tanah di bawah projek ‘Jiwa Murni’.
Paling menarik ATM berjaya membina jalan sejauh 75 kilometer itu dengan kos RM52 juta berbanding RM250 juta, 75% lebih murah berbanding dilaksanakan melalui kontrak konvensional.

Kisahnya apabila tiba masa untuk membina laluan jalan melalui sungai Kelalan dan Sungai Burak seperti biasa puak-puak Pakatan Rakyat yang dipengaruhi Baru Bian sengaja menggunakan alasan-alasan alam sekitar untuk menghalang pihak tentera meneruskan pembinaan jalan raya menghubungi ke kawasan Bario.

Adalah pelbagai alasan pecemaran sungai direka-cipta puak-puak Pakatan Rakyat mengalahkan pembinaan kilang. Pelik selama ini adakah semua sungai di Malaysia rosak kerana pembinaan jalan raya mahupun kawasan tadahan air? 

Yang paling menarik bakal merosakan sawah padi! Mungkin Baru Bian belum penah turun ke negeri Jelapang Padi Kedah itu sebab lah dia tidak berapa tahu yang padi-padi dekat Kedah tidak penahpun rosak kerana pembinaan jalan raya! malah lebih memudah rakyat membaja, menuai dan membawa keluar hasil pertanaian. Adakah bab ini Baru Bian tidak terjangkau akalnya untuk difikirkan?

Berginilah cara puak Pakatan Rakyat cuba sabotaj apa sahaja pembangunan yang cuba ditunaikan Perdana Menteri kita. Ada sahaja serba tidak kena walaupun pada hakikatnya tidaklah memberi kesan bagaikan mengalah pembinaan kilang. Kalau semua perkara tidak boleh alamat terbengkalailah segala keperluan masyrakat setempat.

Atau sebenarnya Baru Bian terasa tergugat dengan kemampuan Perdana Menteri dalam memenuhi janji-janjinya. Almaklumlah kalau hendak dibandingkan dengan mana-mana negeri dibawah Pakatan Rakyat serba-serbi tidak jadi dan banyak sangat angan-angan Mat Jenin.

Atau Baru Bian takut tahap kepercayaan rakyat kepada kemampuan Najib Razak dalam memenuhi keperluan dan kehendak rakyat meningkat?

Disebabkan persoalan berginilah puak-puak Pakatan Rakyat bersedia melakukan apa sahaja demi mensabotaj apa sahaja Program Tranformasi Kerajaan. Bukan sekali tetapi berulang-ulang kali meliputi seluruh Malaysia dan ini agenda utama Pakatan Rakyat. Sudah tidak ada kerja lainkah puak-puak Pakatan Haram ini? Memang PecahPalakMikir layan perangai puak-puak Pakatan Haram!

Tuesday 11 September 2012

Antara Kaitan Anwar Dan Keganasan

Sebenar rakyat Malaysia amat bertuah dipertontonkan siapakah watak-watak yang bakal menduduki PRU13. Pertembungan antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat diwarnai degan pelbagai cerita dan peristiwa yang boleh kita jadikan panduan untuk menentukan siapa yang layak menduduki Putrajaya.

Soal pertama sekali yang perlu diperhatikan ialah siapakah watak mereka sebenar disebalik yang digembar-gemburkan sebagai calon Perdana Menteri. Sekarang umumnya mengetahui kerusi ini menjadi rebutan antara Najib Razak dengan Anwar Ibrahim. Walaupun ada cerita-cerita lain membayangkan DAP juga punyai hajat untuk mendapatkan kerusi itu, jika kita melihat dari segi berapa jumlah kerusi yang bakal DAP bertanding melebihi dari PAS dan PKR di dalam Pakatan Rakyat. Itu satu kisah versi lain.

Apakah perbezaan watak antara Najib Razak dengan Anwar Ibrahim?

Dewasa ini rakyat dipertontonkan bagaimana Najib Razak bekerja keras untuk memenuhi impian dan janjinya kepada rakyat. Walaupun Najib Razak telah difitnahkan dengan pelbagai isu melibatkan moral keluarganya. Semua itu sekadar satu cerita kosong yang gagal dibuktikan. PecahPalakMikir tidak mahu mencerita jauh tentang siapa Najib Razak kerana rakyat nampak dengan mata sendiri, bagaimana watak Najib Razak tampa penat turun setiap pelusuk Malaysia untuk memenuhi impian rakyat dari pelbagai golongan.

Berbanding dengan Anwar Ibrahim turun padang menjaja cerita menjatuhkan Najib dan janji-janji terbaru sambil membawa penonton melupakan kegagalan janji-janji lama.

Anwar Ibrahim yang juga didedahkan dengan pelbagai isu moral. Walaupun ini juga dikaitkan sebagai satu agenda menjatuhkan Anwar Ibrahim, tetapi jauh disudut hati rakyat sekurang ada terdetik sedikit soal Video China Doll walaupun dikatakan satu agenda fitnah tetapi amat sukar buat sesiapapun untuk menafikan 99% wajah di dalam video itu terlampau mirip dengan pewatakan Anwar Ibrahim.

Rakyat juga didedahkan isu Suaram yang banyak menjalankan aktiviti menyokong kempen Anwar Ibrahim. Fungsi Suaram adalah membawa agenda yang lebih menjuruskan untuk menjatuh Najib Razak dengan isu Kapal Selam.

Hakikatnya Suaram bukannya NGO sebaliknya sebuah syarikat yang didaftarkan dan mendapat bantuan dana luar baca artikal ini
The fund was made between the years 2006, 2007, and 2008 amounting to US$385,000 or RM1.28million and this amount does not include money for 2009, 2010 and 2011. Suaram – a PKR outfit has always talked big about transparency. baca detail

Jika rakyat perhatikan dengan penuh ketelitian, adalah sepatutnya rakyat bertanya pada diri "Kenapa Suaram dicipta dengan bertopengkan NGO dan kenapa fungsinya sekadar agenda menjatuhkan Najib Razak sahaja?

Bagaimana janji-janji Anwar Ibrahim? Adakah rakyat Malaysia berpuas hati dengan cara Anwar Ibrahim memenuhi apa-apa yang penah dijanjikan ini bukti yang paling ketara membuktikan Anwar jenis manusia ganas dan tidak berhati perut

"JANJI ANWAR IBRAHIM DI KAMPUNG BUAH PALA !!!" on YouTube

Rakyat juga boleh menilai dengan agenda siri Bersih. Apa yang rakyat nampak sebenar satu usaha menjatuhkan kerajaan yang membabitkan adengan-adengan ganas. Adakah ini wajar?

Baru-baru rakyat sekali digemparkan dengan adengan pengawal peribadi Anwar mengacu pistol kepada kumpulan anti Anwar Ibrahim yang tidak bersenjata?

Kalau situasi ini berlaku kepada Najib Razak akan pasti dipergunakan Pakatan Rakyat untuk menekan pihak polis mengambil tindakan tegas. Tetapi sekarang situasi berlaku kepada Anwar Ibrahim kenapa tidak ada suara dari Pakatan Rakyat?

Jika sebelum Anwar jadi Perdana Menteri sudah membolehkan pengawal peribadi mengacu pistol dan bagaimana jika sudah menjadi Perdana Menteri?

Adakah Anwar akan jadi lebih ganas menghalang situasi seperti bersih yang menentangnya dengan adengan yang lebih dahsyat berbanding bersih sekarang?

Sekarang kita didedahkan Anwar rela bekerjasama dengan kuasa asing dan banyak lagi isu yang boleh dikaitkan didalam membuat penilaian.

Anwar sanggup membela dan mendukung Israel
Anwar sanggup menjaja khalimah Allah
Anwar sanggup menyebarkan fahaman pluralisme
Anwar banyak dikaitkan isu moral yang susah untuk akal rakyat menafikan bergitu sahaja
Anwar banyak didedahkan dengan situasi mungkiri janji kepada rakyat sehingga pelbagai video boleh dikaitkan.
Anwar sanggup bersendiwara dengan kaitan video menampakan seolah-olah Anwar memberi dorongan peserta Bersih 3 merusuh dan bagaimanakah Anwar jika menjadi Perdana Menteri menangani golongan yang anti Anwar Ibrahim? Adakah apa yang rakyat nampak sekarang akan membawa adengan lebih ganas lagi.

Fikir-fikirlah walaupun PecahPalakMikir adalah tidak ada gunanya rakyat mengambil resiko menggadai tanah tercinta ini untuk dipimpin oleh Anwar Ibrahim. Kerana peribadi Anwar terlampau banyak boleh dipersoalkan hingga ada kebenaran negatif Anwar yang sukar untuk dinafikan oleh akal.

Sudah tentu jika masih ada kewarasan kita tidak ambil sesuatu yang was-was sepertimana yang menjadi amalan ibadat umat islam. by http://PecahPalakMikir.Blogsport.Com


Isu Terkini

get this widget here