Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Saturday 7 April 2012

Siapa Sangka Tuan Ibrahim Mengkhianat Dalam Diam

Sebuah cerita yang mungkin tidak ramai mengetahuinya. Ceritanya bermula semasa kedatangan Tuan Ibrahim ke rumah Hasan Ali semasa  hendak dipecat. Sebagai mewakili PAS pusat, Tuan Ibrahim memuji-muji segala usaha yang bersungguh-sungguh Hasan Ali memerangi gejala murtad, maksiat, arak dan memperjuangkan hudud demi menegakan Malaysia sebagai sebuah negara islam. Tertapi pada akhir ayat bukan sekarang untuk diperjuangkan. Anda boleh turuti apa yang diceritakan YouTube Hasan Ali.

Persoalannya adakah ini kerana perjuangan Pakatan Haram lebih utama dari prinsip menegakan perjuangan syiar islam. Inilah bukti yang terang-terang tampa siapa sangka Tuan Ibrahim mengkhianat dalam diam dan bukan setakat itu. Ini juga membuktikan bertapa PAS sanggup mengkhinati pengikut setianya dengan janji-janji palsu. PAS mendustai prinsip perjuangan asal mereka.

Ini juga bukti kenapa Hasan Ali di pecat, ianya bukan kerana salah laku tertapi kerana menghalang gerakan Pakatan Haram yang diterajui siapa? Kalau bukan Ambiga, Kalau bukan Guan Eng, Kalau bukan Anwar dan ramai lagi kafir harbi yang tidak penah akan membenarkan perjuangan negara Islam yang digembar-gembur PAS selama ini. Inilah rentak permainan halus mengkhianti umat islam dengan kata mereka pembena masyarakat melalui jalan islam. Sepatutnya berkatakanlah kepada yang benar, yang mereka rela menurut Ambiga, Anwar dan Guan Eng kerana mereka ini lebih menjanjikan Putrajaya dari memikirkan Qada dan Qadar Allah dan janji-janjinya Allah. 

Persoalannya dimana letaknya Majlis Ulama Pas(klik untuk lanjut) dalam hal ini dan tontonilah apa di perkatakan Hasan Ali

Takut Sangat Haji Hadi Kepada Azmin Ali

Inilah sifat-sifat yang menjadi inti pati perjuangan Pakatan Haram, yang mana pakat-pakat sembunyikan bangkai najis yang ciptaan setiap pemimpin Pakatan Haram. Dimana letaknya sikap untuk membenteras gejala rasuah dan mempunyai barisan pemimpin bersih. Seperti yang dilaung-laungkan Pakatan Haram pada setiap ceramah dan perhimpunan. Kenapa sekadar bercakap tampa mempraktiknya sebagai tanda bersunguh-sunguh melaksanakan?

Sekarang apa yang Haji Hadi lakukan kerana Takut Sangat Haji Hadi Kepada Azmin Ali kah!!
MARANG – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan siri tuduhan dan desakan ke atas. Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali termasuk daripada ahli akar umbi baru-baru ini lebih bersifat mainan politik lawan menjelang pilihan raya umum. 
petikan Sinar Harian 7april 2012
Haji Hadi bukannya untuk menunjuk kepada rakyat yang barisan pemimpin Pakatan Haram terdiri daripada barisan bersih, sebaliknya mereka memaparkan sikap membela kroni-kroni yang bermasalah, pecah amanah, rasuah dan salah guna kuasa.

Isu Azmin Ali mempunyai saham berjuta, ditimbulkan daripada akar umbi Pakatan Haram sendiri dan tiada kena mengena dengan UMNO-BN. Kenapa mesti dikaitkan UMNO BN? Nampak sangat Haji Hadi terpaksa menyembunyikan kebenaran kerana takut kepada Azmin Ali. sebelum ini bukankah Azmin mengarah mereka memecat Hasan Ali dan sekarang suruh bela Azmin pula, walaupun banyak isu penyelewengan perlu disiasat demi membuktikan intergriti Pakatan Haram. beranikah mereka berbuat sedemikian atau Takut Sangat Haji Hadi Kepada Azmin Ali

Apakah PAS terpaksa bertindak sedemikian kerana takut kalah PRU. Bukankah PAS sepatutnya  membuktikan yang mereka tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam penyalahan kuasa walaupun dari barisan tertinggi Pakatan Haram.

Selama ini PAS menyelar UMNO-BN mengamalkan dasar mengayakan kroni dan sekarang apa yang sedang PAS buat sebenarnya? 

Bukankah PAS memperlihatkan rakyat dengan sifat mereka lebih teruk, membela kroni. Dimana perinsip perjuangan PAS yang ingin menegakan kebenaran konon!! Sudahlah sifat tamak Pakatan Haram melebihi batas menyusahkan rakyat. Contohnya bagaimana sikap tamak Pakatan Haram untuk mengagih-ngagih tender sampah Selangor sesama kroni dan kemudiannya menyiksa rakyat hidup dalam timbunan sampah. Puncanya kerana kroni hendak untung lebih sampai seorang pegang 30 sub-kontraktor, kroni makan lagi dengan menyewakan 50 buah lori compactor kepada sub-kontraktor demi meraih untung berganda. 50 buah lori cukup ke hendak cover seluruh Selangor. rujuk sini. Bergitu juga dengan Azmin dalam hal pasir Selangor dan saham-saham yang berjuta. Rujuk Sini

Sekarang Haji Hadi sanggup mengakui yang pakatan haram memang mempunyai barisan kadam-kadam kaki pecah amanah dengan menyokong tindakan dan kenyataan Kadam Perempuan Tua Zuraida. Rujuk Sini. Nampak sangat Haji Hadi takut kepada membuktikan kebenaran dan sudah tentunya menyimpang dari perjuangan yang mereka laung-laungkan. Semua kemungkaran Pakatan Haram menjadi tangungjawap Haji hadi untuk dihalalkan.  Takut Sangat Haji Hadi Kepada Azmin Ali. Hancur dengan puak-puak nih.

Ramainya Kroni Jadi Broker Sampah Atas Angin Di Selangor

Rasuah disebalik masalah sampah


Masalah sampah sudah begitu ketara. Rakyat sudah merungut. Macam-macam helah dikata oleh pemimpin Pakatan Rakyat. Akhirnya ketara sekali, ini semua alasan untuk samun kontrak sampah dari Alam Flora.

Mula-mula Alam Flora dikenakan tekanan macam-macam oleh kerajaan negeri melalui setia pihak berkuasa PBT. Margin keuntungan untuk pembuangan sisa atau sampah itu sedikit.

Dengan dikecilkan zon kutipan, minta diskaun kadar, dan akhirnya dilambatkan bayaran, akhirnya termuntahlah kontrak sisa itu keluar dari kontraktor dan subkontraktor.

Langsung diagih-agihkan kontrak itu sesama mereka sebagai hadiah diatas kesetiaan sebagai aktivis parti-parti Pakatan Rakyat.

Antara mereka ini, ada yang dapat sebagai kontrak, ada yang jadi broker untuk mengumpulkan sub-kontrak-subkontrak sampah dan ada yang hanya broker atas angin.

Elemen rasuah hingga menjejaskan perkhidmatan sudah ditimbulkan oleh Dr Jacob George. Jika tidak ada bukti, masakan dia sedia membuat laporan polis dan laporan SPRM.

Rasuah ini sudah begitu berleluasa hingga ada antara mereka ini menjadi kaya dalam masa sekejap hingga berupaya memiliki kereta sports mewah, katanya. Ada bekas pembantu seorang Menteri Besar pembangkang kini mengendalikan lebih dari 30 sub-kontraktor.

Disebalik pengumuman Ronnie Liu untuk membeli 50 lori compactor pun menarik. Satu lori baru boleh mencecah harga RM250,000. Ini akan menelan belanja hampir RM12.5 juta. Lori ini akan disewa kepada kontraktor dan sub-kontraktor. Sesuatu yang tidak berlaku ketika Alam Flora kendalikan.

Terfikir ke tidak bahawa kalau mereka tidak kacau Alam Flora, tidak perlu untuk membeli lori-lori. Kebanyakkan kontraktor dan sub-kontraktor sudah punya alat-alat dan kenderaan. Ada yang sudah pertingkatkan teknologi untuk perbaiki perkhidmatan dan kurangkan kos.

Akhirnya ini semua membazir dan pelanggan iaitu orang ramai mendpaat perkhidmatan yang masih primatif atau permulaan pembangunan. Tidak jauh untuk dibandingkan. Lihat saja tahap perkhidmatan di Selamngor dengan perkhidmatan Alam Flora di Kuala Lumpur.

Bukankah selama ini kerajaan negeri merungut tidak cukup wang hingga sewa naik, siapa tak bayar sewa tanah tol dihalau, projek pembangunan untuk mengumpul dana, dan lain-lain. Tiba-tiba boleh cukup pulak?

Dengan pembelian lori dan disewa, sedarkah anda bahawa kerajaan negeri menggalakkan kewujudan ‘broker’ dan kontraktor sebeanar tidak terlibat dalam perkhdmatan pembuangan sisa sampah?

Bila ‘broker’ ini boleh atur untuk kontraktor dan sub-kontraktor yang berminat kenderaaan compactor dengan disewa dari kerajaan negeri, sesiapa Ahmad, Ah Chong dan Muthu boleh masuk tender walaupun tiada kenderaan atau kepakaran atau atau modal.

Banyak elemen rasuah dan penindasan dipercayai sudah menusuk hingga menyebabkan perkhidmatan terjejas. Yang buat kerja sebenar tak berapa orang saja tapi yang terlibat ramai.

Ini belum diungkit pengurangan perkhidmatan dan caj yang minta ditambah. Ada sesetengah kawasan rumah pangsa dan kos rendah, mereka tak mahu lagi beri perkhidmatan percuma dan yang kerap seperti semasa bawah Alam Flora.

Kalau dikatakan cara dulu Alam Flora lebih baik, mereka akan tuduh dan kata macam-macam penyelewengan atau ketirisan ada berlaku. Lihatlah sendiri perkhidmatan sekarang dengan perkhidmatan dahulu. Kalau dah lupa, turun saja ke Kuala Lumpur untuk lihat sendiri.

Makan masa bertahun-tahun baru anda akan nikmati perkhidmaatn yang tidak bermasaalah. Takpe … undi lagi pembangkang. Padan kan muka. Pembuangan sampai yang dahulu tidak bermasaalah dah jadi masaalah.

Entah apa lagi akan rosak jika mereka mereka dibenarkan terus memerintah.

Sumber pengarang David Hasnan

Friday 6 April 2012

AMK Masih Mengigau Ketika Membidas Realiti Najib

Ketua Kadam Penerangan Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK),  Kadam Lee Khai Loon membidas pencapaian Perdana Menteri Najib Razak selama 3 tahun seperti yang dibentangkan dalam Laporan Tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) 2011 sebenarnya mempunyai jurang yang besar dengan keadaan yang sebenar.

Itu dia sudah bermula alkisah baru, yang mana kadam kadam mula hendak putar alam kenyataan situasi prestasi sebenar DS Najib Razak. Bukan apa, keadaan sekarang berbeza dari awal tahun ini dan sebelumnya. Rakyat sendiri nampak bagaimana DS Najib Razak diserang bertubi-tubi dengan bermacam-macam rupa cerita untuk menjatuhkan DS Najib Razak. Walau apa jua serangan datang DS Najib Razak tetap bersahaja, tenang dan tidak melatah. Malah mengambil sikap merendah diri walaupun kalau manusia lain mahu siap berperang.

DS Najib Razak tidak memilih situsi menentang, sebaliknya berusaha dengan keras untuk merealisasikan pengisian Tranformasi Kerajaan yang menyeluruh tampa mencapur adukan antara serangan politik dengan tangungjawap melaksanakan semua pendekatan menyeluruh mengikut prinsip Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Itu namanya Perdana Menteri bukannya macam Anwar Ibrahim cakap lebih-lebih tapi kerja haram tidak tahu laksanakan. Kalau setakat hendak tunaikan janji air Selangor sampai hendak bergolok gadai dengan saman lagi dengan hutang tertunggak lagi, tidak payahlah pandai-pandai hendak tegur intergriti DS Najib Razak. 

Mungkin Kadam Lee Khai Loon tidak penah diajar Anwar bagaimana hendak membantu rakyat terutama pada setiap negeri jajahan mereka, sebab itu matanya buta sedikit dengan situsi sebenar tugasan yang berjaya dilaksanakan DS Najib Razak. Yelaa kadam-kadam PKR kerja utama mereka serang sehebat yang boleh biarpun terpaksa berperang dengan polis. Pasal tidak turun padang memantau masalah rakyat atau memenuhi tuntutan rakyat tidak buat pun tidak kisah!!

Wahai Kadam Lee Khai Loon buka biji mata besar-besar lihat bezanya DS Najib Razak turun padang untuk menyampai bantuan dan keperluan berbanding Anwar yang turun padang untuk menyampai cerita-cerita mengutuk, menghina dan memfitnah. Kemudian beri angan-angan ke bintang walaupun janji-janji lama berbakul belum tertunai-tunai. Harap air Selangor boleh laaa puji sikit je!! sebab cara pelaksanaan tidak menyeluruh, banyak kawasan tercicir dan dengan hutang tertunggak, dengan saman semua cukup. Ini kebajikan merompak katakan!! Cuba Kadam Lee Khai Loon lihat bertapa sistematiknya DS Najib Razak menjalan tangungjawapnya:
Langkah jangka pendek bersifat “one off” yang telah dilaksanakan bagi tahun 2012 (Semua bantuan ini melibatkan peruntukan hampir RM 3 bilion) :

  • Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M, sebanyak RM 500 yang memanfaatkan hampir 4 juta isi rumah negara yang berpendapatan di bawah RM3 000
  • Bantuan persekolahan RM 100 untuk setiap pelajar sekolah rendah dan menengah melibatkan 5.3 juta orang pelajar sekolah seluruh negara
  • Pelajar Institut Pengajian Tinggi dan Tingkatan 6 pula diberikan baucar buku bernilai RM200 telah disediakan yang telah memanfaatkan 1.3 juta orang pelajar
  • Kenaikan gaji 7 hingga 13 peratus bagi 1.4 juta orang kakitangan sektor awam yang telah memanfaatkan hampir 4 juta orang rakyat Malaysia.
  • Dasar gaji minimum untuk sektor swasta pula bakal diumumkan tidak lama lagi. Dijangka pada Hari Pekerja 1 Mei 2012 ini
Langkah Jangka Serdahana :
  • Kedai Rakyat 1Malaysia
  • Klinik 1Malaysia
  • Menu Rakyat 1Malaysia
  • Pembekuan kenaikan untuk tempoh 5 tahun harga tol di Lebuh Raya Utara-Selatan dan Lebuh Raya Pantai Timur
  • Penghapusan tol di beberapa laluan seperti di Lebuh Raya Cheras- Kajang dan Lebuh Raya Connaught
Langkah Jangka Panjang :
  • Memperkenalkan Skim Perumahan 1Malaysia atau PR1MA untuk membina perumahan mampu milik di kawasan Bandar bagi golongan pertengahan
  • Projek Perumahan Rakyat di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan dipertingkatkan lagi dengan memfokuskan untuk golongan pertengahan
  • Bagi perumahan kawasan luar bandar, pembinaan rumah yang mencukupi akan diterajui oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB)
  • Bagi tahun 2012 sebanyak RM300 juta telah diperuntukkan di bawah Tabung Khas Perumahan Nelayan untuk perumahan bagi golongan nelayan dengan membina dan membaik pulih rumah
  • Meneruskan dasar subsidi yang terpilih melibatkan makanan seperti beras, gula, minyak masak dan tepung gandum, hasil petroleum termasuk minyak kereta, diesel dan gas memasak.
  • Memberikan subsidi bil elektrik bagi 1 juta isi rumah yang melibatkan bil bernilai RM20 ke bawah
  • Semua jumlah subsidi ini membabitkan peruntukkan sebanyak lebih RM30 bilion setahun

 Untuk lebih detail rujuk  sumber Berita Semasa

Bukalah mata besar-besar lagi wahai Kadam Lee Khai Loon. Perhatikan bagaimanakah Anwar Ibrahim dikatakan layak hendak menyelesaikan masalah-masalah negara sedangkan masalah sampah dekat Selangor yang tidak besar mana itupun, Pakatan Haram macam orang gila hilang akal, sudah hampir PRU13 pun tidak selesaikan lagi. Bagaimana rakyat hendak yakin Pakatan Haram mampu menyelesaikan masalah yang lebih besar. Setakat bercakap berlambak dalam Malaysia boleh bercakap, tapi mencari seorang pemimpin yang memimpin bukannya dengan mengambil calon yang penuh misteri akhlak moralnya, penuh misteri rancangan subahatnya dengan kuasa-kuasa dari luar terutama yahudi.

Kalau PKR dan Pakatan Haram sendiri tidak penah merialisasikan apa jua agenda mereka bawa dan perubahan kepada negeri jajahan mereka. Tidak payahlah wahai kadam Lee Khai Loon hendak menjadi cikgu mengajar orang lain. Buktikan kepada negeri jajahan Pakatan Haram dahulu baru mendabik dada, ada faham kaaa!!

Ada bagusnya Kadam Lee Khai Loon balik pejabat fikirkan bagaimana hendak selesai masalah ini daripada terpekik terlolong macam bodoh sombong!
  • Hutang air Selangor cecah 1 billion hingga Syabas mengambil tindakan undang-undang. 
  • Projek pasir banyak dicuri dari menjadi hasil negeri. 
  • Ubahsuai pejabat Menteri paling murah RM300 ribu.
  • Gaji pokok Pengurus Besar PKNS RM 40,000 sebulan disamping kemudahan dan lain-lain elaun, 
  • Tanah wakaf sekolah agama pajak kepada tokey cina
  • Padang bola PKNS SS7 Kelana Jaya, dirampas buat pusat komosial.
  • Pecat Alam Flora sehingga sampah bersepah-sepah tidak terurus di serata Selangor.
  • Tidak tahu mencari sumber dana untuk melunaskan janji-janji PRU12.
  • Kadar sewa KBKNS, Jika pada 2011 dari PERCUMA dinaikkan kepada RM1, 977.00 sebulan, tetapi kini dinaikkan lagi sehingga RM6, 180.00 sebulan. Sebab hendak halau penyewa dan membolehkan dijual. hai dah macam Selangor tengah sesak sumber keewangan.
Berapa banyak jurang kelayakan PKR untuk menasihat kerajaan pusat mentabir. Kalau negeri sendri tidak tahu mentabir, tidak payahla belagak pandai! Tidak cukup sambung sini

Zuraida Dedahkan Kadam PKR Terdiri Dari Kaki Pecah Amanah

Itudia!! Semakin hari semakin banyak kemungkaran dalam PKR terdedah. Rupa-rupanya ramai juga kadam PKR jenis kaki pecah amanah. Sebelum ini Hasan dedahkan Azmin dan berberapa Exco PKR berperangai pecah amanah. Rujuk sini dan rujuk sini dan rujuk sini

Kali ini giliran Kadam Perempuan Tua Zuraida dedahkan kadam PKR terdiri dari kaki pecah amanah. Zuraida mendedahkan Kadam Mohd Isa digugurkan daripada jawatannya selepas didapati muflis dan juga pernah dikaitkan dengan jenayah pecah amanah (CBT) sebelum ini. Wahal si Kadam Mohd Isa Saidi yang mengetuai kumpulan menuntut itu berkata, Azmin tidak boleh lagi berdolak-dalik mengenai isu itu sebaliknya perlu memberikan penjelasan yang meyakinkan semua ahli bahawa beliau tidak bersalah.

“Buat masa ini, kami masih percaya beliau tidak bersalah, tetapi Azmin sendiri perlulah tampil buat penjelasan yang benar-benar memuaskan hati kami sebagai ahli bawahan yang mahu terus menghormatinya sebagai pemimpin kami. Jika dia sendiri tidak dapat jawab dakwaan itu, ia akan menggugat kepercayaan pengundi terhadap parti, termasuk ahli PKR sendiri. Sumber Sinar Harian

Itu dia!! Punyalah ramai kadam-kadam PKR Pecah Amanah. Itu belum cerita Chief Besar dalam PKR Anwar Ibrahim lagi-lagi besar-besar ceritanya. Malah Anak Chief Besar Nurul Izzah juga paling sebok Mempengaruhi, Menentukan dan Mendesak Kadam Tua Khalib untuk memberikan tender-tender dan kontrak-kontrak pasir bernilai ratusan juta ringgit kepada Kroni-Kroni  Puteri Chief Besar Nurul Izzah. Semuanya bukan kecik-kecik anak dilahapnya. Biasalah siapa yang tak kenal bapa Anwar penyamun segala penyamun dan apatah dengan Anak sendiri. Itulah yang didedahkan mymassa

Puteri Chief Besar Nurul Izzah perlu juga disoalsiasat akan penglibatannya di dalam menentukan dan memberikan kontrak-kontrak dan tender-tender Pasir di Selangor. Apakah pembunuhan Patrick Wong ini ada kaitan dengan Campurtangan YB Nurul Izzah, hanya siasatan pihak polis sahaja yang akan menentukannya. Lagilah besar punya kes. Yelaaa selama ini kadam-kadam PKR bertungkus-lumus hendak mengaitkan kes Altantuya dengan Datuk Sri Najib yang mana sumber dan bukti tidak penah ujud. Yang sebenarnya untuk melindungi pencuri dengan menuduh orang lain pencuri.

Makin sahihlah cerita Zuraida dedahkan kadam PKR kaki pecah amanah, sebab dalam PKR sesiapa yang engkar akan didedahkan segala  konspirasi yang terselindung. Bermakna selagi kadam-kadam PKR taat setia kepada Chief Besar Anwar dan Chief Kadam Azmin Ali akan selamat berbuat apa-apa sahaja

Itulah alkisahnya selama ini rakyat tertipu hidup-hidup dengan politik kadam-kadam PKR sebab yang mengajar mereka ialah Chief Besar Anwar Ibrahim lebih hebat, terhebat, dan teramat hebat bab-bab menyamun. Hancurlah negara kalau dapat Parti Lintah Darat PKR. Sekarang Zuraidah dedahkan kadam PKR terdiri dari kaki pecah amanah. bertambah-tambah sahihlah PKR parti paling penyagak, penyamun dan perompak.

Ramalan Ekonomi Anwar Ibrahim Diketawakan


Ramalan ekonomi Anwar Ibrahim diketawakan selepas dengar berita ini. Sekarang apa lagi yang hendak diputar belitkan oleh Pakar Ekonomi Seringgit iaitu Anwar Ibrahim yang selalu sangat merungut dengan rekacipta cerita-cerita karut Negara Hendak Bankrap. Anwar Ibrahim kalau bercakap pasal ekonomi sampai terlupa yang dia dulu tokoh Kementerian Keewangan yang paling teruk di Malaysia. Anwar Ibrahim punya pakar ekonomi dekat Selangor lah sampai segala benda aset Selangor hendak digadaikan.  Ramalan ekonomi Anwar Ibrahim diketawakan selepas dengar berita ini .
Posted by Mohd Adha Mohd Zain on Thursday, February 16, 2012

EKONOMI Malaysia terus berkembang seperti dibuktikan menerusi pendapatan perkapita yang meningkat ketara sejak 1970, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.


Beliau berkata, pendapatan perkapita meningkat kepada lebih US$9,000 (kira-kira RM28,000) setahun pada akhir tahun lalu berbanding hanya US$376 (RM1,159) pada 1970. 

"Kita kini bercakap mengenai merealisasikan kepada AS$15,000 pendapatan perkapita menjelang 2020, setelah melepasi AS$9,000," katanya pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Pusat Pembangunan Sumber Manusia Selangor (SHRDC) dan enam syarikat utama yang menyertai program Bakat Berpendapatan Tinggi-Jurutera Saintis Penyelidikan (HIT-RSE) di Shah Alam semalam
.

Program itu yang dilancarkan pada November tahun lalu antara SHRDC dan Talent Corporation Malaysia Bhd (TalentCorp), adalah antara program yang diluluskan menerusi Program Transformasi ekonomi (ETP).


Ia bertujuan meningkatkan peluang pekerjaan kepada graduan dalam kerjaya bidang elektrik dan elektronik, minyak dan gas serta telekomunikasi.



Syarikat yang terbabit dalam program itu adalah
Marvell Semiconductor Sdn Bhd,
Spansion (Penang) Sdn Bhd,
Agilent Technologies Microwave Products (M) Sdn Bhd,
Renesas Semiconductor KL Sdn Bhd,
Technip Geoproduction (M) Sdn Bhd 
Rohde and Schwarz (M) Sdn Bhd.

MoU itu adalah selaras dengan matlamat TalentCorp untuk membangunkan kumpulan bakat Malaysia menerusi pelaksanaan inisiatif seperti Program Latihan Berstruktur (SIP).
SIP membolehkan majikan memperoleh kumpulan bakat yang lebih besar.


Mengulas lanjut, Nor Mohamed yang juga tokoh penting dalam Lembaga Pemegang Amanah TalentCorp, berkata aspirasi negara untuk menjadi negara berpendapatan tinggi hanya boleh dicapai menerusi pertumbuhan yang dipacu oleh produktiviti, inovasi dan kecekapan yang tinggi.


Oleh itu katanya institusi latihan seperti SHRDC mempunyai peranan penting dalam membangunkan tenaga kerja berbakat tinggi yang mampu merealisasikan hasrat itu.

"Meningkatkan kemahiran dan keupayaan bakat sedia ada dan akan datang sangat penting bagi menyediakan bakat bersesuaian," kata Nor Mohamed.


Sementara itu, Pengerusi SHRDC, Tham Wai Keong, berkata MoU itu mencerminkan komitmen pusat itu dalam mengeluarkan kumpulan bakat untuk menggerakkan negara ke hadapan, seperti yang dilakukan sejak 20 tahun lalu. 

– BERNAMA


Hahahah kantoi Anwar oooi!!  Ramalan ekonomi Anwar Ibrahim diketawakan selepas dengar berita ini. Baca sini

Kisah Chief Kadam Kelentong Kadam-kadam Dalam PKR

Puteh Biji Mata Rakyat Selangor

Alkisah Chief Kadam PKR hendak berkokok di reban sendiri tapi ditongkol dengan batang penyapu oleh bekas ahli Pakatan Haram, sampai tertiarap dekat lantai, habis terkena kadam akar umbi yang tumpang terasa perit.



Kalaulah bab Cheif kadam Anwar iaitu Azmin Ali, tertiarap dekat lantai dan berbenjol kepala, tiadapun kadam akar umbi ambil peduli. Tapi bab membuka pekong seolah-olah yang kadam akar umbi dalam PKR jenis banyak makan benda yang tak sepatutnya makan, mana tidak panas satu badan. Itulah gambaran yang berlaku apabila Azmin Ali menyelar Hasan Ali, kononnya memberlanjakan RM300ribu wang Kerajaan Negeri Selangor semata-mata hendak mengubahsuai bilik perjabat.



Hasan Ali tidak mengalah sebaliknya membalas balik dengan mengatakan setakat RM300ribu adalah jumlah paling kecil berbanding dengan pejabat-pejabat Exco yang lain. Malah dia mendapat kelulusan untuk berbuat sedemikian. Adus!! Abis kadam kadam Pakatan Haram terpaksa berhempas pulas "spin" isu untuk cover Azmin Ali kerana terpaksa, kerana terpaksa dan kerana terpaksa. Azmin Ali kan Chief Kadam. Dalam penat-penat berperang tak tersedarpun kadam kadam akar umbi PKR, yang mereka sebenarnya membuka pekong mereka sendiri kepada rakyat Selangor. Terkena laa pula batang hidung Kadam Tua Khalib Ibrahim yang mukanya tiadalah beza sedikitpun dengan masalah rupa sampah sarap berselerakan di Selangor! Kes itupun rakyat Selangor masih juga terasa sakit hati dan ditambah lagi kes ini.

Apakah sebelum ini fungsi Khalib Gagap hanya sekadar kadam tua yang tidak boleh mencampuri urusan-urusan salah laku Exco lain. Bukankah Menteri Besar berkuasa memantau setiap pergerakan Exco dibawahnya, dan kalau betul kuasa Menteri Besar boleh memantau kenapa Khalib Gagap mesti kena tunggu sampai Hasan Ali dipecat baru boleh hendak mendedahkan segala salah laku Hasan Ali. Dah!! Habis terjerat semuanya! Betul-betul menunjukan haru biru punya pentabiran Selangor, mahu rakyat tidak marah!!

Bukan setakat itu Hasan Ali tongkol Azmin sekali lagi, Hasan Ali yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, mendesak Azmin menjelaskan sumber kewangan­nya ketika menjadi pegawai kerajaan pada 1992 hingga 1994 dan bagaimana beliau mampu memiliki saham bernilai jutaan ringgit. Ditambah lagi dengan pembongkaran Shamsidar punyai saham 2juta dan Azmin ada saham 8juta. Pehhh makin mendidihlah Akar Umbi Pakatan Haram. Tertapi mereka tidak pula serang Hasan Ali sebaliknya mempersoalkan kewibawaan Azmin Ali! Apa ingat rakyat Selangor tidak mendidih hati ke, melihat Azmin Ali kaya-raya dalam diam-diam menuduh orang lain.

Ketua Penerangan PKR Ampang, Mohd Isa Saidi yang mengetuai kumpulan itu berkata, Azmin tidak boleh lagi berdolak-dalik mengenai isu itu sebaliknya perlu memberikan penjelasan yang meyakinkan semua ahli bahawa beliau tidak bersalah.

“Buat masa ini, kami masih percaya beliau tidak bersalah, tetapi Azmin sendiri perlulah tampil buat penjelasan yang benar-benar memuaskan hati kami sebagai ahli bawahan yang mahu terus menghormatinya sebagai pemimpin kami. Jika dia sendiri tidak dapat jawab dakwaan itu, ia akan menggugat kepercayaan pengundi terhadap parti, termasuk ahli PKR sendiri.
Sumber Sinar Harian

Kenapa tiba-tiba akar umbi PKR menyerang Azmin Ali pula! Inilah yang banyak persoalannya?  Ada juga cerita orang Azmin Ali jenis sombong sikit, yelah kalau mak kandungnya sendiri dia boleh menyombong sampai Emak tidak mahu mengaku anak. Apatah Akar Umbi yang tiada kena mengena dengan kesenangan hidupnya. Lagipun Azmin Ali juga dalam sisatan Surahanjaya Pencegah Rasuah Malaysia dalam kes ini. Bukan setakat itu ada lagi.

Azmin juga penah serang Hasan Ali berdasarkan sidang DUN Selangor 23/03/2012, bila Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa) mendedahkan bahawa Hasan Ali (Bebas-Gombak Setia) melakukan penyelewengan dalam soal pemberian kontrak penyelenggaraan jalan kepada 83 kontraktor secara runding terus, bukan tender terbuka pada 2009 – berdasarkan maklumat audit 2010. Hasan Ali balas balik
Beliau yang juga bekas exco kerajaan negeri Selangor turut mempersoalkan sikap seorang individu yang menjawat jawatan tertinggi di tiga buah syarikat di Selangor apabila menerima elaun, termasuk berbelanja mewah sehingga ratusan ribu ringgit.

“Individu ini pergi ke Shanghai (China), Chiangmai (Thailand) dan Perth (Australia) membabitkan kos kira-kira RM130,000 dalam tahun yang sama. Saya bukan iri hati tapi saya memikirkan tentang hak rakyat.

“Saya hairan kenapa dia asyik ke luar negara dan seolah-olah tiada kerja dalam negeri ini. Sebab itu, saya cadangkan hadkan bilangan untuk seseorang itu menjawat jawatan. Kalau dia nak pegang jawatan yang banyak pun, kita kena hadkan elaun yang diterima,” ujar beliau. sumber

Ibarat kata semua dalam Pakatan Haram memang tak boleh pakai sesen pun! Apatah lagi orang macam Azmin Ali ini, kalau akar umbi yang paling dekat mengikutnya bekerja hari-hari boleh hilang kepercayaan. Apatah lagi rakyat Selangor hendak harapkan dengan manusia jenis Azmin Ali yang kalau pasal orang semua tidak betul tapi hal peribadinya jangan disentuh kalau tidak kawan ke lawan ke siapa jelah menanti hari. Kalau tidak percaya kenanglah balik PENIPUAN DALAM PEMILIHAN PKR 2010 anda akan tahu parti haru-biru berserabut dari mula sampai sekarang. Itupun ada hati hendak mentabir Negara. Jahanam Melingkup Dibuatnya Negara Ini.


Thursday 5 April 2012

Khalib Ibrahim Terasa Hendak Pantau Setelah 4 Tahun Buang Masa


Apalah punya tahab kelembaban Khalib Ibrahim sorangni! Nama sahaja Menteri Besar tapi entah apa yang dilakukan selama mentabir Selangor 4 tahun.

Hairan bukan!! Lihat juga perangai Khalib menjadi gelabah setelah pendedahan kegiatan murtad semakin menular di Selangor oleh Hassan Ali. Kenapa mengjelang 4 tahun baru hendak mengkaji peranan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Kenapa bergitu terlewat baru hendak terfikir hal sedemikian wahal dia merupakan Menteri Besar sepatutnya peka dari awal-awal lagi untuk tindakan.

"Kerajaan negeri berpendapat jawatankuasa ini akan memberi penambahbaikan kepada JAIS dalam peranannya untuk mengangkat martabat agama Islam terutama (apabila) wujudnya 'cakap-cakap' wujudnya cubaan memurtadkan umat Islam melalui pendedahan video," katanya merujuk pendedahan bekas exco agama negeri Datuk Hasan Ali. Sumber Malaysiakini

Baru sekarang ke Khalib Ibrahim hendak memikir penambahbaikan itupun PRU13 dah dekat sesangat!! Sebelum ini apa yang Khalib buat apa penambahjahanamkan Selangor ke!!

Kualiti jenis apakah yang PKR telitikan untuk menempatkan Khalib Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Apa yang rakyat nampak selama ini. Menteri Besar Khalib Ibrahim bukannya jenis manusia yang layak memikul tugasan Menteri Besar Selangor. Semua tangungjawapnya terbengkalai atau gagal langsung tampa penyudahan yang memuaskan hati rakyat. Ini bukan kali pertama menampilkan kelalaian Menteri Besar Khalib Ibrahim sehingga menyebabkan kerugian besar buat negeri dan rakyat Selangor.


Cuba kita bedah siasat balik apa yang hebat sangat Menteri Besar Khalib Ibrahim ini!!
Pasal sampah Selangor memang buat rakyat naik cuak dan meluat dengan Khalib. Sebab kerana bodoh sombong Khalib lah berterabur habis sampah-sarap seluruh Selangor. Itulah kerana bodoh sombong Khalib lah, pandai-pandai sangat memecat Alam Flora. Kononnya idea dan strateginya lebih hebat dari Alam Flora. Wahal selama Alam flora mentabir pengurusan sampah di Selangor langsung tidak ada masalah, tapi datang mamat gagap ni habis berselerak-tarak sampai tahap Selangor boleh dapat anugerah penternak tikus berjayalah. Patutlah merata-rata kawasan Selangor banjir kerana sungai penuh sampah. puncanya kerana muka Menteri Besar pun serupa dengan sampah dah!

Pasal Pasir berapa banyak yang hilang dari kecurian pasir yang semakin berluasa. Yang paling menarik intergriti Khalib Ibrahim mengaku tidak tahu menahu. Jenis Menteri Besar apa kalau semua tidak tahu

Ada lagi kenapa bila Hassan Ali dipecat baru tahu hendak menyebut Hassan Ali menyalah gunakan wang Kerajaan Negeri untuk mengubahsuai pejabat Hassan Ali. Habis selama ini Khalib Ibrahim menghalalkan mana-mana pemimpin Pakatan Haram menyalahguna atau menyeleweng wang Kerajaan Negeri sewenang-wenangnya selagi berada di dalam Pakatan Haram.


Jika diukur semua factor-faktor kelemahan pentabiran Khalib Ibrahim buat apalah hendak buang masa layan penyakit Pakatan Haram ini. Khalib selama ini hanya boneka untuk memudahkan Anwar anak beranak dan Azmin menjamah hasil negeri dengan hidangan mewah sahaja. Selagi Anwar jadi Penasihat Seringgit selagi itulah haru-biru pentabiran Selangor. Itulah Khalib yang tidak dapat dianggap layak kerana tidak ada kemampuan mementingkan tangungjawap kepada rakyat bukannya menjadi kadam suap harta ke mulut buaya darat macam Anwar anaka beranak dan Azmin ohh jangan lupa juga kroni DAP perlahap besar yang ngap senyap-senyap. Hancur Selangor selagi ada Pakatan Haram.

Makin Ramai Pakatan Haram Hilang Pertimbangan


Pakatan Haram semakin terdesak dan tertekan dari kebangkitan GELOMBANG BIRU. Prestasi mereka makin menjunam jatuh dengan bergitu teruk meliputi setiap negeri jajahan yang gagal memuaskan hati rakyat. Tanyalah mana-mana negeri jajahan mereka, semuanya ada banyak cacat-cela dari janji dan amanah semuanya terbengkalai. Kini bayangan-bayangan kesalahan mereka menghantui siang malam Pakatan Haram. Habis semua puak-puak mengelabah, pecah kepala memikir apa lagi yang boleh dilakukan! Apa lagi yang boleh dikhianatkan! Ramai juga gila meroyan bila menyedari kospirasi mereka terbongkar!!

Lihatlah di Perak bagaimana Nizar menjadi hilang akal, terjerat menentang projek Vele di Teluk Rubiah yang diluluskan dirinya sendiri semasa menjadi Menteri Besar Perak. Akhirnya surat kelulusan yang ditanda tangannya sendiri menjadi senjata makan tuan. Tersengih-sengih malu Nizar mengakui dalam mengelak?

Lihatlah Khalib bergelumang dengan sampah sarap yang berpunca dari sikapnya yang bodoh sombong. Tidak tahu mengurus tapi galak sangat hendak buang Alam Flora, hingga akhirnya diri sendiri berserabut macam sampah.

Lihatlah tergamaknya Kerajaan Selangor menjadi lintah darat dengan menaikan kadar sewa KBKNS, Jika pada 2011 dari PERCUMA dinaikkan kepada RM1, 977.00 sebulan, tetapi kini dinaikkan lagi sehingga RM6, 180.00 sebulan. Kerana hendak halau semua penyewa keluar, supaya membolehkan mereka jualkan komplek. Untuk apa mereka perlukan duit itu kalau keadaan tidak terdesak.

Lihat juga perangai Khalib menjadi gelabah setelah pendedahan kegiatan murtad semakin menular di Selangor. Kenapa mengjelang 4 tahun baru hendak mengkaji peranan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Kenapa bergitu terlewat baru hendak terfikir hal sedemikian wahal dia merupakan Menteri Besar sepatutnya peka dari awal-awal lagi untuk tindakan.


Lihatlah bagaimana sendiwara Khalib dan Azmin di Selangor yang membongkar segala kegiatan menyalahguna wang kerajaan Selangor secara tidak berkhemah. Hingga semua  segala benda aset negeri Selangor hendak digadaikan.

Jangan diceritakan lagi 16 september yang penuh penipuan untuk merampas tahta negara. Kerana sudah cukup dengan berpecah-belahnya keluar ahli-ahli yang berwibawa dari parti PKR nyawa-nyawa ikan. Puncanya hilang kepercayaan dan hilang keyakinan ke atas Anwar yang semakin hidup dalam drama sendiwara berasaskan nafsu serakah. Dan bergitu juga dengan tumbangnya kebangkitan Mahasewel terebah bagaikan sampah masyarakat.

Lihatlah sahaja bertapa terdesaknya Nurul Izzah yang sanggup hilangkan maruahnya, kerana terpaksa megeluarkan kenyataan membela kegiatan rendah moral bapanya yang bergelumangan dengan kegiatan  liwat dan video chinadoll. Malah Isteri Anwar, Azizah dan Shamsidar isteri Azmin terpaksa berpura-pura baik walaupun 12 tahun tidak bertegur sapa kerana bengong memikirkan siapa punya darah daging Nurul Afifah. Anwar kah yang merayap sampai kebini Azmin? Sehingga Anwar terpaksa terlolong minta tolong jangan digembar-gembur lagi sebab makin tertekan dengan perangai ciptaannya sendiri. Rujuk sini Azmin pula dalam siasatan SPRM dalam salah laku mengaut untung dan rompak wang rakyat hingakan Shansidar punyai akaun saham 2 juta dan Azmin akaun saham 8juta.

Lihatlah rakyat disajikan dengan kegiatan klub Kebas Bini Orang sampai mempunyai tauliah memberi tazkirah jam 2 pagi berdua-duaan dengan bini orang di bilik hotel mewah. Dibela-bela sangat oleh PAS?

Lihatlah perangai Nik Aziz yang ambil sikap sambil lewa terhadap masalah air Kelantan sehingga rakyat Kelantan ambil wuduk menggunakan air meneral dalam botol. Rakyat Kelantan bermandikan air yang masih berkeladak berwarna merah. Yang tinggal terlolong-lolong perasit PAS termasuk Muslimat mempertahan masalah air yang Nik Aziz akui kesalahannya. 

Lihatlah dimana projek rumah rakyat yang dijanjikan setiap kerajaan negeri di bawah Pakatan Haram. Bila hampir PRU13, baru hendak buka blueprint projek perumahan rakyat. Kenapa dah hampir 4 tahun baru hendak buka plan, baru hendak pecah tanah.

Lihatlah semakin terdesaknya PAS dan Majlis Syura Ulama PAS sampai terdesak menghalalkan semua aktiviti Pakatan Haram walaupun bercanggah  melampaui batas akidah, syariat dan rukun. Padahal Majlis itu sepatut membimbing PAS menghindari hal-hal dibawah!!
  • Menghalalkan Seksuliti Merdeka dengan menuntut golongan seks bebas.
  • Menghalalkan khalimah Allah dipergunakan pihak gereja dalam bentuk triniti.
  • Menghalalkan gejala murtad.
  • Lupuskan Hukum Hudud dari buku Jinggay
  • Lupuskan Negara Islam dari perjuangan kerana tiada dalam Al-Quran
  • Menghalalkan tanah wakaf dijual dan dimiliki mereka. 
  • Ketuai apa jua penghimpunan haram yang dipimpin kafir harbi untuk menentang kerajaan islam.
  • Bersepakat dengan kafir harbi memerangi perhimpunan bersama umat islam.
  • Memperngaruhi umat islam ini untuk mendukung keselamatan Israel.
  • Berlajar memahami hubungan dengan Yahudi dalam penyerapan kematangan PAS.
  • Buka pintu syurga untuk penyokong Pakatan Haram
Lihatlah bertapa terdesak dan rendahnya akhlak Muslimat PAS bertudung litup tapi terkinja-kinja dijalan raya dengan lagu maki-hamun dengan kata-kata "mampus" orang sesuka hati hingga hilangnya nilai-nilai wanita islam. bergitu juga dengan aktiviti luar kebiasaan pemuda-pemuda PAS yang rela ikut apa sahaja arahan Anwar.

Lihatlah terbongkarnya kenapa Lim Guan Eng memendamkan kes tapak Masjid Bayan Lepas yang digadaikan kepada kontraktor tampa memberi jaminan pembinaannya. Yang sepatutnya Guan Eng harus serahkan kepada Majlis Agama Pulai Pinang untuk bertangungjawap melaksanakan

Lihatlah semakin mengilanya A Samad Said yang kononnya berjuang atas nama NGO sehingga himpunan LGBT Seksualiti Merdeka pun turun demi kebebasan berjuang atas tiket NGO dan suka berkepit dengan Ambiga. Yang peliknya Himpuan Sejuta Umat dia tidak ada pulak dia turun.

Lihatlah semakin celarunya setiap negeri jajahan Pakatan Haram tidak berani bercakap soal-soal janji PRU12 takut makan diri.

Lihatlah bertapa murah nilai wanita seperti Ambiga sanggup bergelumangan dengan kegiatan menghalalkan sex bebas dan sex rendah moral

Lihatlah bagaimana Pakatan Haram menyerang DS najib yang kononnya menyebabkan negara bankrap kerana menabur duit merata tempat. akhirnya tergamam apabila DS Najib bentangkan lapuran pentabiran beliau selama 3 tahun, berganda-ganda lebih cermelang berbanding Anwar sebagai Penasihat Seringgit, hendak tunai janji air free dekat Selangor terutang dan kena saman merata penjuru. 

Sedarlah Rakyat Malaysia!! 
Pakatan Haram semakin mengelumpur keresahan melihat jumlah pengundi baru meningkat. Sebelum ini merekalah paling banyak mendaftarkan pengundi. DAP adalah parti paling banyak di negara ini mendaftar pengundi baru. Sebenarnya akhir-akhir ini, Pakatan Haram mati akal kerana sedar akan kekalahan yang besar di PRU13. Maka mereka mahukan membina persepsi dan alasan kononnya proses mengundi tidak bersih.

Setelah habis semua rancangan bertahun dan serangan jahat mereka Pakatan Haram mati dalam kegagalan dan kebuntuan. Apa lagi mereka boleh buat kalau bukan serentakan Himpunan Bersih dan Himpunan Hijau untuk menutup semua bangkai dan najis berselerak di serata negara. Suka hatilah sedikitpun kami warga UMNO-BN tidak takut untuk menggagalkan hasutan paling tinggi tahap pengkhianatan dan kejahatan di muka bumi tercintai. Gelombang BIRU sudah mara dengan gahnya dan terus mara merempuh dan menumpaskan segala rancangan jahat Pakatan Haram satu persatu tampa gentar.

Bahasa kami bahasa mudah. Bahasa kami bahasa perjuang Agama, Bangsa dan Negara. Bahasa kami tidak sekali-kali membenarkan bumi ini dinodai Pakatan Haram.

Wednesday 4 April 2012

Ada Yang Tidak Kena Dengan YouTube Adam Adlin Ditumbuk Di Kerinchi

Tiba-tiba Adam Adlin kena tumbuk. Fuhh kalau benar-benar berlaku memang padan muka. Tertapi apabila dilihat balik YouTube berulang kali, ada rasa yang tidak kena? 

Jika anda pehatikan di timeline 0.01 kemera telah merakam Adam Adli mewakili Mahasewel di tingkat atas dan tiba-tiba timeline 0.03 kamera telah beralih di tingkat bawah mengahala kepada watak yang berkata:
"Apa kena mengena kau dengan rumah aku"

Hairan bila kita terliti posisi kamera dari tingkat atas dan bawah. Ini adalah persoalan yang paling kuat, memandangkan video penuh tidak ditayang. 

Dimana video penuhnya?

Kenapa video ini mesti di edit sebelum ditayangkan kepada umum?

Juga menjadi suatu yang menghairankan apabila seorang lelaki datang menumbuk Adam Adli dengan tiba-tiba kemudiannya hilang.

Apa yang pasti rakaman ini bergitu teratur dan tersusun tampa cacat cela, malah zoom kamera tepat pada masanya. Ini yang membuatkan bertambah banyak persoalan ke atas kebenaran disebalik drama. Semuanya bagaikan sebuah drama yang diarah dan diolah dengan terbaik sekali, Boleh meraih anugerah lakun layar terbaik dan bintang popular lagi tu!


Ada persoalan lain juga yang boleh dikaitkan setelah Adam Adli sekarang mengalami masalah popularitinya jatuh. Adakah ini kaedah cuba menaikan kembali populariti Adam Adli dengan kaedah mengaih simpati orang yang teranaya. Kaedah orang teranaya sememangnya kaedah yang sering digunakan oleh Anwar dan Pakatan Haram dalam menagih simpati rakyat. Walaupun kaedah ini tidak boleh populariti secara menyeluruh tertapi cukup menaikan keberanian sebagai Mahasewel berani mati.

Berbalik kisah Kerinchi memang diakui Nurul Izzah PKR memang tidak penah mahu ambil berat nasib rakyat, yang dia tahu twit hari-hari dan sebok hendak memecah belah perpaduan rakyat.

Apa jua yang berlaku di Kerinchi, yang pastinya UMNO-BN tidak penah terlibat dengan publisiti murahan macam drama ini. Setakat kehadiran Adam Adli sedikitpun tidak mengentarkan warga UMNO-BN.

Bukti-bukti Ekonomi Negara Semakin Kukuh Berkembang Di Bawah DS Najib

Selama ini rakyat ditipu hidup-hidup dengan persepsi negara akan bankrap angkara Najib membelanjakan RM600juta untuk memancing undi. Pakatan haram berhujah melalui persepsi tampa fakta dan kalau adapun menggunakan pengkalan data ketinggalan zaman antara data 2005 hingga 2009. Persoalannya kemana data 2010 hingga 2012. Macamana pula Najib boleh hendak dibandingkan dengan Anwar yang lebih mempunyai pengalaman menjahanamkan negara! Langsung tidak layak Anwar dibanding-bandingkan dengan Najib. rujuk sini.

Wahal hakikatnya Najib berbelanja melalui perancangan terperinci dan berkhemah berdasarkan kemampuan keewangan negara. Dari kemampuan keewangan DS Najib menggerakan Tranformasi Kerajaan membantu rakyat secara tiga peringkat melalui jangka pendek, sederhana dan panjang tampa memingirkan Tranformasi Ekonomi negara. Semua tindakan Najib juga disokong dengan kenyataan Bank Negara. Rujuk sini

Bagaimana lagi Najib mendapat dana yang sebergitu banyak untuk membantu rakyat. Lihat ini bukti yang dikatakan Najib seorang yang cekap mentabir ekonomi negara sebelum menyalurkan janji-janji Tranformasi Kerajaan kepada rakyat, ini sebahagian sumber selain Petronas dan Felda termasuk bukti-bukti kedudukan ekonomi negara.


Malaysia's Economy Attains 7th Position

Malaysia's Economic Performance ranking improved to 7th place out of 59 economies this year compared with 12th position in 2007. It was acknowledged in the World Competitiveness Yearbook 2011 Report released by the Institute for Management Development (IMD) recently.

In the ranking for Economic Performance, Malaysia was headed of Taiwan, Sweden, Canada, Australia, the United Kingdom and Switzerland.

The IMD survey continued to rank Malaysia as among the top 5 most competitive nations in the Asia-Pacific region for the second year, taking 6th position in the 20 million population category and 2nd position after Taiwan in the GDP per capita less than US$20,000 category.

Malaysia was ranked 16th overall in terms of competitiveness among 59 economies, compared with 10th place in 2010.


ATTRACTIVE DESTINATION FOR FDI

Malaysia is now the world's 10th most attractive destination for foreign direct investment FDI according to global management consultant A.T. Kearney jumping 11 spots from 2010.

Kearney's FDI Confidence Index ranks the 25 most attractive destinations for FDI based on collated data from senior executives of the worlds leading companies in 17 sectors from 27 countries.

The report notes that inflows to Malaysia grew by over five times from 2009 to 27.9 billion ringgit in 2010.

And this figure will likely be surpassed this year.

The report says investors' growing appetite towards developing countries are not due to their lower cost labour but more for its large and rapidly growing consumer market.

Other Asean countries also saw a major upswing in sentiment this year as investors, wary of the eurozone debt crisis, slow recovery in the US and unrest in the Middle East, focus their attention on emerging markets.
Sumber ntv7.com.my


RM56.5 billion revenue from 25 million tourists in 2010

Updates (21/5/2011): 
NST: "RM56.5 billion revenue from 25 million tourists"

A total of 24.6 million tourists arrived in Malaysia and spent RM56.5 billion in 2010 compared with23.6 million tourists spent RM53.4 billion in 2009.

Tourism is the 2nd largest industry in the country after manufacturing and has been growing since 2000 with international arrivals increasing by 9% per year.

Domestic tourism was equally encouraging with a revenue of RM25.98 billion, an increase of 23%compared with the RM21.1 billion domestic travellers contributed in 2008. 

In 2009, 90.5 million visitors travelled all over the country's local tourist destinations compared with63.3 million in 2008. 

From the overall 90.5 million visitors in 2009, Kuala Lumpur received 11.77 million domestic tourists and was also the No.1 destination among foreigners. This was followed by Sarawak with 10.32 million and Johor with 8.23 million visitors.

The increase of domestic travel from year to year has been significant, registering an average growth of 20%.

Malaysia had secured the No.9 spot in the list of most visited countries in the world.


Higher earnings from homestay scheme

THE revenue from the homestay programme increased by 26.78% to RM15.7mil last year, said Deputy Tourism Minister Datuk Dr James Dawos Mamit.

Tourist participation in the programme also increased by 29.8% to 254,981 people.

“The homestay programme, created in 1995 to promote eco-tourism, has proven to be a huge income earner,” he told Datuk Md Sirat Abu (BN – Bukit Katil).

The deputy minister said in terms of tourist arrivals, the programme saw an increase of 21.6% – from 161,561 tourists in 2009 to 196,472 in 2010.

“However, the programme needs some improvement as the main complaints are the lack of public infrastructure in the rural areas. We will provide the funds to improve them,” he added.

Meanwhile, the Financial Reporting (Amendment) Bill 2012, which seeks to enable the Financial Reporting Foundation to oversee the functions of the Malaysian Accounting Standards Board, was tabled for first reading in the House.

The Bill, which was tabled by Deputy Finance Minister Datuk Dr Awang Adek Hussin, seeks to make the foundation more inclusive and reflective of the developments of Malaysia’s financial reporting system.

It also proposes to reduce the foundation membership from 19 to 12 to improve efficiency.

The proposed amendment also seeks to allow the Securities Commission and Bank Negara to modify accounting standards to ensure financial stability.
Sumber thestar

Alasan-alasan Menghalalkan BERSIH


Kecoh sidang parlimen semalam, apabila Pakatan Haram dengan sengaja membangkitkan isu “laporan minority” untuk menggagalkan pembahasan laporan akhir Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) berhubung dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya. 
Wajah-wajah sebenar di sebalik Bersih

Datuk Seri Dr Maximus Ongkili meluah kekesalannya terhadap tindakan Pakatan Haram menyebabkan laporan akhir diluluskan tampa pembahasan.  “Walaupun laporan itu diterima dan diluluskan Dewan Rakyat, beliau berkata, kelulusan tanpa dibahaskan itu tidak sepadan dengan masa dan tenaga yang dicurahkan semua pihak yang mengambil bahagian, termasuk tiga wakil pembangkang dalam jawatankuasa itu”- Bernama 

Sudah tentu keputusan ini, akan menjadi suatu persoalan yang negatif yang boleh dipolitikan Pakatan Haram. Hakikatnya itulah yang dikehendaki Pakatan Haram untuk mencari alasan meyakinkan rakyat agar menghalal dan menyertai himpunan Bersih yang bakal dijalankan sebelum PRU13. 

Walaupun Pakatan Haram sedar keseluruhan 82% daripada 22 syor penambahbaikan dipersetujui. Semuanya Pakatan Haram ingin padamkan bergitu sahaja, demi menjayakan matalamat utama. Meraih simpati rakyat yang kononnya Pakatan Haram ditindas. Malah menghasut rakyat memerangi Suruhanjaya Pilihan Raya demi menyempurnakan matalamat Pakatan Haram menjejak kaki di Putrajaya dengan apa-apa kos, mereka sanggup lakukan. 

Inilah mainan politik Pakatan Haram yang semakin terdesak, apatah semalam Datuk Sri Najib telah membuktikan 3 tahun yang diamanahkan buat Najib, diterjemahkan dengan kecermelangan mentabir Negara melalui usaha kuat menjayakan Tranformasi Kerajaan yang menyeluruh, berbanding prestasi Anwar sebagai penasihat Selangor dipenuhi dengan pelbagai masalah hingga gagal menunaikan janji-janji PRU12 dan pelbagai masalah tempatan yang sampai sekarang belum dapat diselesaikan. 

Wajah-wajah tarikh luput Pakatan Haram semakin banyak cacat-celanya, apabila dibandingkan perestasi UMNO-BN yang bergitu menyerlah. Setakat cakap banyak-banyak tapi kerja tidak jalan mana rakyat hendak pandang Pakatan Rakyat. Inilah harapan akhir Pakatan Haram mencari jalan bagaimana memperdayakan rakyat dengan mempolitik apa sahaja untuk hidup.

Tuesday 3 April 2012

Rancangan Serangan Anwar Terbantut


Anwar bergitu bersemangat hendak menyerang UMNO-BN kononnya berasa sudah tiba masanya untuk mengambil alih Putrajaya. Senjata utama Anwar harga minyak dan PTPTN itupun cakap bukan boleh dipercaya sangat. Antara ucapan Anwar pada 26 Mac 2012 dipetik dari Sinar Harian. “Hari ini (semalam), kita datang untuk ceritakan rekod kerja dan kejayaan kita selama empat tahun PR mentadbir Selangor, Najib pula (Datuk Seri Najib Tun Razak) pula datang untuk rampas negeri ini. Apa cerita? Negara kamu jaga pun banyak rasuah dan ambil projek,” katanya pada program Rapat Rakyat, di Stadium Kuala Selangor di sini, malam tadi.

Sayangnya semua itu keseronokan sementara buat Anwar apabila Najib semalam membuktikan 3 tahun memegang jawatan Perdana Menteri, berjaya menterjemahkan 1Malaysia dengan merialisasikan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". Semuanya telah dijelas secara terperinci oleh Najib semalam melalui Laporan Tahunan GTP & ETP 2011. Apa yang Anwar hendak dabik lagi kalau setakat bagi air free Selangor tapi rata sudut menyaman kerajaan negeri Selangor. Tidak payah buang masa,rakyatdah makin bosan layan cakap Anwar berterabur air liur tapi kerja tidak juga jalan-jalan.

Sesiapa tidak puas hati atau tidak percaya boleh rujuk secara terperinci di sini.

Mitos Ciptaan Parti Adat Sosial

Mitos negara berkebajikan Pas

Seperti Dokumen Negara Islam terbitan Pas sedekad lalu dan dikecam kerana terlalu ringkas dan kabur untuk menerangkan konsep dan pelaksanaan sebuah sistem pemerintahan negara, buku Pas mengenai negara berkebajikan juga bagaikan melepas batuk di tangga.

Buku ini tidak komprehensif, tiada kajian mendalam dan tidak praktikal. Banyak kenyataan bersifat umum dan abstrak. Ada bab hanya tiga atau empat perenggan sahaja. Tiada contoh spesifik atau data sokong hujah berhubung dasar ekonomi dalam negara berkebajikannya. Malah, banyak bahagian dalam buku ini adalah pernyataan dasar dan langkah yang sudah dilaksanakan oleh kerajaan BN, seolah-olah Pas tidak nampak apa yang berlaku di negara ini sejak 56 tahun lalu.

Sebahagian besar buku adalah himpunan ayat-ayat Quran dan penjelasan cetek mengenai istilah asas. Diketengahkan usul al-Fiqh seperti maqasid al-syariah dan siyasah al-shar’iyyah tetapi tidak digariskan apakah cabaran strategik yang akan dihadapi negara, atau kaedah penjanaan sumber pendapatan negara untuk berbuat kebajikan kepada rakyat.

Pas membezakan konsep negara berkebajikan mereka daripada welfare state seperti yang wujud di Barat dan kebajikan dilaksanakan kerajaan BN. Bezanya ialah pada penambahan imbuhan ‘ber’ merujuk pemimpin yang baik dan amalan kebajikan. Antara ciri pemimpin baik disebut dalam buku ini ialah alim, bertaqwa dan berintegriti, menegakkan amal makruf dan nahi mungkar.

Tapi malangnya, seperti juga kes-kes lain ‘ikut saya cakap, jangan ikut saya buat’, ramai pemimpin Pas sendiri tidak memiliki ciri-ciri yang mereka gariskan.

Dalam bukunya, Pas menyatakan untuk menjadikan orang Melayu teras dalam pembangunan negara. Kenyataan ini mengelirukan kerana pendirian Pas sebelum ini ialah tidak bangga menjadi Melayu, mahu menghapuskan hak keistimewaan Melayu dan menolak Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang berjaya membangunkan kelas menengah Melayu dan membantu membasmi kemiskinan tegar.

Jika kedudukan sosioekonomi orang Melayu-Islam di Kelantan hendak dijadikan ukuran, konsep berkebajikan seperti yang disebut boleh dikatakan tidak wujud. Masalah asas seperti bekalan air bersih, kemiskinan, kurang kemasukan pelaburan asing serta protes rakyat mengenai hal tanah masih berlarutan walaupun Pas memerintah 22 tahun. Inilah juga negeri yang mencatat kes cerai yang tinggi dan pengidap HIV paling ramai di Malaysia. Sepatutnya, konsep berkebajikan ini dipraktikkan di Kelantan dahulu. Namun, bilangan orang Kelantan yang meninggalkan negeri itu untuk mencari rezeki di negeri-negeri lain melebihi 700,000. Ini hakikat.

Pas juga lahirkan hasrat ganti Umno. Ini mustahil berlaku selagi Pas tidak mampu letak bilangan calon yang lebih ramai daripada PKR atau DAP dalam pilihan raya umum. Manakala Umno memimpin BN, Pas menjadi pengikut dalam Pakatan Rakyat. Manakala Umno adalah parti terbesar dalam BN, Pas adalah parti terkecil dalam pakatan pembangkang.

Pas hanya kuat di Kelantan, tidak di negeri lain. Kerana itulah, kebajikan orang Melayu-Islam di Pulau Pinang tidak dapat dibela oleh Pas. Kerajaan negeri pimpinan DAP telah hentikan sambutan Maulidur Rasul, menghalau peniaga Melayu, mengeluarkan kenyataan hina umat Islam, malah mahu menjual tapak masjid namun pemimpin Pas bersikap diam. Di Selangor, pemimpin Pas yang mahu menegakkan kedaulatan agama, menentang Exco DAP dalam urusan penjualan arak dan mempertikai pengeluaran lesen rumah urut dipecat oleh parti itu. Jika begini, bolehkah Pas diharap memerintah negara yang menjaga kebajikan orang Melayu-Islam?

Rakan politik Pas ialah DAP yang memperjuangkan konsep Malaysian Malaysia berorientasi sosialis-demokrat, bukan negara berkebajikan. Konsep DAP menolak hak keistimewaan orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Jika konsep DAP dilaksanakan, jurang sosial dan kekayaan antara kaum akan melebar dan menjejaskan perpaduan nasional. Adakah negara berkebajikan Pas menerima pakai konsep Malaysian Malaysia anjuran DAP ini? Jika tidak, beranikah Pas mengisytiharkan pendirian ini.


Satu lagi rakan kongsi politik Pas ialah PKR, yang memperjuangkan faham liberal dan pluralis. PKR mahu jadi parti pelbagai kaum, dan tidak bertunjang kepada Melayu-Islam sebagai teras. PKR dan DAP anggap perjuangan Pas adalah rigid, sempit dan tidak mungkin dapat dilaksanakan dalam realiti politik Malaysia lalu mengembangkan fahaman liberalisme dan pluralisme ke dalam Pas sehingga meminggirkan pengaruh ulama. Dalam konteks negara berkebajikan Pas, adakah fahaman liberalisme dan pluralisme juga diterima pakai?


Nampaknya, konsep negara berkebajikan Pas satu lagi janji pembangkang. Umum tafsir ia strategi Pas sesuaikan diri dengan pakatan menjelang PRU13.


Sumber Sinar Harian
DR MASHITAH IBRAHIM30 Mac 2012

Isu Terkini

get this widget here