Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Thursday 5 April 2012

Khalib Ibrahim Terasa Hendak Pantau Setelah 4 Tahun Buang Masa


Apalah punya tahab kelembaban Khalib Ibrahim sorangni! Nama sahaja Menteri Besar tapi entah apa yang dilakukan selama mentabir Selangor 4 tahun.

Hairan bukan!! Lihat juga perangai Khalib menjadi gelabah setelah pendedahan kegiatan murtad semakin menular di Selangor oleh Hassan Ali. Kenapa mengjelang 4 tahun baru hendak mengkaji peranan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Kenapa bergitu terlewat baru hendak terfikir hal sedemikian wahal dia merupakan Menteri Besar sepatutnya peka dari awal-awal lagi untuk tindakan.

"Kerajaan negeri berpendapat jawatankuasa ini akan memberi penambahbaikan kepada JAIS dalam peranannya untuk mengangkat martabat agama Islam terutama (apabila) wujudnya 'cakap-cakap' wujudnya cubaan memurtadkan umat Islam melalui pendedahan video," katanya merujuk pendedahan bekas exco agama negeri Datuk Hasan Ali. Sumber Malaysiakini

Baru sekarang ke Khalib Ibrahim hendak memikir penambahbaikan itupun PRU13 dah dekat sesangat!! Sebelum ini apa yang Khalib buat apa penambahjahanamkan Selangor ke!!

Kualiti jenis apakah yang PKR telitikan untuk menempatkan Khalib Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Apa yang rakyat nampak selama ini. Menteri Besar Khalib Ibrahim bukannya jenis manusia yang layak memikul tugasan Menteri Besar Selangor. Semua tangungjawapnya terbengkalai atau gagal langsung tampa penyudahan yang memuaskan hati rakyat. Ini bukan kali pertama menampilkan kelalaian Menteri Besar Khalib Ibrahim sehingga menyebabkan kerugian besar buat negeri dan rakyat Selangor.


Cuba kita bedah siasat balik apa yang hebat sangat Menteri Besar Khalib Ibrahim ini!!
Pasal sampah Selangor memang buat rakyat naik cuak dan meluat dengan Khalib. Sebab kerana bodoh sombong Khalib lah berterabur habis sampah-sarap seluruh Selangor. Itulah kerana bodoh sombong Khalib lah, pandai-pandai sangat memecat Alam Flora. Kononnya idea dan strateginya lebih hebat dari Alam Flora. Wahal selama Alam flora mentabir pengurusan sampah di Selangor langsung tidak ada masalah, tapi datang mamat gagap ni habis berselerak-tarak sampai tahap Selangor boleh dapat anugerah penternak tikus berjayalah. Patutlah merata-rata kawasan Selangor banjir kerana sungai penuh sampah. puncanya kerana muka Menteri Besar pun serupa dengan sampah dah!

Pasal Pasir berapa banyak yang hilang dari kecurian pasir yang semakin berluasa. Yang paling menarik intergriti Khalib Ibrahim mengaku tidak tahu menahu. Jenis Menteri Besar apa kalau semua tidak tahu

Ada lagi kenapa bila Hassan Ali dipecat baru tahu hendak menyebut Hassan Ali menyalah gunakan wang Kerajaan Negeri untuk mengubahsuai pejabat Hassan Ali. Habis selama ini Khalib Ibrahim menghalalkan mana-mana pemimpin Pakatan Haram menyalahguna atau menyeleweng wang Kerajaan Negeri sewenang-wenangnya selagi berada di dalam Pakatan Haram.


Jika diukur semua factor-faktor kelemahan pentabiran Khalib Ibrahim buat apalah hendak buang masa layan penyakit Pakatan Haram ini. Khalib selama ini hanya boneka untuk memudahkan Anwar anak beranak dan Azmin menjamah hasil negeri dengan hidangan mewah sahaja. Selagi Anwar jadi Penasihat Seringgit selagi itulah haru-biru pentabiran Selangor. Itulah Khalib yang tidak dapat dianggap layak kerana tidak ada kemampuan mementingkan tangungjawap kepada rakyat bukannya menjadi kadam suap harta ke mulut buaya darat macam Anwar anaka beranak dan Azmin ohh jangan lupa juga kroni DAP perlahap besar yang ngap senyap-senyap. Hancur Selangor selagi ada Pakatan Haram.

No comments:

Isu Terkini

get this widget here