Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Friday 6 April 2012

Kisah Chief Kadam Kelentong Kadam-kadam Dalam PKR

Puteh Biji Mata Rakyat Selangor

Alkisah Chief Kadam PKR hendak berkokok di reban sendiri tapi ditongkol dengan batang penyapu oleh bekas ahli Pakatan Haram, sampai tertiarap dekat lantai, habis terkena kadam akar umbi yang tumpang terasa perit.



Kalaulah bab Cheif kadam Anwar iaitu Azmin Ali, tertiarap dekat lantai dan berbenjol kepala, tiadapun kadam akar umbi ambil peduli. Tapi bab membuka pekong seolah-olah yang kadam akar umbi dalam PKR jenis banyak makan benda yang tak sepatutnya makan, mana tidak panas satu badan. Itulah gambaran yang berlaku apabila Azmin Ali menyelar Hasan Ali, kononnya memberlanjakan RM300ribu wang Kerajaan Negeri Selangor semata-mata hendak mengubahsuai bilik perjabat.



Hasan Ali tidak mengalah sebaliknya membalas balik dengan mengatakan setakat RM300ribu adalah jumlah paling kecil berbanding dengan pejabat-pejabat Exco yang lain. Malah dia mendapat kelulusan untuk berbuat sedemikian. Adus!! Abis kadam kadam Pakatan Haram terpaksa berhempas pulas "spin" isu untuk cover Azmin Ali kerana terpaksa, kerana terpaksa dan kerana terpaksa. Azmin Ali kan Chief Kadam. Dalam penat-penat berperang tak tersedarpun kadam kadam akar umbi PKR, yang mereka sebenarnya membuka pekong mereka sendiri kepada rakyat Selangor. Terkena laa pula batang hidung Kadam Tua Khalib Ibrahim yang mukanya tiadalah beza sedikitpun dengan masalah rupa sampah sarap berselerakan di Selangor! Kes itupun rakyat Selangor masih juga terasa sakit hati dan ditambah lagi kes ini.

Apakah sebelum ini fungsi Khalib Gagap hanya sekadar kadam tua yang tidak boleh mencampuri urusan-urusan salah laku Exco lain. Bukankah Menteri Besar berkuasa memantau setiap pergerakan Exco dibawahnya, dan kalau betul kuasa Menteri Besar boleh memantau kenapa Khalib Gagap mesti kena tunggu sampai Hasan Ali dipecat baru boleh hendak mendedahkan segala salah laku Hasan Ali. Dah!! Habis terjerat semuanya! Betul-betul menunjukan haru biru punya pentabiran Selangor, mahu rakyat tidak marah!!

Bukan setakat itu Hasan Ali tongkol Azmin sekali lagi, Hasan Ali yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, mendesak Azmin menjelaskan sumber kewangan­nya ketika menjadi pegawai kerajaan pada 1992 hingga 1994 dan bagaimana beliau mampu memiliki saham bernilai jutaan ringgit. Ditambah lagi dengan pembongkaran Shamsidar punyai saham 2juta dan Azmin ada saham 8juta. Pehhh makin mendidihlah Akar Umbi Pakatan Haram. Tertapi mereka tidak pula serang Hasan Ali sebaliknya mempersoalkan kewibawaan Azmin Ali! Apa ingat rakyat Selangor tidak mendidih hati ke, melihat Azmin Ali kaya-raya dalam diam-diam menuduh orang lain.

Ketua Penerangan PKR Ampang, Mohd Isa Saidi yang mengetuai kumpulan itu berkata, Azmin tidak boleh lagi berdolak-dalik mengenai isu itu sebaliknya perlu memberikan penjelasan yang meyakinkan semua ahli bahawa beliau tidak bersalah.

“Buat masa ini, kami masih percaya beliau tidak bersalah, tetapi Azmin sendiri perlulah tampil buat penjelasan yang benar-benar memuaskan hati kami sebagai ahli bawahan yang mahu terus menghormatinya sebagai pemimpin kami. Jika dia sendiri tidak dapat jawab dakwaan itu, ia akan menggugat kepercayaan pengundi terhadap parti, termasuk ahli PKR sendiri.
Sumber Sinar Harian

Kenapa tiba-tiba akar umbi PKR menyerang Azmin Ali pula! Inilah yang banyak persoalannya?  Ada juga cerita orang Azmin Ali jenis sombong sikit, yelah kalau mak kandungnya sendiri dia boleh menyombong sampai Emak tidak mahu mengaku anak. Apatah Akar Umbi yang tiada kena mengena dengan kesenangan hidupnya. Lagipun Azmin Ali juga dalam sisatan Surahanjaya Pencegah Rasuah Malaysia dalam kes ini. Bukan setakat itu ada lagi.

Azmin juga penah serang Hasan Ali berdasarkan sidang DUN Selangor 23/03/2012, bila Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa) mendedahkan bahawa Hasan Ali (Bebas-Gombak Setia) melakukan penyelewengan dalam soal pemberian kontrak penyelenggaraan jalan kepada 83 kontraktor secara runding terus, bukan tender terbuka pada 2009 – berdasarkan maklumat audit 2010. Hasan Ali balas balik
Beliau yang juga bekas exco kerajaan negeri Selangor turut mempersoalkan sikap seorang individu yang menjawat jawatan tertinggi di tiga buah syarikat di Selangor apabila menerima elaun, termasuk berbelanja mewah sehingga ratusan ribu ringgit.

“Individu ini pergi ke Shanghai (China), Chiangmai (Thailand) dan Perth (Australia) membabitkan kos kira-kira RM130,000 dalam tahun yang sama. Saya bukan iri hati tapi saya memikirkan tentang hak rakyat.

“Saya hairan kenapa dia asyik ke luar negara dan seolah-olah tiada kerja dalam negeri ini. Sebab itu, saya cadangkan hadkan bilangan untuk seseorang itu menjawat jawatan. Kalau dia nak pegang jawatan yang banyak pun, kita kena hadkan elaun yang diterima,” ujar beliau. sumber

Ibarat kata semua dalam Pakatan Haram memang tak boleh pakai sesen pun! Apatah lagi orang macam Azmin Ali ini, kalau akar umbi yang paling dekat mengikutnya bekerja hari-hari boleh hilang kepercayaan. Apatah lagi rakyat Selangor hendak harapkan dengan manusia jenis Azmin Ali yang kalau pasal orang semua tidak betul tapi hal peribadinya jangan disentuh kalau tidak kawan ke lawan ke siapa jelah menanti hari. Kalau tidak percaya kenanglah balik PENIPUAN DALAM PEMILIHAN PKR 2010 anda akan tahu parti haru-biru berserabut dari mula sampai sekarang. Itupun ada hati hendak mentabir Negara. Jahanam Melingkup Dibuatnya Negara Ini.


1 comment:

rezqeen hill said...

Salam,

Saya sudah link blog ini di blog saya. Mohon berbuat demikian juga.

www.riziqin.blogspot.com

Terima kasih~

Isu Terkini

get this widget here