Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Join us

Tuesday, 11 September 2012

Antara Kaitan Anwar Dan Keganasan

Sebenar rakyat Malaysia amat bertuah dipertontonkan siapakah watak-watak yang bakal menduduki PRU13. Pertembungan antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat diwarnai degan pelbagai cerita dan peristiwa yang boleh kita jadikan panduan untuk menentukan siapa yang layak menduduki Putrajaya.

Soal pertama sekali yang perlu diperhatikan ialah siapakah watak mereka sebenar disebalik yang digembar-gemburkan sebagai calon Perdana Menteri. Sekarang umumnya mengetahui kerusi ini menjadi rebutan antara Najib Razak dengan Anwar Ibrahim. Walaupun ada cerita-cerita lain membayangkan DAP juga punyai hajat untuk mendapatkan kerusi itu, jika kita melihat dari segi berapa jumlah kerusi yang bakal DAP bertanding melebihi dari PAS dan PKR di dalam Pakatan Rakyat. Itu satu kisah versi lain.

Apakah perbezaan watak antara Najib Razak dengan Anwar Ibrahim?

Dewasa ini rakyat dipertontonkan bagaimana Najib Razak bekerja keras untuk memenuhi impian dan janjinya kepada rakyat. Walaupun Najib Razak telah difitnahkan dengan pelbagai isu melibatkan moral keluarganya. Semua itu sekadar satu cerita kosong yang gagal dibuktikan. PecahPalakMikir tidak mahu mencerita jauh tentang siapa Najib Razak kerana rakyat nampak dengan mata sendiri, bagaimana watak Najib Razak tampa penat turun setiap pelusuk Malaysia untuk memenuhi impian rakyat dari pelbagai golongan.

Berbanding dengan Anwar Ibrahim turun padang menjaja cerita menjatuhkan Najib dan janji-janji terbaru sambil membawa penonton melupakan kegagalan janji-janji lama.

Anwar Ibrahim yang juga didedahkan dengan pelbagai isu moral. Walaupun ini juga dikaitkan sebagai satu agenda menjatuhkan Anwar Ibrahim, tetapi jauh disudut hati rakyat sekurang ada terdetik sedikit soal Video China Doll walaupun dikatakan satu agenda fitnah tetapi amat sukar buat sesiapapun untuk menafikan 99% wajah di dalam video itu terlampau mirip dengan pewatakan Anwar Ibrahim.

Rakyat juga didedahkan isu Suaram yang banyak menjalankan aktiviti menyokong kempen Anwar Ibrahim. Fungsi Suaram adalah membawa agenda yang lebih menjuruskan untuk menjatuh Najib Razak dengan isu Kapal Selam.

Hakikatnya Suaram bukannya NGO sebaliknya sebuah syarikat yang didaftarkan dan mendapat bantuan dana luar baca artikal ini
The fund was made between the years 2006, 2007, and 2008 amounting to US$385,000 or RM1.28million and this amount does not include money for 2009, 2010 and 2011. Suaram – a PKR outfit has always talked big about transparency. baca detail

Jika rakyat perhatikan dengan penuh ketelitian, adalah sepatutnya rakyat bertanya pada diri "Kenapa Suaram dicipta dengan bertopengkan NGO dan kenapa fungsinya sekadar agenda menjatuhkan Najib Razak sahaja?

Bagaimana janji-janji Anwar Ibrahim? Adakah rakyat Malaysia berpuas hati dengan cara Anwar Ibrahim memenuhi apa-apa yang penah dijanjikan ini bukti yang paling ketara membuktikan Anwar jenis manusia ganas dan tidak berhati perut

"JANJI ANWAR IBRAHIM DI KAMPUNG BUAH PALA !!!" on YouTube

Rakyat juga boleh menilai dengan agenda siri Bersih. Apa yang rakyat nampak sebenar satu usaha menjatuhkan kerajaan yang membabitkan adengan-adengan ganas. Adakah ini wajar?

Baru-baru rakyat sekali digemparkan dengan adengan pengawal peribadi Anwar mengacu pistol kepada kumpulan anti Anwar Ibrahim yang tidak bersenjata?

Kalau situasi ini berlaku kepada Najib Razak akan pasti dipergunakan Pakatan Rakyat untuk menekan pihak polis mengambil tindakan tegas. Tetapi sekarang situasi berlaku kepada Anwar Ibrahim kenapa tidak ada suara dari Pakatan Rakyat?

Jika sebelum Anwar jadi Perdana Menteri sudah membolehkan pengawal peribadi mengacu pistol dan bagaimana jika sudah menjadi Perdana Menteri?

Adakah Anwar akan jadi lebih ganas menghalang situasi seperti bersih yang menentangnya dengan adengan yang lebih dahsyat berbanding bersih sekarang?

Sekarang kita didedahkan Anwar rela bekerjasama dengan kuasa asing dan banyak lagi isu yang boleh dikaitkan didalam membuat penilaian.

Anwar sanggup membela dan mendukung Israel
Anwar sanggup menjaja khalimah Allah
Anwar sanggup menyebarkan fahaman pluralisme
Anwar banyak dikaitkan isu moral yang susah untuk akal rakyat menafikan bergitu sahaja
Anwar banyak didedahkan dengan situasi mungkiri janji kepada rakyat sehingga pelbagai video boleh dikaitkan.
Anwar sanggup bersendiwara dengan kaitan video menampakan seolah-olah Anwar memberi dorongan peserta Bersih 3 merusuh dan bagaimanakah Anwar jika menjadi Perdana Menteri menangani golongan yang anti Anwar Ibrahim? Adakah apa yang rakyat nampak sekarang akan membawa adengan lebih ganas lagi.

Fikir-fikirlah walaupun PecahPalakMikir adalah tidak ada gunanya rakyat mengambil resiko menggadai tanah tercinta ini untuk dipimpin oleh Anwar Ibrahim. Kerana peribadi Anwar terlampau banyak boleh dipersoalkan hingga ada kebenaran negatif Anwar yang sukar untuk dinafikan oleh akal.

Sudah tentu jika masih ada kewarasan kita tidak ambil sesuatu yang was-was sepertimana yang menjadi amalan ibadat umat islam. by http://PecahPalakMikir.Blogsport.Com

Thursday, 6 September 2012

Benarkah Anwar Ada Skandal Sulit Disembunyi PAS

Dalam diam-diam Pelesit Islam Malaysia buat bodo tutup mulut. Almaklumlah agenda Pakatan Rakyat atau lebih dikenali Pakatan Haram melebihi segalanya!

Sekarang bukankah ada yang tidak kena dan tersembunyinya satu agenda sulit atau lebih sedap dicop sebagai skandal salah guna kuasa yang tiada batas.

Mana tidaknya dalam PAS tiada halangan orang luar campur tangan seperti mana yang telah berlaku kepada Hasan Ali telah berjangkit kepada Nasharuddin Mat Isa. Walaupun isu sebergini sering dinafikan, tetapi kakikatnya disebaliknya.

KUALA LUMPUR 6 Sept. - PAS tidak akan sama sekali terpengaruh dalam membuat sebarang keputusan pada Persidangan Majlis Syura Ulama' parti tersebut berkaitan tindakan yang bakal diambil ke atas Nasharudin Mat Isa pada 9 September ini.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub menjelaskan, khabar angin berhubung campurtangan dari beberapa individu dari luar parti termasuklah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah satu fitnah jahat dari pihak yang tidak bertanggungjawab. “Adalah menjadi tanggungjawab Majlis Syura bagi menentukan nasib Nasha nanti.

Penglibatan atau campur tangan pihak selain dari Pas merupakan satu tuduhan yang tidak benar sama sekali,” tegasnya dalam satu kenyataan kepada pemberita semalam.

Beliau juga berkata PAS meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada Majlis Syura Ulama' Parti tersebut terhadap sebarang tindakan terhadap bekas Timbalan Presiden Parti tersebut hasil pertemuan pada tarikh yang telah ditetapkan. “Kita tunggu saja keputusan Majlis Syura nanti.

Penglibatan pihak luar berhubung keputusan Majlis Syura satu fitnah,” jelasnya lagi.

Beliau berkata demikian susulan kenyataan dari Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Kedah, Zamil Ibrahim menerusi kenyataan yang dikeluarkan sebuah akhbar harian baru-baru ini. Zamil mendakwa Nasharudin Mat Isa bakal menerima nasib yang sama seperti Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr. Hasan Ali disingkirkan dari parti tersebut kerana dilihat mengganggu agenda PAS bersama Pakatan Rakyat. - KLPOS

Ohh sudah menjadi kebiasaan kerana ada yang akan jadi tukang cuci rupanya. Walaupun nampak sangat rupa bentuk campur tangan ghaib. by http://pecahpalakmikir.blogspot.com/

Published with Blogger-droid v2.0.8

Kronologi Kekejaman Rumah Terbuka Lim Guan Eng

Sudah melampau dengan sikap pandang rendah kepada nasib penjaja kecil oleh Lim Guan Eng.
Sikap pilih bulu LGE Sememangnya membuktikan, cita-cita menjadikan Pulau Pinang sebagai empayar untuk orang-orang kaya sahaja. Sudah tentu hal ini akan menguntungkan kelompok Ultra Kiasu.
Sebab itu nasib peniaga dan penjaja kecil di Pulau Pinang sering menjadi mangsa dengan sikap tidak berhati perut Lim Guan Eng.
Mungkin kerana para peniaga dan penjaja kecil tidaklah mampu menyediakan rumah banglo atau syer berjuta-juta buat Lim Guan Eng
Selama 4 tahun LGE sebagai Menteri Besar telah banyak kisah penganiayaan terhadap peniaga dan penjaja kecil yang sekadar untung cukup-cukup makan, dan sudah tentulah, mana hendak mampu keluarkan belanja membodek Lim Guan Eng!
Alkisah yang terbaru....
Ini telah diceritakan oleh penjaja kecil Padang Kota Lama.
Penjaja kecil Padang Kota Lama sebenarnya telah lama ditindas dan cuba diusir keluar dari tapak niaga, sedangkan mereka berniaga lebih dari sepuluh tahun sebelum DAP tawan Pulau Pinang.
Lim Guan Eng mungkin becita-cita untuk menjadikan kawasan tempat rehat Padang Kota Lama sebagai hight class dengan meminggirkan nasib penjaja kecil, yang amat hina dimata LGE (Kalau tidak hina tidaklah diusir macam anjing).
Kisahnya para penjaja Padang Kota Lama telah acap kali menjadi mangsa operasi Majlis Pembandaran Pulau Pinang yang datang merampas peralatan penjaja pada hampir setiap hari.
Pada 2 haribulan 9. Sekali lagi MPPP datang bersama 4 Wheels Truck cuba menjalan operasi khas untuk menggempur 30 penjaja yang terdiri Melayu dan India. (Yang Cina Mereka Kurang Berani Sikit Apasal ha)
Kebetulan!! antar jam 9-10 jadi kecoh kerana kebetulan ada sekumpulan lebih 10 orang ahli Persatuan Mukabuku Pulau Pinang sedang mengjamu selera di Padang Kota Lama. Menyebabkan MPPP kecut perut cabut lari!
Modus oprandi MPPP seolah-olah telah diarah oleh golongan tertentu untuk membersihkan tapak niaga Padang Kota Lama dengan alasan pelancong selalu merungut keujudan mereka diatas pelbagai isu?
Persoalannya kalau adapun kelemahan penjaja adakah dengan menyingkir hak mereka mencari makan dan adakah tindakan ini mencerminkan kewibawaan Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang yang prihatin?
Yang menyedihkan ada stor peniaga ais krim yang sehingga kini tidak boleh dituntut balik. Malah ada kes generator perniaga yang dirampas dikenakan denda yang sama nilai harga baru. Inikah cara Kerajaan DAP layan rakyat miskin?
Tindakan MPPP terlampau nampak sangat! punyai hasrat melancar serangan menyingkir para penjaja kecil keluar dari tapak niaga Padang Kota Lama. Tertapi yang dekat jalan Gurney tidak pula disentuh! Mungkin sebab sebangsakan!
Para penjaja sebenarnya tidaklah berminat untuk menuduh bukan-bukan kepada mana-mana pihak!
Atas semangat mahu duduk sebulat semeja bagi mendapatkan rundingan yang adil! Para penjaja telah berpakat bersama Persatuan Mukabuku Pulau Pinang untuk bertemu dengan Malik Itik iaitu Timbalan Ketua Menteri 2.
Persatuan Mukabuku Pulau Pinang telah berjaya mendapat temu janji dengan Malik Itik pada 3/9/2012 isnin jam 10pagi. Ini sudah tentulah memberi semangat baru buat para penjaja untuk berunding dan diberi pertimbangan dan perhatian sewajarnya.
Bagi golongan yang berpendapatan cukup makan seperti penjaja kecil Padang Kota Lama, tentulah ini harapan hidup dan mati mereka mencari rezeki untuk anak bini di rumah.
Tetapi apakan daya orang macam Malik Itik sudah biasa berserapan di hotel dan hidup serba mewah! Tidaklah penah mengjeling langsung, walau sekelip mata kepada rakyat yang harus kerja siang malam, demi sesuap nasi!
Memandangkan sikap Malik Itik jenis manusia lupa diri, akhir dia terlupa dengan sengaja terhadap harapan para penjaja untuk sebulat meja mengharapkan perhatian. Adakah Malik Itik memerlukan lebih dari temujanji untuk dia boleh meluangkan masa bersama rakyat miskin seperti penjaja Padang Kota Lama?
Para penjaja ini bukan hendak minta duit dalam poket Malik Itik atau duit Lim Guan Eng ataupun duit peruntukan kerajaan negeri, mahupun hendak minta tender atau projek berjuta-juta.
Meraka cuma harap belas kasihan dan sekurang-kurangnya lihatlah anak mereka perlu ke sekolah! susu! lampin! malah dapur yang perlu berasap dan sewa rumah, air, api dan lain-lain.
Kasihanilah nasib mereka yang sering diperlakukan melebihi pendatang asing berniaga, hanyalah sekadar berharap diberi belas kasihan untuk berniaga di tempat yang mereka telah lama berniaga sebelum DAP mengambil alih Pulau Pinang
Bayangkanlah kita jika kita ditempat seperti para penjaja ini, yang mahu mencari sesuap nasi di tanah tumpah sendiri. Tiba-tiba datang penyangak sepak periuk nasi. Lebih malang penyagak yang menyepak periuk nasi itu, dulunya datang dengan lidah tidak bertulang berjanji itu dan ini.
Sehingga melepasi langgit ke7, jika mereka diberi peluang memerintah Pulau Pinang.
Sekarang setelah rakyat termakan rayuan, orang seperti Malik Itik menjadi bangsat yang hanya bersedia berunding kepada sesiapa yang kaya dan bermamfaat kepada puak-puak mereka sahaja dan golongan yang disayangi sangat oleh Lim Guan Eng.
Kerana kekecewaan yang tidak dapat dikawal lagi. Para Peniaga bersama-sama Persatuan Mukabuku Pulau Pinang telah sepakat untuk ke dewan dekat Pattani Road yang kebertulan ada majlis Rumah Terbuka DAP. Dengan harapan untuk berunding terus dengan LGE atau sesiapa sahaja yang mahu mengdengar rintihan mereka.
Sekali lagi para peniaga di kecewakan. Sepatutnya Rumah Terbuka Aidilfitri DAP terbuka untuk semua rakyat. Rupa-rupanya rakyat seperti mereka dihalau bagaikan anjing!
Kalaulah Lim Guan Eng seorang berwibawa, pasti membenarkan sesiapa sahaja rakyat yang datang masuk menjamu selera dengan dilayan penuh mesra oleh LGE sendiri, sambil mengambil kesempatan mendengar pemasalahan rakyat. Seperti mana Najib Razak lakukan dari masa ke semasa.
Itu tidak langsung berlaku! Sebaliknya para penjaja dihalang masuk ke rumah Lim Guan Eng dengan menggunakan jentera PAS.
Sekali lagi Parti Angkat Sampah ini bertindak sebagai pecacai pencuci longkang. Iaitu tukang halau bangsa sendiri demi ketuanan DAP. Lepas ini makin ramai puak-puak Pecacai Angkat Sampah -PAS akan sebar cerita pertahankan ketuanan DAP di alam maya.
Hairankan! Perasit Islam Semalaysia atau PAS ini yang sering terjerit-jerit dengan selogan negara kebajikan sekali lagi menjadi hipokrit dan pengkhianat kepada orang seperti penjaja kecil ini. Memang laknat betul! puak-puak ni! sesenpun tidak boleh dipakai. Pembela rakyat konon!
Lebih sedih lagi puak Parti Adat Sosial ini sanggup membantu gerakan elit SRS DAP mengusir dan menindas rakyat yang hidup matinya mencari makan di Padang Kota Lama.
Lebih menghairankan Jamuan Rumah Terbuka DAP bermula jam 7 malam dan kehabisan juadah pada jam 8:30 malam. Cepat betul!!  Ini jamuan rakyat ke jamuan kuncu-kuncu dan tali barut?
Puak PAS pula! sudah tidak ingat ke waktu sembahyang? dan Lim Guan Eng tidak sedarkah ada berapa waktu antara jam 7-8:30 malam?
Tidak pula puak PAS kesah waktu sembahyang yang sepatutnya kena tegur Guan Eng yang sah-sah terlampau naif dalam hal waktu-waktu yang sesuai mengadakan majlis bersama orang-orang islam.
Bukankah PAS berjaya mendekatkan Guan Eng dengan sinar islam, apasal hal ini boleh terbabas pula? Sia-sia je....
Inilah sendiwara penyagak bangsa yang bersembunyi di sebalik lambang bulan yang kononnya menjanjikan syurga kepada pengundi dan ahlinya dengan kepantasan menaiki roket! yang dipandu simata sepek!
Inilah sendiwara pembela nasib rakyat yang sering berpura-pura sambil sempat mempunyai banglo mewah melebihi pendapatan dan tergadai tanah-tanah yang sepatutnya untuk rakyat sederhana memiliki rumah kos rendah, telah bertukar menjadi mahligai mewah.
Sudah pasti mahligai mewah hanya orang-orang kaya mampu miliki. Bergitu juga peluang cari makan siapa diberi keutamaan dan bagaimana dengan nasib rakyat yang mahu menumpang sepingan nasi?
Siapa golongan orang kaya paling ramai di Malaysia. Sudah pasti golongan Ultra Kiasu!
Kalaulah BN masih memerintah! tentu Padang Kota Lama masih menjadi sebahagian sumber peniaga dan penjaja kecil mencari makan tampa MPPP diperalatkan sebagai balaci Lim Guan Eng.
Telah terbukti ini bukan Pakatan Rakyat tetapi lebih kepada Pengkhinat Rakyat dan Penyamun Rakyat. Ehhhh mana Anwar Ibrahim? Ohhh lupa! sebok tidur dalam bas barunya!!! Ada Anwar penah ambil kesah nasib Peniaga dan penjaja Pulau Pinang?
by http://pecahpalakmikir.blogspot.com/?m=1

Thursday, 30 August 2012

Hanya Tinggal 2 Orang Di Dalam PAS Yang Masih Boleh Diharapkan

Inilah kebenaran situasi yang sedang berlaku di dalam PAS. Suasana di dalam sememang semakin berserabut malah cerca-merba antara tonggak utama PAS bermain-main bersama perasit yang kian bercambah.

Mereka tidak ubah seperti kekeliruan haluan antara membezakan mempertahankan prinsip perjuangan dengan mempertahan ketuanan DAP!

Sekarang hanya tinggal Nasrudin Mat Isa dengan dibela oleh Harun Din.  Hanya mereka berdua yang mungkin boleh membendung situasi PAS jika masih berada di dalam PAS.

Datuk Dr. Haron Din hari ini tampil mempertahankan Nasharudin Mat Isa apabila menegaskan gesaan bekas Timbalan Presiden itu agar Pas mempertimbangkan semula hubungan dengan pakatan adalah wajar dan bukan satu kesalahan.

Kenyataan Nasharudin yang menggesa parti mengkaji semula hubungan dengan pakatan sehingga mencetus polemik bukan satu kesalahan.

Saya melihat ia satu kewajaran kerana akhir-akhir ini Pengerusi DAP, Karpal Singh kembali mengeluarkan kenyataan yang amat keras dalam menolak hudud.

Bagi saya sebagai seorang pemimpin Islam, Nasharudin berjuang atas kapasiti yang ada pada beliau ketika membuat gesaan tersebut.

Sebagai parti yang mengamal demokrasi kenapa ia harus dilihat sebagai kesalahan. Saya tidak nampak ia satu kesalahan," kata pemimpin berpengaruh Pas itu ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Harun Din.

Persoalannya sejauh mana kemampuan Harun Din untuk melawan anasir perasit yang sedang bersedia setiap masa untuk memenuhi kehendak ketuanan DAP?

Ini bukanlah satu situasi baru tetapi lebih kepada satu sasaran yang telah lama dicari- cari oleh perasit. Apakah sejarah yang berlaku kepada Hasan Ali akan berulang.

Tidak mustahil sebenarnya kerana situasi Hasan Ali hampir sama dengan situasi Nasharudin Mat Isa. Malah kedua-duanya mempunyai kekuatan masing-masing yang boleh merisaukan DAP.

Apatah DAP dengan agenda Malaysian Malaysia boleh digagalkan andai masih ada terdapat suara yang kuat dalam PAS seperti Nasharudin Mat Isa.

DAP nampak sedang menguasai PAS, tetapi hakikat DAP masih juga memerlukan bantuan PAS. Apatah lagi DAP sememangnya berhajat mempunyai calon DAP berbansa melayu islam untuk dipertandingkan dalam PRU13.

Oleh itu, PAS boleh membentuk imej buat DAP untuk memperngaruhi undi dan minat melayu islam.

Yang paling menakutkan, mereka Nasharudin dan juga Hasan Ali, adalah jenis manusia yang jujur dan tulus kepada prinsip diperjuangkan mereka. Tampa menghiraukan nasib dan akibat bakal menimpa diri mereka, semata-mata untuk kepenting kepada tututan Islam.

Dengan situasi bergini adakah Nasharudin mampu dibela dari disingkirkan?

Published with Blogger-droid v2.0.8

Ustazah Celop Abby Kena Bantai Kaw-kaw! Padan Muka

Itudia nak bantai mai!! Itulah bukan dah kena kaw-kaw punya peluru. Akibat jenis manusia memandai ditembak bijak-pandai.

Itulah kalau hendak jadi ustazah kena mengaji bagi katam dulu! Jangan sampai sehari dua pakai tudung dah gah memandai nak tunjuk pandai hudud.

Jangan seronok sangat berasa diri terlampau pandai sampai apa yang dicakappun diri sendiri tidak faham.

Akhirnya bila bertemu dengan ruas yang lebih memahami. Bukankah diri telah memalukan diri.

Yang pelik manusia macamni yang celop dengan memakai tudung, ada hati hendak debat dengan bijak pandai agama. Hilang akal ke apa minah niii...

Inilah nasib jenis orang dulu cari makan promosi polis tiba-tiba jadi hipokrit perburukan polis yang berjasa kepada masyarakat.

Orang jenis berlambak ditepi jalan cuma disolek dengan peralatan politik sebab itu rupanya macam betul tetapi hakikatnya palsu. Malah bila sekali terdedah kepalsuan, alamat seluruh detik hidupnya dituduh palsu.

Apatah jenis pelakun drama alamat keluar air matapun darahpun tetap orang kata lakunan.

Tidak salah mendalami ilmu islam tetapi jangan memandai berlagak pandai. Itu je.... kalau tak perubahan diri tidak kemana atau lebih sekadar perosak kepada situasi masyarakat islam yang kian celaru.

Biar bijak pandai agama berunding bersidang mencari jalan dan buat tak berapa diam, jangan berlagak pandai nanti makan diri sendiri tangung.

Sekarang mana hendak letak muka setelah perangai memperbodohkan diri sendiri. Ambik kau jangan tak ambik habuan untuk kenangan seumur hidup. Pecah Palak Mikir

Published with Blogger-droid v2.0.6

Gelagat Anwar Ibrahim Berangan Jadi Perdana Menteri

Kah kah! Nampak sangat dah tahan hati hendak jadi Perdana Menteri! Bila hati terlampau berangan yang memalukan diletak ketepi.

Memang jenis tidak malupun. Kalau tak masakan video china doll berwajah serupa dengan Anwar dianggap soal biasa.

Ceritanya Anwar punya tak sabar hendak menjadi hingga berlagak sama macam Perdana Menteri untuk membuat pengumuman hari raya. Adus dah tak sabar sesangat la tu.

Kira kalah penyimpan mohor besar! Udahlah baju kuning, sofa kuning mengalahkan sultan. Perhh apalah punya tahap kemaruk tergila-gila jawatan Perdana Menteri.

Ini gamaknya kalau PRU13 tidak dapat jadi PM alamat ke tanjung rambutan kot. Bahaya betul kalau hati terlampau berhajat sangat.

Berbalik kepada terlampau berharap Anwar hendak jadi PM lah Anwar rela menggadai apa sahaja demi memenuhi cita-cita DAP.

Kerana DAP sedang mencanang seluruh Malaysia yang kononnya Anwar lah bakal Perdana Menteri.

Betul ke! DAP hendak lepas jawatan keemasan buat Anwar macam tu je. Tak akanlah sedetikpun DAP tidak hajatkan jawatan PM sedangkan mereka telah berjaya mendapat 60 kerusi bakal dipertanding di PRU13.

Sudah habis DAP kencing PKR dan PAS dan lepaskan kerusi Perdana Menteri macam tu je ke. Tak akanlah bergitu bodoh DAP lepas jawatan PM.

Ada yang bakal kena kencing nampak. Alamat kena siap sedialah tempat tanjung untuk 2 - 3 orang lagi.

sumber anti dap club.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, 29 August 2012

Pratonton Anwar hapuskan Hak Melayu Demi Mempejuangkan Malaysian Malaysia

Apa sudah jadi dengan Anwar Ibrahim lebih memperjuangkan Malaysian Malaysia dari memperjuangkan Hak Melayu. Adakah Anwar Ibrahim telah lupa akan asal usulnya?

Apakah Anwar Ibrahim tidak mempunyai keupayaan melawan kehendak DAP yang telah bersusah payah melepaskan Anwar dari dimasukan ke makamah lagi?

Apakah Anwar Ibrahim terpaksa membayar dengan harga yang mahal iaitu menggadaikan bangsanya sendiri demi membayar khidmat guaman yang diberi lawyer DAP untuk melepaskan Anwar Ibrahim dari tuduhan liwat di makamah.

Samaada benar  atau tidak tetapi kenyataan yang sedang berlaku kepada Anwar Ibrahim ketika berdiri di pentas politik, tidak lagi kedegaran suara membela hak melayu melainkan kencing sana sini. Inikah jiwa seorang pemimpin atau pengkhianat kepada bangsa sendiri?

Tidak cukup dengan itu Anwar tambah lagi dengan mengheret PAS turut serta sebagai mangsa DAP. Lihatlah bagaimana PAS juga menjadi kaldai yang mana lebih membela DAP dari perjuangan sendiri. PAS rela mengjadi perasit mengalir menghancurkan parti sendiri. Malah PAS rela mengorbankan mana-mana ahli yang tersedar akan permaianan politik DAP sebagai korban kesetian PAS kepada DAP. Inilah sebahagian fungsi Anwar Ibrahim yang bukan hanya sekadar mengorbankan diri sebagai hamba DAP tetapi mengheret juga bangsa Melayu dan Agama Islam sebagai hidangankan untuk DAP kucar-kacirkan.

Sekarang orang melayu tidak berani berkata apa jika soal islam disentuh oleh agama lain tetapi kalau orang islam menyentuh soal agama lain sudah tentu menjadi serangan kerana menyentuh sentiviti agama lain. Puncanya orang kita terlampau jauh berpecah hanya menanti retak.

Kisah Benar Drama Disebalik Saham FGVH

Semua orang sebok kecoh soal saham FGVH naik atau turun. Malah kebanyakan tidak terlibatpun tetapi menggatai hendak tumpang semangkok. Kita hayati cerita ini kawan baik saya yang sesuai kita kongsi bersama.

NN.. nk share ckit tntg isu felda, saham fgv tu... my dad kakitangan felda, dia join gak FGV.

Mula papa mang smgt sgt2 nk main saham ni, katanya nk jual bila dah naik tinggi mcm yg remaizer dia nasihatkan la.

Then one day, ktorang blik kmpung berbuka kat umah pakcik sy (kembar papa sy), my pakcik say dia da jual saham tu bru2 ni sbb harga da makin jatuh BEBERAPA SEN.

Dia ckp, pegawai felda tmpat dia yg suh dia jual sbb konfem FGV akan trun drastik lepas ni. Papa sy makin terpengaruh n ade niat gak nk jual sume saham dia.

Saya malas nk ckp byk masa tu sbb sy kne hormatkan pakcik sy. Sehingga la sy sampai ke rumah sendiri, papa ckp lg isu saham....then sy terus buka mulut utk nasihatkan papa sy...

"PAPA DENGAR ALONG CKP NI... PAPA JANGAN TERGESA2 SGT NK JUAL SAHAM NI SBB ADATLAH SAHAM NI TURUN N NAIK..LGPUN, TAKDE APE YG NAK DIRISAUKAN SGT SBB TURUN PUN TAK SMPAI SERINGGIT, THEN NAIK SEMULA.

INI PUN DA KIRA BAGUS SBB FGV BRU SGT DI PASARAN, BARU 3 4 BULAN BERBANDING PUBLIC LISTED COMPANY YG LAIN YG BERPULUH TAHUN TU..

KALAU KTE TGK DALAM BURSA SAHAM...FGV ADA DLM TOP 25. JGN RISAU K PAPA. LGPUN ALONG DPT TAU PEGAWAI FELDA YG SUH PAK CIK JUAL SAHAM TU ORG PR,

DIA SAJE WAT MCM TU SBB DIA TAU ORG SEKELILING PERCAYA CKP DIA SBB DIA ADE PENGARUH SBGAI PEGAWAI. SEDANGKAN DALAM DIAM, DIA NK JATUHKAN FGV, N ROSAKKAN PEGANGAN WARGA FELDA"

skrg ni byk api dalam sekam...gunting dalam lipatan...mcm2 cara diorang buat, yg menjadi sasaran golongan yg cetek pengetahuan...

sbb tu generasi muda adalah alat penting utk bg maklumat kpada ibu bapa....ramai ibu bapa akan percaya pada anak mereka yg ada pendidikan tinggi.

sbb tu sy jd risau skrg, memandangkan kebanyakkan mahasiswa di negara kita menyokong pembangkang, secara tidak langsung mempengaruhi ibu bapa mereka.

Alhamdulillah sahabat saya bijak menilai apa yang terbaik untuk negara ini. Sepatutnya kita tidak perlu dijadikan alat merosakkan negara ini dan akhirnya akibatnya datang kepada diri sendiri.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Menghayati Atau Mengkhianati Kemerdekaan Di Mana Kita?

Sinonim dengan kehadiran bulan kemerdekaan ke 55 ini, pelbagai isu dan sentiviti berbangkit berdasarkan sifat dan pegangan patriotisme sesorang.

Kita yang bukanlah dari generasi yang menuntut kemerdekaan tetapi hanya generasi yang menyambung tradisi meraikan kemerdekaan.

Sebab itulah, perangai kebanyakan dari kita bercangah dengan tokoh yang bermatian, memperjuangkan dengan darah untuk merialisasikan kemerdekaan buat negara yang tercinta ini.

Inilah yang amat menyedihkan! Apabila generasi baru dididik dengan budaya dan sifat ahli politik yang hanya pandai memperalatkan hari kemerdekaan untuk agenda politik kotor yang menyemarakkan lagi unsur berpecah-belah antara kita.

Tidakkah kita boleh berhenti sejenak dari bertelagah dan duduk bersama bertafakur sebentar memahami pengertian sebenar kemerdekaan yang dibawa oleh para perjuang kemerdekaan.

Sepatutnya kita memupuk jati diri kepada generasi baru dengan pengertian bersatu hati mempertahankan kemerdekaan.

Sedih!! ketika ini bukan itu yang cuba diserapkan kepada generasi bakal pewaris mentabir dan mencorak pengisian kemerdekaan.

Sebalik mereka dimanipulasi dengan kesempatan hari kemerdekaan sebagai hari berpuak-puak berdasarkan pegangan politik sempit dan dibakar dengan api-api benci-membenci antara satu sama lain.

Wahal kita warga yang sama-sama layak menghayati dan menikmati kemerdekaan ini dengan aman.

Bukankah kita sepatutnya mengembeling semua tenaga yang ada tampa mengira latar belakang agama, bangsa dan fahaman politik, untuk menghapuskan unsur berpuak-puak dengan digantikan dengan semangat cintai negara yang patriotsme.

Bukannya dengan mencari salah dan silap hal-hal remeh untuk mencemarkan hari Kemerdekaan ini!

Hentikan persengketaan ini dalam dunia berpuak-puak kerana ini bukan cara yang sesuai untuk pengisian kemerdekaan tetapi sebalik satu kaedah yang amat bahaya yang mampu memusnahkan kemerdekaan yang kita nikmati selama ini.

Inilah persoalan yang patut ditanya pada hati kita sama ada Menghayati Atau Mengkhianati Kemerdekaan dan Di Mana Kita?

Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, 28 August 2012

PAS diujudkan atas perintah Allah

Siapa yang mendapat utusan Allah untuk menawan Putrajaya. Kalau dah keluar ayat-ayat gila sebergini apatah dengan anak murid yang bercakap macam tersasar pegangan.

Puncanya bantuan syaitan sanggup terima Tok Guru. lagi-lagilah harubiru jadinya. Sekarang dimana letaknya yang mengaku lebih islam.
rujuk sini
Sekarang pengikutnya dengan terlampau tabsud mengatakan "PAS diujudkan atas perintah Allah. Malah menolak bermakna menolak Islam. Siapa yang mengajar semua ini dan siapa yang hendak tangung isu jauh tersasar ini!

Mereka sudah lupa islam itu agama dan PAS itu parti yang memperalatkan agama ke Putrajaya

Dimana pula dikatakan UMNO menolak islam? rujuk You Tube

Kalau berpolitik melampaui batas berginilah rupanya nang pecah palak mikir

Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, 27 August 2012

Bila PAS vs UMNO Siapa Lebih Islam Lebur Kesemuanya

Semua orang bertegang leher berperang mengaku siapa lebih islam. Yang berkecuali terpinga-pinga Pecah Palak Mikir siapa yang benar dan siapa yang salah.

Dimasa yang sama ada berpura-pura menyokong wahal mereka bukannya berkepentingan mempercayai nilai-nilai islam. Tidak pula diketahui samada dihapan sekutu sanggup berpura-pura berlawan dengan sebangsa dalam situasi seteru politik dan tampa disedari bersepakat atas nama sebangsa. Apatah sekarang semakin kecoh dengan ura-ura kerajaan kristian malah kecoh juga dengan isu Ultra Kiasu dengan agenda Malaysian Malaysia.

Dimana kedudukan pemikiran dan pernilaian ketika kita dibelengu oleh persoalan-persoalan sebergini?

Kita yang mengaku islam yang tungang terbalik sembahyang tetapi tak kurang juga tidak sedar mendabik dada mengaku lebih beriman, malah sempat bertangapan kepada mereka yang tidak sehaluan sebagai terjerumus dengan persepsi dan istilah kafir. Inilah yang indah sangat sehingga nafsu menguasai akal sehingga kita lupa tangungjawap yang utama yang harus kita dahulukan.

Bukan tidak ada insan yang cuba untuk menjernihkan keadaan dan merapatkan perpaduan ummah. Tetapi buat orang seperti mereka, disalah anggap dengan pelbagai tomahan dan fitnah untuk menjatuhkan kreditibiliti mereka supaya tidak menggangu perjalanan memenuhi impian orang yang masyarakat tabsud sangat. Tahniah buat Nasaruddin Mat Isa, Hassan Ali dan ramai lagi, kerana mereka ini tidak mementingkan habuan kepada pribadi mereka di dunia tetapi lebih mengutamakan tanggungjawap menyatukan umat atas sifat saudara sesama islam.

Adakah kejatuhan kuasa yang berlaku di negara-negara islam lain tidak cukup memberi gambaran dan peringatan buat kita?

Pertelingkahan ini nampaknya seperti tidak akan berkesudahan. Mengakibatkan timbul pula kesan sampingan yang semakin merebak merosak isu-isu terabai.

Lihatlah gejala murtad.

Lihatlah bagaimana salahguna khalimah Allah menjadi modal bagaimana memurtadkan umat.

Lihatlah gelangangan muslim lebih teruja dengan khidmat bantuan penyebar ajaran memurtadkan dari islam.

Lihatlah bagaimana madrasah dan masjid menjadi pentas politik bukan islam.

Lihatlah bagaimana generasi kita makin ramai muak dan terabai akibat dari bijak pandai agama dan akademik bertelagah mempertahan siapa lebih islam. Akhirnya terlupa hingga banyak isu terabai.

Lihatlah apa sudah terjadi dengan kita semua? Adakah perjuangan kita semata-mata untuk memenuhi cita-cita peribadi kepada orang ditabsud oleh kita.

Kita tidak sedarpun atau terbuta dengan pentas politik yang semakin kabur hala tujunya. Kegairahan politik kita dilebarkan kepentas debat antara dua lawan sesama islam.

Dipentas pentas debat kita telah memperegukan antara bijak pandai agama mahu akademik. Persoalannya apa yang telah kita perolehi dari banyak pendebatan yang telah berlalu berkali-kali selama ini?

Tidak ada satu pentas debatpun memberi hasil berguna buat umat islam. Melainkan ini hanyalah salah satu pentas drama yang menengtukan siapa yang lebih islam dan siapa yang lebih bijak! Kesan yang paling ketara ujud dua puak bertelagah sambil menegak benang basah!

Di pentas inilah calon yang dipilih berdebat sanggup berdusta dari situasi sebenar yang berlaku diluar demi memenangkan pendebatan dan mengjaga maruah parti yang mereka wakili.

Tahniah! mereka yang acap kali berdebat, sehingga semakin besar jurang perpecahan sesama umat islam. Malah semakin membesar lagi titik kelemahan perpaduan yang boleh dimamfaatkan oleh musuh-musuh islam.

Musuh ini bukan sahaja ujud dari sekitar negara kita malah melibatkan kuasa-kuasa luar yang sanggup menyumbang dana demi mendapat habuan jahat mereka. Mungkin kesan pengambilalihan kuasa asing keatas hak keuntungan utiliti Indonisia, hasil dari kejatuhan mata wang pada 1997 boleh kita bandingkan sejenak untuk peringatan apa bakal terjadi jika kuasa asing berjaya bertapak didalam arena politik negara kita.

Jikalah situasi politik mencapai ketahap ini, alamat bumi dipijak milik orang dan bagaimana rupanya kita dengan islam melayu dipijak-pijak hingga lumat!....... Terserah kepada sesiapa mahu memikirnya jika kita sering bertelagah mempertahankan siapa lebih islam dan islam telah runtuh di negara tercinta ini. Akhirnya segala mengjadi semakin kalut dan lupus lagi satu-satu kuasa Negara Islam yang tinggal malah paling tinggi darjatnya berbanding mana-mana kuasa negara islam lain.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Tahukah Anda Apa Jasa Terbesar Kepada Kelantan

Ramai orang tidak tahu dan ramai juga yang terlupa. Hakikatnya jika ditanya apa jasa Anwar Ibrahim anda patut menonton youtube Ezam yang mendedahkan siapa Anwar ketika dirinya sebagai orang kuat Anwar
Watch "Ezam Nor adalah ketakutan Anuwar" on YouTube
Inikah yang menyebab Nik Aziz bergitu sayang sangat dengan Anwar sehingga tidak boleh disentuh lansung. Atau semuanya terpaksa Nik Aziz telan mantak-mantak demi cita-citanya? memang Pecah Palak Mikir

Adus Warga Emas Mati Disembelih

Watch "Warga emas mati disembelih" on YouTube
Oh dunia...... Pecah Palak Mikir

Sunday, 26 August 2012

Wanita Berzina Ditembak Mati

Watch "Wanita Berzina Ditembak Mati" on YouTube
Inikah cara yang sewajarnya melaksanakan undang-undang? Ramai orang mempunyai pendapat sendiri tentang bagaimana Hudud di laksanakan dan mempunyai dua persoalan samada mengikut lunas islam atau tersasar? Kita beria-ria untuk melaksanakan dan buat PPM menyokong 100%. Tapi sayang ramai bijak pandai hanya sekadar bercakap dan berdalih. Malah hanya sekadar meraih sokongan politik.

Jika ini yang berlaku alamat sampai bilapun ia hanya sekadar senjata memusnahkan diri sendiri dengan membenarkan bukan islam menjadikan satu kaedah memenuhi cita-cita mereka yang tersembunyi disebalik hubungan baik dengan orang-orang islam.

Banyak cerita-cerita baru timbul tentang negara kristian yang buktinya tidak semua dapat jelaskan. Bukan persoalan samada ujud atau tidak. Tetapi persoalan utama kita yang sengaja membuka kelemahan kita dari perpecahan antara sesama umat islam di Malaysia. Sampai bila kita harus bersikap bergini? PecahPalakMikir

Saturday, 25 August 2012

Berapa Kali Karpal Gertak Tun Dr Mahathir

Watch "20120825 Tun Dr M sedia berdepan Karpal dalam mahkamah" on YouTube
Cuba kita fikir semula! Sudah berapa kali puak-puak Pakatan Rakyat duduk sebar sana-sini, yang konon hendak heret Tun Dr Mahathir ke makamah? Malah sudah berapa kali Tun Dr Mahathir kata bersedia bila-bila masa, bawalah kalau hendak bawa!

Tun sudah acap melaung kesediannya tetapi puak-puak ini tidak juga dapat mengheretnya, kenapa? Adakah puak-puak ini sememangnya tidak mempunyai alasan atau bukti dengan hanya setakat gertak sahaja.

Inilah penyakit dalam Pakatan Rakyat yang sehingga sekarang kecut perut dengan kemampuan dan kegemilangan Tun Dr Mahathir. Bukan di arena pentas politik Malaysia malah antara yang terbaik di dunia. Setakat Anwar Ibrahim taraf tapak kaki Tun belum ada.

Iyalah selagi Tun tidak dapat dijatuhkan selagi itulah sakit mereka bukan main kepalang. Apa daya mereka sudah mati kutu bagaimana untuk menjerat Tun Dr Mahathir.

Sepatutnya Merdeka Disambut Kibaran Bendera Bukannya Menghina Bendera Malaysia

Malaysia sekarang sudah semakin haru biru dengan sikap setengah rakyat yang telah kepupusan sifat cintakan bendera Malaysia dan mengangkatnya sebagai maruah bangsa.

Inikah dikatakan contoh orang yang tua dan matang dijadikan panduan dalam alam yang telah hanyut dengan sifat kebongkakan melampau.

Apakah wajar idea tidak mengenal batas dibenarkan buat tatapan anak generasi kita. Jika semua rakyat Malaysia semakin hebat menghina bendera sendiri apatah warga negara jiran yang tidak puas-puas menghina, mengcaci malah membakar negara kita.

Ini yang pelik atau sememangnya kebenaran yang berlaku di negara ini. Kalau akta alam maya boleh menyabit mana-mana fb atau web yang menyentuh sensiviti dengan pelbagai akta yang releven termasuk Akta 114A.

Lain pula dengan setengah pihak yang berulang-ulang kali menghina bendera Malaysia tidak pula ditegur atau dikaji sebarang tindakan yang berpatutan.

Apa yang sedang berlaku sebenar jika setengah boleh dan setengah lagi tidak walaupun hal ini membawa impak yang sama. Memang PecahPalakMikir kalau undang-undang ada tetapi ketegasan pasang surut. Harap dikaji dan dinilai secara menyeluruh dan bukan antara yang boleh makan atau tidak berani hendak sentuh. Tanganilah dengan bijak dan saksama.

Wednesday, 22 August 2012

Kehebatan Permahaman Islam DAP Dari Sudut Pandangan Haji Hadi

Cukup menyerlah penampilan DAP dewasa ini. Semuanya adalah hasil kesabaran PAS mengdidik DAP mengdekati dan memahami konsep islam.

Inilah yang cuba digambarkan Haji Hadi yang amat berbangga bekerjasama dengan DAP berbanding UMNO dan Barisan Nasional. Alasannya mudah sesangat diberi oleh Haji Hadi yang kononnya DAP lebih baik berbanding MCA dan MIC.

Semuanya terbukti dengan apa yang boleh membanggakan Haji Hadi, bilamana DAP sentiasa mengamalkan diskriminasi terhadap pemecatan 90% pekerja  melayu dalam salah satu jabatan kerajaan Pulau Pinang. Apa jawapam Haji Hadi? Mudah sahaja semua angkara UMNO?

Semua hal di pandang mudah oleh Haji Hadi demi dapat terus berpura-pura dalam persoalan siapa sebenar DAP?

Inilah dikatakan DAP yang memahami konsep islam oleh PAS atau sebenarnya PAS yang terpaksa memahami apa kehendak sebenar DAP?

Untuk mengcapai tujuan itu, Haji Hadi mahu Nik Aziz bersedia untuk menggugurkan mana-mana tentera mereka yang mula menyedari kepincangan prinsip sejak menjadi tungangan DAP. Hasan Ali telah lama dipinggirkan dan sejarang Haji Hadi dengan berpura-pura terpaksa berkata yang Umno kehilangan tokoh agama dan terpaksa mengambil pemimpin agama dari parti Pas untuk "tumpang semangkuk" kerana mereka tidak ada kewibawaan yang cukup dalam menjawab isu agama.

Itu apa yang disuarakan Haji Hadi, hakikatnya sekali sejarah di dalam PAS membuktikan suara yang betul-betul ikhlas memperjuangkan islam mengamalkan sikap menentukan siapa dan siapa musuh di dalam kelompok umat islam di Malaysia. Suara-suara sebergini adalah tidak ujud sama sekali. Kerana PAS telah berdalih dan berdrama soal prinsipnya malah rela mengjadikan diri hamba tunggangan DAP. Kenapa PAS harus berubah takala PAS seolah-olah betul-betul yakin dengan ramalan menawan Putrajaya.

Dari itu PAS terus bersikap tidak kisah jika hilang tentera kuat mereka. Seolah-olah semua akar umbi PAS bersedia untuk itu! Seolah-olah PAS yakin Qada dan Qadar telah tercatat memihak kepada mereka.

PAS sudah jauh terlupa dengan tari mereka menyabung digelangang. Bisa racun ditaji sendiri, jika tersalah tari, tercucuk meracun badan sendiri. Kerana persoalannya sekarang samada DAP mendalami tatacara Islam atau PAS mendagangi diri sebagai kadam? PecahPalakMikir

Rupa-rupanya Akta 114A Bakal Diguna Pertama Kali Untuk Jentera Sendiri

Perh!!! Akhirnya buat julung-julung kali. Tampa perlu belas kasihan, Akta 114A bakal digunakan buat kali pertama  setelah di luluskan bulan lepas untuk menutup sebuah page fb Pemuda UMNO Malaysia. Tahniah buat sesiapa yang beria-ia sangat. Kerana kes macam FB PUM bukan ada cara lain untuk diselesaikan. Lainlah kes spina kapal selam, atau kes post sesuka hati web page lawan yang mengarang pelbagai bentuk reka cerita yang boleh dikaji melalui akta 114A...... Lagi menghairankan kalau kes salah laku orang atasan banyak pula bentuk main tarik tali dengan pelbagai rundingan dan soal jawap yang masa berlalu cukup panjang. Malah akan keluar cerita jasa sipolan bergitu dan bergini.............. Semuanya cukup dihalusi dengan sabar kononnya demi keadilan........ Akar Umbi pun bersabar memehatinya demi keadilan....... Iyalah orang atas yang berjasa kena diadili secara saksama setelah mati kutu dalam cubaan mempertahankan nasib orang tersebut......... Itu kerana mereka yang teratas bukan!......... Lain pula cerita orang yang tidak bernama, yang berjuang tampa penah ada yang di atas mengenang apatah membalasnya....... Itupun tidak orang seperti kami ambil kesah kerana atas nama fisabilillah walaupun muka naik tebal kena maki hamun hari-hari!............ Tak apa bukankah itu adat berjuang bukan!...... Tapi sayang kalau kami tetiba tersalah langkah kerana kegairahan berjuang atau disalah anggap isu yang dibawa dengan mainan hujah. Hukuman yang bakal menanti bukannya ringan. Malah kami tidak hak diadili dengan cara yang sama dengan yang di atas. Malah hendak mengaku keujudan kami pun tidak mahu. Setakat angka 53k ahlipun tidak dipandang beb!!! Biarpun hampir 4 tahun berhempas pulas membawa dan menyebar tranformasi kerajaan. Semuanya tidak ada makna lagi. Iyalah itu dilakukan semata-mata membuktikan kepada lawan yang mereka tulus tapi yang aku nampak setakat akar umbi sendiri berani sangat tapi kepada lawan buat-buat tidak dengar pun ada........Tidak apalah engkau durian kami mentimun. Tapi biarlah simentimun  tlg peringatkan yang durian kalau terlampau masak bakal menjadi tempoyak yang akhirnya  timun juga mencecahnya le yeeee...... Sabar-sabar kerana akar umbipun ada senjatanya..... Hanya persoalannya adakah isu post FB PUM ditangani dengan bijak atau kita pakat-pakat buat rojak...... Sama-sama kita nantikan kesudahan yang bagaimana di akhir cerita??????? note: sry ye sejak akhir2 ini karang pakai hpn galaxy advance je. itulah  tak ada perengan dan ayat salah ke betul susah nak pastikan. Laptop dah kong jadi maaf le ye keadaan semekin ini je yg mampu... apapun tetap bersyukur krn  masih juga boleh mengarang..PecahPalakMikir

Samada UMNO Yang Takut Atau Anwar Menggeletarpun

Adus Pak Anwar buat lawak pecah perut! Sejak bilalah pulak UMNO takut sangat hubungan arkap antara PAS dan DAP. Sikitpun tidak hairan mahupun menggeletar cek ooooiiiiii!!!...............  Datanglah searkab manapun ada kesah!!!   Tapi kenyataan yang Amwar lupakam atau sengaja Anwar ingin sembunyikan adalah ternyata yang kearkaban hanya memaparkan satu drama sendiwara..... Satu drama bertajuk DAP Menggembala Kaldai PAS....... Tetapi dimanakah kedudukan Anwar dsn PKR? Mereka sememangnya ujud sebagai kadam yang menolong membawa kaldai masuk dan keluar kandang........ Buktinya berapa kerusi PKR dan PAS setelah DAP peroleh 60 KERUSI?......  Nampak sangat Anwar kegusaran bila rakyat didedahkan dengan kedayusan PKR dan PAS takut bersuara menuntut lebih banyak kerusi supaya mereka dapat menyeimbangkan penguasaan suara DAP jika mereka berjaya memawan Putrajaya!......Tapi apa yang berlaku UMNO BN juga dosalahlan.... Aii!!! Betul rupanya PKR dan PAS hidup mereka hanya tahu bercakap dan berjanji sahaja. Hendak bekerja tak reti. Hendak berdiri tak mampu. Kalau tidak ada DAP alamat mati kering gamaknya...... Inilah punca PAS rela korbankan prinsip perjuangan islam demi satu harapan yang mereka sendiri meremang seram sejuk dengan apa yang bakal mampu dipermainkan DAP......... Pembohonglah kalau PAS tidak gusae hati...... Lainlah Anwar yang sememangnya terpaksa memengdam rasa keran terpaksa membalas budi DAP melepas tengkok Anwar dari situasi "suka sama suka".  Walaupun DAP menggunakan alasan paling mengaibkan Anwar dalam makamah dan rakyat jelata. Tapi adakah Anwar punyai pilihan dan sehingga sekarang Anwar terpaksa melurut apa sahaja keputusan DAP......... Siapa yang sebenarnya tertekan sekarang kalau bukan Anwar sendiri. Memang PecahPalakMikir Anwar Ibrahim memikirnya......

Tuesday, 21 August 2012

Kenapa Baru Sekarang Menafikan FB Pemuda UMNO Malaysia

1. Kenapa baru sekarang ada suara-suara untuk menyerang fb Pemuda UMNO Malaysia. Yang menyedihkan yang menyerang itu terdiri dari pemimpin atasan UMNO sendiri. Tidak tahukah mereka yang  fb PUM selama ini telah melahirkan facebooker yang terlahir dengan mempunyai semangat fisabilillah untuk berjuang di alam maya.........    Disinilah ramai akar UMBI tampil memberi idea dan pandangan tampa mengharapkan apa-apa balasan!-...... Tetapi sayang ada pemimpin atasan yang tidak penah atau mahu tampil menghargai penat lelah akar umbi yang bersusah payah menghidupkan FB PUM dari awal keujudan melebihi 4 tahun kalau tidak silap PPM........................ Selama ini akar umbi yang berakar dalam FB PUM hanya sekadar memendam rasa kerana tidak penah dikunjungi oleh Ketua Pemuda sendiri......................... Tetapi hari ramai akar Umbi kecewa dengan sikap serangan hendap keatas page PUM....................... Adakah suara akar umbi disini tidak dihargai????????       Wahai yang di atas jangan lupa yang kami akar umbi bisa menaik atau menjatuhkam parti! Tapi kami akar umbi amat setia dan sentiasa  berjuang bersama-sama mengikut yang di atas!!........... Ini langsung tidak bermakna buat mereka????   Jangan kerana ego akar umbi dibuang bergitu sahaja........    Harus diinggat akar umbi di dalam page PUM amat setia kepada UMNO BN bukannya sampah tidak berperasaan yang boleh suka-suka dihentam........ Kami tidak juga berhajat untuk berperang sesama sendiri walapun perasaan kesal memuncan kepada mereka yang terlampau ego dengan kuasa yang mereka ada selama ini. Mereka sudah lupakah  darimana datang asalnya kuasa yang mereka ada selama ini?........... Kami akar umbi tidak mempunyai kemampuan untuk tampil ke atas untuk bersuara tetapi jangan pula dilupakan tampa akar umbi seperti kami siapalah UMNO BN di hari ini............    Hentikan peperangan menjatuhkan parti dan memecah belah sesama kita.  Kita bergitu lantang menuduh lawan ada perasit yang merosakan perpaduan mereka tetapi kita juga menmbawa masuk anasir perasit yang meruntuhkan perjuangan kita. Sampai bila? dalam UMNO masih kuat dengan unsur PHD yang menyemarakkan sengketa ini!!......... Tamatkan sengketa kita demi PRU13 atau satu lagi sunami PRU12 berulang di PRU13!!! Satu soalan yang PecahPalakMikir itukah cara yang paling terbaik buat Ketua Pemuda menyelesai masalah dengan membuang kehendak akar umbi dari jumlah 53k yang setia bernaung di dalam FB PUM? Tidak cara lain yang paling terbaikkah?

Friday, 17 August 2012

Tak Syak Lagi Abby Wajip Merangkul Anugerah Perlakon Wanita Sepanjang Zaman

Fuhh memang tak syak lagi Abby bakal berpeluang meraih perlakon wanita popular apabila dia bukan sekadar pandai berlakon dilayar perak malah lebih hebat berlakon dilayar twitter dan arena politik. Justeru itu sepatutnya Abby lebih layak dicalonkan untuk sesi anugurah 2012 yang mungkin berlangsung awal tahun depan berbanding perlakon-perlakon lain kerana tidak mempunyai kelebihan berbanding Abby.

TERKINI : ABBY ABADI BUAT KENYATAAN BODOH LAGI...TAK HABIS-HABIS MENIPU...??

Wow...ustazah segera yang kononnya sudah berhijrah ini cuba untuk mencari publisiti murahan dengan mengeluarkan kenyataan yang berbentuk fitnah terhadap kerajaan...macam mana ni...kata sdah berhijrah kearah kebaikkan..tapi masih lagi menipu dan menabur fitnah sesuka hati...

Mungkin beginlah ajaran PAS pada artis-artis yang sengal kononnya nak mendekati diri dengan Islam...tetapi sebenarnya mereka ini diperbodohkan dan digunakan untuk kepentingan politik PAS..Bila orang kutuk dan cemuh mereka kerana kebodohan mereka...mungkin tok guru PAS kata pada mereka inilah dugaan Allah jika nak berubah....padahal mereka ni saja cari penyakit..

Apabila ditanya soal politik, Abby, antara selebriti yang aktif di dunia Twitter dan hanya dapat dipetik perbincangannya menerusi laman itu sejak lebih sebulan lalu, menegaskan bahawa dia menolak kemungkinan penglibatannya dalam arena politik sebagai "ahli politik" secara aktif.
"Saya tidak minat langsung nak jadi ahli politik. Politik bukan bidang saya. Apa yang saya lakukan sekarang ini bukan sebab saya mementingkan politik sangat.
"Saya lebih terlibat dari segi kemanusiaan. Apa yang tidak adil. Rakyat tidak dapat hak dari segi keadilan. Perkara-perkara ini semua memang berkait dengan politik kerana kuasa pemimpin itu hanya dari jalan politik," jelasnya.
"Saya memang tahu tahap kemampuan saya. Saya masih sayangkan karier saya. Saya suka dengan apa yang saya lalui sekarang. Jika ada rezeki, saya memang mahu kembali berlakon dengan mengikut undang-undang ALLAH," kata pelakon popular Gerak Khas ini.
Sementara itu, mengulas kenyataannya sebelum ini berhubung artis bertudung sukar mendapat tawaran dalam bidang seni dan hiburan, beliau menjelaskan maksud sebenar kata-katanya itu.
"Ya, saya akui sebelum ini saya memang pernah mengeluarkan kenyataan itu tetapi saya kata untuk artis yang sudah berhijrah, yang memakai tudung, yang bersama pembangkang, memang susah untuk mendapat tawaran daripada kerajaan," tegasnya.
"Saya tahu rezeki itu daripada ALLAH tetapi kerajaan kita memang macam itu. Tak kira artis ke, cikgu ke, imam ke, kalau menentang kerajaan memang akan diberhentikan.
"Ini yang patut dijelaskan bukan saya kata yang bertudung tak boleh kerja dengan kerajaan. Perkara ini sudah dipusingkan hingga jadi lain," katanya mengulas lanjut.
Amboi..bukan main sedap je ustazah segera ni tuduh kerajaan..TAK KIRA ARTIS KE, CIKGU KE, IMAM KE, KALAU MENENTANG KERAJAAN MEMANG AKAN DIBERHENTIKAN...malas EP nak komen-komen panjang-panjang...EP rasa pembaca boleh menilai sendiri perangai ustazah segera ni...kalau dah macam ni perangainya..buat apa masih mengharap pada kerajaan?? sendiri mau ingat la...kalau dah tiap-tiap hari kutuk kerajaan itu dan ini..tak betul tu..tak betul ni..tak payah tunggu kerajaan berhentikan kerja...patutnya sendiri la mau belah...pasal makan duit gaji atau job tu tak halal...al maklumlah kerja tak ikhlas....

Kerajaan cuna nak mengurangkan dosa ko orang makan duit haram je...hahahahaha

Rahsia Petua DAP Mengawal Tindak-tanduk PAS

Sememangnya kelakar bunyinya tetapi itulah realiti yang berlaku dalam politik Malaysia. Kita boleh melihat banyak kuasa terutama UMNO BN gagal mengdekati PAS. Tetapi kalau difikirkan tentu agak aneh bunyinya apabila DAP berani dan berjaya mengawal dan mengkaldaikan PAS dengan cara yang paling sukar diterima akal malah agak kejam.

Lihatlah bagaimana DAP boleh berbangga dengan menguasai 60 kerusi untuk PRU13 berbanding PAS hanya 30 kerusi. Sepatutnya ada samada dari atas hingga ke akar umbi akan melenting atau sekurang-kurangnya menyuarakan dan menuntut jumlah kerusi dibahagikan dengan lebih adil. Tetapi itu tidak berlaku, yang berlaku hanya anguk-anguk sahaja macam bendul. Memang PecahPalakMikir tindakan PAS ini melebihi bendul. Tentunya semakin bendul pemikiran PAS apabila kawasan yang dituntut DAP adalah kawasan yang boleh menang buat PAS memang PecahPalakMikir mengenang akal PAS.

Lihatlah juga bagaimana DAP mencaturkan prinsip perjuangan PAS sesuka hati mereka tampa mampu dihalang oleh mana-mana ahli PAS. Dari prinsip memperjuangkan Negara Islam dari hasil adaptasi Revolusi Iran 1979 diguna pakai tampa apa perancangan terperinci atau lebih mudah difahami tangkap muat. Menjadi punca kepada penyediaan dan pelaksanaan yang gagal, PAS hampir terkubur dengan angan-angan sendiri. Tetapi PAS sempat mengcuba selamatkannya melalui idea hukum Hudud pada tahun 1993 menjadi perlengkap kepada konsep negara islam.

Memandangkan untuk merialisasikan hukum Hudud telah menemui kekangan yang amat berat apatah keadaan negara ini yang berbilang kaum menyebabkan PAS hampir hilang punca mencari kaedah memantapkan prinsip pejuangan PAS sebagaimana dilaung-laungkan.

Menjelang 2008 semuanya bagaikan memberi inspirasi baru buat PAS apabila kerjasama bersama Pakatan Rakyat hampir membuahkan hasil. Itu setelah sunami politik pepecahan dalaman UMNO hingga menyebabkan PRU12 telah memberi kekuatan kepada Pakatan Rakyat menawan 5 negeri. Dari situ mulanya hubungan yang bernas buat PAS dan DAP melalui gabungan bersama PKR yang membolehkan mereka menjadi satu kuasa yang kuat. Tetapi dalam diam hubungan ini dimamfaatkan DAP untuk mengcipta petua-petua atau kaedah-kaedah terbaik mengawal PAS demi merialisasikan impian terbengkalai.

Harus diingat penglibatan DAP dari zaman merdeka lagi, berasaskan anti Islam apatah Lim Kit Siang adalah individu yang menjadi punca trajedi 13 Mei. Malah DAP tidak penah lekang dengan niat Malaysian Malaysia.

2008 adalah satu pertanda baik buat DAP untuk merialisasikan impian mereka yang terbengkalai. Malah dengan kegairahan PAS untuk menawan Putrajaya tampa memperdulikan lagi prinsip asal perjuangan mereka menyebabkan DAP sudah berjaya memperalatkan PAS.

Perancangan DAP menjadi lebih berkesan apabila PAS bersedia untuk mengubah apa sahaja demi memenuhi kehendak DAP. Lebih sedih lagi PAS sangguh hidup dengan menipu para pengikutnya dengan memberi harapan-harapan palsu yang entah bagaimana boleh ditabsud oleh akar umbi PAS secara melulu. Adakah PAS tidak sedar apa yang diidamkan DAP?

Tidak cukup dengan itu, PAS sanggup memberi pasport khas buat DAP untuk berdiri dipentas Masjid, madrasah termasuk mana-mana sesi ceramah PAS untuk menyebarkan pengaruh DAP berbanding PAS. Lebih jauh lagi PAS sanggup menghalalkan tindak-tanduk DAP mempergunakan petikan ayat-ayat suci Al-Quran dan diterjemahkan sesuka hati dalam ucapan di mana-mana pentas ceramah termasuk di dalam masjid. Walaupun ada bijak pandai PAS yang mendengar telah menyedari ada banyak kesalahan maksud dan penyelewengan makna tetapi itu diabaikan sebagai perkara biasa sahaja.

Lebih menghairankan lagi dengan sikap Karpal Singh yang sering melatah dengan ayat "Islam Over My Dead Body" berulang-ulang kali. Seolah-olah ini satu takdir yang ditentukan Allah untuk PAS memikirkan semula  keatas setiap yang telah dilakukan! Tetapi sayang itu tidak cukup untuk menyedarkan impian nafsu PAS yang terbeliak dengan  kesergaman Putrajaya. Malah mana-mana orang PAS yang menegur atau menyerang Karpal Singh bukanlah boleh mendapat mana-mana sokongan pemimpin PAS, tetapi sebaliknya sesiapa yang berani sangat bersuara boleh mengakibatkan dipecat atau disingkir. Silap-silap haribulan bukan setakat disingkir, malah ditambah sumpah seranah dan fitnah-fitnah yang sukar diterima akal.

Bukan setakat itu malah perangai Nasrudin Tantawi sanggup menipu dipentas debat bersama UFB mengatakan semua sudah selesai dengan  DAP dan bersedia menerima perjuangan menegakkan Negara Islam. Tiba-tiba dengan tidak perlu tunggu lamapun, Karpal Singh tampil mengeluarkan kenyataan mengulangi pendirian asalnya yang menentang pelaksanaan Hukum Hudud malah sifat anti islam masih belum menampakan sebarang perubahan.

Semua itu tidak juga menjadi penyebab buat PAS memikirkan semula apa yang mereka telah lakukan. Sebaliknya Nik Aziz tampil dengan sekadar menengkan keadaan melalui ulasan-ulasan berbelit dan bukan tindakan penyelesaian yang mempertahankan pendirian dan prinsip perjuangan PAS. Sikap bergini menonjolkan PAS tidak lebih kepada Perasit Islam Semalaysia dan bukannya Parti yang memperjuangan Negara Islam lagi.

Hairan bukan tangkal jenis apakah yang DAP pakai sehingga semua orang kuat PAS menjadi kaku layu bagaikan seekor kaldai yang tidak bermaya. Walaupun diketuk ditendang diperlangkung dengan pelbagai cara, tetap mampu buat DAP untuk terus mengawal PAS sesuka hati.

Hairan bukan! petua yang bagaiamanakah DAP guna pakai sehingga berjaya mengawal tindak-tanduk PAS sesuka hati? Memang PecahPalakMikir kerja puak-puak nihhhh!! Mampukah kita mengcungkil rahsia petua DAP mengawal tindak-tanduk PAS. Adakah hanya memberi harapan keistimewaan buat PAS di Putrajaya atau ada cerita yang lebih menarik lagi, yang secara senyap berlaku tampa diketahui umum?

Tahap Perasangka Nik Aziz Tampa Hujung Pangkal

Amat keterlaluan buat seseorang yang bergelar Tok Guru dan seseorang yang memimpin Parti yang dilebelkan sebagai parti islam jika menafikan hak antara umat islam di Malaysia cuba menyatukan sesama islam dalam usaha mencetus perpaduan umat Islam di Malaysia dan menegur mana-mana golongan bukan islam yang cuba menghalang kebaikan berdasarkan ajaran islam diterapkan kedalam pentabiran negara ini.

Dimana letak kesalahannya jika niat Nasharudin Mat Isa yang ingin mengcetus satu langkah yang melahirkan perpaduan antara umat islam di Malaysia. Kenapa usaha yang sebergini perlu dicetuskan sifat perasangka antara kita. Wahal dalam islam tidak penah melarang kita bersatu?

Dimana letaknya kesalahannya Nasharudin Mat Isa jika ingin menegur mana-mana orang bukan islam yang cuba menghalang sebarang tindakan pembaharuan pentabiran negara Malaysia berdasarkan luans-lunas islam. Selagi ada umat islam yang sengaja membela bukan islam demi kepentingan politik, selagi itulah semakin keras kepala bukan islam menentang tampa mahu memikir dan mendalami kebaikannya terdahulu. Ini termasuk sikap Karpal yang anti Hudud  malah lebih tepat anti islam.

Adakah kerana politik semua usaha penyatuan dengan lawan diharamkan? Sepatutnya PAS harus berbangga kerana mempunyai tokoh yang mampu bekerja berdasar matalamat utama dan bukan kerana memilih bulu siapa boleh berkawan atau tidak. Kaedah membeza-bezakan antara umat islam tentunya satu cara yang amat bertentangan dan bakal melahirkan ruang yang luas buat musuh-musuh islam yang berkeinginan untuk mengjatuhkan atau menghapuskan tonggak kekuasaan islam di negara ini.

Tidak kira siapa anda atau mana parti anda! kita harus akur dan melupakan sengketa antara kita dengan mengetepikan dendam yang boleh merosakan. Kesimpulannya, apa yang diusahakan Nasharudin bersama Najib Razak tidak sepatutnya dipandang serong atas dasar poltik kotor dan amat hina disisi islam. Kenapa kita harus takut kepada DAP yang mungkin menjadi kekangan buat PAS, Sedangkan Najib Razak tidak penah gusar dari MCA dan Gerakan ketika bersama Nasarudin Mat Isa yang bersama-sama ke Mekah.

Tidak perlu menyindir atau memberi amaran kepada Nasarudin Mat Isa secara kiasan. Walaupun ucapan mana pemimpin PAS termasuk Nik Aziz boleh dinafikan secara berhujah, kononnya tidak mendesak Nasarudin meletak jawatan tetapi kenyataan secara berkias itu mudah difahami bagi mana-mana yang mahu memikirnya secara mendalam. Sepatutnya semua pihak mengucapkan tahniah kepada Nasarudin kerana berjaya menjadi pembangkang yang berkaliber dalam menjalankan tanggungjawapnya kepada rakyat Malaysia malah lebih tepat kepada tuntutan islam.

Ketepikan segala semangat songsang anda jika kita mahu agama dan bangsa kita dengan terus-menerus menjadi tonggak peneraju negara ini. Jangan kerana dendam kita berperang, berpecah belah dan akhirnya kita sendiri ditindas olah menoriti yang sentiasa mencari jalan dan ruang mengjatuhkan kita.

Bersyukurlah kita dengan usaha mereka berdua ini, kerana Allah membuka hati mereka mencetuskan satu contoh terbaik sebagai pemimpin yang mementing tanggungjawap dari kepentingan dan kehendak hati diri sendiri. Insyallah lagi banyak usaha-usaha sebergini, bakal mencetuskan satu pendekatan yang kuat untuk menjadi Malaysia negara islam terbaik didunia. Jangan terlampau sangat diperhambakan kehendak nafsu di dunia sedangkan kita sedar di akhirat kelak lebih lumayan menanti kepada sesiapa yang ikhlas berjuang untuk Islam. Yang pasti siapa yang masuk syurga atau neraka bukan satu keputusan yang dapat ditentukan antara kita. PecahPalakMikir mengenangkan kita sengaja merosakan diri sendiri dengan ketabsudan yang melampau. Wallahualam...

Wednesday, 15 August 2012

Pratonton Apa Membezakan Nik Aziz Sampai Kaldai PAS meroyan

Haha kalau keadaan sudah terdesak bukan inti yang dinilai tetapi hampas yang membakar. Inilah gaya pratonton bila bila manusia semakin terdesak dengan nafsunya dihalang. Adakah mereka perduli dan menilai apa yang cuba disampaikan Tuan Guru Abdullah Saamah.
Yang peliknya bila DAP membuli PAS
tidak ada pula Akar Kelubi berani
bersuara, alahai sah2 bacul!!

Sudah tentu tidak malah pakat-pakat tulikan telinga dan tidak cukup dengan itu ditambah dengan mencaci sesuka hati. Wahal enpunya diri memakai serban punyalah nampak alim.

Kalaulah orang itu rasanya alim dan mengaku menyebarkan syiar islam, sepatutnya dia akan membahas apa yang cuba dibawa Tok Guru Abdullah Saamah. Tidak ada satu ayatpun menyentuh soal membahas isu yang cuba dibawa Tok Guru Abdullah Saamah, sebalik dikarang cerita secukup rasa untuk mencaci dan memperlekehkan orang. Pasal gelaran Tok Gurupun dah cemburu nak mampus, apa kalau hendak sangat ambik je nama tu buat kau.

Kau orang saksilah Kaldai PAS langsung tidak mencerminkan mereka sebagai individu islam yang patut dicontohi. Cubalah ada manusia mencaci Nik Aziz, bolehla nak tengok Kaldai menjelma serigala kurap kelaparan. Siap yang sentuh sedikit keburukan Nik Aziz dah tentu ahli neraka mereka lebelkan.

Alahai apa bezanya sangat antara Nik Aziz dengan Abdullah Saamah kerana kedua-dua sama naik. Kalau betul-betul rasa Nik Aziz hebat sangat suruh je mereka berdua berdebat dan jangan jadi kaldai dungu yang padai mencaci entah kemana-mana halanya.

Nama sahaja mendabikdiri terlampau Islam tetapi perangai mengalah iblis. Memang PecahPalakMikir puak-puak nihhh...

Gurau Senda Karpal Singh Membuli Nik Aziz Memakan Agama Bangsa Sendiri

Kedebuk sebijik demi sebijik bertempik kepada muka-muka manusia yang berpura-pura berjihad sambil menolak perpaduan. Malah ada juga yang pandai putar belit cerita untuk menafikan kita sesama islam sedang berpecah belah.

Biasalah kaedah menghalalkan cara untuk matalamat peribadi ke Putrajaya. Biarlah bangsa sebagai taruhan samada nak jatuh melingkup adakah mereka perduli? Sudah tentu tidak kerana nafsu ke Putrajaya tidak dapat dihalang lagi membuak-buak sehingga ada yang sanggup bersubahat memfitnah lawan walaupun mereka sendiri terfikir akan kebenaran sebenar orang yang difitnah.
Gurau-gurau macamni laa buat Karpal
rasa seronok membuli Nik Aziz

Dalam masa yang sama! masih juga ada yang berpura-pura mengaku Karpal sentiasa menyokong mereka walaupun terang-terang memijak-mijak kepala Nik Aziz, dengan ayat-ayat menyakitkan hati Nik Aziz sendiri dan puak-puak PAS setakat ketab bibir menahan geram. Hendak lawan kang tak bantut hajat hati nak buat lagu na nak!

Ohhh tidak apa beb! yang penting nafsu ke Putrajaya terbuka! biarlah orang sendiri memijak kepala! tidak diperdulikan lagi dah. Atihhhh!! memang PecahPalakMikir kalau orang dah kemaruk kuasa?

Inilah gurau senda Nik Aziz dengan Karpal Singh Memakan Agama dan Bangsa sendiri. Adakah mereka sedar ohh tidak semua sudah tidak penting lagi. Hakikatnya PAS hanya berminat merampas kuasa dari menegakan Islam. Gurau Senda Karpal Singh Membuli Nik Aziz Memakan Agama Bangsa Sendiri

Itu sudah pasti berlaku dan apabila munculnya ucapan Nasharudin  Mat Isa yang mempertikaikan tahap pengecut PAS tidak berani mempertahankan prinsip perjuangan asal mereka. Maka ramailah puak-puak ini melepas ketap bibir melempias geram kepada Nasharudin Mat Isa yang kebanyakan dari akar kelubi Perasit Islam Semalaysia. Entahlah!! Mungkin angkara tabsud tidak bertempat maka hati naik buta menilai situasi sebenar.

Buat Nasharudin Mat Isa mungkin akan terpaksa menyiapkan badan kerana ada habuan yang bakal membidas nasibnya. Biarlah orang membencinya! pada PPM memang tabik spring sebab dia berani mempertaruhkan kedudukan atas nama perjuangan islam. Walaupun Nasharudin orang PAS tetapi inilah contoh yang perlu ada buat seorang pemimpin, hingga beliau sanggup mengetepi fahaman politik atas nama perpaduan orang islam dan tidak mungkin dilakukan mana-mana Perasit Islam Semalaysia.
Akupun hairan ada juga puak-puak Pakatan Rakyat
mempertikaikan usaha baik gambar diatas atas nama
perosak agama bangsa walaupun mereka tidak sedar

Youtube dibawah mendedahkan pula Tokoh agama Kelantan, 'Tuan Guru Hj Lah Pondok Geting' menyeru agar Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta kepimpinan Pas yang lain agar bermuhasabah dan mengenepikan ego berhubung perpaduan Melayu dan umat Islam di negara ini.

Pada masa yang sama guru agama itu kesal Pas mengikut telunjuk Dap ibarat 'lembu dicucuk hidung.'

Pengasas Madrasah An-Najmiyyah, Geting atau nama sebenarnya Tuan Guru Hj Abdullah Hj Saamah An-Najmi, berkata tindakan golongan yang menolak perpaduan Melayu dan umat Islam merupakan satu perbuatan yang menyalahi apa yang diseru oleh Allah s.w.t.

Malah bagi beliau, golongan berkenaan boleh menyebabkan sekurang-kurangnya menjadi fasik dan bidaah 'dolalah' serta boleh menjadi kafir.

Bagaimana Rasanya Cara Menyebar Syiar Islam Sambil Mengaibkan Orang

Inilah hasil kerja untuk melepas geram puak-puak
Pakatan Rakyat sekarang
Dekat-dekat penamat ramadan ini macm-macam cerita berlegar dialam maya! Tidak kurang ramai orang Pakatan Rakyat cuba menyebarkan syiar islam dengan tajuk-tajuk yang menarik dikongsi demi Islam. Tetapi dari ayat pertamanya sahaja tetapi dalam masa yang sama buat kerja sambilan untuk menghina dan menjatuhkan orang lain!

Bagaimana kaedah ini boleh dihalalkan oleh yang sedang mendabik dada mengaku dirinya berjihad untuk menyebar syiar islam? Kalaulah ada orang yang tampil menyanggah atau menegur mereka, maka terkeluarlah kenapa orang lain boleh buat dan contoh yang diberi sudah tentu kepada lawannya. Semuanya kerana hendak melepas geram sampai terlupa diri sedang berpuasa! Tetapi sempat juga mendabik dada mengaku menyebarkan syiar islam. Huhu macam-macam ada Nang Pecah Palak Mikir

Pelik juga kadang melayan cara mereka melawak kerana tentu tidak bijak untuk menghalalkan perbuatan diri dengan membandingkan kaedah songsang orang lain. Tetapi itu semuanya tidak pula disedari oleh empunya diri.

Itulah yang sedang berlaku dalam arena politik kita, apabila semua ingin tunjuk cara terbaik sambil-sambil mengcaci orang lain jahat. Semua ini mudah dibuat dengan satu persepsi tampa perlu membuktikan apa-apa. Apatah kalau dicampur sedikit perasaan tabsud dan perasaan benci yang kuat. Sudah cukup menjadi zat-zat yang kuat dalam amalan dibulan puasa ini. Persoalannya mereka ini mencari habuan baik ke atau sebaliknya.

Itulah cara orang kita berpolitik kalau tidak ada contoh mengaibkan orang tidak cukup kuat namanya. Uiiih Memang Pecah Palak Mikir dengan orang-orang kita kan! kan!

Asslamualaikum Semua

Assalamualaikum buat semua para sahabat dan lawan. Rasanya Pecah Palak Mikir lama sangat bercuti bukan. Almaklumlah semperna puasa bagus banyak sempurnakan apa yang patut. Saatu hal lagi lap top dah uzur itu alasan mengapa PPM terhenti lebih sebulan lebih. Insyaallah jika punyai rezeki lebih ada modal buat beli laptop baru tetapi memandangkan raya sudah dekat terpaksa utamakan keluarga dahulu dan yang lain-lain insyallah akan datang.

Apa-apapun, walaupun ada yang mengatakan PPM merajuk atau beralih arah tuju dan bermacam-macam lagi. Itu tidak benar sama sekali. Bagaimana? Insyallah kalau diizinkan PPM akan tampil aktif seperti sediakala untuk berjuang walaupun tidak penah mempunyai tuan yang boleh membantu.

Saya juga ingin mengucap ribuan terima kasih kepada mereka yang sudi menjadi rakan di facebook kerana selama PPM bercuti ada 103 orang yang mahu add facebook PPM. terima kasih kerana sudi.

Apa-apapun Selamat menyediakan persiapan menyambut raya sambil mendapat habuan terbaik dibulan puasa.

Langgan Melalui Email

Lagi Post Pecah Palak Mikir