Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Friday, 17 August 2012

Tahap Perasangka Nik Aziz Tampa Hujung Pangkal

Amat keterlaluan buat seseorang yang bergelar Tok Guru dan seseorang yang memimpin Parti yang dilebelkan sebagai parti islam jika menafikan hak antara umat islam di Malaysia cuba menyatukan sesama islam dalam usaha mencetus perpaduan umat Islam di Malaysia dan menegur mana-mana golongan bukan islam yang cuba menghalang kebaikan berdasarkan ajaran islam diterapkan kedalam pentabiran negara ini.

Dimana letak kesalahannya jika niat Nasharudin Mat Isa yang ingin mengcetus satu langkah yang melahirkan perpaduan antara umat islam di Malaysia. Kenapa usaha yang sebergini perlu dicetuskan sifat perasangka antara kita. Wahal dalam islam tidak penah melarang kita bersatu? 

Dimana letaknya kesalahannya Nasharudin Mat Isa jika ingin menegur mana-mana orang bukan islam yang cuba menghalang sebarang tindakan pembaharuan pentabiran negara Malaysia berdasarkan luans-lunas islam. Selagi ada umat islam yang sengaja membela bukan islam demi kepentingan politik, selagi itulah semakin keras kepala bukan islam menentang tampa mahu memikir dan mendalami kebaikannya terdahulu. Ini termasuk sikap Karpal yang anti Hudud  malah lebih tepat anti islam.

Adakah kerana politik semua usaha penyatuan dengan lawan diharamkan? Sepatutnya PAS harus berbangga kerana mempunyai tokoh yang mampu bekerja berdasar matalamat utama dan bukan kerana memilih bulu siapa boleh berkawan atau tidak. Kaedah membeza-bezakan antara umat islam tentunya satu cara yang amat bertentangan dan bakal melahirkan ruang yang luas buat musuh-musuh islam yang berkeinginan untuk mengjatuhkan atau menghapuskan tonggak kekuasaan islam di negara ini.

Tidak kira siapa anda atau mana parti anda! kita harus akur dan melupakan sengketa antara kita dengan mengetepikan dendam yang boleh merosakan. Kesimpulannya, apa yang diusahakan Nasharudin bersama Najib Razak tidak sepatutnya dipandang serong atas dasar poltik kotor dan amat hina disisi islam. Kenapa kita harus takut kepada DAP yang mungkin menjadi kekangan buat PAS, Sedangkan Najib Razak tidak penah gusar dari MCA dan Gerakan ketika bersama Nasarudin Mat Isa yang bersama-sama ke Mekah.

Tidak perlu menyindir atau memberi amaran kepada Nasarudin Mat Isa secara kiasan. Walaupun ucapan mana pemimpin PAS termasuk Nik Aziz boleh dinafikan secara berhujah, kononnya tidak mendesak Nasarudin meletak jawatan tetapi kenyataan secara berkias itu mudah difahami bagi mana-mana yang mahu memikirnya secara mendalam. Sepatutnya semua pihak mengucapkan tahniah kepada Nasarudin kerana berjaya menjadi pembangkang yang berkaliber dalam menjalankan tanggungjawapnya kepada rakyat Malaysia malah lebih tepat kepada tuntutan islam.

Ketepikan segala semangat songsang anda jika kita mahu agama dan bangsa kita dengan terus-menerus menjadi tonggak peneraju negara ini. Jangan kerana dendam kita berperang, berpecah belah dan akhirnya kita sendiri ditindas olah menoriti yang sentiasa mencari jalan dan ruang mengjatuhkan kita. 

Bersyukurlah kita dengan usaha mereka berdua ini, kerana Allah membuka hati mereka mencetuskan satu contoh terbaik sebagai pemimpin yang mementing tanggungjawap dari kepentingan dan kehendak hati diri sendiri. Insyallah lagi banyak usaha-usaha sebergini, bakal mencetuskan satu pendekatan yang kuat untuk menjadi Malaysia negara islam terbaik didunia. Jangan terlampau sangat diperhambakan kehendak nafsu di dunia sedangkan kita sedar di akhirat kelak lebih lumayan menanti kepada sesiapa yang ikhlas berjuang untuk Islam. Yang pasti siapa yang masuk syurga atau neraka bukan satu keputusan yang dapat ditentukan antara kita. PecahPalakMikir mengenangkan kita sengaja merosakan diri sendiri dengan ketabsudan yang melampau. Wallahualam...




2 comments:

Anonymous said...

org tua ni sudah semakin kronik!! dah tak boleh buat apadah!!

Anonymous said...

semoga nasha terus tabah berjuang bersunguh-sungguh walaupun poknik naik panik kui kui

Isu Terkini

get this widget here