Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Wednesday 19 June 2013

Aunty The Star Cina Bangunkan Malaysia Tanpa Bantuan Bumiputera ?



HELLO AUNTY, JANGAN INI MACAM LORR???

 This morning I was really starlet with this article out from ‘the star’, im wondering, why these days many and many people keep questioning bout their rights?? Why??

 Ok… enough of english.. we also have to speak our bahasa ibunda too “ Bahasa Malaysia”… Dalam artikel tersebut, dinyatakan “ In all the early days it was Chinese energy and industry which supplied the funds to begin the construction works, and to pay for all the other costs of administration” Come On lah Auntie, where were you rite now?? 

Adakah you katakan semuanya bukan hasil keringat bumiputra sahaja??? Where is your 1 malaysia spirit?? 

Occay then, I admit your statement “ I agree whole-heartedly with the Prime Minister that Malaysians must understand each other better if we hope to become great nation.”

Come On lah Auntie, please tell me which nation/negara yang ada Sekolah Jenis Kebangsaan?? 

Erkkk!! Terfikir lak usaha menarik pelabur dan mengawal keseimbangan keewangan negara, tu siapa pulak yang buat? Tidak ada dari muputera yang menyumbangkah?

Kalau mata wang negara tidak stabil berjayakah mereka? 

Malah input promosi negara untuk membentuk imej Malaysia yang menjadi daya penarik kuat kepada pelabur dan pembeli luar untuk membeli barang buatan negara! Tidakkah ini juga menjadi faktor mempengaruhi pembangunan dan pengukuhan ekonomi yang memberi kelebihan besar buat peniagaan mereka? Tetapi siapa yang buat semua ini?

Even great nation pun tiada Sekolah Jenis-Jenis. J To all readers, please see this, same date and paper ‘the star’ I think this article was sort of ‘thankful’ to the Malaysian Government today.

It says “As a teenager, Dad sailed to Malaya to escape the famine in China more than 70 years ago, he survived the Japanese Occupation” Sekarang masa sudah berlalu,” KITA SUDAH MERDEKA” everybody happy living right now, kita mesti pandang kehadapan. 

Let’s look around us and think, Malaysia has offered people with freedom!! Our Government today plays good role to make sure we directed to a better nation. Halloo Boss!! The tarik Satuuu, roti kosong banjir satuuuu!!!

Apapun tahniah buat The Star berani lepas isu berginikan?

 :D Some article might be helpful (klik sini beb)

Monday 17 June 2013

Video Lawyer Flash Mob PR Tepinga-pinga Kena Tengking


Apa cerita beb! Terpinga-pingga dibuatnya Lawyer PKR seorang ini. Kisahnya inilah utusan yang diutus untuk menyelamat 15 SAMM yang ditahan Flash Mob di depan Sogo tempoh hari. Tapi mungkin hari tidak berapa cun kena tengking la pulak



Sebijak-bijak Anwar Masih Ditipu Hidup-hidup

Hampir 26 tahun semenjak dipecat dari UMNO, Anwar cuba hidup dengan mencari nafas baru melalui pelbagai strategi. Semua ini telah dibantu dengan sepenuh masa oleh isteri dan anaknya. Inilah kekuatan sebanar Anwar dalam mencari ruang nafas-nafas baru.

Dengan formula bagaimanakah! Anwar boleh hidup? Dari formula mempunyai bukti berkotak fail pecah amanah UMNO yang akhir entah kemana hilang kotak tersebut. 

Dengan formula memberi harapan yang melangit kepada pengikut setianya dan akhirnya seorang demi seorang yang yang menubuh Parti Keadilan lari meninggalkan Anwar.

Dengan formula memberi janji dan harapan buat kaum india tetapi akhirnya kampung buah pala menjadi saksi Anwar kencingkan.

Dengan formula memberi pelbagai janji manis di Selangor tetapi akhirnya sampai tarikh PRU13 belum sampai separuh janji manifesto di tunaikan.

Itulah Anwar hanya ada cara dengan menggunakan formula hamis demi memikat rakyat. Disamping itu Anwar ada juga pelbagaikan pendekatan dalam bentuk agama seperti khalimah Allah untuk memikat bukan islam. Anwar menggunakan pendekatan berkawan dengan kuasa asing demi mengembangkan sokongan dan bantuan.

Itulah antara fenomena yang berlaku sepanjang kempen Anwar pasca PRU13. Anwar adalah orang paling tinggi rekod menggunakan pelbagai kaedah helah untuk menipu rakyat walaupun dia sendiri tidak pasti dapat lakukan.

Sejak dari itu pelbagai himpunan dan demotrasi berulang kali dianjurkan diserata pelusuk Malaysia. Berjuta-juta yang digambarkan Pakatan kalau dikumpulkan semua. Itu sudah cukup Anwar mengyakinkan dia sebagai Perdana Menteri ke7.

Tetapi entah silap dimana? Anwar rupa-rupanya telah dikencing hidup-hidup oleh bangsanya sendiri iaitu orang melayu. Mungkin inilah kebekatan dari nada-nada berhelah yang dimainkan Anwar. Mungkin inilah berkat kerjayaan anaknya Nurul Izzah mendapat tepukan gemuruh dalam persidangan hak beragama di gereja. Mungkin inilah berkat penafian video china doll yang jam omeganya sampai sekarang belum jumpa.

Mungkin inilah berkat sepina kapal selam dari Peramcis untuk tangkap Najib tapi sampai sekarang belum sampai-sampai. Tapi hairan juga walaupun cukup terang pembohongan demi pembohongan Anwar telah kantoi berkali-kali. tetapi masih juga orang seperti peguam, cikgu, ustaz dan pelbagai jawatan hebat-hebat boleh tertipu.

Sehingga sekarang Anwar  ke hulu ke hilir melaungkan PRU13 satu penipuan besar tetapi sampai sekarang Anwar belum pernah buat report tentang pengundi bangla seramai 40 ribu orang masuk ke Malaysia dalam tempoh seminggu? 

Rupa-rupanya Anwat belum puas hati dengan dirinya ditipu-tipu hidup oleh rakyat ketika menjawap keputusan PRU13. Kerana kesannya Anwar takut menunai lafaz janjinya, jika dirinya kalah PRU13 maka sampailah waktu bersara. Betullah kata orang-orang sekali kita menipu 100 kali tuhan akan balas tetapi Anwar bukan sekali menipu hingga akhir 70% orang melayu dan bumiputera menolak Anwar Ibrahim.

Sunday 16 June 2013

Kecenderungan Laluan Sulit The Star Mula Diterlanjangkan

Sepanjang tempoh antara 2008 hingga 2013, The Star sudah mula diperhatikan akan gerak gerinya. Amat terkejut apabila cara The Star menyiarkan isu mula menimbulkan syak wasangka sedang umum mengatakan The Star adalah suratkhabar MCA? Tetapi kenapa cara perjalanan The Star tergelincir dan membawa haluan yang mencurigai? 

Mari kita lihat bagaimana Unspinner dan Helen Ang menelanjangkan ini.

Apabila orang Melayu berpakat untuk memulaukan kedai Cina, barangan Cina dan semua produk syarikat Cina, maka akhbar The Star menjalankan kempen menentangnya kerana dakwanya membahayakan keharmonian sosial negara.

Tetapi apabila orang Cina menjalankan kempen untuk meruntuhkan dominan Melayu dalam sebuah kerajaan majmuk yang terbina sejak merdeka, The Star tidak pula nampak bahayanya.

Saya telah nampak bahayanya apabila ribuan orang Cina di kampong dan di bandar beratur panjang berbatu-batu, termasuk yang pulang dari luar negara untuk menenggelamkan kerajaan Melayu pada 5 Mei lalu.

Tindakan Buy Chinese Last oleh beberapa NGO Melayu adalah sebagai membalas tindakan orang Cina khususnya DAP yang mahu menghancurkan sebuah kerajaan yang bersifat multiracial tetapi telah tersasar membina sebuah kerajaan Bumiputra.

Jika orang Cina mahu melindungi perbuatan jahat menentang kepimpinan Melayu dengan kempen "Kami Suka Najib, Tetapi Tidak Suka BN," maka apa salahnya jika orang Melayu berkempen "Kami Suka Cina, Tetapi Tak Suka Barangan Cina."

Saya sendiri tidak percaya bahawa tindakan ini akan berkesan serta merta kerana kuasa ekonomi tidak sepenuhnya berada di tangan orang Melayu atau Bumiputra tetapi kempen Buy Chinese Last boleh berkesan jika dijalankan terus menerus dalam masa empat lima tahun akan datang secara profesional dengan strategi yang inovatif dan kreatif, halus dan bijak secara kecil-kecilan dan besar-besaran.

Kerajaan mesti banyakan lagi Kedai1Malaysia di seluruh negara.

Ini bukan tindakan rasis kerana kempen jatuhkan kerajaan Melayu juga bukan rasis. Hanya Ketua Pengarang Akhbar The Star, Datuk Wong Chun Wai sahaja nampak rasis seperti dia nampak Utusan Malaysia rasis, tetapi tidak nampak akhbar Cina rasis.

Mulakan dengan pemulauan akhbar The Star.



Baca seterusnya di Zamkata disini

Generasi Pertikaikan Perkara Asas Pembentukan Negara Adalah Kunci Jatuhkan Barisan Nasional


Situasi politik negara boleh diandaikan semakin mencabar dengan pelbagai dugaan yang bukan digerakan oleh kalangan rakyat Malaysia semata-mata tetapi sebaliknya lebih kuat digerakan oleh tangan-tangan asing.

Semua ini menjadi strategi perperangan oleh NGO yang mendapat bantuan langsung dari luar. Sebaran liberalisme, modernisme, sekularisme, ia adalah “ideologi tiga beradik” yang saling berkait dan tidak dapat dipisahkan. Sekarang ini telah menular masuk ke generasi baru dari kurang berpendidikan hingga pusat-pusat pengajian tinggi. Sebenarnya Malaysia sudah dipasang bom jangka cuma bila ianya akan meletup?
Lihat pendedahan ini dari sumber ini (klik)

Kuala Lumpur: Kewujudan badan bukan kerajaan (NGO) yang menanam pemikiran liberal dalam kalangan generasi muda di negara ini perlu diawasi supaya tidak menjadi ancaman terhadap masa depan negara.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata aliran sedemikian dipercayai digerakkan berlandaskan kebebasan mutlak termasuk untuk bersuara hingga menggalakkan generasi muda mempersoalkan perkara yang menjadi asas pembentukan negara.

Sebagai contoh, katanya, ada segelintir anak muda berani menghina institusi Raja dan mengambil mudah perkara itu bersandarkan alasan kebebasan bersuara mutlak yang bertentangan dengan hak asasi dianjurkan dalam agama.

Ikut batasan agama

“Hak asasi Islam mesti mengikut batasan agama. Itu sebabnya ada perkara yang tidak boleh dilakukan seperti berbogel di khalayak,” katanya menjadi panel

`Forum Rakyat: Melayu Islam Bersatu’ anjuran Sahabat Ulul Amri dan Borneo Open International University di sini, malam tadi.

Forum turut dihadiri Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, manakala Pengerusi Sahabat Ulul Amri, Naseron Ismail, bertindak sebagai pemudah cara.

Musa berkata, ancaman NGO yang menanam pemikiran liberal tidak boleh dipandang remeh kerana ia boleh merosakkan negara Islam seperti Malaysia.

Pengaruhi generasi muda

“NGO terbabit dikenal pasti turut menyebarkan dakyah bagi menukar corak pemikiran generasi muda secara halus.

“Keadaan menjadi bertambah buruk apabila golongan muda pula tidak mempunyai pengetahuan mendalam mengenai sejarah dan perundangan negara,” katanya.

Ngap Sayot Lim Guan Eng Bangkitkan Kemarahan Rakyat Sarawak

Kecenderungan Lim Guan Eng untuk menggunakan Slogan Ngap Sayot bersama slogan Ubah (yang digunapakai pada PRU13) sebagai gabungan untuk PRN11 yang bakal tiba dalam tempoh 2 tahun. Adalah bersifat melampau tanpa memahami pengertian sebenar di sebalik slogan Ngap Sayot.

Maksud sebenar Ngap Sayot adalah Makan Sayur, ertinya lebih bersifat semangat perjuangan yang sepakat antara sesama warga Sarawak. Ini membuktikan Nyap Sayot lebih bersifat kerjasama dan perpaduan dikalangan rakyat Sarawak dalam perjuangan.

Slogan ini sering diguna pakai dalam menyuntik semangat dalam sukan bola sepak sejak dari era 80an lagi. Sikap Lim Guan Eng melakukan sesuatu perkara termasuk mengunapakai slogan ini, menunjukan Lim Guan Eng tidak pernah memikir perasaan orang lain dan hanya memikirkan kehendak dirinya semata-mata.

Dalam pengertian lain Lim Guan Eng telah salah guna pakai slogan Ngap Sayot sebagai cara rakyat Sarawak bangkit memerangi sesama warga Sarawak. Walhal siapa Lim Guan Eng untuk menjadi hero Sarawak??

Lim Guan Eng terlampau angkuh dengan tindakan ini, dirinya merasakan kejayaan DAP pada PRU13 di Sarawak cukup hebat. Hakikatnya semua orang tahu tanpa penggunaan pendekatan rasis dan semangat cauvinis, adalah mustahil buat DAP menaikan intergriti sebenar DAP. Yang paling ketara dalam PRU13 jentera Red Bean Army, dan sekarang telah lari bersembunyi kerana sedar perbuatan mereka cukup melampau hingga menggangu gugat perpaduan kaum.

Sebaliknya di dalam DAP terdapat cukup banyak ruang yang harus diperbaiki tetapi diabaikan kerana Lim Guan Eng cukup meniliti kelebihannya untuk sentiasa menjadi peneraju utama dalam DAP tanpa digangu atau dicabar oleh mana-mana pihak dalam DAP.

Jika rakyat Sarawak bertanya apakah yang pernah DAP lakukan untuk penambah baik keseluruhan rakyat Sarawak? DAP tidak mempunyai sebarang alasan yang kukuh untuk menjawapnya. Tetapi di Sarawak DAP sering menjadikan Pulau Pinang sebagai model kejayaan mewakili DAP. Dan jika rakyat Sarawak terutama bumiputera meneliti apa yang sedang berlaku di Pulau Pinang? 

Adalah cukup sedih dengan pemerintahan lebih bersifat pilih bulu dan cukup kuat dengan semangat cauvinis hingga mengabaikan tangungjawapnya sebagai Ketua Menteri yang juga bertangungjawap terhadap kesamarataan kepada bangsa lain yang juga menjadi sebahagian masyarakat di Pulau Pinang.

Lihatlah bagaimana bumiputera di Pulau Pinang terpaksa berhijrah keluar dari pulau jika hendak membeli rumah kerana harganya cukup tinggi dari yang mampu dibiayai oleh kebanyakan golongan bumiputera.

Jika berginilah cara DAP bagaimana boleh layak buat Lim Guan Eng untuk mengguna pakai semangat Ngap Sayot dalam kempen PRN11? Adakah Lim Guan Eng sedar dirinya telah menghina dan memecah belahkan perpaduan warga Sarawak?


Video Ustaz Pas Maki Dan Ceramah Azab Kubur Kepada Polis

Adeh-adeh yang dia tahu dia punya betul tetapi yang dia punya silap dia tidak fikir. Sebab itu kurang ajar orang dia nampak tetapi kebiadapannya tanpa memikir siapa individu yang menangkap dengan individu jaga pagar dia lupa.

Tetapi dekat mana yang dikatakan polis kurang ajar, sedangkan mereka ditangkap untuk disoal siasat sahaja tanpa berlaku pegelutan yang mencederakan.

Yang menariknya sudah menjadi kebiasaan buat orang ini menentukan apa hukuman azab kubur orang lain.

Hakikatnya sikap mereka lagi teruk tidak pernah berlajar menerima Qada dan Qadar keatas ketentuan Allah. Keputusan PRU13 dan termaktub dan kalau nak sabar jelah menuju PRU14. Tetapi yang menjadi alat kepada orang kecewa itu sebenarnya siapa menzalimi siapa?

Sesuatu yang orang tidak nampak, bagaimana polis sanggup bersabar ketika dimaki hamun demi bertugas untuk menegakan undang-undang. Tetapi percaya ketidak jika puak-puak jenis kaki merusuh ini, bila mana sesuatu menyebelahi mereka dan polis tidak bertindak, mereka pula katakan polis tidak buat kerja. Hakikatnya kehendak mereka apa sahaja boleh dilakukan sesuka hati dan tiada undang-undang dapat menghalangnya.

Cuba ahli PAS itu berfikir sekejap kenapa Nik Abduh ketika ini enggan sertai aktiviti yang mereka sedang lakukan? Sebab Nik Abduh kata berlajar terima ketentuan Allah. Tetapi kenapa lebai masih terikut-ikut dengan aktiviti ini? Yang pasti cara lebai ini bertutur alahai semacam je rupa gaya bendulnya.


Isu Terkini

get this widget here