Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Saturday, 22 March 2014

#PrkKajang Video Khalid Samad Menghasut Rakyat ketawakan #SelawatPerdana Yang Dihadiri Najib Razak

Ketika Perdana Menteri ikhlas mengajak rakyat mengdekati Allah bukan dijadikan satu pujuian dari golongan mereka tetapi diciptakan fitnah untuk menghasut rakyat mengketawakan sesuatu yang diberkati Allah. Adakah ini patut kita contohi?



#PrkKajang Kisah Benar Kebodohan @AnwarIbrahim Suatu Ketika Dahulu Cukup Lawak #MoveKajang


Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin tidak berminat untuk melayan tohmahan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya kerana segala tuduhan itu jelas beliau, cuma memperlihatkan kejahilan Ketua Pembangkang tersebut dalam aspek perbankan.


Berikut adalah kenyataan penuh Daim:


Saya merujuk kepada laporan Utusan Malaysia bertarikh 18 Mac tentang tohmahan Anwar terhadap saya.


Saya sudah malas hendak menjawab tohmahan Anwar kerana ini semua adalah satu bahan ketawa semata-mata. Lagipun ia tidak ada modal untuk mempertahankan 'Kajang Move' dan ketandusan bahan untuk berceramah.


Suatu ketika dahulu beliau memberitahu (bekas Perdana Menteri) Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa saya telah membawa keluar RM2 bilion dalam pesawat Malaysia Airlines (MAS). Dr. Mahathir ketawa mendengar cerita Anwar dan menjawab: "Bukankah lebih baik Daim hantar melalui pindahan elektronik bank."


Jelas sekali Anwar tidak faham cara bank menjalankan urusan mereka dan dia juga tidak tahu berapa banyak RM2 bilion itu berbanding dengan 'cash in circulation' di dalam negara ini. Sekiranya RM2 bilion itu diambil dari 'money circulation' tidak akan cukup wang tunai untuk diniagakan di negara ini.


Bodoh kalau seseorang itu untuk mengumpul dan menyimpan wang tunai sebanyak itu dan jika dibawa di dalam pesawat, agaknya semua kerusi akan dipenuhi dengan kotak-kotak berisi wang tersebut.


Sebagai Menteri Kewangan, beliau patut tahu sekiranya wang itu dibawa keluar dari 'circulation'. Bank Negara terpaksa mencetak lagi wang kerana tiada lagi 'cash in circulation'. Tidakkah Menteri Kewangan tidak tahu perkara yang semudah ini?


Seperkara lagi, apa pula dengan Jabatan Kastam. Bukan sahaja di Malaysia tetapi di destinasi di mana MAS hendak mendarat. Tengok apa jadi kepada bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.


Selain itu, Anwar kata dia tahu saya rasuah kerana beliau mengambil alih daripada saya sebagai Menteri Kewangan. Buktinya mengikut beliau, saya buka bank-bank di Eropah Timur dan Afrika. Mungkin beliau tidak tahu ada akta 'Money Laundering Act' dan jika ingin menjadi pengarah bank pun, tiap-tiap bank negara di setiap negara akan menyiasat sama ada seseorang itu adalah 'a fit and proper person'.


Lebih-lebih lagi jika ingin membuka sebuah bank, syarat dan undang-undang yang dikenakan adalah lebih ketat (stringent). Sebagai bekas Menteri Kewangan, beliau patut tahu mengenai perkara ini.


Tohmahan-tohmahan itu hanya menunjukkan beliau tidak tahu mengenai dasar-dasar perbankan dan beliau akan menjadi bahan ketawa. Tolong jangan tunjukkan kejahilan anda.


Sekiranya ini adalah salah satu bahan gurauan di dalam ceramahnya, objektif beliau untuk menjadi seorang penghibur sudah tercapai.

Friday, 21 March 2014

#PrkKajang Dahshat Wan Azizah Sanggup Melihat Anwar Menzalimi Diri Sendiri #MoveKajang


Pembangkang dicabar menjawab tujuh fakta berkaitan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum membuat tuduhan kononnya Barisan Nasional (BN) menzalimi Ketua Pembangkang itu selepas beliau dijatuhkan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat.

Bekas peguam Anwar, Datuk Zulkifli Nordin berkata, Anwar telah melantik Karpal Singh bersama anak-anaknya untuk membela beliau dalam kes liwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan sedangkan pemimpin DAP itu pernah memberitahu Dewan Rakyat pada 1997 bahawa dia mempunyai bukti Anwar adalah seorang peliwat.

Katanya, dalam hal itu, tidakkah Anwar menzalimi diri sendiri apabila melantik Karpal sebagai peguamnya walaupun orang yang sama pernah menuduh dia meliwat.

"Anwar telah mengemukakan pembelaan alibi (mendakwa dia tiada di tempat kejadian) untuk menghadapi kes meliwat Mohd. Saiful dan telah diberi peluang oleh mahkamah untuk memberi keterangan bagi membuktikan dakwaan itu tetapi dia enggan berbuat demikian.

"Dengan keengganan memberi keterangan, Anwar telah menafikan peluang untuk membuktikan kebenaran, adakah Karpal yang menasihatkan Anwar supaya jangan memberi keterangan. Ini bukti jelas Anwar telah menzalimi diri sendiri," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Zulkifli berkata, Anwar juga gagal mengemukakan tiga saksi dalam pembuktian pembelaan alibi itu namun mereka tidak datang ke mahkamah untuk memberi keterangan.

Selain itu katanya, pembangkang juga dicabar menjawab penangguhan kes Anwar melebihi 60 kali selepas Mohd. Saiful membuat laporan polis pada 2008 dan dia hanya disabitkan kesalahan selepas enam tahun.

Beliau turut mempersoalkan kenapa Anwar tidak menyaman Majlis Peguam kerana badan itu tidak menafikan kejadian liwat tersebut sebaliknya hanya mempertikaikan kenapa Mohd. Saiful tidak dituduh bersama Anwar atas dasar suka sama suka.

"Kes ini mencatat rekod penangguhan paling banyak dalam satu-satu perbicaraan iaitu melebihi 60 kali dan kebanyakannya atas permintaan Anwar, adakah ini satu kezaliman.

"Selama perbicaraan berlangsung sejak 2008, Anwar bebas atas jaminan dan masih bebas ke mana sahaja walaupun dijatuhkan hukuman lima tahun penjara sehingga rayuan di Mahkamah Persekutuan selesai, apakah ini juga kezaliman terhadap Anwar," soalnya.

Zulkifli seterusnya berkata, Anwar diberi peluang untuk membersihkan namanya melalui sumpah, namun sehingga hari ini gagal dan enggan berbuat demikian walaupun tindakan itu merupakan peluang terbaik untuk dia menyerahkan sepenuhnya kepada Allah agar diberi petunjuk kebenaran dakwaan Saiful.

"Oleh itu, saya mencabar Anwar dan pembangkang menjawab fakta-fakta di atas atau mengakui Anwar sebenarnya telah menzalimi diri sendiri malah dia juga menzalimi umat Islam dan rakyat negara ini dengan mengheret mereka untuk menyelesaikan masalah peribadi antara dia dengan pembantunya sendiri," katanya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140321/po_03/Anwar-Siapa-zalimi-siapa#ixzz2wak3F5uu
© Utusan Melayu (M) Bhd

#PrkBalingian Amanat Adenan Satem




Pilihan raya kecil dewan undangan negeri Balingian mempunyai erti yang sangat besar bagi penduduk kawasan itu, kata Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem.

"Kalau kami menang, kami boleh teruskan program pembangunan untuk Balingian. Kalau pembangkang menang, ia (Balingian) akan ketinggalan," katanya pada majlis bersama rakyat di Dewan Tun Abdul Rahman Yakub di Kampung Tellian Laut dekat sini hari ini.

Yussibnosh Balo, 48, daripada Barisan Nasional (BN) akan bertanding satu lawan satu dengan Abdul Jalil Bujang, 55, daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pilihan raya kecil pada 29 Mac ini.

Adenan berkata BN perlu menjadi satu-satunya pilihan rakyat.

"Kalau Yussibnosh menang, beliau boleh berjumpa saya pada bila-bila masa untuk memohon dana bagi projek pembangunan. Tapi, kalau Abdul Jalil menang, beliau tidak ada kerajaan untuk menyokongnya," kata beliau.

Ketua menteri itu mengingatkan rakyat bahawa pembangkang hanya pandai mengkritik 'kiri, kanan dan dengan riuh'.

"Tapi, kesudahannya, hanya kerajaan yang boleh dan akan memberi khidmat," katanya.

Adenan yakin rakyat akan memberi sokongan kepada Yussibnosh sebagai tanda terima kasih mereka kepada bekas wakil rakyat kawasan itu, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang kini menjadi Yang Dipertua Negeri Sarawak.

"Adalah sesuatu yang amat wajar rakyat membantu menyerahkan Balingian kepada BN sebagai tanda terima kasih dan penghormatan mereka kepada Taib atas sumbangan beliau yang tidak terkira jumlahnya," kata beliau.

Terdahulu, Anggota Parlimen Mukah Datuk Seri Dr Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah, yang juga pengarah gerakan BN bagi pilihan raya kecil itu, berkata kini terserahlah kepada rakyat untuk menentukan sama ada mereka mahu kerajaan meneruskan rancangan pembangunan yang telah dirintis oleh Taib. - Bernama

Thursday, 20 March 2014

#PRKKajang Apa Anwar Dapat Masuk Jepun Atas Ehsan Kerajaan Itupun Tak Tahu Berterima Kasih



Kecoh betullah ketua Pembangkang ini. Dah orang tolong balik-balik yang menolong digigitnya. Sepatutnya bersyukurlah sikit orang dah dapat tunaikan kemaruknya untuk ke Jepun. Tetapi ini tak menyalah orang juga kononnya dalang menghalang kemasukan ke Jepun pada kali pertama.

Walhal hak menyekat masuk atau membenar masuk ke Jepun adalah kuasa mutlak yang dari kerajaan Jepun tetapi ada cerita tangan-tangan ghaip kononya. Alamak adakah Anwar tidak faham atau sengaja tidak mahu memahami?

Jangan nak salahkan kerajaan Malaysia di atas penahanan tersebut, itu prosedur biasa bagi mana-mana negara menghalang individu memasuki negara mereka berdasarkan undang-undang negara itu sendiri.

Isu penahanan Anwar pada 19 Januari, di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita sengaja diperbesar-perbesarkan oleh pembangkang bagi menggambarkan kepada umum bahawa Anwar ‘tidak bersalah’. 
Itu  menyebabkan Anwar Ibrahim bertikam lidah dengan Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin.

Hakikatnya penahanan individu tertentu oleh pihak berkuasa di mana-mana negara adalah perkara biasa dan tidak perlu disensasikan.

Tetapi Anwar sengaja memanipulasikan isu ini demi populariti politik, bagi mengaitkan penahanan Anwar dengan kerajaan negara ini. Malah Anwar juga menggunakan isu tersebut untuk meraih populariti masyarakat antarabangsa. Walhal Dunia sudah mengetahui belang Anwar, apabila berada pentas atau forum antarabangsa beliau akan mengutuk dan mencerba negara ini.

Sebenarnya apa sahaja Anwar buat dia seorang je betul sampai yang seburuk-buruk menjadi sebaik-baiknya. Tetapi pernah orang ini boleh berterima kasih atas prihatin orang lain terhadapnya. Contoh yang terbaik lihatlah dekat kempen Kajang sekarang dia hanya perjuangan nasib nafsu Liwat 2 yang dia didapati bersalah tetapi orang lain yang dipersalahkan walhal Majlis Peguam ada versi lain yang Anwar tidak kisah asalkan dia selamat.

Bukankah contoh ini mampu menggambar siapa Anwar sebenarnya?

Apalah Sangat Bayar Saman RM200k Mat Sabu


Apalah hendak dihairankan RM200k kepada Mat Sabu

Mahkamah Tinggi hari ini mengarahkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Musatafa Ali membayar ganti rugi RM200,000 kepada bekas timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Omar.

Selain ganti rugi, Mohamad dan Mustafa juga diarahkan membayar kos sebanyak RM50,000 kepada Wan Ahmad.

Wan Ahmad sebelum ini memfailkan saman fitnah terhadap Mohamad dan Mustafa kerana merujuk beliau sebagai dalang konspirasi memberikan kad pengenalan untuk membolehkan Barisan Nasional (BN) menang pilihan raya di Sabah.

Dalam pernyataan tuntutan yang difailkan pada 5 Mac, Wan Ahmad telah menamakan Mat Sabu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, pencetak Harakah Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd, ketua editornya Ahmad Lutfi Othman dan penulis yang Aziz Muda sebagai defendan.

Setakat 200k Mat sabu boleh sedia satu trealer tabung milo untuk dapatkan RM200k dalam masa seminggu lagipun Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang bapa sedara sebelah ucu angah moyang-moyang zaman pra dianasor dulu. Jadi tak ada masalah punya!!

Sekali petik je 4 kaliganda depan mata kan. kan!!

Wednesday, 19 March 2014

Lim Guan Eng Berpeluh Jugalah Menjawap Kena Saman Datuk Juhara

Ramai orrang menyangka Datuk Jahara akan lupakan soal hendak saman Lim Guan Eng. Tetapi semalam telah terbukti satu sesi datuk telah memberi tahu dia telah memfailkan saman kepada Lim Guan Eng.

Tetapi macam biasalah Lim Guan Eng akan cakap sombong punya:

Tindakan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid memfailkan saman terhadap Lim Guan Eng atas tuduhan fitnah kerana memanggilnya ‘nenek rasis’ dilihat sekadar usaha mencari publisiti.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu sekadar tersenyum dan berkata ‘Kita jumpa di mahkamah’.

“Ketua pembangkang itu nak cari publisiti dan beliau sudah mencapai matlamatnya” kata Guan Eng kepada pemberita selepas majlis tandatangan MoU antara Aceh dan Pulau Pinang.

Tetapi hakikatnya macam poster inilah juga yee.


Lim Guan Boleh bercakap besar tetapi bukan tidak pernah ahli Pakatan kalah saman malah makin kerap kalah saman lagi ada.. Salah satu contohnya Harakah kitab resmi PAS.

#MissingMH370 Masih Boleh Ditemui Pakar Sensor Dunia #PrayForMH370



Satu laporan oleh badan pemantau yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah memberikan harapan baharu bahawa pesawat MH370 yang hilang masih boleh ditemui manakala laporan yang mencadangkan pesawat mungkin berada di kawasan terpencil di Lautan Hindi dan Kudahuvadhoo juga boleh diterima pakai.

Syarikat yang berpangkalan di Austia, Comprehensive Nuclear-Test-Ban Treaty Organi­sation (CTBTO) yang mempunyai sensor yang sangat sensitif di seluruh dunia berkata ia tidak mengesan apa-apa letupan atau kemalangan sama ada di atas tanah atau di laut sejak pesawat hilang pada 8 Mac.

Setiausaha Eksekutif CTBTO Lassina Zarbo berkata kemalangan kapal terbang boleh dikesan dengan tiga daripada empat teknologi yang digunakan oleh Sistem Pemantauan Antarabangsa organisasi itu.

“Data kami berpotensi memberi penerangan tentang di mana beradanya penerbangan MH370. Kami berhutang kepada keluarga yang sedang cemas menunggu berita tentang tersayang dengan sistem ini yang berpotensi untuk memenuhi permintaan mereka,” kata beliau di laman web CTBTO.

Walaupun sistem ini telah dibangunkan terutamanya untuk mengesan letupan nuklear, ia juga boleh mengesan letupan pesawat yang besar serta kesannya di darat atau air.

Stesen CTBTO telah mengesan beberapa kemalangan kapal terbang pada masa lalu, termasuk kemalangan pesawat di lapangan terbang Narita di Jepun pada Mac 2009.

Jika maklumat CTBTO adalah betul, ia menimbulkan persoalan di mana kapal terbang itu kini berada.

Penyiasat tidak menolak kemungkinan bahawa pesawat itu terhempas di Lautan Hindi tetapi mereka juga mencari di tapak di mana ia mungkin boleh mendarat.

Di koridor selatan, beberapa pulau-pulau telah dikenal pasti untuk diberi penelitian.

Ini termasuklah Male di Maldives, Diego Garcia yang menjadi pangkalan udara Amerika Syarikat, sebuah lapangan terbang di Sri Lanka yang mana semua lokasi ini dilaporkan telah dimuat turun ke dalam simulator pesawat di rumah juruterbang Kapten Zaharie Ahmad Shah.

Lain-lain kawasan termasuklah beberapa pulau di Lautan Hindi.

Penduduk Maldives di pulau terpencil di Kudahuvadhoo, Dhaal Atoll telah melaporkan melihat “pesawat terbang rendah” pada pagi pesawat hilang. Diego Garcia terletak di selatan pulau itu.

Beberapa penduduk Kudahuvadhoo memberitahu portal berita tempatan bahawa mereka melihat satu “pesawat jumbo terbang rendah” kira-kira pukul 6.15 pagi pada 8 Mac.

Mereka berkata ia adalah pesawat putih, dengan jalur merah di seluruh badannya, sama seperti pesawat Malaysia Airlines.-Mstar.

#PrkKajang Kenapa Makcik Sound Haram Jadah Nurul Izzah (Video Inside)

''Apa punya haramjadah" kata makcik itu dengan garang. Ini cukup menyingkap bertapa terseksanya hidup mereka sering menjadi mangsa penindasan kerajaan Selangor yang selalu pilih bulu. Hanya puak peniaga kecil DAP sahaja yang dapat layanan istimewa berbanding nasib penjaja melayu sesuka hati mereka usir dan roboh, malah ada kes di roboh untu memberi peluang puak DAP meniaga. Zalim bukan. 

Anwar sering berkata kerajaan BN zalim tetapi dalam masa yang sama mereka terus menerus menindas rakyat Selangor dan Penang demi menjaga dan membuktikan kesetiaan kepada DAP. Kali ini takdir Allah bukan sahaja Nurul Izzah terkena malah Wan Azizah terkena dengan anak tempatan Pematang Pauh.




#PrayForMh370 Berat Mata Memangdang - Haron Din #MissingMH370



Ketika ada dalam kalangan pemimpin Pas memperlekehkan usaha kerajaan dalam menangani krisis kehilangan pesawat MH370, Timbalan Mursyidul Am parti itu, Datuk Dr. Haron Din mempertahankan tindakan kerajaan dan pihak Malaysia Airlines (MAS).

Beliau menegaskan, pihak berkuasa melakukan yang terbaik dalam usaha mengesan pesawat malang itu dan kerajaan berdepan dengan tugasan amat berat untuk dipikul.

"Bak kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

"Yang memikul tugas ini adalah kerajaan dan saya secara jujur mengatakan kerajaan telah melakukan segalanya," katanya seperti dipetik dalam portal berita, Antarapos di sini hari ini.

Kenyataan Haron itu dibuat susulan kritikan melulu Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap kerajaan dalam menangani tragedi yang berlarutan sejak 11 hari lalu.

Kedua-dua pemimpin pembangkang itu memperlekehkan usaha kerajaan dalam merungkai misteri kehilangan pesawat itu dalam ceramah mereka sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Dalam pada itu, Haron menasihatkan rakyat negara ini, khususnya keluarga penumpang pesawat itu untuk menyerahkan perkara itu kepada Allah.

Dalam konteks itu, Haron yang juga pengamal perubatan Islam tidak menolak sekiranya pesawat tersebut 'termasuk' ke alam lain.

"Tetapi segala-galanya itu masih lagi ada persoalan, segala yang terdaya oleh kita dalam menghadapi suasana tempat, masa dan keadaan yang kesemuanya kita rujuk kepada alam kebendaan.

"Kita tidak pernah terfikir apakah mungkin alam ini hanya ada alam benda atau nyata? Ada alam dunia sahaja atau ada alam lain?" katanya.

Menurut Haron, banyak persoalan timbul ekoran kehilangan pesawat itu yang secara tiba-tiba hilang daripada radar, selain gagal dihubungi dan besar kemungkinan pesawat terbabit termasuk ke dalam alam ghaib.

"Saya sekadar bertanya adakah kita lupa atau tak mahu mengambil kira alam ghaib iaitu maksud perlu ada kemampuan serta kebolehan untuk kita menembusi, mencari dan mengenali alam ghaib.

"Ini hanya berlaku apabila alam nyata tidak dapat menjawab, bila alam yang kita lihat dengan mata tidak dapat menjawab, mungkin alam ghaib boleh menjawab," katanya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140319/dn_08/Haron-Din-pertahan-kerajaan-tangani-krisis-MH370#ixzz2wO2N4Zg2
© Utusan Melayu (M) Bhd

#PrkKajang (Video) Lepas Azizah Kena Halau Nurul Izzah Kena Sound


Alahai awatlaa malang-malang keluarga Anwar. Di sangkakan dari Permatang Pauh ke Kajang selamat menyimpan pekong. Rupa-rupanya ramai yang dari Pematang Pauh terpaksa cari makan di Kajang. Adihh malanglah bila orang kecewa datang jauh-jauh cari makan di negeri orang bertemu pulak wakil kerajaan Pulau Pinang alahai bertambah-tambah laa lagi marahnya.

PPm di fahamkan Mak Cik ini marah sangat kerana tertekan dengan cara kerajaan Selangor melayan peniaga-peniaga kecil seperti mereka. Emmm nasiblaa kalau menang juga alamat 4 tahun tanggung bala.


#MissingMH370 Akhbar Minivan News Mendakwa #MH370 Tebang Rendah Di Pulau Kudahuvadhoo


Sebuah akhbar Minivan News mendakwa penduduk di pulau Kudahuvadhoo telah nampak sebuah kapal terbang berwarna putih berjalur merah, telah terbang rendah disekitar jam 6.30 pagi. Banyak laporan yang hampir sama pada 9 mac tetapi pihak berkuasa Maldis berasa sangsi dengan laporan tersebut. Malah penduduk mendakwa terdengar bunyi bising pada waktu tersebut.

Di pulau terpencil tersebut biasanya hanya diterbangkan pesawat kecil dan tiada landasan yang sesuai untuk MH370. Seorang pakar penerbangan tempatan mengesahkan ada kemungkinan pesawat tersebut adalah MH370 kerana pada waktu tersebut tiada pesawat yang terbang di sekitar pulau tersebut.

Pihak polis tempatan telah menjalaan sisatan lanjut berikutan banyak laporan yang hampir sama dan bila kerajaan Malaysia mengesahkan MH370 telah beralih arah ke dua kawasan koridor yang termasuk dengan pulau tersebut.

Mudah-mudahan ini bakal memeri pertunjuk yang baru dalam misi mencari MH370. baca lanjut dibawah ini.

Kudahuvadhoo islanders spotted low-flying mystery aircraft in hours after MH370 disappearance



With additional reporting by Ahmed Nazeer and Ahmed Rilwan

Residents of Kudahuvadhoo in Dhaal atoll have reported seeing a low flying aircraft heading in a south-easterly direction in the morning of March 8, prompting speculation that it could have been the missing Malaysian Airlines flight MH370.

“It was about 6:30am in the morning, I heard a loud noise and went out to see what it was,” said Adam Saeed, a teacher at Kudahuvadhoo school.

“I saw a flight flying very low and it had a red straight line in the middle of it. The flight was traveling north-west to south-east.”

While Saeed’s sighting has been corroborated by a number of witnesses, others remain skeptical that the aircraft could have been the missing jet, whilst aviation authorities maintain that they have no “credible” evidence to support the claims.

Police have confirmed they are looking into the reports without providing further comment.

Co-author of the original story Ahmed Naif explained that Haveeru had been receiving similar reports since March 9, but had been concerned about the credibility of the sightings.

“Later we were getting so many comments that we contacted the island and they said it was true,” explained Naif.

One islander, who identified himself as Hamzath, told Minivan News that had also seen a low-flying plane heading from north-west to south-east, though he remained wary of jumping to conclusions.

“People started talking about it when they realised that the flight that we saw had the same characteristics as of the missing plane,” he said. ”We are still not saying it is the same plane, we just wanted to report it just in case.”

Another witness – who wished to remain anonymous – confirmed a similar height and direction but did not see the plane’s colours, while another suggested that the reports had been exaggerated.

“A plane did fly near the island,” said the anonymous witness. “It wasn’t that big, as big as people say.”

“These days people will be out fishing every morning. Around thirty people would always be there in the morning – but no one talked about it then. If it was that noticeable, loud and big, people would talk.”



Caution urged

Investigators are currently searching an area spanning 2.24 million nautical miles, with two corridor arcs – one stretching between Thailand and Kazakhstan, the other south between Indonesia and the southern Indian Ocean.

The arcs were determined locational ‘pings’ detected by a satellite revealing the flight’s last known location at 8:11am Malaysian time (5:11am Maldives time). Witness reports received by Minivan News and Haveeru put the time of the sighting between 6:15am and 8am.

While the Maldives appears to have been ruled out of the ever-widening search for the missing Boeing 777 and the 239 people on board, reports this morning brought further mention of the Indian Ocean archipelago.

A simulator featuring five airports in the Indian Ocean region was discovered in the home of flight Captain Zaharie Ahmad Shah today, as investigators remain convinced the plane’s disappearance was deliberate. A senior Malaysian police officer told Reuters, however, that such simulators are likely to feature hundreds of runways.

Ibrahim Nasir International Airport was featured on the simulator, as were three runways in Indian and Sri Lanka, as well as the US military base in Diego Garcia.

Although the Maldives receives over one million tourists every year, visitors to isolated islands are normally transported by seaplane from Malé’s airport.

When asked about the possibility of a plane of this size landing on an isolated airstrip in the atolls, Maldives National Defence Force spokesman Major Hussain Ali said this was not possible.

“If you are asking are there any landing strips outside of the main commercial airports, the answer is no,” said Hussain.

Contacted following the emergence of the Kudahuvadhoo sightings, neither Hussain not the President’s Office were responding to calls at the time of press.

Spokesman for the Maldives Airports Company Limited (MACL) Hassan Areef has urged caution regarding the reported sightings in Kudahuvadhoo.


“We have no credible information about the plane in terms of radar or sightings,” said Areef.

“There are so many conspiracy theories – we have no credible information that the plane has come to us.”

One such conspiracy theory has the base at Diego Garcia – which lies around 700 miles south of Kudahuvadhoo – as a potential landing site for the plane, though Malaysian authorities are said to have dismissed this rumour.

Haveeru today quoted a local aviation expert, who considered it unlikely that a commercial carrier would have been flying over the island at that time.

While some witnesses at first assumed that the flight must have come from Maamagili airport, 55 miles to the north, MACL’s published schedule shows no flights from the airport until 7:20am on Saturdays, with all subsequent flights headed to the capital Malé – north-east of Maamigilli.

Maamigili airport is the hub for the domestic carrier Flyme which operates a fleet of 75ft, 50 seater ATR 42-500 aircraft. The Boeing 777 model of the missing Malaysian jet is around 200 feet long with a carrying capacity in excess of three hundred.

#PrayForMH370 Wartawan Hiburan France Boleh tersesat masuk Menyoal Hishammuddin


Dalam sidang akhbar hari ini, yang Reporter Perancis mengaju 3 soalan kepada Hishammuddin Hussein. 

1: What consequences can these mistakes can have on your administration?

2: Can you confirm that you are Prime Minister Najib's cousin?

3: Are you protecting him (Najib)?


Hishammuddin mengesahkan dia adalah sepupu PM Najib dan menolak dari soalan ke-3 dengan mengatakan "Saya tidak tahu kenapa saya perlu melindunginya Najib? dan Hishammudin enggan untuk terus menjawap dengan lebih jauh lagi.

Persoalannya, tidak adakah wartawan yang lebih baik yang lebih wajar untuk bertanya soalan yang lebih pintar? 

Kalau hendak tanya pasal sepupu baik google sahaja, bukan susah hendak cari apatah pada seseorang yang berstatus wartawan mustahil tidak tahu mencari info melalui google.

Kalau hendak tanya adakah hendak melindungi Najib. PPm sebagai rakyat biasa yang tidak ada kena mengena akan tetap melindunginya dan dalam kes ini wartawan cuba menjerat supaya orang nampak H20 hanya buat kerja selamatkan Najib tetapi nak selamatkan apa benda. kerja MH370 adalah krisis negara yang mendapat bantuan 26 negara dan 4 daripadanya kuasa besar dunia yang bergitu hebat akan teknologinya. Pun masih gagal hingga hari ke 12. Jadi dekat mana hendak tunjukan Najib bersalah.


Tuesday, 18 March 2014

Video Anwar Tertembak Kepala Sendiri Angkara Mulut Masin MP Kota Belud

Kadang-kadang kita terlupa sesuatu yang kita buat akan terpalit kemuka sendiri. Dan inilah yang berlaku kepada Anwar..

#MH370 Bolehkah Berlajar Mengelak Radar Dari Simulator Penerbangan #MissingMH370 #PrayForMh370


Pasukan penyiasat menemui perisian lima landasan sekitar Lautan Hindi dalam program simulator Kapten Zaharie Ahmad Shah yang diambil dari rumahnya, di Shah Alam pada Sabtu lalu.

Menurut sumber, walaupun terlalu awal untuk membuat rumusan, penyiasatan mengambil kira penemuan itu sebagai satu daripada elemen siasatan berhubung kehilangan pesawat MH370 yang dipandu oleh Zaharie.

“Antara perisian landasan yang diperiksa setakat ini ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Male di Maldives, sebuah lapangan terbang milik Amerika Syarikat (Diego Garcia) serta tiga lagi landasan di India dan Sri Lanka, yang semuanya mempunyai jarak landasan 1,000 meter.”

Persoalan yang buat PPM tertanya-tanya bolehkah melalui Simulator Penerbangan dapat seseorang itu berlajar mencari jalan yang tidak dapat di kesan oleh radar atau kurang liputan radar. Jika andaian ini boleh bermakna ini sesuatu yang tidak patut dipandang ringan. Apatah situasi sekarang MH370 sudah melebihi 200 jam tidak dapat dikesan kedudukan.

Ini menyebabkan apa jua persoalan harus disiasat walaupun ramai yang menyangkakan mustahil.

Monday, 17 March 2014

#PrayForMH370 Mahfuz Tawar Sebagai Tebusan! Ada Harga Ke? untuk 239 Penumpang #MissingMH370

Mahfuz hendak tunjuk hero yang dia tahu tak ada siapapun mahu hantarnya bunuh diri. Sebab itulah Mahfuz berani cakap.

Tetapi dalam banyak-banyak situasi Mahfuz dah tahu dah MH370 di rampas! Oleh siapa? Angkara siapa? Betul ke Mahfuz cukup telur nak bertindak menjadi tebusan?

Berapalah nilai Mahfuz yang pengganas sanggup tukarkan 239 penumpang dengan Mahfuz seorang? Ada harga ke?


#PrkKajang Malang Buat Wan Azizah Dikhianati Bumi Kajang #Reformasi2

Adakah ini pertanda yang Wan Azizah bakal terkubur angkara keluarga sendiri? sebabnya selama ini PKR adalah parti khas untuk membela keluarga Anwar.

Sebabnya selama ini niat Wan Azizah mahupun Anwar masuk ke bertanding di DUN N25 Kajang adalah atas niat pertahankan kuasa keluarganya. Sebab itulah segala keputusan siapa yang layak bertanding hanya boleh diputuskan oleh keluargannya sahaja dan bukan orang lain biarpun Azmin Ali.

Inikah kubur mereka?


#MissingMH370 Tengku Adnan Bidas Anwar Ibrahim #PrayForMH370



Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini membidas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkan sebagai seorang yang hanya mempunyai kepentingan politik semata-mata.

Katanya, Anwar telah mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana tidak mengadakan soal-jawab media pada sidang akhbar MH370 di Putrajaya semalam.

Sedangkan tujuan Najib berbuat demikian adalah bagi mengelak berlakunya kekeliruan, kata Tengku Adnan. 

Beliau yang juga Setiausaha Agung Umno berkata tindakan Anwar yang suka memperbesarkan perkara kecil adalah untuk kepentingan politik semata-mata.

"Anwar ni apa kita buat semua salah. Pasti Perdana Menteri tak jawab soalan (media) kerana tidak mahu mengelirukan keadaan.

"Dia (Anwar) tak faham...dia akan timbulkan setiap perkara kecil untuk kepentingan politik dia. Ini masalahnya", kata Tengku Adnan kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Hala Tuju Melayu anjuran Umno Bahagian Bandar Tun Razak di sini.

Sebuah laman portal memetik Anwar sebagai mengkritik Najib kerana tidak mahu mengambil sebarang soalan dari media pada sidang akhbar tersebut. - Bernama

Bukti Wan Azizah Terang-terang Pedayakan Warga Kajang


Bukti apa lagi yang warga Kajang cari ketika Wan Azizah terang-terang menunjukan mereka yang PKR hanya peralatkan DUN N25 untuk selesaikan masalah keluarga mereka.

Bukti apa lagi ketika keputusan menentukan calon Kajang hanya ditententukan oleh ahli keluarga tanpa mendapat pandangan ahli-ahli PKR yang lain yang tidak dibenar mengubah sebarang keputusan keluarga.

" Allah Beri Ujian Pada Saya .Nak Bertanding Saya Bincang Dgn Anak Anak .Saya Kata PAPA Tak Boleh Bertanding , Kena Jatuh Hukuman.Anak Saya Jawab ,MAMA Bertanding ,Kami Dah Besar,Kami Jaga Mama ". " Kalau Org Kajang Bagi MANDAT Pada Saya, Saya Akan Kuat ,Saya Akan Terus Lawan Kezaliman". Kata Wan Azizah Dalam NADA SEBAK .....hu hu hu hu ( Petikan Ucapan Ceramahnya Di Karnival Ushawan Berhadapan Hospital Kajang )

Itu yang terang-terang Wan Azizah gambarkan dan adakah masalah akhlak dari papa dan mama kawin lari, papa terperangkap video china doll, papa 2 kali tersabit liwat yang diakui Majlis Peguam yang pro Anwar, itu berlaku atas hak asasi suka sama suka. Kemudian Wan Azizah dalam kenyataannya menyelar perangai pensyarah yang mengambil kesempatan keatas anaknya yang muda dalam kes video aiskrim Izzah terkeluar.

Sampai bila kita hendak hadap masalah mereka sampai abaikan masalah kita?

#PrkKajang Tian Chua Terdesak Mainkan Isu Rasis SKJC Demi Selamatkan Anwar Masuk Penjara #Reformasi2


Calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun kecewa dengan tindakan Pakatan Rakyat (PR) terutamanya DAP yang menyebarkan maklumat dalam kempen Pilihan RayaKecil (PRK) Dun Kajang bahawa beliau akan menutup sekolah Jenis Kebangsaan Cina jika dipilih rakyat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) nanti.

Menurutnya, parti pembangkang mengambil pendekatan berkempen secara tidak sihat dan menuduhnya dengan perkara yang tidak berasas.

“Kita tidak pernah menyebut mahu menutup sekolah itu tetapi kita mengikut permintaan PIBG untuk pindahkan sekolah itu dari tapak 0.8 ekar kepada 6.3 ekar.

“Sekarang sekolah itu lebih besar, lebih kondusif dan sesuai untuk bilangan murid yang ramai dan kini telah pun dibuka semula dengan bilangan murid seramai 307 orang," katanya ketika ditemui di pekarangan Masjid Jamek Bandar Kajang, semalam.

Mei Fun pada masa sama meminta semua pengundi Kajang tidak mempercayai dakwaan Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Cina akan ditutup jika beliau menang.

“Saya sendiri belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Bila mereka cakap saya akan tutup semua sekolah Cina memang tidak berasas. Orang ramai tidak akan percaya kerana latar belakang saya.

“Saya selalu mencari pendekatan atau cara untuk memperkuatkan lagi budaya Cina termasuk budaya lain, kerana kita harus wujudkan masyarakat yang harmoni dan muhibah,” katanya.

Mei Fun turut menyelar tindakan pihak yang sengaja menurunkan posternya sekali gus melabelkan perbuatan itu sebagai bukti kempen tidak sihat yang diamalkan PR.

“Tindakan itu memang tidak boleh diterima kerana kalau kita mahu bertanding kita kena bertanding secara sihat.

“Kalau tindakan ini diteruskan ia akan menjejaskan dan mencemarkan kempen,” katanya.

#MissingMH370 Apa Motif #MH370 Disembunyikan Di Pengkalan Rahsia AS Diego Garcia #Pray4MH370

Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang masuk hari kesembilan hari ini dipercayai telah 'disembunyikan' di Diego Garcia, pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Lautan Hindi.

Menurut portal Cabal Times, sekiranya spekulasi pesawat itu terbang ke pangkalan tentera AS di Diego Gracia adalah benar, radar Indonesia sudah pasti mengesan kedudukan pesawat tersebut.

Namun, persoalannya Indonesia yang dipercayai negara terlibat dalam gerakan 'rahsia globalisasi' atau pakatan Barat yang mempunyai agenda tertentu, sudah pasti berdiam diri tentang apa yang mereka kesan pada radar mereka, dakwa portal itu.


Portal itu membuat spekulasi itu berdasarkan laporan media yang menyebut walaupun pesawat itu dikesan terputus hubungan dengan radar pada pukul 1.22 pagi Sabtu lalu namun ada pihak mendakwa pesawat itu masih boleh dihubungi lagi beberapa jam selepas itu selagi enjinnya hidup.

Sejurus selepas transponder pesawat dimatikan, MH370 dipercayai membuat pusingan-U dan didakwa melintasi Malaysia menghala ke Diego Garcia.

Menurut portal itu, sekiranya pesawat mengalami masalah teknikal, juruterbang seboleh-bolehnya akan cuba mendarat dengan selamat di laut dan tidak akan berpatah balik ke Malaysia.

Persoalannya, mengapa tiada pihak yang mendedahkan tentang kedudukan MH370 berada di Diego Garcia?

Ia mungkin kerana kakitangan di pangkalan tentera AS di Diego Garcia mematuhi prosedur operasi standard (SOP), termasuk tidak bertanyakan soalan dan 'menutup mata' tentang apa yang mereka lihat di radar.

Sementara itu, Cabal Times dalam laporannya mendakwa mengapa AS melakukan 'rampasan pesawat' itu adalah kerana MH370 membawa sejumlah besar rakyat China dan AS mahu mengeruhkan hubungan Kuala Lumpur dan Beijing. - AGENSI

#PrayForMH370 Detik-detik Rampasan #MissingM370 #Mh370



Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengklasifikasikan kes siasatan terhadap pesawat MH370 yang hilang lebih seminggu lalu menjurus ke arah rampasan kapal terbang dan perbuatan pengganas.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, berikutan itu pihak polis sedang menyiasat kes tersebut di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

“Fokus siasatan yang melibatkan empat elemen iaitu rampasan, sabotaj, masalah peribadi dan psikologi dalam kalangan anak kapal serta penumpang tidak berubah walaupun kita telah membuat klasifikasi tersebut.

“Siasatan telah dilakukan ke atas kesemua orang yang mempunyai kaitan dengan pesawat tersebut daripada juruterbang, krew, jurutera hingga kepada orang yang menarik kapal terbang tersebut sebelum pesawat ini berlepas," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar bersama mengenai insiden kehilangan pesawat MH370 di Pusat Media Hotel Sama-Sama di sini hari ini.

Yang hadir sama, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS), Ahmad Jauhari Yahya.

Menurut Khalid, berdasarkan maklumat terbaharu yang diterima daripada agensi risikan luar negara dan pihak berkuasa dari negara berkaitan, mereka mengesahkan kesemua penumpang dalam pesawat itu mempunyai latar belakang yang bersih.

Namun, beliau berkata, masih terdapat negara yang belum menyerahkan lagi maklumat tersebut kepada pihak Kedutaan Malaysia di negara berkenaan.

“Antara negara yang telah memberi maklumat kepada polis ialah China dan India," katanya.

Dalam pada itu, Khalid berkata, berhubung dua penumpang Iran yang menaiki pesawat menggunakan pasport curi, siasatan mendapati mereka tidak terlibat dengan sebarang kumpulan pengganas dan tidak mempunyai latar belakang negatif.

Katanya, siasatan lanjut kini lebih tertumpu kepada krew pesawat tersebut.

“Mengenai pemeriksaan di rumah juruterbang, Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, kami telah menjalankan siasatan di rumahnya dan mengambil peralatan simulasi dan yang berkaitan untuk disiasat oleh sepasukan pakar," katanya.

Tambahnya, polis telah mengambil keterangan daripada ahli keluarga juruterbang tersebut dan siasatan mendapati dia dan juruterbang pembantu, Fariq Abdul Hamid, 27, tidak membuat permintaan kepada MAS untuk terbang bersama pada hari kejadian.

Mengulas dakwaan pihak polis telah menamatkan kerjasama dengan Organisasi Perisikan Antarabangsa (Interpol), beliau berkata, perkara itu tidak betul malah siasatan terhadap pesawat tersebut turut melibatkan beberapa agensi negara lain.



Artikel Penuh:

#PrkKajang Anwar Mengamuk Disebalik Yang terselindung Dalam #MissingMH370 #PrayForMH370


7 Mac 2014 : Mahkamah yang bersidang dengan 3 Panel Hakim telah sebulat suara memutuskan DS Anwar Ibrahim (Anwar) bersalah dan dijatuhi hukuman 5 tahun penjara. Namun begitu, Anwar memfailkan rayuan dan hukuman tersebut ditangguhkan.

8 Mac 2014 : Negara kita dikejutkan dengan berita kapalterbang MAS MH370 hilang. Ianya masih hilang sehingga artikel ini ditulis. Hilang tidak bermaksud terhempas!

Apakah kaitan peristiwa 7 Mac 2014 dan 8 Mac 2014?

Keputusan Mahkamah Rayuan itu menyebabkan rancangan-rancangan Anwar di antaranya untuk menjadi Menteri Besar Selangor tidak menjadi.

Namun anda harus ingat, Anwar dan PKR kini sudah all out dengan Kerajaan kerana Anwar masih berfikiran keputusan Mahkamah Rayuan sebagai konspirasi Kerajaan. Tian Chua pula dalam tweeternya menuduh Kerajaan.



Saya ingin berkongsi pandangan peribadi saya mengenai skrip di bawah kepada anda.

Peguam Kanan Shafee
Pasukan peguam Anwar yang diketuai peguam berpengalaman Karpal Singh berusaha bermati-matian menghalang perlantikan Peguam Kanan Shafee tetapi tidak berjaya. Kegagalan mereka itu membawa kepada kekalahan pasukan peguam Anwar pada 7 Mac 2014.

Reformasi 2.0
Azmin Ali berusaha menarik emosi rakyat supaya kembali di jalanan dengan Reformasi 2.0, namun rakyat tidak memberi respon di mana pada malam 7 Mac 2014 itu Reformasi 2.0 gagal sama ada di Jalan Tun Razak (Jalan TAR) dan di Stadium Kajang. Kedua-duanya tiada sambutan. Rakyat sendiri menggagalkan pelan Reformasi 2.0 itu.

Boikot Parlimen
Kemudian Anwar mencuba untuk memboikot Sidang Parlimen, namun akhirnya mereka datang juga ke Parlimen kerana mereka sendiri merasakan ianya tindakan merugikan. Mereka kelihatan bodoh di mata rakyat apabila memboikot Parlimen sedangkan mereka mesti berada di dalam Parlimen untuk membahas masalah rakyat.

Pencalonan Wan Azizah Di Kajang
Anwar seorang startegis yang mempunyai idea-idea yang gila. Saya tidak kata Anwar seorang yang gila. Sebenarnya di pihak PKR tiada siapa mahu bertanding di Kajang kerana mereka tahu tindakan “Kajang Move” sudah gagal. Sebab itulah Wan Azizah diletak sebagai calon PKR untuk mendapat undi simpati. Beberapa ahli PKR sendiri dalam tulisan mereka meluahkan kemarahan mereka dengan isu undi simpati ini.





American Jew Association
Seorang bekas ahli Dewan Kongres Amerika Syarikat, Mr. Paul Findley mendedahkan bahawa setiap detik percakapan anda, setiap saat perancangan anda, apatah lagi jika anda sudah bergelumang dengan para strategis American Yahudi, maka anda akan menerima nasib yang sungguh malang. Pergerakan anda akan diintai sepanjang masa, di mana-mana.

Wang dan dana tidak pernah menjadi masalah kepada ahli-ahli politik Yahudi sama ada di Amerika Syarikat atau di Israel.



Seluruh dunia menjadi saksi bahawa Anwar berkata “I support all efforts to protect the security of the state of Israel”. Anwar tidak akan berkata sedemikian jika tanpa sebab bukan? Beberapa perkataan ini sudah cukup untuk meyakinkan para pelobi Yahudi di Washington DC, dan sudah tentu amat menggembirakan negara Israel. Kita mudah lupa akan hal ini.



MH370
Saya telah membuat penyelidikan sendiri tentang isu MH370. Apabila isu Lahad Datu diceroboh, Anwar bersuara setiap hari. Semasa dan selepas keputusan PRU13, Anwar tidak pernah berhenti bercakap tentang pengundi hantu dan pengundi Bangladesh.

Tetapi apabila kes MH370 ini, Anwar berdiam diri, menjauhkan diri dan berusaha menutup mulut. Bacalah blog peribadi Anwar ataupun Keadilan Daily tiada dan hampir tiada kenyataan mengenai MH370. Kenapa? Anwar dan PKR paling diam dalam isu besar ini berbanding UMNO, PAS, DAP dan rakyat Malaysia. Seolah-olah ada sesuatu yang disembunyikan?

Kita sedia maklum bahawa Amerika Syarikat adalah kuasa besar yang menguasai teknologi komunikasi di angkasa lepas, di dalam laut, di daratan dan di kabel internet anda.

Namun kita juga harus sedar bahawa negara China sudah mengalahkan Amerika Syarikat dalam banyak hal sama ada di angkasa lepas, di dalam laut, di daratan mahupun di internet anda. Sudah tentu anda sedang menggunakan peralatan gajet yang kebanyakannya di buat di China walaupun ianya sekadar under licence.

Presiden Obama dijangka akan mengunjungi Malaysia pada bulan April, 2014 selepas menangguhkannya pada bulan Disember, 2013. Saya melihat sungguh ramai orang mahu menggagalkan lawatan itu!

Seruan
Kepada seluruh rakyat Malaysia, marilah kita memperkuatkan semangat jati diri kita, tanamkan dalam diri kita jiwa Islam, jiwa Melayu, jiwa Malaysia, semangat negarawan yang unggul dan bersatu menolak anasir subversif yang jahat.

Yakinlah supaya MH370 akan selamat dengan iltizam, kesabaran, ketenangan, usaha dan seterusnya doa kepada Allah SWT supaya semua ini akan berakhir dengan kegembiraan. Kita jangan mengalah, insyaallah dengan izin Allah SWT kita diberi petunjuk kejayaan.

Kepada keluarga para penumpang MH370, bersabarlah dengan kuat, bertenanglah dengan kuat dan berdoalah bersungguh-sungguh. Yakinlah, “Kita boleh kalahkan musuh jika kita bersatu dan kita boleh menang jika kita bersatu hati”. - Sumber

Sunday, 16 March 2014

#PrayForMH370 Penjelasan Rahsia Military Radar Tracking Malaysia dalam Misi #MissingMH370



Radar tentera biasanya memang tak pandang dengan lalu-lintas udara komersial pada laluan-laluan standard yang terbang 30,000 + kaki.




Langit penuh dengan kapal terbang .. berjujuk2. Biasanya pada skop Penjejakan, mereka hanya kelihatan sebagai blip .. terbang dalam laluan lurus bersama pesawat lain. Laluan ini memang dah di ketahui, jadi biasanya ia di abaikan.

TUDM lebih berminat dengan ancaman. Biasanya pada skop ancaman ni ialah benda2 yang bergerak pada trajektori balistik.. seperti missile ke, roket ke atau ICBM ke.. atau objek2 yang bergerak dalam halaju yang sangat tinggi... atau objek2 terbang yang terbang terlalu rapat dengan permukaan bumi. Objek2 ini lah yang amat menarik perhatian TUDM...

Kenapa TUDM hanya melaporkan radar tracking tersebut begitu? TUDM yang di tugaskan mempertahankan ruang udara Malaysia tidak suka menunjukkan sistem radar mereka kepada negara-negara lain,tu je.. try tanya Indonesia depa ada share tak radar plot yg di syak ki MH370? Habuk pun tarak. Perkara ini dah memang rahsia.. ni bukan isu lembab ke, radar tak power ke, seher tak kuat ke... keupayaan radar2 military ni memang rahsia..

Bukan tak mampu dan bukan tak boleh.. TAPI KAMU TU YANG TAK BLEH TENGOK tu je.

Anyway peta ni sebenarnya lebih detail, aku terpaksa sensorkan dan simplekan. malah distance dan radius tu semua bukan betul just indicatif je.

Jadi ingat la wahai geng2... MH370 memang di kesan dan di track oleh TUDM .. masalahnya cuma TUDM tak bleh share ke public tu je. Sumber

#PrayForMH370 Teori Penglibatan Al-Qaeda Vs Teori Anwar Oleh DailyMail


Ppm rasa amat terkejut dengan teori sebegitu dasyat di keluarkan oleh akhbar dari negara luar tentang misteri kehilangan MH 370. 


Jika benar andaian DAILYMAIL tersebut, BAYANGKAN apakah sebenarnya konspirasi yang sedang berlaku.? 

Nyawa 229 penumpang dan anak kapal menjadi taruhan. Rakyat 12 buah negara berada dalam keadaan yang penuh misteri. MAS dan Malaysia menjadi tumpuan seluruh dunia. 

Seluruh dunia sedang berdoa untuk MH 370 namun jika benar perkara ini adalah sesuatu yang di rancang, sudah pasti lah ada pihak sedang tersenyum di saat seluruh negara merasa sedih dan sedang berduka. 

Namun bergitu satu lagi lapuran menyentuh Al Qaeda..

Petunjuk baharu yang diumumkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak tentang kemungkinan pesawat MH370 dirampas, dikaitkan pihak yang terlibat meniru gaya kumpulan pengganas al-Qaeda.
Pakar keselamatan Britain yang enggan dikenali berkata, siasatan akan dibuat terhadap kemungkinan perampas mahu melancarkan serangan berani mati seperti al-Qaeda pada 11 September 2001.
Jelas pakar itu, sumber al-Qaeda yang memberitahu sebuah mahkamah pada minggu lalu melaporkan, empat hingga lima rakyat Malaysia merancang untuk merampas pesawat dan menggunakan sebutir bom yang disembunyikan di dalam kasut bagi meletupkan pintu kokpit.
"Maklumat itu yang dianggap 'sahih' dimaklumkan oleh seorang pengganas Britain yang disabitkan kesalahan kerana terlibat dalam aktiviti keganasan.
"Pemberi maklumat itu mendakwa, dia pernah bertemu dengan beberapa anggota kumpulan ektremis dari Malaysia, termasuk seorang juruterbang di Afghanistan dan memberi mereka sebutir bom kasut untuk merampas pesawat," katanya kepada portal berita The Telegraph. - AGENSI

Sekarang semua menjadi bertambah keliru. Namun, ppm merasa amat yakin dan percaya bahawa kekuatan doa seluruh rakyat pasti akan di perkenankan Allah Taala Yang Maha berkuasa. 

Kita berserah kepada Ilahi. Moga pihak yang merancang konspirasi ini kalah dan di murkai Allah dengan penuh dashyat. Belum pernah berlaku dalam sejarah Negara kita, cita- cita menghalalkan cara sehingga mengorbankan nyawa.


#PrayForMH370 KAPTEN ZAHARIE MH370 PENYOKONG FANATIK ANWAR IBRAHIM - MAIL ONLINE













Portal berita Amerika Syarikat, Mail Online, mendedahkan berita, juruterbang pesawat MAS MH370 kini hilang, Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53 tahun, penyokong fanatik politik.






Sebelum ini, media tempatan memberikan gambaran positif terhadap sifat anak kelahiran Pulau Pinang itu.


Namun Mail Online melabelkan kapten berpengalaman dalam dunia penerbangan itu sebagai penyokong taksub Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pesalah kes liwat bakal mendepani hukuman penjara 5 tahun seperti diputuskan oleh Mahkamah Rayuan di Putrajaya.





Mail Online memaparkan berita, Zaharie menghadiri sesi perbicaraan Anwar dan berkebarangkalin dia berasa AMAT kecewa berikutan hukuman terhadap Anwar.


Petang semalam, pasukan polis berkunjung ke rumah Zaharie di Shah Alam, memulakan siasatan selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan dalam sidang media di Sepang, MH370 diubah haluan secara sengaja dan masih belum ditemui sehingga ke saat entri ini ditulis.


Klik di sini.


Isu Terkini

get this widget here