Ppm rasa amat terkejut dengan teori sebegitu dasyat di keluarkan oleh akhbar dari negara luar tentang misteri kehilangan MH 370.
Jika benar andaian DAILYMAIL tersebut, BAYANGKAN apakah sebenarnya konspirasi yang sedang berlaku.?
Nyawa 229 penumpang dan anak kapal menjadi taruhan. Rakyat 12 buah negara berada dalam keadaan yang penuh misteri. MAS dan Malaysia menjadi tumpuan seluruh dunia.
Seluruh dunia sedang berdoa untuk MH 370 namun jika benar perkara ini adalah sesuatu yang di rancang, sudah pasti lah ada pihak sedang tersenyum di saat seluruh negara merasa sedih dan sedang berduka.
Namun bergitu satu lagi lapuran menyentuh Al Qaeda..
Petunjuk baharu yang diumumkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak tentang kemungkinan pesawat MH370 dirampas, dikaitkan pihak yang terlibat meniru gaya kumpulan pengganas al-Qaeda.Pakar keselamatan Britain yang enggan dikenali berkata, siasatan akan dibuat terhadap kemungkinan perampas mahu melancarkan serangan berani mati seperti al-Qaeda pada 11 September 2001.Jelas pakar itu, sumber al-Qaeda yang memberitahu sebuah mahkamah pada minggu lalu melaporkan, empat hingga lima rakyat Malaysia merancang untuk merampas pesawat dan menggunakan sebutir bom yang disembunyikan di dalam kasut bagi meletupkan pintu kokpit."Maklumat itu yang dianggap 'sahih' dimaklumkan oleh seorang pengganas Britain yang disabitkan kesalahan kerana terlibat dalam aktiviti keganasan."Pemberi maklumat itu mendakwa, dia pernah bertemu dengan beberapa anggota kumpulan ektremis dari Malaysia, termasuk seorang juruterbang di Afghanistan dan memberi mereka sebutir bom kasut untuk merampas pesawat," katanya kepada portal berita The Telegraph. - AGENSI
Sekarang semua menjadi bertambah keliru. Namun, ppm merasa amat yakin dan percaya bahawa kekuatan doa seluruh rakyat pasti akan di perkenankan Allah Taala Yang Maha berkuasa.
Kita berserah kepada Ilahi. Moga pihak yang merancang konspirasi ini kalah dan di murkai Allah dengan penuh dashyat. Belum pernah berlaku dalam sejarah Negara kita, cita- cita menghalalkan cara sehingga mengorbankan nyawa.
No comments:
Post a Comment