Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Saturday, 4 January 2014

6 Artikel DAP HEBAT BUBARKAN JAIS SELANGOR

Rentetan dari tindakan JAIS merampas kitab bible versi bahasa melayu dan tindakan pemuda UMNO yang menentang menyebabkan Law Weng San (adun Kampung Tunku), Rajiv Rishyakaran (adun Bukit Gasing) dan Yeo Bee Yin (Adun Damansara Utama akan mendesak kerajaan negeri Selangor untuk menggubal Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988.

Apa Pernanan PAS dan Exco Agama di Selangor? Apa peranan ADUN Muslim PKR di Selangor?

Tahniah kepada orang Islam yang mengundi DAP.

Rujukan :

1. DAP trio in bid to amend Selangor law behind Jais raid.

2. We Will Propose to Amend the Selangor Non-Islamic Religions Enactment 1988

3. dap-trio-in-bid-to-amend-selangor-law-behind-jais-raid.

4. Three Selangor lawmakers propose amending state law on using religious words

5. S'GOR TEST: Amend law, sack JAIS, don't let non-Muslims be SITTING DUCKS for Umno bullies

6. Propose to Amend Selangor Non-Islamic Religions Enactment 1988

JAIS adalah di Agensi di bawah kerajaan negeri Selangor. Dan sekarang pernan JAIS akan dibubarkan?

INI BERMAKNA JAIS BAKAL DIBUBARKAN DAN JIKA BENAR BERLAKU YANG PALING UNTUNG ADALAH PUSAT MAKSIAT YANG SEKARANG CUKUP BERMAHARAJARELA.

BOLEH BERGANDA AKTIF TANPA SEBARANG OPERASI YANG MENGHALANG PELANGAN ISLAM YANH PASTI AKAN MEMBERI KEUNTUNGAN BESAR KEPADA MEREKA.

tahniah rakyat Selangor kerana memilih DAP-PAS-PKR. Mereka menang 2/3 dalam DUN Selangor dan mereka bebas utk merubah apa saja enakmen utk kepentingan mereka. Melayu Selangor akan jadi Melayu Singapura dan Melayu Pulau Pinang kerana perpecahan Melayu dan UMNO di Selangor.

dan Takziah kepada Machai PR kerana tak reti baca English.




Thursday, 2 January 2014

Bukti Guan Eng Bijak Kawal Difisit Penang



Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diselar kerana menggunakan kereta rasmi jenis Mercedes-Benz S300L di sebalik bajet defisit kerajaan DAP Pulau Pinang buat tahun keempat berturut-turut.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menyifatkan, tindakan bermewah-mewah oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu sebagai angkuh dan hipokrit kerana langsung tidak memikirkan sensitiviti rakyat.

"Apabila Pulau Pinang mengalami bajet defisit, Guan Eng sepatutnya tunjuk contoh pemimpin yang baik untuk berjimat-cermat tetapi ini tidak, dia pula yang berlebih-lebih dengan kereta mewah baharu.

"Kereta Toyota Camry 2.5 yang digunakan sebelum ini masih baik lagi, kenapa pula dia hendak tukar sedangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pun hanya menggunakan Proton Perdana sebagai kereta rasmi," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kerajaan DAP Pulau Pinang semalam mengumumkan Guan Eng menggunakan kereta rasmi jenis Mercedes-Benz S300L bernilai RM657,218 sekiranya tiada potongan cukai.

Pengumuman itu dibuat tidak sampai tiga bulan selepas kerajaan negeri itu menukarkan kereta rasmi kepada Toyota Camry 2.5.

Kerajaan DAP Pulau Pinang membentangkan bajet defisit RM255.44 juta untuk tahun 2014 yang merupakan bajet defisit buat kali keempat berturut-turut selepas defisit RM262.04 juta untuk tahun 2013, RM213.71 juta (2012) dan RM107.78 juta (2011).

Menurut Tunku Abdul Aziz, Guan Eng cukup licik memanipulasi emosi penduduk Pulau Pinang dan kaum Cina untuk membenci dasar kerajaan Barisan Nasional (BN) namun pada yang sama mengambil kesempatan daripada kuasa yang dimilikinya untuk mengaut kemewahan.

"Saya ada lihat gambar Guan Eng keluar daripada kereta baharu itu, muka dia tersenyum lebar.

"Bagi saya, Guan Eng dan DAP tiada prinsip, kalau mereka sudah boros dan bermewah dengan kuasa hanya di peringkat negeri, saya rasa perkara lagi teruk berlaku sekiranya mereka berkuasa di Putrajaya," katanya.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman pula menganggap Guan Eng seperti meludah ke langit memandangkan beliau pernah mengkritik tindakan Kerajaan Negeri Terengganu membeli kereta jenama serupa pada 2008 bagi tujuan sama.

Katanya, Guan Eng sepatutnya berasa malu dengan keputusan itu kerana beliau sendiri sebelum ini menyifatkan pembelian kereta mewah untuk kegunaan rasmi merupakan pembaziran.

Sehubungan itu, beliau mendesak Ahli Parlimen Bagan berkenaan tidak menggunakan hak-hak serta keistimewaan selaku Ketua Menteri sebagai alasan bagi mewajarkan pembelian kereta mewah tersebut.

"Kalau mahu gunakan kereta Mercedes, teruskan sahaja, tidak perlu berdolak-dalik. Mengapa apabila orang lain mengambil tindakan serupa beliau kutuk dan selar tetapi untuk beliau sendiri dikatakan sebagai hak?

"Cuma dalam isu pembelian ini, kita lihat wujud ketidakcekapan pengurusan kewangan negeri kerana tidak sampai tiga bulan membeli Toyota Camry 2.5, kerajaan negeri membeli pula sebuah Mercedes-Benz," tegas Zainal Abidin.

Dalam pada itu, bekas Pengerusi DAP Cawangan Pantai Sepang, Selangor, R. Vellasamy berkata, Guan Eng tidak memikirkan nasib rakyat miskin di Pulau Pinang apabila memilih untuk menggunakan kereta mewah itu.

"Nampak sangat dia cuma fikirkan kepentingan diri sendiri dan bukan mengenai banyak masalah rakyat yang masih belum selesai," katanya.

Katanya, tindakan bermewah oleh Guan Eng itu sama sahaja dengan kerajaan pembangkang di Selangor yang menaikkan gaji Menteri Besar dan Speaker Dewan Undang Negeri (DUN) sebelum benar-benar memajukan negeri itu.

© Utusan Melayu (M) Bhd

Tuesday, 31 December 2013

#Turun Video Part 1 Rusuhan Gulingkan Kerajaan Di Dataran Merdeka

Suasana sekarang makin panas dan dijangkakan tepat jam 12 apabila larangan berada di dataran dikuat kuasakan keadaan akan berubah lebih dahsyat.


Monday, 30 December 2013

Najib Harus Berani Menghadapi Serangan Rakyat, Realiti Politik Dan Ekonomi Zaman Globalisasi Dunia

Tinggal sehari lagi kita bakal menjejaki 2014. Situasi di negara sekarang penuh dengan politik manipulasi situasi globalisasi dunia dengan kepentingan politik pakatan yang mahu menjatuhkan kerajaan.

Situasi ini amt getir bagi seorang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kerana beliau dihujani pelbagai serangan oleh pelbagai lapisan masyarakat dari pelbagai isu.

Kenaikan harga barang adalah situasi yang benar-benar tertekan buat rakyat walaupun jika ditanya kepada mereka barang apa yang sedang naik harga, tiada yang mampu menjawap kecuali memberi contoh minyak untuk isi kereta. Kalau pasal tambang bas mahupun LRT itu belum diputuskan dan sekadar ramalan.

Tetapi Pakatan tetap menggambil kesempatan mencanangkan isu ini walaupun ketika ini menteri besar selangor juga ambil kesempatan untuk menaikan cukai lesen perniagaan.

Semua ini dijadikan isu oleh pembangkang sebagai BN menjadi buta tuli hingga tidak mampu lagi menyelami denyut nadi rakyat atau terus dilambung mimpi apabila memenangi PRU13 dengan segelintir pemimpin Umno mendabik dada bahawa parti ini, kembali mendapat sokongan rakyat apabila jumlah kerusi meningkat dalam pilihan raya umum kali ini, berbanding yang lalu.

Hakikatnya itu semuanya permainan menggambil kesempatan diketika Najib perlu menyelaraskan kedudukan ekonomi negara demi masa depan yang jelas membantu rakyat.

Namun bergitu mungkin Najib juga perlu menghimpunkan ‘penasihat-penasihat’ baharu beliau bagi memberikan idea baharu menangani krisis yang dilaungkan rakyat. Dan tidak dinafikan situasi ini menjadi bahan serangan dari kem sendiri, kononya ‘penasihat-penasihat’ lama yang terbukti gagal memberikan keputusan imej yang baik di mata rakyat selepas pasca PRU13.

Kadang-kadang sangkaan blogger seperti kita ini mungkin nampak lebih bijak dari penasihat tetapi pernah kita bertanya kalau kita menjadi penasihat DSN. Mampukah kita mengubah situasi sekarang menjadi lebih baik sedangkan kita mampu menyelar orang sekitar Najib itu gagal?

Ini sebenarnya situasi yang serba tidak kena pada pelbagai pihak tetapi hakikatnya informasi dari atas ke bawah agak lemah sedikit untuk membolehkan jentera dari kem sendiri faham akan apa situasi sebenar yang berlaku.

Sekarang Najib mungkin terpaksa mengikuti cara semangat mendiang Nelson Mandela yang sanggup menerima kemarahan penyokongnya semata-mata menyatupadukan rakyat Afrika Selatan berbeza warna kulit perlu dijadikan panduan dan cara ini diguna pakai oleh Najib demi memperkukuhkan ekonomi.

Kalau ini pendekatan yang digunakan pakai oleh Najib memang tinggi akan resikonya tetapi sebagai seorang pemimpin yang berkaliber dugaan dan cabaran itu harus dipikul dengan cara yang terbaik demi mengelak negara ini jatuh kerana globalisasi yang semakin mencabar ini.

Sebagai rakyat Malaysia kita kena akur dan faham dunia sekarang berbanding dahulu adalah berbeza dan zaman BN sekarang tidak boleh menyelesaikan segala masalah untuk rakyat dengan bantuan subsidi yang melampau kerana zaman itu sudah berakhir.

Zaman sekarang rakyat harus mempunyai kail yang kuat untuk mencari pendapatan sendiri. Bukan saban hari memoohon bantuan dan tanpa bantuan tidak boleh bergerak. Fikir-fikirkan..

Sunday, 29 December 2013

Drama Gobind Singh Deo Sebelum Rusuhan 31 Discember

Ops 31 Dec dah dekat bertemakan Turun atau berperinsipkan Gulingkan Kerajaan. Tapi Khalib Ibrahim sering bertindak bercanggah dengan tema topeng perjuangan Himpunan Turun..

Sebab itu ada drama baru Gobind Singh Deo.. iyalah mungkin semua ini sementara bagi melancarkan gerakan Runtuh..

Isu Terkini

get this widget here