Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Saturday 22 February 2014

Jangan Tertipu Lagi - Najib Razak


Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru rakyat agar tidak lagi tertipu dengan janji-janji ditaburkan pembangkang yang memang lunak didengar tetapi hakikatnya akan hancur negara jika pucuk pimpinan negara beralih ke tangan mereka.

Perdana Menteri menegaskan, atas sebab itu, sudah menjadi peranan rakyat di negara ini untuk menolak segala dasar tidak bertanggungjawab yang dikemukakan pembangkang termasuk manifesto ekonomi mereka pada pilihan raya umum lalu.

Beliau percaya, sekiranya sesebuah dasar itu membawa kesan yang buruk kepada negara, pastinya rakyat menerima kesan yang sama.

"Kita mesti menolak dasar tidak bertanggungjawab walaupun bunyinya sedap. Siapa tidak suka harga minyak turun, tol turun dan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tak payah bayar balik," katanya ketika berucap melancarkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 dan i-BR1M Peringkat Nasional di sini hari ini.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140222/dn_35/Jangan-tertipu-lagi---Najib#ixzz2u7rdDatZ
© Utusan Melayu (M) Bhd

Suara Najib Razak Adalah Jelas Demi Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah


Sebarang fahaman atau ideologi yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) perlu ditolak sama sekali di negara ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pendirian parti itu dalam soal berkenaan adalah tegas dan jelas bahawa mereka berpegang kepada akidah serta prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Beliau berkata, pendirian berkenaan sebagaimana disebut dalam Perhimpunan Agung UMNO lalu.

"Justeru sebarang kefahaman atau ideologi yang menyeleweng dan bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah ditolak sama sekali.

"Ini termasuk usaha memperlekeh dan meremehkan hadis Nabi Muhammad SAW yang merupakan hukum syariah kedua tertinggi selepas al-Quran. Ini adalah sejajar dengan prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Datuk Onn di sini hari ini.

Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada isu bekas aktivis politik, Dr. Kassim Ahmad yang mengeluarkan kenyataan didakwa boleh menyesatkan akidah umat Islam baru-baru ini.

Kenyataan Kassim mencetuskan kontroversi apabila mendakwa Islam sebenar di negara ini telah diseleweng dan menyamakan sistem ulama dengan kasta paderi sehingga menyebabkan pelbagai pihak mahu beliau dikenakan tindakan undang- undang.

Kelmarin Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyeru umat Islam supaya tidak mudah terpengaruh terhadap ideologi itu yang secara terang-terangan bercanggah dengan asas ajaran Islam termasuk menolak hadis.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140222/po_03/UMNO-tolak-ideologi-bertentangan-ASWJ#ixzz2u6IRMubk
© Utusan Melayu (M) Bhd

Video Selamat Tinggal Karpal Singh Kerana Mulut Celupar Kerusi Tergadai

Apa lagi Karpal dapat katakan, bilamana mereka berani melangkau rukun negara. Demi memperkukuhkan kedudukan DAP mereka sanggup berjalan dibatas-batas kesejahteraan negara ini yang kuat terikat membentuk asas keidupan masyarakat Malaysia dalam prinsip 5 rukun negera.

Rukun Negara adalah asas yang diciptaan para moyang kita demi menjamin negara ini terus bersatu padu malah dapat menghindari trajedi seperti 13 Mei yang boleh meruntuhkan kemerdekaan Malaysia.

Tetapi apa lagi yang DAP dapat harapkan jika tidak memecahkan perpaduan melayu melalui melangkau prinsip rukun negara. Ini sahaja harapan jika DAP bercita-cita memusnah kedudukan Barisan Nasional yang ditunjangi kepimpinan tertinggi UMNO.

Sekarang angkara keceluparan mulut menyangkal Sultan telah diterjemahkan hukuman buat Karpal Singh bersalah di mahkamah. I

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan Pengerusi DAP, Karpal Singh bersalah atas tuduhan melafazkan perkataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah Perak pada 2009. Hakim Datuk Azman Abdullah dalam penghakimannya, berkata pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.


Ini perlu diperkekalkan agar menjadi tauladan buat saki baki mereka yang masih biadap dan sengaja bermain melampaui batas demi cita-cita merampas kedudukan kuasa tunggak sebagai perdana menteri.

Masih ramai lagi yang biadap dan melangkaui batas rukun negara harus dihadapkan ke makamah dan kebanyakan berstatus wakil rakyat. Pastikan mereka dijatuhi hukuman setimpal. Selamat Tinggal Karpal Singh

Friday 21 February 2014

Taib Mahmud Berasa Lapang Hati Bersara Dengan Adenan Satem Sebagai Ketua Menteri Sarawak


Beliau sering dianggap sebagai pemimpin yang serius, namun Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini menunjukkan beliau juga punyai sifat santai apabila secara terbuka berkongsi pelbagai sentimen dan harapannya untuk negeri Sarawak dengan pihak media, sebelum beliau berundur daripada jawatan itu hujung bulan ini.

Antara perkara yang menarik perhatian media pada sidang akhbar itu, yang menurut Taib, "mungkin interaksi terakhir beliau dengan akhbar," ialah pengakuan secara berterus terang pemimpin hebat ini bahawa beliau bersara dengan penuh kegembiraan.

"Saya akan bersara menjelang akhir bulan ini dengan penuh rasa gembira dan yakin negara ini akan ditadbir oleh mereka yang berkemampuan, dan saya akan dapat menyaksikan pembangunan secara berterusan.

"Saya tidak akan begitu aktif lagi selepas 1 Mac, maksudnya saya tidak akan lagi aktif bergerak untuk memberi khidmat kerana saya sedar, sudah tiba masanya bagi generasi lain pula untuk mengambil alih. Saya amat yakin bahawa pasukan yang bakal saya tinggalkan, akan mampu melatih mereka yang lebih muda," katanya.

Pada 12 Februari, Taib mengumumkan beliau akan berundur daripada jawatan ketua menteri mulai 28 Feb dan beliau akan digantikan oleh Menteri Tugas-tugas Khas di Pejabat Ketua Menteri dan anggota Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Tan Sri Adenan Satem, yang juga angota Dewan Undangan Negeri Tanjung Datu. - BERNAMA


Siapa Yang Rugi Kalau Waythamoorthy Merajuk Sombong


Tindakan Pengerusi Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf), P. Waythamoorthy yang meletak jawatan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dilihat hanya merugikan masyarakat India.

Presiden PPP, Datuk Seri M. Kayveas berkata, Waythamoorthy yang mendakwa sebagai pejuang komuniti India selama ini, dilihat mengambil keputusan mudah dengan meletak jawatan dan kemudiannya menyalahkan orang lain atas kegagalan sendiri dalam memikul tanggungjawab yang diberikan.

"Selepas diberi peluang berada dalam kerajaan, beliau sepatutnya fokus pada pembangunan serta mencari jalan untuk meningkatkan sosioekonomi kaum India, bukannya menyalahkan orang lain.

"Setahu saya, selama lapan bulan lalu, tiada seorang pemimpin politik atau wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dipanggil untuk berbincang mengenai hala tuju kaum India. Sebenarnya, beliau yang tidak mampu bekerja sebagai satu pasukan.

"Malah, permintaannya juga tidak munasabah kerana beliau patut ada strategi dan pelan tindakan bukan dengan tiba-tiba meminta peruntukan. Isu ini dilihat hanya membuang masa dan merugikan masyarakat India," katanya dalam sidang akhbar sempena Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi PPP di sini hari ini.

Jelas Kayveas, alasan Waythamoorthy adalah tidak berasas kerana peluang telah diberi ketika kerajaan menjalinkan perjanjian persefahaman dengan Hindraf, namun usaha tersebut tidak dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh beliau.

"Peluang sudah diberikan kepadanya untuk meningkatkan kehidupan masyarakat India, namun beliau yang gagal memanfaatkannya. Kenapa menyalahkan kerajaan seolah-olah tiada kebaikan yang dilakukan. Malah, sehingga hari ini kami tidak nampak sumbangan beliau," katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang akan diadakan pada 23 Mac ini, Kayveas berkata, pihaknya akan memberi sokongan penuh terhadap mana-mana calon yang dipersetujui oleh kepemimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN).

Menurut beliau, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan akan berlaku sabotaj terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh para pengundi berikutan wujud rasa tidak puas hati terhadap kepemimpinan beliau.

"Rakyat tidak akan tertipu dengan muslihat bahawa pilihan raya kecil yang bakal diadakan untuk kebaikan penduduk, malah mereka sedar tindakan Lee Chin Cheh mengosongkan kerusi di kawasan tersebut bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding sekali gus membolehkannya menjadi Menteri Besar Selangor," katanya.

Sementara itu, Kayveas menafikan beliau terlibat mengeluarkan sebuah kenyataan dalam laman sosial Facebook bertajuk 'lima alasan mengapa sekolah Tamil di negara ini harus ditutup.'

Katanya, tindakan beberapa suratkhabar Tamil yang mengaitkan beliau dengan kenyataan tersebut tanpa merujuknya terlebih dahulu telah menjejaskan imej dan nama baik parti.

"Walaupun kami dapat kenal pasti identiti laman itu, saya ingin menegaskan bahawa saya dan parti tiada kaitan dengan kenyataan tersebut. Jadi mengapa media memburukkan nama saya dalam beberapa artikel mereka sejak minggu lalu.

"Saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap suratkhabar berkenaan jika mereka tidak tampil memohon maaf dalam tempoh seminggu," katanya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140221/po_03/Tindakan-merugikan-komuniti-India#ixzz2u0WPEr30
© Utusan Melayu (M) Bhd

Skandal Waythamoorthy Bila Senang Bagi Duit Mula Naik Kepala Nak Lebih-lebih


Kedebab bukti Waythamoorthy bukan main disayangi PM dan amat diharapkan dapat menjadi orang yang dipercayai dapat membantu menyelesaikan sebarang permasalahan kaum india Lihat pendedahan Dato Rahman Dahlan mengenai bagaimana mudahnya PM mendengar dan segera membantu Waythamoorthy demi kaum india. 

I remember when Senator Waythamoorthy asked the Prime Minister to resolve Taman Permata issue involving Indians. PM immediately gave my ministry RM35 million to solve it. So it is not true if Waytha accuses PM of not listening to Indian issues brought by him.

I also remember PM reminding Wathya in a meeting that government had allocated millions in various agencies for Indians. Work within the system, PM said. Bottom line, I think Waytha couldn't fit in the system. I think he was restless and felt out of place. But thats not a reason to demonise the PM.

In meetings, I never heard PM raise his voice or criticise Waytha. He was given respect and dignity even if PM disagreed with him.

I had the privilege to have Waytha in my office for a meeting. He was a reasonable man with good intention. But with very little patience!

Thursday 20 February 2014

Teresa Kok Tersalah Atur Strategi Raih Simpati

Bila terlampau celupar mulalah terasa takut.
Bila sudah terasa takut mulalah teraba-raba sampai buat apa-apapun pakai main langgar je..
Kononnya in rancangan terbaik meraih simpati setelah celupar maki hamun orang dari Perdana Menteri sampai orang melayu dan kententeraman awam.

Inilah Teresa Kok bercakap dahulu dan fikirkan kemudian. Akhir inilah cara hendak raih simpati tetapi tersalah strategi antara memehami bagaimana rupa cat tumpah vs cat simbah.. akhirnya bukankah kantoi menipu.

PAS Sudah Tauliahkan Tony Pua Sebagai Majlis Fatwa Mewakili PAS


PAS berdakwah dengan Saudara Tony Pua selama 6 tahun tapi masih gagal? Sudah hamper 6 tahun PAS dan DAP bergabung dibawah Pakatan Rakyat, Dahulunya pada awal penubuhan pakatan rakyat PAS beriya-iya katakana mereka ingin berdakwah kepada DAP. Akan tetapi hakikatnya DAP masih jahil dalam pemahaman Islam walaupun dikatakan berkawan dengan golongan ulama-ulama di dalam PAS.

Kegagalan terbaru PAS berdakwah terbukti apabila Pengerusi DAP Selangor Tony Pua dalam posting laman facebook beliau mempersoal dan mempertikai secara sinis keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan berkenaan larangan kepada muslim menyambut hari kekasih atau lebih di dikenali sebagai “Hari Valentine”. Pada asasnya fatwa berkenaan adalah untuk muslim sahaja dan tidak mengganggu hak beliau sebagai non-muslim untuk menyambut perayaan tersebut. Banyak persoalan timbul dari posting facebook beliau seperti :

Kenapa beliau bebal dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan?

Siapakah beliau untuk campur tangan dalam urusan hal Islam negara?
Inilah yang dinyatakan didalam facebook beliau “... ‘But now i worry if i would suffer “social problems such as cheating, mental confusion due to alcohol and baby dumpin’ as the result of the Day’s mind colonisation’ so says my country’s religious authority..” maksudnya dalam bahasa melayu : “ ...'Tetapi sekarang saya bimbang jika saya akan mengalami "masalah sosial seperti menipu, kekeliruan mental akibat alkohol dan membuang bayi' sebagai hasil daripada Hari fikiran penjajahan' demikian kata pihak berkuasa agama negara saya...

“ Dalam perkembangan terkini 19 Febuari 2014 : Pengerusi Majlis fatwa Kebangsaan, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin telah membidas komen YB Tony Pua menggesa Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu supaya tidak menyerlahkan kejahilannya dalam isu berkaitan agama Islam. Katanya, fatwa berkaitan Hari Kekasih adalah berdasarkan sudut Islam yang hanya terpakai kepada umat Islam sahaja justeru, tindakan Tony itu dilihat seolah-olah cuba memperlekeh fatwa berkenaan. "Tindakan ini tidak kena dan dia (Tony) tidak memikirkan sensitiviti umat Islam.

Ini adalah negara majmuk dan dia tidak boleh berbuat demikian kerana tidak tahu kesan terhadapnya kelak. "Kalau tidak melibatkan dirinya, janganlah bising sebab semua ini adalah dari sudut agama Islam," 20 Febuari 2014 : Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu juga perlu memohon kepada seluruh umat Islam kerana beliau tidak berhak untuk mencampuri urusan berkaitan agama Islam sehingga boleh mengundang suasana tidak harmoni di negara ini.

Jelas beliau, sebagai seorang wakil rakyat, beliau sepatutnya tahu mengenai kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan seperti terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan sekali gus agama lain boleh diamalkan secara harmoni di negara ini.

"Pembahagian Mahkamah Syariah juga tidak dikuatkuasakan terhadap bukan Islam, bermakna amalan-amalan atau pandangan yang dikeluarkan Majlis Fatwa tentunya untuk umat Islam sahaja.

"Jadi, apa pula masalah orang lain nak campur tangan mempertikaikan fatwa yang hanya dikhususkan untuk amalan orang Islam?.

"Negara ini sudah memberi kebebasan untuk mengamalkan agama masing-masing, maka beramallah secara harmoni, janganlah keharmonian ini diganggu gugat,"

20 Febuari 2014 : Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Yusof Ahmad berkata, orang bukan Islam tidak ada kena mengena dengan setiap fatwa yang dikeluarkan yang hanya dikhususkan untuk umat Islam.

Oleh sebab itu, jelas beliau, mereka tidak ada sebab untuk berasa terancam dengan setiap larangan yang telah digariskan dalam agama Islam. Kata beliau, sekiranya orang bukan Islam tidak memahami berhubung perkara berkaitan agama Islam, mereka sepatutnya meminta pandangan atau merujuk dengan mereka yang arif tentang Islam.

"Fatwa yang dikeluarkan memang hanya untuk umat Islam supaya mereka tidak terikut dengan budaya masyarakat bukan Islam.

"Oleh itu orang bukan Islam tidak perlu berasa bimbang kerana mereka tidak ada halangan untuk melakukan perbuatan itu, jika tidak faham minta pandangan mereka yang tahu tentang Islam," katanya.

Tiada wakil PAS yang mengulas berkenaan posting Facebook YB Tony Pua sehingga kini.... kenapa? Kenapa diam ? Takut ? Malu ? atau Gagal ?

Atau sememangnya PAS telah Tauliahkan Tony Pua sebagai ahli Majlis Fatwa?

Sumber rujukan ArtikelPenuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140219/po_06/Tony-Pua-serlah-kejahilan#ixzz2tpOqomBp © Utusan Melayu (M) Bhd Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140220/dn_09/Tony-Pua-perlu-minta-maaf-tarik-balik-kenyataan-berkaitan-Islam-dan-Hari-Kekasih#ixzz2tpQz5NKr © Utusan Melayu (M) Bhd

Wednesday 19 February 2014

8 Faktor Kewajaran Kerajaan Lebih Relakan Waytha Moorthy Ponnusamy Letak Jawatan



Semua orang mempunyai cara pendekatan masing-masing dan walaupun bergitu tidak semesti setiap pendapat dan pendekatan masing boleh melangkau syarat-syarat dan peraturan tatasusila kerja seoarang menteri yang termatub dalam organisasi besar atau parti besar seperti Barisan Nasional.

Inilah yang berlaku diantara Waytha Moorthy yang terlampau yakin dengan cara sendiri hingga ingin bertindak mahu mengawal semua perkara dengan sendiri dengan cara sendiri.

1. Waytha Moorthy Ponnusamy mungkin terlupa yang matlamat pelantikan beliau sebagai timbalan menteri adalah merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk jalin kolaborasi dgn hindraf dlm selesai isu2 kaum India.

Ini adalah satu cara yang berani dilakukan Oleh Najib Razak dengan mengambil orang luar demi kepentingan kaum india.


2. Dari awal lagi Waytha Moorthy Ponnusamy menghadapi kesukaran untuk sesuaikan diri dan memahami sistem pentabiran kerajaan yang mungkin tidak dapat memenuhi keperluan dan expectation beliau. 

Antara lain, beliau berharap disokong oleh sebuah jabatan khusus dengan 50 pegawai dengan peruntukan sebanyak RM4 bilion. Cuba kita fikirkan jika Waytha Moorthy Ponnusamy seoarang sahaja mendapat RM4 bilion dan bagaimana dengan menteri-menteri lain dari pelbagai kaum yang lain


3. Kegagalan utama Waytha Moorthy Ponnusamy adalah gagal memahami cara dan kaedah pendekatan kerajaan tangani isu kaum India dan pelbagai kaum lain, secara sederhana dan berperingkat2. Ini penting mengambil kira aspek pratikaliti dan sensitiviti pihak lain dalam kerajaan. 

Pada Waytha Moorthy Ponnusamy dia mungkin hanya memikirkan kaum India sahaja tetapi buat seorang Perdana Menteri Malaysia seperti Najib Razak adalah jauh berbeza iaitu perlu juga memahami kehendak kaum lain demi kepentingan dan kesejahteraan pelbagai kaum di negara ini.


4. Namun bergitu Najib dan kerajaan masih memberi peruntukkan RM750 juta kpd kaum India yang disalurkan melalui pelbagai kementerian/agensi untukk menyelesaikan isu yang dibangkitkan oleh Hindraf.

Persoalannya bagaimana Waytha Moorthy Ponnusamy boleh memamfaatkan dana melalui pelbagai agnensi kerajaan untuk kepentingan kaum India. Di sini Waytha Moorthy Ponnusamy gagal mempunyai blueprint tersusun dan gagal membuktikan kelayakan dan kemampuan dirinya sebagai seorang menteri.


5. Hakikatnya kerajaan sudah berusaha keras untuk selesai isu melibatkan kaum India melalui pelbagai saluran. Masalahnya Waytha Moorthy Ponnusamy yang buntu, gagal dan enggan datang kepada Najib untuk meluahkan apa permasalahan sebenar dan mencari pendekatan yang sesuai yang boleh membantu Waytha Moorthy Ponnusamy bekerja.


6. Tetapi Waytha Moorthy Ponnusamy hanya mahu PM beri jaminan bertulis untuk menyalurkan peruntukkan sebanyak RM750 juta kapada beliau untuk laksana agenda pembangunan kaum India. Masalah yang enggan difahami Waytha Moorthy Ponnusamy adalah tuntutannya ini tidak teratur dari segi peraturan.


7. Waytha Moorthy Ponnusamy enggan memahami peraturan yang merupakan perkara pokok yang perlu dipegang oleh setiap Menteri.

Peraturan dalam Barisan Nasional tidak pernah membenarkan setiap dana terus di salurkan terus kepada Menteri untuk apa tujuan pun.

Kecuali melalui jabatan-jabatan yang bertanggungjawap yang bersuaian dengan tujuan dana tersebut mengikut keperluan setiap kaum.


8. Peraturan ini bertujuan untuk mengawal cara penggunaan dana dan mengelak dari penyalahan guna wang rakyat. 

Sudah tentu Perdana Menteri tidak boleh memberi kelebihan dan keistimewaan buat Waytha Moorthy Ponnusamy walaupun dia hendak atau meletak Jawatan. 

Sesungguhnya cara Najib Razak adalah tepat yang sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat walaupun terdapat desakan tidak munasabah dari seorang menteri.

Tuesday 18 February 2014

Kos 6 Bulan Lim Guan Eng Bayar RM350 Untuk Tanam Lalang Seluas 9 Ekar Tanah


Pada Oktober 2013, Kerajaan Pulau Pinang secara formalnya telah menandatangani perjanjian dengan Konsortium Zenith BUCG untuk melakukan kajian pembolehlaksanaan terhadap terowong bawah laut. Pada 24 Januari 2014, Konsortium Zenith BUCG mengumumkan bahawa mereka selepas melakukan kajian pembolehlaksanaan ke atas terowong kontroversi bernilai RM6.3 juta itu. Laporan berkenaan telah diterbitkan pada April 2014.

Consortium Zenith BUCG Sdn. Bhd. kemudiannya telah dianugerahkan seluas 9 ekar tanah di Seri Tanjung Pinang 1 (STP 1) bernilai RM305 juta oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk membiayai kajian berkenaan.

Sehingga ke hari ini, tiada sebarang tanda-tanda sebarang kerja sebenar telah dijalankan. Tiada kapal penggerudi, boya, kerja-kerja di tengah laut mahupun pelantar terapung yang dapat dilihat di Gurney Drive. Masakan Kerajaan Pulau Pinang yang sangat hebat, terlalu bijaksana dan terlalu telus itu membayar Konsortium berkenaan RM350 juta hanya untuk kertas kerja?

Apabila Keranaan Negeri Pulau Pinang secara rasmi menandatangani perjanjian awal dengan Konsortium Zenith BUCG bagi menjalankan kajian kemungkinan di terowong dasar laut, pastinya yang diharapkan adalah kajian menilai kebolehlaksanaan teknikal dalam membina terowong dan portal; kesan portal ke atas penggunaan tanah bersebelahan, kemudahan pengangkutan dan bangunan, keperluan pengudaraan dan impak; konflik dengan utiliti sedia ada, analisis geoteknikal; kemungkinan terowong digunakan oleh lori-lori yang membawa muatan merbahaya; isu terowong yang berkaitan, dan kos pembinaan.

Adakah Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dipimpin oleh Lim Guan Eng seronok bermain politik sehingga membahayakan nyawa pengguna dan keselamatan awam? Bukankah tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang ini hanya menambahkan syak wasangka bahawa pembayaran RM305 juta dalam bentuk tanah kepada Konsortium Zenith BUCG sebenarnya satu transaksi yang cuba diselindungkan menerusi penyelewengan yang cuba dihalalkan. Sedangkan kajian yang dilakukan dan diterbitkan laporannya pula adalah palsu!

Zenith BUGC seharusnya memberikan maklumat terperinci mengenai syarikat mana yang telah dilantik untuk mengkaji keadaan sub-permukaan termasuk geologi, air bawah tanah, keadaan gas, bahan cemar buatan manusia, dan isu-isu seismik.

Yang menjadi masalahnya, bila dan di mana kajian berlaku?

Untuk memperincikan keadaan geologi, kajian penggerudian harus dirancang di rantau ini di bawah penggalian terowong. Berapa mendatar dan cenderung melahirkan-lubang dan berapa banyak melahirkan lubang menegak telah digerudi?

Syarikat kapal gerudi mana telah terlibat untuk melakukan penggerudian? Bila dan di mana aktiviti-aktiviti berlaku?
Zenith BUGC juga harus memberikan maklumat terperinci mengenai lokasi gerek-lubang di kawasan jangkaan terowong akan dibina. Satu rakaman geologi terperinci perlu disediakan sebagai bukti kajian. Pemetaan geologi terperinci yang telah dilakukan di cerun terowong dan permukaan juga perlu disediakan . 3D Geologi Pemodelan sebagai mewakili geologi untuk penjajaran terowong perlu disediakan juga.

Malangnya, semua itu tidak ada. Sebaliknya sekadar satu pengumuman dan sidang media palsu untuk mengumumkannya dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang menganugerahkan tanah seluas 9 ekar di Seri Tanjung Pinang 1 kepada Konsortium tersebut.

Terlalu banyak udang di sebalik batu dan terlalu banyak lakonan penyelewengan dan pemindahan hak tanah sedang berlaku di Pulau Pinang melibatkan Lim Guan Eng dan DAP!!!
The Flying Kick

Ustaz Pas Mana Pulak Datang Memperbodohkan Diri Untuk Bunuh Perdana Menteri


Dia menggelar dirinya 'USTAZ'.

Lazimnya, kenyataan USTAZ dipercayai oleh masyarakat kerana USTAZ penuh ilmu ugama di dada.



[ Sumber : Klik di sini ]

Jadi, mereka membaca status Facebook Ahmad Fadhli Shaari, klik di sini pastinya percaya dia memang telah bermimpi. Bermimpi menerima panggilan telefon meminta dia menghebahkan ganjaran RM500 kepada individu berjaya menembak Perdana Menteri.

Saya berharap status di atas bukan sekadar rekaan penceramah PAS akibat didorong tujuan tertentu, tersirat bukan tersurat.



Berikutan status itu, Fadhli telah mengundang kemarahan ramai pelayar di alam maya. Barangkali USTAZ Fadhli memang menantikan respon seperti di bawah.



Tidakkah USTAZ terfikir, kenyataan dicatatkan sebagai status itu, berpeluang ditatap lebih 10,000 pengikut setia, bakal mencetuskan kontroversi tidak diperlukan?





Jangan kerana emosi, kelak menyusahkan diri. USTAZ tolong gunakan otak bukan kepala lutut untuk berfikir buah fikiran di laman sosial.



Apapun, jangan kita menghina USTAZ itu, biar dia sendiri menghina dirinya.

http://www.mazidulakmal.com/2014/02/mimpi-diminta-hebahkan-ganjaran-rm500.html?m=1

Penduduk Bengang Dengan Lim Kit Siang Anggap Gelang Patah Hotel Bermalam

Inilah Lim Kit Siang hari demi harri paling sibuk dengan urusan melaga-lagakan orang melayu dan kemudian laungkan we love Malaysia.

Memang cukup meloya bila Lim Kit Siang cuba bersendiwara soal perpaduan kaum di ketika Teresa dan Tian Chua menghina agama islam.

Dan sempat juga Lim Kit Siang pertikaikan Imam mebaca khutubah Jumaat dengan anggap Surah Al Baqarah itu boleh memecahkan perpaduan kaum. Tidak mustahil DAP yang berani pertikai ayat dari Al Quran akan lebih berani mendesak Sembahyang Jumaat di haramkan.

Sedang Tian Chua ingin menjadi majlis Fatwa dengan menyelarkan Majlis Islam soal Valentime Day Haram buat umat islam. Tian Chua marah dan panas hati.

Pelik bukan kenapa sekarang ini memang tidak ada batas lagi DAP untuk berpolitik? sampai lupa nasib tanggungjawap rakyat Sungai Rapat.

Monday 17 February 2014

Cubaan Menghasut Sabah Dan Sarawak Keluar Dari Malaysia





    Sebarang cadangan mengenai Sabah dan Sarawak sepatutnya keluar dari Malaysia dianggap sebagai hasutan, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan.

    Ahli Parlimen Kota Belud itu turut menafikan dakwaan oleh ahli akademik Monash Universiti Malaysia, Prof James Chin bahawa terdapat peningkatan kecenderungan luar biasa bagi penduduk Sabah dan Sarawak untuk meninggalkan negara ini.

    "Kenyataan itu berbaur hasutan kerana dibawah 20-perkara dalam perjanjian yang ditandatangani kedua-dua parti (Persekutuan Tanah Melayu, dan Sabah serta Sarawak pada 1963), pemisahan dianggap pengkhianatan dibawah undang-undang Malaysia.

    "Oleh itu, kami tidak boleh keluar dari Malaysia.

    "Sebagai setiausaha Barisan Nasional di Sabah, tidak pernah terlintas di fikiran sesiapa yang memberitahu masalah mereka dan mencadangkan pemisahan negara sebagai jalan penyelesaian," katanya.

    Rahman berkata demikian selepas melancarkan Kajian Indeks Pendapatan Rumah yang dijalankan oleh Sime Darby Property Berhad dengan kerjasama Fakulti Alam Bina, Universiti Malaya (UM).

    Beliau turut menasihati Chin untuk lebih berhati-hati apabila mengeluarkan kenyataan seperti itu yang disifatkan sebagai isu sensitif.

    Chin semasa berucap pada forum bertajuk Ke Arah Sistem Pilihan Raya yang lebih adil anjuran Majlis Peguam mendakwa terdapat peningkatan kecenderungan luar biasa bagi penduduk Sabah dan Sarawak untuk meninggalkan Malaysia kerana merasakan negara berusia 50 tahun ini tidak memberi sebarang faedah kepada mereka.

    Dalam pada itu, Abdul Rahman turut menyokong lebih banyak kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) ditambah di Malaysia Timur sejajar dengan perjanjian 1963.

    Mengulas mengenai cadangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Tindakan Malaysia supaya mewujudkan kawasan pilihan raya lebih seimbang, Abdul Rahman berkata, idea itu akan memberikan Sabah dan Sarawak 'kedudukan lebih baik' dalam pentadbiran negara ini.

    Sabri Yaakob Bidas Perbuatan Puak BiaDap Hina Agama


    Toleransi tahap tinggi yang ditunjukkan orang Melayu selama ini tidak harus dibalas dengan perbuatan berbentuk provokasi terhadap agama Islam sehingga boleh mengundang tindak balas ganas.

    Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sejak akhir-akhir ini pelbagai perbuatan provokasi dicetuskan pihak-pihak tertentu dan akibatnya, wujud golongan ekstrem dalam kalangan orang Melayu dan Islam di negara ini yang membalas perbuatan tersebut.

    "Saya mengambil contoh kejadian gereja di negeri ini yang dibaling bom petrol pada bulan lepas. Sebelum ini tidak ada kejadian sedemikian tetapi apabila ada provokasi termasuk menggantung kain rentang mempunyai kalimah Allah berhampiran beberapa gereja, maka wujudlah tindak balas sedemikian.

    "Dalam kes Teresa Kok pula, ramai yang memberi komen mengecam pihak yang memberi tawaran untuk menampar beliau. Jika Teresa tidak mulakan provokasi, tidak akan ada tawaran demikian," katanya.

    Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Wisma Transformasi UMNO Bahagian Permatang Pauh, di sini hari ini.

    Yang turut hadir, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Mohd. Zaidi Mohd. Said.

    Ismail Sabri yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani mengulas tindakan biadab pihak tertentu meletakkan ketulan daging babi di hadapan sebuah masjid di Cherok Tok Kun, di sini pagi ini.

    Mengenai sikap toleransi orang Melayu, beliau berkata, perkara berkenaan telah terbukti sejak dahulu lagi apabila keluarga minoriti Cina boleh hidup di perkampungan Melayu tanpa masalah.

    "Orang Cina boleh hidup aman damai dalam perkampungan Melayu tanpa ada masalah, malah boleh membela anjing. Selama ini kita hidup seperti sebuah keluarga besar kerana sikap toleransi berkenaan tetapi janganlah dibalas dengan tindakan provokasi," katanya.


    Penafian Lim Guan Eng Isu Pengedaran Bible Bahasa Kepada Pelajar Melayu Bercanggah Dengan Bukti


    Semalam kita semua dikejutkan dengan satu insiden di Cherok To Kun dimana daging babi di letakkan di pintu masuk sebuah masjid di situ, Kejadian berkenaan disedari oleh pengunjung masjid tersebut semasa ingin menunaikan sembahyang subuh. Kejadian ini telah membuat Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengeluarkan satu kenyataan media.

    Seperti yang dijangka Ketua Menteri Pulau Pinang menyeru rakyat Pulau Pinang melawan anasir perosak yang cuba mengugat keharmonian dan keamanan, akan tetapi di penghujung kenyataan media beliau telah menafikan wujudnya laporan tiga individu terlibat dalam pengedaran Bible berbahasa Melayu kepada pelajar-pelajar melayu dikawasan berhampiran sebuah sekolah di Pulau Pinang. Dipetik dari 

    Kenyataan Media Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Komtar, George Town Pada 17.2.2014. “...Laporan tidak berasas berkenaan tiga orang lelaki mengedarkan Bible dalam Bahasa Melayu kepada anak-anak Melayu di luar sebuah sekolah di George Town yang telah disebarkan secara meluas, hanya menambah kepada ketidakpastian dan kekeliruan. Walaupun diterbitkan oleh akhbar, tidak ada laporan polis yang dibuat dan tiada sesiapa melihat kelibat tiga orang lelaki ini, supaya pihak polis boleh mengambil tindakan.”

    Kenyataan Ketua Menteri ini seperti berdolak-dalih ingin mengaburi rakyat Malaysia berkenaan isu ini sedangkan satu laporan polis telah dibuat berkenaan insiden tersebut. Apa sebenarnya Ketua Menteri Lim Guan Eng ingin sembunyi ? 

    Ini bukti wujud laporan polis berkenaa insiden tersebut. Siapakah mereka ini yang gambar telah ditangkap oleh pengadu mengedarkan Bible berbahasa Melayu kepada pelajar-pelajar sekolah? Bagaimana Ketua Menteri katakana tiada yang Nampak mereka ini?

    Banyak persoalan kini timbul berkenaan tiga individu ini dan kenapa Ketua Menteri ingin katakan bahawa laporan berkenaan pengedaran Bible oleh mereka kepada pelajar sekolah tidak wujud. Adakah ini satu cover-up?

    Bukti Anwar Masuk Gereja Najib Pula Difitnahkan

    Apa dah nak jadi dengan puak-puak PR yang sering membuat fitnah kerana tergamam bila Anwar terpeksa masuk gereja berkempen demi menyelamat talian hayat politiknya.

    Isu Terkini

    get this widget here