Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir
Saturday, 22 February 2014
Jangan Tertipu Lagi - Najib Razak
Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru rakyat agar tidak lagi tertipu dengan janji-janji ditaburkan pembangkang yang memang lunak didengar tetapi hakikatnya akan hancur negara jika pucuk pimpinan negara beralih ke tangan mereka.
Perdana Menteri menegaskan, atas sebab itu, sudah menjadi peranan rakyat di negara ini untuk menolak segala dasar tidak bertanggungjawab yang dikemukakan pembangkang termasuk manifesto ekonomi mereka pada pilihan raya umum lalu.
Beliau percaya, sekiranya sesebuah dasar itu membawa kesan yang buruk kepada negara, pastinya rakyat menerima kesan yang sama.
"Kita mesti menolak dasar tidak bertanggungjawab walaupun bunyinya sedap. Siapa tidak suka harga minyak turun, tol turun dan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tak payah bayar balik," katanya ketika berucap melancarkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 dan i-BR1M Peringkat Nasional di sini hari ini.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140222/dn_35/Jangan-tertipu-lagi---Najib#ixzz2u7rdDatZ
© Utusan Melayu (M) Bhd
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment