Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Saturday 15 June 2013

Video ADUN MP Buat Kecoh Di Pasar Keramat

Cuba-cuba kita tengok bagaimana mereka buat kerja di Pasar Keramat, mungkin kita dapat mengenali rutin tanggungjawap mereka.




Fadillah Sedia Dana 400 Juta Sibu-Kapit Bikin Baru Bian Ternganga

Masih ingatkah bagaimana Baru Bian berhempas pulas untuk menggagalkan usaha Angkatan Tentera Malaysia dalam projek Bue untuk membina kemudahan rakyat di Ba'kelalan sila baca paparan ini. Tetapi isu inilah menjadi senjata untuk PKR berdagang di musim PRU13. Hakikatnya Pakatan Rakyat amat risau jika Sarawak mampu memenuhi kehendak rakyat.

Situasi sekarang sudah tentu membuat Baru Bian the Geng sakit kepala memikir bagimana hendak mencari idea-idea baru mempengaruhi masyarakat Sarawak.

Menurut sumber Datuk Fadillah semenjak dilantik sebagai Menteri Kerja Raya telah berjaya mendapat dana sebanyak 400 juta untuk menyiapkan pembinaan jalan raya sepanjang 33km dari Song ke Kapit dan sebuah jambatan di Kanowit bagi menghubungkan kawasan Kapit melalui akses darat.

Ini adalah permulaan dari pelbagai projek bakal menyusul nanti dan dalam pada masa itu Perdana Menteri telah berjanji menyediakan peruntukan tambahan untuk menyelesaikan masalah dan membuat pengukuran tanah NCR di seluruh Sarawak.

Inilah dua isu utama menjadi bahan dagangan Batu Bian the team untuk membuat pelbagai cerita dan dakyah bagi memikat masyarakat Sarawak untuk beralih kepercayaan kepada Pakatan Rakyat.

Nampaknya usaha lalu telah gagal dan sudah di terjemahkan dalam keputusan PRU13 dengan kemenangan besar BN Sarawak kecuali SUPP. Kenapa SUPP gagal itu BN Sarawak kena perhalusi lagi.

Apapun tahniah buat Datuk Fadillah dan tidak lupa juga Datuk Hajah Rohani yang sekarang ini mula bergerak dan bekerja keras untuk memenuhi impian warga Sarawak tanpa melupakan tangungjawap mereka di seluruh negara.


Giliran Datuk Wan Junaidi Serang Mat Sabu

Mat Sabu Oh Mat Sabu! Sudahlah nasib kamu di Pendang merudum sehingga sekarang terpaksa mengharapkan ehsan Selangor. Sekarang hendak bermain api lagi.

Inilah kisah  Mat Sabu yang semakin gian untuk berceramah dipentas Pakatan Rakyat walaupun dia sedar yang rakyat Kedah menafikan haknya dalam PRU13 lepas.

Perangai semula jadi Mat Sabu hanya boleh hidup dengan mempermainkan isu keharmonian dan perpaduan negara demi kepentingan menyambung hidupnya. Almaklumlah Mat Sabu ada PHD status SPM sahaja. Sebab itu Mat Sabu dalam perhimpunan haram di Padang Majlis Daerah Ketereh, mendakwa lokap polis kini tidak lagi selamat kepada individu yang ditahan, sebaliknya menjadi tempat pembunuhan oleh pihak polis terutamanya kepada kaum India.

Ini sahaja modal Mat Sabu untuk sambung sara hidup dalam arena Politik Cari Makan dan bukan politik berasaskan perjuangan. Sebab itu Mat Sabu sengaja mainkan isu orang India dan dia tahu PRU13 ramai orang india kecewa, tidak yakin kepada kepada Pakatan Rakyat hingga menolak PAS dan PKR di pasca PRU13. Kalau diikutan sebelum pasca PRU13 kaedah ini juga digunakan sambil-sambil menindas pewakilan india dalam pemilihan calon majlis tertinggi PKR.

Sikap kerana mulut Mat Sabu menyebabkan Datuk Wan Junaidi Timbalan Menteri Dalam Negeri, telah bangkit memberi amaran keras Mat Sabu.

"Itu adalah bohong, yang banyak mati sebenarnya adalah kaum Melayu dan bukannya orang India, apa yang disebut oleh Mohamad Sabu bukan sahaja tidak tepat, malah berbaur hasutan kerana membangkitkan soal etnik dan bangsa"

 "Saya nasihatkan semua permainan politik yang tidak wajar ini dihentikan, kalau polis bertindak nanti mereka juga kata polis yang ambil tindakan, tetapi dia sendiri tidak jaga apa yang dia cakap," katanya kepada Utusan Malaysia

Sepatutnya orang macam Mat Sabu jangan diberi muka lagi jangan dipandang simpati lagi, ambil sahaja tindakan supaya tidak menjadi ikutan kepada yang lain. 

Hakikatnya semua yang dilakukan Mat Sabu hanyalah untuk mempromosi diri kepada PAS yang suaranya masih berbisa walaupun dinafikan dalam keputusan pasca PRU13. Hakikatnya PAS kelantan sedikitpun tidak pandang tetapi nasib le PAS Selangor kesian dengan Mat Sabu hingga ada cakap-cakap hendak lantik jadi senator. 

Tapi tak tahulah apa kemampuan Mat Sabu jika bertugas sebagai senator?


Friday 14 June 2013

Video Zuraidah Mak Lampir Frust Tertonggeng

Adus hai apa lagi yang dibebel Zuraidah? Asyik melalut je. Inilah budaya frust menonggeng dalam PKR. Tidak pernahnya selesai asyik hendak berperang je!

Baru boleh takbir Selangor dah macam mentakbir Amerika. Ada sahaja yang tidak kena ada sahaja yang tidak betul. Yang betul tu hanya Zuraidah seorang lee saja. Lihat Video Ini.

Inilah kisah dari Azmin tidak dapat jadi Menteri Besar sehinggalah kecewa denga pelantikan Saifuddin sebagai jawatan Perhubungan Negeri. Hakikatnya PKR kalut fikir pasal nasib sesama mereka itupun tidak juga selesai.
Pernahkah PKR memikirkan pengorbanan PAS merelakan jawatan MB dari PKR dan sepatutnya berilah kepada PAS sebagai bukti setia kawan.

Bagaimanalah PAS boleh terjebak dengan dengan Parti Kepala Rosak ini. Itupun PAS masih juga belum serik-serik. Agaknya bila sampai tergolek dog baru nak ingat musuh (UMNO) jadi kawan.


Video Saat Nafas Terakhir Perompak Selepas Ditembak

Ngeri dan satu pengajaran buat kita semua... Terserah kepada sesiapa yang mahu menilaikannya..




Video Skandal Seks Wakil rakyat DAP ?



Adun Senawang dari DAP, P Gunasekaran menafikan dirinya adalah individu dalam video seks yang tersebar dalam Youtube.

Dua video seks berdurasi 1 minit 18 saat dan 3 minit 15 saat yang bertajuk 'Wakil Rakyat DAP Guna Scandal' dan ‘Wakil Rakyat DAP Guna Scandal 03’ itu dimuat naik di Youtube pada 1 dan 2 Mei lalu.

Video pertama memaparkan seorang lelaki yang didakwa menyerupai Gunasekaran sedang duduk memakai tuala sambil memegang telefon bimbit di sebuah bilik.

Manakala video kedua menunjukkan lelaki itu mula membuka tualanya dan melakukan 'aksi panas' dengan seorang wanita.

Bagaimanapun, wajah lelaki itu kelihatan kurang jelas berikutan suasana yang bilik gelap.

Gunasekaran berkata, beliau dimaklumkan tentang penyebaran video seks itu oleh rakan-rakannya sebelum kempen PRU13 lalu.

"Saya sudah melihatnya dan lelaki dalam video itu, bukan saya. Saya juga tidak kenal wanita dalam video itu.

"Saya percaya kewujudan video ini adalah bermotif politik kerana disebarkan ketika musim kempen PRU lalu,” katanya.

Gunasekaran yang juga Timbalan Pengerusi DAP Negeri Sembilan berkata, video itu disebar untuk memfitnah dirinya di samping menjatuhkan karier politik beliau.

“Saya tidak tahu siapa yang buat dan sebarkan video ini. Boleh jadi orang politik yang mahu menjatuhkan karier saya.

“Mungkin ia dilakukan parti lawan dan boleh jadi juga dilakukan orang dalaman parti saya sendiri,” katanya.

Menurutnya, satu laporan polis akan dibuat dan dia bercadang melantik peguam untuk bawa perkara itu ke muka pengadilan.

“Saya sedih dengan penyebaran video ini, begitu juga isteri dan dua anak saya.

"Penyebaran video ini telah menjejaskan maruah keluarga saya," katanya.

Katanya, beliau tetap akan teruskan khidmat sebagai wakil rakyat meskipun penyebaran video tersebut telah menjejaskan imej bersihnya sebelum ini.

“Rakyat menjadi keutamaan saya. Mereka kenal siapa saya kerana sudah lama saya terlibat dalam dunia politik," katanya.

Gunasekaran berkhidmat sebagai wakil rakyat di Dun Senawang sejak PRU12 dan berjaya mengekalkan kerusi yang disandangnya pada PRU13 lalu apabila menang dengan memperoleh 9,010 undi mengalahkan calon BN, Choong Vee Hing (4,205 undi) dan calon Bebas, S Karthigesan (120 undi).

Sementara itu, Pengerusi DAP negeri, Anthony Loke Siew Fook mendakwa, video itu sengaja disebarkan sebelum kempen PRU13 yang lalu bagi menjatuhkan imej dan reputasi Adun Senawang itu.

“Video tersebut telah disebarkan sejak sebulan yang lalu dan digembar-gemburkan untuk menjatuhkan imej bersih Gunasekaran.

“Saya percaya lelaki dalam video tersebut bukanlah Gunasekaran dan ia sengaja direka untuk memfitnah beliau," dakwanya.

Siew Fook berkata, beliau telah menasihatkan Gunasekaran supaya membuat laporan polis segera berhubung penyebaran video tersebut.

“Setakat ini kita tidak tahu siapa yang membuat dan menyebarkan video itu.

"Kita serah kepada polis untuk buat siasatan,” katanya.

Menurutnya, orang ramai bijak menilai apa yang berlaku.

"Saya fikir rakyat tahu perkara sebenar dan tidak akan layan tuduhan dan fitnah sebegini," katanya lagi.

Sumber tulisan

Nota: Sama ada betul atau tidak, hakikatnya tidak mengubah senario politik negara.

1Azam Mempopularkan Atau Menjatuhkan Datuk Rohani Karim

PPM dapat melihat kesungguhan Datuk Rohani Abdul Karim semalam di Kuching, yang telah melancarkan program Sukarelawan 1Azam di Sarawak dibawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Program 1Azam telah lama mendapat tempat di Sarawak terutama dikawasan luar bandar yang cara menjana pendapatan keluarga adalah terhad, kerana keadaan peluang yang ada, amat sukar untuk dirialisasikan tanpa pelbagai bantuan keewangan, teknikal dan permasaran. Ini kerana faktor pendidikan, geografi, jarak bandar dan infrastruktur di Sarawak masih jauh berbeza dari semenanjung.

Walaupun apa jua halangan ini tidak bermakna KPWKM harus berpeluk tubuh dari melakukan tugas. PPM cuma berharap keberkesanan dapat dipertingkatkan kerana kebanyakan penduduk miskin masih berfikiran tradisional dan satu anjakan yang baru perlu dipertingkatkan. Bukan tidak ada sektor industri boleh dikomosialkan tetapi cara pendekatan yang lebih tepat dan tersusun perlu diaturkan. Kalau tidak 1Azam akan menjadi satu tajuk dan tema yang tidak sampai matlamat. Walaupun bergitu PPM pernah terlihat ramai juga orang kampung telah berjaya mempertingkatkan pendapatan keluarga melalui program ini.

Tetapi kebanyakan bersifat sementara dan ini perlu dikenal pasti terutama metaliti orang kampung lebih berharap bantuan wang dari menggunakan bantuan sebagai suntikan modal menjana pendapatan keluarga. 

Keadaan birokrasi yang remeh temeh perlu juga diselesaikan dan jangan lupa yang ada kakitangan yang bertanggungjawap tidak melaksanakan program ini dengan berkesan sebaliknya lebih bersifat lepas batuk ditangga. Ini realiti yang berlaku hingga kebanyakan program kerajaan telah disabotaj dengan secara tidak langsung ketika dalam proses pelaksanaan.

Kegagalan ini akhirnya akan diterjemahkan dalam PRN dan PRU. Kerana Pakatan Rakyat akan sedaya upaya mengorek segala kelemahan terutama dari sikap kelalaian kakitangan yang tidak bertanggungjawap sebagai senjata membunuh Barisan Nasional dan akhir srmua ini bakal dipertanggungjawapkan kepada Datuk Rohani sendir.

Walaupun bergitu PPM kenal Datuk Rohani cara pendekatan peribadinya lebih bersifat seorang ibu penyayang dan bertangungjawap. Jadi PPM yakin jawatan Menteri Penuh KPWKM ini amat bersesuaian untuknya tetapi awaslah ramai buaya kelaparan dibawah ingin mencari kesempatan dari keperihatinan kerajaan.

1. Apa yang dimaksudkan program 1AZAM?
• Program 1AZAM adalah merujuk kepada jenis-jenis pekerjaan dalam bidang kerja, khidmat, tani dan niaga yang dikenal pasti sesuai serta boleh dilaksanakan bagi menjana dan meningkat pendapatan golongan miskin.
• Terdapat empat (4) projek di bawah program 1AZAM iaitu:

1) AZAM Kerja – menawarkan peluang menjana pendapatan melalui penempatan kerja. Projek ini memberi fokus kepada pelbagai bidang pekerjaan bagi mereka yang produktif, mempunyai kelayakan minimum atau tanpa kemahiran. Peserta projek ini akan diberi latihan kemahiran yang membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian seperti, pelayan restoran, pekerja restoran makanan segera dan pekerja hotel. Projek ini dilaksanakan dengan usahasama Kementerian Sumber Manusia.

2) AZAM Tani – memberi peluang menjana pendapatan melalui kegiatan berasaskan pertanian yang memberikan hasil/pulangan jangka pendek seperti tanaman sayuran dan buah-buahan (cili fertigasi, sawi, nenas dan jagung), ternakan (ikan air tawar, ayam, dan itik). Projek ini dijalankan secara pertanian berkelompok dan individu. Projek ini dilaksanakan dengan usahasama Kementerian Pertanian dan agensi di peringkat negeri.
3) AZAM Niaga – menyediakan peluang menjana pendapatan melalui perniagaan kecil-kecilan dengan kemudahan latihan dan skim kredit mikro. Antara jenis perniagaan yang boleh diusahakan ialah produk makanan dan minuman, barangan kraftangan, dan perniagaan runcit. Projek ini dilaksanakan dengan usahasama agensi seperti Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
4) AZAM Khidmat – menawarkan peluang menjana pendapatan melalui bidang perkhidmatan dengan memberi latihan kepada peserta bagi membolehkan mereka mempunyai kemahiran tertentu seperti rawatan penjagaan diri dan refleksologi, urutan dan andaman pengantin. Projek ini dilaksanakan dengan usahasama Amanah Ikhtiar Malaysia dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

2. Siapakah golongan yang boleh menyertai program 1AZAM?
• Mereka yang ingin menyertai program 1AZAM mestilah mereka daripada golongan miskin tegar dan miskin yang berdaftar dalam sistem eKasih.
• Mereka boleh hadir ke Pejabat Pembangunan Negeri yang terdekat untuk berdaftar di dalam sistem eKasih sebelum sebarang program 1AZAM boleh ditawarkan kepada mereka.

3. Apakah DEFINISI miskin tegar, miskin dan pendapatan rendah?
Jawapan :
Miskin tegar adalah mereka yang pendapatan isi rumah sebulan kurang atau sama RM460.00. Miskin pula adalah merujuk kepada mereka yang pendapatan isi rumah sebulan kurang atau sama RM760.00. Manakala berpendapatan rendah bermaksud mereka yang pendapatan isi rumah sebulan kurang atau sama dengan RM2,300.00

4. Apakah inisiatif disediakan untuk golongan miskin tegar di bandar?
Jawapan :
Kerajaan bertanggungjawab memberi peluang peningkatan pendapatan kepada golongan miskin tegar di bandar dengan menawarkan mereka peluang pekerjaan dan peluang perniagaan yang boleh meningkatkan pendapatan mereka melalui program AZAM Kerja dan AZAM Niaga.

5. Adakah data kemiskinan tegar yang digunakan tepat dan apakah anda yakin tiada golongan miskin tegar yang tertinggal. Apakah indikator yang digunakan untuk mengukur kemiskinan dan ketepatan pengukurannya?
Jawapan :
• Data miskin tegar yang digunakan sekarang berasaskan daftar eKasih yang dibangunkan oleh ICU, Jabatan Perdana Menteri. Data ini dibekalkan atau didaftar oleh individu-individu dan ketua-ketua kampung melalui Pegawai-Pegawai Daerah atau secara terus melalui laman web di www.ekasih.gov.my dari seluruh negara.
• Data yang didaftarkan dianggap tepat kerana ia dibekal atau didaftar oleh ketua kampung iaitu merupakan individu yang mempunyai hubungan rapat serta mengenali masyarakat setempat.
• Selain itu, perangkawan daripada Jabatan Statistik Negara juga turut serta melakukan bancian dan juga pengesahan ke atas setiap kes yang didaftarkan di dalam e-Kasih. Usaha pengemaskinian ini dilaksanakan secara berterusan untuk memastikan agar tiada rakyat Malaysia yang tergolong di bawah kategori miskin tegar tertinggal daripada menerima bantuan Kerajaan.
• Kriteria yang digunakan bagi mengukur kemiskinan tegar adalah menggunakan Paras Garis Kemiskinan (PGK) iaitu berdasarkan kepada keperluan minimum untuk makanan asasi untuk seisi rumah.
• Berdasarkan PGK ini, golongan miskin tegar adalah mereka yang berpendapatan seisi rumah di bawah RM460.00 sebulan dan ianya berbeza untuk kawasan bandar dan luar bandar.

6. Bagaimanakah cara untuk mendaftarkan isi rumah miskin tegar yang tiada dalam senarai eKasih.
Jawapan :
• Pendaftaran terperinci akan dilakukan oleh pembanci bagi tujuan pengesahan dan seterusnya mendaftarkan mereka ke dalam sistem eKasih dengan disahkan oleh pihak Focus Group yang dianggotai oleh Pejabat Daerah dan ICU diperingkat negeri.
• Bagi mereka yang tidak tersenarai didalam eKasih, mereka masih lagi boleh menerima bantuan dari agensi-agensi lain seperti LKIM, Majlis Agama Islam Negeri, RISDA, MARA dan lain-lain melalui saringan agensi masing-masing.

7. Apakah mekanisme yang digunakan bagi memastikan dana yang diberikan kepada golongan miskin tegar tidak disalahgunakan atau diberhentikan apabila penerima tidak lagi layak menerima bantuan dan bagaimana wang tersebut disampaikan kepada golongan miskin?
Jawapan :
• KPWKM bersama-sama dengan agensi kerajaan lain yang terlibat akan membuat pemantauan ke atas pemberian bantuan bagi memastikan tidak berlaku penyelewengan bantuan .
• Bagi memastikan isi rumah yang telah memperoleh pendapatan melebihi PGK yang ditetapkan dan keluar daripada senarai miskin tegar, agensi pelaksana yang menyalurkan bantuan perlulah mengemaskini jenis dan jumlah bantuan yang telah diberikan ke dalam sistem eKasih dengan kadar segera supaya maklumat ini dapat dikemaskini.

Jika

Thursday 13 June 2013

Awas Blogger Hantu Bakal Diharamkan


Pemilik blog dan portal yang menyebarkan maklumat tidak sahih dan fitnah akan dikenakan tindakan tegas selepas kerajaan mewajibkan mereka meletakkan maklumat identiti sebenar tidak lama lagi, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri menegaskan, peraturan ‘ketetapan-sendiri’ itu bertujuan memastikan pengamal media sosial lebih bertanggungjawab terhadap maklumat disampaikan, sekali gus mengelak perpaduan masyarakat pelbagai agama dan bangsa dirosakkan oleh maklumat palsu.

Kerajaan tidak akan mengambil tindakan melesenkan portal berita seperti dilakukan negara jiran tetapi bagi memelihara keharmonian nasional, kerajaan akan menguatkuasakan undang-undang sedia ada untuk memastikan pihak yang cuba menanam perpecahan menggunakan elemen bangsa, agama, bahasa atau cuba memperkecilkan institusi Raja Berperlembagaan serta mencuba merosakkan sistem demokrasi berparlimen, akan diambil tindakan,” Datuk Seri Najib Razak

Sehubungan itu, Najib menegaskan, tidak akan ada lagi penulis ‘tidak bernama’ dalam blog atau portal seperti sekarang bagi memastikan mereka lebih bertanggungjawab terhadap tulisan masing-masing.

Kerajaan tak tapis internet: Najib

“Hari ini landskap media dan organisasi berita mengalami perubahan amat pesat dengan kehadiran media cetak dan elektronik yang dilengkapi media dalam talian. Demokrasi media dan kebebasan bersuara menjadi kenyataan.

“Penggunaan semua bentuk media ini dapat kita saksikan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Penyebaran pelbagai bentuk pembohongan, fitnah dan hasutan kebencian dalam media sosial oleh kelompok yang menggelar diri mereka sebagai wartawan seperti yang berleluasa ketika PRU-13 tidak menguntungkan sesiapa. Aliran ini jika dibiarkan berleluasa, akan mendatangkan kesan buruk kepada negara,” katanya.
Beliau berucap pada majlis Malam Wartawan Malaysia 2013 dan Penyampaian Hadiah Kewartawanan Malaysia Institut Akhbar Malaysia (MPI)-PETRONAS 2012, di Hotel Istana, di sini, malam tadi.

Tidak lesen portal berita

Najib bagaimanapun berkata, kerajaan tidak akan menapis internet walaupun kerajaan mempunyai Akta Komunikasi dan Multimedia dan Rang Jaminan Koridor Raya Multimedia (MSC).

“Kerajaan tidak akan mengambil tindakan melesenkan portal berita seperti dilakukan negara jiran tetapi bagi memelihara keharmonian nasional, kerajaan akan menguatkuasakan undang-undang sedia ada untuk memastikan pihak yang cuba menanam perpecahan menggunakan elemen bangsa, agama, bahasa atau cuba memperkecilkan institusi Raja Berperlembagaan serta mencuba merosakkan sistem demokrasi berparlimen, akan diambil tindakan,” katanya.

Beliau menegaskan, kerajaan akan memastikan rakyat yang sedang menghadapi ‘cabaran kematangan’ sekarang tidak bersikap melampau selepas menikmati kemajuan pesat dalam landskap media dan organisasi berita.

Sehubungan itu, rakyat harus mampu memanfaatkan kebebasan bersuara sebaik mungkin kerana jika corak tenaga baru yang datang daripada kebebasan bersuara itu tidak digunakan dengan baik, mereka akan terkeliru.

‘Kesan rama-rama’

“Isu melanda pemikiran rakyat sekarang adalah pemahaman demokrasi dan hak kebebasan bersuara. Ia memberi kesan yang tidak pernah berlaku sebelum ini hingga meninggalkan ‘kesan rama-rama’,” katanya.

Najib berkata, kunci bagi kejayaan untuk memanfaatkan kebebasan bersuara adalah dengan bermuhasabah mengenai identiti diri sebagai warga Malaysia dan bertanya pada diri sendiri mengenai kebebasan bersuara yang harus sesuai dengan identiti rakyat Malaysia yang berbudi bahasa dan mengamalkan nilai murni.

“Adakah perlu perbezaan pendapat mewujudkan syak wasangka melampau yang asing daripada budaya Malaysia? Untuk demokrasi benar-benar berfungsi, rakyat dan pengamal media semestinya berpegang kepada pendirian mulia supaya tiada antara kita yang menyimpang, mahupun menyalahgunakan kuasa,” katanya.

Sehubungan itu, Najib mengingatkan wartawan supaya mengetengahkan isu lebih utama seperti perpaduan dan usaha memajukan negara, selain menjadi perantara berkesan dalam menyampaikan maklumat antara rakyat dengan kerajaan dan sebaliknya.

NOTE** PPM akan sahut cabaran ini bila tiba masanya. Insya Allah

Wednesday 12 June 2013

PRU14 Akar Umbi Singkirkan Kelayakan Haji Hadi

Dalam sebok-sebok geng PAS cuba pasang api untuk mendesak Najib Razak digugurkan dalam PAU. Dalam diam sudah ada gerakan mempertikai Haji Hadi untuk mengetuai PAS di PRU14.

Ini bukan satu ramalan PPM, tetapi telah dibongkarkan oleh blogger PAS sendiri yang kononnya ada akar umbi PAS cap itik sedang mendesak mencari calon baru untuk menggantikan Haji Hadi. Yang menggemparkan calon yang bakal dikemukakan adalah Tuan Ibrahim yang pernah dalam diam-diam khianati Hasan Ali lihat di link ini. Adakah ciri ini bersesuai sebagai ketua?

Entahlah bagaimana cara dan kaedah penentuan diguna pakai untuk mencari ganti calon baru? Walaupun bergitu, ini mungkin permulaan yang baik buat PAS apabila sedar kemampuan Haji Hadi terbatas dan pengunduran Nik Aziz juga mungkin boleh mengubah langskap corak pendekatan politik PAS.

Tetapi kenapa tidak dicalonkan Harun Din yang merupakan orang kedua dalam Majlis Syura? Adakah kewibawaan dan pendekatan Harun Din tidak mampu memberi kelebihan kepada PAS di PRU14? Atau kerisauan akibat barah bencikan perpaduan UMNO PAS belum dapat dibersihkan?



PPM ingin bertanya pada orang-orang PAS. Pernah tak PAS terfikir yang PRU13 telah membuktikan kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat lebih banyak mendatangkan kemudaratan berbanding kebaikan. Bukankah keputusan keseluruhan dalam PRU13 jelas menunjukan PAS gagal dan kehilangan banyak undi dari orang melayu?

Walaupun ketika ini PAS berpura-pura menggunakan kemenangan besar DAP sebagai alasan kejayaan PAS, tetapi hakikat kebenarannya, PAS tidak berani menyebut kehilangan sokongan orang melayu dan kegagalan mereka mempertahankan Kedah. Malah isu sepatutnya PAS yang paling layak menjadi MB Selangor pun akar umbi takut bersuara?

Persoalannya apa sudah jadi dengan PAS sekarang. Rasanya ada patut buat PAS, masukan faktor ini sebagai ciri-ciri menentukan siapa yang paling layak mengganti Haji Hadi di misi PRU14. PPM yakin yang Anwarinas tidak akan duduk diam dalam soal ini.

Adakah Harakah Hilang Selera Dengan Husam Musa

Kesian sudah jatuh ditimpa tangga rupanya, tidak cukup dengan tergolek dog lagi. Eyalah dulunya dialah terhebat walaupun semua projek tahap siap batu asas sahaja. Boleh kata hampir saban hari ada sahaja promosi wajah Husam Musa. Malah ketika pertama kali Husam Musa bersuara untuk saman NST bukan main lagi Harakah mainkan isu ini. Siap di ulang tayang oleh blogger pro Pakatan.

Kononya waktu itu cukup hebatlah, baru bawa kes dah rasa macam menang. PPM dapat bayangkan kalau semalam Husam Musa menang saman terhadap NST, fuhh hari ini mahu sebulan diulang tayang tapi sayang nasib tidaklah selalu cerah. Tapi Harakah apahal sepi membisu pula? Mana ulang tayang seperti sebelum ini, kata Tepat Dari Sumber tapi sekarang Tepat Kena Muka kot?

 Adakah Harakah dah hilang selera untuk menceriakan sedikit hari-hari malang buat Husam Musa. Tak akanlah mentang-mentang Husam gagal sana sini sampai langsung tak pandang langsung. Kata seperjuangan tapi bila tidak penting macam kena buang terus? Betulke...

Apahalpun terbaik buat Husam Musa tidak melatah mungkin ini permulaan ke demensi baru atau masih dengan budaya lama. 



Video Keberanian Atau Kebodohan Melampau ?

Seronok memang ramai orang ingin cari keseronokan tapi kalau inilah cara keberanian tanpa memikir apa kesilapan manusia yang boleh berlaku. Jafi ini kita hendak namakan apa berani atau kebodohan? Lihat video ini

Denyutan Nadi Anwar Membimbangkan Wan Azizah

Entah mengapa denyutan nadi Anwar Ibrahim semakin laju sejak akhir-akhir ini setelah tamatnya PRU13. Bukan setakat itu Anwar terkena sindrom mengira angka? Kini tahap denyutan semakin kencang apabila Anwar sebok menjelajah betkempen walaupun tempoh kempen telah lama tamat. Adakah ini membimbangkan Wan Azizah?

Entahlah agak-agaknya Wan Azizah pun terbejangkit sama kerana keputusan yang bukan datang dari doktor tetapi keputusan di bawah ini.


Cuba lihat apa sudah jadi? Satu Malaysia punya keputusan buat Anwar naik angin dan nadi tegang menahan geram. Lihat Sabah, Sarawak, Johor dan Perak adalah antara negeri paling tinggi mula menolak kewujudan PKR atau lebih afdal dinamakan Parti Kian Rebah. Selamat tinggal Anwar..



TOP 100 Ranking Terkini Blogger PRO BN 10/6/2013

Alhamdulillah PPM masih kekal tangga kedua blogger Sarawak danperubahan ketara dari tangga 84 ke tangga 41 seluruh Malaysia. Apapun tahniah buat Malanau dan UnreportedNew masih menguasai tempat 1 dan 3.

Lepas dapat boleh datang office kutip angpau no hehehe.... rujuk sini untuk ketahui sepenuhnya



Tuesday 11 June 2013

Kemelut Cybertrooper BN Sarawak Part4 CYWAR ROOM PART2



PPM rasa ada keperluan untuk lanjutkan isu ini apabila terbaca penulisan Protonace.Blogspot yang PPM tahu mereka adalah SUPP.

(klik untuk link blog) But the fact is, this morning after having the “coffee time” found out none of the blogger in Sarawak which is suppose under the umbrella of UMB Sarawak should have a share from the 3 Million! according to Pecah Palak Mekir (PPM) and the amount money they getting is RM ZERO! Tentulah bercanggah dengan apa PPM ceritakan disini Cywar Room Part1(klik untuk link blog)

Tentulah PPM tidak faham apa sedang berlaku? Sedang jentera media yang setia berjuang penuh dengan habuan maki-makian, berpeluh berperang dengan serba daif. Adakah ini boleh dirumuskan sebagai PERJUANGAN MEDIA CYBERTROOPER ADALAH TIDAK PENTING ATAU ADA SEBAGAI ALASAN LAIN?

Sejauh mana ahli politik kita rasakan pentingnya memantapkan perjuangan media? Satu bedah siasat perlu dilakukan dan satu kajian terperinci perlu dikaji malah satu blueprint yang mantap perlu dibentangkan, jika kita rasakan cybertrooper diperlukan untuk PRN dan PRU14 nanti.

Yang pasti PPM amat bersetuju dengan ungkapan Audie61.
(klik untuk link blog) WE NEED TO CLEAR OUR NAME AND MY FRIENDS THE TIME IS APPROPRIATE NOW BEFORE OUR NAMES ARE BEING USED FOR THE WRONG REASONS AGAIN.

Juga PPM terdengar suara UnreportedNews: 
(klik untuk link blog)
Berbalik kepada saat-saat ketika aku dan rakan karibku; Melanau Bloggers ketika "berjuang" di ambang PRU 13, aku tidak nafikan memang ada segelintir ahli-ahli politik yang "memahami kesukaran" yang kami lalui dan menghulurkan sedikit bantuan kewangan kepada kami.


Namun sadisnya, mereka yang betul-betul mengerti keadaan kami teramat sedikit malahan tidak kurang juga ada yang memberi janji-janji yang hanya berakhir dengan "air-liur" sahaja namun kami tetap akur dan meneruskan perjuangan.

Ingin aku tekankan disini, perjuangan aku dan rakan-rakanku (dan juga PPM) bukannya berpaksikan kepada wang ringgit semata-mata dan walaupun semuanya kami buat atas dasar sukarela, kadangkala ada masalah melanda (berkaitan dengan blogging-peralatan rosak, broadband, internet dsb), sekali sekala dihulur bantuan ringan jugak rasa bebanan tu.Aku juga sedar, sebagai blogger-blogger indipenden yang tidak bernaung di bawah UMB Sarawak memanglah kami tidak layak merasai apa-apa "keistimewaan" yang mungkin dinikmati oleh rakan-rakan blogger kami dalam UMB. cerita-cerita lama hingga hampir 4 tahun mereka berjuang.

Siapa mereka semua ini? Cuba tanya adakah mereka ini sedang melobi jadi calon? Atau mendapat nikmat kenaikan gaji? Atau mungkin jugalah mereka termasuk PPM tidaklah popular macam Papagomo. Tetapi tahukah anda PPM di PRU13 lepas adalah no dalam senarai blgr dan UnreportedNewas pernah ditempat no 2 malah MalanauBlogger sering menjuarai tempat no 1 sebagai blog paling banyak dibaca di Sarawak. Bergitu juga Audie dan Prontonace di antara yang tertinggi ranking kedudukan dalam senarai blgr Sarawak.

Persoalannya adakah BN cukup sedar, bahawa generasi baru dikawasan luar bandar menggunakan medium internet? Adakah BN Sarawak sedar 70% kekuatan Pakatan Rakyat adalah jentera alam maya yang berkempen tanpa kira hari dan masa. Akhirnya segala isu yang meletup di alam maya akan turun ke siri ceramah disetiap ceruk negeri. Kemudian sambutan ceramah akan disalurkan ke alam maya. Dulu keputusan PRU12 2008 BN Pusat tidak jangka kekuatan alam maya menentukan nasib PRU13. Malah blueprint dan rancangan sejak 2008 Red Bean Army yang bergaji RM3000 sebulan telah menghasilkan fenomena sunami undi cina di PRU13.

PPM pernah terdengar suara seseorang dari majlis tertinggi jentera PRU13 BN Sarawak, yang mengatakan "PRU13 ADALAH LATIHAN MEMANTAPKAN JENTERA HADAPI PRN SARAWAK YANG MUNGKIN AKAN BERLANGSUNG LEBIH AWAL"

Tetapi sedarkah kita yang kerja jentera turun padang adalah lebih bersifat bermusim berbanding jentera Cybertrooper yang tiada masa bercuti. Jadi adakah pengalaman PRU13 adalah latihan berjuang dalam kedaifan? Atau bagaimana untuk rumuskan? Walaupun apapun cuba bandingkan dengan iklan DAP ini

Apakah matlamat disebalik iklan ini? Adakah ini agenda baru untuk persiapan jentera PRN dan PRU14? Rasanya dulu sunami undi melayu, kemudian PRU13 sunami undi cina dan nanti PRN dan PRU14 sunami apa pulak?

Adakah semua ini adalah mustahil akan berlaku kepada Sarawak kerana kejayaan BN Sarawak di PRU13 adalah luar biasa? PPM ingin menyeru kepada semua blogger dan cybertrooper Sarawak marilah kita bersatu dari cengkaman dan bebas dibawah satu bumbung perjuangan. PPM akan cerita siri terbaru PERANG SAUDARA dalam episod seterusnya.

Monday 10 June 2013

Kemelut Cybertrooper BN Sarawak Part 3 CYWAR ROOM

PRU 13 adalah saat yang amat mencabar di Sarawak. Ketika itu PPM ada masalah tidak mempunyai gajet sebab laptop rosak. Tapi ribuan terima kasih Tun Faisal menyumbang sedikit wang untuk PPM membeli sebuah note 10.1 dan baki bolehla buat berlanja bayar bill internet.

PPM amat tabik dengan Tun sebab hari ini dia maklum lusa terus double y bankin. Itulah alat PPM ada dari sebelum ini menggunakan handphone S Advance untuk buat blog dan poster.

Kalau mengikut keperluan PPM mesti ada laptop baru mengganti laptop lama yang memang tak boleh pakai lagi. Tapi kita orang jenis apa sahaja ada guna sajalah yang penting kerja jalan. Walaupun agak sukar sikit untuk menggunakan note kalau untuk buat blog kecuali poster cukup mudah tetapi terhad.

Satu persoalan yang timbul ketika parlimen di bubarkan. Cywar belum lagi dibuka dan peralatan belum lagi ada. Tetapi PPM berjaya korek-korek cari  2 blogger yang baru dan 4 orang facebooker yang akhirnya masih juga PPM perlu ajarkan apa yang patut buat.

Ketika menunggu hari pencalonan PPM masih tertanya-tanya kenapa peruntukan belum sampai sedangkan orang sudah mula berkempen di suluruh negara. PPM difahamkan bajet belum keluar dan bajet belum keluar. Situasi adalah rumit kerana ada satu PC untuk dikongsikan dengan 7 orang mujur datang 3 orang lagi facebooker sambilan dan ada laptop sendiri, tapi baru nak berlajar buka account untuk blast.  Nak tahu kenapa situasi team cybertrooper jadi bergini sila rujuk episod ini

Situasi ini benar-benar buat PPM sendiri yang Pecah Palak Mikir bagaimana hendak aturkan semua sedangkan PPM sendiri mendapat arahan untuk menyiapkan poster untuk kegunaan dan sebaran jentera turun padang. Akhirnya PPM ada menyuarakan masalah pada berberapa YB bertanya kenapa lambat dan mereka tiada jawapan.

PPM sebenarnya amat berharap jika diberi gejet seperti laptop tetapi apa daya bajet tak ada. Jadi terpaksalah bersyukur atas bantuan dari Tun Faisal.

Kemudian bajet cywar akhirnya keluar tapi rasa ciput sangat. PPM pun tidak tahu berapa jumlahnya. Sebab itu cywar hanya ada dua PC yang dibeli lebih kurang seminggu sebelum hari mengundi. Kalau nak ikut masa memohon bajet ada dimasuk laptop untuk blogger dan tv untuk cywar room. Tapi itu tak ada mungkin bajet tak da. Tapi yang menghairankan PPM jika PRN UMB Sarawak boleh dapat bajet besar kenapa PRU13 bergitu terhad? Rujuk episod ini.

Persoalan PPM apa faedahnya beli 2 PC (satu 12 hari sebelum dan 1 lagi sebelum 3 hari buang undi) harga hampir RM8000 untuk kegunaan saat akhir dan selepas PRU13 nak guna kena buat permohonan dahulu itupun kalau mahu dibuka? Kalau beli laptop boleh juga buat kerja tanpa kira masa dan menggangu masa orang lain. Tapi ini agak PPM terkilan orang harap PPM buat kerja tetapi macam tidak percaya, abis macam mana.

Bagus lagi Audie ada cakap mereka cybertrooper SPDP pun dapat di saat-saat akhir tapi dapatlah antara mereka beli seorang satu BB buat setiap jentera walaupun secondhand. Kalau tak silap PPM dibawah Audie ada antara 15 orang jentera dan kira oklah ada bajet juga. Oklah sesak Audi dapat beli gajet malah pakai juag untuk blast hingga PRN kot.

Lebih sedih lagi dikalangan Team Blogger Anak Sarawak ada diantara ahli langsung tak dapat apa-apa. Malah PPM tidak tahu dan tidak faham kenapa Team ini dibubarkan sebelum PRU13. Minta-minta UnReportedsNew atau Malanau Blogger kongsi-kongsi sikit cerita.

Satu lagi persoalan bagaimana status cyberwar lain mengikut kawasan lain adakah tersusun? Jika semua cyberwar dari setiap DUN (kalau ada) bersatu alangkah hebatnya jentera BN semasa PRU13?

Kenapa PPM keluar dari UMB Sarawak. Jangan salah faham PPM keluar bukan bergaduh dengan sesiapapun tetapi PPM patut secara sukarela letak jawatan keluar untuk cari duit beli laptop buat mungkin buat PRN dan mungkin PRU14 itupun kalau semangat PPM masih kuat untuk berjuang atau tutup je account abis cerita. Sebab ada tak ada pun siapa kisahkan.

Kalau ikut pengalaman PRU13 PPM sedar jangan berharap bantuan untuk mendapat peralatan berjuang TOLONG AMBIL NOTE BUAT BLOGGER BLOGGER YANG BARU NAK BERLAJAR sebab blogger macam kami ini bill internet pun bayar sendiri oklah RM100 sebulan bukan mahal pun.

Dalam masa selepas PRU13 PPM juga terpaksa cari kerja baru setelah dipecat diketika terlampau sebok buat kerja kempen kemenangan BN di PRU13. Tidak apalah itu harga sebuah perjuangan macam kami redha je lah.

Sebab menganggur sekejap tapi nasib baik boleh dapat kerja balik. Rezekikan tuhan yang beri yang penting kita berjuang ikhlas inysa allah segalanya mudah. Cuma tolonglah buat sesiapapun tolong jangan berlagak bercakap sebagai seorang perjuang dengan bahasa duit tetapi berbahasalah secara perjuang sejati.

Hakikatnya kami para blogger ingin sedikit perhatian tetapi terpulanglah kepada sesiapa yang sudi. Tetapi jangan pandang kami boleh dibeli perinsip pejuangan nak tahu tunggu episod akhir. Sebenarnya isu ini sengaja PPM dedahkan kenapa cywar PRU13 boleh dilewatkan sampai saat-saat akhir mengundi. Tidak tahukah berapa banyak masa kita buang ketika tempoh berkempen selama 15 hari.

Adakah cybertrooper tidak penting dalam perjuangan di Sarawak. Mungkin disini kita nampak pendedahan negatif tetapi cuba renungkan sekejap adakah kita nampak Cybertrooper Red Bean Army gagal main peranan di Sarawak. Jika itu kita dapat nilaikan sudah tentu kita dapat fikirkan kemana hala tuju Cybertrooper Sarawak.

PPM tahu berberapa siri yang dedahkan mendapat sabutan pelbagai ada yang marah, ada yang suka dan ada yang sengaja tambah api. Tapi ini adalah satu kelemahan pada pandangan PPM yang perlu diteliti dan dikajikan semula. PPM gunakan blog kerana PPM bukan orang penting boleh berjumpa mana-mana ahli politik untuk terang dan hujah macam itu sahaja. PPM hanya buat ini tanpa siapa diberlakang dan tanpa apa-apa ganjaran dijanjikan tetapi kalau kita sayangkan kewujudan Barisan Nasional. Apa salahnya kita ambil disudut positif? Tunggu episod akhir PPM akan perjelaskan apa kaitan semua ini.


Awas Jerangkap Samar PAU Najib Razak

PPM ingin sampaikan kepada Datuk Sri Najib Razak yang kami adalah blogger yang setia diberlakang anda. Oleh Awasilah jerangkap samar yang terpasang dalam PAU. Kedengaran sudah ada gerakan blogger BN bagai gunting dalam lipatan sedang merangka serangan bagaikan bujang senang.

Kami blogger pro Najib seluruh Malaysia sepakat sedang bersiap saga untuk menyerang balas jika air sekali belenang dan kami percaya sang buaya sedang nekad menerkam mangsa.

Buat Datuk Sri tolong amati apa yang terjadi kepada Ghafar Baba yang masuk ke dewan dengan sangkakan airnya tenang tetapi dilibas diterkam tersungkur oleh permangsa. Tidak mustahil ini berulang dan tidak salah kita kita berawas. Kami percaya pemangsa sedang menanti mangsa bethati-hatilah. Kerana skrip yang sama Pak Lah terkena.



Video Animasi Pertama Tun Dr Mahathir

Terbaik video animasi pertama menceritakan tentang Tun Dr Mahathir Adalah sesuai untuk pengenalan buat generasi baru mengenali barisan tokoh kepimpinan nagara.
Sepatut isaha ini dipergiatkan lagi kepada tokoh-tokoh Perdana Menteri yang lain demi mengukuhkan kembali sejarah dan semangat cintakan negara melalui paparan Animasi-animasi yang menarik buat generasi baru.

Sunday 9 June 2013

Kemelut Cybertrooper BN Sarawak Part2 KEM CYBERTROOPER

Sejauh manakah kekuatan sebenar Cybertrooper Sarawak? Inilah persoalan pertama yang pernah diutarakan PPM  kepada Seseorang ketika menyertai perjuangan kempen PRU13 Sarawak. Sebab itu kami sepakat untuk merancang mengadakan satu program untuk mengenal pasti siapa jentera Cybertrooper merangkumi 71 kawasan DUN Sarawak.

Ini berlaku 5 bulan sebelum PRU13. Dari persetujuan itu. PPM Telah membuat kajian terperinci demi memperkasakan Cybertrooper Barisan Nasional Sarawak  sebagai persiapan hadapi PRU13 selama 3 bulan dan juga mendapatkan pelbagai bantuan dari orang dalam UMB pusat. Kajian ini mendapat pelbagai sentuhan teknikal dari orang semenanjung dan Sarawak. Malah kerjasama ini merangkumi dari setiap parti komponen BN Sarawak.

PPM telah menyiapkan kertas kerja untuk 1600 orang cybertrooper termasuk 30 blogger Sarawak sebagai jentera untuk berperang di PRU13. Kertas kerja ini merangkumi Intel, Stringer, Facebooker, Twiter, Kretif Media, Youtube dan Blogger. PPM dapat bayangkan kekuatan jentera BN hadapi PRU13, jika semua ini lengkap dan setakat video Global Witnnes tentu mudah dipatahkan jika semua ini lengkap.

Pada ramalan PPM serangan pada PRU13 kali ini akan menjadi amat hebat. Sebab itulah cadangan PPM dipersetujui oleh banyak pihak pada awalnya. Akhirnya PPM telah diberi peluang untuk membentangkan kertas kerja ini di depan Wakil PBB, SUPP, SPDP dan PRS. Semasa hati tersebut strategi dan matlamat telah dipersetujui.

Ada juga timbul isu yang setengah-tengah blogger tak boleh sertai kerana berbeza kem. Tetapi apa daya siapa PPM?

PPM dapat tahu perbentangan itu berjaya mendapat kelulusan tetapi akhirnya hilang? Entah kenapa tiba-tiba orang lain yang dapat buat kem cybertrooper di sebuah hotel di hujung kuching untuk lebih kurang 30 orang. Dalam bengkel ini kami dihidangkan dengan celoteh para YB yang tidak suka itu ini. Kemudian kami diberi cap BN sebagai semangat hadapai PRU13. Tiada apa yang dapat membantu membentuk kekuatan jentera untuk PRU13.

Tidak apalah orang tidak nampak apa yang PPM Hendak lakukan. Akibatnya bila menjelang PRU 13 adalah berterabur terutama untuk menyekat serangan Red Bean Army.

Hakikatnya dalam perperangan di pasca PRU13. Strategi RBA lebih hebat dan lebih pantas terutama di kawasan DAP bertanding. Semasa cywar room cuma ada  7 orang dan ada pertambahan dibuat tetapi perlu diajar bagaimana untuk berperang. PPM ajarlah setakat yang mampu kerana PPM tidak ada masa untuk itu ketika tempoh 15 hari berkempen.

Tetapi alhamdulillah PRU13 tidaklah menjadi saingan hebat sangat KERANA KEKUATAN PBB PRS DAN SPDP ADALAH LUAR BIASA, kecuali buat kawasan DAP teruk dijatuhkan. Jika kita fikirkan adakah situasi ini akan berkekalan sehingga PRN dan seterusnya PRU14 nanti?

Usaha menggerakan bengkel ini sebenarnya menarik dan dipersetujui oleh pelbagai pihak dalam BN tetapi akibat terdapat individu berebut-berebut untuk mengadakan program atas nama sendiri menyebabkan. Matlamat sebenar yang hendak dicari tersasar.

Hakikatnya bengkel cywar banyak telah diusahakan oleh pelbagai pihak jika kita dengar cerita di seluruh Malaysia, dan PPM juga kesian setengah kawan-kawan bila kertas kerja siap tapi orang lain ambil alih.

Situasi melampau hingga ada orang berusaha buat kerja atas nama perjuangan tapi bekerjasama dengan orang inginkan keuntungan peribadi samada kuasa atau wang, Akibatnya akan menggagalkan matlamat asal perjuangan parti.

PPM minta maaf keatas isu berat ini tetapi jika kita tidak bersedia untuk memperkasakan kekuatan cybertrooper dengan lebih tersusun dan teratur bagaimana kita hendak tumpukan kekuatan jentera bila menjelang PRU atau PRN?

PPM boleh senarai nama individu ini, tetapi itu bukan matlamat PPM, matlamat sebanarnya tolonglah buat mana-mana pihak atasan BN. Kaji semula kedudukan Cybertrooper BN Sarawak. Apa nasib mereka, bagaimana kekuatan mereka, bagaimana peralatan mereka dan perhatikan apa terjadi bila Video Global Withness meletup. Tiada satupun blogger atau cybertrooper mampu mengeluar youtube serang balas kerana ada yang tidak ada gajet dan ada yang tidak ada pengalaman, malah untuk dapat jentera yang sebar isupun tidak ada.

Cuba pihak tertentu perhatikan ada Blogger (bukan PPM)  terpaksa keluar duit poket sendiri kepada facebooker yang sampai tahap cuti kerja kerana untuk tumpukan kempen PRU13. Asalnya mereka dijanjikan bantuan tetapi lepas PRU13 tinggal janji.

PPM kagum dgn blogger tersebut sanggup berkorban wang ringgit demi perjuangan. Tetapi adilkah mereka ini berkorban demi memastikan BN terus berkuasa dan ADUN dan MP terus berdiri?

Apa PPM luahkan bersifat cintakan perjuangan parti. Sekarang PPM blogger bebas tanpa dikongkong oleh sesiapapun dan itu sepatutnya buat seseorang blogger macam PPM. Kerana jika seseorang blogger terikat dengan arahan individu berkepentingan dalam politik sudah tentu berlaku budaya arahan serangan kepada individu tertentu demi survival politik. Hilanglah integriti blogger tersebut. Wajarkah budaya ini dibiarkan berluasa berlaku? MINTA MAAF DAN SIAPALAH BUAT ORANG SEPERTI KAMI YANG HANYA BERGELAR BLOGGER JALANAN... Tetapi jika tiada orang seperti PPM suarakan siapa lagi yang berhajat untuk perkasakan BN?








Isu Terkini

get this widget here