Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Saturday 15 June 2013

Fadillah Sedia Dana 400 Juta Sibu-Kapit Bikin Baru Bian Ternganga

Masih ingatkah bagaimana Baru Bian berhempas pulas untuk menggagalkan usaha Angkatan Tentera Malaysia dalam projek Bue untuk membina kemudahan rakyat di Ba'kelalan sila baca paparan ini. Tetapi isu inilah menjadi senjata untuk PKR berdagang di musim PRU13. Hakikatnya Pakatan Rakyat amat risau jika Sarawak mampu memenuhi kehendak rakyat.

Situasi sekarang sudah tentu membuat Baru Bian the Geng sakit kepala memikir bagimana hendak mencari idea-idea baru mempengaruhi masyarakat Sarawak.

Menurut sumber Datuk Fadillah semenjak dilantik sebagai Menteri Kerja Raya telah berjaya mendapat dana sebanyak 400 juta untuk menyiapkan pembinaan jalan raya sepanjang 33km dari Song ke Kapit dan sebuah jambatan di Kanowit bagi menghubungkan kawasan Kapit melalui akses darat.

Ini adalah permulaan dari pelbagai projek bakal menyusul nanti dan dalam pada masa itu Perdana Menteri telah berjanji menyediakan peruntukan tambahan untuk menyelesaikan masalah dan membuat pengukuran tanah NCR di seluruh Sarawak.

Inilah dua isu utama menjadi bahan dagangan Batu Bian the team untuk membuat pelbagai cerita dan dakyah bagi memikat masyarakat Sarawak untuk beralih kepercayaan kepada Pakatan Rakyat.

Nampaknya usaha lalu telah gagal dan sudah di terjemahkan dalam keputusan PRU13 dengan kemenangan besar BN Sarawak kecuali SUPP. Kenapa SUPP gagal itu BN Sarawak kena perhalusi lagi.

Apapun tahniah buat Datuk Fadillah dan tidak lupa juga Datuk Hajah Rohani yang sekarang ini mula bergerak dan bekerja keras untuk memenuhi impian warga Sarawak tanpa melupakan tangungjawap mereka di seluruh negara.


No comments:

Isu Terkini

get this widget here