Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Friday 29 August 2014

Lihat Video @NajibRazak Kalah Hujah Nepotisme Kerana @AnwarIbrahim dapat lesen Halal Dari Israel


Hakikatnya D.S Najib Kena akur yang Anwar mendapat lesen Nepotisme dari Israel yang kuat menyokong Anwar dari berlakang seperti video dibawah:


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu sidang media telah menyanggah kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang berkenaan isu lantikan Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar kerana beliau isterinya. Anwar dalam kenyataannya itu mendakwa bahawa lantikan Wan Azizah sebagai calon MB Selangor bukan kerana beliau isterinya, sebaliknya banyak kriteria yang ada pada Azizah telah melayakkan beliau untuk jawatan tersebut. 

Anwar turut berkata bahawa beliau jelas terkejut apabila Najib telah mengaitkan hubungan beliau dengan Azizah sebagai satu modal untuk memburukkan dirinya dan beranggapan bahawa tindakan sebegitu tidak seharusnya dilakukan oleh Najib memandangkan isu pencalonan Azizah sebagai MB Selangor dilakukan bukan di atas dasar kronisma sepertimana yang di amalkan di dalam UMNO. 

"Saya terkejut apabila Datuk Seri Najib heret soal isteri dalam polemik politik. Saya tak mahu terbawa-bawa dengan polemik itu. pencalonan Wan Azizah berlandaskan kekuatan dan pengalaman beliau sebelum ini sebagai Ketua Pembangkang Malaysia dan kini merupakan Presiden parti." ujar beliau kepada media semalam. 

Anwar turut menambah bahawa pihaknya dan juga pihak PKR tidak mengamalkan sebarang agenda nepotisma sepertimana yang didakwa oleh Najib baru-baru ini kerana segala tindakan dan keputusan berkaitan kemelut jawatan MB Selangor adalah dibawah keputusan parti sepenuhnya. "Pencalonan Wan Azizah ini adalah keputusan parti, bukan kerana dia adalah isteri Anwar. Memadai saya katakan bahawa Wan Azizah adalah Presiden parti, pernah menjadi Ketua Pembangkang Perlimen Malaysia dan saya juga tak bercadang nak bawa perbincangan ini kepada pengetahuan umum." tambah beliau lagi. 

Mengulas lanjut, Najib dalam satu majlis baru-baru ini telah mengulas tentang ‘nepotisme terbuka’ sedang berlaku di negeri Selangor dimana ianya dilihat ditujukan kepada Anwar susulan melantik keluarganya dalam pentadbiran parti dan juga pentadbiran di negeri Selangor. “Cuba bayangkan, kalau dalam BN kita angkat isteri menjadi menteri besar, kita akan dituduh nepotisme terbuka tetapi ini sedang berlaku di Selangor. 

Ini terserah kepada rakyat Selangor cuba fikirkan apa yang baik dan patut lakukan berasaskan pertimbangan masuk akal dan rasional dan pertimbangan ini menyelamatkan negeri dan negara kita secara keseluruhan." ujar beliau dalam kenyataannya itu. - See more at:

Tuesday 26 August 2014

@DrWanAzizah @AnwarIbrahim menangis tidak berlagu kerana melepas Kerusi MB Selangor


Alahai malangnya nasib Anwar Ibrahim dan Wan Azizah nampaknya terpaksalah calonkan Nurul Izzah pulak lepas ini kerana sultan kuran berkenan samada Wan Azizah mahu Azmin Ali sebagai MB selangor.

Yang pasti PAS ada peluang cerah untuk menjadi MB. Diketika ini peletakan jawatan MB Khalid ditangguhkan sehingga Sultan bersetuju menamakan sebarang calon sebagai MB Selangor


Bergegar Otak @AnwarIbrahim Bila @DrMaza bancuh dengan Kopi O'Pekat Kaw-kaw

Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini membangkitkan persoalan situasi yang akan berlaku sekiranya PKR yang kini sedang berhadapan krisis menteri besar Selangor mentadbir Malaysia.

Melalui laman sosial Facebook DrMAZA.com miliknya, Asri yang kini berada di London berkata, pertanyaan berkenaan adalah persoalan yang bermain dalam fikiran rakyat biasa.

"Saya di London sudah hampir tiga minggu. Saya hanya ikuti perkembangan politik dari Internet.

"Maaf, saya hanya tertanya diri saya: jika PKR yang seperti dalam keadaan sekarang menguasai negara apa akan terjadi?", kata Asri, di laman media sosial itu awal pagi tadi.


Beliau kemudiannya berkata, pengikut PKR tidak seharusnya marah dengan pertanyaan beliau, memandangkan ia adalah hak demokrasi setiap rakyat di negara ini.

"Maaf ahli-ahli PKR ini soalan yang melintas dalam fikiran seorang rakyat marhaen.

"Jangan marah. Kita negara demokrasi, hak rakyat untuk berfikir dan bertanya," katanya.

Status Facebook berkenaan setakat ini menerima 9,473 'Likes' dengan lebih 1,100 komen dan 425 perkongsian.

Selangor kini berhadapan krisis untuk menukar Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana dikatakan sering membelakangkan parti dalam membuat keputusan.

PKR memutuskan untuk menggantikan beliau dengan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga isteri kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dr Wan Azizah dikatakan menerima sokongan majoriti 30 ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor dari PKR dan DAP, dengan dua lagi Adun PAS yang menandatangani Akuan Bersumpah (SD).

Khalid yang kini merupakan menteri besar dari blok Bebas mentadbir Selangor bersama empat anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) PAS.

Beliau dijangka bertemu Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah esok bagi membincangkan kedudukannya sebagai menteri besar selepas PAS menyatakan sokongan kepada Dr Wan Azizah untuk menjadi menteri besar.

Parti Islam itu sebelum ini menamakan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali selain Dr Wan Azizah, untuk menjadi menteri besar, namun Azmin menolak pencalonan tersebut. – 25 Ogos, 2014. sumber

Padan Muka Khalid Samad Kena Ludah dan Ditampar berkali-kali

26 Ogos - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad hari ini disembur dengan air, diludah dan ditampar beberapa kali oleh seorang lelaki ketika sedang melalui tangga utama Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta di sini.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu turut dilemparkan kata-kata kesat oleh beberapa lagi individu yang datang bersama-sama lelaki tidak dikenali itu yang dikatakan telah menunggu Khalid di lobi beberapa minit sebelum kejadian.

Kumpulan tersebut terus mengekori Khalid hingga ke tempat letak kenderaan dan terus meludah beliau walaupun Khalid telah memasuki keretanya.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 1 petang, dua jam selepas khalid didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan mengeluarkan pernyataan menghasut berkaitan dengan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan selepas jaminan RM4,000 dibayar oleh rakannya. - UTUSAN ONLINE

Isu Terkini

get this widget here