Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Friday 29 August 2014

Lihat Video @NajibRazak Kalah Hujah Nepotisme Kerana @AnwarIbrahim dapat lesen Halal Dari Israel


Hakikatnya D.S Najib Kena akur yang Anwar mendapat lesen Nepotisme dari Israel yang kuat menyokong Anwar dari berlakang seperti video dibawah:


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu sidang media telah menyanggah kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang berkenaan isu lantikan Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar kerana beliau isterinya. Anwar dalam kenyataannya itu mendakwa bahawa lantikan Wan Azizah sebagai calon MB Selangor bukan kerana beliau isterinya, sebaliknya banyak kriteria yang ada pada Azizah telah melayakkan beliau untuk jawatan tersebut. 

Anwar turut berkata bahawa beliau jelas terkejut apabila Najib telah mengaitkan hubungan beliau dengan Azizah sebagai satu modal untuk memburukkan dirinya dan beranggapan bahawa tindakan sebegitu tidak seharusnya dilakukan oleh Najib memandangkan isu pencalonan Azizah sebagai MB Selangor dilakukan bukan di atas dasar kronisma sepertimana yang di amalkan di dalam UMNO. 

"Saya terkejut apabila Datuk Seri Najib heret soal isteri dalam polemik politik. Saya tak mahu terbawa-bawa dengan polemik itu. pencalonan Wan Azizah berlandaskan kekuatan dan pengalaman beliau sebelum ini sebagai Ketua Pembangkang Malaysia dan kini merupakan Presiden parti." ujar beliau kepada media semalam. 

Anwar turut menambah bahawa pihaknya dan juga pihak PKR tidak mengamalkan sebarang agenda nepotisma sepertimana yang didakwa oleh Najib baru-baru ini kerana segala tindakan dan keputusan berkaitan kemelut jawatan MB Selangor adalah dibawah keputusan parti sepenuhnya. "Pencalonan Wan Azizah ini adalah keputusan parti, bukan kerana dia adalah isteri Anwar. Memadai saya katakan bahawa Wan Azizah adalah Presiden parti, pernah menjadi Ketua Pembangkang Perlimen Malaysia dan saya juga tak bercadang nak bawa perbincangan ini kepada pengetahuan umum." tambah beliau lagi. 

Mengulas lanjut, Najib dalam satu majlis baru-baru ini telah mengulas tentang ‘nepotisme terbuka’ sedang berlaku di negeri Selangor dimana ianya dilihat ditujukan kepada Anwar susulan melantik keluarganya dalam pentadbiran parti dan juga pentadbiran di negeri Selangor. “Cuba bayangkan, kalau dalam BN kita angkat isteri menjadi menteri besar, kita akan dituduh nepotisme terbuka tetapi ini sedang berlaku di Selangor. 

Ini terserah kepada rakyat Selangor cuba fikirkan apa yang baik dan patut lakukan berasaskan pertimbangan masuk akal dan rasional dan pertimbangan ini menyelamatkan negeri dan negara kita secara keseluruhan." ujar beliau dalam kenyataannya itu. - See more at:

1 comment:

Anonymous said...

Orang putih ada berkata:
Babi kalau dikenakan lipstick, masih akan kelihatan dan berbunyi seperti babi.

Hahaha. Anwar ni mental.

Isu Terkini

get this widget here