Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Friday 19 September 2014

Video Kerana @AnwarIbrahim PAS Doa Laknat Sesama Meraka Dalam PAS #PrkPengkalanKubur



Seorang perwakilan di Muktamar PAS mengambil peluang dalam ucapannya untuk membacakan doa yang mengutuk pemimpin parti – termasuk timbalan presiden Mohamad Sabu dan dua ADUN parti itu di Selangor.




PAS Wilayah Persekutuan, Azhari Ariffin membacakan doa sepanjang 20 minit memohon laknat Allah terhadap dua ADUN PAS iaitu Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) yang disebelum ini dilabel sebagai derhaka dan belot kerana melanggar keputusan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul HAdi Awang dan MAjlis Syura Ulama.

Dua ADUN tersebut sebelum ini menyokong presiden PKR sebagai calon menteri besar Selangor yang baru dalam pengakuan berkanun mereka walaupun PAS pusat memutuskan untuk terus menyokong kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Selangor.

Dalam doanya itu, beliau turut meminta agar Timbalan Presiden parti tu, Mohamad Sabu tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan presiden PAS.

Beliau juga berkata Saari dan Hasnul ibarat ejen perosak dalam parti itu, dengan memetik perumpamaan “nila setitik yang merosakkan susu sebelanga”.

“Sekarang kita ada dua nila – satu Cap Hulu Kelang dan satu Cap Morib, mereka nila yang sangat beracun,” katanya dalam doa itu sambil menadah tangan.

Kebanyakan perwakilan yang bersidang di bawah khemah besar di Parit Salleh Ros, Batu Pahat itu dilihat turut menadah tangan dan melaungkan ‘Allahuakbar’

Malah, ada juga sebilangan para wartawan yang turut menadah tangan.

Doanya yang meleret-leret sehingga lebih 25 minit itu memaksa pengerusi tetap muktamar, Abu Kassim Abdullah mengulangi peringatan agar beliau menamatkan ucapan.

“Saya sebagai pengerusi tetap, minta kamu ringkaskan bacaan doa tersebut” katanya dengan nada tegas.

Sejurus selepas bacaan doa tersebut, Azhari turut menjual beberapa rangkap pantun kepada pengerusi tetap

Tindakan Azhari itu akhirnya menimbulkan kemarahan seorang perwakilan yang meluru ke pentas dan menuntut agar Abu Kassim mengambil tindakan ke atas Azhari kerana di dakwa tidak Islamik dan akan mengelirukan umat Islam dan bukan Islam.

Beliau meminta pengerusi tetap mengeluarkan ketetapan sama ada tindakan membaca doa yang mengutuk orang lain dalam parti itu boleh dibenarkan dalam persidangan.

“Saya minta Datuk pengerusi tetap buat satu tetapan (atas tindakan) mengunakan agama dan doa menghentam orang tertentu di dalam doa”

“Apakah ini akhlak dalam jemaah Islam, apakha ini (yang) diajarkan oleh agama?

“Kenapa kita perlu gunakan agama, datangkan hujahnya sepatutnya.” soalnya sebelum petugas keselamatan dari unit Amal meluru dan merampas mikrofon yang digunakan. http://nblo.gs/102Huz

Sunday 14 September 2014

PAS kekurangan Kontraktor sebab itu Import dari Kedah jadi calon #PrkPengkalanKubur


Ketokohan dalam ilmu agama kini tidak lagi menjadi kriteria penting bagi seseorang menjadi calon PAS untuk bertanding pada pilihan raya, kata Pesuruhjaya PAS Kelantan Datuk Ahmad Yakob. Itulah ungkapan terbaik untuk membantu nasib Kontraktor PAS di Kedah.

Prihatin betul bukan tapi apakah sifat Kontraktor ini sesuai untuk diberi tanggungjawap mengjaga rakyat Pengkalan Kubur.

Berapa peratuskah tahap kemampuan calon PAS Wan Rosdi  berhikmat berbanding calon BN Mat Razi Mat Ail  yang terdiri dari seorang guru sekolah pondok yang didirikan oleh dirinya sendiri.

Beza seorang guru pondok yang sanggup korban harta demi pendidikan masyarakat dengan seorang kontraktor yang mahu membuat untung terhadap masyarakat?

Mana pilihan yang tepat untuk diberi harapan memikul Amanah?



@LimKitSiang Lebih Rela Cucunya @CmLimGuanEng Dimaki Celaka dari Ditegur Permalas #AktaHasutan #MansuhAktaHasutan

#MansuhAktaHasutan @LimKitSiang sebenarnya lebih suka orang makinya anak cucunya sebagai Celaka dari mendengar orang menegur sebagai permalas.Kerana inilah cara yang betul mengikut pengiraan DAP.


Inilah perumaan yang sebenar bagi menjawap bagaimana Lim Kit Siang cuba membela R.S.N. Rayer yang di dakwa akta hasutan dengan mengaitkan Tun Dr Mahathir patut di dakwa akta hasutan kerana menegur bangsanya yang masih jauh ketinggalan akibat masih ada yang malas.


Hakikatnya orang melayu yang mahu berfikir tidak pernah menganggap ini satu penghinaan tetapi hanyalah teguran atau peringgatan dari ayahda Tun diketika beliau masih mampu menyuara.

Mungkin lepas ini mana-mana Cikgu dekat sekolah disarankan DAP amalkan budaya mengcelakakan anak2 DAP seperti mana kata R.S.N. Rayer celaka itu bahasa kebiasaannya.


Inilah DAP sanggup memperbodohkan rakyat Malaysia dengan idea-idea bodoh mereka. PecahPalakMikir



Isu Terkini

get this widget here