Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Saturday, 16 November 2013

Faktor Sudah Tiba Masanya Relakan PAS Laksanakan Hudud

Andaikata jika kita masih sering berdebat, dikhuatiri akidah kita terjejas. Oleh itu untuk kali ini biarlah kita lihat dahulu apa yang mampu dilakukan PAS dengan rancangan pelaksanaan hukum hudud.

Memang sudah pasti ada dikalangan bukan islam akan bangkit membantah. Tetapi kita jangan lupa yang bukan islam melalui NGO COMANGO sedang menuntut menghapuskan status Islam Agama Resmi malah sedang berusaha untuk menghalalkan kebebasan murtad, orientasi seks, lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta kesamarataan antara agama dan termasuk bantahan mengharamkan penyebaran bahan-bahan merosakan akidah. rujuk dipautan ini dan ianya didalangai NGO yang bertopengkan Islam.

Kesimpulannya ini adalah masalah yang sesuai untuk kita bertegas melaksanakan hukum Hudud dan sepatutnya semua parti berasaskan majoriti melayu islam harus berkerja sama dalam soal ini.

Tetapi jangan hanya untuk dikalangan islam sahaja ditekankan, sepatutnya biarlah menyeluruh. Walau bagaimanapun pada masa ini hanya kepada warga islam kita anggapkan sebagai permulaan.

Samada bukan islam suka atau tidak, kita perlu inggat majoriti kerusi MP dan ADUN dimiliki orang islam. Sepatutnya antara PAS dan UMNO juga harus bersedia untuk membuka pintu perpaduan. Ibarat sebatang lidi dengan sebekas lidi. Ini bukannya kerja hak milik usaha peribadi tetapi ini tanggungjawap semua pihak.

Samada kita hendak tunggu semua rakyat bersedia dengan pengukuhan ekonomi, entah bilakah itu akan berlaku sedangkan tahap penyalahangunakuasa dikalangan kakitangan kerajaan dan rakyat beragama islam masih juga berlaku. Mungkin dengan hudud menjadi alternatif baru dalam menyelesaikan kemelut yang tidak bersudahan ini.

Cuma satu yang harus PAS kaji dan fatwakan adakah bukti CCTV akan dinafikan dari pembicaraan melalui hukum hudud. Ini penting kerena jangan sampai bila ada ahli politik yang melakukan zina dan terakam melalui CCTV dinafikan sebagai bukti. Dunia semakin moden dan jangan kita alpa yang isu ini boleh menjadi isu yang panas dikemudian hari terutama dipersenda-sendakan dikalangan bukan islam.

Kenapa PPM menulis melalui sudut ini. Ini adalah amanah dan tanggungjawap kita melakukan sebaik mungkin. Dan faktor yang besar sekali kita terlampau menurut kehendak bukan islam sehingga mereka melampaui batas mempertikaikan ibadah qurban, menuntut hak penyalahan guna khalimah Allah dan pelbagai lagi untuk meruntuhkan kekuatan benteng Malaysia sebagai sebuah negara berstatus islam.

Jadi untuk kali ini, biarlah kita lebih tegas dan PAS jangan kerana ini idea PAS tetapi takut untuk menyatukan sesama islam demi kepentingan politik sempit. Jangan lupa perpaduan sesama islam juga tuntutan yang termatub dalam Al-Quran.

Jangan kita lupa selama ini, kita sebagai masyarakat islam terkuat didunia, semakin hancur dari agenda diperkotak-katikan bukan islam di Malaysia dan dunia luar.

Tanpa perpaduan idea PAS bakal menjadi gimik politik yang tidak berkesudahan dan akhir maruah islam di negara ini akan terus menjadi faktor bahan persenda bukan islam. Demi Agama Bangsa dan Negara kita berjuang mengikut susunan dan In Sya Allah kita akan selamat dan berjaya.

Wa Allah hu Alam

Friday, 15 November 2013

Video Nazar Jalan Kaki Pak Majid Disembur Orang PAS

Dengan berbekal RM60 siapa sangka dari nazar, In Sya Allah bakal menjejak kaki ke UMRAH. Tetapi tidak semua manusia suka dengan rezeki Pakcik Majid maka terdengar suara sumbang orang-orang PAS. almaklumlah yang kalah itu Kelantan dan yang menang itu Pahang. Kenapalah soal ini perlu ke tahap menghina Pak Majid. Sudah rezeki dari usahanya.

Inilah orang kata tuah manusia siapa yang tau. Tahniah buat pakcik majid walaupun pelbagai tomahan diterima dan pelbagai pandangan sudah diutarakan. Hingga ada yang sanggup berkata baik bernazar jalan kaki ke mekah dari buang masa kerana pesta bola. Inilah perkara palainh tidak berfaedah dan sia sia serta nazar merepek termasuklah nazar yang membuang masa dan tenaga.

Apa jua orang bercakap, apa jua orang menghendik dan menghina. Sekurang-kurangnya Pak Cik Majid berani dan bersungguh-sungguh mengotakan apa yang diperhajatkan. Dirinya telah membuktikan kepada rakyat Malaysia. Sesungguhnya usahanya bukan sesuatu yang sia-sia sebaliknya menyentuh perasaan kerabat Pahang hingga sanggup menterjemahkan ke Umrah. Inilah suaratan takdir kepada Pak Majid kerana kesungguhannya menyematkan semangat kepada rakyat Pahang khususnya supaya berbangga dengan pencapaian team bola sepak Pahang.

Ini semangat kesukanan dan anggaplah Pak Majid bersukan!!

Jadi apa masalahnya kalau dirinya mahu membuktikan dia juga mampu mengeluar peluh bersukan dengan cara ini jugalah yang dia mampu mengaharumkan negeri Pahang.

PPM orang kedah tetapi tetap tabik hormat kepada Pak Cik Majid dan orang Pahang yang mahu menghargai asaha Pak Majid.


Tuesday, 12 November 2013

Hebatnya Mahfuz Berani Engkar Arahan Majlis Syura Ulama PAS

KALAU diikutkan pada perlembagaan PAS, hala tuju parti tersebut adalah ditentukan oleh Majlis Syura Ulama. Fasal 8 (1) Perlembagaan PAS secara terang menyebut tentang perkara tersebut.

Dalam soal kalimah Allah ini, Majlis Syura Ulama telah membuat keputusan pada 14 Januari 2013 melarang Kristian dari menggunakan perkataan tersebut dalam majalah mingguan The Herald, jadi bagaimana Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) semalam berhujah di Parlimen menyokong Kristian pulak?

Sokongan Mahfuz itu diangkat dan disebarkan oleh Ahli Parlimen DAP dari Kulai, Teo Nie Ching melalui akaun Twitternya.

Membuatkan penulis tertanya-tanya, apakah sebenarnya pendirian PAS dalam hal ini, atau Majlis Syura Ulama sudah betul-betul tidak lagi berfungsi sehingga ketetapan yang telah dibuat, tidak lagi dihormati.

Diakui, penulis tidak ada rakaman yang menunjukkan Mahfuz ada mengeluarkan kenyataan itu, penulis bergantung semata-mata kepada caption dari akaun Twitter Nie Ching saja - kalau salah Twitter tu salahlah penulis, tapi salahkan Nie Ching (sebab ambil dari Twitter dia), jangan salahkan penulis pulak ya.

Pun begitu, dengan itu saja rasanya sudah cukup untuk kita mempersoalkan pendirian sebenar PAS dalam isu tersebut.

Tambahan kepada itu, Mahfuz pun tak buat apa-apa penafian mengenai isu tersebut, sedangkan perkara ni dah heboh dari semalam, jadi tak salah kalau kita anggap betul kan?

Anehnya, walaupun dah tersebar meluas, sehingga hari ini tidak ada ura-ura tindakan mahi dikenakan ke atas Mahfuz, sedangkan PAS kita tahu begitu tegas bila keputusan Majlis Syuranya dilanggar oleh pemimpin dan ahli parti tersebut.

Ke PAS pun ikut undang-undang bahawa kenyataan ahli Parlimen tak boleh dibawa ke Mahkamah? Tapi itu Mahkamah Sivil, apa kaitan dengan PAS nak mengambil tindakan ke atas Mahfuz?

Atau semua dalam PAS sedang tidur atau sibuk bercakar sesama sendiri menjelang pemilihan PAS yang tidak berapa lama lagi dari sekarang sehingga terlepas pandang kenyataan bertentangan dengan dasar parti yang dibuat Mahfuz semalam?

Tak kira apa pun sebabnya, rakyat perlu nilai situasi ini dan jadikan ia sebagai panduan untuk menolak PAS. Ia bukan sebab kalimah Allah itu sendiri sahaja, tapi cara PAS membuat keputusan politik yang sangat tidak konsisten. Sini orang cakap lain, sana orang buat lain.

Membuktikan PAS dari segi ini bukanlah parti yang ada kaliber, tidak hairan kenapa PAS jadi parti yang paling corot antara 3 parti pembangkang dalam PRU13 yang lepas, termasuk kehilangan negeri Kedah.

Dalam masa yang sama, kenyataan Mahfuz di Parlimen semalam, dalam soal kalimah Allah ini, Majlis Syura Ulama PAS hanya digunakan oleh puak liberal untuk menyelamatkan parti itu dari kecaman orang Islam sahaja.

Sedangkan dari segi perbuatan, PAS sama-sama dengan DAP dan PKR menyokong pihak Kristian dalam soal ini - kenyataan Mahfuz itu sebagai bukti.

Mungkin elok juga cadangan hapuskan Majlis Syura Ulama tu, ada tak mengubah, tidak ada pun tak beri apa-apa kesan. MYKMU

Video Kecelaruan Bila Nurul Izzah Bongkar Soal Halaman Lucah

Bila melihat telatah iras dikatakan Nurul Izzah dalam video gelap berbanding dengan semangat kepetahannya menyerang SKMM dan Tun Mahathir menyentuh Laman Sosial Lucah dilindungi.

Adalah amat mengelirukan bila diukurkan dengan menilai penulisan Wan Azizah menyentuh kontraversi video lucah berlakang pintu.



Jikalah difahami betul-betul apa yang dituliskan Wan Azizah ada macam tidak kena dengan apa sebenarnya Wan Azizah cuba maksudkan:

Bekas pensyarah itu adalah dikutuk dan dikeji serta melanggar sepenuhnya tata etika sebagai seorang dengan memanipulasi anak saya YANG MASIH MENTAH KETIKA ITU.

Adakah Wan Azizah benar-benar mengaku video tersebut bersangkutan dengan Nurul Izzah yang masih mentah di ketika itu? 

Tetapi isu ini akhirnya, dibiarkan tergantung selepas menjadi persoalan panas di alam maya.

Jadi jikalah itu yang dimaksudkan Wan Azizah seolah-olah benar berlaku, sudah tentulah kenyataan video Izzah ada sedikit janggal untuk suka-suka menyerang Tun Dr Mahathir dan SKMM. 

Mungkin sudah tiba masa Nurul Izzah kena banyak beli cermin dan digantung sekeling bilik dan pejabatnya. Apatah bila terkait kisah skandal video China Doll. Maka lagi-lagilah berserabut.

Kerana ulasan Wan Azizah boleh diandaikan, memberi sebab mengapa Nurul Izzah cukup beria-ia membenteras isu halaman porno atau lucah, malah boleh diandaikan kaitan skandal hitam telah membuatkan keluarga mereka benar tersepit. 

Dalam masa yang sama Nurul Izzah terlupa yang dirinya pernah bergambar dengan wanita bogel digambar ini. 

Apakah lebel yang sesuai diletakan kepada Nurul Izzah? Adakah Nurul Izzah sedang menasihatkannya wanita bogel ini, supaya berhenti buat kerja mengotor atau Nurul Izzah bergambar demi mencari publisiti atas nama hak kebebasan LGBT.

Bercakap soal LGBT, isu ini menjadi bertambah-tambah haru biru, bila mana bab Nurul Izzah berkata tuntutan NGO COMANGO tidak membahayakan negara. Walhal isunya, COMANGO menuntut hak kebebasan LGBT di sebuah negara yang berstatus Islam Agama Resmi. 

Bukankah ini membuktikan yang Nurul Izzah cukup mengelirukan dengan apa dipertutur berbanding dengan apa yang diperlakukanya. Bercanggah, berbelit-belit mengalah ular sawa kelaparan.

Kesimpulannya sikap dan permainan Nurul Izzah hanya kepada merosakan negara. Kalau ada sedikit kebaikanpun hanya disebabkan oleh dirinya dalam situasi terpaksa dan tersepit. Selain dari itu Nurul Izzah rela melakukan apa sahaja asalkan hasrat dan dendam papanya Anwar Ibrahim tercapai.




Video Jentera Dr Bridget Turun Bantu Mat Sabu Pemilihan PAS 2013 Pasti Menang Mutlak Kali Ke-3

Pemerhati asing mula menunjukkan minat terhadap pemilihan PAS sejak dari tahun 2009, iaitu selepas Pakatan Rakyat (PR) mencapai kemenangan besar dalam Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU 12).

Kehadiran Dr Bridget Welsh pada Muktamar PAS ke-55 tentunya menarik perhatian. Welsh hadir sebagai pemerhati di sayap wanita (muslimah) parti itu sambil ditemani Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin.

Semua ini mempunyai makna-makna yang tersendiri, apatah lagi ketika itu Muktamar PAS menyaksikan pertandingan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk sesi 2009-2011.

Seperti biasa, Ketika itu pun jawatan Presiden PAS bukan subjek utama kerana sudah dijangkakan Datuk Seri Abdul Hadi Awang bakal menang tanpa bertanding, namun fokus utama adalah jawatan Timbalan Presiden PAS.

Ketika itu tiga tokoh PAS menawarkan diri untuk bertanding jawatan tersebut iaitu Ustaz Nasharudin Mat Isa, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu (Mat Sabu).

“PAS perlu berubah atau diubah,” tulis Welsh dilaporkan wanitakeadilan yang mengambarkan pertembungan kem konservatif Islam diwakili Nasharudin Mat Isa (Nasha) dengan kumpulan liberal (Erdogan) diwakili Husam Musa.

Ketika itu Mat Sabu tidak diberi perhatian, sebaliknya Husam Musa yang disebut-sebut sebagai ketua kem liberal PASgagal memenangi jawatan Timbalan Presiden PAS. Nasha menang dengan mendapat 480 undi, Husam 281 undi dan Mat Sabu, 261 undi.

Welsh melihat kemenangan Nasha itu dengan pandangan sinis.

“Pertimbangkan pemenang dalam pertandingan Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa. Hanya empat tahun lalu, apabila beliau telah dilantik pada tahun 2005, beliau telah disebut-sebut sebagai pemimpin yang progresif (liberal). (Namun) Hari ini, beliau telah dilabelkan sebagai pembela ulama, suara konservatif.

“Identiti politik Nasharuddin ini masih tidak jelas, kerana ia dibentuk oleh kuasa-kuasa dalaman parti… dan bukannya didorong oleh prospek yang tetap.

“Beliau mewakili posisi majoriti pemimpin PAS yang menjadi ahli-ahli politik, dan mengamalkan ‘haiwan politik’ dan bukannya ideologi politik. Sebagai haiwan politik, mereka beroperasi melalui pujukan dan kepentingan, dan bukannya prinsip serta ideologi dengan kedudukan yang tetap,” ulas Welsh.

Sekali lagi Welsh memberi perhatian terhadap pemilihan PAS pada tahun 2011 iaitu pada muktamar kali ke-57, di mana kali ini pertandingan Timbalan Presiden tiga penjuru antara penyandang, Nasha ditentang oleh Mat Sabu dan Tuan Ibrahim Tuan Man.

Mat Sabu menang dengan undi 420 undi menewaskan penyandang, Nasha, 224 undi dan seorang lagi dari kem ulama, Tuan Ibrahim dengan 399 undi.

Tidak seperti kemenangan Nasha pada tahun 2009, kemenangan Mat Sabu sebagai Timbalan Presidendipandang Welsh sebagai kemenangan kumpulan progresif (liberal) dalam PAS untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat (PR) dalam merealisasikan ‘PAS for All.’

“Kemenangan kumpulan progresif dalam parti Islam Malaysia untuk berkhidmat lebih dinamik dalam Pakatan Rakyat dan mengukuhkan penglibatan PAS dalam politik negara,” ulas Welsh.

Selain Welsh kemenangan Mat Sabu dan kumpulan Naib Presiden liberal, Husam Musa, Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub disambut gembira oleh DAP dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Wajah baru kepimpinan PAS sekarang telah melenyapkan sentimen kerjasama perpaduan PAS-UMNO yang menjadi kebimbangan komponan Pakatan Rakyat terutamanya DAP dan PKR,” kata Ketua Publisiti DAP, Teresa Kok dilaporkan dalam Suara Keadilan, 7 Jun 2011.

Katanya kemenangan gandingan wajah baru dalam kepimpinan PAS 2011-2013 akan memantapkan lagi hubungan dengan DAP dan PKR dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 akan datang.

“Tahniah kepada Mohamad Sabu dan semua pimpinan serta ahli-ahli PAS yang memahami senario politik semasa bagi memantapkan lagi PR untuk menguasai Putrajaya di masa depan,” jelas beliau yang juga Ahli Parlimen DAP Seputih.

Anwar pula melihat kemenangan itu sebagai PAS kembali pada landasan betul iaitu kembali semula ke era penubuhan zaman almarhum Dr Burhanuddin al Helmy.

Ketika zaman Dr Burhanuddin, PAS tidak bergerak di atas kerangka Negara Islam, sebaliknya berpaksikan politik nasionalisme.

“PAS memiliki sejarah panjang memperjuangkan rakyat sejak sebelum merdeka. Tokoh seperti almarhum Dr Burhanuddin al Helmy, Almarhum Zulkifli Muhamad dan almarhum Ustaz Fazil Mohd Noor tidak asing dalam mengungkap perjuangan menegakkan keadilan dan menentang kezaliman dalam kerangka politik nasional,” katanya.

Namun kesungguhan Welsh terhadap pemilihan PAS itu turut dipandang sinis oleh bekas blogger PAS, MZ.

Siapa Bridget Welsh ?

MZ, menyusurgalurkan latar belakang Welsh seperti berikut :

Bridget Welsh kini bergelar Profesor Bersekutu Sains Politik di Universiti Pengurusan Singapura yang mana kini beliau sedang menyiapkan penyelidikan yang bertajuk “Gender and Politics in Southeast Asia ” yang berfokuskan kajian mengenai persamaan gender di rantau ASEAN. Sebelum ini beliau turut bergelar Profesor Bersekutu di Southeast Asia Studies Program di Universiti Johns Hopkins, Amerika yang mana Anwar turut menjadi Profesor jemputan di sana.

1. Freedom House

Hujah pertama yang mengatakan Bridget Welsh adalah agen CIA ialah apabila beliau bergelar Konsultan kepada Freedom House, organisasi yang mempromosikan kebebasan melampau gaya Amerika. Freedom House adalah terkenal di seluruh dunia sebagai operasi rahsia CIA, apabila ia ditubuhkan serentak dengan NED dan menerima tajaan daripada agensi itu. Buktinya anda boleh taip di enjin carian google mengenai perkara ini ataupun klik sini sahaja untuk mengetahui kaitan langsung CIA, NED dan Freedom House.

Freedom House juga sering mengkritik kerajaan Malaysia kononnya tidak bebas seperti yang dimahukan mereka.

Apa yang paling melampau yang dilakukan oleh Freedom House adalah untuk memastikan seluruh Timur Tengah mencontohi negara Israel yang dikatakan mereka sebagai negara paling bebas di Timur Tengah dan dunia. Antara lain perkara ini membuktikan modus operandi mereka yang mahu menjadikan Timur Tengah seperti Israel. Antara yang terlibat secara tidak langsung dalam membawa kebebasan gaya Amerika di Timur Tengah ini ialah Yayasan Masa Hadapan atau Foundation For The Future yang turut pernah dianggotai Anwar sebagai Pengerusi dan juga kekasih Wolfowitz, Shaha Riza.

Tugas Bridget Welsh di Malaysia pula adalah membawa agenda Freedom House ini ke Malaysia dengan mencanangkan Malaysia sebagai negara yang tidak bebas dan tidak demokrasi, ini dapat dilihat melalui setiap tulisan beliau terhadap Malaysia.

2. Asia Barometer dan Merdeka Centre

Bridget Welsh juga merupakan Pengarah Malaysia Asia Barometer Project Survey yang menumpukan kajian mengenai demokrasi di Malaysia. Melalui Asia Barometer ini juga beliau berkerjasama dengan Ibrahim Suffian, Pengarah Merdeka Centre untuk menjalankan kajian politik di Malaysia antaranya ialah “Malaysia Country Report: Second Wave of Asian Barometer Survey, yang diterbitkan pada tahun 2007.

3. Malaysiakini

Bridget Welsh turut membawa propagandanya ke dalam Media Malaysia dengan menjadi kolumnis tetap Malaysiakini akhbar internet yang mendapat tajaan terus NED. Bukti paling besar kaitan terus Bridget Welsh, Malaysiakini, Freedom House dan juga NED apabila Bridget Welsh secara individu, Premesh Chandran daripada Malaysiakini yang mendapat tajaan NED tahun lepas,Sarah Cook daripada Freedom House dan John Knaus daripada NED berkerjasama menjayakan satu forum mengenai kebebasan media internet di Malaysia anjuran NED pada tahun lepas di Washington.

Penglibatan semua agensi yang berkaitan dengan Bridget Welsh dalam satu forum ini yang menunjukkan secara simbolik beliau adalah agen CIA. Kerana semua agensi itu Malaysiakini, Freedom House dan juga NED mempunyai kaitan dengan CIA secara langsung atau secara tidak langsung.

Namanya Sisters In Islam Malaysia Tetapi Bersubahat Tuntut Hak LGBT Gugur Status Negara Islam

Bagaimana rakyat Malaysia boleh menerima sebuah NGO Malaysia iaitu Sisters In Islam yang menuntut hak-hak LGBT dan menggugurkan Status Negara Islam iaitu bersama-sama membawa agenda ini dengan NGO COMANGO.

Menurut sejarah Sisters in Islam (ditubuhkan pada tahun 1988) atau dikenali SIS merupakan sebuah organisasi bukan kerajaan yang dianggotai sekumpulan wanita profesional beragama Islam yang memperjuangkan hak-hak wanita dalam kerangka Islam. SIS kononnya amat menekankan pentingnya untuk mentafsir semula Al'Quran dan hadith mengikut konteks sejarah dan budaya.

Ditubuhkan pada tahun 1988 oleh sekumpulan peguam, aktivis, ahli akademik dan wartawan wanita termasuk Zainah Anwar dan Marina Mahathir- anak sulung mantan perdana menteri Malaysia, bersama-sama menubuhkan satu pergerakan untuk menyelesaikan masalah wanita Islam di mahkamah syariah. 

Pada tahun 1993, gerakan ini secara rasmi didaftarkan sebagai pertubuhan bukan kerajaan di bawah nama SIS Forum (Malaysia) Berhad dan sehingga kini dikenali sebagai Sisters in Islam atau ringkasnya SIS. 

Tumpuannya adalah untuk mencabar undang-undang dan dasar atas nama Islam yang mendiskriminasikan wanita. Tumpuan SIS kemudiannya diperluaskan kepada isu lebih besar seperti demokrasi, hak asasi manusia dan perlembagaan.

Pada asal tiada masalah akan penubuhan mereka tetapi dikebelakangan ini corak mereka mentafsifkan Al'Quran dan hadith mengikut konteks sejarah dan budaya. Hingga menghalalkan perkara-perkara yang bertentangan dengan keistimewaan islam dan juga akidah. Atau lebih tepat SIS lebih mesra memenuhi kehendak penganut mubalig kristian yang penuh dengan agenda untuk memurtadkan umat.

Kelakuan mereka adalah melampau dan perjuangan islam mereka bersifat liberal ini boleh memusnahkan Malaysia hingga berlaku seperti Indonesia yang mana petkahwinan campuran yidak perlu bertukar agama.

Ucapan tahniah dan syabas kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan kerajaan kerana memberi jaminan dan amaran yang tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana anasir yang cuba menjejaskan keharmonian dan mencabar Perlembagaan Persekutuan termasuk Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango) termasuk Sisters In Islam (SIS). Bersekongkol menuntut kebebasan murtad; orientasi seks; lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta kesamarataan antara agama.

Ini jelas kerjasama SIS dengan NGO Comango terbukti sengaja mencabuli Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang Islam. 

Persoalannya sampai bila kita hanya didengarkan nada amaran dan amaran dari kerajaan Malaysia. Bila hendak bertindak? Adakah sehingga terlewat baru hendak bergerak?


Hebat Betul Blogger Pakatan Rakyat Sanggup Doa Kematian Adun Semata Hendak Bersiap Sedia PRK Paka

Ini sudah tahap politik Blogger Pakatan cap bangkai sanggup menghina "ADUN Paka dari PAS, Satiful Bahari Bin Mamat sedang berada dalam keadaan tenat dan boleh mati pada bila-bila masa akibat penyakit kanser hati tahap 4"

Punyalah kemaruk gila mempertahankan kerusi sa,9ai terlupa ada kemanusia. Waima kita berpolitik jangan sampai biadap sedemikian rupa.


Tidak perdulilah apa niat dan apa kajian terperinci status pengundi. Bawak-bawaklah betiman sedikit dengan bersabar sambil hormat ahli politik separti. Ini tidak mengalah israel jadinya. Memang bangkai sahaja yang biadap sedemikian rupa. Seolah-olah mereka menentukan ajal seseorang. Kadang-kadang yang hidup itu mati dulu berbanding yang sakit tenat terlentang atas katil.

Monday, 11 November 2013

Kerajaan Selangor V'S Kelantan Berlumba-lumba Bina Patung Budha Siapa Paling Besar

Apa hendak kata beb!! Dalam banyak-banyak benda mereka boleh berlumba, membina patung budha terbesar jugalah yang jadi pilihan. Malah mendapat keutamaan.

TAHNIAH buat kerajaan Selangor kini yang telah berjaya menegakkan syiar Islam di negeri beraja. Selepas Kelantan menjadi mangsa kerakusan pembinaan patung dewa terbesar, 

kini Selangor juga bakal menurut perintah DAP agar patung Buddha didirikan di Selangor.

Berada di kawasan berkapasiti Cina di Pandamaran, malah masih ada lagi kampung-kampung tradisional Melayu dan masjid-masjid disekelilingnya. 


Tiba-tiba muncul pula sebuah patung Buddha yang lebih besar dan tinggi dari binaan masjid di kawasan tersebut.

Adakah Selangor sudah bertukar agama ras.... Sambung baca disini

Video Senjata Pengawal Indon Rompak Tembak Pegawai Ambank Ditemui Polis

Akibat kerana ketakutan Perompak telah mencampak senjata ke dalam longkang iaitu kira-kira 500 meter dari tempat kejadian.

Tetapi ada juga bangsat pandai-pandai sound Suami mangsa tutup mulut.

Inilah Pakatan Rakyat betul-betul main politik demi kepenting perut busuk mereka.



Langsung tak tahu menghormati perasaan mangsa. Sebelum ini Pakatan Rakyat berura-ura untuk bantu penjenayah pembunuh Pegawai Ambank dan kerejaan Indonesia Baca Sini

Kalau kisah ini benar-benar berlaku kepada anak penulis blog ini. Agak-agak siapa yang dia nak maki sumpah seranah dulu.

Pakatan Rakyat Akan Bantu Indonesia Selamatkan Pengawal Perompak Pembunuh Ambank

Ini satu berita yang sukar berlaku di negara lain. Maka itu Pakatan Rakyat menggesa kerajaan Indonesia agar mengemukakan bantahan rasmi atas layanan tidak berperkemanusian rakyatnya oleh polis Malaysia. Ini bersesuaian dengan gesaan Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin yang mahu kerajaan negara-negara ASEAN menilai rekod hak asasi manusia di Malaysia.


Ini bukan karangan PPM tetapi telah disebarkan oleh kebanyakan blogger pro Pakatan Haram dan gambar ini antaranya.



Maka bermulalah hujah mirip muka dalam CCTV tidak boleh membuktikan Ardi bersalah. Punyalah kurang akal blogger ini. Kalau dah nama pengawal keselamatan Ambank yang dikhabar agak lama di Bank tersebut tentulah orang dalam bank tersebut dapat cam siapa pengawal kejam itu.

Keduanya CCTV dikatakan tidak boleh jadi bahan bukti, sejak bila dan apa guna bank pakai CCTV kalau tidak boleh jadi bahan bukti? Lainlah PR benci sangat dengan CCTV sebab video China Doll dan Stopa.

Tidak cukup dengan itu para peguam PR lebih risau keselamatan penjenayah indon sehingga sanggup tawarkan khidmat guaman.

Yang paling bangsat, mereka ini menghina-hina susah payah polis menyelesai masalah tetapi kalau masalah tak selesai mereka juga buat isu. Sebenar penggiat media pakatan ni jenis pengkhianat negara sebab itulah mereka lebih rela membela warga indonesia berbanding rakyat Malaysia.

Lebih menyedihkan blogger melayu ini rela membela orang cina berbanding membela orang melayu. Tengoklah ada India dan Cina kena serang mereka dulu yang sampai.

Sunday, 10 November 2013

Video Tertangkapnya Pengawal Pembunuh Perompak Ambank




Tahniah buat Team Ops Cantas Bukit Aman kerana berjaya tangkap pembunuh perompak kejam Ambank di Johor Baharu pada jam 7 pagi ini.

Read more:

Pengawal Perompak Pembunuh Ambank Di Tangkap 7 Pagi Johor Baharu

Tahniah buat Team Ops Cantas Bukit Aman kerana berjaya tangkap pembunuh perompak kejam Ambank fi Johor Baharu pada jam 7 pagi ini.

AsrtoAwani: Pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai AmbankNorazita Abu Talib, 37, dalam kejadianrompakandi Ambank cawangan Subang Jaya pada 23 Okt lepas, telah berjaya ditangkap polis pagi ini.

Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam laman Twitternya apabila beliau mengucapkan tahniah kepada pasukan Ops Cantas Bukit Aman yang dikatakan telah berjaya menangkap suspek di Johor Baharu.

Satu kenyataan dari Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah, turut mengesahkan penahanan lelaki tersebut di Kampung Belungkor, Kota Tinggi pada pukul 7 pagi ini.

“Pihak polis percaya, dengan penangkapan suspek utama ini, kes berkenaan telah berjaya diselesaikan,” katanya.

Dalam kejadian pada pukul 6.18 petang itu, Norazita, maut ditembak oleh suspek ketika beliau membuka peti besi di dalam bilik kebal bank berkenaan, bersama-sama seorang lagi pegawai wanita.

Mangsa yang sudah berkerja selama 16 tahun di bank itu meninggal dunia di tempat kejadian susulan kecederaan parah pada bahagian kepala akibat ditembak dengan 'pump gun' oleh suspek.

Suspek kemudian melarikan sejumlahRM450,000dari bilik kebal itu.

Rakaman video selama 32 saat, yang dipercayai sedutan CCTV memaparkan insiden itu, telah tersebar dengan meluas di laman sosial ekoran kejadian tersebut.


Isu Terkini

get this widget here