Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Friday 19 December 2014

Tun Dr Mahathir Minyak Naik Rakyat Pening Minyak Jatuh Rakyat Merana

Pendedahan TDM kali jelas membukyikan Pakatan Rakyat hanya pandai menipulasikan situasi harga minyak tak kira jatuh atau naik.

Yang pasti bila harga naik mereka kalut minta subsidi tetapi bila jatuh mereka masih mahu subsido dan mahukan kerajaan pulihkan ekonomi. Kenapa ini penjelasan TDM:

1. Harga satu tong minyak mentah telah jatuh daripada USD110 per tong, kepada USD70 per tong.

2. Benarkah perkara ini tidak akan memberi kesan kepada Malaysia atau adakah ia akan memberi impak yang positif kepada kita?


3. Apabila Kerajaan melancarkan Bajet 2015, ianya telah diikatkan kepada harga minyak mentah yang bernila USD110 per tong.

4. Kerajaan pastinya telah menganggarkan bahawa keuntungan jualan minyak mentah kita akan menyumbang kepada Bajet berdasarkan harga minyak yang telah disasarkan tinggi itu tadi. Adakah penurunan harga minyak mentah akan memberikan kesan kepada Bajet Kerajaan, atau ianya meningkat kesan daripada penurunan harga minyak mentah kepada USD70 per tong.

5. Petronas merupakan antara penyumbang dana terbesar kepada Kerajaan melalui bayaran dividen dan cukai petroleum. Adakah jumlah sumbangan Petronas kepada Kerajaan akan kekal sama apabila pendapatan mereka daripada jualan minyak, LNG dan gas semakin berkurang?

6. Empayar perniagaan minyak dan gas yang semakin pesat kebelakangan ini adalah berpaksikan kepada kos tinggi yang perlu dibayar hasil daripada keuntungan jualan minyak yang lumayan. Kadar keupayaan untuk pembayaran kontrak-kontrak tersebut yang masih lagi terikat kepada harga minyak yang lama, sudah pasti akan terjejas.

7. Harga minyak yang semakin rendah sudah pastinya akan memberikan kesan negatif kepada servis dan pembayaran hutang oleh pengeluar. Mereka perlu menjual lebih banyak dalam pasaran yang lemah. Kadar dapatan keuntungan perlu dikurangkan bagi mengelakkan kerugian. Jumlah bayaran cukai kepada Kerajaan sudah pastinya akan berkurang.

8. Defisit yang ditanggung Kerajaan akan terus parah, melainkan mereka (Kerajaan) mengurangkan peruntukan mereka. Jaminan bahawa perkara ini tidak akan meningkatkan jumlah deficit yang ditanggung oleh Kerajaan perlu diperjelas.

9. Apabila Kerajaan mengurangkan peruntukan mereka, banyak sektor perniagaan akan mengalami masalah. Keuntungan dan hasil kutipan cukai akan jatuh menjunam. Hasil kutipan Kerajaan pasti akan berkurang akibat daripada pengurangan peruntukan itu.

10. Harga petrol di pam minyak hanya akan terus berkurang sekiranya subsidi dikekalkan. Tetapi keupayaan untuk memberikan subsidi sudah pastinya berkurangan akibat daripada kurangnya pendapatan dan sumbangan daripada Petronas. Tanpa subsidi, harga minyak akan kekal sama kepada pengguna. Malah, jumlahnya mungkin juga akan menaik akibat nilai Ringgit yang semakin susut.

JADI, BENARLAH BAHAWA RAKYAT TIDAK AKAN DAPAT MENIKMATI MANFAAT HASIL DARIPADA KEJATUHAN HARGA MINYAK MENTAH? – chedet


Wednesday 17 December 2014

Akhirnya Nasruddin Insaf Tiada Guna Bersama Puak2 Pro DAP

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasruddin Hassan menegaskan penolakan hukum hudud oleh DAP akan menyebabkan tahaluf siyasi dalam pakatan pembangkang terbatal kerana jika Pas mengabaikan dasar itu, hukumnya adalah haram.


Menurut beliau, tahaluf siyasi bukanlah sebuah parti yang mempunyai satu ideologi sebaliknya kerjasama itu adalah berkait dengan tindakan politik yang dipersetujui bersama tanpa mengganggu hak dan dasar perjuangan masing-masing.

Katanya, kerjasama tersebut hanyalah dalam urusan kepentingan bersama membabitkan aspek politik untuk menolak kezaliman, penindasan, rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa dan pelbagai lagi tanpa melepasi dasar perjuangan parti.

“Jika DAP buat syarat pakatan pembangkang mestilah tanpa pelaksanaan Islam dan syariatnya, dan menegaskan bahawa Pas tidak boleh melaksanakan syariat Islam termasuk hudud, maka pada saya, syarat dan penegasan yang DAP buat itu membatalkan syarat tahaluf, tiada ertinya lagi tahaluf siyasi ini.

“Jika dasar parti terhalang untuk ditunai dan dilaksana dengan kerjasama ini, maka tahaluf ini batal. Malah tidak keterlaluan kalau saya nyatakan hukumnya adalah haram,” katanya dalam wawancara yang dipetik daripada portal Malaysia Transform di sini hari ini.

Beliau yang berada di Mekah mengulas perkembangan terkini dalam pakatan pembangkang berikutan beberapa siri serangan terbuka oleh pemimpin DAP termasuk daripada Lim Guan Eng sendiri, khususnya berhubung isu hudud dalam Persidangan Kebangsaan DAP 2014 kelmarin.

Guan Eng dalam nada kerasnya mendesak pakatan agar memuktamadkan pendirian untuk tidak melaksanakan hukum hudud jika pembangkang berjaya memenangi pilihan raya umum akan datang, kononnya perkara itu adalah aspirasi daripada penyokong pembangkang.

Persidangan tersebut yang dihadiri 938 perwakilan juga sebulat suara meluluskan resolusi menolak pelaksanaan hudud sama ada di peringkat negeri atau kebangsaan sekiranya pakatan pembangkang berjaya mentadbir Putrajaya.

Mengulas lanjut, Nasruddin berkata, Pas tidak akan sama sekali mengabaikan dasar perjuangan demi pakatan pembangkang, justeru DAP tidak sepatutnya menghalang pelaksanaan hukum hudud jika tidak mahu gabungan tersebut berpecah.

Dalam wawancara itu, Nasruddin turut mengakui bahawa kedudukan pakatan pembangkang kini semakin sukar kerana kesemua pihak belum ‘menemui lantai untuk sama-sama bersila menyelesaikan masalah yang dihadapi’.

Meskipun begitu tegasnya, Pas akan tetap mempertahankan dasar tersebut dalam apa juga cara dan menyifatkan pihak yang menolak hukum hudud sebagai penghalang kepada perjuangan Islam.

“Pas akan tetap berjuang untuk melaksanakan Islam dan syariatnya. Hudud adalah sebahagian daripadanya. Ia adalah kewajipan agama yang ditetapkan syarak, tiada siapa yang boleh halang, kalau mereka halang bererti mereka menjadi penghalang kepada perjuangan Islam.

“Kepada mereka yang meng­halang kerana dendam, benci, ang­kuh dan semangat menentang Islam, maka akan didepani dengan sebijaknya dan sesuai dengan penentangan yang dihadapi. Hujah dengan hujah, saraf dengan saraf, senjata dengan senjata,” tegas beliau.

CheguBard Bongkar Kenapa Adun Inamam Letak Jawatan? @DrWanAzizah Jangan Buta?


Rupa-rupanya PKR memang benar-benar diambang kehancuran. Semua kerana kuasa ghaib dan ketakutan Presiden PKR itu sendiri dan kelemahan Anwar melawan bala yang datang.

Sebelum ini Chege Bard mendedahkan yang Wan Azizah sememangnya seorang penakut walaupun cukup berani di pentas baca disini. Dan sekarang kisah di Sabah adalah jawapan kepada PKR di ambang kehancuran:- Menurut sumber..

ADUN PKR DUN N13 INANAM, SABAH telah meletak jawatan atas alasan kesihatan. Realitinya, Dr. Roland Chia masih muda dan sihat, doktor perubatan dan merupakan penyokong kuat kpd YB Azmin Ali.

Dia buat pengumuman nak letak jawatan ADUN Inanam kerana kecewa walaupun beliau menang sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Tetapi belum disahkan samada suratnya telah diterima.

Kononnya ada desas-desus ada permintaan beliau untuk dilantik sebagai Ketua Perhubungan PKR Sabah tidak kesampaian apabila Anwar Ibrahim telah melantik Lajim Ukin sebagai Ketua Perhubungan. 

Realitinya PKR Sabah semakin dipinggirkan oleh Anwar Ibrahim. Malah ada cerita banyak isu lain yang sedang panas melanda dalam PKR Sabah yang berkait dengan PKR Pusat. Kita tunggu pendedahan selanjutnya setelah infonya lengkap. Sehingga kini yang paling berani mendedahkan isu dalaman PKR adalah Chegu Bard dan adakah akan ada perkabaran yang baru nanti.

Yang pasti semakin terang-terang menderang yang Anwar semakin pudar tengelam dari anak didiknya sendiri!!

Cukup-cukuplah Whizzekid Menjadi Jaguh Kepada Aziz Adenan Satem

Dua tiga hari ini makin panas pula pentas cytroBN Sarawak. Perang dalaman sudah mula menyala. Tidak kurang dengan sindiran tanpa nama dari Samatan Lawas dan serangan balas Whizzekid yang terasa pedas.

Buat Samatan Lawas memang menjadi tabiatnya suka menulis tanpa menyebut nama-nama yang jelas tetapi datang Whizzekid dibantai semuanya cukup-cukup. Yang menariknya bagaimana Unspinner boleh terbabit sekali dalam permainan ini, Mungkin ada yang jemputnya masuk gelangang?

Memang sebelum ini PPM ada menulis (klik siniModus Operandi Pihak Ketiga Melaga-lagakan Dato Sri Fadillah vs Tan Sri Adenan Satem yang lebih memperjelaskan situasi Sarawak tidak seteruk itu hanya ada pihak-pihak tertentu tidak suka melihatkan politik dalaman Sarawak tenteram.

Tetapi melihat situasi dah mula merebak dengan pertanyaan-pertanyaan nakal Whizzekid. Ingin PPM bertanyakan khas buat Whizzekid. Jangan tuduh orang menyorok sedangkan awak sendiri tidak tampilkan diri? Cukup-cukuplah menjadi hero kepada Aziz Adenan Satem sebagai jaguh pemanas di dalam gelangang sendiri.

Ingatlah ramai otai-otai dah cabut lari naik Air Asia dan lebih ramai lagi melarikan diri melalui tongkang cina. Tahu kenapa sebabnya 6 Super Tanker pun dah tidak boleh cari makan maaa.. Semua projek balak kena beku. Banyak team yang tak ada sumber hendak hidup. Jadi biarlah Tan Sri Adenan Satem teruskan kerja-kerjanya tanpa ada gaguan dalaman.

Chegubard Dedah @DrWanAzizah Terlampau Takutkan @AzminAli

Kenapa Wan Azizah perlu takut dengan Azmin dan itulah cuba digambarkan oleh Chegubard bila tindakannya menyerang Azmin mula menjadi backfire kepada dirinya sendiri.

Berikutan dari itu Chegubard mendedahkan dirinya telah diugut baca sini.. Yang paling menarik dari petikan facebook Chegubard

Wan Azizah kato sey ado masalah peribadi ngan Azmin... Anwar kato sey kono boghonti homtam Azmin dan ngadu kek lembago... 
soal sey.. kak wan ko sey yg ado masalah peribadi ngan Azmin... ? Hontam Azmin ni sey kor Anwar yg susun dulu ? Ngadu ni dh bokilo dh aduan ado tindakan tak ? 
jgn pukul bawah "belt" sgt nanti kok berbalas sey tak ado apo nak ilang...sey mcm ni gak...

sey tak kisah susah... aghini patut che'Nur masuk wad esok nak operate tonsil tangguh minggu dopan sobab tak dapek bayar deposit ospital tp sey dan anak2 dh biaso susah... kami lawan sobab prinsip... tp tak payah sampai fitnah sey amek duit khalid... sey amek duit umno... apo yg sey bangkit sobab sygkan perjuangan dan parti bukan sobab peribadi... 
sesapo kawan fb dgn Anwar dan Azizah tlg tag dieoang yor..
lai satu bgtau kek anwar ibrahim kalau nak potik...potik sey sobagai ahli PKR Ghombau jgn potik SAMM sobab SAMM xado kono mongono dlm ini hal ... haghap paham yor
tq
Dan dalam pada masa itu tiba-tiba Azmin "Kalau You sokong I Ganti Ketua UMUM PKR Anwar" . Hah lagi menarik laa pulak... 

Monday 15 December 2014

@CmLimGuanEng Lebih Tinggi Dari Yang Dipertuan Agong #KhalimahAllah


Tidaklah mengejutkan bila Anwar lebih rela sokong status Ketua Menteri Lim Guan Eng berbanding Yang Dipertuan Agong sebagai ketua agama islam. Ini satu strategi untuk memastikan Pakatan Rakyat berjaya menawan Sarawak.

Apa Anwar kesah kalau kerajaan ambil tindakan kepada Lim Guan Eng kerana itu satu peluang membangkitkan kemarahan rakyat. Lagi-lagilah mereka suka. Walaupun hakikatnya di Pulau Pinang, hanya Yang di-Pertuan Agong mempunyai bidang kuasa membuat keputusan mengenai hal-ehwal Islam termasuk mengenai penggunaan kalimah Allah. Tetapi Anwar telah mengankat Ketua Menteri Penang melebihi Yang Dipertuan Agong.

Malah Lim Guan Eng berani mengenkari perjanjian 2010 dimana Majlis Fatwa Pulau Pinang telah mewartakan perkataan Allah serta 40 lagi perkataan lain berkaitan Islam yang tidak boleh diguna pakai untuk orang bukan Islam di negeri itu.

Dibawah Seksyen 48(3) dan Seksyen 48(4) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Pulau Pinang 2004 yang telah diwartakan pada April 2010 tidak boleh dikuatkuasakan atau terpakai ke atas orang bukan Islam adalah satu tindakan provokatif terhadap sensitiviti umat Islam yang boleh mencetuskan ketegangan antara agama di negeri ini.

Sekarang Lim Guan Eng disoal siasat polis. Tetapi kalau ditangkap pun berapa lamakah kes ini di mahkamah boleh diselesaikan sementara PRN Sarawak selewat-lewatnya hujung tahun 2015 hingga pertengahan 2016.

Seperti biasa Anwar akan gunakan nama-nama ternama seperti Dr Sheikh Yusof Qardawi sebagai alasan dan alasan walaupun umum mengetahui hubungan anwar dengan individu tersebut bukanlah seperti yang diwar-warkan Anwar.

Dalam pada masa yang sama perbezaan peruntukan undang semenanjung dengan perjanjian kontrak sosial Malaysia. menjadi titik kelemahan dan cabaran untuk kerajaan Malaysia memikirkan bagaimana untuk ambil tindakan terhadap LGE sedangkan percanggahan ini menjadi kelebihan buat Pakatan Rakyat menjaja cerita untuk kempen PRN 11 Sarawak.

Apatah perbezaan sentiviti melayu Sarawak dan Semenanjung adalah berbeza. Ini perlu ditelitikan sekarang Anwar cuba mengangkat Lim Guan Eng sebagai hero Sarawak. Susah atau tidak inlah jerat yang boleh menggugatkan BN.

Sunday 14 December 2014

Jawapan Alvin Tan "Saya Percayakan Melayu Murtad" Kepada Hishamuddin

Masih inggat lagi bagaimana Hishamuddin Rais nasihatkan Alvin Tan jangan berputusasa sebagai warga buangan dan contohilah  Nabi Muhammad S.A.W.
Apa jawapan Alvin kepada  Hishamuddin baca dibawah:

Penulis blog seks dan juga pelarian di Amerika Syarikat, Alvin Tan mengulangi kontroversi melalui status yang dimuat naik ke laman sosial Facebooknya, pagi tadi.

Menurutnya, satu-satunya orang Melayu yang dipercayainya adalah di kalangan mereka yang murtad.

Malah, dia menyifatkan golongan itu adalah mereka yang berani menyatakan kebenaran, termasuk menghina Allah SWT dan juga Nabi Muhammad SAW.

“Melayu yang saya percaya hanyalah mereka yang murtad. Ia memerlukan keberanian dan keyakinan tinggi untuk keluar daripada kepompong berkenaan (Islam).

“Saya tidak tertipu dengan semua yang melibatkan Islam, cukup untuk semua ini, saya keluar!

“Kemudian berjuang untuk mendapatkan kebebasan, kepercayaan terhadap kehidupan, kerana apa yang berlaku ialah kerajaan percaya bahawa anda tidak mempunyai hak untuk memilih agama.

“Ramai yang fikir, mereka yang bukan Islam akan berdepan masalah jika menghina Islam, dan sekarang kita lihat apa yang mereka (kerajaan) lakukan kepada Muslim yang menghina Allah atau Muhammad Rasullullah!” demikian catatannya yang dimuat naik pada jam 9 pagi tadi.

Malah, beliau dengan lantang menyatakan hormat terhadap keberanian dan kebijaksanaan mereka yang murtad.





Semalam, aktivis politik, Hishamuddin Rais menyifatkan penulis blog kontroversi itu melakukan perjuangan seperti Nabi Muhammad yang berhijrah ke Madinah.

Dia turut menasihatkan Tan dan aktivis, Ali Abdul Jalil yang memperoleh suaka luar negara untuk meneruskan ‘kerja politik’.

Hishamuddin berkata, kegiatan itu boleh dilakukan dari luar Malaysia, bagi memastikan wujudnya kerajaan lebih adil.

Tan kini adalah pendatang asing tanpa izin di Amerika, selepas dokumen perjalanan (pasport) miliknya dibatalkan Malaysia, Isnin lalu.

Tindakan sama turut dikenakan ke atas Ali, dengan kedua-duanya kini disenaraihitamkan dalam sistem imigresen.Langkah itu diambil, ekoran kedua-duanya mempunyai kesalahan menghina sistem mahkamah, Islam dan juga Raja-raja Melayu, lapor TRP. Sumber terjemahkan Facebook Alvin kuala lumpur post.net

Sebarkan...

Raja Petra RPK "Pergi Mampus" DAP Bukan Anti Islam Kecuali Rasuah @CmLimGuanEng

Lim Guan Eng cuba memutar cerita akibat terkanan khalimah Islam yang kononnya dia bukanlah anti islam tetapi anti rasuah.

Mengenai rasuah sebenarnya Pakatan Haram ibarat tunggu kematangan sesuatu kes rasuah hingga sudah berlaku baru bertindak terjerit-terjerit dijalan raya, tetapi taidakpun membantu menghindar gejala ini berlaku mungkin dengan cara ini terbenam mana-mana skandal rasuah yang dikaitkan dengan Pakatan Haram. 

Ini secara panjang lebar telah dijelaskan dengan bukti-bukti oleh Raja Petra (klik dan baca Artikel "Pergi Mampus" disini)


Mengenai DAP bukan anti islam tetapi dalam masa yang sama sengaja mencipta konflik pertelagahan antara muslim dan bukan islam (klik baca di sini)

Apabila Lim Guan Eng sengaja cetuskan konflik khalimah Allah yang kononnya undang berkenaan tidak terpakai kepada bukan islam.

Ini bukan sahaja mencetuskan konflik tertapi itu juga telah mencabar Yang Dipertuan Agung sebagai ketua agama islam. 

Tiada ketua menteri atau menteri besar berhak mengubah mana klausa tentang islam dalam perlembagaan di senenangjung. 

Kecuali Sabah dan Sarawak yang klausa undang-undang Syariah dan Kontrak Sosial sebelum menyertai Malaysia berbeza dari semenanjung. 

Kesimpulannya Semenanjung adalah terikat dari klausa hak-hak termaktub semasa mengecapi kemerdekaan dan borneo terikat dalam kontrak sosial semasa pembentukan Malaysia. 

Tetapi inilah modal Pakatan memainkan konflik. Seperkara lagi undang-undang yang menyatakan tentang Khalimah Allah adalah jelas kenapa Lim Guan Eng masih mahu memanaskan lagi cerita ini.

 Bukankah ini membuktikan sifat semulajadi Lim Guan Eng menjurus kepada Anti Islam?

Tetapi sifat Lim Guan Eng sendtiasa boleh berpura-pura dalam apa jua keadaan kerana itulah dinamakan Tokong. 

Apa yang pasti modus operandi DAP cukup jelas mereka membahagikan pelbagai tugas di kalangan Pakatan Rakyat untuk menjalankan pelbagai gerakan berbeza tetapi menuju matlamat yang sama sebagai Parti Kapitalis yang mahu menghapuskan hak-hak termaktub bumiputera seperti yang tertera di halaman resmi DAP (Rujuk disini untuk modus operandi) (Rujuk disini untuk dasar Parti DAP




Perkasa Tidak tahan bahang panas sampai terpaksa Serang @NajibRazak

Tahun 2014 adalah antara tahun-tahun yang paling teruk Perkasa diasak direjam dihentak dan dibuang Pakatan Rakyat. Namun pukulan semua ini tidaklah sehebat melainkan serangan dari kalangan UMNO sendiri.

Dalam Perkasa memenuhi rutin mempertahankan hak-hak termaktub bangsa agama bangsa. Tiba-tiba hari ini terpacul artikel Presiden PERKASA Datuk Ibrahim yang dikeluarkan Malaysiakini. atas nama nasihat, menasihati Perdana menteri kurangkan lawatan ke luar negara. Banyak persoalan yang tertimbul dari tindakan ini.
  • Adakah perkasa mula tidak percayakan kepimpinan DSN?Perkasa benar-benar ikhlas menasihat tanpa menghujahkan kenapa PM perlu berbuat sedemikian?
  • Adakah Perkasa mula rasa kecewa dengan sikap setengah ahli UMNO yang mendedak Perkasa di mansuh kan dan ini adalah cara mendedak UMNO yang perkasa juga boleh menjadi seteru? 
  • Apa jua strategi dan motif Perkasa. rasanya Artikel ini tidaklah menaikan imej Perkas dimata-mata orang yang tidak mempercayakan Perkasa selama ini sebaliknya lebih banyak mencipta musuh-musuh baru untuk bangkit menyerang Perkasa.
Selama Perkasa di bawah Ibrahim Ali, banyak dugaan berat ditempuhi Ibrahim Ali termasuk tidak layak lagi menjadi MP. Malah imej Ibrahim Ali jauh tercalar dengan pelbagai cemuhan hingga ada negeri yang tidak buka pintu untuk membenarkan Ibrahim Ali masuk. Itulah harga dibayar Ibrahim Ali.

Perkasa telah terjerat dengan matlamat Agama Bangsa dan Negaranya. tetapi adakah cara menyerang PM menggunakan flatform media adalah paling bijak buat Perkasa? Sedangkan Perkasa boleh rangkakan mesyuarat khas dengan PM untuk menyampaikan suara mereka?

Kalau benar-benar Perkasa hendak tunjuk dia bekerja sekurang-kurangnya tunjuklah dahulu mereka telah berjumpa dan berbincang dengan DSN secara tetutup. Itu nampak lebih ikhlas kalau Perkasa mahu menasihatkan DSN.

Tindakan Perkasa nampak jelas sangat yang kurang ikhlas dalam artikel menegur. Malah kurang bijak. Ibrahim Ali terlalu menyampai apa yang dia tidak puas hati tetapi tidak menghujahkan langsung kenapa PM bertindak sedemikian. Ini menjadi persepsi dan peluru baru yang bukan setakat membunuh PM malah membunuh Perkasa itu sendiri.


  • Bagaimana kita boleh membezakan zaman Perdana Menteri dulu dengan sekarang?
  • Kita juga kena fikirkan keadaan politik BN yang macam mana ketika DSN ambil alih?
  • Kita juga kena pertimbangkan situasi Geo politik ekonomi duni di masa kini. 
  • Malah dari sudut peranan Malaysia di pentas dunia jaih berbeza ditambah situasi dunia jauh berbeza.
  • Tahun 2014 kita ada dua tragedi MH370 dan MH17.

Tidak bolehkah artikel Ibrahim Ali mengambil kira semua perkara di atas walaupun bertujuan menegur PM?

Apa untungnya Perkasa beralih marah kalau sekadar hendak tunjuk taring kepada PM yang Perkasa juga boleh jadi seteru tetapi akhirnya Perkasa tetap akan jadi sasaran puak Libralisme untuk dihapuskan sama sekali?

Kadang-kadang kita kena fikir untuk bertindak mempertahankan sesuatu yang betul memang bukan pernah nampak bijak. Ini bermaksud samada Perkasa menyerang atau mempertahan, kedua-duanya sudah jadi tidak bijak lagi buat Perkasa.

Sekarang apa Perkasa sudah buat, dia sekadar mencari masalah baru bertambah dalam masalah ruting Perkasa. Siapa yang arahkan? dan atas sebab apa sebenarnya Perkasa lakukan?

Yang paling jelas kelakukan Perkasa akan menjadi tanda aras yang baru yang perpecahan melayu dalam kubu UMNO semakin ketara. Cumanya siapa yang mahu memulakan rancangan mencatum semula setiap keretakan selain dari masing-masing cuba merobohkan. 

Isu Terkini

get this widget here