Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Monday 15 December 2014

@CmLimGuanEng Lebih Tinggi Dari Yang Dipertuan Agong #KhalimahAllah


Tidaklah mengejutkan bila Anwar lebih rela sokong status Ketua Menteri Lim Guan Eng berbanding Yang Dipertuan Agong sebagai ketua agama islam. Ini satu strategi untuk memastikan Pakatan Rakyat berjaya menawan Sarawak.

Apa Anwar kesah kalau kerajaan ambil tindakan kepada Lim Guan Eng kerana itu satu peluang membangkitkan kemarahan rakyat. Lagi-lagilah mereka suka. Walaupun hakikatnya di Pulau Pinang, hanya Yang di-Pertuan Agong mempunyai bidang kuasa membuat keputusan mengenai hal-ehwal Islam termasuk mengenai penggunaan kalimah Allah. Tetapi Anwar telah mengankat Ketua Menteri Penang melebihi Yang Dipertuan Agong.

Malah Lim Guan Eng berani mengenkari perjanjian 2010 dimana Majlis Fatwa Pulau Pinang telah mewartakan perkataan Allah serta 40 lagi perkataan lain berkaitan Islam yang tidak boleh diguna pakai untuk orang bukan Islam di negeri itu.

Dibawah Seksyen 48(3) dan Seksyen 48(4) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Pulau Pinang 2004 yang telah diwartakan pada April 2010 tidak boleh dikuatkuasakan atau terpakai ke atas orang bukan Islam adalah satu tindakan provokatif terhadap sensitiviti umat Islam yang boleh mencetuskan ketegangan antara agama di negeri ini.

Sekarang Lim Guan Eng disoal siasat polis. Tetapi kalau ditangkap pun berapa lamakah kes ini di mahkamah boleh diselesaikan sementara PRN Sarawak selewat-lewatnya hujung tahun 2015 hingga pertengahan 2016.

Seperti biasa Anwar akan gunakan nama-nama ternama seperti Dr Sheikh Yusof Qardawi sebagai alasan dan alasan walaupun umum mengetahui hubungan anwar dengan individu tersebut bukanlah seperti yang diwar-warkan Anwar.

Dalam pada masa yang sama perbezaan peruntukan undang semenanjung dengan perjanjian kontrak sosial Malaysia. menjadi titik kelemahan dan cabaran untuk kerajaan Malaysia memikirkan bagaimana untuk ambil tindakan terhadap LGE sedangkan percanggahan ini menjadi kelebihan buat Pakatan Rakyat menjaja cerita untuk kempen PRN 11 Sarawak.

Apatah perbezaan sentiviti melayu Sarawak dan Semenanjung adalah berbeza. Ini perlu ditelitikan sekarang Anwar cuba mengangkat Lim Guan Eng sebagai hero Sarawak. Susah atau tidak inlah jerat yang boleh menggugatkan BN.

No comments:

Isu Terkini

get this widget here