Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Saturday 31 January 2015

Memalukan Jaguh Ayam Laga DAP Lim Guan Eng Lari Mengelak Mustafa Ali Dari Berdebat

Mana jaguh ayam laga DAP CM Lim Guan Eng sudah lari bersembunyi dibelakang barua-barua DAP. Takut berdebat dengan Stopa..

Lim Guan Eng bukan sahaja takut malah dia turut melarikan diri dari menjawap soalan dari wartawan.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng terus menamatkan sidang akhbar apabila para pemberita mendesaknya memberi respons sebagai setiausaha agung DAP terhadap cabaran PAS agar beliau berdebat tentang isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT). 
Sidang akhbar itu diadakan selepas beliau melancarkan Cafe Sains Pulau Pinang. 
Pemberita beberapa kali meminta Lim memberi responsnya terhadap cabaran setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali untuk berdebat tentang isu pilihan raya PBT, tetapi Lim mengulangi kata-kata 'ada soalan lain tak?' 
Apabila pemberita terus bertanya tentang perkara itu, Lim menamatkan sidang akhbar itu dengan ucapan 'terima kasih'. Sebelum itu, beliau menyentuh tentang beberapa perkara lain, termasuk kesan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). 
Mustafa dilaporkan mencabar Lim berdebat tentang isu pilihan raya PBT. Rabu lepas, pemimpin PAS itu menyelar Lim kerana didakwa berkata beliau (Mustafa) bersetuju pilihan raya PBT diadakan, sedangkan beliau tidak berkata demikian. 
Sebelum itu, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata pilihan raya PBT yang diperjuangkan DAP boleh melebarkan lagi jurang ekonomi antara golongan berada dan tidak berada serta boleh mencetuskan pergaduhan kaum seperti peristiwa 13 Mei 1969. 
Pada khamis, setiausaha penganjur DAP Loke Siew Fook mengeluarkan kenyataan yang mempersoal sama ada Mustafa cuba membakar jambatan yang menghubungkan PAS dan DAP apabila beliau mencabar Lim untuk berdebat. 
Beliau berkata cabaran Mustafa itu sama seperti melayan DAP sebagai musuh politik dan mendakwa Mustafa tidak pernah bertindak demikian terhadap Umno yang menjadi musuh politik PAS. 
Pada Ogos tahun lepas, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Kerajaan Pulau Pinang tidak mempunyai kuasa untuk mengadakan pilihan raya PBT.
Nampak sangat Guan Eng kaki pembohong kalau tak masakan cabut lari..

Rencana Pelepas Terdesak Anwar Ibrahim Gagal #LiwatTetapLiwat

Anwar semakin terdesak diasak bayangan sangkar besi. Serba-serbi serba tidak kena.

Hendak larikan diri mulut sudah katakan dia pantang melarikan diri. tetapi tidak mustahil sebab dia juga yang pernah berjanji kalau kalah PRU13 dia hendak bersara dari politik tetapi mungkiri janji juga.

Sekarang hendak harapkan strategi melaga-lagakan DS Najib dengan TD Mahathir dah gagal dah kantoi hinggakan Malaysiakini Free Malaysia Today dan berberapa potal pronya bakal tangung musibah.

Nampaknya sukarlah Anwar hendak pujuk DS Najib memberi peluang keampunan melalui politik.

Ayatlah macammanapun DS Najib dah tak nak layan situasi ibarat melepas anjing tersepit. Habis tu apa lagi hanya mempergunakan kaedah lama sajalah merayu simpati malalui propaganda kononya dia tidak bersalah dan Saiful dijadikan mangsa lagi. Lebih kejam dari biasa.

Adakah Anwar tidak diberi keadilan? Tanyalah berapa kali dia tangguh dan berapa kali dia mengelak semua orang turut.

Masalahnya Anwar ini jenis pandai merayu orang tolongnya sedangkan dia sering kencingkan rakyat sering abaikan kebajikan rakyat. Maka populariti Anwar setakat nyawa-nyawa ayam. Dan yang Pasti Liwat tetap Liwat.

Mesej jelas Dari Husam Musa & Mat Sabu Yang Haji Hadi Telah Tersingkir

Hebatnya mainan politik PAS. Ada jangan tanya siapa Presiden siapa Naib Presiden yang palin penting anda perlu tahu siapa Tok Dalangnya.

Dalam PAS peranan utama Tok Dalang lebih hebat dari dari Majlis Ulama PAS. Malah lebih hebat dari murshidul AM atau Timbalannya.

PAS adalah nadi utama yang mampu memecah belahkan perpaduan orang-orang melayu islam. Sebab itu mustahil boleh dilepaskan DAP dari bersatu dengan UMNO malah mustahil untuk dilepaskan untuk berjalan atas acuannya sendiri.
Kepada DAP, PAS perlu wujud sebagai jentera memecah belahkan perpaduan umat islam Malaysia sebagai modus operandi utama menjatuhkan BN terutama UMNO. Tetapi baru-baru ini kelibat Haji Hadi amat sukar dikawal apatah campur tangan dari Haron Din. Yang terang-terang cuba mengyanggah tindakan DAP untuk melaksanakan Pilihan Raya PBT.

Peperangan ini menyebabkan PAS dan DAP bertikam lidah. Tetapi adalah menjadi kesalahan dalam Pakatan Rakyat untuk PAS bertindak menyangkal tindakan DAP melalui serangan terbuka. Itu yang diperkatakan Zairil Khir. Kecuali DAP boleh bila-bila masa menyerang PAS samada terbuka atau tertutup.

Kerana PAS kena akur yang mereka hanya bertaraf barua dalam kasta terhina dikalangan Pakatan Rakyat. Itu mesej jelas yang sememang PAS buta untuk menyaksikan akan kebenarannya.

Jika Haji Hadi haron Din mahu tunjuk belang melawan. DAP boleh buat lebih dari itu dengan menggunakan barua-barua setia DAP yang bersarang dalam PAS.



Menjalankan aktiviti tanpa penglibatan Haji Hadi. Operasi ini akan mengcucikan minda akar umbi PAS yang Haji Hadi dipinggirkan secara simbolik. Iaitu tidak diundang sama sekali. Ini Mesej jelas Haji Hadi bakal disingkir.

Malah kalau kita imbas kembali bagaimana Nasharuddin Mat Isa dan Hasan Ali disingkir. Bermula dengan mengkritik DAP PKR, Maka barua-barua DAP dalam PAS akan mengeluarkan kenyataan " Itu kenyataan peribadi yang tidak mewakili PAS" dan selang berberapa ketika mereka akan dipecat atau ditendang bulat-bulat.

Dan inilah sedang berlaku kepada Haji Hadi dan Mustafa Ali dibidas dengan ayat yang sama kerana kesalahan mengkritik Lim Guan Eng khalifah terbesar mengatasi Majlis Ulama PAS. Dan nasib Haji Hadi sudah dibayangkan dengan Majlis Pelancaran Gabungan Impian Rakyat Kelantan. Tanpa kehadiran Menteri Besar Kelantan, Tanpa kehadiran Presiden PAS. Sebaliknya mereka digantikan dengan Lim Kit Siang.
Bagaimana keringnya hati Husam Musa dan Mat Sabu tidak menghormati Presiden PAS, Menteri Besar PAS dan majlis Ulama PAS hanya semata-mata untuk mengjaga hati Khalifah Lim Guan Eng dan bapa 13 Mei Lim Kit Siang?

Malah adakah kebutulan kehadiran bapa 13 Mei untuk menyangkal dakwaan Haji Hadi Pilihan Raya PBT yang diwar-warkan DAP bukanlah punca bakal tercetus 13 Mei seperti dakwaan Haji Hadi dan Haron Din. Kita tahu Husam dan Mat Sabu tidak suka Haji Hadi dan Haron Din keluarkan kenyataan sedemikian dan atas inikah Lim Kit Siang dijemput? 

Malah lupakah orang-orang PAS yang perancangan melaksanakan Hudud di Kelantan yang menyebabkan MB Kelantan tidak layak bersama sebaris dengan Lim Kit Siang?

Itu cukup membuktikan bukan Presiden berhak memandu PAS, bukan Murshidul AM berhak mentabir PAS dan bukan Majlis Ulama PAS berhak mencorakan PAS. Sebaliknya hanyalah Tok Dalang yang bukan beragama islam menentukan islam yang bagaimanakah PAS layak diacuankan. PecahPalakMikir sambung baca lagi posting dibawah ini.








Video Punca 2 Juta Umat Islam Indonesia Murtad Setahun







Mengejutkan Indonesia ada 200 Juta Umat Islam tetapi 2 Juta memilih Murtad setiap setahun, Ini sebabnya kenapa kita mempertahankan khalimah Allah dan menghalang desakan DAP untuk membenarkan remaja usia 21 tahun memilih agama sendiri. Tetapi yang sedihnya yang bergelar parti Islam menjadi barua DAP.

Bangkit saudara seislamku adakah ini yang kita mahukan di Malaysia?

Ini kenapa kita perjuangkan hak termatub islam dan sebarkan sebanyak mungkin yang anda mampu Insya Allah mudah-mudahan jihad kita memberi impak besar.


Thursday 29 January 2015

Video- Skandal Penindasan Datum Jelatek Yang Disembunyikan @AzminAli

Projek Datum Jelatek merupakan projek pembangunan semula kawasan perumahan kos rendah di Jalan Jelatek, Datuk Keramat bernilai RM1.2 bilion yang dijadual siap 2016.

Membabitkan empat bangunan setinggi 45 tingkat , pejabat, hotel dan pusat membeli belah projek yang didakwa penduduk dibuat tanpa memikirkan keadaan orang Melayu di sekeliling kawasan ini.

Pada 4 Oktober 2012, Datum Jelatek telah dilancarkan di Marina Bay Sands, Singapura dan dibuka untuk pembelian dan didakwa kuasa membeli adalah berpihak kepada orang luar.

Bagaimana mereka memujuk penduduk PKNS menjual rumah mereka dengan 50 peratus daripada keseluruhan kuota pembangunan di bekas tapak pangsapuri kos rendah tersebut telah dijanji untuk diberikan kepada bumiputra kini peruntukan tersebut tiada lagi. pada hal 23 Febuari 2013 di Taman Permata azmin mengulangi janji tersebut.

Konon yang digenbar-gembur PKR,  penduduk Melayu yang menjual unit pangsapuri mereka kepada PKNS untuk projek itu menerima keuntungan berlipat kali ganda apabila dibayar RM 300,000. Sebaliknya harga asal pangsapuri kos rendah mereka hanya sekitar RM 20,000.


Penduduk mendakwa, PKNS pada tahun 2009 telah bersetuju untuk memberi pampasan berjumlah RM250,000 hingga RM300,000 bergantung kepada saiz rumah, manakala antara RM400,000 hingga RM500,000 bagi rumah kedai.

Pada 14 November 2011, satu sidang akhbar telah dibuat oleh penduduk mendakwa PKNS mengurangkan jumlah pampasan pada nilai yang lebih rendah iaitu hanya sebanyak RM 130,000 .
Kira-kira 1,000 orang berkumpul di tapak projek Datum Jelatek di Taman Keramat hari ini bagi membantah tindakan kerajaan negeri Selangor membenarkan projek mega berkenaan diteruskan

PKNS juga dikatakan telah menekan penduduk dengan menghentikan kerja-kerja penyelenggaraan dan menggunakan undang-undang kerajaan negeri untuk merampas tanah yang diduduki.
Tindakan PKNS dilihat seperti ‘menghukum’ penduduk dek sikap mereka yang enggan berpindah sebelum itu.

Ini telah menjadi agenda menukar kawasan majoriti Melayu itu menjadi "Chinese District" (Daerah Cina) kerana ia hanya mampu dimiliki kaum Cina dan warga asing dari China. Bukan suatu dapat dinafikan lagi. Apabila baru-baru ini cerita diada-adakan kononya terdapat permintaan bumiputera 1097 walhal unit yang disediakan hanyalah 674. Gambaran hentam membabi buta menggambarkan yang Jatum Jelatek disediakan 1005 untuk bumiputera. Hakikatnya ramai yang tahu hal sebaliknya berlaku.

BBDJ mendakwa projek Datum Jelatek di atas tanah seluas 2.2 hektar dikatakan sebagai projek pembangunan semula kawasan perumahan kos rendah dan kemudian bertukar menjadi cadangan pembangunan empat bangunan eksklusif merangkumi unit kediaman, pejabat, hotel dan pusat beli-belah yang disasarkan untuk golongan berpendapatan tinggi dan korporat

Harga sebuah kondo antara RM700,000 dan yang paling mahal mencecah RM9 juta.

Hanya jutawan dan mereka yang berpendapatan minimum RM 20 000 sebulan sahaja yang mampu untuk membeli kondominium itu,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

"Mereka itu siapa? Awak pasti mereka penduduk tempatan? Selain Encik Salleh (Samad, Pengerusi Badan Bertindak Datum Jelatek) siapa lagi yang hadir?" azmin ali

Tetapi perlu diketahui Azmin semasa zaman Khalid MB menjadi pengerusi projek dan juga membabitkan Teresa Kok yang emnjadi sebahagian dalam skandal ini.

Pengurus Besar PKNS Azlan Md Alifiah menegaskan majoriti bakal pembeli kondominium di Datuk Keramat itu, yang dibangunkan DatumCorp International (DCI), adalah Bumiputera.

Azmin sering malaung-laungkan yang PKNS dan DCI sentiasa menerima pandangan dan cadangan daripada penduduk di sekitar kawasan pembangunan Datum Jelatek ini bagi memastikan mereka benar-benar faham tujuan pembangunan projek ini. Tetapi cakap awal hendak beri 50 kuota Bumiputera sekarang 0%.. Emm awal-awal kelentaong boleh percayakan lagi ke? PecahPalakMikir

Monday 26 January 2015

Pilihan Raya PBT Haron Din Sesah Cukup-cukup Lim Guan Eng Anwar

Memandangkan ramai sangat orang-orang PAS kecut perut dengan DAP kali ini Haron Din bangkit berlasah sesah Lim Guan Eng dengan Anwar cukup-cukup. Semua angkaran peranga kedua makhluk ini yang tidak sudah-sudah menyerang Haji Hadi.

Perlaksanaan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak menyumbang ke arah usaha mewujudkan keharmonian politik negara ini, kata timbalan mursyidul am PAS. 
Datuk Haron Din juga berkata sebarang isu yang boleh menimbulkan ketidaktenteraman akan mengundang padah, laporUtusan Malaysia. 
“Kalau tidak segera, maka masa mendatang akan lebih mencabar akkerana itulah isu pilihan raya PBT elok dihentikan segera,” Haron Din dilaporkan sebagai berkata. 
Sebelum ini Presiden PAS,Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyanggah hasrat sekutunya DAP untuk mengadakan pilihan raya tempatan atas alasan ia berpotensi menyebabkan peristiwa berdarah 13 Mei 1969 kembali berulang. 
Haron turut meminta DAP tidak menyamakan isu pilihan raya PBT dengan isu hudud kerana menurutnya ia langsung tidak mempunyai kaitan. 
“Hudud adalah teras perjuangan parti dan kerana itulah PAS mewujudkan sedangkan pilihan raya PBT ini apa bendanya, bukan perjuangan parti dan bukan teras DAP,” Haron Din dilaporkan sebagai berkata.
Sekarang kita nak tengok siapa yang berani menyerang Haron Din pulak?

Rakyat Mengamuk Skandal Projek DATUM JELATEK Teresa & Azmin Lari Pintu Belakang

Semalam Selangor digemparkan dengan rakyat Selangor hilang sabar dan mengamuk merempuh kawasan Projek Mewah yang berselindung pada awalnya Rumah Mampu Milik.

Ini merupakan satu penindasan dari penipuan yang amat ketara mengisi tampuk pemerintahan PKR Selangor.

Kenapa bergitu tergamak Pakatan Rakyat menipu hinggakan empat blok Rumah Pangsa PKNS yang dihuni oleh 100% Melayu. Rumah Pangsa PKNS Taman Keramat telah dimusnahkan sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor menerusi PKNS pada penghujung 2010. Atas nama membina rumah mampu milik yang lebih selesa?

Yang menariknya ini meliputi kawasan Bukit Antarabangsa yang secara tidak langsung merupakan DUN MB Selangor sekarang iaitu Azmin Ali. Adakah ini buah tangan Azmin sebagai menghargai jasa rakyat Bukit Antara Bangsa kerana memberi undi kepadanya.

Yang menyedihkan sepatutnya setiap rumah pangsa sebelum ini patut menerima pampasan sewajarnya bernilai sekurang-kurang RM 1 Juta hanya dibayar 15% iaitu RM150k sahaja. Dan mereka ditawarkan pula rumah Mampu Milik dengan harga RM700k. Wah Adil sungguh.

Bukankah cara ini cukup menggambarkan pengusiran orang-orang melayu keluar tinggal dalam hutan? Malah kekejaman mereka lebih dahsyat bukan sahaja memberi pampasan rendah malah tidak langsung menyedia kawasan alternatif lain melainkan angkat bungkus menyewa kawasan perumahan berdekatan. Yang RM150k itu cukup membawar sewa bagi 1 1/2 tahun sahaja.

Malah kalau ingin membeli rumahpun mereka terpaksa  membeli rumah antara 350k hingga 500k itupun terhad berbanding sebelum ini ada yang sudah habis bayar. Mengikut perjanjian awal sekurang-kurangnya dibayar RM400k iaitu di zaman Khir Toyo tetapi telah menjadi bahan politi Pakatan hingga tergendala. Tetapi sekarang apa dah jadi? Cukup RM150k?

Kemelut menyedihkan ini juga melibatkan perana Teresa Kok yang sekarang telah lari tidak mahu menjawap apa-apa dan yang paling menguntungkan DAP berjaya membina empayar baru pro DAP setelah semua melayu makin jauh diusir meninggalkan bandar. Yeah UBAH kesemuanya. Puas Hati?

Kenyataan Penuh KEMENTERIAN WANITA Rotan Anak Menjadi Kes Jenayah

KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

ROTAN SEHINGGA MENYEBABKAN KECEDERAAN FIZIKAL ATAU EMOSI KEPADA KANAK-KANAK

1. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) ingin merujuk kepada liputan media berkaitan tindakan merotan anak menjadi kesalahan jenayah yang disiarkan oleh akhbar pada hari ini (25 Januari 2015) berdasarkan sidang media pada 24 Januari 2015 di Shah Alam.

2. Dalam sidang media tersebut, YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memberi penerangan bahawa cadangan di dalam Rang Undang-Undang Kanak-Kanak baharu akan merangkumi perkara-perkara berikut:

i. Penyertaan kanak-kanak selaras dengan prinsip Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (Convention on the Rights of the Child, CRC);

ii. Pemansuhan hukuman sebatan ke atas kanak-kanak yang berkonflik dengan undang-undang (melakukan kesalahan jenayah);

iii. Peruntukan baharu yang membolehkan pelaksanaan konsep diversion; dan

iiii. Peruntukan baharu mengenai pelaksanaan deinstitutionalisation.

3. Pada masa ini seksyen 91 (1) (g) dalam Akta Kanak-Kanak 2001 membenarkan seseorang kanak-kanak lelaki dikenakan hukuman sebatan tidak lebih daripada 10 kali sebatan apabila disabitkan dengan kesalahan melakukan jenayah. Dalam hal ini, hukuman sebatan di Mahkamah adalah berbeza dengan hukuman merotan sama ada di sekolah atau rumah. Hukuman sebatan di Mahkamah dilakukan secara teratur mengikut prosedur yang ditetapkan undang-undang. Walau bagaimanapun, atas alasan perkembangan psikologi dan selaras dengan CRC Kementerian bercadang untuk memansuhkan hukuman tersebut.

4. Selaras dengan cadangan pemansuhan hukuman sebatan di Mahkamah tersebut, Kementerian telah meneliti perlakuan merotan kanak-kanak di kalangan masyarakat Malaysia. Pada masa ini, peruntukan yang dicadangkan dalam Rang Undang-Undang Kanak-Kanak baharu bukanlah bermaksud supaya setiap perbuatan merotan menjadi kesalahan jenayah.

5. Perlakuan merotan, sekiranya sehingga menyebabkan kecederaan fizikal atau mental boleh terjumlah kepada melakukan kesalahan jenayah. Di bawah undang-undang sedia ada pun, sebenarnya perbuatan itu telah dijadikan suatu kesalahan di bawah seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh dihukum dengan penjara selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau denda tidak melebihi dua puluh ribu atau kedua-duanya.

6. Kementerian sedang meneliti dan memperhalusi cadangan untuk memasukkan peruntukan undang-undang yang lebih terperinci supaya apa-apa perbuatan kepada kanak-kanak sehingga menyebabkan kecederaan fizikal atau emosi kepada kanak-kanak merupakan suatu kesalahan jenayah yang boleh dikenakan hukuman penjara atau denda yang lebih tinggi. Di samping itu, Kementerian juga mempertimbangkan untuk mengadakan hukuman alternatif seperti khidmat masyarakat atau kaunseling atau kursus ke ibubapaan.

7. Selaras dengan amalan konsultasi dan engagement secara berterusan dengan semua stakeholders dan
pihak berkepentingan, Kementerian ini akan meneruskan tradisi tersebut dalam penggubalan Rang Undang-Undang Kanak-Kanak ini.

Disediakan oleh:
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Aras 35, No. 55, Persiaran Perdana, Persint 4,
62100 Putrajaya.
No.tel: 03-8323 108


Sunday 25 January 2015

Rotan Anak Yang Menjadi Kesalahan Jenayah Dari Sudut Pandangan Islam

Nabi Muhammad SAW menyuruh kita ajar anak solat sejak dari umur 7 tahun dan pukul kalau tidak solat bila umur 10 tahun.

Diriwayatkan daripada Amr bin Syu’aib, daripada ayahnya, daripada datuknya r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). (Hadis riwayat Abu Daud).

Pukul itu pula bukanlah untuk menyeksa, cuma sekadar untuk menggerunkan. Janganlah dipukul bahagian muka kerana muka adalah tempat penghormatan seseorang. Allah SWT mencipta sendiri muka Nabi Adam. Selain itu kita juga dilarang menjatuhkan airmuka orang lain.

Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila salah seorang di antara kamu bertengkar dengan saudaranya maka hendaklah beliau menghindari dari memukul di bahagian muka

Dalam mendidik anak-anak, berlemah lembutlah, namun sediakan rotan di rumah (digantung) sekadar untuk mengertak kalau mereka malas beribadat. Dalam satu hadis lebih kurang maksudnya “ Tiada kebaikan/berkat rumah yang tiada rotan”

Kena juga  kita perhatikan Hadith Rasulullah SAW mengenai suruhan mengerjakan solat dari umur 7 tahun. Suruhan itu diulang-ulang selama 5 hari sehari selama 3 tahun (bermula umur 7 tahun sehingga 10) iaitu sebanyak 5475 kali sebelum ibubapa boleh menghukum anak sekiranya tidak solat.

Syarat Hukum Anak


1. Pukulan tidak boleh lebih daripada 10 kali. Hal ini dilarang orang Nabi SAW. Sabda Nabi SAW, “Jangan kamu menyebat lebih daripada 10 kali sebatan kecuali ketika melaksanakan hudud Allah”. (Riwayat al Bukhari dan Muslim)

2. Jangan pukul di bahagian muka. Nabi SAW berpesan maksudnya, “Apabila kamu memukul seseorang, maka elakkan memukul mukanya dan jangan kamu berkata, Allah burukkan muka kamu!”. (Riwayat Ahmad)

3. Jangan pukul di tempat yang sensitif, yang menyakitkan atau yang boleh mendatangkan kecederaan seperti kemaluan, perut dan sebagainya.

4. Pukul untuk mendidik, bukan mendera. Jadi tidak harus mengunakan alat-alat yang terlalu menyakitkan atau pukul dengan cara yang teruk atau dengan cara yang menyalahi Syarak seperti membuka auratnya, mengunakan peralatan yang panas atau sebagainya.

5. Jangan pukul ketika dalam keadaan marah kerana kemarahan boleh menyebabkan kita hilang kawalan diri dan hukuman yang dijatuhkan tidak setimpal dengan kesalahan serta terseleweng dari tujuan asal untuk mendidik.

6. Pastikan anak-anak mengetahui kenapa dihukum dan dia memahami bahawa dia telah melakukan kesalahan yang layak untuk dihukum.

7. Jangan pukul terlalu kerap. Pendekatan menghukum dan memukul hendaklah digunakan sekali sekala sahaja. Jika terlalu kerap, ia tidak berkesan malah mungkin menjadikan anak memberontak dan liar juga hilang keyakinan diri.

8. Elakkan daripada mengunakan kata-kata kesat atau mendoakan perkara yang buruk. Nabi SAW bersabda,


“Jangan kamu mendoakan keburukan ke atas diri kamu, anak-anak kamu, khadam kamu dan hata kamu kerana sekiranya doa itu bertepatan dengan waktu mustajab, maka doa kamu itu akan dikabulkan sebagaimana yang kamu doakan”. (Riwayat Abu Dawud)
# 8 Panduan Merotan Anak

Panduan Merotan Anak


1. Mengantung rotan di rumah – Seperti yang dianjurkan oleh Rasullullah SAW, ibubapa tidak boleh merotan anak-anak yang tidak pernah melihat rotan. Jika hari ini mereka dirotan dan ketika itu jugalah baru mereka ‘mengenal’ rotan, itu tidak adil bagi mereka.

2. Menarik telinga – Sentuhan fizikal yang pertama adalah telinga. Dengan cara ini, anak-anak akan merasakan betapa sakitnya balasan daripada tindakannya itu sehingga layak untuk ditarik telinga.

3. Tidak menembusi daging – Setiap pukulan yang boleh melukai daging dan menyebabkan mengelupasnya kulit, makan perkara tersebut bertentangan dengan ugama Islam.

4. Tidak mengangkat ketiak – Pemukul / perotan tidak boleh mengangkat kedua-dua ketiaknya untuk menghasilkan pukulan yang kuat.

5. Maksima 10 kali – Had atau batasan merotan adalah tidak melebihi 10 kali. Antara pukulan pertama dengan yang berikutnya, harus ada jarak waktu dan bukannya bertubi-tubi tanpa henti.

6. Pukul di bahagian tapak kaki – Tapak kaki adalah bahagian yang paling tidak menyakitkan. Kebanyakan ulamak bersepakat, memukul di bahagian wajah, kepala dan kemaluan adalah dilarang kerana itu melibatkan maruah anak-anak.

7. Tempat berbeza – Jika merotan lebih daripada sekali, pukulan tidak boleh dilakukan pada 1 bahagian badan yang sama kerana ia akan mencederakan bahagian badan tersebut. Lakukan di bahagian badan yang berbeza yang dibenarkan oleh Islam.

8. Tidak boleh merotan ketika marah – Ibubapa tidak digalakkan memukul atau merotan anak ketika sedang marah kerana perasaan ketika itu berlandaskan emosi dan berkemungkinan pukulan itu akan menyakitkan dan mencederakan anak-anak, bukannya untuk memberi pendidikan dan pengajaran pada anak-anak.

Asuhlah anak-anak kita seperti kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya” supaya akhlak anak jadi baik. Ini kerana “kuah tidak semestinya tumpah ke nasi”. Ada orang jahil yang lahir dari rumah ulama dan ada juga ulama yang lahir dari rumah orang jahil

Tetapi zaman sekarang adakah langsung tidak boleh merotan walaupun atas tujuan mendidik? Sebab jika sesorang ibu bapa ditangkap gambar sebagai bukti merotan anak walaupun hanya tujuan mendidik. Dia akan didakwa mendera kanak2. Buat kajian dahulu jangan sebarang buat undang?

Satu persoalan adakah generasi yang sekarang berusia 35 tahun keatas adalah generasi yang dikenakan hukuman berbentuk rotan. Adakah mereka menjadi manusia gagal? kerana sering dirotan.

Namun bergitu terdapat kes yang merotan anak secara melampau berlaku di Malaysia. Jadi ini juga perlu diberi perhatian. Oleh itu untuk membuat undang-undang secara umum kerana merotan untuk mendidik juga terpalit dalam jenayah manakala kalau tidak buat ada yang tahap mendera.

Kajian terperinci perlu dilakukan dengan bahasa yang sesuai iaitu bukan menggunakan bahasa rotan sebaliknya terma mendera itu lebih tepat.

Akar Umbi Dan Media Harakah PAS semakin Dayus Takut Pertahankan Haji Hadi

Pelik betul dengan akar umbi dan media PAS terutama Harakah. kenapa takut sangat untuk pertahankan Presiden mereka sendiri iaitu Haji Hadi. Sudah berapa kali Haji Hadi diserang bertubi-tubi DAP PKR. Tak ada yang berani bangkit dari PAS.

Kalu hendak diikut kalau DAP kena serang dengan BN, laju sangat mereka bangkit mempertahankan DAP walaupu isu melibatkan kesucian dan kedudukan agama islam itu sendiri. Lihatlah bila khutbah Jumaat diselar ektremmisme oleh Eric Paulsen dan Latifah Koyak laju je akar umbi PAS bersetongkol.

Lihatlahlah kahlimah Allah dan bab masjid tidak berani laungkan azan subuh melalui speaker. laju ke mereka bersetongkol pertahankan DAP.

Tidak tanduk akar umbi PAS demi DAP sehingga sanggup menjadi benten macam lebu di jalan raya malah sanggup mengorbankan nyawa bersabung dengan pihak berkuasa.

Tetapi bila Presiden PAS sendiri bongkar niat jahat DAP yang boleh meyebabkan 13 mei berulang. Akar Umbi PAS dan Media PAS seperti Harakah jadi dayus, takut kecut tidak berani langsung mempertahankan Presiden sendiri malah ada yang sanggup berpaling tadah menyebelah DAP dan PKR.

Apa sudah jadi dengan PAS. Apa sudah jadi dengan perjuangan Islam PAS. Atau memang benar mereka ini tergolong dalam golongan dayus seumur hidup. Kalau tidak bangkit buktikan jati diri anda wahai akar umbi PAS.

Isu Terkini

get this widget here