Hebatnya mainan politik PAS. Ada jangan tanya siapa Presiden siapa Naib Presiden yang palin penting anda perlu tahu siapa Tok Dalangnya.
Dalam PAS peranan utama Tok Dalang lebih hebat dari dari Majlis Ulama PAS. Malah lebih hebat dari murshidul AM atau Timbalannya.
PAS adalah nadi utama yang mampu memecah belahkan perpaduan orang-orang melayu islam. Sebab itu mustahil boleh dilepaskan DAP dari bersatu dengan UMNO malah mustahil untuk dilepaskan untuk berjalan atas acuannya sendiri.
Kepada DAP, PAS perlu wujud sebagai jentera memecah belahkan perpaduan umat islam Malaysia sebagai modus operandi utama menjatuhkan BN terutama UMNO. Tetapi baru-baru ini kelibat Haji Hadi amat sukar dikawal apatah campur tangan dari Haron Din. Yang terang-terang cuba mengyanggah tindakan DAP untuk melaksanakan Pilihan Raya PBT.
Peperangan ini menyebabkan PAS dan DAP bertikam lidah. Tetapi adalah menjadi kesalahan dalam Pakatan Rakyat untuk PAS bertindak menyangkal tindakan DAP melalui serangan terbuka. Itu yang diperkatakan Zairil Khir. Kecuali DAP boleh bila-bila masa menyerang PAS samada terbuka atau tertutup.
Kerana PAS kena akur yang mereka hanya bertaraf barua dalam kasta terhina dikalangan Pakatan Rakyat. Itu mesej jelas yang sememang PAS buta untuk menyaksikan akan kebenarannya.
Jika Haji Hadi haron Din mahu tunjuk belang melawan. DAP boleh buat lebih dari itu dengan menggunakan barua-barua setia DAP yang bersarang dalam PAS.
Menjalankan aktiviti tanpa penglibatan Haji Hadi. Operasi ini akan mengcucikan minda akar umbi PAS yang Haji Hadi dipinggirkan secara simbolik. Iaitu tidak diundang sama sekali. Ini Mesej jelas Haji Hadi bakal disingkir.
Malah kalau kita imbas kembali bagaimana Nasharuddin Mat Isa dan Hasan Ali disingkir. Bermula dengan mengkritik DAP PKR, Maka barua-barua DAP dalam PAS akan mengeluarkan kenyataan " Itu kenyataan peribadi yang tidak mewakili PAS" dan selang berberapa ketika mereka akan dipecat atau ditendang bulat-bulat.
Dan inilah sedang berlaku kepada Haji Hadi dan Mustafa Ali dibidas dengan ayat yang sama kerana kesalahan mengkritik Lim Guan Eng khalifah terbesar mengatasi Majlis Ulama PAS. Dan nasib Haji Hadi sudah dibayangkan dengan Majlis Pelancaran Gabungan Impian Rakyat Kelantan. Tanpa kehadiran Menteri Besar Kelantan, Tanpa kehadiran Presiden PAS. Sebaliknya mereka digantikan dengan Lim Kit Siang.
Bagaimana keringnya hati Husam Musa dan Mat Sabu tidak menghormati Presiden PAS, Menteri Besar PAS dan majlis Ulama PAS hanya semata-mata untuk mengjaga hati Khalifah Lim Guan Eng dan bapa 13 Mei Lim Kit Siang?
Malah adakah kebutulan kehadiran bapa 13 Mei untuk menyangkal dakwaan Haji Hadi Pilihan Raya PBT yang diwar-warkan DAP bukanlah punca bakal tercetus 13 Mei seperti dakwaan Haji Hadi dan Haron Din. Kita tahu Husam dan Mat Sabu tidak suka Haji Hadi dan Haron Din keluarkan kenyataan sedemikian dan atas inikah Lim Kit Siang dijemput?
Malah lupakah orang-orang PAS yang perancangan melaksanakan Hudud di Kelantan yang menyebabkan MB Kelantan tidak layak bersama sebaris dengan Lim Kit Siang?
Itu cukup membuktikan bukan Presiden berhak memandu PAS, bukan Murshidul AM berhak mentabir PAS dan bukan Majlis Ulama PAS berhak mencorakan PAS. Sebaliknya hanyalah Tok Dalang yang bukan beragama islam menentukan islam yang bagaimanakah PAS layak diacuankan. PecahPalakMikir sambung baca lagi posting dibawah ini.
No comments:
Post a Comment