Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Thursday 29 January 2015

Video- Skandal Penindasan Datum Jelatek Yang Disembunyikan @AzminAli

Projek Datum Jelatek merupakan projek pembangunan semula kawasan perumahan kos rendah di Jalan Jelatek, Datuk Keramat bernilai RM1.2 bilion yang dijadual siap 2016.

Membabitkan empat bangunan setinggi 45 tingkat , pejabat, hotel dan pusat membeli belah projek yang didakwa penduduk dibuat tanpa memikirkan keadaan orang Melayu di sekeliling kawasan ini.

Pada 4 Oktober 2012, Datum Jelatek telah dilancarkan di Marina Bay Sands, Singapura dan dibuka untuk pembelian dan didakwa kuasa membeli adalah berpihak kepada orang luar.

Bagaimana mereka memujuk penduduk PKNS menjual rumah mereka dengan 50 peratus daripada keseluruhan kuota pembangunan di bekas tapak pangsapuri kos rendah tersebut telah dijanji untuk diberikan kepada bumiputra kini peruntukan tersebut tiada lagi. pada hal 23 Febuari 2013 di Taman Permata azmin mengulangi janji tersebut.

Konon yang digenbar-gembur PKR,  penduduk Melayu yang menjual unit pangsapuri mereka kepada PKNS untuk projek itu menerima keuntungan berlipat kali ganda apabila dibayar RM 300,000. Sebaliknya harga asal pangsapuri kos rendah mereka hanya sekitar RM 20,000.


Penduduk mendakwa, PKNS pada tahun 2009 telah bersetuju untuk memberi pampasan berjumlah RM250,000 hingga RM300,000 bergantung kepada saiz rumah, manakala antara RM400,000 hingga RM500,000 bagi rumah kedai.

Pada 14 November 2011, satu sidang akhbar telah dibuat oleh penduduk mendakwa PKNS mengurangkan jumlah pampasan pada nilai yang lebih rendah iaitu hanya sebanyak RM 130,000 .
Kira-kira 1,000 orang berkumpul di tapak projek Datum Jelatek di Taman Keramat hari ini bagi membantah tindakan kerajaan negeri Selangor membenarkan projek mega berkenaan diteruskan

PKNS juga dikatakan telah menekan penduduk dengan menghentikan kerja-kerja penyelenggaraan dan menggunakan undang-undang kerajaan negeri untuk merampas tanah yang diduduki.
Tindakan PKNS dilihat seperti ‘menghukum’ penduduk dek sikap mereka yang enggan berpindah sebelum itu.

Ini telah menjadi agenda menukar kawasan majoriti Melayu itu menjadi "Chinese District" (Daerah Cina) kerana ia hanya mampu dimiliki kaum Cina dan warga asing dari China. Bukan suatu dapat dinafikan lagi. Apabila baru-baru ini cerita diada-adakan kononya terdapat permintaan bumiputera 1097 walhal unit yang disediakan hanyalah 674. Gambaran hentam membabi buta menggambarkan yang Jatum Jelatek disediakan 1005 untuk bumiputera. Hakikatnya ramai yang tahu hal sebaliknya berlaku.

BBDJ mendakwa projek Datum Jelatek di atas tanah seluas 2.2 hektar dikatakan sebagai projek pembangunan semula kawasan perumahan kos rendah dan kemudian bertukar menjadi cadangan pembangunan empat bangunan eksklusif merangkumi unit kediaman, pejabat, hotel dan pusat beli-belah yang disasarkan untuk golongan berpendapatan tinggi dan korporat

Harga sebuah kondo antara RM700,000 dan yang paling mahal mencecah RM9 juta.

Hanya jutawan dan mereka yang berpendapatan minimum RM 20 000 sebulan sahaja yang mampu untuk membeli kondominium itu,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

"Mereka itu siapa? Awak pasti mereka penduduk tempatan? Selain Encik Salleh (Samad, Pengerusi Badan Bertindak Datum Jelatek) siapa lagi yang hadir?" azmin ali

Tetapi perlu diketahui Azmin semasa zaman Khalid MB menjadi pengerusi projek dan juga membabitkan Teresa Kok yang emnjadi sebahagian dalam skandal ini.

Pengurus Besar PKNS Azlan Md Alifiah menegaskan majoriti bakal pembeli kondominium di Datuk Keramat itu, yang dibangunkan DatumCorp International (DCI), adalah Bumiputera.

Azmin sering malaung-laungkan yang PKNS dan DCI sentiasa menerima pandangan dan cadangan daripada penduduk di sekitar kawasan pembangunan Datum Jelatek ini bagi memastikan mereka benar-benar faham tujuan pembangunan projek ini. Tetapi cakap awal hendak beri 50 kuota Bumiputera sekarang 0%.. Emm awal-awal kelentaong boleh percayakan lagi ke? PecahPalakMikir

No comments:

Isu Terkini

get this widget here