Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Saturday, 13 December 2014

Ganas Raja Petra Tibai "Pergi Mampus" Tergamam Dyana Sofya

Hah ambik kau! Ambik Kau Dyana Sofya memandai-mandai buat artikel panjang lebar tentang hak Anwar untuk berdiri menghasut di setiap Universiti yang ada di Malaysia di balas selamba je "Pergi Mampus"

Melalui artikel raja petra ada dua perkara menarik dipaparkan dalam blognya bertajuk "Pergi Mampus Pakatan Rakyat"

Yang menyentuh bagaimana Raja Petra membongkar skandal yang setahun sebelum Malaysia Today dedahkan iaitu projek lebuh raya KIDEX. Malaysia Today telah memberikan semua butiran mengenai KIDEX termasuk mendedahkan orang di belakang projek yang dulunya dipapar Raja Petra iaitu setahun sebelum projek ini ditandatangi.

Tetapi semasa paparan Raja Petra tiada dikalangan pembankang yang mahu ambil peduli kecuali setelah setahun kemudian kontrak di tandatangi barulah semua pembankang melompat-lompat menyerang setiap pelusuk. Persoalannya kenapa ini tidak berlaku pada sebelumnya dan kenapa hanya berlaku apabila sudah ditandatangi?

Apa ertinya Pakatan Rakyat melalak setelah projek ditandatangi dan ketika sudah terlambat untuk berbuat apa-apa? Ini jelas menunjukan motif pembangkang mahu membenarkan projek ini berjalan dan dijadikan modal politik untuk memperjatuhkan BN.

Sebab itu Raja Petra meluahkan perasaan ragu-ragu keikhlasan pembangkang dalam membanteras penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

Adakah mereka benar-benar mahu melihat salah guna kuasa dan rasuah dihapuskan atau hakikatnya mereka akan bergembira dengan kewujudan situasi ini. Supaya pembangkang mempunyai sesuatu yang boleh mereka menjerit-jerit di jalan raya? Jika tanpa ada salah guna kuasa dan rasuah, sudah pasti mereka akan bankrap isu.

Ambil Selangor sebagai satu contoh. Pada tahun 2010 Raja Petra telah menekankan kelemahan yang ada di dalam kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Raja Petra juga menerbitkan dokumen untuk menyokong dakwaannya.

Yang menariknya setelah Pakatan Rakyat melebelkan Raja Petra sebagai seorang pendusta dan malah menuduh Raja Petra telah dibeli (mereka tidak menafikan bahawa dokumen itu tulen). 

Pakatan Rakyat mencabar Raja Petra untuk kembali ke Malaysia dengan bukti dan juga menawarkan untuk membayar setiap kos perjalanan Raja Petra kembali ke Malaysia, Tetapi ini adalah tindakan yang mereka sedar Raja Petra tidak boleh berbuat demikian atas sebab-sebab yang jelas.

Empat tahun kemudian, secara terbuka Pakatan Rakyat mengisytiharkan bahawa Khalid Ibrahim adalah yang paling bersih Menteri Besar dalam Sejarah Selangor, dalam masa yang sama Pakatan Rakyat turut mendedahkan semua kelemahan, pelanggaran, pelbagai penyelewengan, salah guna kuasa, rasuah dan pelbagai lagi dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Kenapa ini berlaku selepas 4 tahun sedangkan sebelum itu Raja Petra dicop pembohong walaupun mempunyai pelbagai bukti? tetapi terfikir juga kenapa Pakatan Rakyat bergini rupa sedangkan mereka juga mempunyai pelbagai bukti salah guna kuasa seperti didedahkan Raja Petra dan dalam masa yang sama mereka menunggu kematangan kes yang mereka syaki ada gejala rasuah untuk di jadikan modal politik.

Adakah ini macam cari bukti kesalahan orang lain untuk kambus bukti kesalahan kroni sendiri? Hakikatnya kesalahan rasuah ini berlaku di mana-mana parti sama ada Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional. 

Cumanya kalau bergini Pakatan Rakyat yang mendabik dada ingin menghapuskan Rasuah. Rupa-rupa jelas sangat semua ini sekadar retorik sahaja. Apatah bila terkenang yang Anwar semasa dalam BN juga mempunyai pelbagai skandal yang belum terjawap?

Isu kedua yang dipaparkan Raja Petra dengan menepelak Dyana Sofea yang beria-ia mempertahankan Anwar memasuki Universiti dan menghasut pelajar walhal pada zaman Anwar menjadi menteri pelajaran. Anwar pernah berpendapat adalah bukan idea yang bijak membenarkan para mahasiswa didedahkan kepada pidato menghasut pembangkang menjatuhkan kerajaan.

Tetapi bila Anwar menjadi pembangkang dia sendiri melanggar dengan apa yang pernah dihalangnya.

Inilah corak pendekatan Pakatan Rakyat yang hanya mahu berpolitik tanpa ikhlas memperjuangkan nasib rakyat.




2 comments:

Unknown said...

Kalau dapat bukti penyelewengan tu dari raja petra , itu lagi baik ..

Unknown said...

Kalau dapat bukti penyelewengan tu dari raja petra , itu lagi baik ..

Isu Terkini

get this widget here