Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Friday 19 December 2014

Tun Dr Mahathir Minyak Naik Rakyat Pening Minyak Jatuh Rakyat Merana

Pendedahan TDM kali jelas membukyikan Pakatan Rakyat hanya pandai menipulasikan situasi harga minyak tak kira jatuh atau naik.

Yang pasti bila harga naik mereka kalut minta subsidi tetapi bila jatuh mereka masih mahu subsido dan mahukan kerajaan pulihkan ekonomi. Kenapa ini penjelasan TDM:

1. Harga satu tong minyak mentah telah jatuh daripada USD110 per tong, kepada USD70 per tong.

2. Benarkah perkara ini tidak akan memberi kesan kepada Malaysia atau adakah ia akan memberi impak yang positif kepada kita?


3. Apabila Kerajaan melancarkan Bajet 2015, ianya telah diikatkan kepada harga minyak mentah yang bernila USD110 per tong.

4. Kerajaan pastinya telah menganggarkan bahawa keuntungan jualan minyak mentah kita akan menyumbang kepada Bajet berdasarkan harga minyak yang telah disasarkan tinggi itu tadi. Adakah penurunan harga minyak mentah akan memberikan kesan kepada Bajet Kerajaan, atau ianya meningkat kesan daripada penurunan harga minyak mentah kepada USD70 per tong.

5. Petronas merupakan antara penyumbang dana terbesar kepada Kerajaan melalui bayaran dividen dan cukai petroleum. Adakah jumlah sumbangan Petronas kepada Kerajaan akan kekal sama apabila pendapatan mereka daripada jualan minyak, LNG dan gas semakin berkurang?

6. Empayar perniagaan minyak dan gas yang semakin pesat kebelakangan ini adalah berpaksikan kepada kos tinggi yang perlu dibayar hasil daripada keuntungan jualan minyak yang lumayan. Kadar keupayaan untuk pembayaran kontrak-kontrak tersebut yang masih lagi terikat kepada harga minyak yang lama, sudah pasti akan terjejas.

7. Harga minyak yang semakin rendah sudah pastinya akan memberikan kesan negatif kepada servis dan pembayaran hutang oleh pengeluar. Mereka perlu menjual lebih banyak dalam pasaran yang lemah. Kadar dapatan keuntungan perlu dikurangkan bagi mengelakkan kerugian. Jumlah bayaran cukai kepada Kerajaan sudah pastinya akan berkurang.

8. Defisit yang ditanggung Kerajaan akan terus parah, melainkan mereka (Kerajaan) mengurangkan peruntukan mereka. Jaminan bahawa perkara ini tidak akan meningkatkan jumlah deficit yang ditanggung oleh Kerajaan perlu diperjelas.

9. Apabila Kerajaan mengurangkan peruntukan mereka, banyak sektor perniagaan akan mengalami masalah. Keuntungan dan hasil kutipan cukai akan jatuh menjunam. Hasil kutipan Kerajaan pasti akan berkurang akibat daripada pengurangan peruntukan itu.

10. Harga petrol di pam minyak hanya akan terus berkurang sekiranya subsidi dikekalkan. Tetapi keupayaan untuk memberikan subsidi sudah pastinya berkurangan akibat daripada kurangnya pendapatan dan sumbangan daripada Petronas. Tanpa subsidi, harga minyak akan kekal sama kepada pengguna. Malah, jumlahnya mungkin juga akan menaik akibat nilai Ringgit yang semakin susut.

JADI, BENARLAH BAHAWA RAKYAT TIDAK AKAN DAPAT MENIKMATI MANFAAT HASIL DARIPADA KEJATUHAN HARGA MINYAK MENTAH? – chedet


2 comments:

Anonymous said...

Cerdik ke tak cerdik???

Isu sebenar ialah HASIL KEUNTUNGAN MINYAK tu...

Apa kisah minyak mahal atau murah???

Kalau minyak mahal, hasil KEUNTUNGANnya dikembali kpd rakyat siapa pun tak bising. Realitinya, nilai duit makin kurang.

Kalau minyak murah kira ok le boleh save duit beli barang.

Isu sebenar ialah HASIL KEUNTUNGAN MINYAK, HASIL KEUNTUNGAN MINYAK, HASIL KEUNTUNGAN MINYAK, HASIL KEUNTUNGAN MINYAK......

Mana peginye???????????????????????

Anonymous said...

Nak kurangkan hasil keuntungan minyak ...
1. Kurangkan gaji semua pekerja industri minyak ...
2. Pemain industri minyak berhentikan membayar dividen dan bonus kepada pekerjanya
3. Pekerja industri minyak juga tidak perlu dibayar apa2 elaun
4. Kurangkan margin keuntungan penain industri minyak ...
Pasti minyak murah dan rakyat senang ...

Isu Terkini

get this widget here