Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Saturday 16 November 2013

Faktor Sudah Tiba Masanya Relakan PAS Laksanakan Hudud

Andaikata jika kita masih sering berdebat, dikhuatiri akidah kita terjejas. Oleh itu untuk kali ini biarlah kita lihat dahulu apa yang mampu dilakukan PAS dengan rancangan pelaksanaan hukum hudud.

Memang sudah pasti ada dikalangan bukan islam akan bangkit membantah. Tetapi kita jangan lupa yang bukan islam melalui NGO COMANGO sedang menuntut menghapuskan status Islam Agama Resmi malah sedang berusaha untuk menghalalkan kebebasan murtad, orientasi seks, lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta kesamarataan antara agama dan termasuk bantahan mengharamkan penyebaran bahan-bahan merosakan akidah. rujuk dipautan ini dan ianya didalangai NGO yang bertopengkan Islam.

Kesimpulannya ini adalah masalah yang sesuai untuk kita bertegas melaksanakan hukum Hudud dan sepatutnya semua parti berasaskan majoriti melayu islam harus berkerja sama dalam soal ini.

Tetapi jangan hanya untuk dikalangan islam sahaja ditekankan, sepatutnya biarlah menyeluruh. Walau bagaimanapun pada masa ini hanya kepada warga islam kita anggapkan sebagai permulaan.

Samada bukan islam suka atau tidak, kita perlu inggat majoriti kerusi MP dan ADUN dimiliki orang islam. Sepatutnya antara PAS dan UMNO juga harus bersedia untuk membuka pintu perpaduan. Ibarat sebatang lidi dengan sebekas lidi. Ini bukannya kerja hak milik usaha peribadi tetapi ini tanggungjawap semua pihak.

Samada kita hendak tunggu semua rakyat bersedia dengan pengukuhan ekonomi, entah bilakah itu akan berlaku sedangkan tahap penyalahangunakuasa dikalangan kakitangan kerajaan dan rakyat beragama islam masih juga berlaku. Mungkin dengan hudud menjadi alternatif baru dalam menyelesaikan kemelut yang tidak bersudahan ini.

Cuma satu yang harus PAS kaji dan fatwakan adakah bukti CCTV akan dinafikan dari pembicaraan melalui hukum hudud. Ini penting kerena jangan sampai bila ada ahli politik yang melakukan zina dan terakam melalui CCTV dinafikan sebagai bukti. Dunia semakin moden dan jangan kita alpa yang isu ini boleh menjadi isu yang panas dikemudian hari terutama dipersenda-sendakan dikalangan bukan islam.

Kenapa PPM menulis melalui sudut ini. Ini adalah amanah dan tanggungjawap kita melakukan sebaik mungkin. Dan faktor yang besar sekali kita terlampau menurut kehendak bukan islam sehingga mereka melampaui batas mempertikaikan ibadah qurban, menuntut hak penyalahan guna khalimah Allah dan pelbagai lagi untuk meruntuhkan kekuatan benteng Malaysia sebagai sebuah negara berstatus islam.

Jadi untuk kali ini, biarlah kita lebih tegas dan PAS jangan kerana ini idea PAS tetapi takut untuk menyatukan sesama islam demi kepentingan politik sempit. Jangan lupa perpaduan sesama islam juga tuntutan yang termatub dalam Al-Quran.

Jangan kita lupa selama ini, kita sebagai masyarakat islam terkuat didunia, semakin hancur dari agenda diperkotak-katikan bukan islam di Malaysia dan dunia luar.

Tanpa perpaduan idea PAS bakal menjadi gimik politik yang tidak berkesudahan dan akhir maruah islam di negara ini akan terus menjadi faktor bahan persenda bukan islam. Demi Agama Bangsa dan Negara kita berjuang mengikut susunan dan In Sya Allah kita akan selamat dan berjaya.

Wa Allah hu Alam

4 comments:

~~TiNtA PaTaH~~ said...

hukum hudud 100% kepada muslim sahaja..tidak ada sebab non-muslim ingin bangkit membantah

Anonymous said...

Tak kiralah kalau PAS nak laksanakan HUDUD di Kelantan saya sokong 100% tak kira la macam mana pun HUDUD PAS saya sokong.

Unknown said...

Hudud 100% untuk muslim? Betul ke?

Anonymous said...

hudud untuk semua yg duduk dibawah pemeritahan islam...

Isu Terkini

get this widget here