Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Monday 18 November 2013

PAS Desak DAP Pulau Pinang Laksanakan Hudud


Macam tidak percaya PAS kali ini berani mengdesak DAP Pulau Pinang dan PKR Selangor menggambil langkah sama seperti PAS Kelantan laksanakan Hudud. Setelah 20 tahun Hudud diluluskan dan sekarang baru berani bersuara kenapa?

Namun bergitu ini masih diperingkat usul, supaya negeri-negeri di bawah pentabiran PR melaksanakan hudud akan dibentangkan pada Muktamar Pas ke-59, demikianlah seperti diujarkan Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.


Merujuk Harakah, 7 Okt: Wacana Perlaksanaan Hudud di Negeri Kelantan semalam antara lain merumuskan bahawa Kelantan berhak dan boleh melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (Hudud) 1993.

Malah, menurut Ketua Hakim Syarie negeri, Datuk Daud Mohamad salah seorang panel wacana itu berkata, undang-undang itu perlu dilaksana segera kerana sudah 20 tahun diluluskan tanpa perlaksanaan.


Apakah puncanya undang-undang ini terbengkalai?


  1. Mungkin disebabkan pengaruh Anwarinas yang lebih berkuasa di dalam PAS tetapi situasi sekarang adalah berbeza kerana Anwar masih dalam dilema kekecewaan.
  2. Mungkin juga PAS bergitu terdesak setelah prestasi pasca PRU13, PAS terasa dihukum rakyat majoriti Islam yang rasa terperdaya dengan permainan janji melaksanakan Hudud.
  3. Mungkin kali ini DAP sengaja memberi sedikit ruang untuk PAS mendapat kembali sokongan sebelum mereka meneruskan agenda lain.
  4. Mungkin ini adalah gimik sebelum PRU14 menjelma dan bakal menjadi senjata untuk kambing hitamkan UMNO BN bila PAS sekali lagi gagal laksanakan hudud. Cuma kali ini dengan kaedah 3 negeri Pakatan bakal laksanakan Hudud.

Ini adalah antara sebab sebelum dan selepas Hudud PAS gagal. Persoalannya sejauh mana bersungguh-sungguhnya Tuan Ibrahim mendesak negeri Pakatan ambil bahagian. 

Andaikata jika kita masih ingat bagaimana Tuan Ibrahim menjadi api dalam serkam mengkhianati nasib Hasan Ali, yang bersungguh-sungguh melaksanakan Hudud dalam PAS sebelum ianya dipecat? Lihat video ini

Inilah yang paling dikhuatiri jika PAS sekali lagi menjadikan pelaksanaan undang-undang Hudud sebagai modal meraih populariti tetapi keputusan akhirnya tetap tidak terlaksana 

Akibatnya bangsa melayu islam akan terus-menerus menjadi bahan cercaan kaum lain. Adakah PAS sudah serik dengan hukuman kekalahan PRU13 atau PAS masih bersangka ini modal terbaik menjatuhkan UMNO?

Sebagai seorang yang beragama islam kita akan menyokong 100% jika PAS bersungguh-sungguh melaksanakan, kerana ini masa paling sesuai dan tersesak jika merujuk ancaman baru terhadap umat islam Malaysia seperti yang PPM pernah tulis dipautan ini. tetapi jika PAS mengkhianati sekali lagi adakah kita perlu merelakan permainan kotor ini?

3 comments:

Anonymous said...

Dari Facebook Prof Mohammad Agus Yusoff

Hudud ini untuk dilaksanakan bukan untuk dipolitikkan. Tetapi bolehkah hudud ini dilaksanakan di Kelantan tanpa kelulusan kerajaan pusat?

Saya ingin nyatakan undang-undang hudud tidak boleh dilaksanakan tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan kerajaan pusat. Ini kerana undang-undang hudud melibatkan penguatkuasaan undang-undang jenayah yang bidang kuasanya terletak di bawah kerajaan pusat seperti peruntukan Senarai 1, Jadual ke-9 Perlembagaan.

Pun begitu, jika negeri tetap mahu melaksanakan hukum hudud ini, ia boleh dilakukan dengan meminta kerajaan pusat (parlimen) membuat undang-undang bagi hal yang sedemikian seperti yang terdapat dalam Perkara 76(1)(c). Hal ini pernah dibuat oleh kerajaan negeri selepas Undang-Undang Jenayah Hudud Kelantan diluluskan oleh DUN pada tahun 1993, namun ditolak poleh kerajaan pusat pada tahun 1994.

Setelah ditolak oleh kerajaan pusat, maka habislah ikhtiar negeri untuk melaksanakan hukum ini di negerinya. Jika dilaksanakan juga, maka ini adalah bertentangan dngan Perkara 75 perlembagaan yang menyatakan: “Jika mana-mana undang-undang Negeri tidak selaras dengan sesuatu undang-undang Persekutuan, maka undang-undang Persekutuan itu hendaklah mengatasi undang-undang Negeri dan undang-undang Negeri itu adalah tidak sah setakat yang tidak selaras itu.”

Jadi, apa tindakan negeri jika mahu melaksanakan hudud? Negeri tidak perlu membawa hal ini ke pentas ceramah dan berterusan berjanji akan melaksanakan hukum ini. Itu omongan kosong. Yang boleh dilakukan ialah kerajaan negeri dan pusat berunding dan bertolak ansur untuk saling menyokong hukum ini di parlimen bagi dilaksanakan di Kelantan. Maka, ini memerlukan kekuatan politik kedua-dua peringkat kerajaan.

Jika kedua-dua peringkat kerjaaan tidak boleh bertolak ansur, carilah kaedah lain. Tapi janganlah berterussan mendesak hukum ini dilaksanakan jika tidak adanya kerjasama antara kerajaan pusat dan negeri.

Anonymous said...

Sememangnya pemimpin PAS tahu akan perkara ini. Namun kerana untuk mendapat sokongan dan berlagak untuk menjadi juara , maka hudud terus dipermainkan demi kepentingan politik mereka. Isu hudud telah menjadi PAS seakan berjaya menawan kebanyakan orang melayu yang kurang cerdik dalam hal undang2 menyokong mereka. Jika kita berterusan menyokong PAS maka pemimpin2 PAS akan terus menerus mempergunakan agama demi kepentingan politik sempit mereka.

Anonymous said...

Belum mencuba belum tahu.... ini berkokok jer lebih.

Isu Terkini

get this widget here